Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, March 13, 2009

Faktor Sebenar Pembelotan Jamaludin dan Osman Jailu di Perak

Saya berkesempatan makan tengahari dengan seorang kawan baik kepada Jamaluddin dan Osman Jailu, dua bekas ADUN PKR yang melompat ke UMNO di Perak. Saya telah cuba mengorek cerita mengapa mereka ini telah sanggup membelot parti mereka sendiri dan amanah rakyat.


Dari cerita beliau, saya dapat membuat beberapa analisa:

a. Sikap tidak puas hati Jamaluddin ini bermula sejak dari masa penubuhan kerajaan negeri lagi. Kita jangan lupa bahawa majlis angkat sumpah di Istana Kuala Kangsar pernah ditangguh. Pengangguhan adalah kerana Jamaluddin telah memberitahu Raja Nazrin bahawa beliaulah sebenarnya calon MB yang layak dan bukannya Nizar

b. Sikap tidak puas hati ini terbawa-bawa sepanjang pemerintahan Kerajaan PR di Perak.

c. Oleh kerana “background” Osman dan Jamaluddin hanyalah tokeh bundle dan tokeh kantin, setiap kali mesyuarat exco mereka sering gagal untuk mempertahankan idea mereka.

d. Berbanding dengan pimpinan PAS yang mempunyai latar belakang professional dan DAP yang rata-ratanya peguam, maka Osman dan Jamaluddin sering mendapati idea-idea mereka tidak bernas dan cetek.

e. Untuk membalas dendam, Osman dan Jamaluddin telah menyebarkan fitnah kononnya Nizar lebih tunduk kepada DAP berbanding dengan mereka. Hakikatnya, tiada siapa yang mahu mendengar idea dari orang-orang yang cetek seperti Osman dan Jamaluddin.

f. Dan, dari Osman dan Jamaluddin lah cerita fitnah berkaitan tanah dan tunduk kepada DAP didengari ramai.

Oleh kerana populariti Nizar di Perak semakin lama semakin besar, mereka melihat harapan Jamaluddin untuk menjadi MB menjadi semakin malap. Malahan, fitnah yang mereka taja juga tidak mampu menggugat popularity YB Nizar di Perak.

Akhir sekali, mereka mengambil keputusan untuk menerima pelawaan/pembelian dari UMNO yang menjamin laba kewangan yang sangat besar.

Kalau kita perhatikan, portfolio yang mereka pegang juga amat malap dan tidak berfungsi sama sekali. Mereka adalah seperti kayu mati yang terapung di atas Sungai Perak.

Ertinya, semua krisis di Perak berpunca dari sikap Jamaluddin yang tidak puas hati kerana tidak dilantik sebagai MB Perak. Itu sahaja. Cerita-cerita lain adalah fitnah semata-mata.

Semua cerita fitnah berkaitan tanah dan tunduk kepada DAP juga datang dari dua ekor beruk ini kerana kegagalan mereka untuk mengutarakan idea mereka angkara kebodohan dan kerendahan tahap berfikir dua ekor beruk ini.

Tulang Besi

16 comments:

Anonymous said...

berok makyeh!!!

hj jamaludin said...

Bismilah hir rahman nir rahim
Kesimpulannya tamak duit setitik tak cukup nak se laut apa punya melayu pikir duit duit duit.Ada hati nak jadi MB Perak ,jawatan Exco pun tak reti nak jalankan tugas , ini kan nak jadi ketua Menteri.Bodoh kalau bukan rezeki mananya bukan hak kita.Da lupa Allah SWT tunggulah bala dari Allah SWT.

Anonymous said...

Saya berdoa agar di Selangor tidak terjadi macam di Perak.

Kalau adalah cita2 dikalangan exco yang nak jadi MB Selangor tu, lupakan saja lah ya.

Bina lah cita2 baru yang lebih baik.

Jangan sampai jadi macam the silver state.

MT Mohamad Yassin said...

Ha ha ha....bila dah gagal jadi beruk, jelma lak jadik katak...

Sememangnya dari segi latar belakang dan tahap pendidikan kedua-dua beruk katak ini tidak setanding bekas rakan-rakan yang lain. Namum, ianya bukan alasan mengapa sering kali idea mereka ditolak atau mereka disisihkan.

Idea dan sumbangan tidak hadir hanya atas tiket tahap pendidikan. Idea dan sumbangan yang bernas dan berkesan itu hadir dengan ketajaman pemikiran, pemerhatian serta pengkajian lanjut.

Sememangnya dalam birokrasi, sesiapa berlatar-belakang pendidikan yang lebih tinggi akan mendapat tempat yang lebih baik namun bukan alasan untuk pihak sebaliknya mematikan hasrat untuk mencabar atau bersaing. Kerja keras serta pembelajaran berterusan penting.

Jika benar tahap pendidikan menguasai segala-galanya, manusia kini mungkin masih menggunakan pelita untuk terangi malam sebab orang yang cipta mentol itu tidak pernah ada Ijazah atau jadi peguam....

