Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, February 20, 2009

MUFTI WILAYAH BUAT HADIS PALSU ???

MUFTI WILAYAH BUAT HADIS PALSU ???

NOTA: Saya mendapat satu artikel yang sangat baik berkenaan dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan yang terbaru. Saya rasa penyokong2 UMNO sudah melampau tersangat-sangat.

Harussani telah memecah-belahkan PAS dan tindakan beliau telah mewujudkan fraksi UMNO dalam PAS.

Sekarang Mufti Wilayah pula sanggup memalsukan Hadeeth Baginda SAW untuk menyokong UMNO.

Memanglah UMNO ni, agama pun diorang sanggup jual untuk kepentingan duniawi mereka.

Hina puak2 UMNO sangat-sangat.

Terima kasih ke atas AL Bakistani di atas analisa ilmiyyah dibawah. Semoga Allah SWT merahmati anda di dalam usaha anda memerangi pemalsu hadeeth.

(Mula)

Menurut akhbar mStar[1];

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

KOMEN:

Wahai Datuk Mufti!!!

Nak tanya sikit. Ayat Al-Quran dan Hadis mana yang mengatakan menderhaka kepada pemerintah adalah dosa besar?

Wahai Datuk Mufti !!!

Jika wujud Ayat Al-Quran dan Sunnah, apakah tepat tafsiran nas-nas itu dengan keadaan di perak????

Wahai Datuk Mufti !!!

Kalau hadis itu wujud, tolong datangkan perawi hadis, dan dari sumber mana???

Wahai Datuk Mufti !!!

Tahukah kamu tentang dosa memalsukan hadis nabi SAW????

Tak tahu?? tak mengapa, disini di nukilkan Sabda Nabi SAW;

وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang melakukan dusta terhadap aku, maka dia telah menempah satu tempat dalam neraka Allah”

(Sahih Al-Bukhari : 107)

Kamu kena ingat wahai Datuk Mufti !!!

Meriwayatkan hadis Doif tanpa menyatakan tentang kedoifan hadis pun sudah dikira sebagai dosa, inikan pula memalsukan hadis nabi.

Yang pastinya, memalsukan hadis Nabi SAW adalah dosa besar.

Wahai Datuk Mufti !!

Kalau benar hadis yang kamu katakan itu adalah hadis, apakah kamu perhatikan matan hadis yang kamu nukilkan itu.

Bukankah ia menyebut, berarak ke arah sultan dengan tujuan merendahkannya??? Bermakna, Kalau rakyat berarak ke arah sultan dengan tujuan membetulkan kesilapan Sultan, apakah itu bermaksud merendahkan Sultan juga????

Mungkin Datuk Mufti ingin menyebut hadis ini barangkala;

السلطان ظل الله في الأرض فمن أكرمه أكرمه الله و من أهانه أهانه الله

Maksudnya;
”Sultan adalah bayang-bayang Allah di bumi, barangsiapa yang memuliakannya, nescaya Allah muliakannya. Barangsiapa yang menghinanya, nescaya Allah menghinanya[2]”

Cuba kita banding dengan hadis Datuk Mufti pula;

"Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

Rasanya, tak sama antara kedua-dua hadis ini. kerana, hadis yang sebenarnya tidak disebut satu pun kalimah ”berarak ke arah sultan”, juga tidak disebut ”mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari kiamat”

Kalau Datuk Mufti ingin mengatakan ada kalimah ”hari akhirat”, mungkin Datuk Mufti merujuk kepada hadis berikut;

من أكرم سلطان الله تبارك وتعالى في الدنيا أكرمه الله يوم القيامة ومن أهان سلطان الله عزوجل في الدنيا أهانه الله يوم القيامة

Maksudnya;
”Barangsiapa yang memuliakan SULTAN ALLAH di dunia, pasti Allah muliakannya pada hari kiamat. Barangsiapa yang hina SULTAN ALLAH di dunia, pasti Allah akan menghinanya pada hari Kiamat[3]”

Persoalannya, hadis ini menyebut ”Pada hari kiamat”, bukannya ”sebelum hari kiamat”. Datuk Mufti boleh beza tak, antara sebelum kiamat dan semasa kiamat. Rasanya, dua keadaan dan masa yang berbeza.

