Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 17, 2009

FAKTA UMNO KHIANAT TANAH ORANG MELAYU

Kalau dilihat perangai dan komen dari golongan pro-UMNO (i.e. sfso@pulaijb) kerap mereka menggunakan fitnah kononnya PAS diperkudakan oleh DAP. Dan mereka kerap mengatakan bahawa tanah diberikan sewenang-wenangnya pada bangsa lain sewaktu PAS memerintah Perak.

Nah, saya cabar sfso dan sekutu-sekutunya untuk menjawab fakta dalam artikel ini. Untuk kes ini sahaja, saya mengangkat "ban" terhadap sfso@pulaijb untuk tujuan kita melihat betapa terkial-kial penyokong UMNO di dalam penafian artikel ini.

Ini adalah sebuah artikel tulisan Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat 2007-2009.

(bermula)Umno Perak terutama Dato’ Zamri ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato’ Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak. Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.

Ini adalah jawapan kepada Dato’ Zamri dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan Pas, bukan DAP dan bukan PKR.

Fakta yang Dato’ Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.

Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.

Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.

Kalau Umno tuduh Pakatan Rakyat boneka China dan khianat tanah orang Melayu kenapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008 sebanyak 45 ekar. Kalau kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Haji Nizar boneka China sudah tentulah permohonan ini tidak diluluskan. Adakah pemimpin Umno ingat Pak Teh ini China Taiwan sehingga permohonan beliau tidak diluluskan. 12 tahun Pak Teh menunggu kelulusan. Tiba-tiba kerajaan yang kononnya boneka China meluluskan permohonan tersebut walaupun tidak sampai sepuluh bulan memerintah. Manakala Umno yang mendakwa tonggak orang Melayu telah kianat kepada bangsa sendiri walaupun tanah itu untuk kegunaan pondok.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;


• 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

• 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

• 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

• Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

• 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
• 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
• 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.
• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
• 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
• Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
• Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
• Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

• Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.


Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

*Penulis adalah AJK PAS Pusat sessi 2007-2009.

34 comments:

TayadihMaysia said...

Hal ini ada juga di bicarakan di PerakExpress dan petikan penjelasan YAB Datuk Nizar di www.duniacacamarba.blogspot.com.

Anak Perelih said...

Look for the front page of this week's Monday edition of The Sun newspaper
"farmers Left In The Cold"
http://203.115.192.117/monday/index.html

How BN government betrayed the farmers and give the land to housing estate developers....

Tulang Besi said...

TQ Anak Perelih

May God bless you

Anonymous said...

Sebenarnya UMNO ialah boneka MCA

Tulang Besi said...

Mana sfso@pulaijb? Kenapa tak berani nak jawab artikel ni?

Jawab la. Kenapa senyap?


Semua jawapan kao, aku akan pastikan tersiar.

Memang dasar UMNO, PENIPU, PEMBOHONG, PEMFITNAH.

Orang UMNO ni lahir2 je dah dilatih untuk memfitnah dan menipu.

Memang diorang ni bangsa dajjal, suka menipu dan membohong.

Anonymous said...

Asslamualaikum,

Saya cuma nak bagitau yang saya terpaksa posting as anonnymous sebab si Tulang Lembik telah block jawapan panjang lebar yang saya berikan tentang topik ini..

Tulang Lembik telah menipu anda semua dgn mengatakan dia telah lift ban terhadap saya untuk topik ini.Kalau saya tidak diberikan peluang untuk membidas posting2 fitnah dari Tulang lembik,macam mana orang nak tau betapa banyaknya khianat PAS yang dicucuk hidung di bawah DAP terutamanya dlm isu tanah.

lebih buruk lagi d shoutbox pun dia ban..So siapa tulang lembik ni sebenarnya??Manusia bacaul atau dayus mungkin??

Telah saya katakan apa guna saya nak berdebat dgn tulang lembik jika ada sekatan terhadap komen2 di sini..

Ni ke kebebasan bersuara??Saya cuma nak ingatkan kat org2 PAS agar berhati-hati dgn petualang Tulang Besi krn manusia spt ini sangat merbahaya dan hidupnya penuh dgn fitnah dan tipu dusta dan hanya bertujuan untuk memecah belahkan jemaaah PAS

Tq
sfso@pulaijb

Anonymous said...

