Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, February 8, 2009

Fitnah Tanah Di Perak. Penerangan Sebenar.

Artikel ini saya post pada bulan November tahun lepas. Juga, dibawah ada penerangan lain dari seorang weblogger di Laman Tranung Kite. Fitnah UMNO di Perak Yang Bahaya: Pemberian Hak Milik Kekal Kepada Kampung Baru dan Kampung Tersusun

Terdapat satu fitnah yang bagi saya sangat bahaya terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Fitnah tersebut adalah kononnya pemberian hak milik 999 tahun/kekal kepada kampung baru adalah mengadaikan hak orang Melayu di Perak dan kononnya orang Cina sudah mengusai pentadbiran kerajaan Perak melalui PAS.Here is the beginning of my post. And here is the rest of it Hakikatnya UMNO takut kerana isu pemberian hak milik kepada Kampung Baru dan Kampung Tersusun ini adalah janji Barisan Nasional sejak sekian pilihanraya.

Saya pula merasakan fitnah ini adalah bahaya kerana saya telah mendengar fitnah ini dari adik Ipar saya yang mempunyai kakak Ipar di Ipoh. Ertinya fitnah ini telah meluas dan merebak hampir seluruh masyarakat Melayu Perak dan sekarang sedang merebak ke Selangor.

Saya membaca temuramah MB Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin bersama Suara Keadilan (Bil 154, 5-12 November 2008, ms 16-17). Di dalam temuramah tersebut dinyatakan oleh Dato Seri Nizar:

" Kampung Baru paling ramai penduduk di Malaysia adalah di Perak. Ia didirikan di zaman darurat di mana kerajaan ketika itu membawa kaum Cina ke kampung baru bagi mencegah anasir komunis.

Ada 134 kampung bru yang melibatkan 65k keluarga. Dalam Kanun Tanah Negara Kampung Baru sudah tidak boleh dibuka lagi. Kalau kesemuanya diberikan hak milik kekal, ia hanya melibatkan tanah 5000 ekar sahaja yang mana 80% penduduk adalah kaum Cina.

Begitu juga Kampung Tersusun yng mempunyai hampir 75k keluarga di mana 70% penduduknya orang Melayu. Ia juga hanya melibatkan 7k ekar.

Kita tidak memberikan tambahan tanah tetapi kita hanya tukarkan daripada pajak kepada hak milik kekal. Kerajaan juga mendapat pendapatan RM330juta. Kalau dulu penduduk kampung baru ada pajakan 99 tahun dan kalau tanahnya disandar kepada bank mereka akan mendapat sedikit nilai sahaja. Sekarang kalau tanahnya jadi hak milik kekal bank akan berikan pinjaman maksima. Penduduk boleh gunakan wang tersebut untuk meningkatkan imej persekitaran rumah mereka.

Kerajaan BN menjadikan isu ini untuk memancing undi"

Sekarang sudah terang lagi bersuluh. Segalanya adalah fitnah UMNO untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Setelah ditolak secara borong oleh pengundi Cina dan India pada PRU lepas, maka UMNO hanya bergantung nyawa kepada 60% pengundi Melayu yang mengundi mereka dahulu (kerana 40% pengundi Melayu telah mengundi Pakatan Rakyat di Perak).

Tidak ada penguasaan DAP ke atas kerajaan Perak, tidak ada penguasaan orang Cina ke atas kerajaan Perak, tidak ada pengurangan kekuasaan orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak. Segalanya hanyalah fitnah dari UMNO.

Sebenar-benarnya, fitnah ini ditumpukan kepada pekerja2 kerajaan negeri supaya diharapkan mereka akan belot kepada kerajan negeri atas dasar mempertahankan kekuasaan orang Melayu di Perak. Itu sahaja.

Memainkan isu perkauman ini menunjukkan UMNO adalah desperado. Al maklumlah, sumber kewangan UMNO diperingkat cawangan dan bahagian selama ini datang dari kerajaan negeri. Sekarang ini sumber ini telah kering seperti gurun Sahara di musim panas. Cawangan-cawangan UMNO mcm tak bermaya, nak buat program pun takda duit.

