Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, February 11, 2009

Masanya PAS Bersatu Semula.

Seperti yang dilaporkan, Dato Harun Din telah membidas Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato Harussani Zakaria. Laporan tersebut boleh dibaca di sini. Bagi saya, ini adalah langkah pertama terhadap "penyatuan" semula PAS.

Kemunculan Fraksi UMNO dalam PAS ini ada kaitannya dengan Mufti Perak, Harussani Zakaria. Saya tak nak cerita panjang tapi cukup saya katakan bahawa Dato Harussani telah menggunakan hubungan beliau dengan beberapa orang Ahli Majlis Syura Ulama untuk "mengadu" kononnya Islam dan Melayu adalah dalam bahaya hasil dari kekalahan UMNO di PErak dan seluruh Malaysia.

Lantaran dari itu timbul pula berbagai-bagai "cerita"kononnya ISlam dalam bahaya dan DAP sedang menghancurkan Islam. Yang lagi aneh, cerita2 ini datangnya dari Selangor sahaja dan hampir tiada cerita datang dari Perak.

Hasilnya, seperti yang kita semua sudah maklum, berlakulah muzakarah dan muqabalah dan segalanya. Berlakulah juga "geng Terengganu" mengambil sikap menyokong usaha membawa PAS masuk BN ini.

Di Selangor pula, usaha ini disokong gagah kerana kononnya Baginda Sultan mahukan wakil PAS menjadi MB dan bukannya wakil PKR. Maka, tak hairanlah semua cerita fitnah berkenaan Pakatan Rakyat menghancurkan Islam datangnya dari Selangor. Cerita kononnya azan tak dibenarkan di dua masjid di Selangor sebenarnya mula berlegar-legar di kalangan orang PAS Selangor dan bukan datang dari UMNO. UMNO ambil certia tersebut kemudiannya untuk dipolitikan.

Tidak ketinggalan kononnya cerita Anwar Ibrahim musuh Islam, liberal, tidak hormat PAS dsbnya. Semuanya berlegar-legar di kalangan ahli dan setengah2 pimpinan PAS.

Cerita seperti PAS dipinggirkan, PAS tidak diperdulikan, PAS dianaktirikan, PKR dan DAP tidak hormat pada dasar PAS, juga berlegar hebat walaupun ianya adalah dongengan semata-mata

Mereka yang menentang usaha ini (seperti saya)digelar tidak wala' pada ulama. Lama saya memikirkan fitnah ini dan bagaimana ianya terhasil. Rupanya, fitnah ini bermula kerana usaha membawa PAS masuk UMNO bermula dengan pujuk rayu dari Harussani Zakaria kepada beberapa ahli Majlis Syura Ulama.

Yang hairan juga, TOk Guru Nik Aziz juga menentang usaha untuk membawa PAS dengan UMNO ini dan setahu saya TGNA bukan sahaja seorang ulama tetapi Tok Guru.

Kemuncak dari itu kita lihat sendiri bagaimana Syed Azman telah ditolak dari menjadi calon Kuala Terengganu walaupun 2/3 cawangan PAS di Kuala Terengganu mencalonkan beliau. Namun, hasil usaha beberapa pimpinan PAS Terengganu yang telah expire konspirasi meminggirkan Syed Azman berjaya.

PAS berjaya menang Kuala Terengganu juga kerana UMNO salah pilih calon dan bantuan Anwar Ibrahim berkempen. Jentera PAS tempatan rata-rata memboikot kempen namun mereka tetap keluar mengundi. Ceramah Tuan Guru Haji Hadi tak ramai yang datang masa itu. Malahan, ceramah Raja Petra lagi ramai orang.


Harussani Menampakkan Belang Sebenar Beliau

Rupanya, tindakan HArussani Zakaria itu bertujuan untuk melemahkan PAS untuk membolehkan UMNO menjalankan konspirasi mereka tanpa merisaukan gerak geri PAS. DEngan PAS berpecah sedemikian, maka PAS tidak mampu menggempur UMNO di peringkat akar umbi.

