Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 20, 2009

Gambar2 Tulang Besi Semasa PRK Kuala Terengganu

Saya bercadang untuk menulis beberapa analisa berkaitan dengan kemenangan PAS di PRU Kuala Terengganu. Namun masa tidak mengizinkan. Buat permulaan saya ingin mengepilkan beberapa gambar yang saya ambil sewaktu saya di sana berkempen untuk calon PAS.

Saya telah menyertai rombongan PAS PJ Utara dan Selangor. PAS Selangor telah ditugaskan untuk menjaga keseluruhan DUN Ladang, DUN yang paling liat dan kuat UMNO.
Tetapi dari apa yang saya lihat, PAS Selangor telah berjaya melaksanakan amanah mereka dengan jayanya. Mereka penuh dedikasi dan disiplin. Syabas kepada JPN Negeri Selangor.









Dato' Seri Anwar Ibrahim berceramah di UPU yang dikendalikan oleh PAS Wilayah.












Di Pos Batas Baru dalam DUN Ladang

















Gambar petugas PAS menyediakan poster di Pos Batas Baru
















Suasana kempen

















Menaikkan Poster lagi















Kenderaan Penerangan PAS PJ Utara

















Demonstrasi Palestin Sewaktu Kempen













Dr Lo Lo Ghazali di Demonstrasi Palestin
















Ustaz Azman Syafawi Berucap di Demonstrasi Palestin












Ucapan Dr Lo Lo di Demonstrasi Palestine










46 comments:

Anonymous said...

BETUL X KO ADA SEKALI DLM KEMPEN TU.WAS2 JE AKU NI.BILA BACA TULISAN KO AKU WAS2 SERIBU KALI.KALAU ADA, TERIMA KASIHLAH.TAPI KALAU XADA,NKO NI LAYAK KENE LEMPAR KASUT.

Anonymous said...

Salam Semua, Inilah akibat bila bekerja untuk dapatkan nama dan penghargaan. Terserlah ke AGEN an UMNO beliau untuk menangkis sebarang tuduhan terhadap beliau. Sedar dan bertubatlah wahai Tulang Besi Buruk dari terus menyebarkan FITNAH terhadap pimpinan. Selagi kau cuba londehkan hal-hal dalaman dan kelemahan dalam Parti untuk dikongsi dan dinikmati oleh musuh aku akan terus MELONDEHKAN KEDURJANAAN DAN PENGKHINATAN kamu terhadap Parti dan Pimpinan. Aku wujud disebabkan oleh KEBIADAPAN kamu. Itu sebab aku participate pada tulisan yang menyerang Parti dan Pimpinan. Hati-hati semua musuh dalam selimut seperti mana kamal Artatuk berjaya menyelinap masuk dalam kerajaan Othmaniah !!!!

Haqqul Mubin

Anonymous said...

Jgn layan dua orang tu TB. Orang dah dengki, nak buat camana. Ilmu pun cetek.

Anonymous said...

Mana... ada xdak pun muka hang TB... gambar tu barangkali ko dapat dari fraksi ko yg pergi sana... lepastu ko declare gi bantu jentera... huhuhu kesian TB....

Anonymous said...

Porrahh.bila menang je mengaku 'sayalah yang membantu untuk mendaulatkan islam','sayalah yang buat itu ini'.walhal sebelum berperang nkolah yang melambat2kan jentera pas.nkolah yang mengwas2kan penyokong untuk berjuang dimedan perang prk KT.woi,aku boleh paste kenyataan ko sebelum ni pasal kempen ni.nko menghasut supaya penyokong tidak membantu dengan memberi cerita dalaman pas semasa pencalonan hari tu.Sekarang??ko nak kata ko membantu plak?issk ko ni betula talam muka seribu.sebijik kisah perang dizaman nabi,ketua munafik yang menghasut/mengwas2 serta melambat2kan orang islam untuk berperang menentang musuh.rupa2nya dizaman inipun ada contoh jugak.betullah ulamak cakap,apa yang berlaku dizaman nabi tu tidak terhenti hanya kisah dizaman itu sahaja bahkan akan relevan hingga akhir zaman.

Anonymous said...

Salam

Sudahlah, semua ada peranan. Jangan nak nafikan peranan sesapa. Itu angkuh namanya. TGNA tegur orang yang suka keluarkan kenyataan untuk sakitkan hati orang UMNO. Apatah lagi untuk sakitkan hati orang PAS sendiri. Tuduhan yang pelik pelik perlukan dijauhkan daripada ahli gerakan Islam

Wallahu a'lam.

Anonymous said...

Perselisihan faham perkara yang biasa bagi sesebuah organisasi. Dalam peringkat cawangan pun kita dah dengar banyak pertelingkahan yang wujud inikan pula dalam PAS yang ada 1 000 000 ahli rasmi dan berjuta-juta penyokong tidak rasmi.

Walau apa pun pendapat kita, perlu meluahkannya dengan cara yang betul bukannya memaparkannya untuk tatapan umum. Apabila pemimpin telah membuat keputusan maka wajiblah kita tolak segala perbezaan ketepi dan memberi sokongan kepada pimpinan kita.

Momentum kemenangan yang ada perlu dipertingkatkan lagi, bukannya dengan cara melemahkan parti. Jika kita boleh bersatu ketika kalah mengapa tidak ketika menang???

Tulang Besi said...

Dua ekor kat atas tu tak paham beza sayang parti dengan sayang pimpinan.

Kita sayang parti/jemaah mesti lebih tinggi dari sayang pemimpin.

Kalau terpaksa buang sorang dua pemimpin, kena kritik dan paksa pemimpin, maka kita kena lakukan kerana yang penting adalah jemaah bukan pemimpin.

Mukazziib mubin ni ngaji tak cukup, sebab tu dia jadi mcm tu.

Tulang Besi said...

sapa yang meragui samada Tulang Besi pergi ke KT atau tidak, silalah bertnaya kepada SU Perhubungan PAS Negeri Selangor, Hj Yusof.

Atau tanya Rahman Siddiqin, zaidy, fadzil, Azri Mat Arish, Hj Muhsinun Tahir, Muzzamil etc.

Korang mesti paham, aku mengkritik pimpinan demi untuk kepentingan parti.

Bagi aku parti lebih tinggi dari pimpinan.

Ada faham tak???

Tulang Besi said...

Anonymous said...

Porrahh.bila menang je mengaku 'sayalah yang membantu untuk mendaulatkan islam','sayalah yang buat itu ini'.


Woii apa buat fitnah ni. Mana ada aku ckp mcm ni. Aku belum lagi bagi analisa aku tentang sebab apa PAS menang.

Apa ngarut tak tentu pasal ni. Kang aku lempang kang, baru kau tau.

Aku memang kempen la untuk PAS sebab antara PAS dan UMNO, PAS lagi baik.

Takkan sebab aku tak setuju bagaimana cara calon dipilih, aku nak redha BN menang.

BN tetap musuh yang sebenar, tak guna.

Aku tak setuju dengan Fraksi UMNO sebab aku tak nak PAS jadi alat untuk menguatkan UMNO.

Aku nak UMNO ni ruyup seluruhnya dan yang tinggal hanya PAS untuk orang melayu.

Faham tak!!!

Anonymous said...

Orang Gila tak kan mengaku Gila dan orang Munafiq tak akan mengaku mereka adalah Munafiq. Jemaah PAS cukup bijak untuk menilai tulisan kau wahai Tulang Besi Buruk.Tahu sikit sembang lebih !!! Hati-hati musuh yang mengaku sebagai kawan. Tulang Besi Sememangnya AGEN UMNO.... Dulu, Kini dan Selamanya.