Hasilnya aktiviti yang mereka mampu lakukan adalah menyebarkan fitnah seperti ini.

Ingatlah nasihat dari kawan saya yang bekas UMNO:

"Sekiranya ada orang UMNO berkata Tuhan itu Satu, jangan percaya. Bukan kerana kenyataan itu tidak benar tetapi kerana yang bercakap itu adalah orang UMNO"

Bahagian II

Dari Pendekar Klate:

kes tanah yg saya tahu begini

ada 3 jenis, iaitu
1. kg tersusun
2.kg baru
3. tanah tradisional

org tuduh MB bagi kat cina, tp..

bagi ke sumua 3 jenis tu, terdapat lebih kurang 140,000 geran pemilik dimana
no 1 da no 2, hampir 75% adalah milik melayu
manakal kg tradisional itu boleh dikatakan 99%milik melayu.

ini bukan kes pemberian baru, tp memang milik mereka sejak berzaman lamanya.

kg tersusun pun majorit milik melayu. jadi kes 999 tahun itu lebih untung kepada org melayu.

dari sejuml;ah lebih kurang 140,000 geran (pemilik itu, kaum cina dan india hanay perolehi sekitar 42,000 hak milik 999 tahun saja berbanding bakiya adalah hak milik melayu diberikan.

siapa yg cerdik? DAP atau PAS (Md NIZAR).

dan yg paling bodoh ialah sultan dan umno.

bab pemberian balak, MB amat tegas, ADUN tidak diberikan hak. zaman umno setiap ADUN akan perolehi sekitar 1200 hektar setipa org kws balak. bagi balak untuk istanna, MB mengurangkan saja. itu yg istana tak suka. dalam perlembagaan, sultan tiada hak ke atas balak, tp MD nizar masih bg wpun jumlahnya dikurangkan.

kes PAsir juga melibatkan sultan. n

isu inilah yg sebabkan sultan marah. kerana menyekat sumber penambahan kekayaannya.

apa lagi mainan politik kotot umno dan tikaman umno kepada sultan.

apa pun sultan dan umno sama sama perosak Islam. bini sultan pun tak tutup aurat sedangkan sultan adalah ketua agama.




Tulang Besi

27 comments:

Insan yang hina, HambaAllah said...

xusah gaduh-gaduh lagi..kalau tuan hamba rasa tuan hamba bijak...apa kata tuan hamba yg jadi MB...saya sokong sepenuhnya..

Kita sesama melayu..xelok gaduh2 camnie..CINA and INDIA senyum je kat kite...tunggu masa nak ambil semua dari kita..:)

Biarlah khabar angin..Lepas 2 hingga 3 tahun...lenyap lah semua nie...buat apa nak tambah dosa mengata orang lain?

Setiap manusia tidak dilahirkan sempurna. Kena ingat tu..Tapi kalau saudara rasa saudara sempurna, bolehlah kiranya saudara mencabar Allah SWT..

Jangan sesekali membuka aib orang lain kerana sesungguhnya Allah SWT melaknati orang yang sedemikian.

Sultan memang manusia biasa yang akan dihitung seperti kita di akhirat kelak. Sama juga seperti saudara, tetapi jikalau saudara masih begini, rasa saya saudara pun tidak kurang seperti sultan..kerana Allah SWT maha mengetahui..sedarlah wahai saudara..

Jangan menfitnah diantara sesama manusia..Biarlah apa yang kita dengar kita simpan di dalam hati. kerana kita tidak mengetahui apa yang berlaku melainkan Allah SWT.Jika apa yang saudara nukilkan selama ini benar, Alhamdulillah. Bagaimana jika tidak? itu fitnah namanya wahai saudara...xperlu saya terangkan lebih lanjut kerana saudara tahu apa yang akan ditanya di akhirat kelak.

Tidak ada yang bijak melainkan Allah SWT di seluruh alam semesta ini...tapi jikalau saudara kata saudara atau "parti" saudara bijak..apa yang boleh saya katakan..

Bertaubatlah wahai saudara..hentikan semua ini dan tunjukkan perpaduan. Jangan terikutkan hawa nafsu sedangkan Allah SWT telah memberikan kita sebaik-baik akal fikiran..Saya pasti saudara mempunyai akal fikiran. Jika tidak saudara tidak akan dipanggil manusia.

