Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, March 14, 2009

PAS Selangor Hendak Menangguk Di Air Keroh?

Nampaknya PAS Selangor sudah macam menangguk di air keruh. Terutamanya dalam kenyataan terbaru mereka berkaitan dengan tuduhan rasuah terhadap tuduhan rasuah terhadap MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan kes Elizabeth Wong.

Saya berasa hairan campur ajaib. Mengapa PAS Selangor harus mengeluarkan kenyataan umum dalam isu ini? Tidakkah PAS Selangor berpeluang untuk menyatakan segala khuatir dan ragu mereka melalui mesyuarat Pakatan Rakyat Selangor? Tidakkah mereka tidak mampu untuk membuat perjumpaan dengan MB Selangor sendiri?

Kenyataan-kenyataan media ini jelas menampakkan bahawa PAS Selangor mahu beroperasi sebagai entity sendiri dan tidak menampakkan diri mereka sebagai sebahagian dari Pakatan Rakyat.

Saya hairan, takda pulak DAP Selangor mengeluarkan kenyataan umum dalam isu ini? Mengapa hanya PAS Selangor yang berbuat demikian?

Dalam isu Elizabeth Wong, kenyataan PAS Selangor jelas memalukan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat kerana ianya seolah-olah berkata bahawa Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat menyokong seorang pemimpin yang perlu disiasat samada beliau bermoral atau tidak.

Kenyataan Dibuat Oleh Dewan Harian Selangor dan bukannya Dari Perhubungan Selangor

Kenyataan tersebut semuanya dibuat diluar pengetahuan YDP2 dan Ahli-ahli Perhubungan PAS Selangor. Ianya hanya dikarang di kalangan ahli-ahli Dewan HArian PAS Selangor sahaja.

Dan kita tahu bahawa Dewan Harian PAS Selangor telah pun dibersihkan dari elemen-elemen yang pro kepada Pakatan Rakyat. Semua yang duduk dalam DEwan Harian tersebut samada anti Pakatan Rakyat ataupun tak berani melawan.

Apa yang akan berlaku adalah:

a. TS Khalid akan di dakwa di mahkamah,
b. Sultan Selangor akan menyuruh TS Khalid bercuti.
c. Di kala itu KeAdilan akan menamakan calon MB yang baru
d. Sultan pula akan menolak calon baru tersebut dan akan menamakan wakil dari PAS
e. Seluruh Pakatan Rakyat akan menolak arahan Baginda kerana ianya akan berlawanan dengan ketetapan yang telah lama dilakukan oleh PAS-PKR
f. Di saat itu, Kerajaan Pusat akan mengisytiharkan MAGERAN dan akan mentadbir Selangor dari Pusat

Kalau pun Pakatan Rakyat bersetuju melantik Dato Hasan sebagai MB, bayangkan apa yang Dato’ Hasan boleh buat dengan hanya lapan kerusi.

Dato Hasan akan menjadi Menteri Besar boneka. Segala kebobrokan kerajaan UMNO yang lalu tidak akan dapat dibetulkan. Islam juga tidak akan dapat dimartabatkan.

Kiranya ada salah laku dari Istana atau dari mana-mana pihak tentulah Dato Hasan tidak mampu mengatasinya kerana terhutang budi dengan Tuanku.

Segala tindak-tanduk PAS Selangor ini hanya akan merugikan PAS, memburukkan imej dan nama PAS serta mengkhianati perjuangan Islam itu sendiri.

Dalam Sejarah, PAS Tidak Pernah Khianat

Mengikut sejarah, PAS tidak pernah khianat kepada sesiapa sahaja, hatta orang bukan Islam. Di Kelantan, Dato’ Asri pernah memberi biasiswa kepada Ng Yen Yen.

Di Terengganu pada tahu 1962, PAS telah dikhianati oleh ADUN PAS sendiri bersama dengan Parti Negara. Talib Selamat, sebagai Speaker, telah membenarkan usul undi tidak percaya yang telah membawa kepada kejatuhan MB PAS, Allayarham Daud Samad.

Di Kelantan, PAS telah dikhianati Istana dan juga rakan dalam Barisan Nasional yang telah membawa kepada tercampaknya PAS dari BN.

S46 dahulu pun telah mengkhianati PAS. Saya masih ingat betapa marahnya/malunya Tengku Razaleigh Hamzah apabila Ustaz Hassan Shukri telah menghantar jemputan ke Muktamar PAS secara pribadi di kala S46 di ambang memasuki UMNO.

Sepanjang sejarah PAS, kita tidak pernah mengkhianati mana-mana pihak dan tidak pernah menzalimi mana-mana pihak. Oleh kerana itu, imej PAS adalah bersih dan dipercayai ramai. Hasilnya, dakwah PAS menjadi harum dan diterima ramai.