Haqqul Mubin

Tulang Besi said...

Wahai Mukazzib mubin,

Sapa yang munafik? Yang dulu kata tak pernah berbincang dengan UMNO tapi tiba2 terdedah rupanya dah lebih tiga kali berbincang dengan UMNO?

Bukan tu sifat munafik ke?

Anonymous said...

Salam

Janganlah kita mudah menudu orang lain agen umno, munafik dan sebagainya hanya kerana kritikan. Kerana kritikan itu satu sunnah. Ia baik untuk organisasi. Sebaliknya, diam itu satu fitnah. Memfitnah orang lain agen UMNO juga adalah satu fitnah juga. Adakah itu yang diajar di di dalam usrah-usrah kita selama ini. Dengan menuduh orang lain tanpa bukti. Berapa banyakkah dosa yang ingin kita kumpulkan. Saya telah membaca tulisan tulang besi. Bagi saya kritikan adalah perlu untuk meningkatkan jamaah. ia adalah sejenis audit. Di dalam organisasi memang kena ada audit. Tidak ada salahnya. Sebaliknya, menuduh orang lain dengan tuduhan yang bukan-bukan hanya semata-mata di atas kritikan beliau adalah satu daripada sifat jahiliyyah. Inilah sifat yang ada pada golongan diktator. Ia bukan daripada Islam dan bukan daripada PAS. Saudara Tulang Besi, janganlah berputus asa daripada membuat kritikan membina kepada jamaah. InsyaALLAH di sanalah ada keberkatan.

songkok hijau said...

Saya bangga kerana dalam PAS, ada ahli macam TB yang check and balance kepimpinan tu. Itu baru betul. Kalau duk ikut mereka yang kritik TB kat sini ni, bagi mereka ketua pimpinan tu macam tak akan buat salah langsung. Semuanya betul dan tak boleh dipertikaikan. Saya bersyukur PAS mempunyai ahli2 yang celik.

Saya rasa la, yang tak suka TB ni semuanya berhasad dengki. Dengki sebab TB cuba nak jatuhkan fraksi umno dalam PAS...

Anonymous said...

kahkahkah..nasib baik ada TB..haha..kalau tidak..al ulta ben al keldai gerenti bermaharajalela..kahkahkah..

Anonymous said...

Salam, saya amat bersetuju dengan komen songkok hijau dan yg sebelumnye tuh. Walau selama mana pon ahli2 PAS ditarbiyyah dan diusrahkan termasuk yg kenal tarbiyyah dan usrah methodology dr sekolah menengah sehingga peringkat university tak semestinya die mampu memahami ape yg sedang dan telah diusahakan / di tulis oleh TB, dengan cara mengkritik untuk membina. Kekuatan PAS tak mesti berpaksi kepada konsep sami'na wa ato'na, itu amat jelas dlm perkara yg qati' suruhan wajib Allah. Termasuk juga di dalamnya dlm hal mematuhi arahan pimpinan dan jamaah. Pimpinan itulah Jamaah dan Jamaah itulah pimpinan. Mmg benar jugak Jamaah itu lebih penting (higher priority) berbanding Pemimpin dlm Jamaah, walaupon mereka adalah memenuhi kehendak satu sama lain. Arahan pemimpin wajib dipatuhi, selagi mana tidak bertentangan dgn hukum dan syariat dr Allah yg qati'. Dan perlu difahami arahan pimpinan sedemikian adalah merupakan arahan Jamaah kerana di dlm Jamaah disana ada konsep Syura' yg kemudian nya menjadi basis kepada perlaksanaan dlm hiraki kepimpinan dlm Jamaah (PAS) e.g. Dewan Harian, etc.

TB memberikan pendapat kekadang agak "keras" jika seseorang ahli dlm PAS itu merasakan dirinya atau pimpinan yg disanjungnya terkena bidasan/kritikan dr pendapat TB. Ini bukannya ahli biase, tapi ahli yg berjawatan dan berkerja dlm PAS. Sifat dan sikap ini perlu dikikis dan dihapuskan. Tapi sifat dan sikap mengkritik untuk membina perlu diteruskan disana akan ada kebaikan dariNya. Hanya manusia yg berani membentuk ke arah kemajuan berani melakukan perubahan, dan sesuatu perubahan itu tidak akan berlaku hanya dengan mengiyakan sesuatu tanpa ade kritikan dan check & balance. Usaha manusia tidak pernah sempurna, sentiasa ade cacat cela nya sbb itu dinamakan makhluk Allah ini sbg Manusia, ataupon Insan dlm bahasa arabnya yg bererti "lalai dan lupa"... tapi usaha manusia akan lebih bermakna dng adanya kritikan, pendapat biarpon ade pro and cons. Kaedah yg dilakukan oleh TB amat bermakna dlm perjuangan PAS yg menjadi wadah perjuangan Islam meneruskan usaha para rasul dan anbiya'.

Kaedah ini sebenarnya amat ditakuti oleh UMNO yg kenal erti dan juga musuh yg lain. Ini kerana kaedah yg digunakan oleh TB banyak membuka minda manusia. Kita hanya akan termengadah selepas terhantuk. Jika tidak kita akan terus terusan berjalan tanpa tahu benar atau tidak perjalanan kita. Org akan bidas kalau kita plan elok-elok sebelum kite mulakan berjalan, tentu kita tak akan terbabas, tapi bukan kah kite lupa bahwa untuk buat sesuatu plan akan ade pendapat2 yg diajukan, akan ade kritikan2 yg diajukan, akan ade pertentangan pendapat2 tersebut dan akhirnya akan ade sesuatu keputusannya setelah pertimbagan sewajarya.

Kaedah TB berpaksikan kepada analisa sendiri yg dipandukan dengan akal minda, pembacaan, pengalaman lepas, pengamatan, ilmu, secara mendalam. Ada ilmu disitu. Ada sebab dan musabab. Menerang dengan cara menyerang ade kalanya perlu dlm Jamaah PAS setelah usaha selembut mungkin telah di cuba tetapi gagal. Fraksi UMNO dlm PAS tidak mungkin tidak wujud i.e. tak mustahil akan kewujudanya. Kalau tidak, Jamaah PAS bukan parti yg menjadi wadah Islam. ...


Tajdid Hadhari!

Anonymous said...

salam

diatas ade komen menyebut ahli PAS dah 1 000 000 orang. Bole tak sesiapa sahih kan betul ke secara rasmi ahlai PAS dah mencapai angka tersebut.

Teringat dengan arwah almarhum ustaz Hj Dato' Fadhil Nor, dlm muktamar 10+ tahun yg lalu (kalau tak silap) memberikan target utk mencapai keahlian PAS 1 Juta.

Tajdid Hadhari!

Anonymous said...

Salam

Janganlah kita mudah menudu orang lain agen umno, munafik dan sebagainya hanya kerana kritikan. Kerana kritikan itu satu sunnah. Ia baik untuk organisasi. Sebaliknya, diam itu satu fitnah. Memfitnah orang lain agen UMNO juga adalah satu fitnah juga. Adakah itu yang diajar di di dalam usrah-usrah kita selama ini. Dengan menuduh orang lain tanpa bukti. Berapa banyakkah dosa yang ingin kita kumpulkan. Saya telah membaca tulisan tulang besi. Bagi saya kritikan adalah perlu untuk meningkatkan jamaah. ia adalah sejenis audit. Di dalam organisasi memang kena ada audit. Tidak ada salahnya. Sebaliknya, menuduh orang lain dengan tuduhan yang bukan-bukan hanya semata-mata di atas kritikan beliau adalah satu daripada sifat jahiliyyah. Inilah sifat yang ada pada golongan diktator. Ia bukan daripada Islam dan bukan daripada PAS. Saudara Tulang Besi, janganlah berputus asa daripada membuat kritikan membina kepada jamaah. InsyaALLAH di sanalah ada keberkatan.