Janganlah kita dilaknati oleh Allah SWT semata-mata apa yang kita rasa dan perlu buat itu adalah betul..amat merugikan saudara..

Minta maaf jika nukilan saya mengecilkan hati saudara. Saya hanya hamba Allah SWT yang amat kecil bagiNya. Tidak bemaksud apa-apa sekadar menasihati..

Assalamualaikum

Anonymous said...

.

Insan yang hina, HambaAllah said...
Biarlah apa yang kita dengar kita simpan di dalam hati.

--------------------

no matter what truth must be told so the people would know and judge for themselves.

silence is not golden anymore!!!

.

jeff said...

Minta saudara mengkaji sejarah penubuhan Perkampungan baru...ingat PERKAMPUNGAN BARU.. bukan kampung baru... selidik dan buatlah kerja sikit...maksud saya buatlah research sikit..jangan nak ambil dari tulisan orang aje...mau-mau pula dari blog yang menyokong kita..takadil namanya...bila dah buat research tentu saudara akan lebih memahami.....

Saksi said...

Buat apa nak gila-gila tanah? Tengoklah orang Cina di Singapore, Hong Kong, Taiwan, tak sebegitu banyak tanah macam di Malaysia, tanah sebegitu kecil macam korek hidung, tapi rakyat sana boleh menjadi kaya-raya.

Orang Malaysia berbangsa Cina dah perlukan tanah yang kotor, ambillah balik tanah kotormu UMNO. Yang penting adalah kegunaaan otak and sikap berkerja keras, sikit tanahpun tak apa, masih boleh menjadi kaya raya dan mencapai kejayaan.

abdrahim kassim said...

Pemilikan kekal dengan 999 tahun membawa maksuh yang hampir sama.

Kesilapan Nizar ialah membesarkan 999 kononnya untuk mempersendakan UMNO.

UMNO ambil perkara ini dan besarkan isu 999.

Orang ramai melihat 999 itu lebih besar dari kekal.

ingatan untuk PR jangan buat kerja yang tidak berfaedah. Kalau nak beri kekal sebut sahaja kekal, jangan sebut 999. Rakyat Malaysia ini bukan cerdik sangat.

Anonymous said...

ape kate kalau kite ni org melayu same2 bersatu..cube tgk bangse lain kat malaysia ni dorg xde pon gado2 yg emosi org melayu je..untuk ape?xkan nk jd mcm negare palestin kot sbb fahaman yg berbeza tgk ape dh jd kat dorg skrg nih pdhl sumenye org islam tp bergadoh,xsepakat negare pon tergadai..ingat la sblm negare kite jd mcm tu pulak...

CUCU NORDIN AHMAD said...

AAAAHHHHH TAK YAH NAK CITER BANYAK2 ......NEPAL/GURKHA PUN DAH TAK MAU SULTAN ATO RAJA...TINGGAL MELAYU BENGAP,BANGANG,TONGONG...KALO LAH NORDIN AHMAD MASEH HIDUP....TAU LAH DIA MENGAJAR BAGAIMANA BAHASA YANG RAJA2 NI FAHAM...TOLONG LA FAHAM WAHAI RAJA MU NI KENA MAIN NGAN UMNO JER...WAHAI RAJA KAMU TEMPELENG JER MUFTI YANG DOK BODEK MU TU...MULAI HARI NI TIADA LAGI KAMUS RAJA ATO SULTAN DALAM HATI KU..DOSSSSSAAAAAAAAA AKU DOA SELAMA NI...HIDUP ISLAM HIDUP RAKYAT.

Anonymous said...

