Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, February 13, 2009

Bukan Baru UMNO TUduh PAS Sebagai Agen Cina



Gambar: Datuk Haji Muhammad Asri (kiri) & penggubah lagu PAS Abdullah Bukhari

UMNO begitu galak sekali menuduh PAS ni menjadi alat DAP di Perak. Puas mereka keliling kampung sebar fitnah kata YB Nizar ni tunduk pada Cina DAP. Malahan di Selangor dan semua negeri Pakatan, mereka jaja kononnya PAS ni dah tunduk kepada segala kemahuan DAP.

Malahan dalam PAS pun, satu waktu dahulu, perkara yang sama yang disebarkan oleh puak2 Fraksi UMNO.

Saya pun cubalah siasat. Rupanya, benda ni UMNO dah buat sejak dahulu lagi dah. Bukan idea dan benda baru.

Saya nukil dari blog Ibnu Hasyim, dgn izin:



Dalam pilihan raya 1964 ini, PAS memperolehi sebanyak 329,000 undi Parlimen atau 14.6% dari 78.9% atau 2,720,000, iaitu dari undi yang sah. Peratus undi Parlimen yang diperolehi oleh PAS itu juga menurun sebanyak 8.4% berbanding 1959. Dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pula, PAS cuma beroleh 21 kerusi DUN Kelantan berbanding dalam pilihan raya 1959 PAS dapat 28 dari 30 di DUN tersebut. Selain dari itu PAS memperolehi 3 di Terengganu dan 1 di Perlis.

Menurut setengah pihak, kemerosotan PAS dalam pilihan raya ini adalah disebabkan oleh isu konfrantasi, yang membawa kesan buruk pada PAS. Parti PERIKATAN telah menggunakan isu ini untuk menentang PAS yang tidak menyokong pembentukan Malaysia. PAS dituduh tidak berpatriotik kepada negaranya. Pemimpin PAS telah ditangkap di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) seperti Haji Sulaiman dari Cabang Tiga Berangan, Haji Yaakob dari Kelong dan Haji Idris dari Cabang Empat Tok Mek Ngah.

Kedudukan PAS pula diperburukkan lagi dengan kemasukan beberapa pemimpinnya ke dalam UMNO, samada secara paksaan, ugutan atau takut. Walau bagaimanapun dalam pilihan raya umum 1964 DUN Kelantan masih berada di dalam genggaman PAS. Parti PERIKATAN begitu bernafsu untuk menebus kekalahannya dulu, dengan menurunkan pemimpin utamanya berkempen di Kelantan, seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lain. Mereka menaburkan janji-janji manis untuk menarik pengundi.

Akhbar-akhbar tempatan terus memburuk-burukkan kerajaan PAS Kelantan, bagi menghilangkan kepercayaan rakyat kepada PAS. Umpamanya, sebelum hari mengundi, akhbar Utusan Melayu memaparkan tajuk-tajuk utama atau muka depan seperti judul, ‘Tun Razak Bongkar Rahsia PAS’, ‘Sudah 1/5 Negeri Kelantan Kepada Cina’, ‘375,000 Ekar Tanah Di Ulu Kelantan Digadai Kepada Cina Selama 33 tahun’, ‘PAS Gadai Melayu’ dan lain-lain. PERIKATAN juga telah menabur 500,000 keping risalah bagi meyakinkan rakyat dan pengundi dengan apa yang didakwakan itu.



Rupa-rupanya benda fitnah ni UMNO dah lakukan sejak Pilihanraya 1964 lagi. Menuduh PAS menjadi agen Cina dan agen asing. Patutla perangai orang UMNO ni semuanya buruk-buruk belaka. Suka buat fitnah kat orang.

Rupanya, diorang ni sejak zaman dulu lagi dah belajar kuat memfitnah. Fitnah itu adalah budaya UMNO.

Tulang Besi



37 comments:

Anonymous said...

Benarkah UMNO ialah agen MCA?

Anonymous said...

Just for laughs:

Five surgeons from big cities are discussing who makes the easiest patients to operate on.

The first surgeon, from Singapore, says, 'I like to see accountants on my operating table, because when you open them up, everything inside is numbered'

The second, from Bangkok, responds, 'Yeah, but you should try electricians! Everything inside them is colour coded..'

The third surgeon, from Bejing says, 'No, I really think librarians are the best, everything inside them is in alphabetical order.'

The fourth surgeon, from Jarkarta , chimes in: 'You know, I like construction workers... those guys always understand when you have a few parts leftover.'

But the fifth surgeon, from KL , shut them all up when he observed: 'You're all wrong. Politicians from Malaysia UMNO are the easiest to operate on. There's no guts, no heart, no balls, no brains and no spine, and the head and the arse are interchangeable.'

Bee End... hahahahaha...


donplayplay

sfso@pulaijb said...

Dah terang lagi bersuluh beb!!

X MB Perak adalah orang PAS yang hidungnya dicucuk seperti lembu oleh DAP

Kenyataan memang pahit ditelan tapi itulah hakikatnya

Tulang Besi said...

Nampak tak, perangai UMNO tak habis menipu.

Ni la dia UMNO, penipu sejak zaman berzaman

Anonymous said...

Hai..ada jugak org AMNO sesat kat sini.

Dah terang lagi nak bersuluh ke???

Sebut saja AMNO, majoriti mengaitkan dengan perkataan korupsi, hipokrit, penipu dll. Tak ada perkataan yg elok langsung.

Hai sfso@pulaijb! Nak pinjam lampu suluh ke??

Mei

Anonymous said...

sfso@pulajib, ko ni mmg buta hati sebab hati ko dah busuk gelap mcm org UMNO gak dan si Najis pembunuh tu.seburuk2 PAS takdelah busuk mcm UMNO.penipu,perangai serupa Yahudi kat Israel tu,mkn duit rakyat,jual Malaysia kat org luar.aku rasalah,klu Malaysia ni lama lagi dipegang Be End,mau tergadai kat Philipine ke,Indonesia ke,Myanmar tak pun Bangladesh.Patutlah Sabah awal2 dulu tak nak masuk Malaysia.dah jd sebahagian Malaysia pun msh dianak tirikan tp hasil bumi dikaut utk poket sendiri.tulah ko punya Be End UMNO.

sfso@pulaijb said...

Hai marah nampak fanatik2 PAS

Tak yahlah nak berselindung di sebalik kopiah 5 ringgit korang tu

Tak rasa malu ke dgn perangan jijik penyokong korang di K.Kangsar tempohari.Siap import orang Indon lagi.Lepas tu gunakan agama dan masjid sesuka hati untuk kepentingan diri.

Aku tak perlu jadi penyokong UMNO utk beritahu betapa bodohnya PAS ni sekarang.Sejak masuk PR,makin lembik dan makin biadap..Malulah sikit woi..Rasuah jangan cakaplah.Pakai kopiah aje utk cover line.Org PAS ni lagi kuat makan suap.