BETUL LA KENE ADA AUDIT DALAM JEMAAH.TAPI KALAU MEMBEBEL PASAL HAL DALAMAN DIDEPAN ORANG RAMAI ITU AUDIT KEARAH KEMUSNAHAN TU.XBOLEHKE BERMESYUARAT DALAM SALURAN YANG SEPATUTNYA DIPERINGKAT TERTINGGI PIMPINAN?SUPAYA MATLUMAT DAN KEPUTUSAN YANG HENDAK DIBINCANGKAN DAPAT DIAMBIL TINDAKAN OLEH PIMPINAN.NI TIDAK,ADA MATLUMAT JE, PI TULIS DALAM BLOG.ADA CERITA JE,PAPAR DALAM BLOG.HANG TAU X,IMPLIKASINYA BAGAIMANA?KESANNYA AHLI PAS KELIRU.MULA BUAT TOHMAHAN MACAM-MACAM WALHAL BENDA YANG TB CERITAKAN TU NTAH BETUL ATAU X ATAUPUN KERANA ADA KEPENTINGAN PIHAK YANG TERTENTU.SEBAHAGIAN AHLI PAS YANG MARAH NI BUKAN APA,TAPI UNTUK JEMAAH JUGA.SUPAYA AHLI JEMAAH KUKUH.SUPAYA TB BUAT KRITIKAN MEMBINA.TAPI CARA TB BUAT NI BUKANNYA MEMBINA MALAH MENGHANCURKAN JEMAAH PADA MASA AKAN DATANG.AUDIT,AUDITLAH.MISAL KATA,AUDIT KEWANGAN,SEMUA ADA FAKTA CUKUP LENGKAP.BILA SIAP,KENA PRESENT KAT PENTADBIRAN TAPI BELUM TENTU BOLEH LETAK DALAM PAPER LAGI.PENTADBIRAN AKAN PUTUSKAN BILA DAN KEADAAN MANA YANG SESUAI UNTUK DEDAHKAN PADA UMUM.NI TIDAK,AUDIT TUNGANG LANGGANG TIBA-TIBA SIBUK NAK ENDOSE PADA UMUM.PENING-PENING.

Anonymous said...

Salam

Cerita bab audit meng audit nih, itu la kite dah terbiasa dengan audit kewangan, audit business process and procedural, audit keselamatan etc yg dijalankan di dunia sekarang ni. satu masa nanti akan berubah ke satu keadaan dimana audit tak payah tunggu di publish public dah bole dapat ikuti perkembangan audit tuh, not only in writing but also in audio+ video. Zaman nih jer care audit masih macam dulu and guna method yg dulu. Di guna pakai sehingga la nih. Blog nih antara cara komunikasi cepat, pertanggungjawaban atas pemilik blog adalah jelas at least blog kepunyaan TB nih. Setiap pendapat dan kritikan dr TB dan juga balasan komen-komen pembaca juga terserlah secara spontaneous dan transparent (not fully since no full identity of most contributors),so "audit" can be done on line at almost real time. Nih antara kaedah terpantas menyampaikan berita, cerita dan maklumat dan apa saje.

Anonymous said...

Anonymous Said

"BETUL LA KENE ADA AUDIT DALAM JEMAAH.TAPI KALAU MEMBEBEL PASAL HAL DALAMAN DIDEPAN ORANG RAMAI ITU AUDIT KEARAH KEMUSNAHAN TU.XBOLEHKE BERMESYUARAT DALAM SALURAN YANG SEPATUTNYA DIPERINGKAT TERTINGGI PIMPINAN?SUPAYA MATLUMAT DAN KEPUTUSAN YANG HENDAK DIBINCANGKAN DAPAT DIAMBIL TINDAKAN OLEH PIMPINAN.NI TIDAK,ADA MATLUMAT JE, PI TULIS DALAM BLOG.ADA CERITA JE,PAPAR DALAM BLOG.HANG TAU X,IMPLIKASINYA BAGAIMANA?KESANNYA AHLI PAS KELIRU.MULA BUAT TOHMAHAN MACAM-MACAM WALHAL BENDA YANG TB CERITAKAN TU NTAH BETUL ATAU X ATAUPUN KERANA ADA KEPENTINGAN PIHAK YANG TERTENTU.SEBAHAGIAN AHLI PAS YANG MARAH NI BUKAN APA,TAPI UNTUK JEMAAH JUGA.SUPAYA AHLI JEMAAH KUKUH.SUPAYA TB BUAT KRITIKAN MEMBINA.TAPI CARA TB BUAT NI BUKANNYA MEMBINA MALAH MENGHANCURKAN JEMAAH PADA MASA AKAN DATANG.AUDIT,AUDITLAH.MISAL KATA,AUDIT KEWANGAN,SEMUA ADA FAKTA CUKUP LENGKAP.BILA SIAP,KENA PRESENT KAT PENTADBIRAN TAPI BELUM TENTU BOLEH LETAK DALAM PAPER LAGI.PENTADBIRAN AKAN PUTUSKAN BILA DAN KEADAAN MANA YANG SESUAI UNTUK DEDAHKAN PADA UMUM.NI TIDAK,AUDIT TUNGANG LANGGANG TIBA-TIBA SIBUK NAK ENDOSE PADA UMUM.PENING-PENING."

Pandangan Saya

Sheikh, kena hati-hati bila berhujah. Takut nanti terkena kat batang hidung sendiri. Ataupun, point anta digunakan oleh UMNO untuk mengenakan balik PAS.

Selama ini, itulah yang UMNO cakap kepada PAS. Dia kata, PAS tak ada adab. Dedahkan keburukan kat ceramah. Sepatutnya, kalau PAS tak setuju dengan UMNO, PAS mesti menegur UMNO secara 4 mata. Kerana, jika PAS mendedahkan keburukan UMNO di khalayak, nanti kerajaan akan disabotaj.

Adakah hujah itu juga yang saudara mahu gunakan kepada PAS, Itulah selama ini hujah UMNO. Adakah perangai UMNO telah meresap masuk ke dalam PAS. Iaitu mengekang kebebasan bersuara, menegur dan amar makruf nahi munkar.

Saya yakin tulisan tulang besi adalah benar. Sebab kalau tidak benar, sudah tentu akan ada pihak yang mendakwa beliau di mahkamah. Tetapi tidak ada pun. Tulang besi adalah seorang yang sangat berani dan bertanggungjawab. Beliau mengkritik dengan mendedahkan nama dan identiti beliau. Maksudnya, beliau bersedia berdepan dengan apa-apa risiko sekiranya kritikan beliau tidak benar.