Selagi Melayu dengki kianat sesama sendiri, selagi itulah orang tidak selesa menumpang hidup dengan kita. sebenarnya bukan mereka yang mengambil dari kita,kita yang sanggup memberi segala yang ada.Kalau mereka itu rakyat kita tidak ada sebab, kita beririhati dan marah, seperti penduduk kampung baru, kampung tersusun biarkanlah, apa salahnya. banyak benar tanah di perak yang dibiarkan begitu saja oleh kita,jika diberi pun awal-awal lagi kita sudah berkira-kira untuk menjualnya kepada taukeh-taukeh cina dan india jua. tetapi yang yang menjadi masalah apabila tanah di jual kepada warga asing, yang bukan pun rakyat kita, siap dengan bangunan dan infrasruktur seperti di Projek-projek wilayah. Kita tak nak marah pula. Amat pelik sekali sikap kita, marah tak bertempat. apakah kita sangka bumi Allah ini, hanya dikhaskan untuk kita sahaja.
Bawalah brmuhasabah, insaflah bumi Allah ini dicipta untuk didiami oleh berbagai bangsa keturunan manusia, bukan untuk kita saja. masing- masing ada hak nya. Tak usah berdengki, tak usah irihati. siapa rajin dia dapat, jika malas ada harta pun tidak apa gunanya.

Anonymous said...

Assalammualikum....kepada saudara yang memberi komen pada February 8, 2009 5:58 AM...saya bersetuju dengan kata2 saudara...cuma apa yang dperkatakan itu ada sedikit kekurangannya...adakah saudara hendak berdiam diri sehingga sesuatu yang buruk terus berleluasa?tidakkah saudara rasa menegakkan yang hak itu wajib dan menundukkan batil itu juga adalah wajib...?bagi saya apa yang dilakukan oleh UMNO adalah sangat hina...mereka menyalahkan PR yang memulakan dulu agenda lompat parti...,,tetapi PR merancang lompat dan ingin mengambil alih kuasa secara sah iaitu dengan membuat undi tidak percaya...tetapi UMNO pula terus mengatakan yang Sultan ada hak mutlak diatas pemilihan dan pemecatan MB...mengapa tidak dibuat undi tidak percaya sebelum mengambil alih kuasa...???itu persoalannya....????sebelum saya mengakhiri komen ini...,,ingin saya ingat kan...HANYA 3 GOLONGAN YANG MAMPU MEMBERI SYAFA'AT KEPADA KI DI HARI AKHIRAT:
1)PARA NABI
2)PARA SYUHADA
3)PARA ULAMA'...
renungkanlah.....

Samuel Goh Kim Eng said...

FURY TO BE BURIED ONLY WHEN JUSTICE IS CARRIED

It's not so easy to play both judge and jury
Any wrong decision will bring forth people's fury
With so many wrongs still waiting to be properly buried
It's not so simple to see real justice being openly carried

(C) Samuel Goh Kim Eng - 080209
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Sun. 8th Feb. 2009.

Tulang Besi said...

Nampaknya ramai yg "tersedak" dalam isu tanah kat Perak ni.

Semua nya terpengaruh dengan fitnah UMNO dan sekarang orang yang tidak bersalah telah diperasalahkan.

Masih ada masa untuk taubat

Tulang Besi said...

"Perkampungan baru" atau "kampung baru" TIDAK ADA BEZANYA.

Saya pegi kat PJ, semua orang situ panggil "kampun baru" takda yang sebut "perkampungan baru"

Anonymous said...

Dalam keadaan sekarang di Perak, SANGAT SANGAT JELAS bahawa pilihan kebanyakan rakyat untuk mengundi telah tidak dipersetujui oleh Sultan. Jadi katak jadian dengan berlumuran kes rasuah dan perempuan itu lebih BERHAK untuk membentuk satu kerajaan baru, tergesa-gesa pulak tu nak 'ditabalkan'!Hei, orang yang dulunya bodoh pun boleh menilailah... masa election tu, terpulanglah rakyat nak pilih mana satu, BN ke, PR ke. Dalam HAL ini tiada jalan tengah, nak tunjuk atas pagar ke, KERANA ianya JELAS LAGI NYATA untuk orang waras menilainya....Ucapan2 hipokrit sultan selama ni telahpun ditong sampahkan saja.

Anonymous said...

They ( not matter Chiense or Malay) have been living there before merderka. Why they can't have the title for their home? Then it is ok for us buy the house, condom ..etc with permanent title nowadays. Pls don't be double face and point the finger to someone, but pls look at ourself as well.