Hasilnya, UMNO mampu bergerak dengan bebas dan laba pertama mereka adalah merampas kembali kerajaan Perak Darul Makmur.

Hikmah dari peristiwa ini adalah tembelang Harussani pecah. Sekarang ini saya yakin ramai Ahli Majlis Syura Ulama sedar mereka telah ditipu hidup-hidup oleh Harussani.

Kita kena sedar walaupun Harussani ini mufti, tapi beliau TETAP UMNO. Beliau memberi wala' kepada UMNO dan bukannya kepada Islam.

Ertinya, cakap2 beliau harus diambil dengan penuh hati-hati.

Kita patu bersyukur kerana Harussani tidak percaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz. Ini kerana TGNA mempunyai pengalaman politik yang cukup luas berbanding dengan majoriti Ahli Majlis Syura Ulama PAS. Sebab itulah TGNA tak dapat dipengaruhi.

Hasilnya usaha membawa PAS masuk BN gagal.

Ulama Tidak Maksum. Itu Adalah Ajaran Islam

Yang kita persoalkan bukan ilmu ulama2 tetapi yang dipersoalkan adalah kefahaman mereka tentang waqi' atau realiti.

Hukum akan berubah mengikut waqi'. Misalnya, kalau waqi' adalah dalam keadaan "darurah" seperti tawaf haji, maka tersentuh kulit tidak batal solat. Tapi kalau waqi' dalam keadaan biasa, maka batal.

Begitulah juga dalam hal ini. Yang dipersoalkan oleh saya adalah kefahaman tentang waqi' atau realiti.

Realiti yang ada tidak memerlukan kita bekerjasama dengan UMNO. Kenapa? Kerana kita lebih berpengaruh dalam barisan Pakatan Rakyat berbanding dengan dalam Barisan NAsional.

Juga, tiada bukti menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ini anti Islam dan merugikan Islam.

PAS pada masa itu dan sekarang telah bertindak dan menghukum berdasarkan kepada cerita-cerita dongeng semata-mata.

Masa Untuk Bersatu dan Merapatkan SAF Semula

Sekarang tembelang dah pecah, cempedak dah jadi nangka. Kebenaran telah terserlah.

Masanya kita bersama dan merapatkan saf semula. Segala cerita untuk membawa PAS masuk UMNO harus ditanam sedalam-dalam nya.

Jelas UMNO telah meendapat laba dari perpecahan PAS sehingga PAS hilang satu negeri.
Bayangkan kita baru sahaja mengadakan Muktamar di negeri yang UMNO baru sahaja rampas.

Tulang Besi

24 comments:

Anonymous said...

aikk buat apa lagi nak dicerita benda ini , ntah betul ntah tidak... ntah fitnah jer.........sama jer dgn kes liwat anwar , ntah betul ntah tidak.......ntah2 ko ni ejen umno nak memecah belahkan Pas.. ko ingat pimpinan Pas bodoh nak kena tipu sekali lagi dgn UMNO............

Anonymous said...

PAS should wake up and stop all these discussions with UMNO.

If you give Najis Razak and Barisan Najis liars half a chance, they will eat u alive with their lies.




By the way, T Besi, Perak is Darul Ridzuan and not Darul Makmur. Small correction to your above para.

Is it Pahang?

Anonymous said...

UMNO is a party for sinners: liars, cheaters, adulterers, thieves, robbers, kidnappers, murderers (C4) and all heinous crimes. UMNO only worship $$$.

PAS don't have anything in common with UMNO, please remember that. Don't let them mislead you again and take away your hard-earned votes, like in Perak. It happens every 20 years, Tok Guru Nik Aziz has lived long enough and survived UMNO's sandiwara many times. Please listen when he shares these with you next time!

donplayplay

Anonymous said...

penulis macam mewakili kumpulan 'erdogan' je ..berhujah berat sebelah dengan hanya mengkritik majlis syura ulamak ..mcm mana nak ajak bersatu kalau hujah begini?

