Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, January 31, 2009

Erdogan Bertikam Lidah Dengan Yahudi di Davos

Benar cerita ini. Erdogan telah bertikam lidah secara terbuka dengan Presiden Israel di Forum Ekonomi Dunia di Davos Swizerland.

Mengikut laporan agensi pro Zionis, BBC, Erdogan telah bercakap dengan nada yang keras mempertahankan hak rakyat Palestin dan mengecam tindakan Israel. Shimon Peres pula juga berhujjah dengan agak emosional mempertahankan hak Israel.

Erdogan pula telah mengambil sikap meninggalkan debat tersebut lebih awal kerana sikap pengerusi forum, kolumnis akhbar "Washington Post" bernama David Ignatius, yang berat sebelah dan hanya memberikan Erdogan 12 minit berhujjah berbanding Shimon Peres yang mendapat 25 minit.

Erdogan juga mengecam sikap hadirin yang memberikan tepukan dan sokongan yang kuat kepada ucapan Shimon Peres dengan berkata "saya rasa sedih mereka memberi tepukan kepada ucapan awak (Peres). Awak telah membunuh orang dan ianya adalah tindakan yang sangat salah".

Laporan imi boleh dibaca di website BBC bertajuk "Turkish PM storms off in Gaza row".

Sekembali Erdogan ke Turki beliau telah diberikan sambutan "wira negara" oleh ribuan rakyat Turki. Laporan tersebut boleh dibaca di sini..

Seingat saya, Erdogan adalah pemimpin gerakan Islam yang berjaya memalukan pemimpin Israel di khalayak dunia. Saya rasa mana-mana aktivis Islam wajib merasa bangga terhadap tindakan Erdogan ini kerana tindakan Erdogan merupakan tindakan yang amat membanggakan kepada semua ahli harakah Islamiyyah sedunia.

Tulang Besi

8 comments:

Anonymous said...

itulah erdogan yg sebenarnya...sanggup menyatakan kebenaran dimana2 sahaja...prinsip mesti jelas ! sama juga kat malaysia...PAS mesti jelas prinsipnya walaupun terpaksa berhadapan dengan DAP dan PKR...yg penting Islam ! jgn kerana politik kita menolak muzakarah atau muqabalah....!...Presiden PAS lambang keberanian ERdogan ....InsyaAllah

Farhan Kaninchen said...

Tak abis-abis banggakan Presiden PAS.. Kalau dah fanatik & taksub tu, akan tetaplah macam tu sampai bila-bila... PAS bukan milik Presiden PAS seorang tapi milik semua ahli-ahli dan mereka-mereka yang sayang akan perjuangan PAS..

Alias Mohd Yusof said...

Regim Israel yang bacul, berperang dengan orang yang tidak dibenarkan memiliki bersenjata.

Anonymous said...

Tahniah Erdogan. Mudah-mudahan semua pemimpin Islam di Malaysia mencontohi beliau.

Anonymous said...

Anonymous Said

"itulah erdogan yg sebenarnya...sanggup menyatakan kebenaran dimana2 sahaja...prinsip mesti jelas ! sama juga kat malaysia...PAS mesti jelas prinsipnya walaupun terpaksa berhadapan dengan DAP dan PKR...yg penting Islam ! jgn kerana politik kita menolak muzakarah atau muqabalah....!...Presiden PAS lambang keberanian ERdogan ....InsyaAllah"

Habis tu, apasal korang tuduh Husam, Dato KJ, Dr Hatta dan lain-lain Geng Erdogan. Maknanya, bagus lah diorang tu. Lawan diorang tu, tak bagus. Sekarang, korang tuduh TG Hadi pulak Erdogan. Memang TG Hadi Geng erdogan, tapi sebab kena hasut dengan Geng Kayu, beliau tidak dapat membuat keputusan dengan bebas. Saya cadangkankan, selepas ini, berdasarkan kenyataan di atas, korang masukkan seorang lagi ahli kumpulan Erdogan, iaitu TG Hadi ke dalam senarai nama di atas. Lawan Geng Erdogan ialah Geng Kayu yang merupakan golongan picisan di dalam PAS, menjalankan perang saraf semata-mata untuk mendapatkan tender dan kuasa, menyusun orang-orang dia di dalam kesemua peringkat untuk mengawal PAS dan kerajaan Negeri Selangor, dan tidak bersama dengan mana-mana pimpinan utama PAS.

Anonymous said...

erdogan cuba dileblkan sbg 'pemimpin baru dunia arab' menggantikan 'saddam hussin'. nak tanya sikit, erdogan ni arab ke? saya tak lihat dia bercakap mempertahankan dunia arab dalam isu palestin, tetapi Islam! kenapa tv2 cuba tonjolkan beliau sedemikian? kenapa kita terikut2??

sebagai orang Islam saya amat berbangga dgn erdogan. di malaysia erdogan dilihat sbg pengkhianat??

something is very wrong somewhere! wake up!!!

Anonymous said...

kalau itulah erdogan, aku amat berbangga bersamanya. erdogan - teruskan perjuangan, ramai bersamamu

Ma nem is Syafik said...

Salam. Saya masih baru di sini jadi kalau salah minta tolong tunjukkan.

Saya tidak mengikut perkembangan PAS mahupun AK Party pimpinan Erdogan secara terperinci. Tetapi apa yang dapat saya suarakan di sini ialah mungkin PAS dapat belajar sedikit sebanyak dari AK Party.

Bayangkan kerosakan munafiq melalui rejim Attaturk yang dilalui Turki, sekelip mata menghapuskan kegemilangan Islam di Turki. Anasir sekulariti yang anti-Islam yang berakar umbi di Turki berjaya dirungkai oleh AK Party sedikit demi sedikit.

Kalau mahu dibandingkan dengan Malaysia, mungkin senarionya lebih 'ringan' di mana penyokong kepada sistem pentadbiran Islam ada di mana-mana, cuma 'takut' untuk mengisythihar (public announcment).

PAS mungkin boleh belajar dari AK Party dari segi 're-branding'. Persepsi dan imej PAS perlu, pada saya, diurus secara bijaksana. Berhikmah. AK Party pada pendapat saya telah bijak mengurus persepi imej parti mereka agar dilihat sebagai parti 'untuk semua' yang umum mengetahui berlandaskan Islam, daripada lantang bersuara 'kami pro-Islam'.

PAS boleh tampil sebagai parti yang fleksibel dan tidak terlalu 'fundamentalist'. Saya rasa ini perlu untuk menarik undi bukan Muslim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.