PR move is for interest of the resident of Malaysian that regard Malaysian as Anak Malaysia, but BN use this as for their political agenda. When all races, reagradless Malay, Chinese, Indian..etc always regards others as pendatang or watever right? We all live in the same land and fight for the dead land. We are no different as if Malaysia down, all Malaysian down. Pls don't fight for this but we should fight for Malaysia to complete the world. Make Malaysia a developed country for better Malaysian.

Anonymous said...

We all know UMNO is a master of LIES!

They have always lied and cheated and will continue to do so.

Pakatan has to think of a better way of telling the truth to the rakyat.

KNow also, bastard UMNO dogs control the mass media, print and TV, so it is hard.

But we control the online media, make the advantage count.

Anonymous said...

Uniited Morons sebenarnya tak dak issue..mereka hilang kuasa..hilang avenue utk merompak..United Morons dan dia punya geng dah lama dirasuk oleh jin dan tonik..kahkahkah..depa punya hearts and minds dah lama afflicted..jgn harap mereka making 180deg u turn n start behaving mcm wali..actually aah seronok jugak melihat puak puak pariah ni berbuih.. macam kena epeliptic seizures..kahkahkah..

Anonymous said...

Awat orang melayu suka gaduh2...takboleh ka kita dok aman2.....Kalau kita pakat perbetoi diri masing2 pasti Malaysia akan cemerlang....yang menjadi masalahnya kita dok tengok salah orang tapi salah kita tak nampak....spt kes sosial remaja jika ibubapa memainkan peranan masing2 dengan baik pasti masalah itu tak seperti hari ini...Cermin2 lah diri sendiri dahulu....DSAI pun bukan nya baik sangat dulu masa TPM pun kaki rasuah,adik-abang semua pengarah syarikat...padahal mengaji darjah berapa je....semua manusia sama je bila dapat kuasa lupa diri......

Anonymous said...

Bukan semua ahli UMNO yang makan rasuah dan bukan semua Ahli Pas yang baik dan beriman....itulah manusia serba kekurangan..jangan kita menghukum kerana mereka menaiki bas yang berbeza dengan kita..Berpolitik lah cara bijak jangan sampai musuh2 islam mengambil kesempatan diatas kealpaaan kita dengan kuasa dan kekayaan...

Bukit Chandan said...

We condemn to the bones Pendekar Klate to be stupid and an enemy of Islam until he repents, inshaAllah for saying such things to the Sultan Of Perak.

Best Regards.........

Kerajaan Cinta said...

udah.. udah le tu..

lupakan apa yg dah berlaku.. mari kita mulakan projek 916.. keh.keh..keh..

Insan yang hina, HambaAllah said...

saya hanya insan yang hina...tolong maafkan saya jikalau salah..

"no matter what truth must be told so the people would know and judge for themselves.

silence is not golden anymore!!!"

Memang benar apa yang saudara katakan...itu gunanya pilihan raya..utk melahirkan negara yang demokrasi..xperlu membuka aib org..just tick pada kertas undi apa yang dirasakan betul n make silence after that..jikalau anda yakin akan menang, insyaallah akan menang. Kita mempunyai akal fikiran dan boleh menilai mana yang baik da buruk, right?

Dan jika ada org membuka aib saudara dan menghebahkan kepada semua, apa yang anda rasa?tidak ada manusia yang sempurna melainkan Rasul Allah, Muhammad.

"adakah saudara hendak berdiam diri sehingga sesuatu yang buruk terus berleluasa?tidakkah saudara rasa menegakkan yang hak itu wajib dan menundukkan batil itu juga adalah wajib...?"

Memang benar juga apa yang dikatakan saudara. Setiap manusia mempunyai kekurangan sendiri.Manusia yang dipilih saudara sempurna? Alhamdulillah kalau sempurna. memang menegakkan yang hak itu wajib dan menundukkan batil itu juga adalah wajib tetapi saudara kaji semula maksud tersebut. Tiada kaedah atau pendekatan yang lebih baik kah yang boleh dilakukan oleh kita rakyat Malaysia? Kenapa perlu memecahkan ummat sesama melayu/islam?bukankah itu lebih teruk? MasyaAllah..


