Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 3, 2009

"Salahkah PAS Mendekati UMNO" - Fraksi UMNO Mula Melangkah

Ada seorang pembaca saya yang telah bertanya soalan yang sangat baik. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada saudara. Dan saya juga telah mendapat jawapan dari pembaca lain yang juga satu jawapan yang tersangat baik.


Bagi saya, isu untuk membawa PAS masuk BN/UMNO adalah satu cadangan yang sudah tidak relevan lagi. Ini kerana "mood" rakyat keseluruhannya mahu menjauhkan diri dari UMNO/BN. Amatlah dangkal bagi PAS untuk menyelamatkan sebuah kapal karam seperti UMNO.

Apa yang berlaku sekarang adalah berlaku satu usaha pro aktif dari kumpulan dalam PAS yang sebelum ini setuju untuk masuk BN. Usaha tersebut adalah untuk membersihkan kepimpinan PAS dari mereka2 yang tidak setuju dan menentang usaha membawa PAS masuk BN dahulu.

Butiran perangcangan tersebut telah didedahkan oleh Roslan SMS di dalam mesyuarat Dewan Harian Kawasan Kelana Jaya yang telah saya dedahkan dalam artikel saya bertajuk "Mana Maruah Roslan SMS?"

Usaha tersebut akan menjadi lebih agresif lagi selepas keputusan PRK Kuala Terengganu. Pergerakan ini dapat dibaca dalam laporan akhbar Watan yang mendedahkan konspirasi terbaru Fraksi UMNO untuk membersihkan PAS dari mereka yang pro Pakatan Rakyat.

Akhbar Watan yang pro UMNO itu tidak segan silu meraikan usaha membersihkan PAS dari mereka yang pro kepada Pakatan Rakyat (aka Fraksi PAS). Ini kerana Fraksi PAS ini lah yang menyebabkan usaha membawa PAS masuk BN gagal segagal-gagalnya.

Lihatlah sendiri contoh laporan Watan yang jelas menampakkan mereka adalah alat UMNO. Gambar di sebelah adalah contoh terbaik. Kalau nak tau lagi, pergilah ke laman web mereka.

Sememangnya mereka yang memusuhi "Fraksi PAS" (yang digelar kumpulan Erdogan) amat dirai oleh puak-puak UMNO dengan begitu gembira sekali.






Senjata Yang Digunakan Untuk Membersihkan Frkasi PAS Dari Kepimpinan PAS Pusat


Sekarang ini alasan untuk membuang Fraksi PAS ini adalah kononnya mereka ini "tidak wala' pada ulama". Itulah alasan dan sebab yang akan dijaja seluruh negara oleh tukang-tukang kempen mereka ini.

Yang hairanya, kumpulan Fraksi PAS ini bangga memberi wala' kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, yang beliau juga seorang ulama. Saya nak tanya, Tuan Guru Nik Aziz ni bukan ulama ke?

Namun hujjah dangkal dan lembab ini akan disebarkan seluruh negara bagi tujuan membersihkan mereka-mereka yang menentang usaha untuk mempergunakan PAS bagi tujuan menguatkan UMNO kembali.

Mereka yang tidak yakin wujud "Fraksi UMNO" dalam PAS, Presiden PAS sendiri pernah memberitahu DSAI bahawa beliau berada dalam dilemma kerana terdapat dua kumpulan dalam PAS, yakni satu yang bersetuju untuk bersama dgn UMNO dan yang tidak bersetuju. Ertinya wujud kumpulan yang mahu bawa PAS dalam BN sekarang ini. Nama mereka adalah Fraksi UMNO.

Q&A Yang Saya Maksudkan

Dibawah adalah Q&A yang saya maksudkan:

Anonymous Sasid

"Cuma aku nak tanya salahkan kalau PAS mendekati UMNO untuk tujuan mengajak ahli UMNO untuk memasuki PAS??? Atau kita langsung tak boleh mendekati UMNO ?? Apa kaedah dakwah yang kita pakai ??? Sejak bila wahyu turun mengatakan kita tak boleh mendekati ahli UMNO untuk menyampaikan dakwah kita buat selama-lamanya.."

Jawapan Hamba

Memang tidak salah mendekati UMNO. Berbincang dan berjumpa dan sebagainya. Yang salah ialah membawa masuk PAS ke dalam BN.