Kpd Tulang Besi bodoh,kau tunggu jelah panggilan dari xxxxx atas tulisan bodoh kau menghina raja2.Kau punya tulisan,Jedyoong yang terkena report...he,he,he...
Mesti terkencing punyalah kau nanti.

Tulang besi konon..Porahhh

Anonymous said...

United Morons tu british punya lackey..kahkahkah..dan taktik spreading 500k risalaah tu mereka copy dri CIA kot..hehe..tenggok di Gaza..ZioNazi guna taktik yg serupa..yalah..semangat PARIAHTIK United Morons tak blh ubah..they will b like this forever..kahkahkah

Anonymous said...

sfso@pulajib,aku bukan fanatik PAS tp aku sorang rakyat yg perihatin dgn situasi politik Malaysia ni.seteruk2 PAS pun takdelah seteruk UMNO mkn duit.ko tgk ada tak org PAS yg dpt GAMUDA Projek,Pharmaniaga, Sime Darby Projek Labu Air Asia Airport dan lain2.sendiri mo ingatlah.ko mgkn tak terasa apa2 dan tak heran dgn benda2 tu suma sebab cukup mkn,tp kesian dgn rakyat yg miskin dan tertindas.dpt raja pun yg zalim.apa punya nasib.

BoyHjJamil said...

Salam.. definisi "raja adalah zalim" semata2 kerana tidak memperkenankan permintaan PR untuk membubarkan DUN dan sebaliknya melantik MB baru daripada BN adalah sesuatu yang agak keras untuk diterima. Saya terpanggil untuk memberi komen kerana merasakan yang UMNO dan PAS sudah mula bercakaran mengenai perkara ini.

Saudara, tidak kiralah kita menyokong parti politik apa pun, baik UMNO mahupun PAS, perkara pokoknya ialah, kita orang Islam berbangsa Melayu dan bersaudara dalam Islam. Kata-kata makian dan cacian yang ditujukan sesama kita, jelas menunjukkan yang kita ini masih belum matang dalam berpolitik.

Kekalahan 5 negeri oleh BN dalam PRU baru2 ini memang tamparan hebat buat mereka, terperanjat dan cukup memberikan impak maksimum kepada mereka. Tidak dinafikan kelemahan pentadbiran Pak Lah adalah ponyumbang terbesar kepada kekalahan tersebut. Sebagai langkah protes, ramai yang mengundi parti lawan, walaupun pada asalnya penyokong kuat BN.

Di pihak PAS pula, komen saya ialah.. mengapa kini baru hendak bersaudara dan bersahabat dengan DAP? Maaf kalau komen saya ini ditafsirkan sebagai "bias" UMNO ataupun BN, tetapi adakah PAS lupa kepada prinsip2 politik mereka iaitu menubuhkan sebuah negara Islam lengkap dengan perlaksaan hukum HUDUD? Umum mengetahui yang DAP walau bagaimana cara pujukan pun tidak akan bertolak ansur dengan tuntutan ini. Oleh yang demikian, secara logiknya, sekiranya dasar dan prinsip2 berpolitik adalah berbeza2 antara parti komponen dalam PR, bolehkah suatu kerjasama erat dapat diwujudkan? yang nyata di sini, nampak gayanya kelemahan sudah mula tercungkil satu persatu di pihak PR.

Yang memburukkan lagi "feud" antara UMNO-PAS ini ialah apabila dengan sewenang-wenangnya bangsa asing mula mengambil kesempatan. Sedar ataupun tidak, nama2 seperti Namewee yang menghina ISlam dan Melayu dimaafkan begitu sahaja.Begitu juga dengan kebiadaban beberapa tokeh Babi di Melaka yang menggantungkan kepala babi di pintu pagar serta kain rentang milik orang2 melayu. Ini di tambah lagi dengan kes Kepala Babi di dalam surau di UM baru-baru ini. Soalnya, mengapa dan bagaimana perkara tidak bermoral ini boleh berlaku? Yang menyedihkan, tiada pula ORG2 MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM berarak untuk mengutuk tindakan biadap ini? Tapi reaksi mereka jelas berbeza dengan keberanian berbaring dijalan raya bagi menghalang konvoi VIP dan Raja di Perak baru-baru ini. Sehingga sanggup untuk menderhaka semata-mata kerana perjuangan politik yang boleh saya simpulkan sebagai proksi kepada DAP. Maafkan saya andai fakta saya ini agak nampak bias kepada BN.

Sedih dan amat mendukacitakan!! Bangsa Melayu sesama agama mula memaki sesama sendiri hanya kerana mempertahankan parti politik masing2. Jika inilah sikap serta tabiat kita yang asyik suka mencari salah dan menuding jari, jangan salahkan generasi akan datang sekiranya mereka mencaci dan memaki kita dek kerana kesilapan yang telah kita lakukan..

Anonymous said...

Boy Jamil,apa nak buat.mmg sifat org melayu yg suka mengkhianat dan hasad dengki.pasal tu tak blh maju. klu kita buka balik buku sejarah dari dulu smp skrg mmg org Melayu tebal dgn sifat2 tu.kena buang dulu sifat2 mcm tu baru blh maju.aku ibaratkan org melayu ni berperangai mcm ketam dlm baldi.klu satu ketam dpt naik atas,time ketam tu nak keluar dari baldi ditarik dgn ketam2 yg lain dan jatuh balik ke dlm baldi.fikir fikirkanlah.

Anonymous said...

KEKALUTAN YANG BERLAKU HARI INI ADALAH BERPUNCA DARI UMNO SENDIRI.
ORANG MELAYU MEMBERI KEPERCAYAAN 100% KEPADA UMNO DARI SEJAK MERDEKA HINGGA 2004.
PEMBELAAN YANG TERANCANG DAN BERKESAN TELAH GAGAL DILAKUKAN.ORANG2 MISKIN MASIH TERPAKSA BERATUR 1/2 HARI UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN.SEKOLAH2 MASIH SEOERTI DI AWAL MERDEKA SEHINGGAKAN DI TEMPAT ANAK SAYA SATU KELAS SAMPAI 48 ORANG.
ORANG MELAYU YANG KAYA BERNIAGA CUMA ORANG2 UMNO DAN KUNCU2NYA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN KEATAS KEISTIMEWAAN BANGSANYA SENDIRI.HAK2 BANGSA MELAYU TELAH DENGAN RAKUS DIMONOPOLI OLEH BANGSAWAN UMNO.

PERTOLONGAN KERAJAAN MEMANG ADA TETAPI TIDAK SETIMPAL UNTUK MENYELESAIKAN MAASALAH MELAYU SEJAGAT.

RETORIK PEMBELA BANGSA TIDAK DAPAT DIECAPI OLEH PENGAWAL2 DI KILANG2,TUKANG2 KEBUN,MAKCIK2 PENYAPU SAMPAH DI GEDUNG2 BESAR DAN SEBAGAINYA.