Anonymous said...

Akupun setuju.macam ada sesuatu yang xkena je dengan topic ni.TB pro erdogen ke?xkanlah xada satupun hujah membetulkan golongan anti erdogen.xboleh pakai hujah TB ni.orang dah bahas lama dah.bila masa,yang harusani hasut pas jangan ikut anwar dan dap?pemimpin pas xbodohlah TB.xkanlah nak percaya bulat2 pada harusani tanpa ada pandangan dan kajian dalam penyelesaian masalah.diorang dah buat kajian sebelum putuskan sesuatu.dan 1 lagi,setahu aku mana ada usaha untuk pas masuk umno?usaha untuk tarik orang umno masuk pas adalah.TB ajak orang masuk erdogen ke??

Anonymous said...

Penulis where got berat sebelah, he ask u to hentam UMNO and Barisan Najis lah.

Tau tak macam mana nak hentam those anjing anjing UMNO!!!

Tulang Besi said...

penulis macam mewakili kumpulan 'erdogan' je ..berhujah berat sebelah dengan hanya mengkritik majlis syura ulamak ..mcm mana nak ajak bersatu kalau hujah begini?

Kumpulan Erdogan ni apa? Erdogan ni yang maki Shimon Peres ari tu ke?

Penulis mewakili FRAKSI PAS dalam PAS.

Anonymous said...

langkah yg patutnya utk menyatukan ahli PAS adalah dgn membubarkan aje PAS.

kalau PAS betul nak memperjuangkan dan memertabatkan ISLAM, the best way is to tukar aje PAS dari pertubuhan politik kpd pertubuhan kebajikan.

aku tak fahamlah,dgn kemudahan spt kat Malaysia sekrg - how Islamic lagi yg PAS nak???

aku rasa puak yg menggunakan ugama sebagai landasan politik - semuanya bodoh dan hipokrit.

termasukalah si TB tu.

x-PAS

Anonymous said...

'Penulis mewakili FRAKSI PAS dalam PAS'

TB,
xpayah bagaitaulah TB fraksi pas.nak buat cop baru ker?TB bukan mewakili pas.tiada tanda2 TB menghayati fikrah2 pas.TB hanyalah penyokong pemimpin tertentu dalam pas.sepatutnya bila keputusan dibuat secara syura atau diputuskan dalam jawatankuasa pas ianya akan jadi keputusan parti.anggota wajib mengikut apa yang diputuskan oleh parti.realitinya TB hanyalah penulis blog sahaja.suka mempertikai apa yang diputuskan oleh parti.pemikiran TB dan gaya perjuangan TB jauh dari garisan perjuangan pas.

Tulang Besi said...

TB,
xpayah bagaitaulah TB fraksi pas.nak buat cop baru ker?TB bukan mewakili pas.tiada tanda2 TB menghayati fikrah2 pas.TB hanyalah penyokong pemimpin tertentu dalam pas.


Iye ke, saudara yang marah ni sila kongsi dengan alam cyber # keahlian PAS saudara.

Kalau nak tau saya PAs ke tidak pegi tanya Haji Amjal atau Hj Sulaiman.

sepatutnya bila keputusan dibuat secara syura atau diputuskan dalam jawatankuasa pas ianya akan jadi keputusan parti.anggota wajib mengikut apa yang diputuskan oleh parti.realitinya TB hanyalah penulis blog sahaja.

Keputusan apa??? Mana ada benda ni masuk dlm mesyuarat. Malahan mesyuarat Syura pun tak masuk.

Tiba2 sapa yang menentang muqabalah dianggap sebagai anti ulama atau tidak wala' kepada ulama.

Anonymous said...

Kalau komen Majlis Syura je terus dicop erdogan. Kalau macam ni langsung tak boleh komen la, tutup mulut. TGNA boleh la dianggap geng erdogan la sebab kritik muzakarah?

Anonymous said...

