Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, December 24, 2008

UMNO yang Tolak Hudud, Bukan PAS.

Kenapa Dato' Najib nak marah-marah pasal kenyataan Husam Musa pasal Hudud. kenapa yang Timbalan Presiden UMNO itu hendak terasa. Orang kata kalau takda angin masakan pokok bergoyang.

Hakikatnya, sejak dari merdeka UMNO lah penghalang perlaksanaan undang-undang shariah di Malaysia. Sejak dari meredka lagi, UMNO melekeh-lekehkan Undang-Undang shariah dan membuat seribu satu alasan serta tindakan menghalang perlaksanaan undang-undang shariah di Malaysia.

Saya nak tanya, sekiranya UMNO bersetuju melaksanakan undang-undang shariah di Malaysia, siapakah yang boleh menghalang?

Kelantan telah meluluskan Enakmen Syariah mereka yang membenarkan perlaksanaan Hukum Jenayah Syariah di Kelantan. Apa yang diperlukan hanyalah kelulusan di Parlimen sahaja bagi mengizinkan perlaksanaan tersebut.

Saya sudah lupa mekanisme yang sebenar tetapi apa yang saya ingat hanya diperlukan pindaan kepada Undang Undang Jenayah sahaja di Pusat bagi mengizinkan perlaksanaan Shariah di Kelantan secara total. Ia hanya memerlukan majoriti mudah di Parlimen, bermaksud ia memerlukan sokongan Ahli2 Parlimen dari UMNO.

Soalnya sekarang, adakah ahli2 Parlimen UMNO sanggup menyokong pindaan ini di Parlimen. Jawab Dato Najib jawab.

Tak payahlah nak cabar mencabar. Perkara ini telahpun dinyatakan kepada kepimpinan UMNO sebelum ini dengan jelas dan terang. Malangnya, kepimpinan UMNO tidak mahu memberi apa-apa kerjasama yang bermakna.

Menitis air mata saya apabila saya mengikatkan kata-kata Tok Guru Nik Aziz sewaktu berjumpa Dr. Mahathir semasa Enakmen Syariah Kelantan diluluskan satu masa dahulu. Beliau berkata bahawa tugas perlaksaan hukum syariah ini bukan isu politik. Ini adalah kewajiban setiap orang Islam terhadap Pencipta. Tok Guru tidak mahu mempolitikan isu ini sama sekali dan mahu bekerjasama dengan UMNO dalam perlaksanaan hukum ini.

Apabila dituduh Enakmen tersebut adalah "hudud PAS", pantas Tok Guru menjawab bahawa PAS mengalu-alukan hudud UMNO sekiranya mereka tidak gembira dengan enakmen yang diluluskan di Kelantan pada masa itu.

Soalnya sekarang, apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk memastikan perlaksaaan hukum jenayah syariah Islam di Malaysia?

Sekiranya UMNO Setuju, Tiada Halangan Walau Sedikit Pun Bagi Perlaksanaan Hukum Tersebut

Sila jawab wahai ahli2 UMNO sekelian. Sekiranya pimpinan UMNO setuju berganding bahu dengan PAS membenarkan perlaksanaan hukum jenayah syariah Islam, siapa di dalam Malaysia yang mampu menghalang?

Jawab wahai Dato Najib, Hisamuddin Tun Hussien, Khairy Jamaluddin, Isa Samad, Mohd Mohd Taib, Dr Mahathir Mohammad Iskandar Kutty dsbnya. Jawab jangan tak jawab.

Saya juga nak ingatkan semua ahli UMNO bahawa ANDA BERTANGGUNGJAWAB di atas ke tidak perlaksaaan hukum jenayah Islam di Malaysia ini. Anda SEMUA MEMPUNYAI SAHAM dan ANDA SEMUA KENA MENJAWAB DI AKHIRAT KELAK.

Saya tahu pada satu masa dahulu, Zainal Abidin Sakom telah disergah oleh Ketua2 Biro Agama UMNO seluruh Selangor tentang bilakah hendak dilaksanakan hukuman Syariah Islam di Malaysia? Forum tersebut bertujuan untuk menyerang Enakmen Syariah PAS di Terengganu telah bertukar menjadi majlis mencabar UMNO Selangor tentang bilakah perlaksanaan hukum ini akan berlaku. Saya mendapat tahu, Zainal Abidin Sakom terpaksa meninggalkan majlis lama sebelum majlis tamat. Kesian sungguh Zainal Sakom dan syabas Ketua2 Biro Agama UMNO yang hadzir pada masa itu.