Imej PAS menjadi sinonim dengan ISLAM di Malaysia kerana PAS telah menampakkan akhlak Islam yang sungguh mulia.

NAMUN, kiranya PAS Selangor meneruskan projek pengkhianatan ini, maka imej PAS yang melambangkan Islam ini akan HILANG dan PAS sudah tidak sinonim lagi dengan Islam selepas ini.

Roslan SMS Ada Dalam Dewan Harian Selangor dan Penasihat Presiden PAS

Perancangan pengkhianatan ini dimudahkan lagi dengan peranan Roslan SMS yang menjadi penasihat Presiden PAS. Idea kerajaan perpaduan PAS-UMNO ni memang idea Roslan SMS sejak dari mula lagi. Idea dia dengan sorang businessman nama Suwardi. Bukan dia yang berusaha memenangkan PAS di Selangor.

Jadi, saya expect Roslan ni akan menggunakan pengaruh beliau 100% untuk memastikan Dato Hasan Ali naik sebagai MB dengan apa cara sekalipun. Tidak kira samada cara itu memburukkan PAS atau tidak.

Saya rasa, Roslan SMS tidak akan berhenti sehingga Pakatan Rakyat musnah kerana kenaikkan Hasan Ali ini akan memulakan langkah ke arah perpecahan Pakatan Rakyat semuanya.

Saya amat berharap kiranya PAS Selangor dapat menghentikan sandiwara serta tindakan tidak berakhlak ini secepat mungkin.

Tulang Besi

ps rujuk juga "Bau busuk dari Selangor"


48 comments:

Anonymous said...

sbg ahli pas, saya amat mual dgn 'kebodohan' pas selangor ni... mana diletaknya Islam yang mendasari parti? sudah tiba masanya tg presiden memikirkan pengganti pj selangor dan berhati-hati dengan nasihat/pandangan dari mereka-mereka yang berkepentingan dengan mencemari dasar parti...

iswarahijau said...

apa salahnya pas selangor nak memperkuatkan entiti mereka... takkan selama-lamanya mereka nak berada di bawah bayangan PKR.. mereka tak boleh dilihat tunduk pada DAP dan PKR utk mendapat sokongan melayu.kalau mengikut strategi ini,dlm PRU akan datang mereka dpt merampas kerusi2 majoriti melayu umno yg 27 tu,pas akan majoriti dlm Pakatan. Pas kuat bermakna Pakatan pun kuat.
hang ni benda ni pun nak kecoh, nak dispekulasikan,c'mon la stop berkhayal

ampang zai said...

saya binggung....... Sultan Selangor baru2 ni dah terang2 beri kepercayaan kpd TSK....

Anonymous said...

pas selangor yg sebenar banyak masalah.... rakus nak jadi mb. xpeh lah yg penting PR terus maju sape jadi MB x masalah. TAPI TSK kan skarang melakukan keje nya ngan bagus...

Tulang Besi said...

apa salahnya pas selangor nak memperkuatkan entiti mereka... takkan selama-lamanya mereka nak berada di bawah bayangan PKR.. mereka tak boleh dilihat tunduk pada DAP dan PKR utk mendapat sokongan melayu.kalau mengikut strategi ini,dlm PRU akan datang mereka dpt merampas kerusi2 majoriti melayu umno yg 27 tu,

Dapat kerusi dulu dan ambil kerusi MB dengan merit supaya tiada fitnah.

Bukan dengan menjadi hamba kepada Sultan Selangor

sfso@pulaijb said...

Apa salahnya jika PAS Selangor membuat satu kenyataan berkenaan isu Elizabeth.Kejadian pun berlaku di Selangor.Takkan nak diam aje.

Hanya kerana segelintir "Erdagon2 PAS" yang tidak berpuashati dgn Pesuruhjaya PAS Selangor,segala kenyataan yang keluar dari mulut Dr Hassan Ali akan dipertikaikan dan dikritik.Mana kebebasan bersuara dalam Pakatan Rakyat ni.

Ingatlah Pakatan Rakyat bukan hanya untuk DAP atau PKR sahaja.Orang PAS pun ada hak nak bersuara.

Sedarlah wahai pengikut taksub PAS.Awasi golongan "erdagon"dalam PAS seperti moderator TULANG LEMBIK ni..

Mereka2 ni sangat merbahaya..

Bila "Tok Guru 2 jam",Lim Guan Eng atau Karpal Singh buat kenyataan,takda pulak molot yang bising2..Hairan,hairan

PAS jangan jadi kuda tunggangan macam kat Perak...

Tulang Besi said...

Blogger sfso@pulaijb said...

Apa salahnya jika PAS Selangor membuat satu kenyataan berkenaan isu Elizabeth.Kejadian pun berlaku di Selangor.Takkan nak diam aje.