Kalau nak tau saya PAs ke tidak pegi tanya Haji Amjal atau Hj Sulaiman

Kalau nak ikutkan begitu,pakcik belakang rumah akupun mengaku PAS.Bila sembang sama2 kawan sekampung,macam dia jugak PAS.Tapi bila jumpa JKK ummo dialah pemberi maklumat kepada umno apa program PAS buat kat kampung,siapa penyokong PAS tujuan xnak bagi bantuan.

TB,
Cara kita komunikasi,orang dah tau dimana kita sebenarnya.xpayah nak mengaku kita ni macamana,pendengar akan nilai siapa kita.

Anonymous said...

AKU PON PAS JUGAK.KALAU KO XCAYA,PERGI TANYA MAT PIAH KAT SEBELAH RUMAH KHIR TOYO TU.KEKEKE

Zul said...

Kelakar betul baca penulisan Man Talib ni. Tajuk macam baik jer tapi isi tetap menampakkan mahu memecahbelahkan PAS. Nampaknya geng IRC ni berjaya thabat dengan wala' dan juga pendirian mereka.

Tak habis2 dok canang isu muzakarah. Macam orang Yahudi jer.

Hentikanlah demi ISLAM.....

Tulang Besi said...

Nampaknya geng IRC ni berjaya thabat dengan wala' dan juga pendirian mereka.

Tak habis2 dok canang isu muzakarah. Macam orang Yahudi jer.


Zul, dah habis modal ke? silap orang la nak tuduh saya orang IRC.

Lepas tu sejak bila pulak Khalid Samad tu IRC? Bukan dia Suara Al Islam dulu ke yang lawan IRC?

Saya pulak bukan bekas Naib Presiden MISNA ke?

Zul ni pengikut Harun Taib/Ust Mat Zain yang dah habis modal tapi rata pegi jaja buat fitnah mcm ni.

Kalau dah buat silap ngaku je la.

Anonymous said...

(Kumpulan Erdogan ni apa? Erdogan ni yang maki Shimon Peres ari tu ke?

Penulis mewakili FRAKSI PAS dalam PAS.)

untuk maklumat, hingga hari ni, turki adalah sekutu paling rapat & israel (selepas usa) dlm hubungan tentera & pengkosian intelligent.

siapa yg lantik wakil fraksi pas dlm pas ..org baju petak merah kot.

Tulang Besi said...


untuk maklumat, hingga hari ni, turki adalah sekutu paling rapat & israel (selepas usa) dlm hubungan tentera & pengkosian intelligent.

siapa yg lantik wakil fraksi pas dlm pas ..org baju petak merah kot.


Untuk Makluman Turki sudah menjalin hubungan dengan Israel sejak sebelum Erdogan memerintah.

namun, hanya Erdogan yang berani maki shimon peres dan pemimpin Israel secara berdepan mcm tu.

Ertinya Erdogan adalah penjuang Islam sejati.

Kalau tidak jadi mcm Terenngganu dulu la. Gopoh punya gopoh, langsung kerajaan jatuh.

Tulang Besi said...

siapa yg lantik wakil fraksi pas dlm pas ..org baju petak merah kot.

Fraksi PAs ni mereka yang tak setuju PAS bekerjasama dengan UMNO.

Anonymous said...

TULANG BESI kata,
PAS berjaya menang Kuala Terengganu juga kerana UMNO salah pilih calon dan bantuan Anwar Ibrahim berkempen. Jentera PAS tempatan rata-rata memboikot kempen namun mereka tetap keluar mengundi. Ceramah Tuan Guru Haji Hadi tak ramai yang datang masa itu. Malahan, ceramah Raja Petra lagi ramai orang.


Faktor Annuar Ibrahim sahaja ke penyebab PAS menang k.trg? dimana perginya faktor kerjasama erat pendokong jemaah islam yang datang membantu calon pas dari pelusuk negara? mana perginya faktor calon pas berjaya memenangi hati rakyat k.trg?