Bagi saya, hukum Jenayah Syariah bukan isu politik. Ia tanggungjawab semua umat Islam dan kita mesti berganding bahu melaksanakannya bersama.

Amin

26 comments:

Serious Shepherd said...

Saya menanti fatwa mengenai hukum melaksanakan undang-undang bukan dari agama Islam kepada umat Islam.

Di samping itu, elok juga kita bertanya pada ulama di dalam UMNO mengenai Surah Al-Maidah ayat 44.

Anonymous said...

Macam mana nak tegakkan syariah Islam kalau dah sekongkol dan sekapal dengan lembaga manusia bernama Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Karpal Singh dan seumpamanya. Boleh ke diajar dan ditarbiah mereka ini? PAS jangan buat lawak lah dan jangan memperbodoh orang melayu. Sekarang ini, tuan Tulang Besi hendak salahkan UMNO, tak malu ke saudara? Pimpinan PAS seperti bodoh dan tidak tahu menilai mana kawan dan lawan dan mana betul dan salah. Dari dulu kami hairan macam mana PAS boleh berbaik dengan DAP yang anti Melayu. Anti-melayu itu dalam kontek Malaysia bermakna anti-islam lah nama nya. Takkan itu pun tak tahu...

Faizul said...

anti melayu = anti melayu. melayu tiada kaitan dengan islam. tolong jgn jadi bodoh. cuba bagi tahu sikit, apa spesifikasi melayu? camana nak tahu orang tu melayu ke tak? bodoh punya orang.

kalau zaman nabi dulu boleh bekerjasama dengan orang bukan islam, boleh hidup aman, apahal yg ko duk racist camni wahai anon? sah-sahlah kamu ni orang bukan betul2 memahami apa itu Islam. saya rasa kamu adalah orang yang mengaku bangsa 'melayu' tapi tak faham langsung bab agama. dahlah bodoh, tolol dan pekak lagi tu. pergi belajar balik alif ba ta.

must be umno cyber trooper at work. mmg bodoh piang punya orang. tak perlu nak guna taktik ni lagi, ni taktik bodoh tolol. orang ada down syndrome pun dah tak boleh terima idea ko ni wahai anon. so tak perlu la pergi sana sini mencacai umno. buang masa, baik pergi balik belajar agama dengan mana2 ustaz yang bertauliah.

Tulang Besi said...

Anonymous said...

Macam mana nak tegakkan syariah Islam kalau dah sekongkol dan sekapal dengan lembaga manusia bernama Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Karpal Singh dan seumpamanya. Boleh ke diajar dan ditarbiah mereka ini? PAS jangan buat lawak lah dan jangan memperbodoh orang melayu. Sekarang ini, tuan Tulang Besi hendak salahkan UMNO, tak malu ke saudara?


Baik, saya CABAR semua ahli dan pimpinan UMNO.

Isytihar hukum hudud dijalankan di Malaysia esok.

Saya beri jaminan 100% PAS akan sokong.

Saya CABAR SEMUA AHLI UMNO.

Skrg PAS tak boleh harap UMNO dan terpaksa berkerja sama dlm PR sebab nak menyelamatkan akidah orang Islam.

Dan DAP tak kacau perlaksanaan Islam.

Anonymous said...

Saya tak yakin negara Islam akan terbentuk di Malaysia. Sebab satu Umat Islam di Mlaysia dalam purata60%, dan dalam 60% ,yang benar2 Islam mungkin separuh. Jadi bagi pendapat saya Yang betul2 Islam tinggal 30%....

Kalau buat bancian berapa kerat Islam yang tahu bab hukum, yang boleh baca quran yang rajin cari terjemahan al quran dan hadis...kalau semua 60% Melayu Islam tahu dah tentu Fatwa tak perlu di keluarkan dan di persendakan sebab itu memang dah ada dalam hukum yang semua penganut Islam mesti tahu ...

Sekarang kes yoga dan pinkid jadi gurauan..nanti di sebabkan orang Islam buta Ilmu perkara yang remeh temeh pun mesti tunggu majlis fatwa buat pengumuman itu dan ini tak boleh,haram , sedangkan semua umat Islam wajib dah tahu.