Hanya kerana segelintir "Erdagon2 PAS" yang tidak berpuashati dgn Pesuruhjaya PAS Selangor,segala kenyataan yang keluar dari mulut Dr Hassan Ali akan dipertikaikan dan dikritik.Mana kebebasan bersuara dalam Pakatan Rakyat ni.


Err Erdogan yang maki Presiden Israel Shimon Peres tu ke di depan khalayak dunia?

Sudahlah sfso, kau UMNO dan kau memang suka Pakatan Rakyat berpecah.

Anonymous said...

Tulang Besi,

you are the only one with a deep concern with what is happening.

It is good you raise the concerns NOW before anything can happen and at least now, we can try and stop it.

Dotn be like perak where damage is already done and we are crying over spilt milk.

We should stop this nonsense. PAS needs PKR and likewise PKR needs PAS.

Anonymous said...

tulang besi, kamu barcakap dgn fakta, awal dulu i,ve my doubts, tapi sebagai saya sbg pemimpin peringat cawangan di hulu langat boleh mengesahkan cerite anda. memang betul pengaruh dewan harian ke YDP sudah menular, apa yg diperkatakan oleh anda sudah pun dijalankan oleh ydp ini

sfso@pulaijb said...

TULANG LEMBIK haruslah mengaku yang dia bekerja untuk siapa??Siapa yang memberi upah kepadanya untuk menulis2menempek artikel di sini.

Adakah TULANG LEMBIK seorang lagi ejen@cybertrooper PKR atau DAP..

Adakah tujuan beliau untuk memecah belahkan orang2 PAS di sini??

Harap dpt beri penjelasan krn puak2 "erdagon PAS" nampaknya mula menunjukkan belang..

Salam

Tulang Besi said...

tulang besi, kamu barcakap dgn fakta, awal dulu i,ve my doubts, tapi sebagai saya sbg pemimpin peringat cawangan di hulu langat boleh mengesahkan cerite anda. memang betul pengaruh dewan harian ke YDP sudah menular, apa yg diperkatakan oleh anda sudah pun dijalankan oleh ydp ini

February 26, 2009 11:19 AM
Delete
Blogger sfso@pulaijb said...

TULANG LEMBIK haruslah mengaku yang dia bekerja untuk siapa??Siapa yang memberi upah kepadanya untuk menulis2menempek artikel di sini.

Adakah TULANG LEMBIK seorang lagi ejen@cybertrooper PKR atau DAP..


Aikk sfso, kau dah desperate sangat ke nak buat fitnah ni.

Wallahi, Wabillahi, Watallahi, aku tidak dibayar oleh sesiapa pun di dalam penulisan aku ini.

Kau pulak cuba kau bersumpah kau tidak dibayar oleh UMNO laknatullah

sfso@pulaijb said...

Wallahi, Wabillahi, Watallahi, aku tidak dibayar oleh sesiapa pun di dalam penulisan aku ini.

Aku pun dah bersumpah yang aku tidak dibayar oleh UMNO atau sesiapa untuk memberi kritikan terhadap posting kau di sini..

Tak perlu jadi penyokong atau org UMNO untuk melihat bagaimana parti yang hebat spt PAS suda jauh menyimpang lebih2 lagi semenjak di bawwah Pakatan Rakyat.

Aku berniat ikhlas demi agama,bangsa dan negara..Tak perlu sesiapa membayar aku pun alhamdulillah masih boleh makan dan hidup.

Janganlah kerana terlalu taksub kpd pemimpin dan parti sampai langsung kita di bawah ni tak boleh menegur.

Puas hati TULANG LEMBIK..Apa2 pun terima kasih krn kau tak pernah nak halang komen2 aku di sini.Aku respek dan salute kat kau dalam bab ni..

Tulang Besi said...

Kau bersumpah untuk diri kau sfso, tapi perangai UMNO kau suka buat fitnah tak habis-habis

sfso@pulaijb said...

TULANG LEMBIK TULIS

"Kau bersumpah untuk diri kau sfso, tapi perangai UMNO kau suka buat fitnah tak habis-habis"

Aku nak tanyalah,org2 PAS ni tak pernah buat fitnah ke?Bukannya aku tak pernah pergi dengar ceramah PAS.Dari mula sampai abis,mengutuk,mengeji dan mencaci org lain.Inikah yang dinamakan parti Islam??

Buat sekelian kalinya aku bukan org UMNO cuma aku tak suka apa yang aku nampak dalam PAS sekarang terutamanya dlm isu Nizar dan Ali Hassan..

Seperti yang dijangka,"puak2 erdagon PAS" akan cuba sedaya upaya untuk discredit/memalukan
org2 lama PAS terutamanya yang tidak sealiran dalam isu2 terkini..