CdiQ said...

macam2 hal lah sekarang nih....
malaysia oh malaysia....

IPOHKIA said...

Wahai si Katak,
Kalau tak ada cermin, tolong kecing kat timba dan lihat muka sendiri adakah kamu layak nak jadi MB, sedangkan tanggung jawab EXCO pun belum habis baca dan di fahamkan dengan penuh lagikan nak jadi MB, rosak habis semua ADUN and EXCO di buat. Mungkin tidak dapat kawal mesyuarat bila ada sidang. Ini dapat di lihat satu Posman dan satu lagi orng tentera yang hanya suka di panggil TUAN saja. Pasti kucar kacir, nasib baik mereka belot sekarang dan UMNO suka orng jenis gini, sebab yang bodoh baru bolih pimpin yang bodah, jadi kalau timbul nya semua Nizar maka perang lah di Pakatan Rakyat. Semua rakyat Perak, god will be with Hj Nizar and anggota EXCO nya, Perak will live on.
Reformasi

Politikanjing(PA) said...

AUK AUK...MEREKA BUKAN BERUK DAN BUKAN KATAK..TAPI ANJING.

AUK AUK...KAU ORANG BLOGGERLAH YANG BERUK DAN KATAK...AUKKKK

MASA DIA ORANG DALAM PR DULU, KAU ORANG PUJI....AUK AUK...BILA DIA ORANG LOMPAT...AUK AUK KAU ORANG KUTUK.

AUK AUK...MEREKA ANJING DAN KAULAH SBENARNYA YANG BERUK KATAK..AUKKKKKKKK

asiseesit said...

betul ke ini? jadi apa terjadi pada kes rasuah kedua dua mereka hadapi. ada kaitan dengan nya atas sebab mereka melompat jauh sampai ke barisan nasional sekelip mata.

matsamankati said...

Salam brader Tulang Besi,

Saya katakan...apa yang Sdr. Tulis adalah sebahagian daripada sebab mengapa mereka belot, but that's not the real reason. Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina..Jamaludin bergaduh dengan Nizar. Pasai apa?

Jamaludin juga pernah bergaduh dengan Nga pasai Jamaludin pakai perempuan Cina. Aku tak mau nak cerita lebih dalam lagi...tapi kalau rajin, korek-korek la cerita dari staf Grand Season Hotel.

Anonymous said...

melayu oh melayu....

momotarosan said...

tak dapek den nak monolong eh.. dondam kosumat.. mujurlah namo e' osman jailu kalo dilotakkannyo osman jenglot, kan dah parah..sodar2 la sedikit jang oi..
ayam den lopehh oo oiii ayam den lopeeehh..
den behaghap jugolah supayo akan datang nogoghi den bilo deperintah PR nnt tidaklah menjadi sprti cerita jenglot yang dinyatokann tadiiiii..

Anonymous said...

That's why education is important. Enough said.

I'm not saying that less educated people won't be a good leader, no doubt that there's a few. It's just that education is really a big factor in order for one to be a very good leader where critical and serious thinking is a must have.

Anonymous said...

Apa ke heh nya dema ni pase dendam kesumat sanggup nayakan orang yang undi dema.tak terpikeor kat otak dema sekarang ni di sebabkan dema bedua huru hara negeri perak.kalau dema tu nakkan duit teman pun boleh bagi tapi duit cina mampoi leh.

Anonymous said...

Aku heran apa.cuba korang selak balik buku sejarah.dari dulu lg mmg orang melayu terkenal dgn sifat hasad dengki dan mengkhianat bangsa sendiri.itulah dia Melayu Mudah Lupa.tak pernah belajar dari kesilapan.lg 50 thn dari skrg pun org Melayu takkan berubah.mcm mana kita nak bangsa lain hormat kita klu sesama sendiri pun membelot.elok dua ekor katak dan beruk ni sula je.hidup menyusahkan negara dan bangsa.

Hamba said...

Osman dan Jamaludin ni semua bekas org umno. Org umno ni cerdik2 ke? Semua org umno ada ke yg bijak pandai? Takde...Kaki putar belit dan penipu tu mmg nombor satu. Kaki makan rasuah tu mmg paling handal dalam dunia. Komisyen sampai 500 juta...mana ada syarikat dlm dunia blh dpt komisyen sebanyak tu..dalam Malaysia je. Oleh itu berhati2 dgn beruk2 UMNO yg bermuka2 di dalam Pakatan Rakyat. Bekas org UMNO ni kena ditapis dan di uji dgn kesusahan perjuangan dan jgn bagi apa2 pun jawatan sampai dah terbukti ikhlas...Lepas tu pun kena perhati betul2.... Maklumlah ada spesis katak yg boleh tidur mati ( hibernasi)masa kemarau takut2 UMNO pun ada mencipta spesis yang sama.

Anonymous said...

salah tu...ada sebab lain mereka belot...jgn salah ckp... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.