Yang salah ialah menggunakan istilah Arab untuk mengaburi mata orang lain seperti istilah muzakarah dalam usaha membawa masuk PAS ke dalam BN.

Yang salah ialah usaha memecahbelahkan Pakatan Ralyat dengan membesar-besarkan isu yang kecil.

Yang salah ialah mengekang kebebasan bersuara di dalam PAS

Yang salah ialah usaha mendewakan seseorang tokoh agar ia menjadi maksum

Yang salah ialah memfitnah pemimpin sendiri dengan menggunakan blog yang tidak dikenali.

Yang salah ialah menjadikan TG Hadi sebagai proksi bagi mendapatkan projek. Kemudian mengaburi mata orangf lain atas nama Islam

January 30, 2009 12:37 AM


Tulang Besi

17 comments:

Anonymous said...

Bagi saya, isu untuk membawa PAS masuk BN/UMNO adalah satu cadangan yang sudah tidak relevan lagi. Ini kerana "mood" rakyat keseluruhannya mahu menjauhkan diri dari UMNO/BN. Amatlah dangkal bagi PAS untuk menyelamatkan sebuah kapal karam seperti UMNO.

Apa yang berlaku sekarang adalah berlaku satu usaha pro aktif dari kumpulan dalam PAS yang sebelum ini setuju untuk masuk BN. Usaha tersebut adalah untuk membersihkan kepimpinan PAS dari mereka2 yang tidak setuju dan menentang usaha membawa PAS masuk BN dahulu.


woi TB kutty,bila masa pas nak masuk umno?janganlah duk khayal dengan hal2 begini.buat malu kaum je.xyah nak buat ceritala weii.dah basi dah cerita ni.xda sapepun nak bawa pas masuk umno.duk ulang cerita lama yang orang dah jawab,apehal brother.yang ko duk baca cerita akhbar watan kemudian buat ulasan disini memang nampak ko ni buta dan boleh jadi proksi umno jugak.dahla tau akhbar tu pro umno,yang ko duk layan sentimental diorang tu pehal brother?malu aku ada gak melayu camni.xyahlah nak buat label baru yang ko ni fraksi pas.xyahlah brother.orang dah tau ko penyebar fitnah dan adu domba yang merosakkan orang.hai,kasut aku dah gatal dah ni,rasa nak lempar je kat ko.

Anonymous said...

"Ertinya wujud kumpulan yang mahu bawa PAS dalam BN sekarang ini. Nama mereka adalah Fraksi UMNO."

kahkahkah..mereka ni bukan PAS..mereka ni UMNO chootia yg berlakon sebagi org alim..mereka ni nak hidup senang lenang tanpa membuat kerja..kahkahkah..caya gerenti,puak ketiga pun kautim dgn pelakon pelakon ni..mereka ni ada permit utk berkhutbah di hard rock cafe..woo hoo!!!

Mullahkane said...

fool me once, shame on you
fool me twice, shame on me

Mullahkane said...

Zaman Tun abdul Razak dahulu, UMNO telah pecat PAS, pada mula2 pujuk atas dasar perpaduan.. Bila dah ada kuasa kembali, PAS dipijak2 oleh UMNO. Tolonglah, isu ini timbul bukan kerana perpaduan. itu adalah propaganda semata2. Isu ini timbul kerana UMNO telah lemah selemahnya dan ingin mendapatkan kembali sokongan melalui PAS.

OK, kalau mau jugak isu ini di ketengahkan, biarlah bersyarat.

JANGAN SEKAT EKONOMI KELANTAN. disebabkan perbezaan politik yang dianuti oleh kerajaan negeri kelantan ini membuatkan kerajaan pusat terus mengamalkan diskriminasi ekonomi ke atas rakyat Kelantan. (OBVIOUSLY)

Laksanakan Tuntutan hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan tuntutan royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

Jarak Blok A18 (operasi GAS ASLI) adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

Bila dah takde isu-isu diskriminasi ini, barulah umno layak nak ajak PAS berbincang.

Anonymous said...

Inilah Teks ASAL tulisan saya. Nampaknya Tulang Besi macam TV# dan Utusan jugak tidak menyiarkan penuh tulisan saya. Ambil apa yang menguntungkan dia. Politik Lacur cuba dimainkan oleh TB.

