Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 16, 2008

Menjawab Beberapa Tuduhan Liar Terhadap Saya

Ada beberapa tuduhan liar yang saya baca dalam blog saya dari respon pembaca. Saya akan cuba menjawab sedaya yang mungkin:


Ada beberapa tuduhan liar yang saya baca dalam blog saya dari respon pembaca. Saya akan cuba menjawab sedaya yang mungkin:

1.0 AnonymousDagang said...

Siapa yg membocorkan rahsia mesyuarat di Langkawi tu adalah orang yg buruk akhlaknya, sbb membocorkan rahsia jemaah kepada umum termasuk TB. buat apa nk kecoh2,H.Ali adalah ketua,terimala keputusan dia.tak puas hati pasai apa?Melayu adalah islam lg , dan ramai miskin,kuatkan teras melayu,atau PASkan UMNO bkn masuk UMNO!jgn terlalu beri kepercayaan 100% sgt kpd Pakatan, sbb masing2 ada ideologi berlainan. aku setuju tindakan H.Ali, sbb dia lebih mirip sayang pd PAS dan melayu.

Jawapan: Saudara Dagang. UMNO tu bukan ideologi lain dari PAS ke? Kalau diorang ideologi sama dengan PAS dah lama PAS dgn UMNO bersatu, betul tak?

Juga memang betul Melayu adalah Islam tapi Islam mcmna? Melayu UMNO menghalang perlaksanaan Islam di Malaysia.

Orang bukan Islam pula tak marah Islam dijalankan asalkan tidak kena pada mereka. Jadi sapa yang lebih buruk?

Jgn marah saya kerana mempertahankan Pakatan Rakyat, marahlah juga Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Saya mengikut aje.

2.0 AnonymousPAS Sijangkang said...

Ana setuju comment Booti & Pinggiran.

Tak silap ana, Tulang Besi@Rahman Talib ni dulu masa PRU yang lepas duk bantu pimpinan PAS Sngor bersama Amin(ex GM KFC Holding).Tp Amin dah duk selesa dlm company UMNO. Tak terkejut tulisan anta(TB) saling tak tumpah ketua bahagian UMNO.

TB, kalau betul anta ahli PAS, kita ada saluran utk merungkai segala permasalahan.

PAS Sijangkang, berenti la buat fitnah. PRU dahulu saya kat Mesir. Mcmna nak tolong PAS Selangor.

Dan harus diingat, sewaktu Amin menjadi GM KFC Holdings, beliau kerap bermesyuarat dengan Presiden PAS dan AJK PAS Pusat kerana ofis beliau hampir dengan ofis Presiden PAS. Malahan Presiden PAS amat mengenali Amin.

Inilah dia sifat orang yang berakal tertutup lagi sempit. Sampai nak buat fitnah pun tak menjadi.

PAS Sijangkang, awak tu berapa lama jadi ahli PAS? Sijil ahli awak sapa tandatangan? No ahli awak mula dengan 3 ke?

Tak payah lah nak tuduh orang jadi mcm Ketua Bahagian UMNO. Aku masuk PAS masa kau berhingus lagi.

3.0 bnkterengganu said...

En.Rahman syabas anda telah banyak membantu kami membongkar cerita disebalik tabir.
Kami akan kutip satu-persatu tulisan tuan yang boleh digunapakai untuk PRK Kuala Terengganu.Kalau tuan sudi ayuh menulis dilaman kami
http://bnkterengganu.blogspot.com

Jawapan: Pertamanya tak payahlah nak ucap tahniah kerana saya mendedahkan usaha puak-puak yang cuba membawa PAS masuk UMNO. Jadi usaha saya ini sebenarnya merugikan UMNO.

Bukan si Roslan SMS ni yang mengilhamkan penubuhan kerajaan PAS-UMNO di Selangor atas dasar perpaduan melayu?

4.0 Anonymous said...

Assalamu'alaikum

Artikel ni mungkin betul, mungkin tidak sebab si penulis bukanlah ahli perhubungan PAS Selangor, bukan juga Jawatankuasa Harian Selangor, bukan juga pimpinan PAS Kawasan.

