Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, December 10, 2008

Cerita Sebenar Mengapa Khalid Samad di Pecat Dari TPJ Selangor (Updated)

Kalau tuan/puan sedar, semua artikel saya sebelum ini tidak memberi apa-apa komen berkenaan dengan pemecatan Khalid Samad. Saya cuma mempersoalkan perlantikan seorang Ketua Penerangan yang mempunyai track record menjalankan aktiviti2 subversif dalam PAS, yakni perlantikan Roslan SMS.

Ini kerana pada waktu itu saya tidak berkemampuan untuk memgesahkan beb erapa maklumat yang saya dapat. Namun, pada hari ini, beberapa ketidakpastian itu telah terjawab. Saya tidak akan menamakan nama dalam pendedahan saya ini, tapi saudara/ri mampu untuk memahami siapakah karater-karakter yang saya sebut ini.

Masalah sebenar timbul sewaktu “retreat” PAS Pusat di Langkawi. PAda masa itu, Wakil PAS Selangor (WPS) telah membentangkan laporan di bawah tajuk hubunan Pakatan Rakyat di Selangor. WPS itu telah membentangkan satu laporan yang 100% negatif. Dengan kata lain laporan WPS itu telah member gambaran bahawa hubungan PAS dengan rakan2 Pakatan Rakyat yang lain adalah tersangat keruh dan seperti retak menanti belah.

Walaubagaimanapun, laporan WPS itu telah mendapat kritikan yang tersangat hebat di dalam retreat tesebut. WPS telah dibantai kiri dan kanan. Seumpama Ustaz Solihin Mukhyi dibidas semasa Muktamar PAS di Ipoh tempohari kerana mengatakan bahawa PAS dianaktirikan di Selangor. WPS telah mendapat kemaluan yang tersangat besar kerana hampir keseluruhan peserta retreat Langkawi tersebut tidak dapat menerima laporan WPS itu.

Selang 2 minggu selepas retreat, Dewan Harian PAS Selangor telah dipanggil oleh PAS Pusat kerana PAS Pusat gusar terhadap laporan WPS dan mahu perbincangan yang lebih mendalam. Di dalam pertemuan itu, sekali lagi WPS membentangkan laporan yang sama. Namun, kali ini laporan WPS telah disanggah oleh Tn Haji Khalid Samad sendiri justeru menampakkan lagi kelemahan laporan WPS itu.

Malahan WPS gagal meyakinkan Presiden PAS Pusat kerana Tuan Guru Presiden menyatakan bahwa tidak mungkin Pakatan Rakyat di Selangor ini terlalu buruk. Tuan Guru meminta PAS Selangor mencari jalan menyelesaikan apa-apa masaalah kerana kedudukan PAS di Selangor jauh lebih baik berbanding Selangor di bawah BN dulu.

Ertinya perancangan WPS telah gagal. Percubaan beliau untuk memberikan gambaran buruk kepada pimpinan PAS berkaitan dengan Pakatan Rakyat telah memakan tuan. Imej WPS jatuh merudum dan imej Pakatan Rakyat berjaya dipertahankan di kalangan pimpinan PAS.

Khalid Samad Mesti Dibuang


Selepas itu telah berlaku mesyuarat PASKAD yang telah membincangkan banyak isu2 semasa. CUmanya, isu pembentangan WPS yang 100% negative itu telah dibincangkan. Oleh kerana Khalid Samad adalah Pengerusi PASKAD, maka Khalid telah dipersalahkan secara 100%.

Padahal pada masa itu telah diperbincangkan berbelas isu-isu lain dan isu WPS itu hanya sebahagian sahaja. Dan bukannya Khalid Samad yang menaikkan isu tersebut.
Kita dapat baca dalam laman Fraksi UMNO, Tranung Kite, sebuah surat dimana Khalid Samad dituduh cuba memburukan WPS itu di dalam mesyuarat PASKAD. Sebenarnya cerita ini fitnah tetapi memandangkan Tranung Kite adalah laman Fraksi UMNO yang pro kepada laman AntiHusam, maka surat fitnah ini telah disiarkan tanpa tapis.

