Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, February 18, 2009

Tulang Besi Menyokong Kenyataan PAS Selangor (Isu Elizabeth Wong)

Saya telah membaca kenyataan PAS Selangor dengan teliti dan saya dapati kenyataan tersebut cukup baik dan sesuai dengan keadaan dan waqi' yang berlaku serta menjaga prinsip dan akidah PAS itu sendiri.

Sememangnya setiap ahli politik mesti mempunyai nilai moral yang lebih tinggi dari rakyat umum. Ini kerana mereka adalah pemimpin kepad rakyat. Sekiranya tahap moral mereka rendah, maka tahap moral rakyat akan menjadi lebih rendah.

Oleh kerana itu saya amat bersetuju dengan kenyataan ini:

"PAS Selangor berpendapat bahawa seorang pemimpin perlulah memiliki akhlak dan keperibadian yang baik sehingga boleh menjadi contoh dan ikutan kepada rakyat jelata."

Pemimpin bukan sahaja memimpin melalui undang-undang dan birokrasi. Mereka memimpin melalui contoh dan tauladan. Dengan nilai moral yang tinggi, mereka akan mampu membentuk sebuah masyarakat yang murni dan harmoni.

Sebagai parti islam, PAS tidak boleh melanggar hukum yang telah ditetapkan di dalam Al Quran dan As Sunnah secara qat'ie. Walaupun ianya berlaku kepada orang yang tidak menganut ugama Islam, tetapi umat Islam tidak boleh mengatakan tindakan tersebut tidak salah.

Tetapi ada juga peruntukan di dalam hukum Islam yang mengharamkan "mengumpat". Dengan mendedahkan keaiban dan kesalahan seseorang yang sebelum ini tidak diketahui umum seperti ini, maka ianya dikategorikan dalam Islam sebagai mengumpat.

Suka diingatkan Islam menghormati "privacy" dan apa yang berlaku di dalam rumah masing-masing tidak harus dibawa keluar kepada umum. Ini dibuktikan dengan riwayat berkaitan Saidina Umar yang menangkap seorang minum arak di rumah beliau. Maka, telah diberitahu kepada Saidina Umar bahawa tindakan mengintip beliau itu bukanlah dari ajaran Islam.

Walaubagaimanapun, tindakan Elizabeth Wong harus dipuji dan dianggap sebagai tindakan mulia. Beliau sanggup bertanggungjawab terhadap apa yang beliau telah lakukan demi kepentingan umum. Ia menanadakan beliau adalah seorang ahli politik yang berprinsip dan terpuji.

Lagi sekali, anggaplah ini semua adalah ujian. Mana tahu lepas ni ada pulak gambar tak elok yang keluar dari kalangan pimpinan UMNO??

Tulang Besi

29 comments:

Anonymous said...

"PAS Selangor berpendapat bahawa seorang pemimpin perlulah memiliki akhlak dan keperibadian yang baik sehingga boleh menjadi contoh dan ikutan kepada rakyat jelata."

Kalau begitu kenapa Mat Sabu masih ada di exco PAS dah?Dia kena tangkap dengan isteri orang dalam bilik hotel.Perempuan itu dah jadi bini no.2 dia sekarang,kalau lah betul tak ada apa2 kenapa kahwin selepas pembicaraan mahkamah?

Tulang Besi said...

Kalau begitu kenapa Mat Sabu masih ada di exco PAS dah?Dia kena tangkap dengan isteri orang dalam bilik hotel.Perempuan itu dah jadi bini no.2 dia sekarang,kalau lah betul tak ada apa2 kenapa kahwin selepas pembicaraan mahkamah?

Dan bukan ke dia didapati tidak bersalah dalam mahkamah terbuka?

Aikk, lupa pulak ye part tu?

lan said...

terima kasih Hasan Ali dan PAS Selangor! Sata pendirian yang tegas dan ikhlas

sfso@pulaijb said...

PAS memang ok cuma TULANG LEMBIK ni je kuat merapu..