Bagaimana segala perjalanan yang berlaku di Langkawi, mesyuarat perhubungan, mesyuarat harian boleh diketahui. Sedangkan mesyuarat2 ini mempunyai kerahsiaan yang tersendiri sehinggakan minit mesyuarat pun tidak dibenarkan di bawa balik. Kalau benar maklumat yang diperkatakan, ini bermakna ada dikalangan ahli mesyuarat yang dgn sengaja menyalurkan maklumat secara diam.

Kalau betul yang diperkatakan, bertemu dgn pimpinan adalah yang terbaik bagi merungkai segala persoalaan.

Booti

Jawapan: Setakat yang saya baca dalam laporan Malaysiakini, tiada penafian dari mana-mana pemimpin PAS terhadap penafian saya ini. Saya mendapat maklumat dari sumber-sumber yang berada di Langkawi dan menghadiri mesyuarat Harian Selangor-PAS Pusat. Ertinya maklumat saya ini benar.

5.0 Anonymous said...

salam

info ni ada juga betulnye..tapi saya rasa Khalid Samad dan Saari Sungib pun perlu diperhatikan juga.Latarbelakang 'mereka' berdua ni bagaimana pada awalnya.

Setelah kumpulan mereka ini berjaya mengharu-birukan Parti Keadilan Nasional, maka, ramai dikalangan mereka ini lompat masuk ke dalam PAS.

Untuk pengetahuan tuan, Khalid Samad sewaktu di England dulu adalah pengikut kumpulan Suara Al Islam. Kumpulan ini berlawan hebat dengan kumpulan IRC yang ditubuhkan oleh Saari Sungib dan kawan2.

Sekembalinya Khalid ke tanah air, terus beliau masuk PAS dan aktif dalam PAS. Saya ingat ceramah PAS pertama yang saya dengar adalah ceramah saudara Khalid Samad di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar yang pada masa itu belum siap lagi. Kami semua mendengar ceramah sambil duduk di celah-celah bangunan Tmn Melewar yang belum siap.

Jadi tuduhan ini juga tidak benar.

6.0 Anonymous December 12, 2008 7:36 PM says:

Anta ni ahli jemaah Islam ke ni ? Tak reti adab dan displin jemaah, aku pun tak setuju jugak muzarakah dengan UMNO, dan aku juga pro Pakatan Rakyat dan menyokong pandangan Pak Khalid. Cuma cara Pak Khalid dan cara nta ni yang tak betul, dok dedah rahsia, dan masalah dalaman parti di Medan Terbuka.”

Jawapan: Abih nak buat camana. Pemecatan Khalid tu ada kena mengena dengan perbincangan di Langkawi. Kalau tak cerita kang, orang susah nak faham.

Saya berbelah bagi jugak nak bagitau tapi kalau tak bagitau orang tak tau cerita hujung pangkal.

Kita perlu ingat, Dato Hasan Ali telah melanggar keputusan Muktamar, PAS PUsat dengan Retreat di Langkawi dengan memecat Khalid Samad. Jadi, saya rasa tak salah saya dedahkan sikit berkaitan Langkawi tempohari.

Jangan takut sebab, selain dari pembentangan Dato Hasan Ali, semuanya berjalan dengan harmoni dan lancar. Takda apa-apa yang negatif berlaku di Langkawi selain dari perbincangan.

Banyak lagi benda lain yang dibincangkan di Langkawi tapi saya tak dedahkan langsung. Benda ni je saya terpaksa dedah.

Minta maaflah kalau saudara tersinggung. Dan komen ini tersiar dengan secara otomatik.

7.0 Tulang Manusia said...

Tulang Besi ni pun cerita bukan semua fakta dan betul. Ada juga tambah perasa lebih2 nak kasi sedap.

Sikit2 nak salahkan parti lain sbb masalah dalaman parti sendiri, mcm pondan dan budak kecik. Asyik2 nak salahkan UMNO le, parti itu ler...Bila nak maju tah.

Kalau suka sgt DAP pegi la peluk cium diaorg. Bodoh!

Jawapan: Orang UMNO marah kat saya kerana saya memerangi Fraksi UMNO dalam PAS. Hmmm tak boleh lah saya ni digelar agen UMNO ye?