SETELAH 50 TAHUN ISLAM GAGAL DIMERTABATKAN SECARA BERANSUR2 DAN KONSISTEN.MASJID2 BESAR BANYAK DIBINA ALHAMDULILLAH ,TETAPI LEBIH KEPADA UNTUK MENJANA PROJEK KUNCU2.TETAPI ANAK2 ORANG MISKIN YANG BERKERJA DI KILANG2 MASIH BELUM BOLEH KELUAR SEMBAHYANG JUMAAT,SURAU DIGEDUNG2 BESAR HANYA SEKANGKANG KERA DAN DI BAWAH TANGGA PULA TU,WAKTU PERJALANAN PENGANGKUTAN AWAM SEPERTI BAS DAN KERETAPI TIDAK MENGAMBIL KIRA WAKTU SEMBAHYANG SEBAGAI FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN.

SELAMA LEBIH 50 TAHUN UMNO TELAH GAGAL.FAKTO UTAMA UMNO GAGAL ADALAH KERANA SIMTEM DIDALAM UMNO TIDAK MUNGKIN DAPAT MENAIKKAN PEMIMPIN YANG 1ST DIVISION.
PEMIMPIN2 UMNO YANG TELAH TERPILIH DENGAN CARA YANG MERAGUKAN DI SEMUA PERINGKAT LEBIH KEPADA MENGKAYAKAN DIRI SENDIRI DAN KUNCU2NYA.

SAYA SEBAGAI RAKYAT MELIHAT YANG UMNO TIDAK MUNGKIN DAPAT MEMERTABATKAN BANGSA MELAYU DAN ISLAM.KITA PERLU MENGAMBIL RISIKO DAN MENCARI JALAN LAIN.

SELAGI ORANG MELAYU ISLAM DI MALAYSIA MASIH MAJORITI ,RISIKO YANG KITA AMBIL TIDAKLAH BESAR.

BoyHjJamil said...

Salam Anonymous, Isu utama yang dibangkitkan oleh anda ialah isu UMNO dan kuncu2nya yang tamakkan kontrak dan tidak membangunkan negara. Isu seperti sekolah tidak cukup, beratur panjang di hospital, dan pengangkutan awam telah anda bangkitkan.

Pertama sekali, saya amat bersetuju dengan anda, bahawa cara pemilihan di dalam UMNO mmg sudah patut disusun semula kerana cara kuota ini sudah tidak relevan dan mengundang gejala "rasuah politik" yang sedang kronik kini. Selagi cara pemilihan ini tidak diubah, pemimpin yang betul2 layak tidak dapat dibawa ke tengah kerana wang lebih memainkan peranan berbanding penilaian dari segi prestasi dan kebolehan berkhidmat. Pendek kata, ada wang lebih, potensi untuk menang adalah lebih cerah. Anda betul mengenai isu ini, tidak dinafikan.

Namun begitu, tidak semua pemimpin dalam UMNO kini yang tidak layak menjadi pemimpin kepada masyarakat. Ambil contoh Datuk Noh Omar yang telah banyak membantu golongan usahawan dan juga peniaga dengan mempermudahkan urusan pinjaman terutamanya pinjaman TEKUN. Saya adalah antara "beneficiary" yang telah mendapat faedah hasil daripada pertimbangan Datuk Noh yang begitu komited mendengar masalah peniaga seperti kami. Nama2 lain yang boleh saya senarai pendekkan adalah seperti Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Rais Yatim dan juga beberapa nama baru seperti Datuk Razali Ibrahim daripada Muar yang mempunyai potensi besar. Bukannya memetik nama mereka ini untuk mempromosikan mereka, tetapi cara kerja mereka telah terbukti baik dan efisyen. Tidak dinafikan, ada juga pemimpin daripada UMNO yang sekadar memegang portfolio, namun tiada perubahan langsung yang dilakukan.

Isu masjid pula boleh dikatakan sesuatu yang tidak perlu dibangkitkan di sini. Alhamdulillah, walaupun saya belum berkesempatan untuk meninjau bagaimana prasarana ataupun kemudahan beribadat ini di negara2 Islam lain, namun dapat saya katakan bahawa masjid2 dan surau2 di Malaysia ini adalah antara yang terbaik di antara negara2 Islam. Ini diakui sendiri oleh seorang ilmuwan Islam yang melawat Malaysia baru-baru ini. Oleh yang demikian, tidak timbul isu masjid dibina kerana memberikan projek kepada kuncu2, kerana tujuan pembinaannya adalah sesuatu yang akan memberikan faedah kepada bukan bangsa asing, tetapi bangsa Melayu beragama Islam. Oleh yang demikian, isu masjid kosong ataupun tidak menunaikan ibadah solat ini adalah tanggungjawab individu, memandangkan kerajaan telah sehabis baik dalam menyediakan kemudahan yang sepatutnya.

Anda juga menyebut Islam tidak dimartabatkan sepenuhnya.. Sebenarnya, ulama2 daripada luar pernah mengatakan yang negara Malaysia adalah negara yang benar2 mengikuti ajaran junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. Ulama ini mengatakan yang Malaysia adalah juga contoh yang terbaik di dalam modul serta kaedah pengamalan serta penghayatan Islam. Tabung Haji sebagai contoh adalah antara badan pengurusan jemaah haji berkelas dunia yang turut diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi dan juga kerajaan Islam yang lain. Sehinggakan model pengurusan mereka ini ditiru oleh negara Brunei sebagai contoh. Selain itu, sekolah2 agama dan juga kelas2 agama yang terdapat di surau2 dan masjid2, hasil daripada inisiatif Pejabat Agama di bawah kerajaan UMNO ini bolehlah disifatkan sebagai terbaik. Di Negeri Johor contohnya, kelas2 agama, tajwid, dan juga berzanji boleh didapati secara percuma. Pokok pangkalnya mahu ataupun tidak mahu turut serta. Maafkan saya sekiranya saya membuat andaian yang silap, barangkali PAS tidak mengiktiraf ini semua memandangkan ianya inisiatif UMNO.. Mungkin ya mungkin tidak, tetapi sekiranya betul, ianya sesuatu yang menyedihkan kerana pernah dikatakan oleh sahabat saya daripada PAS yang tidak mengiktiraf ajaran agama oleh orang UMNO kerana dikatakan orang2 UMNO ini "kafir". Subhanallah.. Nasihat saya ialah.. Politik dan Agama janganlah kita campur gaulkan..