Kes hudud pun saya tetap yakin kalau PAS dlam parti pakatan berjaya memrintah ia akan jadi macam Umno dlm barisan semua kena timbang semua kena ikut suara orang ramai....saya tak peduli siapa yang jadi pemerintah asalkan dia boleh jaga negara dan agama dengan baik.Ada dua perkara yang saya rasa Melayu mesti fikirkan iaitu satu bersaing dengan bangsa lain dari segi ekonomi dan kedua memperkuatkan akidah supaya agama tidak goyah.

naha.

Anonymous said...

Apa maksud kamu kalau PAS memerintah ia perlu mendengar suara ramai? Ada perkara yang peelu didahulukan kita dahulukan tanpa mendengar hujah suara ramai.Saya nak tanya kamu, waktu Inggeris datang melaksanakan undang-undang British kat negara kita ni, ada dia mintak suara ramai? Waktu Lord Reid memperkenalkan undang-undang ala British menggantikan undang-undang Islam disesetengah negeri di tanah melayu ini, ada dia mintak persetujuan nenek moyang kita masa tu?

Ingatlah, memperjuangkan sebuah negara Islam adalah perkara wajib bagi umat Islam sehinggakan Allah mengatakan dalam surah AlMaidah,"barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukumku yakni hudud dan qisas maka kafirlah ia"

Adakah anda rela hidup dalam kemurkaan Allah dan merelakan Islam kekal di bawah; di perintah bukannya memerintah?

Sila jawab naha!

slyderrose said...

Pelawak umno dalam blog ini, baik anda masuk raja lawak aje. Sudah 50 umno memerintah, mana hududnya?. Orang bukan islam makin takut dengan islam sebab ramai pemimpin umno sendiri menakut-nakutkan mereka. Tidak heranlah kalau DAP pun takut. Apa PAS kena buat ialah memberi keyakinan pada bukan ISlam tentang kebaikan Islam dan hukum hudud. Tunjukkan contoh yg baik. Pemimpin umno bukan contoh yg baik. Buruk sungguh mereka ini dan menambahkan kebencian bukan islam pada islam. Onward PAS.

de minimis said...

Tulang Besi

Keep up your hammering. I always enjoy your earnestness and incision. Happy Holidays to you and all your loved ones.

Anonymous said...

sYABAS tULANG besi!!

marah betul puak2 Umno ni..

agak nya depa ni melayu apa ye..

ketuanan melayu nampak nya tak sama dgn ketuanan islam..

Bijak juga Husam berpantun...

Koken

Anonymous said...

Kenapa orang takut ISA ,kenapa orang takut HUDUD kenapa orang takut mengedar dadah ,kenapa orang takut road block?

Bagi orang2 yang hidupnya berlandas hukum dan peraturan ....semua undang2 dan hukuman di atas tidak menjadi masaalah pada diri mereka walau ada hukum hudud sekalipun.

Jika hukum syariah dapat dijalankan 100% saya lagi suka sebab bagi pihak diri sendiri ,tidak nampak kerugian dimana2.

Keraguan saya cuma berasas pada pandangan mata kasar. Cuba2lah buat bancian ,tak kira lah masuk rumah orang Umno ke Paske . Lihat ahli keluarga yang betul2 menghayati Islam , kemudian perluaskan kepda satu kampung , satu mukim, satu kawasan dan seterusnya.

JANGAN TANYA MEREKA TENTANG HUKUM HUDUD ,TANYA MEREKA APA HUKUM MENINGGALKAN SHOLAT...

Saya tidak pernah ragu hukum Tuhan tetapi ragu2 pada janji manusia ciptaan Tuhan.

naha.

semestinya said...

Wahai Anon (December 24, 2008 3:20 PM)

Siapa yang boleh beri jaminan bahawa org2 bukan Islam sekarang ini terus kekal begitu. Dan siapa pula yang boleh beri jaminan bahawa mereka yg Islam sekarang ini akan terus kekal sehingga ke akhir hayat. Janganlah cepat sgt menghukum sesama manusia.

Sesungguhnya Iman dan Hidayah itu milik Allah SWT.

Tulang Besi said...

WAHAI UMNO,

AKU CABAR KAMU SEMUA AHLI DAN PEMIMPIN UMNO. iSYTIHAR PERLAKSANAAN HUDUD BESOK 26/12/2008.

Saya jamin, hudud akan terlaksana pada 27/12/2008.