Merapu-merapu pun aku suka sebab senang nak kutuk..

Kau tak abis2 kalau nak comment kpd org2 yang tak setuju dgn pendapat kau,

kau tulis ayat standard;
UMNO kuat fitnah,dari kecik sampai tua kuat fitnah.dei dah takda modal lain ke?

Aku tak perlu jadi org UMNO lah Tlang Lembik untuk aku nak kutuk PAS yang semakin hari semakin mengarut.Dah ilang respek aku.Blogger yg pro PAS mcm kau ni pulak posting pun macam budak tak
abis belajar..

Tu yg aku suka sangat..keep it coming

Tulang Besi said...


Aku tak perlu jadi org UMNO lah Tlang Lembik untuk aku nak kutuk PAS yang semakin hari semakin mengarut.Dah ilang respek aku.Blogger yg pro PAS mcm kau ni pulak posting pun macam budak tak
abis belajar..


Apa yang kao kutuk? semua benda kao komen semua takda asas.

Balik2 ulang benda sama "Pas dah makin mengarut" tapi apa dia yang mengarut dia?

Kao dah jadi burung kakaktua UMNO. Ulang2 fitnah diorang tanpa berfikir.

Akal kao dah letak kat lutut.

Anonymous said...

Saya menggesa semua ADUN-ADUN Selangor mempertingkatkan keselamatan diri dan keluarga mereka. Ini berikutan perkembangan terkini di Perak yang melibatkan dua ADUN Parti Keadilan Rakyat.


Pada tahun 60'an, ADUN-ADUN PAS Kelantan pernah diculik dan dipaksa untuk menyokong UMNO.


Ini merupakan usaha untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan ketika itu. Tetapi usaha ini gagal setelah beberapa orang ADUN yang diculik telah menukar fikiran di saat akhir sebelum undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri.Saya berharap ADUN-ADUN akan memastikan keluarga mereka terutamanya anak-anak kecil tidak terdedah kepada sebarang usaha untuk menculik mereka.


Saya bimbang jika taktik ini akan digunakan untuk memaksa mana-mana ADUN berpaling tadah.Walaupun Pakatan Rakyat mempunyai majoriti yang selesa di Dewan Undangan Negeri Selangor (majoriti 16 kerusi) tetapi ia perlu sentiasa berwaspada. Barisan Nasional sekarang tertekan selepas kalah di Kuala Terengganu dan apa sahaja boleh berlaku.Petugas-petugas parti hendaklah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.


Seorang wakil rakyat PAS Kelantan, Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji pernah mati dikapak dan pembunuhnya tidak dapat ditangkap hingga kini.Iskandar A. Samad 2 Februari 2009.


YB Iskandar Abdul Samad
Exco Kerajaan Negeri Selangor
2 Feb 2009

Alias Mohd Yusof said...

Norma masyarakat tidak semestinya berada dalam bentuk undang-undang. Walaupun tidor terkangkang tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang, tetapi ia suatu perbuatan yang kurang manis, apalagi kalau anak dara pulak.
Tetapi membuka aib orang itu lagi besar dosanya.

Anonymous said...

Enuff of this moral thingy..hukum hukum moral tak cukup power utk menghakis hawa nafsu manusialah..if moral is the alpha omega of kerohanian,then no needlah to dive deep into holy scriptures in order to know and experince hukum hukum kerohanain,prinsip prinsip equality(frm the supreme's angle!!!)..kita kan ada buku civic,tatarakayat?use them as referencelah..