....Tulang Besi Buruk memang Agen UMNO. Saya sokong 100% sepertimana tulisan saya dulu, kini dan mungkin selamanya kalau dia tak ubah sikapnya. Hentikanlah kerja buruk kau tu labekan orang itu ini sebagai fraksi umno. Aku agak TB lah Fraksi UMNO yang original. Cuma aku nak tanya salahkan kalau PAS mendekati UMNO untuk tujuan mengajak ahli UMNO untuk memasuki PAS??? Atau kita langsung tak boleh mendekati UMNO ?? Apa kaedah dakwah yang kita pakai ??? Sejak bila wahyu turun mengatakan kita tak boleh mendekati ahli UMNO untuk menyampaikan dakwah kita buat selama-lamanya.. Aku tak setuju kalau PAS masuk BN. Sekali lagi aku katakan aku tak setuju kalau PAS masuk BN, tapi untuk mendekati mereka bagi menyertai PAS maka perlu ada pertemuan, perjumpaan dan sebagainya, maka usaha perlu dilipat gandakan. Aku gembira PRU KT telah membuahkan hasil yang cemerlang bilamana kita berjaya meningkatkan undi orang melayu Islam berbanding PRU ke 12. Ramai yang risau bilamana undi Cina turun, tapi tidak menunjukkan kegembiraan bila undi orang Islam meningkat. Mengapa ya ???

Haqqul Mubin....

Anonymous said...

Yang salah ialah menjadikan TG Hadi sebagai proksi bagi mendapatkan projek. Kemudian mengaburi mata orangf lain atas nama Islam

Hah?Tuan guru boleh bagi projek??wei best ni.aku pun nak jugak.minta projek 1 tuan guru?soalan macam ni sebenarnya dari klip2 jkk umno je bodek projek dari menteri atau wakil rakyat dan xde dikalangan pengikut2 pas.

woi TB, janganlah ko lakonkan skrip umno untuk tatapan penyokong pas wahai TB.kalau ko sokong umno,senyap2 dahla.xyah nak tulis skrip umno kat sini nanti lagi meluat orang baca tulisan ko ni.bila dituduh umno,ko marah..tapi stail ko ni SEJIBIK mcm umno.

Anonymous said...

stail PAS macamana .... makihamun... oooo mcm tu kaaa

Anonymous said...

mana ada aku maki woi.'woi' tu munasabah dengan uslub komunikasi aku ngan TB.

Tulang Besi said...

Wahai kambing mubeen,

Tak payah la kao nak tuduh aku agen UMNO ke tidak.

Kao sampai sekarang tak berani nak bagi # keahlian kao.

Anonymous said...

ahli2 dan penyokong pas berkerja bertungkuslumus utk memenangkan pas. mereka tidak mengharapkan apaapa balasan dari sesiapa kecuali redha Allah semata.

apabila sudah menang ada pula di kalangan pemimpin yang begitu gairah dgn ketuanan melayu yang selama ini tidak pernah dikenali pas.

keadaan ini meminta kita benarbenar faham pemimpin dan ahli serta penyokong bertaut rapat. pengorbanan ahli serta penyokong memerlukan pemimpin istiqamah denganya. dengan lain perkataan pemimpin perlu faham dan sedar apa yang dikehendaki ahli dan penyokong. pemimpin juga tidak boleh lupa mereka berada di saf kepimpinan adalah diatas kehendak dan citarasa ahliahli.

justeru "Cuma aku nak tanya salahkan kalau PAS mendekati UMNO untuk tujuan mengajak ahli UMNO untuk memasuki PAS???" tidak ada salahnya. cuma persoalan dan tanda tanya timbul apabila pemimpin bertemu pemimpin, sudah tentu perbincangannya berkaitan kepimpinan, berkaitan masa depan. logikkah pemimpin pas bertemu pemimpin umno sematamata untuk mengajak pemimpin umno masuk pas? jangan tanya soalan bodoh, ia sudah tentu mengundang jawapan yang bodoh.

justeru "Atau kita langsung tak boleh mendekati UMNO ??" tidak benar. peningkatan pengundi melayu menyokong pas dalam prk kt mendedahkan kerja kuat serta pengorbanan ahli dan penyokong dan terbukanya hati pengundi melayu untuk berubah. mereka tolak umno kerana sebabsebab yang hanya mereka yang tahu, kempen ahliahlidan penyokong pas memperkuatkan lagi citarasa mereka untuk berubah.