8.0 AnonymousAnonymous said...

tulang besi2 artikel ko ni macam hampas...satu artikel yg penuh dgn hasad dengki yg x terpadam lagi....bila lah ko ni nak insaf tak payah berpura2 la yg ko ni sokong pas...hehehe...

Jawapan: Heran la komen ni. Mula-mula marah sampai maki-maki. Tapi last last boleh tergelak, tersengeh.

Ni nak marah ke nak bergurau????

9.0 Atas Pagar said...

Pasal Komen kau tu aku pertimbangkan base on respond from Dr Hasan..

p/s
Kalau ye pon buanglah Iklan Aidilfitri kat sebelah atas tu!! Syawal dah habis .. Aidiladha pon dah habis.. tak lama lagi dah nak Awal Muharram dah ahaha.

Jawapan: Atas nasihat saudara, saya telah membuang iklan Aidilfitri. Bukan tak nak buang awal tapi iklan tu cantik. Sedap mata memandang.

10.0 Anonymous said...

Encik Ab Rahman (Tulang), ada ofer untuk kau jadi Setiausaha sulit Khir Toyo. Kau kena pergi sendirilah di rumah dia dekat Glenmarie. Jawatan tu sesuai dengan kau.

Jawapan: Aikk dia nak amik ke aku kerja dengan dia lepas aku dedahkan penipuan dia dalam isu azan kat Masjid Kota Damansara tempohari?

Tu tak masuk berbakul-bakul aku dah kutuk kat batang hidung dia. Dalam Malaysiawaves, aku panggil dia Khir Toyo si Penipu. Dia masih nak amik aku kerja dengan dia ke?

Rumah kat Glenmarie? Mana dia cekau duit beli rumah dekat kelab golf? Poohhh loaded gile Khir Toyo ni ye.

Gaji aku lebih tinggi dari gaji MB Khir Toyo tapi rumah teres dua tingkat intermediate aku tu tak habis bayar lagi. Tak mampu.

Penutup

Last sekali ada juga komen mcm di bawah ni:
“Anonymous said...

Sdr Rahman-Tulang, kau ni memang tak habis2 jadi 'Batu Api'. Seronok sangat kau tengok Pakatan Rakyat di Selangor porak peranda angkara kau. Apa yang kau cemburu sangat dengan Roslan tu. Dia ada hutang dengan kau? Setahu aku semua ahli Pas adalah pendukung Pas. Tiada fraksi UMNO kecuali kau sendiri Tulang yang jadi ejen umno sejak sekian lama.
Sepatutnya musuh kau ialah umno/BN. Ini tidak, musuh kau ialah jemaah Pas, pimpinan Pas. Apa punya manusia kau ni? Mengaku ahli jemaah Pas tapi tak habis2 mengadu domba, memfitnah, dengki khianat dan memecahbelahkan pimpinan. Halo bro, dah tak ada duit ke? Dah tak ada kerja ke? Bro Tulang, puak2 umno/BN sangat gembira dengan artikel kau yang berjaya memporak perandakan pentadbiran PAS Selangor.
Bro Tulang, kau masuk umno lagi baik! Kau dan artikel kau memang hampas!!

December 10, 2008 12:21 PM”

Yang ni saya tak tau nak jawab mcmna sebab ia lebih merupakan melepas perasaan yang dipendam sekian lama. Biarlah saudara melepaskan perasaan mcm ni sebab kalau biar tersimpan nanti boleh kena migraine lepas tu masuk spital. Tak nak pula menggangu kesihatan saudara.

Tulang Besi

.

11 comments:

Anonymous said...

Saudara Tulang Besi,

Teruskan kerja mulia ini. Kita akan terus sokong saudara.

Anonymous said...

TB,

dalam jemaah ada baik nya pro dan kontra. saya pun kalau dlm meting atau usrah akan turut menegur kepimpinan sekira nya saya rasa benda tu x betul..

biasa lah kena le tahan sikit..hehehe

koken

Ronan MMS said...