If moral was the ultimate principle,Krishna,Prophet Muhamad wouldn't have used the sword..semua jadi gandhi..spining charkha,and hallucinating and beliveeving in moral force and dialogue as the ultiamte weapon against hostile forces..kahkahkah

man,one of hizbollah strengths is they managed to terajang keluar(even shot) all those spies,talam dua mukas n the group became spy free..hamas received a lot of military(and tactical help) frm Hizbollah and as a result,they were a success in Gaza..but,as the british journalist and pro Hizbollah Robert Fisk correctly pointed,the failure of Hamas to weed out spies,talam dua mukas resulted in Hmams losing their top leaders during the battle of gaza(And how many Hizbollah lost in 2006?None!!)..haiyaah..people r forgetting that pakatan is confronting a very hostile opponent..Look man,Guan Eng received a death threat yesterday,one PAS lady MP or ADUN was accused of "tangkap basah"..and foto's of Liz sleeping on her own bed naked was spread on d net (why now?who dat bugger?was he a mole or a spy acting as a lover?)..this is not the time of pussy footy namby pamyby moral gooey..there is a lot of strength behind pakatan and that's why it's surviving and winning,but dont be complacent!!

Tulang Besi said...

i think cleaning out spies is still within the boundary of morality

Anonymous said...

after watching HUJAH last nite,i m convinced it's the puak puak pariah spt c4,toyol n cacat rustam ali r the masterminds behind all these attacks..and if dis barua doc hassan ali is not kept in check..haha.."poof"..hahaha

Anonymous said...

cleaning out spies has little got to do with morality..it has more got to do with making a group more efficent so dat,plans can be executed effectively..haiyaah..i cant belive PAS fellas r turning into Gandhians..wats appenin man?Wat will be next?Drinking goat milk?

Anonymous said...

Seelah the rakyats sentiment..seelah wat append in KK..that certainly was not a passive movement!!!And as result of that najis,and the Sultan Of Perak dah kecut..so fierce and determined are the people now..wat we r seeing now is a REVOLUTION!!This is wat happens when all the principles of the divine.. justice,equality,harmony,campassiondissapears in a country or a society..when segala kehaprakan memuncak,the counterbancing force turun and it's "this undying" force/strength acting behind pakatan..so always be on alert,vigilent and do wats need to be done to confront enemies

Anonymous said...

Ada pula yang mencadangkan, tidakkah sepatutnya YB Eli meletak jawatan? Saya ingin bertanya kembali, mengapa? Apakah kesalahannya? Adakah tidur tanpa baju di bilik tidur sendiri satu kesalahan? Sejak bila? Ianya mungkin amalan yang pelik bagi sesetengah golongan, tetapi ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Lainlah kalau berbogel dikhalayak ramai.

Ada yang menambah dan mengatakan ini bukti kurangnya moral kerana pasti YB Eli mempunyai hubungan seks dengan orang yang mengambil gambarnya. Itu sekali lagi andaian dan sekiranya YB Eli seorang Islam, nak dituduh zina sebegitu, pihak penuduh perlu membawa 4 orang saksi. Kalu tiada, diam! Andaian-andaian tak main. Boleh jatuh kazaf.
http://www.khalidsamad.com/2009/02/kes-yb-elizabeth-wong.html

Anonymous said...

kahkahkah..tau tak kisah Adolf Hitler..dia tu celibate..makan sayur pulak..tak minat sex..tapi..akbat supressing dia punya hawa nafsu..jeng jeng jeng..di lost control dan tadaa..dirasuk..ini betui..talak tipu ciakap..

emas 916 said...

tidur terkangkang satu isu..
tidur terkangkang dgn boypren ambik gambar.. satu isu lain..
tidur terkangkang dgn boypren melayu islam ambik gambar.. lain dah isu tu..

Anonymous said...

manusia dah lama putar belitkan divine truths ..and some even go as far appointing themselves as moral police..ciih!!sudahlahlah woi..we all are human..all of US are full of weakness..it's only the soul/ruh in us which is the divine..(dats why the central message in the quran is SURRENDER!!!..SURRENDER!!!..SURRENDER TO THE DIVINE!!! .ALL OUR FACULTIES MUST BE SUMBMITTED TO THE SUPREME/THE ABSOLUTE/THE INFINITE!!!!!)..ya..human mental and emotional faculties are full of weakness..dats why the opening of the heart center and constant submission to ALLAH WHO IS THE ABSOLUTE/THE INFINITE/THE ETERNAL r the commands in the quaran..but woit!!we have self appointed moral police who thinks they r oredi next to god..specel favourites of Allah..piraah!!