Mungkin Datuk Mufti maksudnya hadis ini pula;

من أهان سلطان الله في الأرض أهانه الله في الأرض

Maksudnya;
”Barangsiapa yang menghina SULTAN ALLAH di dunia, pasti Allah akan hinanya di bumi”

Yang pastinya, hadis ini memaksudkan menghina sultan, bukan menyebut tentang berarak ke arah sultan.

Kalau menghina dijadikan hujjah, tidak semestinya dengan berarak sudah dikira sebagai menghina, bahkan kadangkala berarak ke arah sultan itu dikira sebagai kemuliaan bagi sultan.

Misalnya, jika semasa rakyat berarak membantah tindakan Sultan perak menabalkan Menteri Besar Haram di perak, lalu sultan perak terus mengakui kesilapannya sendiri, pasti pada masa itu, Sultan perak akan dipuji oleh rakyat, dan pasti jasanya akan dikenang sampai bila-bila. Bukankah ini sudah dikira sebagai kemuliaan bagi sultan???

Diminta Datuk Mufti jawab soalan-soalan ini. Kalau ini tidak boleh dijawab oleh Datuk Mufti, dicadangkan Datuk Mufti letak jawatan. sebab, kehadiran kamu dengan jawatan mufti sebenarnya menyesatkan orang ramai.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
20 Febuari 2009 * 8:53 pagi


[1] http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/19/mstar_berita/20090219193754&sec=mstar_berita

[2] Sahih Wa Doif Al-Jami’ As-Soghir : 7093.
[3] Majma’ Az-Zawaid : 5/215.

39 comments:

Anonymous said...

kahkahkah..semua nak selamatkan sultan..siapa pun tak nak defen rakyat,wakil rakyats spt eli dan arumugam..

Anonymous said...

UMNO ada duit, maka meraka-lah Tuhan kepada orang yang menyembah $$$! Mufti-mufti dan imam-imam yang di-lantik and di-sokong UMNO pun tau siapa yang bayar gaji. Sama dengan Hakim-hakim negara, sama dengan SUK-SUK negeri. Maka yang bayar gaji itulah Tuhan mereka.

Jadi ikut-lah mereka semua ke jalan Neraka ala-UMNO.

Wasallam,
donplayplay

amoker said...

Islam digunakan untuk melinduingi sultan?

Anonymous said...

TB,

Awak yg lebih layak menjadi Mufti daripada dia.

Anonymous said...

Tak taulah nak ikut siapa sekarang ni. Ikut UMNO masuk neraka, ikut PAS masuk neraka juga. Pembohong besar ramai dalam PAS. Kalau sokong DAP cam mana, kira jihad ke? Mungkin boleh ambil Lim Kit Siang atau Karpal jadi Mufti sebab dia orang ni berkecuali.Boleh ke donpelirpelir?

Wak

Tulang Besi said...

Wak,

Ikut PAS lah Wak.

UMNO tu apa beza dengan DAP. Dua2 tolak hudud.

Anonymous said...

Penasihat undang2 UMNO kata Sultan ada kuasa mutlak! Tak bole melawan nanti derhaka. Aku rasa Allah je yang ada kuasa mutlak. Ini ke yang Islam yang diajar kat budak2 sekolah skrang? ke diorang ni dah murtad dah buat agama baru?

Kane

Anonymous said...

Jika sultan buat keputusan selari dengan umno... "Jangan derhaka kpd sultan".jika bertentangan dgn umno..."Raja jangan campur tangan dalam politik"...

Anonymous said...

jom pakat2 hantar email bagi dia..biar dia sedar sikit ingat semua orang leh diperbodohkan ker?
wanzahidi@muftiwp.gov.my

dmhu said...