"We are no different as if Malaysia down, all Malaysian down. Pls don't fight for this but we should fight for Malaysia to complete the world. Make Malaysia a developed country for better Malaysian."

Pendapat yang diterima oleh saya. Fikirkan hal lain yang boleh membawa kemajuan diri sendiri kerana di akhirat kelak, tiada siapa yang akan menolong saudara sekalian..tidak kira
1)PARA NABI
2)PARA SYUHADA
3)PARA ULAMA'
Mereka hanya menunjukkan jalan kearah jalan yang diredhai Allah..Di Akhirat kelak kita akan dihitung sama rata. Dan janganlah kerana terlalu taksub dan lalai..Kita mengalami pembalasan di kemudian hari..

Fikirkan hal yang lebih penting daripada memikarkan salah orang lain. Fikirkan anak-anak kecil di bumi palestine adalah lebih baik daripada menambah dosa mengata/membuka aib orang lain..Fikirkan ekonomi kita..

Maafkan saya jika apa yang saya nukilkan menyinggung sesiapa. Saya hanya insan yg kurang sempurna di mata Allah SWT..

Assalamualaikum

Tulang Besi said...

Bukit Chandan said...

We condemn to the bones Pendekar Klate to be stupid and an enemy of Islam until he repents, inshaAllah for saying such things to the Sultan Of Perak.

Best Regards.........


We condemn Bukit Chandan for making the Sultan infallible (maksum).

Raja Adil Raja Disembah, Raja Adil Raja Disanggah

Nasirudin Anjud said...

Jadi camana lak kalau orang PKR di Sabah tutup jalan laluan ke tanah2 orang kampung. Fitnah jugak ke? Sapa yang nak bela?
Baca sini.......

http://nasirudinanjud.blogspot.com/2008/10/sesuai-dengan-tema-baru-iaitu-vent-your.html

Tulang Besi said...

ia fitnah jugak. PKR kat sana mana ada kuasa nak tutup jalan. Diorang tak berkuasa.

Anonymous said...

kalau ckp pasal org pakatan rakyat tu semua fitnah..kalau org pakatan rakyat ckp psl bn semua nye betul..mcm nik aziz dan nizar,dorg je halal yg lain haram..mcm cerita pengundi hantu,bila nk pilihan raye je kate bn ade pengundi hantu,tp bile pr menang ade ke pemimpin bn kata korg ade pengundi hantu?ceramah agama pulak jd ceramh politik..mcm bagus sgt?

Cik Lee said...

Hairan sungguh, orang yang mengajak jangan bergaduh itulah yang menganyang orang disuruh jangan bergaduh sesungguhnya. Suruh PAS dan Umno jangan bergaduh, tapi dalam tv3, rtm, utusan melayu, berita harian semua dok kutuk siang malam saudara Islam berbangsa Melayu.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Jika kita menyokong kerajaan rasuah ini, maka kita pun mendapat saham rasuahnya bersama-sama. Tak payah cakap dengan mulut, setuju dengan hati pun dah kira join sekali.

Anonymous said...

kalau kau dh rsa x leh nk respect sultan, blah la dri bumi Malaysia brtuah ni..sia2 ja dok laung rukun negara, nynyi negaraku sana sini, tp hati busuk penuh dengan dengki dan kurang ajar..inilah org mlayu zmn kini, brgaduh ssama sndri..lupa darat..lgsug x igt pgorbanan prjuang2 kmerdekaan..asyik nak salahkan org ini org itu..klo dh rsa bgus sgt, kau ja la jdi perdana menteri..buka ar mata..CARI SIAPA SEBENARNYA TALI BARUT YAHUDI KAT MALAYSIA NI..Cari siapa pengkhianat yang sejak dulu lagi plan nk jual Malaysia kt org asing..pakatan rakyat konon..nasib rakyat haram x bela pun..yg taw asyik cri salah org saja..Tuntutan IFC tu xkn kau nk wat bodo ja..mber2 DAP n PKR dh naik kepala..kau?? ikut ja mnjhanamkan bangsa,agama dan negara!!!!!!!! HORMAT SIKIT SULTAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.