Anonymous said...

[Yusufali 4:28] Allah doth wish to lighten your (difficulties): For man was created Weak (in flesh).

[Yusufali 4:17] Allah accept the repentance of those who do evil in ignorance and repent soon afterwards; to them will Allah turn in mercy: For Allah is full of knowledge and wisdom.

Anonymous said...

Yusufali 4:129] Ye are never able to be fair and just as between women, even if it is your ardent desire: But turn not away (from a woman) altogether, so as to leave her (as it were) hanging (in the air). If ye come to a friendly understanding, and practise self-restraint, Allah is Oft-forgiving, Most Merciful


[Yusufali 4:135] O ye who believe! stand out firmly for justice, as witnesses to Allah, even as against yourselves, or your parents, or your kin, and whether it be (against) rich or poor: for Allah can best protect both. Follow not the lusts (of your hearts), lest ye swerve, and if ye distort (justice) or decline to do justice, verily Allah is well-acquainted with all that ye do.

AnakMelaka said...

rogol tu tetap rogol walaupun oleh suami sendiri ...

nie yg buat PAS kurang EQ... jgn impose your moral values unto others ... lagi pun nie hidup & hak YB Eli.

Anonymous said...

Bab ni ,aku setuju dgn Pas Selangor,seorang pemimpin mistilah mempunyai moral yg tinggi,lebih tinggi dari orang yg di pimpinnya.Amoi ni bukan hanya pimpin org bukan Islam ,tapi juga org Islam,sekurang-kurangnya jangan lah 'buat kerja' dgn lelaki Islam,he,he.

Helmi,Helmi,handsome budak tu patut le amoi ni tergoda sampai tertidur dan lupa nak pakai selimut.

Apa-apa pun semua kena cermin diri.

Anonymous said...

If we compare the PAS Selangor's statement and the wisdom given by Khalid Samad, we can understand why he was “incompatible” with their line of thinking. May GOD save Selangor and help us all.

Tulang Besi said...


Helmi,Helmi,handsome budak tu patut le amoi ni tergoda sampai tertidur dan lupa nak pakai selimut.

Apa-apa pun semua kena cermin diri.


Aku salahkan Hilmi ni. Dah elok dia suka kat kau, kahwin je la cara sah.
Dah tak jadi fitnah dah lepas tu.

Ni kenapa nak mangsakan dia pulak?

Anonymous said...

Saya sungguh bersimpati atas apa yg telah terjadi pada Elizabeth Wong, seorang yg dedikasi dan kuat kerja.

Hanya satu saja yg saya kurang berpuas hati melihat repons2 disana sini.
Pihak PR, kalau tidak pun secara terang, tetapi secara ada menuduh ini adalah pekerjaan orang Umno.
Dan pihak Umno pula, lebih lagi orang spt Toyo, ada yg terus menghukum dan meminta Wong meletak jawatan.
Soal pokok ialah: Siapa yg megambil gambar dan mengedarnya? Tentu lah ia seorang yg Wong kenal rapat. Jadi ini lah orang yg patut dicari dan disoal siasat.
Mari kita ketepikan dulu soal politik. Ketepikan juga soal moral (siapa di antara kita yg takde dosa, ooi?).
Pokok nya Wong telah di aniyai. She has been betrayed.
Orang itu, tentu lah orang yg rapat dgn wong. Apa yg dia buat adalah satu jenayah.
So focus on that. Banyak wanita yg telah menjadi mangsa kes begini, di aibkan melalui teknoloji.
Akhir kata: I refuse to see this as a political issue or a moral issue.
I see it as a CRIME.
WANITA ASIA

Anonymous said...

anon 5:46,

mana boleh lupa soal moral,benda dah terdedah kena lah siasat dan ambil tindakan kalau salah.kalau semua penyokong PKR nak lupakan soal moral,baik aku belah sokong parti lain.Kau org cakap kat blog ni je,aku duduk di Bhg.teruk nak explain pada org kampung,apa -apa aku dulu yg dapat sms dari mereka nak tau cerita.sebut pasal gambar bogel,tau je lah pandangan org kampung.Sekarang ni pun dah ramai yg nak melompat ke parti lain,kes anwar/saiful pun belum selesai.so lu pikir le sendiri.