Saya cabar kamu wahai UMNO.

jaam said...

apalah.. kau orang ni.. cabar mencabar plak macam lanun yang tak sekolah...ni pasal HUDUD ni..Den nak bagi tau kau orang....Hukum HUDUD ni adalah ciptaan Yang Maha Esa..betul kan!!..SO, Di Kelantan, dah lama diperintah oleh seorang yang dipanggil oleh PAS...... ULAMA tersohor,.. sampai di anggap tiada dosa....TAPI APA!!! Takut Yang Esa ke.. atau takut UMNO?...Dah pasti Islam (konon) yang perintah buat sajalah.... TAK TAKUT ALLAH KE?....Ni nanti sapa yang nak jawab?..

jaam said...

DEN SOKONG HUKUM HUDUD 700%...DEN NAK KERAJAAN KELANTAN LAKSANAKAN HUKUM NI TAMPA TAPI-TAPI LAGI...BIARLAH KITA AKUR PADA YANG MAHA ESA.. DAN TIDAK PADA SIAPA... NANTI TOK GURU KENA JAWAB DI SANA NANTI... TIADA ALASAN LANSUNG...SETAHU DEN BOS KENA JAWAB DULU........

Anonymous said...

Saudara Tulang Besi,

Macam mana UMNO nak laksanakan hukum hudud kalau melayu berpecah belah. Hakikatnya UMNO sebenarnya tidak kuat, begitu juga PAS. PKR jangan haraplah (tiada pendirian). Jadi jangan sebut lah Malaysia ini melayu punya atau negara Islam kerana semua nya tidak pada zahirnya.UMNO perlukan MCA, MIC, SUPP dll. jadi macam mana nak tukar ke hudud. Bodoh nama nya itu. Begitu juga dengan PAS, perlu kan DAP dan PKR. Saudara tuan, HUSAM, tak sampai 36 jam dah u-turn. SUNGGUH MEMALUKANNN.

Jadi, kesimpulan nya, kalau kita masih ada manusia seperti saudara yang terang-terang anti-UMNO (=anti-melayu?)dan pro-Islam sahaja, jangan bermimpi lah hukum Allah akan terlaksana.

Anonymous said...

Blogger jaam said...

apalah.. kau orang ni.. cabar mencabar plak macam lanun yang tak sekolah...ni pasal HUDUD ni..Den nak bagi tau kau orang....Hukum HUDUD ni adalah ciptaan Yang Maha Esa..betul kan!!..SO, Di Kelantan, dah lama diperintah oleh seorang yang dipanggil oleh PAS...... ULAMA tersohor,.. sampai di anggap tiada dosa....TAPI APA!!! Takut Yang Esa ke.. atau takut UMNO?...Dah pasti Islam (konon) yang perintah buat sajalah.... TAK TAKUT ALLAH KE?....Ni nanti sapa yang nak jawab?..
---------------------------------------------

ni lagi satu org bodoh bagang paloi . dan bertambah bahalul dr bangsa melayu beragama islam. buat malu umat islam ja.

saudara jaam, tolong la byk sikit membaca, jgn dok tengok kartun memanjang. kerajaan negeri kelantan uda bentang usul la bangang tapi peringkat pusat di sekat dan tak d luluskan. kalo d bincang agar dtambah baik ada ok lagi, ini d tolak terus .sapa yg tolak? UMNO the malay bansgat party. malang nya ada jugak org2 PAS nk bersatu dan berkawin ma UMNO.

sory la geng , emosi sikit aku. aku panas btl komen jaam. terlalu banyak tgk kartun

Think Thank said...

Hudud is the current controversy, the latest Tsunami sweeping this land. But what is the issue? Is it about religion or it is merely politics? The hand is quicker than the eye. And what we see is what our brain tells us to see. We see what the hand waves in front of us. Magic is not magic. Magic is sleight of hand.

And the politicians are playing silap mata. It is a cheap show to indulge our fantasies. Is it not fantasy that Hudud will be implemented in Malaysia? How can the minority move the majority? The Federal Constitution does not provide for it. Hudud is not about religion. It is about the law of the land. Religion may be a state matter. But Hudud is not about religion. It is about the law of the land. And the states do not have authority over the laws of the land. Hudud can only become law when Parliament says so. And you need 66.666% of Parliament to say so. PAS owns only 23 seats. And 23 seats in Parliament is not 66.666% of 222. So Hudud can never be the law of the land.