Dear Tulang Besi,

I HOPE WHAT SFSO SAID IS NOT TRUE about u challlenging him to debate about this topic but you still banning his nick.

It's very hard to say who is lying or who is telling the truth.sfso may be lying but you may also lie too..

MMMM...interesting

Just my 5 cents worth of thought

Natural Born Leader
UK

Tulang Besi said...



Saya cuma nak bagitau yang saya terpaksa posting as anonnymous sebab si Tulang Lembik telah block jawapan panjang lebar yang saya berikan tentang topik ini..


Wahai sfso,

Saya tidak blok. Dan stkt ni, ini sahaja jawapan awak.

Jgn cuba tuduh benda yang saya tak buat walaupun semua orang sedar awak ni org UMNO dan orang UMNO itu kuat menipu.

Lagi pun mana boleh block nick. Saya cuma remove kau punya posting sahaja.

Takda blok-blok.

Kalau dah penipu tu, memang la dasar penipu

Tulang Besi said...

Tengok la betapa pembohongnya si UMNO sfso ni.

Saya dah check, dan saya tak boleh ban apa2 nick.

Saya cuma boleh delete comment sahaja.

Ertinya kalau si sfso ni nak buat comment, ia akan appear.


lagi satu, dia kata dia dah prepare jawapan yang panjang lebar dan posted kat sini.

Soalan saya ialah "Mana Dia"?

Posting itu akan keluar, jgn takut.

Ini bererti si SFSO ni menipu lagi. Hakikatnya, dia takda pun buat apa2 penerangan.

Memang la dasar org UMNO, penipu tak habis-habis.

Anonymous said...

Terpulang untuk anda suma menilai sapa yang menipu..Kalau saya menipu maka Tulang lembik pemfitnah..

Posting bodoh kau ni abg2 DAP tak marah ker??Kalau belakang2 beranilah cakap.Depan DAP diam membisu..Macam budak bodoh

Fikirlah sikit sapa yang control blog ni..Saya ke Tulang Lembik...

Mmmmmm..Hebat betol agenda Tulang Lembik..Pandai betol memanipulasi keadaan..

Tabik lah kat kau tulang Lembik..Mak bapak kau ajar kot menipu org macam ni..

Aku takkan berhujah kalau nick aku masih d ban sbb aku taknak berdebat dgn si bacul yang bernama tulang lembik.Org boleh memanipulasi kalau aku guna anonymous

Macam ni ke org PAS??Macam kaldai
aje perangai

Wasting my timelah mangkuk hayun ni

Tq
sfso@pulaijb

Tulang Besi said...


Aku takkan berhujah kalau nick aku masih d ban sbb aku taknak berdebat dgn si bacul yang bernama tulang lembik.Org boleh memanipulasi kalau aku guna anonymous


Dah skrg ni kata tak nak berdebat pulak.

Tadi kata dah posting tapi kena ban.

Mana satu yang betul ni? Kau memang auta la, memang penipu #1, pembohong dan pemfitnah.

Cakap pun pusing2 mcm la kitorang semua bodoh tak nampak penipu kau ni.

Kau ni jadi penipu sebab kau dah lama sangat dalam UMNO.

UMNO telah melatih kau jadi pemfitnah dan penipu. Sebab tu kao jadi penipu.

Sudah la, misi aku dah selesai.

Aku dah buktikan bahawa kau ni penipu dan aku ada justifikasi halau kau dari blog aku ni.

Semua pembaca dah nampak betapa wajibnya aku menghalau kau mcm halau binatang.

Kau tak layak dilayan sebagai manusia di atas perangai suka menipu kau itu.

Baliklah kau ke lubuk UMNO kau tu wahai penipu.

Anonymous said...

Hai TB,

Saya sering terbaca (sebab kadang2 bukan nak baca) komen siapa tu, SFSO? Makin dibaca makin ketara, dia ni betul22 ada masalah. Masalah serius yaitu mental. Jadi nasihat saya pada you, TB, jgn dibuang masa melayan org begini. Biarkan saja dia meracau2 sendirian. Itukan apa org sakit mental biasa lakukan.