Sikap beliau ini sangat jauh daripada pembuat blog antihusam.com. Tidak ketahuan siapa pembuatnya. Di dalam ilmu hadith, rawi seperti ini disebut majhul (tidak dikenali) dan secara otomatik segala hadith daripadanya adalah dikira palsu walau seberapa baik sekalipun. Begitu juga blog anti husam. Segalanya adalah dikira palsu kerana tidak ketahuan siapa penulisnya. Penulisnyalah yang kaki fitnah kerana tidak berani berdepan. Kenapa tidak berani mendedahkan diri sendiri? kerana beliau takut akan didakwa di mahkamah. Kerana beliau sendiri tahu bahawa fakta yang beliau kemukakan adalah bohong semata-mata. Itulah sikap pengecut dan pemfitnah yang akan merosakkan jamaah daripada dalam. Jika hendak dituduh antihusam adalah agen UMNO pun, memang patut. Kerana di dalam Islam, sesiapa yang meriwayatkan harus dikenali latar belakangnya.

bagi saya, Tulang Besi memang benar-benar beramal dengan akhlak Islam dengan melakukan amar makruf nahi munkar dengan berani mendedahkan identiti beliau manakala antihusam membelakangkan ajaran Islam kerana bertanggungjawab menyebarkan fitnah di dalam PAS. Ia bukan daripada akhlak Islam dan akhlak PAS.

Anonymous said...

Saudara

Tulang Besi adalah seorang yang sangat bertanggungjawab. Beliau mengkritik pimpinan. Namun, beliau juga bersedia untuk dikritik dan dihujahkan pada setiap kata-kata beliau. Buktinya, berapa banyak kecaman dan kritikan kepada beliau yang tertera di dalam blog ini. Tak ada tapis pun. Sebab itulah sebahagian kita menyalah gunakan keistemewaan ini untuk mengeluarkan kata-kata yang kesat yang bercanggah daripada akhlak Islam. Tulang Besi menjawab setiap kritikan tersebut. Namun, apabila kritikan tersebut terlalu melampau, kesabaran melampaui hadnya.Itulah dia sikap yang ada di dalam Islam.

Apa salahnya kritikan terbuka? Seorang wanita menegur Saidina Umar di khalayak kerana membantah keputusan Saidina Umar untuk mengurangkan mahar. Adakah perbuatan wanita tersebut dikira maksiat? Tidak, bahkan ia dianggap sangat terpuji.

Sikap ini jauh berbeza dengan blog antihusam. Cuba saudara-saudara menghantar komen yang bertentangan dengan ideologi penulis. Tobat, tak keluar. Sebab itu komen semua satu lapis sahaja. Macam dibuat-buat. Di sini pun telah boleh dilihat siapa yang beramal dengan akhlak Islam siapa yang tidak. Siapa yang berani dan siapa yang pengecut. Siapa yang berhujah dengan fakta dan siapa yang auta kaki pemfitnah, siapa yang benar dan siapa yang salah.

Saya merasa hairan, kenapalah begitu susah itu sebahagian pembaca membuka mata.

Kepada Tulang Besi, teruskan usaha kamu untuk melakukan amar amkruf nahi mungkar di dalam PAS dan seterusnya di dalam masyarakat Malaysia keseluruhannya. Jangan terkesan dengan kejahilan sesetengah pembaca dan penentang kebenaran. Kami sentiasa di belakang saudara.

Anonymous said...

'Selama ini, itulah yang UMNO cakap kepada PAS. Dia kata, PAS tak ada adab. Dedahkan keburukan kat ceramah. Sepatutnya, kalau PAS tak setuju dengan UMNO, PAS mesti menegur UMNO secara 4 mata. Kerana, jika PAS mendedahkan keburukan UMNO di khalayak, nanti kerajaan akan disabotaj.'

SAUDARA,
APA KAITAN NGAN UMNO PLAK?KITA SEMBANG BAK SESAMA SENDIRI NI.MEMANG BEGITU CARANYA KITA NAK BERDEPAN DENGAN UMNO.JANGAN SAMAKAN KITA DENGAN MEREKA.

XELOK KITA HENTAM SESAMA SENDIRI DENGAN MEMBENTUK SECTION TERTENTU DALAM JEMAAH.MAKSUDNYA KITA MEMBINA SATU JEMAAH LAGI DALAM SATU JEMAAH YANG BESAR.ADA CARA UNTUK SELESAIKAN KONFLIK/PERTIKAIAN.ADA TEMPATNYA.KITA ADA ADAB DALAM JEMAAH.PAS ADALAH JEMAAH ISLAM.BUKAN MACAM UMNO,MAIN PAKAI BORONG JE.ISLAM MENGAJAR,SETIAP PERKARA ADA FEKAHNYA UNTUK UMAT ISLAM LALUI.TIDAK BOLEH TENTUKAN 1 PERKARA IKUT PERTIMBANGAN KITA SELAKU MANUSIA BIASA.SEMUA PERKARA ADA ADAB TERTENTU YANG MESTI DIIKUTI.ITULAH AJARAN RASULULLAH.


'Saya yakin tulisan tulang besi adalah benar. Sebab kalau tidak benar, sudah tentu akan ada pihak yang mendakwa beliau di mahkamah. Tetapi tidak ada pun. Tulang besi adalah seorang yang sangat berani dan bertanggungjawab. Beliau mengkritik dengan mendedahkan nama dan identiti beliau. Maksudnya, beliau bersedia berdepan dengan apa-apa risiko sekiranya kritikan beliau tidak benar.'

SAUDARA,

BANYAK BENDA YANG X BENAR BERLAKU DALAM MASYARAKAT NI.KALAU SEME PERKARA YANG XBENAR KENE ADA SAMAN TERUKLAH KITA.BANYAKLAH FAIL DALAM MAHKAMAH BERTIMBUN2.YANG SEDIA ADAPUN XSELESAI.RAJINKAH KITA?.

ADA ORANG,KERANA INGIN MENJAGA KEUTUHAN KESATUAN DALAM JEMAAH MENGAMBIL PENDIRIAN DIAM UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA KEADAAN MENJADI TIDAK MENENTU DAN HURU HARA,DEMI SAYANG DAN CINTA KEPADA JEMAAH.WALHAL APA YANG DIKATAKAN PADANYA ADALAH TIDAK BENAR.OLEH ITU MENJADI TANGGUNGJAWAB KEPADA AHLI JEMAAH MEMBETULKAN APA YANG BERLAKU.

SEMOGA DINASIHATKAN SUPAYA KENDURKAN SEDIKIT SERANGAN SAUDARA TB TU SERTA FIKRAH2 YANG SEWAKTU DENGANNYA.AGAR KEUTUHAN SESAMA JEMAAH TERJAGA DAN BERSATU TENAGA MENENTANG MUSUH YANG SEBENARNYA.GUNAKANLAH PELURU YANG BETUL UNTUK MUSUH YANG SEBENAR.

Anonymous said...

###
SEMOGA DINASIHATKAN SUPAYA KENDURKAN SEDIKIT SERANGAN SAUDARA TB TU SERTA FIKRAH2 YANG SEWAKTU DENGANNYA.AGAR KEUTUHAN SESAMA JEMAAH TERJAGA DAN BERSATU TENAGA MENENTANG MUSUH YANG SEBENARNYA.GUNAKANLAH PELURU YANG BETUL UNTUK MUSUH YANG SEBENAR.###

Salam, menarik pandangan ini, if you have known TB quite well, he will have more yet still powerful bullets to bite for the enemies (UMNO dan seangkatan dengannya). Lain padang, lain pedang dan penangannya.

Anonymous said...

Saudara penulis HURUF BESAR,

saya anggap tulisan saudara tidak atas realiti. 3 sebab:

1) pernah saudara tanya kepada pimpinan cara mana ahli PAS berhak membuat kritikan? pernah juga kah saudara bertanya kepada pimpinan adakah salah cara sepertimana yg ditunjukkan oleh TB dlm memberikan kritikan? dan atas soalan tersebut, adakah ade ia menunjukkan kaedah sepertimana yg ditunjukkan oleh TB dlm memberikan kritikan itu salah dan tidak dibenarkan dlm PAS dan menyusahkan PAS?