Inilah juak2 yang merbahaya sebanarnya dan TULANG LEMBIK adalah salah seorang dari ejennya..

Tulang Besi said...


Aku nak tanyalah,org2 PAS ni tak pernah buat fitnah ke?Bukannya aku tak pernah pergi dengar ceramah PAS.Dari mula sampai abis,mengutuk,mengeji dan mencaci org lain.Inikah yang dinamakan parti Islam??


Mana ada mengeji la. kitorang cerita kebenaran.

Korang tak tahan dnegar buat fitnah kata mengeji.

Kalau dah UMNO tu, kalau tak menipu tak sah

Anonymous said...

kahkah..there u are..Sultan dah backed off..and not only Sultan of S'gor dah backed off,Sultan Perak oso dah cuci tangan..read bawah..


Semalam..dalam perjalanan ke Grik dari Ipoh, sebaik saja keluar dari tol Kuala Kangsar, ada sebuah Wira putih plet Wilayah Persekutuan ikut aku. Aku dengan Sya-reformis nak pergi majlis Nizar di Grik, dan aku bagi tau Sya… “ada SB ikut kita!”.

Sampai kat R&R Selat Pagar, aku berhenti untuk pekena kopi O, dan Wira putih pun berhenti juga, tapi di gerai berlainan. Sya dah pucat…terus dia call member kat Grik…”kalau kami tak sampai, cari kat balai polis berhampiran. Belum sempat kopi O aku sampai, sebuah Toyota Hilux warna hitam berhenti kat gerai dimana aku duduk. Seorang lelaki Melayu, dan seorang lelaki Cina dan seorang perempuan Cina. Kalau tengok cara..lelaki dan perempuan Cina tu macam suami isteri, dan lelaki Melayu tu nampak macam derebar.

Depa terus datang kat meja kami, dan lelaki Melayu tu terus menghulur tangan untuk bersalam…”Assalamualaikum Tuan MSK! Saya Fauzi.” Fuiyo!..tak sangka kat tempat tersorok ni pun aku ada peminat!

Dia pun memperkenalkan aku dan Sya kepada ‘pasangan suami isteri’ Cina tu. “..This is Mr. MSK, orang kuat DSAI…and this is Sya-reformis, orang kuat Datin Seri Fatimah! “

“And this is Mr. Wong.” Dia perkenalkan aku kat lelaki Cina tu.

Pulak dah!! Anwar pun tak kenai aku! Tapi dah banyak kali aku dengar cerita macam ni…dan bila dia cakap macam tu, aku dah boleh agak…dia ni broker. Paling kurang broker pasir atau kuari.

“Bukan Tengku Wong ka?” saja aku nak melawak…tapi muka lelaki Cina tu berubah.

Aku tak jemput pun..tapi depa terus duduk semeja dengan kami.

“Macam mana dengan perkembangan Perak?” Soalan macam ni paling kurang sepuluh SMS aku terima setiap hari..macam mana aku nak jawab?

Banyak soalan yang dia tanya..tapi itu semua pembuka mulut. Tiba-tiba dia tanya..”Tuan boleh arrange jumpa dengan DSAI tak?”

“kalau pasai balak..tak dak chance la..tapi kalau pasai katak, no problem” saja aku nak melawak.

“Exactly! “ kata Mr. Wong. “You get us to see DSAI, we’ll give you your share.” Whoa!! Ini sudah serius maa!

“I need to know the real story…otherwise it’s hard to convince Anwar.” Aku jawab.

“You see aaa…Jamal and Osman want to come back to PKR, Hee and Dato’ will resign soon. This time Umno sure bungkus one.” Kata Mr. Wong.

“How can? You think these four katak dare to make Sultan angry ka? These people got no ball one.”

“Haiya!! You know aa? Hj. Osman already make contact with Jamaludin, and Hj. Osman already talked to Azmin. Azmin already talk to Anwar. But Anwar got very angry with Azmin and Hj. Osman.”

“Why?”

“Because these people la…Perak fell to Umno!” kata Mr. Wong. “You see aaa..since Umno take over…you see Hj. Osman in Perak aaa? He dare not come one! He come for PKR meeting only,…after that he cabut back to KL.”

“So?”

“Like this la…if you can take us to see Anwar..and Anwar ready to take Jamaludin and Osman back to PKR aaa..you got 5 million. After that you can retire, nobody know!”

Cakap pasai juta-juta ni..dah banyak kali aku kena kencing… “How can I trust you?” aku tanya Mr. Wong.

“I can take you and see Jamal and Osman. You can talk to them.” Mr. Wong bagi tau aku.

“Where are they now?” aku tanya.

“Jamal and Osman ada di Pejabat Umno Ipoh. Hee and Dato Nasa ada kat Casuarina” jawab Fauzi, broker Melayu.