Memang pun Tranung Kite amat berdendam dengan Khalid Samad sebab Khalid telah mengagalkan usaha mereka mempengaruhi perwakilan PAS menyokong usaha membawa PAS masuk UMNO.

HAsilnya, Khalid Samad dan Saaari Sungib telah ditendang keluar dari Harian Negeri Selangor atas alasan memburukkan WPS di dalam mesyuarat PASKAD.
Hakikat sebenarnya, Khalid dipecat kerana pengaruh dan fungsi beliau mengagalkan usaha WPS dan Fraksi UMNO untuk memburuk dan memfitnah Pakatan Rakyat di Selangor.
Yang hairannya, dalam mesyuarat Dewan Harian Negeri sebelum pemecatan, tidak dibincangkan langsung akan pemecatan Khalid Samad ini.

Keputusan memecat Khalid Samad ini dibuat secara “impromptu” tanpa merujuk kepada Dewan Harian Negeri. Ahli-ahli Perhubungan Negeri seperti terkejut dan tiada siapa yang bersuara kerana mereka berada dalam keadaan yang sangat terkejut.
Beliau juga melantik Roslan SMS kerana Roslan SMS adalah tokoh fraksi UMNO yang mahu membersih PAS dari segala anasir pro Pakatan Rakyat. Ertinya WPS adalah sebahagian dari Fraksi UMNO yang mahu “mengumnokan” PAS.

Segala Cerita Buruk Pakatan Rakyat Mesti Datang Dari Selangor

Kalau saudara/ri nak tahu, segala cerita negatif dan fitnah berkenaan Pakatan Rakyat di kalangan PAS adalah datangnya dari Selangor. Misalnya:

a. DAP cuba untuk menghapuskan amalan Islam di Selangor
b. Cerita Teresa Kok menghalang azan mula2 didengari dikalangan PAS Selangor lama sebelum Khir Toyo mengutip fitnah tersebut
c. Kononnya Ahli-Ahli Majlis di Selangor hanya mempunyai 30% melayu sahaja mula-mula ditimbulkan oleh wakil Selangor di Mesyuarat Exco Pemuda PAS Pusat oleh Wakil Selangor.
d. DAP mengkhianati PAS telah diungkapkan oleh suara Fraksi UMNO, Songkok Putih kepada saya sendiri.

Gerakan Anti Pakatan Rakyat Semakin Galak

Setelah memecat Khalid Samad, WPS itu sudah semakin galak. Baru-baru ini beliau membuat kenyataan yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia kononnya ada masaalah dalam Pakatan Rakyat negeri (walaupun dinafikan tapi kalau betul pun saya tak terkejut). Sehingga kenyataan tersebut disanggah oleh MB Kedah sendiri, Ustaz Azizan Abdul Razak.

Beliau juga cuba menjadi champion mengharam arak di Selangor, sedangkan arak sudah sememangnya haram kepada orang Islam di Selangor. Apa yang perlu adalah penguatkuasaan dan “spot check”. Seharusnya diwujudkan pasukan-pasukan “spot-check” kepada 7-11 dan sebagainya untuk memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang islam.

Semua ini bertujuan untuk mencipta suasana tidak senang dan tidak harmoni dalam Pakatan Rakyat Selangor. Itu sahaja.

PAS Selangor Sudah Semakin Menjadi Assabiyyah Persis UMNO?

Saya nampak PAS Selangor sudah semakin lama semakin UMNO. Tidak hairanlah kepimpinannya sekarang ini terdiri dari bekas Special Branch, penceramah Biro Tatanegara, Roslan SMS (yang bangga dengan backround UMNO beliau) dsbnya.
Mungkin mereka ini baru dalam PAS kerana tarbiyyah PAS yang saya ikuti semenjak 1980an lagi mengajar saya bahawa PAS bukan parti kebangsaan Melayu dan Kebangsaan Melayu itu diharamkan oleh Islam.

Islam tidak mengajar ketuanan Melayu dan islam tidak menyokong penindasan sesuatu kaum atas alasan ras dan kabilah serta warna kulit. Itu semua adalah amalan jahiliyyah arab pada masa dahulu.