2) Saudara hampir tidak memahami konsep kebebasan bersuara dan memberikan pendapat serta kritikan dalam alam maya seperti blog ini.

3) Saudara hampir menidakkan kaedah kritikan membina dlm Jamaah PAS. Tunjukkan dimana blog2 lain yg seangkatan kritisnya sepertimana blog TB ini?

Anonymous said...

" Saudara penulis HURUF BESAR,

saya anggap tulisan saudara tidak atas realiti. 3 sebab:

1) pernah saudara tanya kepada pimpinan cara mana ahli PAS berhak membuat kritikan? pernah juga kah saudara bertanya kepada pimpinan adakah salah cara sepertimana yg ditunjukkan oleh TB dlm memberikan kritikan? dan atas soalan tersebut, adakah ade ia menunjukkan kaedah sepertimana yg ditunjukkan oleh TB dlm memberikan kritikan itu salah dan tidak dibenarkan dlm PAS dan menyusahkan PAS?

2) Saudara hampir tidak memahami konsep kebebasan bersuara dan memberikan pendapat serta kritikan dalam alam maya seperti blog ini.

3) Saudara hampir menidakkan kaedah kritikan membina dlm Jamaah PAS. Tunjukkan dimana blog2 lain yg seangkatan kritisnya sepertimana blog TB ini? "

Caranya adalah mengikut adab seperti :-

1. Dalam Usrah
2. Mesyuarat Cawangan
3. Mesyuarat kawasan
4. Konvensyen Negeri
5. Muktamar Pusat.

Jadi apa yang saya nampak ramai GELAP dan HILANG PUNCA tentang adab berjamaah. Lalu eloklah hadir Usrah dan belajar dari masa ke semasa. PAS tak sama dengan Parti yang lain. Tengok cara Dato' Asri dijatohkan melalui Muktamar Agong. Bukannya surat layang@Blog Dungu TB ini.

Tulang Besi said...

Saudara hampir menidakkan kaedah kritikan membina dlm Jamaah PAS. Tunjukkan dimana blog2 lain yg seangkatan kritisnya sepertimana blog TB ini? "

Caranya adalah mengikut adab seperti :-

1. Dalam Usrah
2. Mesyuarat Cawangan
3. Mesyuarat kawasan
4. Konvensyen Negeri
5. Muktamar Pusat.


Semua benda ni ada dalam perlembagaan PAS ke?

Ataupun ni undang-undang ciptaan sendiri sahaja?


Juga, bukan ke Muktamar Pusat pun dapat liputan 100% dalam media. Apa bezanya dengan saya mendedahkan dalam blog?

Cuba kita lihat apa yang berlaku pada Khalid Samad. Apabila ikut "saluran parti" yang didapati oleh beliau adalah tendangan yang kukuh ke belakang beliau.

Berenti la buat cerita yang takda asas

Tulang Besi said...

###
SEMOGA DINASIHATKAN SUPAYA KENDURKAN SEDIKIT SERANGAN SAUDARA TB TU SERTA FIKRAH2 YANG SEWAKTU DENGANNYA.AGAR KEUTUHAN SESAMA JEMAAH TERJAGA DAN BERSATU TENAGA MENENTANG MUSUH YANG SEBENARNYA.GUNAKANLAH PELURU YANG BETUL UNTUK MUSUH YANG SEBENAR.###


Alhamdulillah, setakat ini musuh kita LANGSUNG tak berani nak gunakan maklumat yang saya dedahkan dalam blog saya.

Ini kerana saya mendedahkan aktiviti orang2 yang mahu membawa PAS masuk BN.

Saya juga mendedahkan aktiviti orang2 yang mahu melemahkan parti dan menjadikan PAS sebagai parti jalanan.

Sekiranya UMNO mengambil maklumat dalam blog saya, ianya akan menguatkan PAS lagi.

Contoh: Pak Lah mendedahkan perjumpaan dalam gelap PAS dan UMNO seminggu lepas pendedahan saya.

Apa yang berlaku, usaha membawa PAS masuk UMNO terbantut.

Khairy Jamaluddin pula sudah mula menggunakan perkataan "kumpulan erdogan".

Perkataan ini jelas datang dari web Antihusam dan mereka yang dari fraksi UMNO.

Namun, sampai hari ini tidak sedikit UMNO gunakan maklumat blog ini untuk kepentingan mereka.

Pimpinan2 yang saya dedahkan dalam blog ini adalah harapan UMNO bagi melemahkan PAS serta menguatkan UMNO.

Anonymous said...

###Caranya adalah mengikut adab seperti :-

1. Dalam Usrah
2. Mesyuarat Cawangan
3. Mesyuarat kawasan
4. Konvensyen Negeri
5. Muktamar Pusat.

Jadi apa yang saya nampak ramai GELAP dan HILANG PUNCA tentang adab berjamaah. Lalu eloklah hadir Usrah dan belajar dari masa ke semasa. PAS tak sama dengan Parti yang lain. Tengok cara Dato' Asri dijatohkan melalui Muktamar Agong. Bukannya surat layang@Blog Dungu TB ini.###

Sdr Penulis (with less HURUF BESAR, thanks you --- nothing synical abt, just to ensure getting the right reference to what I am commenting on),

1. alHamdulillah, so far I have taken part in those from Usrah down/up to Muktamars (and will still be involved at least 2 of the 5 channels mentioned). They provide all the good channels to raise and debate issues. So no grudge abt that adab part. It is just that this blog is another approach, nothing wrong with it and could be even better. Why Better? mainly because our thoughts can be conveyed to mass and particularly to pimpinan quicker. Well, can be done over the phone too or face 2 face but this is just another way for it.

2. Well I don't think if we are trained or dah di tarbiyyah dlm usrah, etc akan sesekali menganggap blog TB ini sebagai blog DUNGU. Dungu secara kasarnya bermakna bodoh yg membawa erti tak berfaedah langsung. Saya anggap TB Blog ni lebih kepada pandangan alternatif beliau yg almost majority the contents bersifat contra (tak semua...) kekadang tak (sempat lagi) diterfikirkan oleh kebanyakan ahli-ahli PAS yg lain. Berape ramai kalangan ahli PAS bersifat kritis dlm usaha membentuk kekuatan jamaah? Tak ramai, paling tidak tak sampai pon 1% (e.g. kalau ahli PAS 1,000,000 1% = 10,000) berdasarkan oberservation melalui muktamar dan jugak kewujudan blog terbuka yang ade nama sebenar spt TB blog nih yg berani bersikap kritis terhadap parti. So I don't think it is a dungu type of blog.

Tajdid Hadhari!

Anonymous said...

Perlu ada ketelusan.
Penyokong perlu tahu, kalau benda baik tak perlu sorok/sembunyi.
Kalau ada yang tak betul dalam blog ini, dipersilakan untuk membidas dengan bukti-bukti sahih.
Bukan untuk melaga, tapi untuk mengukuh.
Besar mana mandat yang diberi kepada pemimpin. Tidak semua penyokong faham akan hal ini.
Kalau 100% untuk membuat keputusan yang menjejaskan penyokong, perlu dikaji oleh semua lapisan pemimpin dan disebarkan supaya penyokong tahu halatuju parti. Dan akan ada orang yang terus menyokong dan akan ada orang yang berhenti menyokong.
Penyokong perlu membuat pilihan yang bijak. Tanpa penyokong, matlamat akan terbantut sudahnya.

Anonymous said...