Saudara Anonymous, antara isu yang anda bangkitkan tadi bukanlah semuanya saya bangkangkan. Ada antaranya yang saya turut bersetuju.Seperti isu pengangkutan awam, saya akui kita agak terkebelakang. Namun beberapa langkah "upgrading" sedang dilakukan. Sepatutnya kemudahan keretapi perlu kita naik tarafkan, "double tracking" yang pernah diilhamkan oleh Tun Mahathir, telah "diperlahankan" proses pembinaannya oleh Pak Lah apabila dia mengambil alih jawatan PM. Itu satu kesilapan yang amat besar. Dengan adanya "double tracking", lebih banyak gerabak2 dan relbas2 untuk perjalanan singkat antara bandar2 kecil dapat diwujudkan.Sekiranya KTM dapat distimulasikan dengan idea2 baru, saya yakin pengangkutan awam serta isu2 kemalangan di musim2 perayaan dapat dikurangkan. Perkhidmatan bas2 henti juga sebenarnya sudah banyak dimajukan dengan adanya RapidKL dan Rapid Penang sebagai permulaan.Oleh yang demikian, berikan sedikit masa dan ruang untuk tujuan pembaik pulih dalam isu pengangkutan awam ini.Kerajaan telah mengeluarkan peruntukan untuk tujuan ini, cuma hasilnya kita perlu tunggu untuk benar2 dilaksanakan.Sekiranya tidak, usahkan pembangkang, saya sendiri akan turut mengutuk kerajaan sedia ada kerana tidak memenuhi janji mereka.

Ini adalah pandangan peribadi saya.Perlu saya jelaskan, jangan kerana ada sedikit kelemahan yang wujud dalam pemerintahan kerajaan sedia ada, kita lupa akan jasa2 yang telah mereka bawa selama ini. Malaysia sebenarnya telah banyak berubah daripada negara pertanian kepada negara yang membangun dalam banyak aspek, dan bukanlah tertumpu kepada satu2 sektor sahaja. Kita tidak terlalu bergantung kepada negara asing dalam keadaan kegawatan seperti sekarang.Contoh terdekat ialah Singapura yang sudah merasakan bahang akibat kemerosotan dalam ekonomi Amerika Syarikat. Alhamdulillah berkat keseimbangan dan polisi ekonomi kerajaan BN yang telah memimpin negara selama 50 tahun lebih ini, Malaysia mampu bertahan walaupun negara2 maju lain sudah mula menuju kehancuran.

Anonymous said...

Hello!! Encik Jamil,kelemahan2 yg ada skrg ni bukan sikit tp byk.mmg awak dpt benefit yg awak cakap.tp mcm mana dgn org lain?? org yg betul2 miskin.pernah tgk Bersamamu tak?? mana wakil rakyat kawasan itu??? saya ada byk contoh kwn2 bumiputra yg layak dpt pinjaman mcm awak cakap tu tp sebab takde cable,permohonan suma ditolak.chk punya chk,yg dpt kroni2 durang juga.org2 biasa mcm kami ni dikasih syarat2 yg kami sendiri pun tak dpt nak ikut.klu ada duit buat kita nak minta pinjaman.awak tak pernah kena mmg tak tau,kita org ni yg dah pernah kena mmg tau sangat birokrasi dan sistem kroni2 durang setan2 besar2 ni.

BoyHjJamil said...

Saudara Anonymous, takkan kerana isu anda tidak dapat pinjaman, habis nak diharuk kerajaan sekarang nih. Mungkin dari segi kelayakan anda memang tidak melayakkan anda untuk memperolehi pinjaman daripada mereka. Jangan asyik mencari silap orang lain, sebaliknya cermin dahulu apa silap kita, baru kita dapat perbaiki kelemahan yang ada. Kalau sikap asyik ingin memberontak, semua benda akan jadi tak betul. Yang peliknya, bila nak minta pinjaman, boleh pula anda menghalalkan duit org2 UMNO ini? wallahualam..

Anonymous said...

Saudara Tulang Besi,

Usahlah saudara hendak tegakkan benang yang telah basah. Nizar tidak patut jadi MB Perak. Bila dapat, dia nampak nya seperti terpaksa
mengikut telunjuk bos nya yang sebenar iaitu, Ngeh dan Nga. Itu adalah benda yang nyata dan tak payah lah bersandiwara separti tidak tahu...

BoyHjJamil said...

Saya setuju..

Anonymous said...

Encik Boy Jamil.bukan tak layak tp syarat2 yg dikenakan itu spt mereka tidak ikhlas utk memminjam.mcm mana pun selama ni saya dah dpt berdikari tanpa pinjaman2 spt tu.saya bukan mcm setengah melayu yg dok tgu tongkat. bukan pasal pinjaman yg buat saya sakit hati.tp mmg sgt ketara yg pemerintah skrg ni adalah pemerintah yg corrupt yg tidak perihatin dgn org2 susah.org mcm kita ni tidak blh dianggap susah. pergi kampung2 kat ulu,ibu2 tunggal,org2 cacat.mcm mana dgn mereka?? kenapa tidak mendapat pembelaan yg sewajarnya?? saya tidak memihak mana2 parti politik tp saya berpendapat bila negara itu telah di pegang terlalu lama oleh parti tertentu,durang dah jd naik lemak.lama2 Malaysia ni dah jd durang punya. Malaysia Sdn Bhd.

Anonymous said...

SAUDARA BOY JAMIL,TERIMA KASIH DENGAN ULASAN KEATAS KOMEN SAYA.TETAPI MOHON MAAF KERANA ULASAN SAUDARA TIDAK MEYAKINKAN SAYA.MEMBACA ULASAN SAUDARA SEPERTI MEMBACA UCAPAN BANGSAWAN UMNO DIDALAM AKHBAR2 ARUS PERDANA.TERUS TERANG SAYA KATAKAN BAHAWA SAYA TIDAK MENJADI MANA2 AHLI PARTI POLITIK CUMA SAYA PRIHATIN DENGAN NASIB ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM.

ISLAM
SEBAGAI BERAGAMA ISLAM KITA WAJIB PERCAYA DENGAN SEGALA AJARAN ISLAM TERMASUK HUDUD DAN SEGALAGALANYA.SOAL KITA MAMPU MELAKSANAKANNYA ADALAH PERKARA LAIN TETAPI KITA WAJIB PERCAYA YANG IANYA WAJIB DAN SENTIASA BERUSAHA SECARA ISTIQAMAH LANGKAH DEMI SELANGKAH MENCAPAI ISLAM SEBAGAI ADDIN DALAM KEHIDUPAN KITA.