Salam

Datuk mufti wilayah ni nak bagi nasihat kepada semua - pas , pkr dan termasuk juga suku sakat umno yang berlebih lebih menghina raja-raja selama ni. Cuma nak bagi nasihat secara direct datuk mufti takut. Jadi marah anak sindir menantu le. sebab tu le ulama tersohor zaman lampau tak nak makan gaji.

Anonymous said...

TUAN2 MARIRAH KITA KEMPEN SUPAYA BADAN MUFTI BEBAS.BIARLAH GAJI MERAKA DI BAYAR OLEH INSTITUSI WAKAF ATAU APA2 SUMBER YANG BEBAS.

maun said...

Ini mufti atau menyamar jadi mufti. Apa nak jadi mufti sekarang ni, rupenya Tuhannya duit. Ahli politik tak boleh percaya, Sultan tak boleh harap, mufti memalsukan hadis. Apa le bala Malaysia ni.

sfso@pulaijb said...

ASAL TAK SOKONG PAS JE KENA KUTUK,KENA HENTAM,KENA CACI,KENA MAKI..PAS BUKAN PARTI ISLAM PUN.TENGOK GELAGAT PEMIMPIN DAN PENYOKONG PUN AKU NAIK MUAL.hARAP KOPIAH LIMA RINGGIT TU KONON BOLEH MASUK SYURGA..NENEK KAU AJAR..

Langsung takda rasa hormat sikit w'pun kepada ulamak dan mufti.Inikah ciri2 parti ISLAM??Menghentam ulamak dan mufti sesuka hati jika tida menyokong PAS.Kalau PAS dah bodoh macam sekarang,takkanlah ulamak dan mufti nak sokong jugak.Otak letak kat lututlah macam Tulang lembik jugak.

Lepas tu hanya kerana mengkritik PAS,seorang Ahli Parlimen Bebas dari Kelantan disuruh letak jawatan.Yang patot letak jawatan TOK GURU KORANG TU..Masuk opis pun 2 jam sehari.Apa kerja yangoleh siap dalam 2 jam ha?

Patotlah Kelantan sampai hari ni tak maju-maju.Rakyat bersepah kat negeri2 lain.Ahaks

PAS sudah menjadi bahan lawak tidak seperti PAS yang ku kenali dan sokong dulu..Alahai PAS

Anonymous said...

hahah mufti pun nak pakai duit gok, bro kan dr dulu agi lepas nabi wafat jer, muncul umaiyah dll ulamak yang mereka hadis dsbnya,, benda bukan baru bro, se lagi raja..hahahha raja tu saper, maksum ker, kalau kata2 nabi dia leh reka, ke raja dia takut plok, nampok ngat takut ke raja dr nabi,,, dunia akhir zaman broo, pitih adalah segalanya

sfso@pulaijb said...

INI JE KE KOMEN YANG TERBAIK DARI PENYOKONG PAS..

MU SEKOLAH SAMPAI DARJAH BERAPA BE..MUFTI NAK PAKAI DUIT GOK??PEMIMPIN2 PAS PULOK TAK NAK PAKAI DUIT KE?TU LAH PASAL SANGGUP BARING TENGAH JALAN MCM NATANG SEBAB KUASA DAH ILANG..BILA ILANG KUASA ILANGLAH DUIT..

ATAUPUN DUIT TURUN DARI LANGIT TAKPUN PAS BODOH NI ADA SERULING HIKMAT KAT RUMAH TOK GURU 2 JAM SEHARI BOLEH MINTAK DUIT DENGAN MENIUPNYA..

BUDUH,BUDUH..G MAKAN BUDU LAH BE..BACALAH KOMEN BUDUH INI

"hahah mufti pun nak pakai duit gok, bro kan dr dulu agi lepas nabi wafat jer, muncul umaiyah dll ulamak yang mereka hadis dsbnya,, benda bukan baru bro, se lagi raja..hahahha raja tu saper, maksum ker, kalau kata2 nabi dia leh reka, ke raja dia takut plok, nampok ngat takut ke raja dr nabi,,, dunia akhir zaman broo, pitih adalah segalanya"

February 21, 2009 8:24 PM

Anonymous said...

heheehe

ni la Mufti yang masa kes sesumpah Saiful tu kata sumpah dia tu sah..apa la ngok sangat pencacai2 umno ni. elok le pi jilat buntut Najib tu sampai kering gusi ...