TENGOK LA NI... Korang PIKIR la..
=================================

Kuala Lumpur, 15 Disember (MToday) - Kelab Penyokong Adun Pakatan Rakyat Selangor (BBC) mendapat beberapa laporan daripada orang ramai berkenaan terdapat Ahli Majlis PBT yang diwakili oleh pimpinan Pas Selangor, hanya sibuk melobi untuk mendapatkan projek perniagaan.

Perkara ini disahkan oleh bekas Ketua Penerangan Pas Selangor Saari Sungib ketika dihubungi oleh Malaysia Today pada Jumaat lalu.

Menurut beliau, pihak BBC telah meminta senarai nama mereka yang terlibat sebelum sebarang siasatan dan tindakan diambil.

"Kita ada mendapat beberapa rungutan dan laporan daripada ahli akar umbi berkenaan adanya unsur menyelewengan kuasa dalm memperolehi tender PBT di Selangor," jelas Saari yang merupakan Adun Hulu Kelang.

Walau bagaimanapun, katanya, sebelum mendapat senarai nama mereka yang terlibat, beliau tidak mahu sebarang spekulasi dibuat.

"Jika perkara ini benar-benar wujud, saya begitu kecewa kerana seharusnya ahli PBT di kalangan ahli Pas yang sepatutnya menunjuk tauladan yang baik," ujarnya.

Pada pilihan raya umum lepas, Pas memenangi lapan kerusi Dun di Selangor dimana tiga daripada Adunnya dilantik menjadi Exco Kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Sementara itu, mengulas berkenaan memecatkan beliau daripada jawatan Ketua Penerangan Pas negeri, katanya, itu merupakan proses biasa.

"Jawatan yang dilantik, kebiasaanya boleh ditamat selepas satu penggal berlalu," tambah Saari yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya lagi, beliau dipecat kerana tidak mempunyai kesefahaman dengan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Hassan Ali.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

Beliau turut melahirkan rasa kebimbangan dengan tindakan yang dilaksanakan oleh Hassan yang dilihat tidak merealisasi slogan 'Pas for All'.

"Seharusnya, Datuk Hassan perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilaksana oleh beliau supaya isu-isu berbangkit tidak timbul terutama dalam soal kaum dan agama," kata Sairi lagi.

Selain Saari, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad turut dipecat daripada Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Selangor.

Jawatan itu masing-masing digantikan oleh Roslan Shahir Mohd Shahir sebagai Ketua Penerangan dan Dr Che Rosli Che Mat sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2.

Roslan merupakan Setiausaha Politik kepada Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Haji Awang dan Che Rosli adalah Ahli Parlimen Hulu Langat.

Anonymous said...

Anonymous.... Pandangan saudara tidak salah. Kita boleh menilai sendiri setiap pandangan secara matang. Faktanya, kedua YB dipecat. Mesti ada sebab dan isu disebaliknya. Saudara sebenarnya membantu merungkai persoalan tersebut...ramai ahli dan bukan ahli ingin tahu. Biarkan proses demokrasi hidup subur...

Anonymous said...

TB

"Orang bukan Islam pula tak marah Islam dijalankan asalkan tidak kena pada mereka. Jadi sapa yang lebih buruk?"

Kah!kah!kah!kah!kah! (ala sahabat baik kau tu- Hishamuddin Rais)

kau ni pelawak kelas pertama..lawak kalahkan Senario. Hei badut, bukan Islam tidak akan sekali2 mengiakan perlaksanaan syariah. Itu satu kepastian. Walhal mereka sedang bertungkus lumus menjadikan itu satu kenyataan melalui sokongna padu kepada kumpulan artikel 11, kes lina joy, kes Islam nak masuk buddha di pulau pinang, mengutarakan konsep pluralisma, mempersendakan islam dalam laman blog dan seribu satu percaturan lain. Cuma orang2 macam kau dan NA akan terpedaya dengan tipu helah dan dakyah songsang mereka. Tapi kamu kan kem erdogan dan NA jugakan ulamak yang membelai Mawi satu ketika dulu. Sedar dirilah, kalau kamu berdua dan yang sewaktu dengan kamu berjuang pada landasan islam yang benar, kamu tidak sekali-sekali mengdakap yang mungkar..kecuali jika sekiranya cinta dunia telah mengabui mata sekalian. Wallahualam

warrior 231

Anonymous said...

