Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 28, 2009

UMNO Perak Dalam Kemurungan Angkara Lompat Parti

Sahabat saya memberitahu bahawa keseluruhan UMNO Perak dalam keadaan kemurungan yang serius kerana peristiwa lompat parti ADUN Bota, Nasaruddin Ahmad. Mereka selama ini sangat konfiden akan mampu menarik sekurang-kurangnya 2 ADUN PR ke UMNO/BN tetapi akhirnya orang mereka yang melompat. Memang lah ini tanda-tanda kebesaran Allah SWT


Dari maklumat yang didapati dari Perak Express, yakni maklumat dalaman PKR Perak, adalah seperti berikut:

"Sekitar Kongres PKR bulan November lepas, Nasrudin Hashim telah dibawa berjumpa Anwar di KL. Dan orang yang bawa dia berjumpa Anwar ialah Hj. Ismail, Mantan Pengerusi Perhubungan PKR Perak. Selepas saja berjumpa Anwar, SB dapat tahu dan bagi tau kat Najib. Najib telah memanggil Nasruddin dan pada mulanya cuba memujuk Nasruddin…tapi bila dia tengok Nasrudin memang dah tak boleh dipujuk, Najib mengugut Nasrudin.Tu pasai benda ni diam seketika, sebab keselamatan Nasrudin perlu dijaga."

Dan mengikut Mat Saman Kati, ada 3 orang lagi yang akan beralih parti dalam masa terdekat ini.

Saya teringat solat hajat perdana PAS Perak tidak berapa lama dahulu yang mendoakan kegagalan projek UMNO untuk membeli ADUN PR. Nampaknya solat hajat perdana di Stadium PErak itu berjaya. Bukan sahaja perancangan jahat UMNO gagal, tapi UMNO pula yang terburai.

Saya dapat maklumat, UMNO telah menawarkan jumlah RM5 juta untuk satu ADUN dan UMNO sanggup berbuat demikian demi mencapai cita-cita mereka untuk merampas tampuk pemerintahan Perak.

Namun, ADUN PR tetap gagah dan istiqamah dan sedikit sebanyak berkat solat hajat perdana tersebut.

ADUN UMNO Tidak Tahan Jadi Pembangkang

Pada pendapat saya, ramai ADUN UMNO sudah tidak tahan menjadi pembangkang lagi. Budaya UMNO yang melatih orang Melayu mendapat duit mudah tanpa kerja nampaknya sekarang ini makan tuan.

Biasanya wakil rakyat UMNO akan bawa wang seguni setiap kali turun padang untuk disebarkan kepada rakyat jelata. Dengan menyebarkan wang sebegini mudah, orang Melayu jadi lemah dan tidak mahu berusaha. Sampai nak renew road tax pun mintak kat wakil rakyat.

Padahal orang Cina dgn wakil rakyat mereka, malu nak mintak duit. Mereka minta benda yang besar2 mcm pendidikan, geran tanah, lesen perniagaan dsbnya. UMNO melatih orang melayu jadi pemalas dengan menyebarkan wang mudah pada semua orang yang menyokong UMNO. Hasilnya, orang Melayu lemah berusaha dan ketinggalan di negara sendiri.

Bila dah takda kerajaan, alamat bengkokla wakil2 rakyat UMNO ni semua. Orang masih dtg kat diorang tapi sekarang ni semua projek pakai tender terbuka. Takda ruang untuk "masyuk". Alamatnya takda la duit nak hulur kat semua orang kampung.

Nampaknya tak sampai setahun semua dah panas. Duit dah kering lepas tu org kampung terutama org UMNO masih dtg mintak duit.

Dah tak tahan sangat semua masuk la Pakatan Rakyat. Inshaalah, UMNO akan ruyup akibat perangkap makan tuan. Dulu diorang guna duit untuk beli sokongan. Sekarang bila dah takda duit, perangkap tu makan tuan.


Fraksi UMNO Gagal Juga

Puak Fraksi UMNO dalam PAS berenti la buat kerja kotor. Orang sekarang nak lari dari UMNO, korang berenti la nak bawa PAS masuk BN.

Inshaalah saya akan dedah lagi konspirasi fraksi UMNO ni keseluruhannya selepas ini.