Anonymous said...

sultan perak murtad?

http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/sultan-perak-murtad.html

Anonymous said...

Tahap keimanan pemerentah dah nipis. Selepas Nabi Muhammad (SAW) wafat, keimanan memenrentah mula menipis dari Qalifa, ke Sultan, keRaja, ke President, kePedana Mentri, turun menurun dan seterusnya. Jaraknya dari Baginda kita Nabi Muhammad (SAW) kesekarang sangan sangat jauh rendah.
YA ALLAH selamatkanlah kami yang lemah ini dari menjadi munafiq. Amin !

Anonymous said...

Inilah pendukung agama kepada kerajaan peninggalan penjajah United Mamak National Organisation, kerajaan Mahathir dan Dr Zamry Pedukang Wak luuu.

sfso@pulaijb said...

PAS JANGANLAH NAK GUNAKAN HADIS DAN NABI MAHUPUN ALLAH SWT UNTUK MEMESONGKAN AKIDAH ORANG ISLAM DI MALAYSIA NI..

TIADA SIAPAPAUN DI DUNIA INI YANG BOLEH MENGHUKUMI SESAMA MANUSIA TERUTAMANYA SESAMA AGAMA TENTANG SIAPA YANG KAFIR,SIAPA YANG BENAR,SIAPA YANG MASUK SYURGA DAN SIAPA YANG MAKSUM..

Jangan berlindung dan menggunakan agama ISLAM yang suci hanya untuk mencapai cita2 politik anda sekalian..

PAS sudah menjadi hina dan tidak relevan lagi.Perjuangan sudah jauh tersasar dan cepatlah bertaubat selagi masih ada nafas yang diberikan oleh Allah swt..

Anonymous said...

Aku taknak membenci golongan yang dikatakan sebagai ulama', cuma amat tak suka jika ada di kalangan mereka yg hanya 'ular dalam semak' (ulamaa'ussuu'). Sepatutnya dlm perihal politik, eloklah Mufti2 jadi golongan2 yang berkecuali, usah dikomen secara terang-terangan isu politik kerana akan jadi tohmah & timbul pelbagai salah-tanggapan. Berkenaan Mufti ni, aku tak berapa berkenan bila dia banyak masuk campur bab2 politik ni. Sebelum ni dia jugak yang pandai2 panggil press masa isu kes liwat DSAI aritu, seolah-olah membenarkan tindakan sumpah si Saiful Bukhari yg sememangnya dibuat dengan motif tertentu. Sekarang, atas nama parti kesayangannya sekali lagi beliau masuk campur dgn memberi hadith yg tidak tepat, tapi kalau sengaja bagi hadis mawdhu' tu...mau tau la...

Anonymous said...

Apapun sebenarnya pemimpin2 UMNO yang sepatutnya bertaubat berbanding pemimpin PAS. Semua Muslim yg melakukan kesalahan kena bertaubat, termasuk mana-mana pemimpin PAS. Cuma jika dibandingkan antara pemimpin2 UMNO & pemimpin2 PAS, rasanya secara jelas pemimpin PAS adalah lebih baik SAHSIAHnya...juga AKIDAHnya. Ada yg sengaja membangkit isu kononnya PAS cuma berselindung di sebalik nama ISLAM untuk memancing sokongan rakyat beragama Islam, namun jelas ianya lebih baik dari pemimpin2 UMNO yg TIDAK PERNAH sama sekali mengamalkan AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR. Setakat dilihat bersolat Jumaat di masjid belum cukup (Sultan Perak entah kat mana solat Jumaat, tak pernah nampak kat mana2 masjid kat Perak pun time solat Jumaat)...apatah lagi jika dibandingkan dengan penyelewengan & rasuah (termasuk politik wang), maksiat dll.

mariah said...