Janganlah kau orang pandai pandai nak kata orang bukan Islam tak akan bantah undang-undang Islam..saya tak nampak negara yang amalkan undang-undang Islam itu adil kepada bukan Islam. Itu masala ornag islam sebab mereka mengaggap agama mereka terbaik dan sempurna sekali. kalau manusia ada perasaan macam itu mana ada tolak ansur...Cuba lihat aniyaya yang berlaku di sekolah kebangsaan...seolah olah sekolah itu hanya ada ornag Islam ynag menuntut!
Apa salah sistem yang ada? masalah nya perlaksanaan..tak apa apa sistem yang amalkan itu manusia..jadi tak ada yang akan sempurna.
Kan lebih baik kalau orang islam berusaha menjaga nama baik islam dengan menunjukan bantahan dan mengajar para Johadis yang menggunakan berbagai cara 'suicide bomber' sampai gnakan kana-kanak 13 tahun dan dadah untuk 'brain wash' .kenapa orang islam tak turun bantah ramai-ramai di seluroh dunia akan perbuatan orang Islam sendiri.
kenapa Syiah bunuh Sunni..secara paling kejam dan sebaliknya?
Kenapa tak bantah bila orang yang belum tentu Islam itu di rampas mayat nya secara kejam dari keluarga ...
kau orang cubalah meyakinkan orang bukan islam yang sistem yang kau ornag ada itu akan diamalkan secara betul...Jangan nak jadijaguh Islam. Seluroh dunia masalah sebab ornag islam yang suka salahkan ornag lain atas kelemahan mereka sendiri...Kekayaan minyak digunakan bukan untuk pembangunan tetapi mengganas, membunuh tanpa belas kesihan manusia..tak kira islam tak Islam kanak-kanak atau tua...
Dunia ini ada macam macam bangsa dan agama. Cubalah terima kenyataan dan cuba hidup aman damai. Manusia itu bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa paksaan dan undang-undang.Apa guna percya pada Tuhan kalau kelakuan macam setan? Hanya sebab si setan itu seagam dengan awak, awak akan lingungi dia..Itulah amalalan kau orang. tak ada ornag dalam dunia ini kana percaya sistem islam akan berjaya. Semua itu hanyalah akan jadi sistem diktator saudara!

Anonymous said...

Janganlah kau orang pandai pandai nak kata orang bukan Islam tak akan bantah undang-undang Islam..saya tak nampak negara yang amalkan undang-undang Islam itu adil kepada bukan Islam. Itu masala ornag islam sebab mereka mengaggap agama mereka terbaik dan sempurna sekali. kalau manusia ada perasaan macam itu mana ada tolak ansur...Cuba lihat aniyaya yang berlaku di sekolah kebangsaan...seolah olah sekolah itu hanya ada ornag Islam ynag menuntut!
Apa salah sistem yang ada? masalah nya perlaksanaan..tak apa apa sistem yang amalkan itu manusia..jadi tak ada yang akan sempurna.
Kan lebih baik kalau orang islam berusaha menjaga nama baik islam dengan menunjukan bantahan dan mengajar para Johadis yang menggunakan berbagai cara 'suicide bomber' sampai gnakan kana-kanak 13 tahun dan dadah untuk 'brain wash' .kenapa orang islam tak turun bantah ramai-ramai di seluroh dunia akan perbuatan orang Islam sendiri.
kenapa Syiah bunuh Sunni..secara paling kejam dan sebaliknya?
Kenapa tak bantah bila orang yang belum tentu Islam itu di rampas mayat nya secara kejam dari keluarga ...
kau orang cubalah meyakinkan orang bukan islam yang sistem yang kau ornag ada itu akan diamalkan secara betul...Jangan nak jadijaguh Islam. Seluroh dunia masalah sebab ornag islam yang suka salahkan ornag lain atas kelemahan mereka sendiri...Kekayaan minyak digunakan bukan untuk pembangunan tetapi mengganas, membunuh tanpa belas kesihan manusia..tak kira islam tak Islam kanak-kanak atau tua...
Dunia ini ada macam macam bangsa dan agama. Cubalah terima kenyataan dan cuba hidup aman damai. Manusia itu bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa paksaan dan undang-undang.Apa guna percya pada Tuhan kalau kelakuan macam setan? Hanya sebab si setan itu seagam dengan awak, awak akan lingungi dia..Itulah amalalan kau orang. tak ada ornag dalam dunia ini kana percaya sistem islam akan berjaya. Semua itu hanyalah akan jadi sistem diktator saudara!