Tulang Besi



14 comments:

Anonymous said...

tak habis2 buat tuduhan fraksi umno kat orang. sepanjang aku baca tulisan TB, kesimpulan yang aku dapat ialah fraksi umno itu ialah Abd Rahman Talib yang mengaku ahli PAS PJU. padahal org PJU pun tak mengaku ada ahli bernama TB@ Abd Rahman Talib... pigidah....

Anonymous said...

Pls continue your good job and expose all the evil UMNO loving goons in PAS!

They are good for nothing.

Dont the people in PAS know, the whole of Malaysia HATES Barisan Najis and UMNO.

Why join a corrupt organisation like UMNO?

UMNO should rot in hell!!!!

Tulang Besi said...

Pada org yang marah kat saya dedahkan pasal Fraksi UMNO, silalah muhasabah diri sendiri.

Jangan nafikan benda yang sudah wujud depan mata.

Nanti tak sedar, berjalan lepas tu terantuk kepala.

Anonymous said...

Fraksi UMNO adalah istilah yang digunakan oleh Tulang Besi kepada mereka yang beriya-iya hendak bermuzakarah dengan UMNO dan membawa PAS masuk ke dalam Barisan nasional. Rasanya tepat istilah tu.

Anonymous said...

Orang yang berperangan seperti TB juga layak digelara sebagai fraksi UMNO sbb merosakkan nama parti dengan membuat fitnah yg dah tentu tak betul!. TB yang mengaku kononnya sebagai ahli PJU adalah umno pepatah melayu "gunting dalam lipatan" & "musuh dalam selimut". Kalau kita baca sejarah Islam TB bolehlah diibaratkan seperti Abdullah Bin Ubai BAPA KAUM MUNAFIQ MEKAH. Renung2kan dan selamat beramal!

Anonymous said...

Tulang Besi Buruk memang Agen UMNO. Saya sokong 100% sepertimana tulisan saya dulu, kini dan mungkin selamanya kalau dia tak ubah sikapnya. Hentikanlah kerja buruk kau tu labekan orang itu ini sebagai fraksi umno. Aku agak TB lah Fraksi UMNO yang original. Cuma aku nak tanya salahkan kalau PAS mendekati UMNO untuk tujuan mengajak ahli UMNO untuk memasuki PAS??? Atau kita langsung tak boleh mendekati UMNO ?? Apa kaedah dakwah yang kita pakai ??? Sejak bila wahyu turun mengatakan kita tak boleh mendekati ahli UMNO untuk menyampaikan dakwah kita buat selama-lamanya.. Aku tak setuju kalau PAS masuk BN. Sekali lagi aku katakan aku tak setuju kalau PAS masuk BN, tapi untuk mendekati mereka bagi menyertai PAS maka perlu ada pertemuan, perjumpaan dan sebagainya, maka usaha perlu dilipat gandakan. Aku gembira PRU KT telah membuahkan hasil yang cemerlang bilamana kita berjaya meningkatkan undi orang melayu Islam berbanding PRU ke 12. Ramai yang risau bilamana undi Cina turun, tapi tidak menunjukkan kegembiraan bila undi orang Islam meningkat. Mengapa ya ???

Haqqul Mubin

Faizal Zakaria's Blog said...

Jangan asyik lompat je...
Berkhidmatlah cara yang betul :-)


























Jangan Potong Q :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Sindrom Mat Salleh Celup
http://pro-faizal.blogspot.com
Suara generasi Baru
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

Anonymous said...

Haqqul Mubin

Berhati-hati apabila membuat tuduhan. Kita orang Islam tidak diajar membuat tuduhan tanpa bukti. itu perangai golongan jahilyyah. Di dalam PAS, sesiapa sahaja berhak untuk membuat teguran, tidak kira sama ada orang itu ahli atau tidak. Aktif atau tidak. itu bukan persoalannya. Yang penting sama ada teguran itu benar atau tidak.

"Lihatlah kepada apa yang diperkatakan, bukan siapa yang berkata"

Melihat kepada siapa yang berkata, adalah satu perangai jahilyyah feudal yang patut diperangi.

Anonymous said...

Saudara Anony ....