“This is crazy!” aku kata. “Tak kan Umno nak diam..kalau depa tau benda ni!”

“Umno tau!” jawab Fauzi.” Tapi depa pun dah blurr…tiga hari lepas, depa jumpa Sultan, mintak ambil tindakan terhadap Nizar dan Speaker, tapi Sultan Azlan tak mau. Sultan kata…beyond his jurisdiction. So…tu pasal depa pi London..cari QC. Tapi apa yang depa buat, backfire! Sultan marah depa balik.”

“dah tu?”

“That’s the problem..Sultan tak mau buat apa-apa lagi, and Anwar tak mau terima Jamal dan Osman.”

“Why not?” aku tanya.

“Anwar got very angry…he said aaa..Jamal and Os must resign first. If he take back the two of them, people will fire him. But Jamal and Os cannot resign just like that la…”

“You think Anwar want to pay them?”

“No need one!! We will settle all that. What we want aaa…Anwar just accept Jamal and Osman back to PKR..then they resign..so people will not angry with them maaa. Now aaa…they want to go back and see their children pun cannot, you know!”

“Like this la Mr. Wong. Anwar will never answer my phone…I’ll try to talk to Kak Wan. But I can’t promise la.”

“Don’t worry…if Anwar can accept aaa….you got your share.”
Lepas tu, dari R&R Selat Pagar sampai Grik, kereta Wira putih hilang entah kemana.

- sumber dari PerakExpress

p/s - bahaya gak nii...biaq betoii...offer sana, offer sini...banyak duit depa noo...pi bagi kat orang susah miskin tegar ka lagi baguihh...ni nak offer suka2 ati depa jaa...apa jadah nii..?????


- Hijat Panjang
http://bloghijat.blogspot.com/

18.02.2009

Anonymous said...

"Buat sekelian kalinya aku bukan org UMNO cuma aku tak suka apa yang aku nampak dalam PAS sekarang terutamanya dlm isu Nizar dan Ali Hassan."

ooo gitu... hang boleh tak suka, tapi orang lain tak boleh. aku menyampah ngan pas selangor, bolehlah kan?

hang bukan org umno... dok menyibuk rumah tangga pas apa hal? aku lain la, aku ahli pas... jadi ada hak tegur/komen/beri pandangan. bab pas selangor ni tak payah komen lah, dah banyak sangat tindak-tanduknya yang hampeh selepas pru 12... kalau pas tak suka aku sebab apa aku kata pas boleh pecat aku, tak de masalah. aku pun bukan minat dengan perjuangan mementingkan diri sendiri ni... aku tetap berpegang kepada prinsip aku bersama pas kerana perjuangan Islamnya.

mu ada kawan, buat cara berkawan, buka dok jaja merata-rata bila ada masalah... benda mudah pun tak gheti? sudah tentu ada yang tak kena dengan kamu...

Anonymous said...

Wahai para poliTIKUS & poliKATAK ............

Usahlah anda sekelian bercakaran dan berbelitan kata ....

Dengarlah kata orang2 tua:
"KATA ITU KOTA"
"BULAT AIR KERANA PEMBENTUNGNYA, BULAT KATA KERANA MAUFAKATNYA,...."
"TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA"

Rakyat menunggu PERUBAHAN, bukan PERPECAHAN!

Rakyat menilai TINDAKAN, bukan UCAPAN!

Rakyat pilih KAMU, Rakyat gaji KAMU, ..... Rakyat akan HUKUM KAMU!!!

sfso@pulaijb said...

Anonymous 2:43pm,

Kalau bukan orang UMNO tapi bukan jugak orang PAS macam aku ni,so tak boleh komen kat sini ke??Kau pulak nak kalahkan moderator.Macamlah bagus sangat.

Suka hati akulah nak bagi pendapat aku..Kalau korang kat sini tak boleh terima kutukan dan kritikan,bolehlah main jauh2.

T.kasih kpd Tulang Lembik w'pun teruk aku kutuk,tapi tetap lepaskan komen aku..Tulang lembik memang gentleman

Ini baru nama keterbukaan.Kalau org PAS suka mengutuk/mencaci org lain,maka diri sendiri pun harus sedia menerima kritikan dan cacian kerana manusia mana ada yang sempurna kan.

Ada paham tak??

Anonymous said...

sapa kata takleh komen? cuma aku tak gheti kalau dia, sbg orang luar boleh komen, kenapa aku orang pas takleh komen pulak?

berbelit-belitlah kamu ni

Anonymous said...