Saudara BERHURUF BESAR

harus diingat, parti, jamaah dan organisasi tidak akan hancur hanya dengan adanya kritikan dalaman ataupun luaran. Sebaliknya parti akan hancur apabila semua ahlinya senyap dan berdiam diri apabila melihat sesuatu kemungkaran dilakuan. bahkan lebih teruk, mencipta pelbagai alasan dan hujah untuk menghalalkan tindakan mereka. Adakah kita hanya ingin melahirkan ahli-ahli yang hanya mengangguk-angguk seperti burung belatuk. Adakah itu maqam tarbiyyah yang tertinggi di dalam silibus usrah kita selama ini.

Kemusnahan UMNO adalah kerana ahli-ahlinya yang tidak mahu menegur kesilapan dan keangkuhan pimpinan mereka. Akhirnya pimpinan mereka lupa diri dan menjadikan UMNO jauh daripada Islam.

Sedarlah, kritikan akan menjadikan parti lebih kuat. Pimpinan lebih beringat. Ahli-ahli lebih bekerja kuat kerana bersaing sesama sendiri kerna ingin membuktikan kesetiaan, kejujuran dan kekukuhan hujah masing-masing. Itulah dia antara formula kemenangan PAS di Kuala terengganu.

Sebaliknya, sikap berdiam diri, angguk angguk, tiada ruang kebebasan bersuara, mencantas para pengkritik adalah formula ke arah kejatuhan sesuatu organisasi dan jamaah. Bahkan ia merupakan satu titik tolak kepada kesesatan dan penyembahan sesama manusia.

Saya berkata begini kerana, di dalam Al-Quran dan Hadith Nabi SAW telah banyak berbicara tentang sikap berdiam diri terhadap kepimpinan apabila melihat mereka melakukan kesilapan dengan menyamakan sikap tersebut dengan maqam ibadah kepada sesama makhluk. Akhirnya kesesatan akan bermaharajalela. Itulah perkara yang sangat ditakuti oleh kita semua penggerak gerakan Islam ini.

Saya merasa hairan, sesetengah kita terutama yang berHURUF BESAR berbicara tentang adab sebelum berbincang tentang benar atau salah fakta yang dikemukakan oleh seseorang individu. Sepatutnya, sebelum kita bincang bab adab, jawab dahulu kesemua hujah yang dikemukakan oleh Tulang Besi. Apalah susahnya pimpinan yang berkenaan untuk nafikan sahaja tulisan Tulang Besi kalau ianya salah semata-mata untuk menegakkan kebenaran dan mengelakkan kekeliruan di kalangan ahli. Itu persoalannya?

Hakikatnya, persoalan adab hanya dikemukakan oleh golongan tertentu bagi menutup mulut pengkritik apabila mereka tidak mampu untuk menjawab setiap hujah yang dikemukakan. Itulah taktik golongan-golongan yang bersalah, yang mendidik manusia dengan ketaksuban bukannya dengan ilmu. Mereka lebih suka manusia menjadi jahil agar mereka terus dapat menipu manusia lain. Bagi saya, dalam isu tulang besi, persoalan adab TIDAK BERBANGKIT LANGSUNG, SEBALIKNYA ADALAH BENAR ATAU SALAH SESUATU TUDUHAN ITU, ITU YANG LEBIH UTAMA.


Kepada penggerak PAS pula. Janganlah merasa angkuh dengan kemenangan di Kuala terengganu. Sesungguhnya kemenangan itu adalah hak ALLAH SWT dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Soalan-soalan di bawah perlu di jawab oleh penggerak PAS agar kerusi Kuala terengganu akan kekal di tangan PAS dengan majoriti yang lebih besar lagi.

1. Kenapa undi masyarakat Cina merosot, adakah ini menunjukkan bahawa dakwah Islam melalui parti PAS semakin jauh daripada mereka. Atau mereka menjadi lebih tidak memahami Islam atau kesilapan kita sendiri.

2. Peratusan undi yang merosot adalah sama dengan kemerosotan undi Barisan Nasional. Adakah penggerak PAS pasti bahawa orang BN beralih mengundi PAS ataupun hanyak esilapan teknikal mereka tidak turun mengundi. Bagaimaan kalau mereka semua turun mengundi kelak?

3. Adakah kerusi K Terengganu boleh dikatakan kerusi selamat dengan kemenangan tersebut? Adakah dakwah PAS benar-benar telah menambat orang baru di Kuala Terengganu.

Wallahu a'lam

Anonymous said...

'Saya merasa hairan, sesetengah kita terutama yang berHURUF BESAR

berbicara tentang adab sebelum berbincang tentang benar atau salah

fakta yang dikemukakan oleh seseorang individu. Sepatutnya, sebelum

kita bincang bab adab, jawab dahulu kesemua hujah yang dikemukakan oleh

Tulang Besi. Apalah susahnya pimpinan yang berkenaan untuk nafikan

sahaja tulisan Tulang Besi kalau ianya salah semata-mata untuk

menegakkan kebenaran dan mengelakkan kekeliruan di kalangan ahli. Itu

persoalannya?

Hakikatnya, persoalan adab hanya dikemukakan oleh golongan tertentu

bagi menutup mulut pengkritik apabila mereka tidak mampu untuk menjawab

setiap hujah yang dikemukakan. Itulah taktik golongan-golongan yang

bersalah, yang mendidik manusia dengan ketaksuban bukannya dengan ilmu.

Mereka lebih suka manusia menjadi jahil agar mereka terus dapat menipu

manusia lain. Bagi saya, dalam isu tulang besi, persoalan adab TIDAK

BERBANGKIT LANGSUNG, SEBALIKNYA ADALAH BENAR ATAU SALAH SESUATU TUDUHAN

ITU, ITU YANG LEBIH UTAMA.'


SAUDARA,

PERSOALAN ADAB YANG SAYA TULISKAN SEBELUM INI MERUPAKAN ELEMEN YANG

AMAT PENTING DALAM GERAKAN ISLAM DIDUNIA INI.DIHARAPKAN SAUDARA JANGAN

MEMANDANG SEPI ELEMEN ITU.PERSOALAN ADAB INILAH,MEMBEZAKAN JEMAAH ISLAM

DARI JEMAAH YANG DILUAR DARI ISLAM.ORANG YANG BERADAB DIBEZAKAN DENGAN

ORANG YANG TIDAK BERADAB.DALAM ISLAM BANYAK PERKARA YANG BERSANGKUTAN

DENGAN ADAB.HATTA DALAM PERANG SEKALIPUN PERSOALAN ADAB INI

DIPERJELASKAN DALAM ISLAM.TIDAK BOLEH MEMBUNUH ORANG

TUA,WANITA,KANAK2,PADERI2 DAN LAIN2.ITULAH ROH ISLAM.BUKAN SEMBRONO

ISLAM NI.

JEMAAH YANG TIDAK BERADAB ADALAH BUKAN DARI ISLAM.MALAH IANYA TELAH

DISELEWENG OLEH FIKRAH2 MUSUH ISLAM YANG MASUK SECARA HALUS UNTUK

MERUNTUHKAN JATIDIRI ANGGOTA JEMAAH ITU SENDIRI.SETERUSNYA MELEMAHKAN

PERJUANGAN.ISLAM MENGAJAR UMATNYA MENTAATI ALLAH DAN RASULNYA.PEMIMPIN

YANG MENTAATI ALLAH DAN RASUL,YANG IKHLAS DALAM PERJUANGAN DAN TIDAK

MELAKUKAN PERKARA YANG MENYELEWENG DARI MATLAMAT UNTUK MENJAYAKAN MISI

ISLAM WAJIB KITA PATUHI.ADA PERKARA TAKTIKAL YANG TIDAK DAPAT DIBACA

OLEH JEMAAH,KADANG-KADANG PEMIMPIN YANG BERJAYA MENGHIDUNYA.SAUDARA

HARUS INGAT KATA2 NABI,UMAT AKU TIDAK AKAN SEPAKAT DALAM PERKARA YANG

TIDAK BAIK.