Dah berapa byk dah keburukan UMNO terbongkar luas, korupsi, krony, menyalahguna kuasa dan mccm2 lagi. Dia tak nampak juga. Tu kes barru2 ni dimana ahli UMNO telah digantung dari bertanding dlm undi UMNO. pasal apa tu, kalau tak pasal RASUAH!!. iituoun senarai yg ditapis, yg melakukan boleh dikata hampir semua. Tapi kawan baik you tu, SFSO masih juga katakan UMNO, kalau baik pergi sajalah support blog pro-UMNO. Bukan apa buang masa kat sini. Lagipun tak pernah memberi pandangan yg intellectpun.

Yang ketara SFSO lebih berupa cuba menyakitkan hati you saja, TB. Sebab itu tak payah baca,sensor ataupun jawab komen dia. Anggap saya seperti virus.

Mei

Anonymous said...

Maaf, typing error

Anggap saja dia sepeti virus.


Mei

Tulang Besi said...

TQ Mei for your kind support. And i agree that this sfso guy is nothing but a nuisence trying to disrupt the discussions in this blog.

Anonymous said...

I wonder who is lying here?

TB or sfso?

Both can't be trusted

sfso@pulaijb said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Hmmmmmmm

Interesting

Both sides have their own story to tell..

Anonymous said...

Assalamualaikum Tulang Besi,

Saya merasa ini bukan caranya untuk menarik anak muda menyukai PAS dengan kita mengherdik dan memaki orang lain yang tidak sependapat dengan kita.

Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya.Tak semestinya yang memaki hamun kita orang UMNO.Mungkin mereka saja nak test kita.Jika kita orang yang beriman,brekhlak dan berakal sepatutnya"approach"kita juga mesti berubah.

Kita gunakan cara penjelasan dengan fakta dan menggunakan bahasa yang baik.Barulah anak-anak muda respek kita dan nak sokong PR.

Harap Tulang Besi jangan ikut rentak mereka-mereka yang cuba buat provokasi.

Salam

Tulang Besi said...

sdr salam,

saya berterima kasih di atas teguran saudara.

Tapi kadang-kadang setengah orng ni hanya faham bahasa herdikan dan kutukan.

Inshaalah ianya tidak akan berulang lagi

Anonymous said...

bodoh punya sfso...baghal betui...counter la balik apa yg TB tulis tu...ni nak putar belit pulak, aku nak gak tau betul ke tak apa yg TB tulis pasal ameno ni.. mmg baghal la hang ni hahaha...kalau niat hang nak bagi org jadi goyang ngan BN hang dah salah tektik la...org bleh jadi makin bengang ngan menyampah lagi ada la ngan komen hang ni... tp aku rasa hang mmg layak sangat kot kalau keja ngan utusan ka TV3 kalau bab bab nak pitnah ni ...ok stakat di sini saja ...ops sebelum tu last skali aku nak ckp sfso ni memang baghal hahaah, baghal yg amat

Anonymous said...

alah!! Si SFSO tu mmg confirm kaldai UMNO.tak payah layanlah.dia kata PKR & PAS mcm2 tp klu apa yg dia kata betul,nape tak tepis balik tuduhan2 tu dgn bukti2 yg lengkap?? dia saja buat kacau.mcm viruslah.sama dashyat dgn virus HIV.

loyarkampung said...

Saya merasakan SFSO tidak menjawab fakta2 tentang tanah dalam artikel yang ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad. SFSO tidak sepatutnya membawa isu lain tentang perbalahannya dengan tulang besi. Apa yang pembaca mahu tahu ialah apa hujah SFSO terhadap fakta yang dikemukan dalam artikel tersebut. Ya atau pun tidak?. Kalau fakta tersebut tidak benar, sila kemukakan hujah anda. Itu saja. Budak sekolah tahun 3 pun tak sekeliru SFSO...

mut said...