justeru "Apa kaedah dakwah yang kita pakai ??? kena tanyalah diri sendiri, jangan bertanya sekadar mempertahankan tindakan yang menolak citarasa ahli dan penyokong.

justeru "Sejak bila wahyu turun mengatakan kita tak boleh mendekati ahli UMNO untuk menyampaikan dakwah kita buat selama-lamanya.." adalah satu statement yang teramatnya bodoh yang datang dari seorang ahli pas? satu tindakan meremeh dan merendarendahkan orang yang tidak sebulu, sedangkan tidak sebulu itu mendatangkan pelbagai idea yang dituntut.

justeru "Aku tak setuju kalau PAS masuk BN. Sekali lagi aku katakan aku tak setuju kalau PAS masuk BN, tapi untuk mendekati mereka bagi menyertai PAS maka perlu ada pertemuan, perjumpaan dan sebagainya, maka usaha perlu dilipat gandakan." adalah citarasa, harapan dan kehendak ahliahli dan penyokongpenyokong. cuma persoalan dan tanda tanya timbul apabila pemimpin bertemu pemimpin, sudah tentu perbincangannya berkaitan kepimpinan, berkaitan masa depan. logikkah pemimpin pas bertemu pemimpin umno sematamata untuk mengajak pemimpin umno masuk pas?

justeru "Aku gembira PRU KT telah membuahkan hasil yang cemerlang bilamana kita berjaya meningkatkan undi orang melayu Islam berbanding PRU ke 12." amat benar ia berita gembira untuk semua ahliahli dan penyokongpenyokong pas, ia bukan kegemberiaan awak seorang!!!

justeru "Ramai yang risau bilamana undi Cina turun, tapi tidak menunjukkan kegembiraan bila undi orang Islam meningkat. Mengapa ya ???" adalah sweeping statement yang tidak mengambilkira faktorfaktor prk tersebut. yang tidak patut datang dari seorang yang hebat dan berilmu. usahlah berhujah for the sake of berhujjahing... kenapa banding "Cina" dengan "Islam"? short sighted? Negara China memiliki ramai orang Islam dari Malaysia, bukan gitu? orang Cina menerima Islam lebih dahulu dari orang melayu, tidak gitu?

wallahu'alam

kerdil lagi dhaif

Farhan Kaninchen said...

Sekali lagi, mereka yang menghentam Tulang Besi cuma berselindung di sebalik nama samaran yang ala2 suci murni itu.. Seperti nama samaran "Haqqul Mubin".. Yang lain2 tu mcm biasalah, dok gune "Anonymous" je.. Adoihhlah, orang yang main sembunyi2 ni cuma orang yang penakut dan bacul je.. Bilalah agaknya dapat mengenali penghentam2 Tulang Besi ni dengan lebih rapat yek...? Nak tau jugak mcm mane peribadi dan latar belakang pendidikan mereka yang sebenarnya.. Barulah buleh pikirkan sama ada nak terima idea-idea mereka atau tidak.. :-)

Anonymous said...

justeru "Cuma aku nak tanya salahkan kalau PAS mendekati UMNO untuk tujuan mengajak ahli UMNO untuk memasuki PAS???" tidak
ada salahnya. cuma persoalan dan tanda tanya timbul apabila pemimpin bertemu pemimpin, sudah tentu perbincangannya berkaitan
kepimpinan, berkaitan masa depan. logikkah pemimpin pas bertemu pemimpin umno sematamata untuk mengajak pemimpin umno masuk
pas? jangan tanya soalan bodoh, ia sudah tentu mengundang jawapan yang bodoh.




saya x bersetuju dengan apa yang saudara katakan pada anonymous tu. Kenapa xboleh pemimpin bertemu pemimpin untuk nyatakan dasar mana yang lebih sesuai?kenapa tidak boleh bertemu bila kita ingin mengajak pemimpin yang hanyut dengan kapal yang hendak karam supaya berhijrah ke kapal kita?mereka pun orang islam.adakah kita sorang je nak dapatkan keredhaan Allah? lagikan pemimpin bukan islampun wajib kita ajak mereka atau nyatakan keindahan islam yang dianuti,inikan pula sesama islam.soal diorang nak xnak,itu soal yang lain.