LANGKAH PERTAMA IALAH MEMASTIKAN YANG SETIAP ORANG ISLAM TELAH MENJADI ORANG ISLAM DALAM ERTIKATA YANG SEBENARNYA.JIKA SEMUA ORANG ISLAM TELAH MENGAMALKAN ISLAM YANG SEBENAT2NYA SECARA OTOMATIK MALAYSIA MENJADI NEGARA ISLAM TANPA ADA DOLAK DALIH.
UNTUK MEMASTIKAN SETIAP ORANG ISLAM MENJADI ISLAM YANG SEBENAR ADALAH ENJADI TUGAS ASAS KERAJAAN MEMUDAHKAN URUSAN AGAMA DAN MEMAYAHKAN MAKSIAT.SOLAT ADALAH PERKARA POKOK DALAM ISLAM.SEGALA AKTIVITI SOSIAL SEPERTI MEMBELI BELAH MENONTON BOLASEPAK DAN SBGNYA HENDAKLAH DISEDIAKAN KEMUDAHAN YANG MENCUKUPI.
SURAU2 DITEMPAT MEMBELI BELAH ADALAH TERLALU DAIF.AZAN HENDAKLAH DILAUNGKAN DI STADIUM DAN FANFAIR(JOM HEBOH) DAN AKTIVITI DIHENTIKAN UNTUK 15 MINIT.KITA MAHU ISLAM ITU HIDUP DALAM KEHIDUPAN DI SAMPING KITA MENIKMATAN AKTIVITI SOSIAL DAN MELALUI HIDUP YANG AKTIF.JADUAL PERJALAN PENGAKUTAN AWAM HENDAKLAH MENGAMBIL KIRA WAKTU SOLAT.SEMUA MAJIKAN WAJIB MEMBENARKAN SEBAHYANG JUMAAT.IKLAN2 DI TV MENINGATI ORANG RAMAI UNTUK SOLAT DAN LAIN2 LAGI.PADA SAYA INI ADALAH PERKARA ASAS(BASIC/FUNDAMENTAL) UNTUK KITA MEMERTABATKAN ISLAM.ISLAM YANG TERBINA DIDALAM SESEBUAH NEGARA ADALAH HASIL KOMPOSIT SETIAP RAKYATNYA.
DALAM MASA YANG SAMA AKTIVITI MAKSIAT HENDAKLAH DIPAYAHKAN.DISKO,PUB DSB HENDAKLAH TERSOROK,TIDAKLAH BERADA DITEPI2 JALAN SEPERTI DI JLN SULTAN ISMAIL(KITA FAHAM NON MUSLIM MEMERLUKANNYA).MINUMAN KERAS TIDAK BOLEH DIJUAL DI 711 ATAU KEDAI2 RUNCIT.KEDAI NOMBOR EKOR TIDAK BOLEH BERLELUASA SEPERTI SEKARANG.KEDAI MENJUAL NOMBOR DAN ARAK HANYA BOLEH DIJUAL DI TEMPAT YANG 70%(BOLEH DI BINCANG) NON MUSLIM.SEBENARNYA BANYAK LAGI YANG BOLEH DIPERKATAKAN.

INI ADALAH PERKARA ASAS DAN MENJADI PERKARA POKOK PADA MASAINI YANG PERLU DI SEGERAKAN YANG GAGAL DILAKUKAN OLEH UMNO SETELAH 50 TAHUN MEMERINTAH DAN GAGAL DI SUARAKAN SECARA LANTANG DAN KONSISTEN OLEH PAS.

EKONOMI MELAYU

TIDAK DINAFIKAN KERAJAAN MELAKSANAKAN PELBAGAI PROGRAM TETAPI GAGAL MENCAPAI TAHAP MEMUASKAN(KALAU DIGREDKAN A-E, IA HANYA PADA D-)
KENAPA SAYA KATA GAGAL.
PERNIGAAN DIBANDAR2,PUSAT BELI BELAH, KILANG2 ,PEMAJU PEMURUMAHAN,PENGEDAR2 BESAR BAHAN BINAAN...

Tulang Besi said...

Saudara Anonymous, takkan kerana isu anda tidak dapat pinjaman, habis nak diharuk kerajaan sekarang nih. Mungkin dari segi kelayakan anda memang tidak melayakkan anda untuk memperolehi pinjaman daripada mereka. Jangan asyik mencari silap orang lain, sebaliknya cermin dahulu apa silap kita, baru kita dapat perbaiki kelemahan yang ada. Kalau sikap asyik ingin memberontak, semua benda akan jadi tak betul. Yang peliknya, bila nak minta pinjaman, boleh pula anda menghalalkan duit org2 UMNO ini? wallahualam..

February 16, 2009 3:00 PM
Anonymous Anonymous said...

Saudara Tulang Besi,

Usahlah saudara hendak tegakkan benang yang telah basah. Nizar tidak patut jadi MB Perak. Bila dapat, dia nampak nya seperti terpaksa
mengikut telunjuk bos nya yang sebenar iaitu, Ngeh dan Nga. Itu adalah benda yang nyata dan tak payah lah bersandiwara separti tidak tahu...



Ini semua fitnah UMNO. Kalau UMNO tidak menegakkan benang basah, silalah kemukakan bukti.

Sehingga hari ini kita cuma ada fitnah dan TIADA BUKTI walau satu habuk pun.

memang dasar UMNO suka buat fitnah.

sfso@pulaijb said...

Akhirnya masuk pun tuan rumah,

Mana pegi tulang besi??

Kena interrogate ke??

Aku cuma nak cakap,kalaulah negara ni di bawah PR aku rasa anak2 kita di masa akan datang pasti mati kelaparan.

In terms of buat fitnah,kau baca ajelah "HURUharakah" atau suara KENCINGdilan untuk nak tau parti mana yang kuat buat fitnah..

PAS ni semenjak masuk bawah PR dah makin mengarut.Apa kalau tak jilat DAP mati ke korang ni.

By the way,kopiah 5 ringgit tu mana nak dapat ha Tulang Lembik??

Tulang Besi said...

saiful bengap ckp:



Aku cuma nak cakap,kalaulah negara ni di bawah PR aku rasa anak2 kita di masa akan datang pasti mati kelaparan.


Iye ke brapa org dah mati kelaparan sepanjang PAS memerintah Kelantan 20 tahun?

Ckp mcm org separuh tiang je dia ni

Tulang Besi said...


PAS ni semenjak masuk bawah PR dah makin mengarut.Apa kalau tak jilat DAP mati ke korang ni.

By the way,kopiah 5 ringgit tu mana nak dapat ha Tulang Lembik??


Nampak tak UMNO ni dari atas sampai la ahli kat bawah, tak boleh berenti buat fitnah.

Memang fitnah ni dah jadi makanan UMNO


Kalau tak buat fitnah, bukan ahli UMNO namanya.

Serious Shepherd said...

Ringkasan:
Depan orang Melayu cakap PAS jual Melayu kepada Cina.

Depan orang Cina cakap PAS kepala atas potong, kepala bawah potong!

Zaman sekarang ada PKR yang ada pelbagai kaum dan Kelab Penyokong PAS dan bolehlah kongsi2 propaganda BN yg ditujukan pada satu kaum, tapi old habits die hard.

sfso@pulaijb said...

Hai naik darah nampak Tulang Lembik,

Asal kena kutuk,kena kritik otomatik kena cop orang UMNO...