Salam,

Alahai, senangnya nak selesai masalah sfso ni. Suh dia posting mana-mana web pro-UMNO pun kita boleh baca.

Itu pun kalau ada jawaban. Cerita tanah rizab Melayu dah lama dah, dulu Salahuddin Ayub ajak UMNO debat pasai siapa dia petualang kepentingan orang Melayu pun lagu tu jugak. Nak jawab? Pak Menteri UMNO pun cilok baik punya, apatah lagi pecacai cybertrooper UMNO?

Sama la macam kes kerajaan beli saham MAS dari Tajuddin Ramli dengan lebih sekali ganda harga. Pecacai UMNO punya la menipu, sampai depa tak tau sebenarnya soalan tuh dah ditanya dalam Parlimen - Daim sendiri pun takleh jawab dengan meyakinkan (buat lawak bodoh, pelabur mesti pecah perut gelak) depa dok jual teori macam-macam pasai apa harga saham tu bukan dibayar harga pasaran!

Last-last bila kena kantoi, mula la maki hamun dan retorika bodoh takdak isi depa tuh....

Ni sejarah berulang la, macam Utusan. Mana boleh ada diskusi intelek? Propaganda ajer lebih...

Anonymous said...

Asslamualaikum W.B.T..

Para sahabat sekelian dan juga kepada sahabat Tulang Besi.
Terima kasih atas info yg cukup mengejutkan dan menggerunkan setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah.
Saya anak kelahiran johor..dekat jer sfsopulai jb tu...
Setelah 32 tahun hidup dijohor dan setelah 5 kali menteri besar bertukar.. akhirnya saya fahami satu perkara.. UMNO hanyalah menjalankan 'wayang' depan rakyat, UMNO = pahaman marchievelli iaitu 'segala cara menghalalkan matlamat'. So, fahamlah saya UMNO memebelakangkan Org2 melayu (kecuali kroni dan amalkan nepo). dan UMNO jugalah membelakangkan hukum Allah. ermm tidak pernah seumur hidup saya menghadirkan diri dalam mesyuarat dimana mesyuarat itu ada kata2 nasihat, tazkirah dan solat berjamaah serta berdoa selain dari mesyuarat PAS. Mesyuarat UMNO tiada..yg ada hanyalah makan2 dan bercerita tentang duit..duit..duit..serta harta.
Jikalau sfso pulaijb masih ingat .. mengapa TS Muhyddin Yassin ditukar ke kabinet ketika menjadi MB. Salah satu sebab adalah dia hendak menggadaikan tanah2 org2 melayu di johor dengan pembangunan mega waterfront city dan juga pengambil alih tanah Kampung Melayu atau sekarang digelar Pekan Melayu. Selain itu, masihkah anda ingat mengenai kes2 lain terutamanya melibatkan org2 melayu ..tanah di kg melayu pandan lebih 30tahun diduduki akhirnya dirampas tanpa pampasan. dan UMNO bersengkokol dgn pemaju Pandan Indah Sdn Bhd dan Bank EON Islamic. Tidakkah sfso pulaijb terasa dgn perampasan tanah di kg plentong tengah, dengan deretan perniagaan ditengah bandaraya jb-berapa peratuskah org melayu? , deretan peniagaan di pasir gudang yg mengandungi lebih 500 jenis kilang -berapa peratus orang melayu? dan kemana hilangnya orang2 kaya pasir gudang?, kejadian kg pasir putih -dimana dalangnya sendiri adalah ketua UMNO disitu yg membunuh perniagaan orang2 melayu disitu... dan banyak lagi contoh2 lain... mungkin ditempat sfso pulai jb belum membangun..masih ada lagi kg2 melayu..cth kg merdeka raya...
sebab itulah perlu dijaga...
ermm..anyway.. gunakan akal yg waras, iman yg dipraktiskan..dan hati yg bersih ..Insyaallah.. ditunjukkan jalan oleh Nya..
Mudah2an saya dan sahabat2 semua dilindungNya.. selamat berjuang..Allahuakhbar... amin.

AMAL

Tulang Besi said...

tq Amal kerana berkongsi maklumat dan pendapat yang begitu bernas

Anonymous said...