Saya nampak seolah-olah kepimpinan PAS Selangor mahu membawa PAS Selangor kembali semula kepada amalan Jahiliyyah Arab, yakni Assabiyyah.
Ingatlah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dawud:

“Bukan dari golongan aku orang yang memperjuangkan kebangsaan, bukan dari golongan aku orang yang berperang kerana kebangsaan dan bukan dari golongan aku orang yang mati kerana kebangsaan”

Adakah PAS Selangor hendak membawa ahli-ahli mereka ke arah melawan hadeeth Nabi SAW ini? Tapi iyelah, bawah kerajaan Pakatan Rakyat ni mana boleh buat duit. Bawah UMNO kan senang buat duit?

Kalau tak Suka Pakatan Rakyat, Berenti Kerja

Kalau dah tak suka kepada Pakatan Rakyat, dinasihatkan supaya letak semua jawatan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Janganlah jadi macam Roslan SMS, buat konspirasi anti Pakatan Rakyat, tapi masih muka tak malu terus pegang jawatan dalam kerajaan tempatan Pakatan Rakyat.
Jadilah insan yang berprinsip dan berhemah serta bermaruah. Sikap tidak bermaruah ini hanya sikap UMNO.

Tulang Besi

19 comments:

amoker said...

Tulang Besi, thanks for the summary. Indeed, PAS Selangor continues to act against its own national leaders. While DAP and PKR will help PAS to win the KT by election, the Selangor PAS seemed to be happy sabotaging. Ah, the greed of man.

PJU said...

Dulu Tulang Besi bukak cerita Special Branch. Lalu Special Branch terus menelipon Tulang Besi nak bertanyakan berkenaan artikel yang ditulis. Tulang Besi termengah-mengah nak menjawab. Ishh..busuknya perangai mu Tulang Besi.

Anonymous said...

salam

info ni ada juga betulnye..tapi saya rasa Khalid Samad dan Saari Sungib pun perlu diperhatikan juga.Latarbelakang 'mereka' berdua ni bagaimana pada awalnya.

Setelah kumpulan mereka ini berjaya mengharu-birukan Parti Keadilan Nasional, maka, ramai dikalangan mereka ini lompat masuk ke dalam PAS.

Tak dinafikan PAS Selangor ada kelemahan dalam usaha memeterai perjanjian hitam dengan UMNO tapi waspada jugalah dengan kumpulan yang mempunyai agenda tersendiri seperti Khalid Samad dan Saari Sungib.Saya tak kata mereka ini terbukti salah tapi WASPADALAH.

Sekadar di Pinggiran

Anonymous said...

Assalamu'alaikum

Artikel ni mungkin betul, mungkin tidak sebab si penulis bukanlah ahli perhubungan PAS Selangor, bukan juga Jawatankuasa Harian Selangor, bukan juga pimpinan PAS Kawasan.

Bagaimana segala perjalanan yang berlaku di Langkawi, mesyuarat perhubungan, mesyuarat harian boleh diketahui. Sedangkan mesyuarat2 ini mempunyai kerahsiaan yang tersendiri sehinggakan minit mesyuarat pun tidak dibenarkan di bawa balik. Kalau benar maklumat yang diperkatakan, ini bermakna ada dikalangan ahli mesyuarat yang dgn sengaja menyalurkan maklumat secara diam.

Kalau betul yang diperkatakan, bertemu dgn pimpinan adalah yang terbaik bagi merungkai segala persoalaan.

Booti

Anonymous said...

Terima kasih TB.

Saya ni orang bukan Islam tetapi mengundi PAS 8 Mac lepas di Shah Alam.Semua kawan aku yang bukan Islam semua undi Khalid Samad jugak.

Kita orang nampak PAS parti yang adil, tak korup dan tak pernah menidakkan hak orang lain. Kita orang bukan Islam memang hormat dan tabik kat Tok Guru Nik Aziz dan Khalid Samad. Tanya mana-mana orang bukan Islam kat Shah Alam.

Tapi kita semua terkejut besar bila isu arak tu timbul. Sebelum pilihanraya PAS cakap "PAS untuk Semua".