Assalamualaikum, wahai pembaca sekalian, saya taklah pandai komen sangat, tapi saya orang sejarah, taulah serba sedikit pasal sejarah kdudukan sultan dalam islam, setau saya tiada perkataan sultan yang merujuk kepada raja dalam al-quran, malah jika dikaji sejarahnya, zaman gelaran sultan hanya digunakan semasa zaman uthmaniyah (ottoman kata orang putih), dan beberapa lagi khalifah pada zaman mamluk, masalahnya sultan-sultan yang dimaksudkan di atas adalah bekerja bersama-sama rakyat yang bertindak sebagai pemerintah bukan boneka pihak tertentu, memang ada yang zalim, tapi tu kes terpencil, hakikatnya sultan dulu adalah ketua negara, ketua agama dan ketua perang. tapi sultan kita duduk goyang kaki tetapi segala kos sara hidupnya ditanggung oleh rakyat yang tidak wujud dalam sejarah Islam sebelum ini. Bukan itu sahaja kaum kerabatnya juga dapat elaun. Kita tak kisah selama ni, sebab mereka tak kacau kita, tapi bila jadi kes begini barulah kita tercari-cari siapa sultan, apa peranannya? Dalam perlembagaan, sultan hanya berkuasa dalam hal agama dan istiadat melayu, kuasa eksekutif di tangan pm dan dewan, di negeri mb dan dewan, sultan tukang perkenan atau tidak, tu pun bukan salah kita, sebab mereka sendiri yang menyain borang sanggup terima undang2 Inggeris dulu, rakyat tak paksa, mereka yang setuju untuk tidak campur tangan dalam pentadbiran negara, rakyat tak paksa, tapi kini lain pulak ceritanya. Orang Melayu terlalu takut dengan diri sendiri, berharap mereka boleh bergantung kepada institusi raja, sampai ke tahap institusi raja jadi alat mainan politik pihak-pihak tertentu, masa UMNO derhaka kat raja Kelantan, Johor dan Terengganu ari tu, takdepun mufti nak keluar fatwa pasal derhaka pada raja (untuk maklumat lanjut cuba baca harakah minggu ni).
Tak tahu apa nak jadi dengan orang melayu sekarang ni. Kita tengoklah jawapannya pada pilihan raya dua (mungkin tiga) bukit ni. Itulah jawapan rakyat kalau pilihan raya tu telus, wallahuaklam

Tulang Besi said...

Blogger sfso@pulaijb said...

PAS JANGANLAH NAK GUNAKAN HADIS DAN NABI MAHUPUN ALLAH SWT UNTUK MEMESONGKAN AKIDAH ORANG ISLAM DI MALAYSIA NI..

TIADA SIAPAPAUN DI DUNIA INI YANG BOLEH MENGHUKUMI SESAMA MANUSIA TERUTAMANYA SESAMA AGAMA TENTANG SIAPA YANG KAFIR,SIAPA YANG BENAR,SIAPA YANG MASUK SYURGA DAN SIAPA YANG MAKSUM..


Weii sfso,

Kao paham tak tulisan Al Bakistani tu?

siap ustaz tu naqal dari kitab Jami' As Saghir lagi.

Kau nak kata apa lagi?

Kalau dah UMNO tu, Hadeeth pun korang sanggup palsukan

Anonymous said...