But how can PAS implement Islamic laws when they will never have a two-thirds majority in Parliament? PAS contested only 60 seats out of 222 Parliament seats. Then they went and won only 23 seats.

PAS needs about 150 seats in Parliament to change Malaysia from a Secular state into an Islamic state. But when they contest only 60 seats, even if they win all the 60 seats they contest it will still be only 60 seats. And they can’t win all the seats they contest. They can only win less than half the seats they contest. Where would PAS get the 150 parliament seats it requires?

Anyway, PAS has 23 seats in Parliament. Umno has 66. Even if you add Umno Sabah into the equation, Umno’s seats will come to only 79. 23 plus 66 equals 89. Add the 13 Umno Sabah seats and it still comes to only 102. 102 of 222 comes to less than 50% because 50% of 222 is 111.

Anonymous said...

Malaysia memang dah negara Islam. Bukankah telah diumum Mahathir. Tetapi memartabat dan mendaulatkan Islam yang tidak ada sudahnya.

Seperti bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan negara. Cuma bahasa Melayu itu perlu dimartabatkan dan bukan seperti yang dilakukan kini misalnya PPSMI.

Hudud untuk memartabatkan Islam. Yang menentang dan menolak hudud perlu bertaubat dan memohon maaf kerana ia seperti menafikan Islam sebagai agama rasmi negara.

awang semutar.

ViVa UMNO said...

TAK NAK HUDUD !!! HUDUD DAH KOLOT DAH LEPAS !!! MASIH NAK LAGI HUDUD??? Pi la BALIK ZAMAN PURBA !!! !!!
HIDUP UMNO ! HIDUP KETUANAN MELAYU !!!! HIDUP ISLAM HADHARI !!! DA ZAMAN ROBOT NI !!!!

leomadrig said...

korg nie bce psl islam x...org islam x semestinye pndi dan fasih ilmu agama,pndi hadis sume tu...asl kn diorg mengucap dh kire islam dn semua hukum allah terletak ats bahu dia...then kalo u all nk tau,even rmi melayu islam dh lalai,tetapi ada rmi non melayu msuk islam kt malaysia,kalo u all join any ngo or persatuan kebajikan,u all akn jmpe,nie kalo stkt xda ilmu nk komen pastu nak hentam2 org len...aku nk ckp org arab mse zaman nabi pn bkn semua islam,padahal sekufu dgn nabi pn...walopn rmi melayu islam di negara kite,tp x bleh xckp semua melayu tu islam kecuali yg btol2 mengucap...nk kte spe slh kite x bleh ckp la kn,kalo korg bgus sgt,p la duk kt parlimen tu,bincang psl hukum hudud nie...
hukum hudud nie ada hikmah dia,mcm contoh hukum minum arak kena sebat 80 kali,ada hikmah nye,yg jatuhkn hukuman tu bkn membabi buta,kalo btul2 salah bru jatuhkn,pastu cara sebat ada cara dia,bkn men nak sebat kuat2 je smpi mampus org tu,hikmah sebat nie,supaya keluar satu jenis virus dr bdn dia,kalo nk tau kalo mnum arak nie bleh bwk penyakit,pastu kalo hukum pancung utk pembunuh,sekiranya keluarga mangsa memaafkan si pembunuh,dia akn terlepas dr hukuman pancung,tp kalo kene pancung,lebih ringan dr gantung,kene pancung memutuskan segala urat2 yg sakit dan yg dihukum tak rse kesakitan bile mati dan allah akan melepaskn dia dr azab di akhirat,dan kalo gantung,ko nk tgg mampus mmg lmbt,smpi terjelir lidah,cube cekik leher korg sndiri,skit kn,nk tercabut nyawa tu lmbt kn..itu la beza nya,ada byk lg,aku blaja skit2 dr ceramah ustaz2...kang kalo aku ckp lebih silap plak..aku harap hukum hudud bleh dilaksanakn,x kire pas or umno yg nk luluskan,yg penting islam ditegakkan...
statistik menunjukkn islam bakal bangkit lagi 10-15 taun...x lme tu,...korg kawin dapt ank,yg dh ada ank,diorg dh besar dh keja,skjp je,..satu hari nnti siapa yg mengutuk2 nie akn terasa bahangnye...cermin diri sendiri kalo nk slah kn seseorg,jgn jd pak turut jer...yes man je....cari la kebenaran...
aku x point kt spe2..nie utk general npublic

Faizal Zakaria's Blog said...