TGNA pun cakap arak takkan diharamkan untuk orang bukan Islam.

Kita orang bukan Islam kat Selangor berharap PAS Selangor takkan lupa slogan pilihanrayanya. Saya masih percaya kat slogan tu, terutamanya selagi ada Tok Guru Nik Aziz dan Khalid Samad.

PAS menang besar sebab undi bukan Islam, undi bukan Melayu. TGNA sendiri cakap. PAS tunggu 50 tahun dan sampai jugak harinya.

Tapi say takut tindak-tanduk pemimpin macam WPS mungkin akan mengancam kedudukan PAS dalam PRU-13 nanti.

Harap PAS Selangor ambil maklum.

Terima kasih TB dan Hidup TGNA, Hidup Khalid Samad.

-Pengundi Bukan Islam, Shah Alam-

Anonymous said...

Kita semua tahu UMNO ada banyak 'spy' dalam PAS. Ini adalah amat jelas sekali bila ada pemimpim PAS yang berlagak dan bercakap seolah-olah mereka ini orang UMNO. ISLAM FOR ALL, itulah slogan PAS pada PRU12. ISLAM tak ajar pasal ketuanan Melayu ataupun
perkauman. Tapi, hairannya ada pulak pemimipim PAS beria-ria nak cakap sokong perkauman dan ketuan Melayu; macam kembar UMNO. Kita tahu MUSLIM yang tulen macam Tok Guru Nik Aziz tak akan sokong sesuatu yang bertentangan dengan ajaran ISLAM. Sekarang, persoalan yang paling penting, adakah President PAS juga MUSLIM tulen ataupun bertopeng ISLAM saja?. Kalau persoalan ketuanan Melayu dan perkauman adalah lebih penting dari ISLAM, maka muslim apa ini?.
Tahniah kepada Tulang Besi kerana masih terus berjuang untuk kebenaran walaupun menghadapi banyak halangan. Untuk anggota PAS yang MUSLIM tulen, harap dapat menghadapi ancaman ulat-ulau UMNO dalam PAS dengan lebih berkesan lagi, saya doakan Yang Mahakuasa, Allah memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada kalian untuk menghadapi dugaan ini.

bnkterengganu said...

En.Rahman syabas anda telah banyak membantu kami membongkar cerita disebalik tabir.
Kami akan kutip satu-persatu tulisan tuan yang boleh digunapakai untuk PRK Kuala Terengganu.Kalau tuan sudi ayuh menulis dilaman kami
http://bnkterengganu.blogspot.com

Terima Kasih dengan info anda yang sangat berguna untuk kami hentam Pas ..tulis dan teruslah menulis...Terima Kasih banyak2 Tak lah kami susah cari maklumat kedurjanaan Pas...di rupa sumber untuk kami hentam Pas.Tahniah.

PAS Sijangkang said...

Ana setuju comment Booti & Pinggiran.

Tak silap ana, Tulang Besi@Rahman Talib ni dulu masa PRU yang lepas duk bantu pimpinan PAS Sngor bersama Amin(ex GM KFC Holding).Tp Amin dah duk selesa dlm company UMNO. Tak terkejut tulisan anta(TB) saling tak tumpah ketua bahagian UMNO.

TB, kalau betul anta ahli PAS, kita ada saluran utk merungkai segala permasalahan.

Dagang said...

Siapa yg membocorkan rahsia mesyuarat di Langkawi tu adalah orang yg buruk akhlaknya, sbb membocorkan rahsia jemaah kepada umum termasuk TB. buat apa nk kecoh2,H.Ali adalah ketua,terimala keputusan dia.tak puas hati pasai apa?Melayu adalah islam lg , dan ramai miskin,kuatkan teras melayu,atau PASkan UMNO bkn masuk UMNO!jgn terlalu beri kepercayaan 100% sgt kpd Pakatan, sbb masing2 ada ideologi berlainan. aku setuju tindakan H.Ali, sbb dia lebih mirip sayang pd PAS dan melayu.

PJU said...

PAS Sijangkang,

TB ni ahli PAS ke? Tak pernah nampak pun kat prog2 kawasan.