Bila UMNO hangit ni...apa saja UMNO buat betul belaka, dah jadi sindrom 'yes boss' dah. Saya secara peribadi bersetuju dgn sistem ketuanan Melayu kerana jika diamati, ianya ada baiknya & ada faedah kepada seluruh orang Melayu...tapi itu semua dulu2. Kini, situasi telah jauh berubah di mana kuasa Sultan hanya terhad kepada beberapa perkara sahaja. Pada hakikatnya, pada zaman Dr. M, beliau telah mengikis kuasa & immuniti raja2 Melayu secara perlahan-lahan, termasuk meminda perlembagaan dlm hal berkaitan kuasa & immuniti raja2 sehingga menyebabkan sultan/raja2 melayu hanya gah pada nama tapi tidak pada kuasa. Jika dilihat di dlm perlembagaan, betapa kita sepatutnya sedar bahawa raja2 Melayu hanyalah satu konsep yg tidak lebih dari keraian. Baru2 ni, Melayu UMNO heboh tentang 'derhaka' DS Nizar, kemudian isu 'kurang ajar' karpal. Namun betapa mereka telah terlupa bahawa ini adalah tahun 2009, bukan tahun 1982 ke bawah di mana kuasa raja2 telah dikikis dlm pindaan UMNO pada tahun 1983, yg membolehkan raja diambil tindakan mahkamah. Kekebalan sultan dlm hal ini telah dihapuskan ketika itu, jadi kenapa pada tahun 2009 ini baru nak bising2, apatah lagi bilamana menyentuh perihal parti selain UMNO/BN; iaitu PAS & PKR. Tiada yg bising2 bila TYT N.Sembilan Almarhum Tuanku Jaafar disaman bank standard chartered. Tiada yg bising2 bila pemimpin2 UMNO spt Shahidan Kasim sengaja ingkar terhadap Raja Perlis & Tajol Rosli terhadap Raja Terengganu. Semua berpunca kerana mereka ini ahli UMNO...jadi tidak timbul isu derhaka. Melayu sesungguhnya mudah lupa..

sfso@pulaijb said...

Testing

Life Insurance said...

To Anonymous

Anonymous ni macam terer aje cuba jawab soalan saya ini

1) Apa hukum nik aziz kata UMNO tu musuh pas tapi Haji Hadi peluk Lim kit
siang?
2) Kau kata Sultan Perak sokong UMNO bila Baginda lantik Datuk Zamri sebagai
MB perak, tapi bila usul BN di tolak oleh Raja 2 Melayu bagi menghalang
perkataan Islam di gunakan pada parti pas kenapa kau tak kata apa2.
3) Masa dap tuntut jawatan MB Perak ,Sultan tolak dan lantik orang pas jadi mb kenapa kau tak manjalar atas jalan.raya masa tu….kau kata lah Sultan buat silap kerana dap ada lebih kerusi dun di perak.
4) Apa hukum orang islam berkongsi kuasa dengan orang kafir separti yg di amalkan oleh UMNO sekarang .Namun PAS pernah mengkafirkan orang Islam UMNO yang berbuat demikian. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat keputusan "Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram". (Lihat kertas putih kerajaan Malaysia 8 November 1984).Jadi orang pas kat perak Kedah dan Selangor tu dah kafir lah tu ..kana rendam dalam air ,lepas tu sunatkan sekali lagi..saya rasa hang pun patut join sekali.

Anonymous said...

Posting di atas ni ditujukan kepada anonymous yang mana? Sebab kebanyakan anonymous belaka...

Life Insurance said...

ANONYMOUS YANG ANTI UMNO /KERAJAAN MALAYSIA....ADALAH LEBIH BAIK KALAU YANG DARI PAS

Anonymous said...

Ermm...aku mewakili Anonymous cuba menjawab soalan-soalan Life Insurance di atas:-