BETUL KATA SAUDARA APABILA ADANYA KRITIKAN NESCAYA PEMIMPIN AKAN

BERINGAT DAN BERJAGA2.KRITIKAN ADALAH RESEPINYA.SERATUS PERATUS

BETUL.TAPI JIKA DITELITI APA YANG TB TULIS DIBLOG INI BERMULA DARI AWAL

DAN AKHIR2 INI (KEBANYAKAN TULISANNYA) MENAMPAKKAN BAHAWA TB TIDAK

BERADA DALAM SEMANGAT KEKELUARGAAN.KRITIKAN YANG DILEMPARKAN ADALAH

KRITIKAN YANG BOLEH MENJAHANAMKAN JEMAAH.

SAYA SEBAGAI ANGGOTA JEMAAH,INSYAALLAH TIDAK AKAN MEMBIARKAN PERKARA

INI DISAAT ISLAM SEDANG MELUNCUR LAJU MENUJU KEJAYAAN.TERUSKAN USAHA

ITU TB,NESCAYA AKAN TIMBUL BERPULUH2 MALAH BERATUS2 LAGI PEJUANG YANG

MENAWARKAN DIRI UNTUK MEMATAHKAN PERCUBAAN INI.

Anonymous said...

SAUDARA BERHURUF BESAR

Apa standard untuk menentukan teguran itu membina atau memusnahkan. Oo pandai taktik ko ye, bila ko tak suka pada teguran tu, ko kata teguran tu memusnahkan. Kalau ko suka, ko kata teguran membina.

Apa kebendanya nama teguran, kalau orang suka. Kalau orang suka, itu tak nama teguran, tapi membodek. Itu budaya UMNO. Nak bawak budaya UMNO dalam PAS ke?

Ko ni, jawab mengarut. Satu-satu tak jawab. Pas tu emosi tak pasal. Berhujah sesama Islam, macam nak lawan Yahudi. Jawab elok-elok la sheikh. Sedar tak ni. Ke tengah khayal.

Saya cadangkan pada saudara TB agar penuhkan artikel saudara dengan puji-pujian kepada TG Haji Hadi, Ust Nasa, Hasan Ali, PAS Terengganu dan Dr Kamaruzzaman Supian. Bohong pun tak pe. Yang penting benda tu baik-baik belaka.

Anonymous said...

umno + fatah = yahudi / israel / zionis

Anonymous said...

kpd yg meluat dgn tulisan TB.

1. muzakarah pas/umno
a. kata pemimpin tak pernah berlaku.
b. ket penerangan (ahli ajk pusat) turut menafikan.
c. paklah kata dah 3 kali umno bertemu pas.
d. kepimpinan pas mengaku bertemu pemimpin umno.
e. ket penerangan memohon maaf.

2. muktamar pas ke 54 di ipoh.
a. teliti ucapan perasmian muktamar pemuda timb pres, membuat penekanan bahawa muzakarah pas/umno diputuskan oleh maj syura, tak sentuh langsung prk permatang pauh (menggerakkan pemuda berkempen di sana, contoh).
b. teliti ucapan perasmian dmpp n/pres. setidak3nya menyeru muslimat turun padang di prk permatang pauh.
c. ucapan penggulongan oleh pres - memperkasakan pakatan rakyat TETAPI akan terus membuka pintu muqabalah dgn sesiapa sahaja spt ngo ....
d. pada muktamar tersebut juga pihak dewan ulamak membuat usul tergempar supaya majlis syura diberi kuasa penuh untuk menentukan hala tuju parti.

sila buat penelitian dan rumuskan a, b, c & d secara jujur dan lillahita'ala. lalu di mana tak kenanya TB serta mereka2 yg mempertahankan beliau.

wllahu'alam

Anonymous said...

Saya cadangkan pada saudara TB agar penuhkan artikel saudara dengan puji-pujian kepada TG Haji Hadi, Ust Nasa, Hasan Ali, PAS Terengganu dan Dr Kamaruzzaman Supian. Bohong pun tak pe. Yang penting benda tu baik-baik belaka.


ada something wrong je penyataan ni.apa maksudnya pemberi komen ni buat penyataan sebegini.selain dari nama pemimpin yang tiada kat atas,semuanya maksum belaka ke?macam nak laga orang je.buruk betul perangai hang ni.

Anonymous said...

anonymous wrote

"ada something wrong je penyataan ni.apa maksudnya pemberi komen ni buat penyataan sebegini.selain dari nama pemimpin yang tiada kat atas,semuanya maksum belaka ke?macam nak laga orang je.buruk betul perangai hang ni."

Bukan nak laga. Tapi kontra kepada pernyataan TB selama ini yang sebahagiannya memang tidak suka. jadi kita ubah sedikit pendekatan. Kenapa, tak boleh ke?

Anonymous said...

lantak ko la labu...

Anonymous said...

Tulang besi said
Wahai Mukazzib mubin,

Sapa yang munafik? Yang dulu kata tak pernah berbincang dengan UMNO tapi tiba2 terdedah rupanya dah lebih tiga kali berbincang dengan UMNO?

Bukan tu sifat munafik ke?

nak tanya satu ...yang bincang dengan Khairi lepas pilihanraya ke 11 dengan tak report pada JK PAS Pusat tu tak apa ke? tak munafik ke? kenapa kau diam?!! kalau dah lidah bercabang macam biawak..biawak la jugak..Tulang Besi oiii

Anonymous said...

baca cerita TB ni boleh jer.tapi nak percaya sorila.bercampur baur ngan propaganda musuh supaya ahli pas jadi keliru.

Anonymous said...

Wahai Haqqul Mubin

Kebenaran tindakan pimpinan PAS di dalam perbincangan dengan Khairi selepas PRU 11 terbukti benar dan ada keberkatannya apabila kerajaan kelantan kekal di tangan PAS selama satu penggal walaupun hanya dengan kelebihan satu kerusi sahaja. Usahlah membuat usaha yang boleh melemahkan dan menjatuhkan PAS kerana itu adalah perangai SB dan orang UMNO.

Anonymous said...

Kebenaran tindakan pimpinan PAS di dalam perbincangan dengan Khairi selepas PRU 11 terbukti benar dan ada keberkatannya apabila kerajaan kelantan kekal di tangan PAS selama satu penggal walaupun hanya dengan kelebihan satu kerusi sahaja. Usahlah membuat usaha yang boleh melemahkan dan menjatuhkan PAS kerana itu adalah perangai SB dan orang UMNO.

ooooo..jadi boleh la buat kerja belakangkan jemaah?..lepas ingat kelantan saja nak idup...kat Johor sana..dapat tangkap tengah bagi rasuah...berapa hari petugas kita buat perangkap...nak tangkap...di trg 3 minggu kumpul bukti nak seret ke Mahkamah, lepas bukti siap..rupanya ada dalang yang bincang dengan khairi tanpa rujuk PAS Pusat...ingat PAS kat kelantan saja...mana tahu berkat, mana tahu lebih baik..kalau tak ada perbicangan dengan khairi mungkin lebih baik....jangan dok fikir kita ni pandai sangat la...syura dalam jemaah tu amat penting

kalau dah biawak tu...biawak la jugak

Tulang Besi said...