Berhati-hati apabila membuat tuduhan. Kita orang Islam tidak diajar membuat tuduhan tanpa bukti. itu perangai golongan jahilyyah. Di dalam PAS, sesiapa sahaja berhak untuk membuat teguran, tidak kira sama ada orang itu ahli atau tidak. Aktif atau tidak. itu bukan persoalannya. Yang penting sama ada teguran itu benar atau tidak."Lihatlah kepada apa yang diperkatakan, bukan siapa yang berkata" Melihat kepada siapa yang berkata, adalah satu perangai jahilyyah feudal yang patut diperangi"
-----------------------------------
Cuma nak tanya siapa yang membuat TUDUHAN & FITNAH yang menyatakan FRAKSI UMNO kepada pimpinan ???? Sesungguhnya jika sekiranya pembawa berita itu adalah dikalangan orang yang fasik maka hendaklah kamu selidiki dulu. Macamana dengan ayat ini ?? Itulah sebabnya saya masih melihat SIAPA YANG BERKATA terutama pada akhir zaman ini.

Haqqul Mubin

Anonymous said...

Saudara Haqqul Mubin

Anta kena bezakan tuduhan anta dengan kritikan saudara kita, Tulang Besi. Kritikan Saudara Tulang Besi disertakan dengan bukti-bukti.Beliau juga tidak takut untuk mendedahkan identiti diri sendiri. Jika salah, silakanlah menyaman beliau sepertimana hasrat Ust Nasaruddin mat Isa hendak menyaman Penarik beca. Yang akhirnya tidak menjadi kerana benarnya tulisan Sang Penarik Beca. Itu diakui sendiri.

Sedangkan tuduhan anta sangat tidak bertanggungjawab. Tidak disertakan dengan bukti. Itu bukanlah daripada akhlak Islam.

Anonymous said...

Fraksi UMNO ialah orang yang suka memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat dan seterusnya menyebabkan UMNO bersuka ria kerana Pakatan Rakyat berpecah belah. Akhirnya UMNO akan terus memerintah Malaysia. Mereka menjalankan kerja UMNO di dalam PAS bahkan lebih berjaya daripada SB polis yang ada di dalam PAS sendiri di dalam mempengaruhi keputusan pimpinan dalam usaha memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat. SB Polis sendiri pening melihat bagaimana peranan Fraksi UMNO ini sangat berjaya di dalam menghuru harakan parti terutama menjadikan TG Presiden di bawah telunjuk mereka.

Anonymous said...

Akhirnya SB Polis sendiri merungut dan tertekan kerana risaukan kerjaya mereka, takut dibuang kerja kerana peranan geng-geng KAYU di dalam menghuru harakan PAS lebih berkesan dan berjaya daripada peranan SB Polis sendiri.

Tulang Besi said...

Puak Fraksi UMNO sekarang kepanasan sebab skrg ni UMNO dah jadi tak popular sangat2.

Nampak la pekong diorang dan betapa bodohnys diorang ni.

Penyokong diorang ni Mukazzib Mubeen ni la

Anonymous said...

Anonymous Sasid

"Cuma aku nak tanya salahkan kalau PAS mendekati UMNO untuk tujuan mengajak ahli UMNO untuk memasuki PAS??? Atau kita langsung tak boleh mendekati UMNO ?? Apa kaedah dakwah yang kita pakai ??? Sejak bila wahyu turun mengatakan kita tak boleh mendekati ahli UMNO untuk menyampaikan dakwah kita buat selama-lamanya.."

Jawapan Hamba

Memang tidak salah mendekati UMNO. Berbincang dan berjumpa dan sebagainya. Yang salah ialah membawa masuk PAS ke dalam BN.

Yang salah ialah menggunakan istilah Arab untuk mengaburi mata orang lain seperti istilah muzakarah dalam usaha membawa masuk PAS ke dalam BN.

Yang salah ialah usaha memecahbelahkan Pakatan Ralyat dengan membesar-besarkan isu yang kecil.

Yang salah ialah mengekang kebebasan bersuara di dalam PAS

Yang salah ialah usaha mendewakan seseorang tokoh agar ia menjadi maksum

Yang salah ialah memfitnah pemimpin sendiri dengan menggunakan blog yang tidak dikenali.

Yang salah ialah menjadikan TG Hadi sebagai proksi bagi mendapatkan projek. Kemudian mengaburi mata orangf lain atas nama Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.