1.) Ok jer, sbb yg musuh tu UMNO, bukan Lim Kit Siang. Sama ada TG Haji Hadi nak peluk Lim Kit Siang ke, Lim Kit Malam ke, Lim Ah Lek ke..ok jer, tak timbul isu melainkan kalau TG Haji Hadi peluk UMNO.. (sarcacm)
2.) Ko nak aku kata apa? Lagipun Raja2 Melayu bukan Sultan Perak sorang jer, jadi dia sorang tak cukup suara majoriti.
3.) Eh, time tu aku ada menjalar atas jalan raya apa...cuma tak masuk paper je. Sultan memang banyak buat silap, bukan bab tu jer...berlambak2. Sulan Perak sembahyang Jumaat pun tak pegi...
4.) Hukum dia tanya Dr. Yusof Qardhawi. Perbuatan mengkafirkan orang Islam adalah salah, tak kira ianya dari PAS atau UMNO. Orang PAS kat Perak & Kedah tak kafir, malah lebih teguh imannya dari pemimpin2 UMNO yg tau rasuah jer, maksiat tu takyah cakapla.. Yang kafir di Kedah & Perak ialah mereka yg menganut selain dari agama Islam, as simple as that. Berkenaan kena sunatkan sekali lagi tu, sekali saja dah cukup..tapi rendam dlm air tu macam best jer.. Kat swimming pool boley ke?

Anonymous said...

aku rase tok guru korg tu dh sesat la..agame tok guru kot..dier tu suke bg kenyataan yg ntah pape pasal islam mcm ni ha:Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram..lg kalau sokong bn/umno : haram. tp kalau sokong pr/pas : halal..
korg ni ape org bn buat sume salah tp ape tok guru korg dan pas/pr buat sume btol dan halal2 belake..

pasal mufti ni aku xnk komen la sbb xtau la pulok betol ke x kenyataan nih..ntah2 tipu kot..org pas ni pandai menipu nmpk je pergi surau,masjid tp sbnonye jahat,ati busuk..patut la idup xpenah nk senang..

Anonymous said...

haa ade pulok tu buat ceramah kat masjid,surau pastu cerite yg buruk2 pasal org lain..pelik kan?rase nye berdose tu..tp xtau la kan saye ni bukan alim sgt kalau nk tahu dan nk yg tepat lg halal kene tanye tok guru dulu..

Life Insurance said...

Soalan sya tu (28/2/09) biar lah orang yang pro jawab ...bebudak main jauh jauh

Anonymous said...

Soalan bodoh camtu tak perlu jawab serius..takde pekdahnya. UMNO hangit ko ni Life Insurance. Bawak2 muhasabah etika pemimpin2 UMNO ko tu.

anaklangkawi said...

ramai yg kata Mufti Wilayah buat hadis Palsu.. nauzubillah ..

utk elakkan kekeliruan..
sila rujuk web dibawah yg menyatakan kewajipan mentaati pemimpin..

wallahwaqlam
http://agendaselangor.com/v1/?p=106

bolehla kiranya saudara saudari rujuk kpd guru agama masing2..

anaklangkawi said...

Ops silap post ..

http://www.scribd.com/doc/5247245/Hukum-Memberontak-Kepada-Penguasa-Muslim-Menurut-Akidah-Ahlus-Sunnah-Wal-Jamaah

Anonymous said...

Saya setuju ngan Life Insurance, Itu bukan soalan bodoh, tapi orang BODOH yang tak boleh nak jawab soalan tu.. Janggut,Kopian & Serban orang PAS tu adalah pakaian orang Yahudi, Amal dan perangainya pon hampir sama. tak caya boleh cek. Bila nak duit buat ceramah, terpekik terlolong & maki hamun dlm Masjid & Surau,itu lah Islam diaorg, lepas tu kutip derma. Masyooook.. gitu lah orang PAS, guna ceramah di surau untuk cari duit, sedar tak sedar dia orang ni dah memecah belahkan umat, itu lah matlamat & agenda YAHUDI yg telah dijayakan oleh PAS.

Anonymous said...

Apa itu PAS?....
PAS adalah = PARTI AJARAN SESAT,
PAS adalah = PARTI AJARAN SONGSANG,
PAS adalah = PARTI AJARAN SYAI***,

Anonymous said...

aku rse ko da mlampau r admin,,asl ko nk kte UMNO parti yahudi lak?? ap perfect sgt ke parti "PAS" ko tu? klo btol 100% pjuangkn islam asl sngop murtadkn ssme islam sndri?? asl sngop mghkum org i2 kfir ini kfir,...pndi pkir lah admin,..,jgn jd bangang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.