Aku tak perlu masuk UMNO untuk nak lihat betapa bodohnya org2 PAS macam kau ni terutamanya semenjak masuk bawah Pakatan Rakyat.Buat posting ikut suka mak bapak ajer.Denagn sultan2 pun kena tibai..Kurang ajar betol

Cuba kau tengok betol2 yang bersepah kat KL,JB,Spore tu bukan ke majoriti orang Kelantan..Kenapa yer agaknya??SEBAB KAT KELANTAN TAK DA KERJA..KENAPA KERAJAAN PAS KAT KELANTAN TAK BOLEH NAK WUJUDKAN PEKERJAAN UNTUK ANAK KELANTAN DI NEGERI SENDIRI?

Apa yang PAS dah buat kat Kelantan 2o tahun ni.MB pun masuk opis 2 jam sehari.Macam mana kerja nak jalan..

Kau belum jawab macam mana nak beli kopiah PAS yang lima ringgit tu.Aku nak baring atas jalan dan rasa macam mana jadi orang PAS yang bodoh.

Lagi satu,JEDYOONG tu akak kau ke??Sian dia kan.Kau punya posting,dia yang kena.Sebab org2 macam kaulah,blogger2 bukan Melayu semakin berani nak menulis.Dengan Sultan pun dah takda rasa hormat langsung..

Sudah2 berlindung di sebalik agama..Muak lah Tulang lembik...

Anonymous said...

sfso,ko ni betul2 macai UMNO.org Kelantan takde kerja bukan pasal PAS tak buka peluang kerja tp sebab kerajaan langit Be End ko tu punya pandai.cuba ko tgk betul betul dan kaji.jgn cakap pakai hentam saja.aku rasa ko ni sekolah pun tak abis agaknya.pasal tu cakap pakai hentam je.

Anonymous said...

Saudara tulang Besi,

Pasal 'menegakkan benang basah..', apa bukti yang you hendak? Kalau dalam exco nya majoriti nya orang DAP, what do you expect. You ingat you saja pandai dan orang DAP itu bodoh. You bacalah blog Lim kit siang dan seumpamanya. You ingat mereka setuju ke orang Pas jadi MB. If not for Sultan Perak intervention, dah selamat Ngeh jadi MB...Saya dah setengah abad hidup dan ada ramai kawan cina dan india. I know lah how chinese DAP think compared to chinese Gerakan dan MCA. But the DAP only think for themselves. They befriend PAS because there is something they need from PAS. Itu saja... kena main lah orang islam PAS, SEPERTI BIASA.

Anonymous said...

Saudara tulang Besi,

Pasal 'menegakkan benang basah..', apa bukti yang you hendak? Kalau dalam exco nya majoriti nya orang DAP, what do you expect. You ingat you saja pandai dan orang DAP itu bodoh. You bacalah blog Lim kit siang dan seumpamanya. You ingat mereka setuju ke orang Pas jadi MB. If not for Sultan Perak intervention, dah selamat Ngeh jadi MB...Saya dah setengah abad hidup dan ada ramai kawan cina dan india. I know lah how chinese DAP think compared to chinese Gerakan dan MCA. But the DAP only think for themselves. They befriend PAS because there is something they need from PAS. Itu saja... kena main lah orang islam PAS, SEPERTI BIASA.

BoyHjJamil said...

Salam semua.. panas sungguh perdebatan yang timbul..

Saudara yang memberikan komen kepada ulasan panjang lebar saya, terima kasih diucapkan. Jika ulasan panjang lebar saya itu tidak meyakinkan anda, saya rasa penerangan anda pula adalah lebih lemah jika ingin saya gredkan.

Anda telah dengan sehabis bolehnya tetap ingin mengatakan yang islam tidak langsung dimartabatkan sepanjang BN ataupun UMNO memerintah selama ini.Mengapa isu arak, kedai judi dan usul mengenai jadual perjalanan pengangkutan awam yang perlu dibangkitkan di sini berbanding dengan jumlah masjid dan surau yang telah dibina oleh pihak kerajaan?

Pada hemat saya, sekiranya jadual perjalanan pengangkutan awam telah disusun mengikut jadual solat, bukan hanya akan menyebabkan traffic jam yg teruk di kawasan bandar, malahan rasanya ia merupakan cadangan yang tidak relevan langsung bagi menyelesaikan isu tidak bersolat ini.

Isu mengenai surau yang kecil di shopping2 complex dan stadium pula, adalah salah satu lagi contoh yang menunjukkan bahawa anda adalah seorang yg lebih cenderung untuk mencari salah daripada memberikan pendapat yang adil.Seorang Islam yang benar2 ikhlas dalam beribadat, tidak memerlukan ruang sembahyang ataupun surau ber "air con" untuk menunaikan ibadat mereka.Pada saya sebagai umat islam di malaysia ini, kita tidak ada alasan untuk tidak menunaikan solat kerana majoriti pusat2 membeli belah di negara kita dilengkapi dengan tempat ibadat. Mungkin kesesakan sedikit2 itu lumrah biasa, namun bukankah kita dididik untuk bersabar di dalam islam?

Mengenai iklan di televisyen untuk mengingatkan umat islam untuk bersembahyang, rasanya cukup dengan laungan azan apabila masuk waktu solat di kaca2 TV.Sebagai umat islam yang ikhlas untuk beribadat, mereka tahu tanggungjawab dan masa untuk mereka beribadat.

Mengenai isu jualan arak dan kedai nombor ekor, rasanya isu ini pernah dibincangkan oleh rakan2 UMNO saya di mesyuarat bahagian mereka.Tetapi sekali lagi saya tegaskan, sekiranya kita ini umat islam sejati, dan tahu halal dan haram, jika arak di depan mata pun, tidak akan kita jamah.Tidak usahlah sekali lagi anda menyalahkan 711 ataupun kedai2 arak yg menjual item2 tersebut. soalan saya, "mengapa golongan belia masih ramai menghisap dadah, sedangkan dadah tidak di jual di 711?"

Saya juga terpanggil untuk memberi ulasan terhadap posting "sfso" yg nampaknya begitu agresif sekali mengutuk PAS. Di sini, ada benar juga apa yg dikatakan oleh beliau mengenai keadaan ekonomi ataupun lebih tepat lagi, peluang pekerjaan yang terdapat di negeri Kelantan. Memang negeri itu terkenal dengan golongan peniaga, namun kecenderungan rakyat mereka untuk berhijrah ke negeri2 lain terutamanya di KL dan JB, jelas menunjukkan yg perkembangan ekonomi di negeri cik siti wan kembang ini adalah terhad. Ini tidak boleh anda sangkalkan kerana ianya diakui sendiri oleh "facts and numbers". Namun begitu, alasan yg kerap kali ditimbulkan ialah isu dana daripada kerajaan persekutuan yang tidak sampai.Mungkin di pihak PAS pula, mereka merasakan yang rakyat kelantan sudah "cukup selesa" dengan keadaan sekarang dan tidak perlukan pembangunan lain bagi mengelakkan kenaikan pada kos kehidupan seharian mereka.

sfso@pulaijb said...