Sudahlah TB,buat analisis kosong macam tu.saya percaya,jika PAS menang TB xakan memasukkan salah 1 faktor kemenangan itu disebabkan kebijaksanaan/ketokohan TGHH dalam soal pemilihan calon.AKAN Tetapi,jika PAS kalah saya pasti tajuk yang mula2 sekali terkeluar pada 18 Januari 2009 dalam blog ni, TGHH patut LETAK JAWATAN!

Cukuplah TB,janganlah TB asyik sangat mainkan isu ini bertujuan untuk mengadu domba pimpinan dan rakan2 seperjuangan ni.Binalah kesatuan yang teguh untuk menghancurkan musuh PAS yang sebenarnya. Musuh Pas bukanlah disini,tetapi UMNOlah yang sepatutnya peluru senapang dihalakan.

Tulang Besi said...


Sudahlah TB,buat analisis kosong macam tu.saya percaya,jika PAS menang TB xakan memasukkan salah 1 faktor kemenangan itu disebabkan kebijaksanaan/ketokohan TGHH dalam soal pemilihan calon.AKAN Tetapi,jika PAS kalah saya pasti tajuk yang mula2 sekali terkeluar pada 18 Januari 2009 dalam blog ni, TGHH patut LETAK JAWATAN!


Apa yang bijaknya dengan pemilihan Wahid Endut?

Sekiranya pemilihan Wahid Endut itu bijak nescaya majoriti cawangan PAS di Kuala Terengganu akan mencalonkan Wahid Endut?

Hakikatnya pemilihan Wahid Endut terpaksa silakukan sebab Tuan Guru tidak mempunyai kekuatan untuk mengenepikan Harun Taib dan Mustafa Ali yang jelas dengki dan khianat kepada Dr Syed Azman.

Apa yang saya tahu, kalau Dr Syed dipilih, majoriti kita mudah-mudah 6k.

Dan kita tak perlu kempen teruk2. Ceramah Tuan Guru juga tidak diboikot oleh penyokong tempatan.

Tulang Besi said...

PAda saya PAS bernasib baik menang PRK Kuala Terengganu

Anonymous said...

aku cadangkan Man Talib Presiden PAS seumur hidup.Hidup Man talib and hidup umno.

Anonymous said...

Belum sempat masalah dua bukit…Bukit Gantang dan Bukit Selambau selesai, tiba-tiba datang lagi satu Bukit…Bukit Lenjan buat hal.

Ada orang kata, ini bala yang datang…tapi bagi aku…ini satu ujian. Masa ni la nak tau, sapa kawan..sapa lawan. Sapa yang pandai cakap, sapa yang pandai buat.

Aku tak mau cakap pasai Umno…sebab tu dah memang lawan aku..dulu, kini dan selamanya. Cuma aku nak cakap tentang member-member dalam Pas dan PKR…sebab sebelum ni aku tak tau mana kawan dan mana lawan. Bila dah jadi macam ni, baru nampak belang.

Hari tu aku pi Bukit Gantang..tengok Muslimat Pas sebar risalah, kononya nak bagi penerangan kat orang kampung. Dan depa sebar risalah yang mengutuk Osman Jailu, siap dengan doa minta dilaknatkan Osman Jailu. dan bila orang kata, Osman Jailu ni orang Pakatan Rakyat…depa tak mau mengaku…YANG NI ORANG PKR. ORANG PAS TAK KAN BUAT MACAM NI.

Ni aku nak bagi tau! Kalau macam ni cara hangpa berkempen, aku pun tak mau tolong hangpa!.

Betui Osman Jailu tak boleh pakai. Betui Osman Jailu tak guna. Tapi hari tu pun aku dah kata…ini bukan masa nak salahkan PAS atau PKR. Ini bukan masa nak cerita PAS lebih baik, PKR tak guna! Ini bukan masa nak cerita ADUN PAS lebih bermoral, ADUN PKR tak dak moral. Kalau aku nak telanjangkan orang Pas pun aku boleh buat.