DARI PANDANGAN TUAN TUAN DIATAS, SUDAH DAPATKAH DILIHAT KEBAIKAN DAN KEBURUKAN NYA. NILAIKAN BERAPA BANYAK KEBAIKAN NYA DAN BERAPA BANYAK PULA KEBURUKKAN NYA. KALAU KEBAIKAN NYA LEBIH BANYAK DARI KEBURUKAN NYA ... TERUSKAN LAH SEBALIKNYA KALAU KEBURUKAN NYA LEBIH DARI KEBAIKKAN NYA HENTIKANLAH.

Anonymous said...

TB,

Kenapa artikel ni dikeluarkan hari tu dan hari ni masuk balik? Ada orang tembak ke?

ABJ

Tulang Besi said...

Tunggu la, tengok la nanti

Anonymous said...

Baru je tengok deklarasi asset EXCO Kerajaan Selangor. Nampaknya macam buat terburu buru je. Tak ada certification dari valuation company yang sahkan nilai rumah/tanah. Kalu nak sorok harta, asset boleh dipindahkan pada keluarga sebab aset keluarga tak kena declare.

Paling best, Menteri Besar Khalid Ibrahim sain semua borang deklarasi asset Exco tapi dia punya asset tak declare. Ini menimbulkan banyk tanda tanya. Lepas tu asset Y.B. DATO` RAMLI BIN MAHMUD (SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR) tak kena declare ke? Tut tut dia tu paling kaya. Muah ha ha ha.

Tulang Besi said...

Errr, takda pulak kerajaan negeri BN yang buat deklarasi aset mcm ni yee.

Takda pulak puak2 UMNO ni bising.

sfso@pulaijb said...

Setakat buat deklarasi tipu aku pun bolehlah..

Kalau zaman dulu bolehlah nak kencing rakyat oiii...

Rakyat ramai dah tau,kuncu2 PR ni kaya2 nak mampos..Rasuah sana sini..

Tak yahlah nak buat deklarasi kalau nak mengencing rakyat..

Tulang Besi said...

sfso,

Kerajaan Johor ada buat tak?

Kalau berani aku cabar la Ghani Othman dan exco2 nya buat deklarasi

Jgn pandai ckp je la. Mmg dasar org UMNO semua korup.

Bila ada orang buat baik, takut satu badan.

Pooorah UMNO.

Tulang Besi said...

Penyokong2 UMNO kat sini semua otak udang.

Bila orang buat baik, sendiri tak nak buat, lepas tu nak marah orang tu.

Memang UMNO melambangkan perangai orang melayu yang suka mendengki.

Patutla ekuiti org Melayu tak capai smpai sekarang ni, DEB gagal dan Singapura terlepas ke orang lain.

Memang UMNO parti bodoh.

Anonymous said...

Kayu ukur untuk Pakatan Rakyat harus lah lebih tinggi dari BN. Semua orang tahu yang BN ni korup. Cara nak ajar BN dan nak menarik rakyat untuk undi PR ialah dengan menunjukkan bahawa PR jauh lebih bersih dan baik dari BN.

Kalau PR buat deklarasi asset sambil lewa je, kita mesti tegur. Kalau Menteri Besar tak declare asset dan orang bawahnya kena buat, kan ke tak betul tu. Jadi kena pressure lah MB. Segala perlasaran peraturan haruslah saksama, bawah kena, atas pun kena. Kalau tak, kita balik ke zaman Mahathir. Semua kena declare asset pada Madey. Baik tak payah.

sfso@pulaijb said...
This comment has been removed by the author.
sfso@pulaijb said...

Apa2 pun Pakatan Rakyat lebih bodoh dan dungu dari BN mahupun UMNO..

Sebangsat-bangsat UMNO,takdalah sampai kena pijak dgn DAP pun buat diam aje kan..Macam budak dungu 5 tahun..

Dah dpt jadi Menteri Besar di Perak,kena pulak jadi lembu dicucuk hidung..Konon2 buat tugu bawah pokok sebagai simbol..Simbol apa??Simbol kebodohan yang terlampau

Kat Selangor dah jadi MB,pun jadi MB proksi Ronnie Liu dan Teresa Kok..Cakap pun tergagap-gagap..Keta persendirian boleh convert jadi kereta rasmi sebab senang nak claim mileage dan maintenance..

Rakyat ramai yang dah tertipu dgn Pakatan Rakyat..Banyak cakap aje,kerja tak jalan..

Takda kebebasan bersuara dalam Pakatan rakyat,asyik2 kena ikot telunjuk...Bila Hassan Ali bersuara sikit,hanya kerana ada cerita yang dia mungkin baik dgn BN,maka cakap2 nya dibuang jauh2 ke tepi..Maka keluarlah artikel bodoh ini"PAS Selangor menangguk di air Keroh"

aku harap Tulang Lembik ni cepatlah sedar diri sebelum terlambat..

Tulang Besi said...