saudara,
jangan kita hanya pandai bertemu dengan rakyat bawahan sahaja untuk nyatakan kebenaran.pemimpin juga perlu diajak kepada kebaikan.tugas pertemuan antara pemimpin adalah penting.Apabila pemimpin setuju kearah kebaikan dari jalan yang menuju keburukan,bermakna mereka akan bawa bersama2 penyokong dan pengikut mereka menuju kearah kebenaran.Mereka akan bawa sejumlah penyokong yang banyak masuk ke parti kita.rakyat nak menegur pemimpin yang keras kepala xboleh,xkanlah mamat yang jual kueh tiow nak pi jumpa PM untuk beritahu tentang kebenaran.PM mana nak jumpa?mesti lah orang yang sama level. Apabila pemimpin
bertemu pemimpin, ianya mungkin membuahkan banyak hasil yang dikehendaki.lagipun supaya tuntutan yang dibuat boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan walaupun bukan semua tuntutan tersebut dilayani mereka. Sebab itu saya katakan tadi,pentingnya diadakan pertemuan dengan orang yang berkeadaan terdesak ini.saya bersetuju apabila bukan sahaja pertemuan
diadakan dikalangan pemimpin parti politik malah pertemuan juga hendaklah diadakan dengan pihak ngo dll.semoga dakwah islamiyah yang kita anuti ini akan segar dihati mereka dan dimanfaatkan bersama.

-Ammar-

Anonymous said...

Ammar,

contoh terbaru, adun bota...
celiklah sikit

kerdil lagi dhaif

Anonymous said...

Ammar,

adun bota tu islam gak...
celiklah sikit

kerdil lagi dhaif

Anonymous said...

Saudara,
jangan hukum semua orang begitu.ada orang umno yang kat bawah tu,berserabut dan menunggu ketika untuk masuk pakatan.dengan masaalah kepimpinan dalam umno dan berbagai krisis lagi yang berlaku diperak. contoh yang berlaku di perak tu hanya pemimpin umno yang telah disumbat dengan wang.pengikut umno bagaimana pula? kalau pemimpin xmasuk,penyokong akan berbondong2 masuk dan akan menabalkan pemimpin mereka yang baru.tugas pakatan bukan sahaja untuk memenangi pengundi bukan melayu malah pengundi melayu umno juga wajib ditarik untuk masuk ke pakatan.ada orang yang tidak boleh menerima perlakuan seperti itu,yang sudah terjebak terutama pengundi muda yang menyokong umno menunggu masa untuk masuk ke pakatan rakyat.jika tuanku sultan perkenan pembubaran Dun MB Nizar,saya pasti pakatan akan menang dan menjadi kerajaan yang lebih kukuh dengan sokongan rakyat,insyaalah.

-Ammar-

Anonymous said...

tula orang cakap. Kene bertemu dengan semua orang supaya dakwah berjalan dengan lancar.xkira sape,termasuk umno. Nak harapkan PKR? tengoklah apa dah jadi kat perak tu. PAS kene tarik seberapa banyak pengundi melayu dan bukan melayu untuk mengepalai gerakan selepas ini dengan pengalaman yang ada,samada melayu umno dan melayu atas pagar. usah jadikan PKR peneraju utama dalam PAKATAN.

Anonymous said...

Ammar,

sudah tentu tg hj hadi jumpa paklah bukan utk mengajak paklah masuk pas, yang mana tg hj hadi pun tahu bukan tujuan paklah bertemu beliau untuk masuk pas. yang jelas, apa yang dikatakan oleh tg hj hadi, demi ketuanan Islam dan melayu. pertemuan berlaku ketika kejutan keputusan pru ke 12, apabila umno sedar kedudukannya telah tergugat. percayalah tidak akan berlaku pertemuan sekiranya umno kuat seperti terbukti selepas pru 11. lihat sahaja tindakan umno terhadap kerajaan pas kelantan. mahathir tutup sek agama rakyat, jika umno ikhlas, selepas menang pru 11, sudah tentu menghulurkan tangan persaudaraan kepada pas dan tunjukkan keikhlasan tersebut seperti mengembalikan bantuan kepada sar, tidak berterusan menekan kerajaan kelantan. bak kata almarhum ustaz fadhil nor, umno tak akan menghulur tangan persahabatan kepada pas sekiranya umno kuat.

wallahu'alam

kerdil lagi dhaif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.