Hari tu, Idham Lim post satu artikel dalam blog dia, puji Nizar bagai nak rak. Tak pa la…tapi diakhir posting, dia hentam PKR. Pakai akai la sikit. Kalau ADUN pun buat kerja macam tu, yang bawah mesti ikut. Hangpa nak lawan dengan Umno atau nak cari gaduh dengan PKR?

Hari Ahad member-member PKR kat Kuala Kangsar pi sebar risalah penerangan, tiba-tiba kena cekup. Masa nak sebar risalah..ada yang cakap bukan main tinggi lagi…dia la pejuang reformasi. Tapi bila kena serbu, dia cabut dulu. Sorang Ahli majlis PKR dok sebok dengan meeting projek. Sorang lagi hilang tak nampak muka.

Masa mesyuarat, seolah-olah dia la yang hero kat Kuala Kangsar, habis duit ribu-ribu perjuangkan reformasi, tapi bila member kena cekup, dia buat tak tau. Kami yang dari Ipoh boleh turun tengok member yang kena cekup, tapi Ahli Majlis PKR yang pegang jawatan tinggi dalam parti, menyorok kat rumah. Apa salahnya pi tengok member yang kena tahan ni..dah makan ka belum, apa tindakan yang nak diambil…semua buat tak tau! Nak tolong jadi penjamin pun tak mau! tapi bila time nak ambil gambar, dia yang terhegeh-hegeh nak bergambar dengan member-member yang kena cekup. Pirrrah!

Hj. Osman pun serupa. Bila dapat tau member kena cekup, bukan dia nak aturkan peguam ka, nak tolong ka….sebaliknya perlecehkan pulak yang kena cekup. “Tu la…buat kerja kena hati-hati. Kena ada perancangan..blah-bla..”

Tak guna punya Ketua Perhubungan Negeri! Orang macam ni yang Anwar pi lantik jadi ketua pasai apa?

Malam tadi aku pi Manjung tengok ceramah Nizar. Dan selepas ni…Nizar akan turun kesetiap kawasan untuk memberi penerangan. Dan cara Nizar bagi ceramah memang kow! Tu pasai semua orang suka dia.

Tapi aku nak bagi tau kat Ustaz Zul dan Misbah, jangan ambil penceramah ikut suka saja. Pastikan penceramah tau apa yang nak dicakap…bukan membebel tak tentu pasai.

Aku cukup bengang bila ADUN Changkat Jong tu berucap. Masih mempersalahkan ADUN-ADUN yang melompat itu kerana tidak bermoral. dan orang Pas tak buat macam ni kerana mereka bermoral dan sudah ditarbiahkan. Hang nak aku bagi tau sapa ADUN PAS yang disebut oleh Datin Ummi sebagai salah seorang yang akan melompat? Hang nak aku cerita apa yang jadi kat Selangor? Hangpa tau pasai apa Raja Petra tulis kat blog dia macam ni?

In Selangor, Hassan Ali has been promised the post of Menteri Besar if he can convince enough of his people to join him in crossing over. This is of course further to the millions he and his gang are going to receive. So far he has only two from PAS and another two or so from PKR who have agreed to join him. So he will need a couple more to finalise the plan.

Rest assured it is all about power and money. Hassan Ali wanted to be the Menteri Besar of Selangor way back in 1999. The only problem is that in 1999 the opposition did not win Selangor. He still wants to be Menteri Besar. And if crossing over to Barisan Nasional with enough of his supporters to enable Barisan Nasional to form the new Selangor government is what it takes, then that is how he will do it as long as he can become Menteri Besar.

Hari tu aku dah tulis…sekarang bukan masa untuk menuding jari. Tapi kalau pemimpin Pas tak tau macam mana nak jaga anak buah depa, aku akan keluarkan perbualan Jamaludin dengan Mejar XXX.

Ni Bukit Lenjan pulak buat pasal. Belum apa-apa lagi, dah ada pemimpin PAS yang dah kutuk, suruh Eli letak jawatan. Hangpa dah tengok gambaq tu ka belum? Betui ka dia bogel? Betui ka dia tak bermoral?