Kayu ukur untuk Pakatan Rakyat harus lah lebih tinggi dari BN. Semua orang tahu yang BN ni korup. Cara nak ajar BN dan nak menarik rakyat untuk undi PR ialah dengan menunjukkan bahawa PR jauh lebih bersih dan baik dari BN.

Ini bukan dah tinggi ke dari BN? Kalau banding BN, tunggu kucing tumbuh tanduk la baru nak buat ni.

Ni dah kira 100 kali tinggi dah dari BN

Tulang Besi said...

Apa2 pun Pakatan Rakyat lebih bodoh dan dungu dari BN mahupun UMNO..

Sebangsat-bangsat UMNO,takdalah sampai kena pijak dgn DAP pun buat diam aje kan..Macam budak dungu 5 tahun..


bagus, ngaku pun UMNO ni bangsat.

Terutamanya sebab suka buat fitnah mcm di atas ni.

Aku cabar kau wahai UMNO Bangsat , cuba bawa bukti yang DAP ni pijak kitorang.

Mulut UMNO ni mulut bughit. Semua yang keluar adalah fitnah belaka.

Tulang Besi said...


Dah dpt jadi Menteri Besar di Perak,kena pulak jadi lembu dicucuk hidung..Konon2 buat tugu bawah pokok sebagai simbol..Simbol apa??Simbol kebodohan yang terlampau

Kat Selangor dah jadi MB,pun jadi MB proksi Ronnie Liu dan Teresa Kok..Cakap pun tergagap-gagap..Keta persendirian boleh convert jadi kereta rasmi sebab senang nak claim mileage dan maintenance..


Errr mana kao dapat cerita ngarut ni?

Kalau dah UMNO tu memang sah UMNO, tak boleh berenti buat fitnah.

Mak bapak kao tak pernah ajar kao menipu mcm ni, tapi pasal kao masuk UMNO kao dah jadi penipu.

Kesian aku kat mak bapak kao

sfso@pulaijb said...

Tulang Lembik komen;

"Kayu ukur untuk Pakatan Rakyat harus lah lebih tinggi dari BN. Semua orang tahu yang BN ni korup. Cara nak ajar BN dan nak menarik rakyat untuk undi PR ialah dengan menunjukkan bahawa PR jauh lebih bersih dan baik dari BN"

Nak tarik rakyat jelata apa pulak??
Buat deklarasi aset pun macam melepas batuk di tangga..nenek Tulang lembik pun boleh buat..
Hakikatnya depa suma ni kaya nak mampos dari keuntungan projek2 dan korupsi wpun baru setahun memegang Selangor..
Orang ramai dah seriklah dgn PR..Tak paham bahasa ker??
PR ni bukan parti untuk rakyat,tapi parti syok sendiri,parti tak paham bahasa(isu di perak),parti yang ramai penyokong taksub dan buta tuli dan paling teruk parti mengencing dan menindas rakyat...

Jangan paksa aku nak suka PR lebih2lagi PAS yang semakin hari semakin dungu..Semenjak ada puak2 Erdagon macam Tulang Lembik,PAS makin karut lagi mengarut..

Aku bukan ahli UMNO tapi aku nak cakap yang PAS ni memang bodoh nak mampos..macam TULANG LEMBIK

sfso@pulaijb said...

Aku pulak kesian kat nenek Tulang lembik sebab lahirkan mak Tulang Lembik yang kawin dgn bapak Tulang lembik maka dapatlah si bodoh taksub yang bernama Tulang Lembik..
Dari nenek dah bodoh tuli..

Aku harap lepas ni kau pun kena charge kat court kerana menghina Sultan Perak tempohari..Kita tunggu aje...

Tulang Besi said...

sfso,

berenti la ngarut. Kau duduk la kat johor darul umno kau.

Orang melayu semua dah makin sedar dah. Hanya 19% je orang melayu kat Malaysia ni masih sokong UMNO. Tu semua yang tinggal kat Johor dan yang bengap mcm kao.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19837&Itemid=1

sfso@pulaijb said...

Ha,ha sumber pun dri HARAKAH KAH KAH KAH...paper kencing lagi mengarut

Nenek kau kot yang buat statistik tu..

Orang Melayu tak bodoh dungu macam kau especially orang Melayu di Johor..

Tulah sebab PAS bodoh susah nak menang kat Johor..kat Kelantan pun menang sebab undi2 dari yang duduk di luar Kelantan.
Dah duduk selesa dgn cukup kemudahan di KL,gaji pun besar dari biasiswa kerajaan kemudian balik ke Kelantan undi PAS lepas tu balik KL..Pandai betol kan??
Yang hidup melarat dan merempat kat Kelantan,mak bapak diaorg jugak..

Inilah sikap tanggungjawab namanya..Betol tak Tulang lembik???