PAS yang ku kenali dulu amatlah mulia tetapi sekarang dah jauh berubah..

Suara akar umbi pun tak diambil kira.Ramai orang PAS yang tak setuju ketika demo di hadapan masjid Ubudiah tempohari tapi sebab nak jaga muka,dikatakan tindakan itu betol dan dipertahankan.

Tak pernah terlintas difikiran bahawa penyokong2 PAS sanggup mencaci dan menghina Sultan..Kalau ini bukan kurang ajar,apa yang kita nak panggil TULANG LEMBIK??

Ingatlah kalau ditakdirkan PAS dapat memerintah sesebuah negeri,untuk menubuhkan kerajaan dan melantik exco bukankah perlu diperkenankan Sultan.Itu sebab aku cakap PAS ni bodoh.Ramai penyokong yang buta tuli.Sekolah pun ramai yang tak abis.Ingat asal pakai kopiah lima ringgit tu,otomatik boleh buat sesuka hati mak bapak.Macam penulis blog ni si TULANG LEMBIK..Tulis ikut suka mak bapak dia..

Aku betol2 muak dgn PAS.Aku akan sentiasa memantau posting dari TULANG LEMBIK.Terima kasih kerana tak pernah sekat comment yang aku tulis di sini.Ingatlah segala fitnah yang kau tulis ALLAH jua yang akan menilainya.

Kpd Boy Jamil.usaha yang anda buat untuk menerangkan senario yang sebenarnya berlaku di Malaysia amatlah dialu-alukan tetapai saya rasa mereka2 di PAS yang dah buta hati ni takkan terima punyalah.Samalah seperti masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Mereka lebih rela dapat maklumat dari kedai2 kopi,Raja Petra,HURUHARAKAH dan SUARA KENCINGDILAN.

Kata parti Islam tapi perangai penyokong langsung tak mencerminkan sikap keIslaman tersebut..Kalau setakat pakai kopiah lima ringgit untuk cover perangai setan tu aku pun bolehlah..

JEDYOONG tu sapa TULANG LEMBIK??Ceritalah sikit..Takot ka

Muhasabahlah diri sikit oiii...

Tulang Besi said...

Suara akar umbi pun tak diambil kira.Ramai orang PAS yang tak setuju ketika demo di hadapan masjid Ubudiah tempohari tapi sebab nak jaga muka,dikatakan tindakan itu betol dan dipertahankan.

Lagi bohong hidup2 tapi nak buat camana dah dasar UMNO. Kalau tak menipu tak sah.

Mana ada org PAS yang tak setuju la.

Kau mana tahu kao UMNO

Tulang Besi said...


Cuba kau tengok betol2 yang bersepah kat KL,JB,Spore tu bukan ke majoriti orang Kelantan..Kenapa yer agaknya??SEBAB KAT KELANTAN TAK DA KERJA..KENAPA KERAJAAN PAS KAT KELANTAN TAK BOLEH NAK WUJUDKAN PEKERJAAN UNTUK ANAK KELANTAN DI NEGERI SENDIRI?


Sebab org Kelantan tak pernah duduk bawah Kerajaan UMNO kecuali 12 tahun sahaja.

Diorang dilatih berdikari dan berusaha keras.

Rakyat negeri lain UMNO latih jadi pemalas dan suka tunggu bantuan kerajaan.

Jadilah rakyat negeri lain ini tidak berdaya maju.


Itulah sebabnya.

Hakikatnya bawah PR Melayu akan jadi lebih maju dan makmur.

Bawah UMNO, hanya UMNOPUTRA sahaja yang makmur dan maju

Orang Melayu lain jadi sampah.

Tulang Besi said...


Kpd Boy Jamil.usaha yang anda buat untuk menerangkan senario yang sebenarnya berlaku di Malaysia amatlah dialu-alukan tetapai saya rasa mereka2 di PAS yang dah buta hati ni takkan terima punyalah.Samalah seperti masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Mereka lebih rela dapat maklumat dari kedai2 kopi,Raja Petra,HURUHARAKAH dan SUARA KENCINGDILAN.


Setakat ni, org UMNO mcm kao takda pun bawak apa2 bukti.

Yang kita tengok dari orang2 UMNO mcm kao ni hanya fitnah. Samalah dgn Boyjamil tu.

Takda bukti satu habuk pun. Hanya fitnah, fitnah,fitnah.

Dan artikel ini membuktikan UMNO telah memfitnah PAS kononnya jadi agen Cina sejak 1960an lagi.

Maksudnya memfitnah orang ni memang darah daging UMNO.

Mcm korang tuduh DSAI meliwat la. Last sekali ustaz ramlang keluar bawa bukti korang memfitnah.

BoyHjJamil said...

Salam Tulang Besi, pertama sekali saya tak setuju dengan statement anda yg mengatakan posting saya sebagai memfitnah. Jika saudara seorg Islam yg benar2 tulen, refer semula semua posting2 saya dan kaji setiap perincian yg saya perkatakan. Langsung tiada yg berbentuk fitnah ataupun berbentuk andaian.Semuanya saya tulis berdasarkan keadaan semasa dan berdasarkan facts and numbers. Tidak seperti cacian dan makian daripada bloggers lain yg rasanya lebih teruk kerana mengatakan seseorg dengan panggilan itu dan ini.

Saudara Tulang Besi, terbukti kini, posting anda lebih bersifat defensive dan berbaur emosi. Ini bukanlah satu contoh terbaik sekiranya anda berasal daripada kelompok yang memperjuangkan AGAMA ISLAM. Ajaran Islam tidak mengajar umatnya untuk mencaci apatah lagi menuduh org membuat fitnah.

Saudara Tulang Besi, pendekkan cerita mengenai perjuangan PAS anda, bolehkah anda nyatakan kemajuan apa yg telah dibawa ke Kelantan semenjak PAS mentadbir selain daripada Patung Buddha terbesar di Asia dan kejayaan menukar nama Pantai Cinta Berahi kepada Pantai Cahaya Bulan? Sila jelaskan berapa ramai ilmuwan dan golongan korporat daripada negeri itu yg telah dilahirkan hasil daripada polisi ekonomi PAS semenjak mereka mentadbir negeri tersebut? Jawapan yang anda berikan kepada posting sfso terdahulu jelas menunjukkan yg anda sudah buntu idea kerana jelas fakta itu adalah benar. Memang benar bak kata saya dalam posting terdahulu, bahawa rakyat kelantan mmg gemar dan mahir berniaga, tapi berapa ramai yg outstanding?