Anonymous said...

anon 5.58 membuktikan apa yang saya nyatakan terdahulu, bukan begitu,TB?


Anon 5.58
Jangan temberanglah kafir tetapi temberang itu darah daging kamu. Apa u nak buat kena ikut genetik mu tu.Cakap yang orang islam yang mengapikan permusuhan tetapi negara bangsat Israil itu lahir dari mana, Palestin atau dari dalam bumi? fikir2 sikit. Thailand selatan asalnya milik siapa? satu negara berdaulat Patani dipaksa menerima ketuanan thai akibat perjanjian 1909. kashmir itu, majoriti penduduknya agama apa?

itu baru tiga contoh wahai kafir, aku boleh bagi banyak lagi tetapi aku bukan macam TB nak berdialog dengan kapiah cara baik dan santun. Kafir tetap dalam kekafiran, ketegaran dan kejahilannya. lantaran dunia jadi porak peranda. ekonomi dunia merundum sebab orang Islam, Perang di timur Tengah sebab orang Islam yang simpan WMD kadbod dan kertas, Perang di Afghanistan tahun 80an hingga sekarang orang Islam cetuskan, Dadah dan budaya songsang sebab orang islam, masalah Tibet pencetusnya orang islam, semua orang islam..kafir itu maksum..innocent!! apa nak buat dunia ada orang islam.

TB
jadi pokoknya,kita orang islam kena muhasabbah diri kita buat apa nak ajak kafir berdialog dsbnya. lagi diajak lagi dia tegar dan berdalih. jadi biar dia dengan labulabinya, lambat laun dia akan sedar juga. Kerja kita sebagai org islam pesan memesan sesama saudara seagama dengan cara hikmah, tolong menolong dsbnya supaya permuafakatan kita menjadi lebih akrab. jadi wajarlah kita mencari orang islam sebagai sahabat berbicara atau berdialog kerana walau sejahat mana pun orang islam itu, kita harus bersangka baik bahawa dia pun mengucap kalimah dua syahadah macam kita dan lebih layak dibantu daripada kafir laknat macam anon 5.58pm.

Warrior 231

Gunung Kinabalu said...

WOI ! RAKYAT SEMENANJUNG ! jangan lah terlalu emosi ! Apa la Islam x Islam Bumi x bumi... Jangan lar terlaga ! Bagus korang pi Sabah/Sarawak belajar rakyat sini ! TENGOK MATA SENDIRI ! Sabah/Sarawak xda islam x islam xda bumi x bumi ! semua duduk semeja ! xda racist ! melayu masuk duduk kat kopitiam ! cina/non-bumi masuk kedai mamak/kedai melayu duduk makan roti canai/makan soto daging makan rojak ayam ! Sebab ini Sabah diiktiraf sebagai destinasi No.1 dlm Malaysia !
==================================
Selain daripada itu saya support Tulang Besi ! Dedah jangan x dedah ! Yg benar tetap benar ! Yg salah tetap salah !
para komen2,
Sape makan cili dia lah yg terasa pedas !!!

Tulang Besi said...

kau ni pelawak kelas pertama..lawak kalahkan Senario. Hei badut, bukan Islam tidak akan sekali2 mengiakan perlaksanaan syariah. Itu satu kepastian. Walhal mereka sedang bertungkus lumus menjadikan itu satu kenyataan melalui sokongna padu kepada kumpulan artikel 11, kes lina joy, kes Islam nak masuk buddha di pulau pinang, mengutarakan konsep pluralisma, mempersendakan islam dalam laman blog dan seribu satu percaturan lain.

Yang terlibat dlm kumpulan di atas termasuk juga orang Islam la

SIS dan Zainah tu bukan Islam ke?

Anonymous said...

salam

TB, terima kasih jelaskan pasal info Khalid Samad dan saari Sungib...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.