Tulang Besi,

Sudah..lah...! Jangan lah kamu hendak menangkan DS Nizar. You ingat DAP hendak ke lantik dia sebagai MB. Dia orang nak Datok Ngeh jadi MB tapi dihalang oleh Sultan. Kalau boleh Dato Ngeh nak jadi pengulu orang melayu. "Orang melayu sokong saya maa"...Ingat,PAS dapat jawatan MB pun hanya pilihan ke 3 setelah wakit PKR juga ditolak Sultan. Kau tak ingat ke Lim Kit Siang suroh orang dia boikot perlantikan Nizar dulu.

The fact is, tanpa DAP, jangan haraplah PAS nak mimpikan jawatan MB.

DAP akan pastikan PAS jadi proksi mereka. Nizar itu akan dijadikan cop stem untuk tindakan mereka.

You baca lah blog kit Siang, banyak yang tersirat dan tersurat didalam nya diluahkan orang DAP.

Bodoh betul orang PAS. Yang ditangkap lawan FRU, mereka. Yang lebam-lebam dihentam FRU, mereka. Yang terhegeh-hegeh minta simpati orang dia (NIZAR), yang tak malu tak mahu lepas jawatan, orang PAS juga, yang penderhaka, orang PAS juga.....apa nak jadi!!!!

Tulang Besi said...


You baca lah blog kit Siang, banyak yang tersirat dan tersurat didalam nya diluahkan orang DAP.

Bodoh betul orang PAS. Yang ditangkap lawan FRU, mereka. Yang lebam-lebam dihentam FRU, mereka. Yang terhegeh-hegeh minta simpati orang dia (NIZAR), yang tak malu tak mahu lepas jawatan, orang PAS juga, yang penderhaka, orang PAS juga.....apa nak jadi!!!!


So maksudnya hujjah kao ni berdasarkan kepada yang tersirat, yakni tafsiran subjektif kau, berbanding dengan fakta dan hujjah yang nyata?

Hmmmm patutla kao ni UMNO

Anonymous said...

Tulang Besi,

You see, you are accusing me of being an UMNO just because I wrote something against your line of thought. Itu berdasarkan fakta atau tafsiran dari otak kamu yang dah berkarat.

Sorry lah, apa yang saya tulis adalah apa yang kita orang melayu rasakan.

Masa berita Sultan Perak tidak berkenan perlantikan dari DAP, kami di Selangor rasa amat gembira. Heboh baik di pejabat-pejabat, warong-warong dan di kedai mamak.
Saya rasa orang diPerak lagi gembira kecuali orang PAS kot sebab dia orang dapat jawatan MB.

Tapi hakikatnya, apa guna jadi MB kalau dalam exco nya, melayu hanya 2 atau 3 kerat sahaja. Fikir lah hai si Tulang karat..dan satu lagi, tak malu ke DS Nisar bila beriya-iya nak kan balik jawatan MB bilamana parti nya hanya pegang 4 atau 5 kerusi DUN sahaja....

Tulang Besi said...


Masa berita Sultan Perak tidak berkenan perlantikan dari DAP, kami di Selangor rasa amat gembira. Heboh baik di pejabat-pejabat, warong-warong dan di kedai mamak.
Saya rasa orang diPerak lagi gembira kecuali orang PAS kot sebab dia orang dapat jawatan MB.


Apala hang ni, masa tu semua orang gembira termasuk orang cina dgn India

Adanya MB bukan Melayu akan menyebabkan ketidakstabilan yang lebih buruk.

Dan yang tetiba kao takut DAP ni apahal? Apa benda buruk yang DAP dah buat selama ni?

Anonymous said...

Tulang Besi,

I am surprised at you. Just because PAS and DAP hates UMNO, it does not meant that DAP is holier then UMNO.

You boleh terima ke falsafah mereka? 'Malaysian malaysia' yang mahu keistimewaan orang melayu dihapuskan (semua mesti sama), mereka benci pada pertolongan kerajaan kepada orang melayu dari segi pelajaran, perniagaan, mereka tidak suka kerajaan menolong melayu disektor awam, mereka tidak suka kepada penerapan Islam didalam pentadbiran negara dll. Antara penyebab cina malaysia tidak sokong BN ialah kerana penerapan nilai islam didalam serba segi kehidupan orang melayu.
You tahu mereka tidak akan terima penubuhan hudud walau apa pun alasan yang PAS hendak beri.

