Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 3, 2009

Suasana Perak - Satu Bukti Betapa Najib Seorang Desperado

Perak sedang menghadapi cabaran yang paling getir dalam sejarah politik Malaysia akibat sikap tidak bertanggungjawab 2 orang exco PKR. Bagi saya ini adalah ujian dari Allah SWT dan Pakatan Rakyat Perak wajib bersabar dan bertawakal serta bertindak dengan cara yang paling hikmah dan bijak.


Namun, segala usaha PAS di Perak mestilah dirahsiakan dari mereka-mereka yang pernah terlibat dalam Fraksi UMNO terutama dari mereka yang lebih suka bergaul dengan wakil rakyat UMNO/BN berbanding PR di Parlimen.

Secara dasarnya kita tidak menolak sesiapa sahaja untuk bertukar arah atau tujuan. Yang dikesali adalah pertukaran parti politik yang berlandaskan kepada rasuah dan amalan membeli ADUN yang diamalkan oleh UMNO. Menggunakan wang rakyat untuk membeli ADUN adalah amalan yang sangat jijik.


Membeli ADUN Bukan Perkara Baru Buat UMNO

Kita masih ingat bagaimana kerajaan PAS Terengganu dijatuhkan semasa tahun 1962. Ianya tidak lain dan tidak bukan hasil dari kerja tangan UMNO membeli ADUN2 PAS.

Juga, kita tidak lupa peristiwa "about-turn" apabila beberapa ADUN KElantan telah di"kidnap" dan pada hari yang sepatutnya undi tidak percaya dijalankan kepada Dato Asri, ADUN2 tersebut telah kembali semula kepada PAS menjadikan usaha UMNO Kelantan gagal.

PAS sendiri mempunyai bukti kukuh bagaimana UMNO cuba membeli calon PAS di Johor semasa 2004 lepas.

Tanyala Pairin Kittigan dan beliau akan beritau berbagai kisah betapa galaknya UMNO/BN membeli ADUN.

Ertinya usaha membeli dan memaksa ADUN ini perkara biasa dalam UMNO. Lebih-lebih lagi sekarang ini di zaman UMNO nazak dan hampir sakaratul maut ini.

Suasana di Perak Sekarang

Alhamdulillah, kerajaan masih kukuh. Walaupun dua ADUN ini bermasalaah, namun tiada arahan dari Istana untuk MB Perak meletak jawatan. Tiada arahan dari istana untuk MB baru mengangkat sumpah.

Cumanya maklumat yang saya dapat, usaha untuk membeli ADUN seperti membeli goreng pisang sekarang ini.

Jumlah sudah tidak menjadi soal lagi. Najib sanggup berbelanja apa sahaja untuk mendapat seorang lagi ADUN demi menebus maruah Najib yang bercalar teruk sewaktu PRK Kuala Terengganu.

Namun, nampaknya masih ada orang yang tidak dapat dibeli dengan wang. Syabas kepada Fauzi Muda yang membuat kenyataan bersumpah di atas usaha pihak tertentu yang mahu membeli beliau.

Beberapa Maklumat Berkenaan 2 ADUN PKR Tersebut

a. Tindakan Menguatkuasa surat perletakan jawatan tersebut adalah di atas kenyataan anak Jamaludin Othman yang memberitahu hasrat bapanya untuk keluar KeAdilan dan menjadi ADUN Bebas

b. Rupa-rupanya pembayaran RM10 juta masih belum berlaku kerana kemasukan Nasarudin Hashim. Itulah sebabnya mereka mahu mengisytiharkan masuk mereka kepada Bebas dahulu sebelum mereka masuk BN

c. Tindakan mereka ini mendapat tentangan yang sangat hebat dari pengundi mereka di DUN masing-masing

d. SPR telah dipergunakan oleh UMNO dan Najib untuk menutup malu UMNO. Ini kerana UMNO mungkin tidak diberitahu atau terlupa akan surat perletakan jawatan.

e. SPR sepatutnya bertindak kerana kedua-dua ADUN tersebut telah mengaku menandatangani surat tersebut. Ertinya, mereka telah bersetuju di atas segala syarat-syarat dalam surat tersebut.

f. Jelas SPR adalah barua UMNO dan BN kerana status seseorang ahli DUN itu disahkan oleh Speaker yang mempunyai kuasa mengikut undang-undang tubuh Perak.

g.Asalnya mereka mahu menunggu hari Sambutan Jubli Perak Sultan Perak bagi membuat pengisytiharan mereka.

h. Hakikatnya, pemergian kedua-dua Jamaluddin dan Osman Jailu ini sebenarnya bagus kapada PKR. Mereka pun sebenarnya calon bidan terjun pun.


Beberapa Langkah Cadangan

1.0 Bubar DUN Perak samasekali. Mesti pujuk Sultan Azlan Shah dan masa pergi pujuk Sultan Azlan Shah, pastikan surat perkenan bubar DUN di tanda tangani dahulu sebelum meninggalkan istana

2.0 Kalau tak boleh bubar, Speaker boleh halang kedua-dua jebon tu dari masuk berbahas menjadikan majoriti PR masih 3 kerusi

3.0 Gantung semua peruntukan kepada dua jebon itu dan lantik Penyelia DUN di Changkat Jong dan Behrang

4.0 Dedah segala penyelewengan kedua-dua jebon ni supaya rakyat tahu siapa mereka sebenarnya.

5.0 Pastikan keseluruhan jentera pilihanraya bersiap sedia kerana kes dua kerusi itu akan dibawa ke mahkamah. Semasa kes ini berjalan, jentera PR boleh menjalankan kerja-kerja cula dan persiapan PRK.

6.0 Saman SPR sebab dungu sangat. ada ka bila Speaker dah kata kerusi tu kosong, dia kata tak kosong.

7.0 Lagi best minta Raja Nazrin buang negeri kedua-dua orang jebon itu sebab mereka telah berbohong kepada raja. Mereka ini derhaka kerana surat taat setia itu mereka telah tanda tangan di hadapan Raja Nazrin Shah. PAstikan mereka tidak boleh kembali ke PErak sehingga mereka mati. Kalau nak pergi Kedah, mereka terpaksa naik kereta ikut Pahang, Terengganu, Kelantan lepas tu Penang.

8.0 Mesti berhati-hati dengan Fraksi UMNO dalam PAS. MEreka pun tumpang gembira kalau PErak jatuh pada BN sebab mereka nanti boleh "push" agenda mereka hendak bawa PAS masuk BN.

8.0



Tulang Besi

2 comments:

Anonymous said...

The best solution is the Sultan allows for the state assembly to be dissolved.

I am now convinved more than ever after KT and after PP, the rakyat wants change.

It will be a TOTAL slap in the face if UMNO in Perak loses big time, esp now that Najis himself has made himself PERAK UMNO liasion chief.

if he loses Perak big time, another slap in his claim that he is relevant.

Anonymous said...

unfortunately this guy is not a saint. he's just like those in BN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.