Saudara Tulang Besi, terimalah hakikat bahawa walaupun pada ketika ini nampak ada kecenderungan untuk kemerosotan UMNO, tetapi percayalah perjuangan UMNO ini walaupun dikeji dan dihina oleh pelbagai kesalahan pemimpinnya, namun tidak sekali menjadi hipokrit dgn bekerjasama dengan DAP semata-mata untuk tidak mahu kerajaan BN berkuasa. Anda nilailah sendiri bagaimana senario ini telah terjadi.Apa yg ditulis oleh Raja Petra mengenai Hassan Ali elok juga difikirkan.Kalau sudah namanya manusia yg bukan bersifat maksum, isu tamak, dengki dan tindas menindas sudah menjadi lumrah sekiranya anda bernama politician.Oleh itu, walaupun dari segi imejnya Islamik, belum tentu dalamannya baik.Hentikan caci mencaci, maki memaki, kerana jelas ianya bukan budaya kita..

Anonymous said...

Encik Boy,yg sebenarnya kerajaan BN &UMNO pun byk cacat celanya tp nampaknya encik Boy tetap mengatakan parti pembangkang juga yg buruk. siapa kata UMNO tak hipokrit?? cuba tengok betul betul jgn pejam sebelah mata.UMNO 2 x 5 juga cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

ALASAN DAN PENAFIAN ADALAH SEBAB MENGAPA POPULARITI UMNO TERUS MENURUN.PERKARA YANG BAIK SEPATUTNYA DITELAN DAN CUBA DIBUAT.
SAYA CUMA BERCAKAP PERKARA MIKRO YANG DILALUI OLEH ORANG BIASA.

ORANG ISLAM DI MALAYSIA DAN DIMANA2 TERDAPAT PELBAGAI KETOGERI,ADA YANG ISLAM PADA NAMA,ISLAM SEMBAHYANG SETAHUN SEKALI(HARI RAYA)ISLAM SEMBAHYANG SEMINGGU SEKALI ,ISLAM SEMBAHYANG IKUT SEMPAT DLL. ITU BARU DARI HAL SEMBAHYANG YANG MENJADI TIANG AGAMA.
UNTUK ORANG YANG KUAT IMANNYA,ALHUMDILLAH.TETAPI SEBAGAI PEMAPI HARUS PERINTAH KITA HARUS MELIHAT KESULURUHAN JENIS2 MASYARAKAT DAN CUBA MERUBAHNYA KEARAH YANG LEBIH BAIK.
SESEKALI SAYA TAK NAFIKAN KERAJAAN TELAH MENDIRIKAN BANYAK MASJIDDAN BANYAK PROGRAM2 LAIN TETAPI APALAH SALAHNYA JIKA DI TEMPAT2 LAIN DI PERBAIKI, INI BUKAN RETORIK UNTUK BERDEBAT TETAPI DAPAT MEMBERI MENAFAAT KEPADA GOLONGAN INGIN MENIKMATI AKTIVITI SOSIAL TETAPI MASIH MENJAGA SOLATNYA.
PENGALAMAN MENAIKI BAS EKSPRES DARI JB 7.30 MALAM SAMPAI KE KB 6.30 PAGI.ALAHAI.
KEADAAN MORAL ORANG ISLAM PADA HARI INI MASIH RENDAH JADI JANGANLAH KITA HANYA BERPUASHATI DENGAN APA YANG TELAH DILAKUKAN(WALAUPUN APA YANG DILAKUKAN TELAH BANYAK)KITA HARUS MENCARI JALAN SEHINGGA KE TAHAP DIKEHENDAKI.
ADALAH MENJADI FAKTA APA2 YANG MUDAH DIBELI LEBIH TINGGI KEMUNGKINAN DI BELI.JIKA DADAH DIBENARKAN DI JUAL DI 711 TENTULAH PENJUALANNYA BELIPAT LIPAT LIPAT KALI GANDA.
JANGANLAH KITA MEMPERTAHANKAN BENDA MUNGKAR HANYA KERANA KITA TIDAK MAMPU LAKUKAN.

Anonymous said...

Dengan setelus hati dan sebagai pemerhati kini perjuangan PAS telah menyimpang dari perjuangan asal penubuhannya. PAS kini bukanlah kearah perjuangan menengakkan daulah islamiah. Kini perjuangan PAS lebih kepada kepentigan wang dan kuasa. Tambahan kini PAS sanggup mengiakan apa saja yang DAP laksanakan walaupun ianya bertentangan dengan syariat perjuangan dan kehendak islam. Pemimpin PAS banyak retorik dan kebendaan.

Malah keadaan ini menjadi-jadi dan membuak-buak perasaan benci PAS terhadap UMNO malah sanggup mengkhafirkan dan mengharamkan puak UMNO. Persoalannya PAS sanggup menyakiti dan menikam sesama islam demi kepuasan nafsunya walaupun islam dan melayu jadi taruhan.

Berbalik pada UMNO. Perjuangan UMNO pada dasar dasarnya adalah perjuangan untuk membela melayu dan tidak ekstrim seperti PAS. Fakwa-fakwa PAS banyak memakan diri sendiri ditambahi dengan kenyataan karut marut pemimpin PAS sendiri dan sikap pemimpin PAS yang tidak bercirikan keilaman dan asyik dengan nafsu yang dikawal oleh syaitan hingga adakalanya lupa asal kejadian manusia malah melampaui batasan had agama sebagai manusia kerdil.

Salah guna PAS terlalu besar hingga sanggup melakukan solat hajat menjatuhkan sesama islam dan sanggup berkrompomi dengan musuh islam nyata seperti DAP. Sifat busuk hati menular kalangan PAS. PAS sangat bercelaru kerana dahulu mereka berapi rapi menentang Anwar Ibrahim dan mengata dan mengutuk. Kini meraka menyanjung dan memujanya termasuklah karpal Sing, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng malah kita lihat Singapura diagungkan PAS.

Kini PAS suka kepada kemusnahan dan kekacauan dan porak peranda. Ini sama sekali ditentang dalam islam. kalau dulu PAS suka kutuk BN perasuah dan sebagainya. Kita lihat kerajaan PAS RM 4 billion mendapat bantuan kewangan dan PAS sebuah parti pendedam dan pemimpin PAS pandai pura-pura berjanji tetapi suka kianati janji.

Contoh nyata Kedah dan suka kepada kemusnahan harta benda termasuk kekayaan alam. Kini kita lihat pemimpin PAS bermegah-megah menunjukkan kehebatan dunia dan kemewahan melebihi hak batasan iaitu keserderhanaan dalam serba serbi tindak tanduk. Sikap PAS kepuraan dan benci membenci sesama islam amatlah memalukan malah pulau-memulau sebagai budaya.

PAS kini seperti budak suruhan dan diperbudak-budakkan oleh DAP untuk kepentingan mereka. PAS dah lupa daratan dan dihanyut mimpi indah walaupun hanyalan khayalan. Sikap PAS yang tidak dapat menerima kenyataan dan kritikan dan menikan rakan-rakan amatlah dikesali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.