You may rediculed my comment but believed me, orang melayu seperti kamu akan menyesal kelak. Mungkin kamu dan saya tidak dapat menyaksinya in our lifetime but believed me, it has happened in Singapore and by that time its too late...

Tulang Besi said...



You boleh terima ke falsafah mereka? 'Malaysian malaysia' yang mahu keistimewaan orang melayu dihapuskan (semua mesti sama), mereka benci pada pertolongan kerajaan kepada orang melayu dari segi pelajaran, perniagaan, mereka tidak suka kerajaan menolong melayu disektor awam, mereka tidak suka kepada penerapan Islam didalam pentadbiran negara dll.


Err ada ke diorang implement ideology mereka di Penang?

takda kan?

mut said...

Eh apasal lak? Aku baca dalam blog Lim ada benda aku setuju dan ada benda kurang setuju. Standard beb. Tapi banyak benda dalam UMNO aku tak setuju.

Pernah masuk KMU? Cara diaorang halalkan perlakuan rasuah? Takyah la, ko masuk semua blog dengan hati yang tenang dan nilai2 Islam, korang sendiri akan menolak UMNO dengan perbuatan mereka. Siap argue, ni hak orang Melayu (terima rasuah melalui macam-macam cara.)

Ni pun kalau cari maklumat, dalam kampung aku ni puak UMNO ni memang puak reject. Kelab malam, tunggang, ganja dan nombor ekor. Mengalahkan Cina! Jawatan kat masjid ada, kat masjid jer takder!

Anonymous said...

what can u expect from si putar alam? berdolak dalik dan tak berani mengeluarkan hujah..

ma

Nisa said...

semekom, saye just nak bg pendapat.. sayer rase sumer parti politik kat malaysia ni kotor umno,pkr.. tak terkecuali ngan PAS (walaupon Islam) tapi sye sokongla kalau memang niat dorang utk tegakkan islam kat msia ni,,, tapi niat tak menghalalkan care(paham2 sendirila = bersetongkol ngan DAP), mungkin PAS igt, nak gunerkan DAP utk jatuhkan UMNO, tp sya rase, DAP telah menggunekan kalian..betulla org kat atas tu ckap,DAP takkan terime konsep Islam(hudud & sbginyer) tu ketua DAP yg ckp.
bg sy kiter kan bersaudare(sesame islam)perlula bersatu, sy tau, care hidup orng pas tak same ngan org UMNO yg kalian katekan tdak islamik, TAPI... janganlah jadi sprt marahkan nyamuk,kelambu dibakar..sy rase kiter patut fikirkan bangse melayu sbab mostly org melayu adelah org ISLAM(tak kesahla baik ataupon tidak)

tulang cakap kat penang tak jadi pape ek? tulang tau ke? sape yg pernah kene dgn org cina kat sini? saye tak rasict, tapi sy ambil langkah berhati2.. sy pernah mintak kerje part time kat bandaraya, orng cina tu suruh saye bukak tudung kalau nak keje. der cakap secare sopanla..tapi sy sbgi org melayu(ISLAM)agak tersentapla jugak.. sy tak memihak pade sesiape..cume saye harap, perjuangan sejati..igt tujuan asal, jgnla dikaburkan dgn emosi kiter.kekadang biler kiter nak sesuatu kiter tak kesah sampai lupe batas2 kiter.

lagi satu,sekali pun UMNO atau parti yg bertentangan PAS ckap tu betul, jgnla kiter angkuh utk terima kebenaran, igt imam syafie pon terime nasihat dr pencuri(kenape beliau tidak menghafal ilmu2 dari mencatitnye dibuku)

last: saye tau ape yg sy ckp ni, terkeluar dari topik tanah, ade yg tak puas hati, tapi sy just tak nak orng islam = melayu x berpecah..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.