Anonymous said...

TB,

Kalau si SFSO tu komen setakat nak mengutuk tak ada satu pun benda2 bernas yg nak keluar, baik ban saja dia dari meng-komen di sini.

Buat sakit hati je membaca. Komen2 bodoh SFSO tu pulak tu komen standard puak2 UMNO dungu pulak tu. Dah selalu sangat baca komen2 dungu macam tu.

ABJ

Tulang Besi said...

Harakah ambil dari Straits Times Singapore

ST Singapore dapat laporan kajian penuh dari Merdeka Center dan UIA.

http://1.bp.blogspot.com/_ADhgk-qOaVk/Sbql71d5hWI/AAAAAAAAA04/c_NzYm9r-FI/s1600-h/umno+korap+4.jpg

Anonymous said...

Sekarang ni kalau aku ukur, PR ni tinggi sikit je dari time BN Madey. Dulu pun ada asset declaration, tapi Madey je yang dapat tengok. Asset orang number 1, ha tu dia official secret act. Khalid Ibahim secret, Madey pun secret. Dua kali lima je. Pooodah!!

sfso@pulaijb said...

Anonymous ABJ,

Kalau tak suka jangan baca..

Aku respek Tulang lembik w'pun pemikiran politik kami berbeza..Kalau PAS dan PR boleh mengutuk UMNO dan BN,maka anda juga harus sedia untuk dikutuk dan dikritik kerana PR dan PAS bukan bagus manapun..

Selagi PAS masih dgn kebodohannya dan PR masih mengencing rakyat,selagi itulah aku ada di sini

Anonymous said...

SFSO,ko ni mmg dungu sebab dah lama sgt mkn gula2 UMNO ni.ko tak tau ke yg UMNO ni setan besar yg jual Melayu.apa pula ko kata PKR dicucuk idung oleh DAP.UMNO lagi setan.gadai org Melayu,ko tak sedar ke? atau ko ni salah satu keldai dan anjing UMNO.

sfso@pulaijb said...

UMNO tak perlu bagi aku gula2 atau wang untuk aku nak membenci PAS dan PR...Aku tengok makin hari makin mengarut..Dulu tak macam ni pun...

Hidup rakyat makin susah,asik2 nak cari publisiti murahan PAS ni..Kerja langsung tak jalan..

Mana dia percaya kpd Qada dan Qadar..Mintaklah MB dicucuk hidung kau tu bertaubat..Malulah budak2 kecik tengok perangai pemimpin PAS..

Apa pun suka tau tidak PAS memang dah jadi kuda tunggangan DAP.

Terima ajelah bang...

Tulang Besi said...

sfso,

Stkt yang aku tengok, sebab kau benci PAS/PR ni semuanya sebab yang takda asas.

Semua sebab kau bagi, semuanya auta dan bersumber dari jentera memfitnah UMNO.

kau sedar tak kau ni diperbodohkan oleh UMNO?

Tapi kalau kau ni pandai, mesti kau tak sokong UMNO.

Anonymous said...

SFSO,ko kata mcm tu sebab ko duk bawah tempurung.cuba jalan pusign satu Malaysia.tgk dgn mata dan hati.ko tak tau ke Sabah & Sarawak tu digadai oleh UMNO utk dapatkan undi?? klu harapkan org2 Sabah/Sarawak undi durang mmg tak menang punya. Terpaksalah jual IC Mykad ke org Indon & Philippine. Ko pergi kedua dua negeri ni baru ko tau. UMNO lah yg sebenarnya setan besar pengkhianat bangsa dan negara.

sfso@pulaijb said...

Kalau lah kerajaan jatoh kpd PR,agaknya apalah nasib anak2 kita di masa akan datang..

Baru 8 bulan kat Perak,abis tanah2 diberi kpd org Cina..Nak dapat peruntukan utk sekolah agama pun kena merayu dan masuk berita barulah dapat..

Ini adalah kerana PAS dan PKR lembik dan tunduk kat DAP.Mereka2 ni politik aje lebih.Kerja haram tak jalan.Tengok ajelah kat Kelantan.Rakyat hidop melarat.

Good lucklah..

Tulang Besi said...

Blogger sfso@pulaijb said...

Kalau lah kerajaan jatoh kpd PR,agaknya apalah nasib anak2 kita di masa akan datang..

Baru 8 bulan kat Perak,abis tanah2 diberi kpd org Cina..Nak dapat peruntukan utk sekolah agama pun kena merayu dan masuk berita barulah dapat..


Tengok la perangai UMNO, tak habis2 buat fitnah. Kalau dah UMNO tu UMNO jugak.


Dari 180k geran, hanya 45k sahaja pergi ke Cina, yang lain pergi ke Melayu di Perak.

Apa masalahnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.