Aku dah tengok…dan kalau gambar itu yang dihebohkan, yang tak bermoral ialah pemimpin Umno yang mengaku berugama Islam dan pemimpin Pas yang percaya dengan propaganda Umno itu sebagai orang yang paling tidak bermoral.

Aku tak tau kot-kot ada gambar lain, tapi kalau gambar sekeping itu yang dijadikan sandaran, aku rasa Eli tidak bersalah. Dan Eli tak sepatutnya meletak jawatan.

Tetapi kalau dia nak letak jawatan diatas kerelaan beliau sendiri, pun aku setuju kerana dia akan mencipta satu standard yang tinggi untuk ikuti. Kalau gambar yang diambil tanpa disedari, menyebabkan seorang itu dicop sebagai tidak bermoral, aku lebih malu dengan pemimpin Umno yang merogol, berkhalwat,merampas bini orang, malah melarikan anak raja. tapi kita semua diam.

Dan bukan pemimpin Umno saja…pemimpin PKR dan Pas pun kena ingat. Kalau Eli resign, she is setting a very high moral standard which would be very difficult for any politician in Malaysia to conform, be it Pas, PKR or Umno.

I know Elizabeth Wong personally, though she may not know who is matsamankati. And I’ll always stand by her side ‘cos I believe she has done nothing wrong. Dan kalau ada pemimpin Pakatan Rakyat yang berkata dia patut letak jawatan kerana tidak bermoral…aku akan gunakan standard ini untuk menilai hangpa.

Fikir sebelum cakap. Dan kalau pilihanraya kecil diadakan serentak diantara Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan….aku akan pergi ke Bukit Lanjan….

Jangan depa tarik aku pi Bukit Aman dah la

Anonymous said...

Raja Petra Kamarudin

Dr Shad Faruqi (read his article below) gives his opinion on what many now perceive as a Constitutional Crisis in Perak. Call it a constitutional crisis or a political crisis if you want, but Perak is not the only state that is going to fall to Barisan Nasional. Kedah and Selangor may be next on the cards.

Five Pakatan Rakyat State Assemblypersons from Kedah have already met the higher echelons of Umno and have given their undertaking to cross over en bloc once the numbers enable Barisan Nasional to form the new government in Kedah. RM100 million has been allocated to the Kedah exercise and those crossing over are going to be well rewarded.

In Selangor, Hassan Ali has been promised the post of Menteri Besar if he can convince enough of his people to join him in crossing over. This is of course further to the millions he and his gang are going to receive. So far he has only two from PAS and another two or so from PKR who have agreed to join him. So he will need a couple more to finalise the plan.

Rest assured it is all about power and money. Hassan Ali wanted to be the Menteri Besar of Selangor way back in 1999. The only problem is that in 1999 the opposition did not win Selangor. He still wants to be Menteri Besar. And if crossing over to Barisan Nasional with enough of his supporters to enable Barisan Nasional to form the new Selangor government is what it takes, then that is how he will do it as long as he can become Menteri Besar.

Even Hee Yit Fong, the State Assemblywoman who had been with DAP for 20 years, crossed over for money. She has thus far received RM15 million from Vincent Tan of Berjaya fame. She will probably be paid another RM10 million once the dust settles. It seems she needed the money to bail out her husband who was heavily in debt. This was the same situation with Lee Lam Thye who was forced to leave DAP so that he could bail out his wife from her gambling debts. Barisan Nasional, of course, helped settle all his wife’s debts once he ‘abandoned his cause’ and turned pro-establishment.

When we told Pakatan Rakyat that Perak was going to fall, they replied they have things under control. Now we are telling them that Kedah and Selangor too are in a precarious situation and they had better do something about it. Please don’t tell us you have everything under control and then, a few weeks down the road, we see these two states go the way of Perak.

Anyway, while Pakatan Rakyat figures out how to defend Kedah and Selangor from the RM200 million onslaught by Barisan Nasional, read Dr Shad Faruqi’s take on the Perak crisis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.