.di trg 3 minggu kumpul bukti nak seret ke Mahkamah, lepas bukti siap..rupanya ada dalang yang bincang dengan khairi tanpa rujuk PAS Pusat...

Sebenarnya ini tidak benar. Segala perbincangan dengan UMNO bagi menyelamatkan kerajaan Kelantan telah diberitahu kepada Dewan Harian PAS Pusat dan mendapat mandat dari Presiden dan Mursyidul Am.

Perbincangan dgn UMNO oleh Fraksi UMNO tidak mendapat mandat dari Dewan Harian PAS Pusat ataupun Majlis Syura PAS Pusat.

Malahan telah membelakangi Mursyidul Am segenapnya.

Di sinilah perbezaannya.

Juga kalau nak banding 3 kerusi di Terengganu dan 3 kerusi di Kelantan, mana yang lebih berhara?

3 kerusi TErengganu tidak menubuhkan kita sebuah kerajaan. Juga, apabila pergi ke mahkamah kes tersebut akan dibuang juga.

Kalau Husam tak bincang dengan khairy, kita akan hilang Kelantan dan juga 3 kerusi di Terengganu tersebut.

Nampak tak betapa bijak Husam Musa?

Anonymous said...

Kalau begitu bijaklah Cikgu PA dan Geng sebab berbaik dan berbincang dengan UMNO selepas PRU 12 maka dapat menawan Kerusi Parlimen KT dengan majority lebih besar sedang Mat Sabu kalah ???? Jadi pendekatan Husam Musa dan Cigu PA dua-dua betul mengikut keadaan tempat mereka. Punyalah bahlolnya simunafik Tulang Besi ni !

Tulang Besi said...

Kalau begitu bijaklah Cikgu PA dan Geng sebab berbaik dan berbincang dengan UMNO selepas PRU 12 maka dapat menawan Kerusi Parlimen KT dengan majority lebih besar sedang Mat Sabu kalah ???? Jadi pendekatan Husam Musa dan Cigu PA dua-dua betul mengikut keadaan tempat mereka. Punyalah bahlolnya simunafik Tulang Besi ni !

January 31, 2009 10:23 AM


Apa kena mengena perbincangan dgn UMNO dengan kemenangan di KT?

Memang la penyokong Fraksi UMNO ni lemah pemikiran. Sebab tu diorang senang kena tipu dan mudah diperlembukan.

Anonymous said...

Anonymous Said

"ooooo..jadi boleh la buat kerja belakangkan jemaah?..lepas ingat kelantan saja nak idup...kat Johor sana..dapat tangkap tengah bagi rasuah...berapa hari petugas kita buat perangkap...nak tangkap...di trg 3 minggu kumpul bukti nak seret ke Mahkamah, lepas bukti siap..rupanya ada dalang yang bincang dengan khairi tanpa rujuk PAS Pusat...ingat PAS kat kelantan saja...mana tahu berkat, mana tahu lebih baik..kalau tak ada perbicangan dengan khairi mungkin lebih baik....jangan dok fikir kita ni pandai sangat la...syura dalam jemaah tu amat penting

kalau dah biawak tu...biawak la jugak"

Baru ana faham, kenapa Sdr Tulang Besi menamakan mereka semua sebagai Front UMNO dalam PAS. Sebab selepas membaca tulisan demi tulisan mereka, memang terbukti bahawa mereka memang ada ciri-ciri UMNO. Orang UMNO aje yang suka PAS kalah di Kelantan. mereka memang suka PAS kalah, kemudian menghalalkan kekalahan di atas nama Syura dan akan menag di lain masa.

Budak darjah 1 pun tahu, kalau petisyen itu semua dibuat, PAS akan kalah kat mahkamah. Kalau dibuat pilihanraya kecil pun, dalam situasi ketika tu, PAS boleh menang ke? Dua kerusi aje lebih. Fikir la sket. Pengkalan Pasir pun kalah.

Orang UMNO marah giler dengan Khari Jamaluddin sebab kena tipu dengan Husam hidup hidup atas perjanjian ini. Cuba baca kat mykmu.com. Kalau ada yang kat sini yang marah kat Husam, maksudnya, dia memang sejalur pemikiran dengan UMNO la yang hendakkan PAS kalah. Guna lah alasan apapun, syura ke, myura ke, muara ke, itu semua alasan aje. Yang betul adalah, sebahagian geng terewngganu tak dapat terima hakikat bahawa Terengganu kalah pada PRU 11 dan Kelantan Kekal di tangan PAS di atas kebijaksanaan pimpinan Tuan Guru dan pimpinan PAS yang lain di dalam bermain politik.

Berkenaan dengan kemenangan PAS di K Terengganu, siapa yang tidak gembira?, semua orang suka. Apa kena mengena dengan isu yang dibangkitkan? Atau puak -puak ni tak puas hati apabiula PAS menag besar kat tempat lain tetapi gagal memereintah di terengganu setelah dicanang satu dunia ye. Buang la hasad dengki tu. Bersatu, tegakkan kerajaan PAS. Buang perangai UMNO dalam diri. Mesti gembira melihat PAS menag di mana-mana. jangan sabotaj parti sendiri , Okay.

Anonymous said...

Orang UMNO marah giler dengan Khari Jamaluddin sebab kena tipu dengan Husam hidup hidup atas perjanjian ini. Cuba baca kat mykmu.com. Kalau ada yang kat sini yang marah kat Husam, maksudnya, dia memang sejalur pemikiran dengan UMNO la yang hendakkan PAS kalah. Guna lah alasan apapun, syura ke, myura ke, muara ke, itu semua alasan aje. Yang betul adalah, sebahagian geng terewngganu tak dapat terima hakikat bahawa Terengganu kalah pada PRU 11 dan Kelantan Kekal di tangan PAS di atas kebijaksanaan pimpinan Tuan Guru dan pimpinan PAS yang lain di dalam bermain politik.

SAUDARA,
HARI TU KATA,BOLEH KRITIK PEMIMPIN UNTUK KEBAIKAN.NI MACAM XBOLEH KRITIK PULAK.NI MACAM SUKA PADA PIMPINAN TERTENTU SAJE NI.CUKUPLAH SAUDARA,BINA SECTION DALAM JEMAAH.KITA ANGGOTA PAS SEMUA,JALANKAN AGENDA PARTI UNTUK JAYAKAN MISI PARTI.

JANGAN PERKECILKAN PAS DI MANA2 NEGERI.SAMADA TRG KE,KEDAH KE,KELANTAN DLL.SETIAP NEGERI ADALAH DIBAWAH MURSIDUL AM DAN PRESIDEN YANG SAMA.PENYATAAN SAUDARA NI PADA PANDANGAN SAYA BOLEH MENGHIRISKAN HATI AHLI PAS DI NEGERI2 YANG DINYATAKAN TU.

KUTUKAN SAUDARA TERHADAP SYURA TU XBETUL.SEBABNYA ITULAH JALAN YANG DIAJAR DALAM SYARIAH UNTUK ORGANISASI ISLAM SEPERTI PARTI PAS BILA MENGHADAPI KONFLIK ATAU PERTIKAIAN.MEMANG ISLAM YANG MENGAJAR BEGITU.SAUDARA JANGAN KUTUK CAMTU,SEBAB PAS BUKAN PARTI SEMACAM UMNO.XPERLULAH SEBUT 'MYURA ATAU MUARA'.BILA BUAT KUTUKAN SEBEGITU,INI MENAMPAKKAN YANG SAUDARA JAUH DARI GARISAN PERJUANGAN ISLAM YANG SEBENARNYA.
MINTA MAAF.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.