Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, December 27, 2008

Khairy tu Sokong Hudud Sangat Ke?

Semenjak dua menjak ni, giat sangat Khairy Jamaluddin berkokok seluruh kampung kononya PAS dan Husam Musa berdolak dalik dalam isu hudud. Nasihat saya kepada Khairy Jamaluddin, jangan mengata dulang paku serpih. Sebelum nak nasihatkan Husam Musa nasihat dulu bini sendiri.

Bukan ke bini Khairy tu ahli Sisters in Islam. Dan bukankah Sisters in Islam ini musuh hudud dan islam nombor wahid di Malaysia? Kalau Khairy sayang sangat hudud, cuba ubah bini sendiri dulu, baru pikir nak ubah negara. Jangan jadi mengata orang dia yang lebih.

UMNO Itu Sendiri Anti Hudud

Logik nya cukup mudah. Sekiranya esok UMNO isytihar hendak laksana hudud, siapa yang boleh menentang?

Fakta sebenar adalah penghalang terbesar kepada perlaksanaan hukum Jenayah Islam adalah UMNO dan tiada orang lain.

Berkenaan dengan penentangan orang bukan islam, saya jamin mereka tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya orang islam dan Melayu bersatu hati di dalam melaksanakan hukum hudud ini.

Hakikatnya, orang bukan Islam tiada sebab untuk menghalang perlaksanaan hukum jenayah syariah islam ini langsung.

Akhir kata, memang UMNO adalah parti yang bertanggungjawab menghalang perlaksanaan hukum syariah Islam di Malaysia, dan bukannya orang bukan Islam.

Sama je UMNO dengan orang bukan ISlam dalam isu hudud ini.

Tulang Besi

11 comments:

lan said...

itulah, depa bukannya tak tahu hudud tu bukan hukum PAS tapi dah tertulis dalam Quran lagi!

slyderrose said...

Aku tak faham kenapa umno menolak hudud?. Bukankah pemimpin umno semuanya islam? Apa masaalahnya? atau mereka ini lanun-lanun belaka takut hudud tersebut kena diri sendiri??. Tapi yg bangang ahli-ahli umno pun tak setuju hudud?. atau ikut arahan parti aje?.kan bangang tu, nak ikut Al-Quran, perintah Allah SWT atau parti?

Jiwa Merdeka said...

Salam,

Sebagai orang Islam, orang UMNO sepatutnya bertanggungjawab melaksanakan hukum hudud. Entahlah,kalau mereka "terlupa" bahawa mereka adalah orang Islam!

Anonymous said...

Khairy tu sokong fast life,big money,babes n b00ps,party all the time..woohooooo!!Psst,dengar kabor,skoll beer,n rokok saat is under his "control"..betui ke?kahkahkah...

Encik gula said...

Aku tak sokong UMNO laksanakan Hudud!

Sebabnye UMNO ni terkenal dgn muka talam. Kalau dilaksanakan pun akan jadi sekerat-sekerat, yg mana diorg rasa x sesuai dgn hukum barat, atau takut terkena buntut sendiri kemungkinan besar diorang dismiss sesuka hati, atau ganti dgn hukum sendiri. Lagi satu Hudud ni akan diguna semata2 nk tarik undi, sbb dh makin ramai nak Hudud diorg nk la menangguk di air keroh. Nanti Hudud tah kemana, Islam tah kemana. Paling buruk kalau perlaksanaan yg salah boleh jejas nama Islam! Silap aribulan Hudud terus kene ban, tunggu la lagi 100thn baru boleh bincang balik.

Ada baiknya perkara Hudud ni diselesaikan bukan atas bidang kuasa politik tapi orang yg lebih berpengalaman. Takut nanti bercampur aduk, conflict of interest.

Anonymous said...

"Khairy tu Sokong Hudud Sangat Ke?"
YA BetuL !

Anonymous said...

UMno yg saman kerajaan Kelantan kalau laksana hudud..fuouh

sampai nak bawa ke court..

Anonymous said...

Bodohlah UMNO terkena perangkap PAS kalau bertegas nak laksanakan hukum hudud. Nak harapkan undi orang melayu banyak mana lah sangat. Dah bahagi tiga iaitu UMNO, PAS, PKR. Cina/India kalau sebut saja nak laksanakan hudud, mereka akan bersatu tak kira MCA atau DAP. Kita orang melayu boleh ke bersatu....nak menegakkan hukum Allah. Negara Israel yang berpenduduk 2-3 juta boleh mempermainkan seluruh umat Islam di negara-negara Arab yang berpenduduk 100 juta lebih, kerana sentiasa berbalah sesama sendiri,inikan orang melayu/Islam yang
bangsa saja serumpun tapi berlainan prinsip dan perjuangan. FIKIRKAN LAH...

Fauzi said...

Salam
Kalau dia laksanakan hudud, laksnakan peraturan dan Islamic way of life dalam UMNO, automaticlah PAS bubarkan partinya. Mana mungkin tiada warna warni "politics". tak adalah jagoan politik yang menonjol. Susah cari duit bang. Selagi tak dapat bagi makan 7 keturunan, tunggulah matahari naik dari barat dulu. Belum matipun..orang lihat siapa "kita"...Sudah mati siapa pula "kita" di sisi Tuhan.

Faizal Zakaria's Blog said...

dia sokong ke? :-)

Selamat Tahun Baru :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

Berkokok tetapi bulu berbau tahi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.