Yang penting perlaksaan..
Jangan cakap je :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

hudud tak sesuai! Tengok lah Arab Saudi...mundur serba serbi harapkan minyak saja tapi hal sebenar hanya mereka yg hidup disana saja tahu. Menyeksa wanita, aniaya org yg tidak bersalah kerana hudud tidak lengkap.

Malaysia akan mundur. Jangan ikut perasaan dan ego. Tengok negara Islam yg aplikasi hukum hudud mana yg maju? Apa korang semua ready nak makan pasir??

Tengok Dubai..negara Islam yg tidak menggunakan hukum hudud.Hasil minyak pun tak seberapa..tetapi kaya raya. Sebab mereka tidak sempit spt negara Arab yg lain.

Fikir kan!

Anonymous said...

aku tak pueh ati betol dengan ViVa UMNO.... memang dasar bangang, bangsat, bodoh.... hoi... kau sedar tak yang kau cakap ni... "Hudud Kolot." Nauzubillah" Aku rasa ko ni bukan orang islam.... sebab kalo ko orang islam ko takkan cakap macam tu... tapi kalu ko ni islam... lebih baik ko pergi masjid buat taubat nasuha..... ni kira menghina hukum Allah.... Lebih daripada kafir ni... setaraf dengan firaun...cuma mungkin bawah sikit jer... mungkin jer la....ViVa... kalau kau bukan orang islam... baik ko pikir... ni dah kira menghina agama kaum lain... dan berhak kena ISA. tapi tak taulah sebab ko ni umno.... rasuah jer penuh poket.... pikir - pikirlah...

DRPD BUDAK SEKOLAH YANG BOLEH PIKIR MANA YANG BAIK DAN BURUK DARIPADA VIVA YANG....

Anonymous said...

Saya sangat2 bersetuju undang2 hudud dilaksanakan secepat mungkin.

Memandangkan di malaysia ini hanya parti pas satu2nya parti yang benar2 memperjuangkan undang2 hudud dimana pemimpin2 pas telah banyak kali berjanji kepada rakyat akan melaksanakan hudud sekiranya memerintah, sepertimana janji Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang kepada rakyat terengganu akan melaksanakan hudud sekiranya dapat menawan negeri terengganu sebaik2 saja ayam berkokok.

Seperti kita semua maklum menjadi kewajipan utama keatas mana2 orang islam melaksanakan segala janjinya apabila dia berjanji.

Janganlah kita menuduh dan menuding jari sesama kita lagi, oleh kerana kita sudah kehilangan negeri terengganu kepada umno tanpa sempat menunaikan janji kita janganlah kita diamkan sahaja janji2 tersebut, marilah kita mula laksanakan hudud di negeri kelantan, jadikan ianya satu simbol kenyataan bahawa kita telah menunaikankan janji kita dan akur kepada arahan Allah S.W.T

Janganlah kita takut kepada segala tindakan, ugutan saman daripada manusia umno mereka hanyalah manusia, kita lebih mengetahui bahawa adalah 'Wajib' keatas kita takut dan akur keatas perintah Allah S.W.T bukan takut kepada sesama manusia.

Sekiranya negeri kelantan tegas dengan membuktikan perlaksanaan undang2 hudud nescaya akan menjadi contoh kejayaan hudud, Insyallah seluruh umat islam di malaysia akan memberikan sokongan padu dan sama2 mempertahankan hudud, lakukanlah jangan takut kepada umno takutlah hanya kepada Allah Taala.

Mart said...

kenapa "menegakkan negara islam" tidak terdapat dalam al quran dan hadith? menegakkan kalimah allah ada tetapi kenapa menegakkan negara islam tidak ada. kenapa?

Mart said...

pas guna islam untuk dapatkan kuasa. klu betul-betul nak islam, pas tidak akan bersekongkol dengan anwar dgn pkrnya ( ada tain chua dan sivarasa) dan kit siang dgn dapnya. org melayu islam malaysia di tipu bulat-bulat oleh pas. semua yang pas nak buat umno dah buat 50 tahun kecuali hudud. hudud ini keselurohan islam ke? dlm quran berapa bahagain atau peratus yg cerita bab fiqah dan hudud ni? soalan pertama malaikat maut pasal hudud ke? soalan pertama doi mahsyar pasal hudud ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.