Anonymous said...

ni lah kerja org melayu pandai memfitnah aje! tak de kerja lain ke? mALULAH SIKIT DGN BANGSA-BANGSA PROGRESIF YANG LAIN!Umno ni mmg parti fitnah!

Anonymous said...

Sekarang ni pun dah ramai yg nak melompat ke parti lain,kes anwar/saiful pun belum selesai.so lu pikir le sendiri.

oii org tak de otak macamana nak bicara kalau tak de kes! Bodoh punya org melayu!

Anonymous said...

kepada org² pro umno,dah ade internet ni pun masih tak cerdik lagi ke?..bnyk info kat internet ni..kaji la dulu sebelum nak ckp..balik2 ckp benda yg sama..asal nak ade election je macam² isu yg keluar tul tak?..biasa la tu taktik budak² kecik..nak tergelak tgk umno ni terhegeh²..cuba la nilai sesuatu tu mengikut ISLAM yg sebenar..bukan 'ISLAM UMNO'(Hadhari dsb nya..)..kalau kena kat batang idung UMNO semua boleh diubah..skrg ni senjata diorg adalah sultan/agong..sikit² sultan..kalau hal² lain, sultan tu macam boneka je bg UMNO..kesian kat Sultan..

Anonymous said...

isunya 'moral'. kenapa kita terlalu cepat bertindakbalas apabila ada isu-isu melibatkan unsur-unsur 'porno', terutama sekali bila pihak yang terlibat itu bukan islam, chua soi lek, elizabeth wong. masa isu rahim tamby chik, PAS sabu etc.. kita tak pula melenting.. kita diam.. kenapa? sebab arang dah terpalit dimuka sendiri?.. itulah masalahnya

isu 'moral' rasuah, penipuan dan pembohongan berleluasa di kalangan orang-orang sendiri cuma dipandang sebelah mata. kenapa? sebab tak berunsur 'porno'?

amat memilukan bila isu-isu 'moral' berunsur 'porno' dihebohkan, seolah-olah otak kita dipenuhi dengan bayangan-bayangan seumpama itu. hingga dah tak reti nak menilai nilai 'moral' dalam ertikata sebenar.

bila ada orang politik menggunakan masjid untuk membersihkan daki dibadan, bersumpah tak kenal orang yang dah seantero dunia kenal, tak ada pula orang nak bising. sedangkan perbuatan itu telah mencemarkan masjid. orang tidur telanjang dalam rumah sendiri pula terbeliak biji mata.

ini lah orang kita. bagi saya, elizabeth wong tak melakukan sebarang kesalahan moral, kecuali 'moral' tafsiran orang-orang sebelah yang penuh dengan kepura-puraan. tak heran kalau esok mufti selangor akan mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi orang-orang islam tidur bertelanjang.. tak heran. kita dah semakin pintar mentafsir sehingga seolah-olah dah setaraf dengan yang maha kuasa..

dusunbukit said...

"PAS Selangor berpendapat bahawa seorang pemimpin perlulah memiliki akhlak dan keperibadian yang baik sehingga boleh menjadi contoh dan ikutan kepada rakyat jelata."

inilah namanya hipokrisi tahap perdana. adakah tidur bogel itu dianggap tak bermoral? isunya ialah gambar tidur berbogel dalam rumah sendiri. segala apa yang berlaku sebelum tertidur, itu adalah tanggapan dari permainan minda orang-orang yang tak bermoral.. otak porno!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.