DEWAN MUSLIMAT PAS KEDAH said...

Alangkan di zaman Rasulullah SAW pun ada golongan munafiq, inikan pula di akhir zaman ini...

Sedarlah wahai SB-SB sekelian, janganlah menjadi pengikut golongan MUNAFIQ ini kerana mati itu BENAR, neraka itu BENAR, syurga itu BENAR, balasan ALLAH itu benar...

BERTAUBAT dan INSAFLAH...
sebelum terlambat...
ALLAH MAHA PENGAMPUN

Akar umbi PAS said...

"Saya tidak mahu memanjangkan isu ini, biarkan kepada Tulang Besi. Saya dinasihatkan oleh Datuk Seri Hadi agar tidak memberi respons (dakwaan di blog itu)," kata Roslan hari ini.

"Kalau saya respons, ia membuatkan dia rasa 'saya besar'. Dia tidak ada jawatan dalam parti. Buang masa sahaja respons.

"Tuduhan itu liar dan jahat."
==================================
OI ROSLAN SMS MUKA KO TU PUN SEBIJI MUKA UMNO !!! KO TU JAHAT !!!! LETAK JAWATAN LA ROSLAN SMS !!!!!

Anonymous said...

ahli pas selangor said:

YA ALLAH JIKA TB BENAR, KAU BERI KEKUATAN KEPADANYA UNTUK AMALKAN QIAMULLAIL

JIKA TB SALAH DAN MEMFITNAH, KAU PATAHKAN SEDIKIT KUKU JARINYA YANG MENAIP.

Tulang Besi said...

Tak silap ana, Tulang Besi@Rahman Talib ni dulu masa PRU yang lepas duk bantu pimpinan PAS Sngor bersama Amin(ex GM KFC Holding).Tp Amin dah duk selesa dlm company UMNO. Tak terkejut tulisan anta(TB) saling tak tumpah ketua bahagian UMNO.

TB, kalau betul anta ahli PAS, kita ada saluran utk merungkai segala permasalahan.


Jadi mcm Khalid Samad la, ikut saluran punya ikut last-last kena tendang.

Lagi satu, nak tanya PAS Sijangkang, kao masuk PAS bila?

Tulang Besi said...

PJU said...

PAS Sijangkang,

TB ni ahli PAS ke? Tak pernah nampak pun kat prog2 kawasan.


PJU, hang masuk PJU bila? Pasai apa Hj Kamaruddin kenal aku secara pribadi?

Kau nak tau sapa aku pegi la tanya hj kamaruddin.

Malam lepas, Che Ku Bakar baru tanya aku bila nak pegang balik Ketua Penerangan Kawasan.

Tulang Besi said...

Blogger bnkterengganu said...

En.Rahman syabas anda telah banyak membantu kami membongkar cerita disebalik tabir.
Kami akan kutip satu-persatu tulisan tuan yang boleh digunapakai untuk PRK Kuala Terengganu.Kalau tuan sudi ayuh menulis dilaman kami
http://bnkterengganu.blogspot.com,


Saya minta sngt tolong jemput saya ceramah nanti. Sedap saya sedarkan mereka.

Anonymous said...

PAS Puast apasai diam..Tindakan keras terhadap fraksi fraksi ni perlu diambil dgn segera!!!..sheesh..jgn tunggu lama lama..ganti lama lama...

Anonymous said...

Wait n See attitude..Gandhian passifism attidue..semua ni tak bole pakai time ni!!!!fraksi's should be removed!!!Now!!!Let them bising bising frm UMNO's camp!!!

Myfuad said...

saya rasa khalil samad laa perlu dipecat kerana tindakan nya seperti dibayangi dap serta puak gereja...seperti meminta sultan selangor memebenarkan orang bukan islam mengunakan kalimah Allah. tidakan begini telah merosak prinsip asas penubuhan pas iaitu mendaulatkan Islam.

orang bukan islam perlu paham sunguh sunguh tidak ada negara islam yang melarang mereka nak minum arak walaupun selori tanker...yg tidak akan dibenar hanyalah orang islam sebab mereka itu islam..kerana nak libatkan orang islam mabuk bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.