Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 31, 2009

Mampukan PR Menang Dikala SPR Adalah Barua UMNO?

Kita semua telah maklum, akibat dari sikap SPR yang memihak kepada UMNO, krisis di Perak telah berlaku. Apabila SPR bertindak mengenepikan arahan Speaker Perak, maka berlakulah krisis perlembagaan di Perak. Tidak pernah dalam mana-mana negara Komenwel, arahan Speaker Dewan boleh diketepikan sahaja oleh badan yang menjaga urusan pilihanraya.

Tetapi dalam kes Malaysia, perkara mustahil ini telah berlaku seterusnya mencemar proses demokrasi di kalangan negara-negara Komenwel. Mengapa? Kerana SPR Malaysia ini tidak lebih dari sebuah biro di bawah UMNO. Mereka menggunakan wang rakyat untuk memastikan kemenangan dan kesejahteraan UMNO dan BN.

Dengan kata lain, mereka adalah barua UMNO.

Sikap SPR Adalah Amat Mengecewakan

Pada 23 Mac 2009, Pengerusi SPR telah dilaporkan berkata:

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan tindakan pakatan pembangkang yang didakwa sudah ghairah berkempen sedangkan majlis penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang belum lagi diadakan.”

'Gantung bendera pun sebenarnya tidak boleh lagi, kalau sudah penamaan calon barulah boleh berkempen. Pada masa itu kempenlah sepuas-puasnya sehingga tengah malam 6 April ini.”


Saya sudah ke Bukit Gantang sejak sebelum Penamaan Calon lagi dan saya dapati bahawa bendera BN dan UMNO juga sudah banyak dinaikkan. Mengapa Pengerusi SPR tidak menyalahkan BN juga dalam hal ini?

Pengerusi SPR jelas menampakkan sikap beliau yang pro kepada UMNO dan BN. Bagaimanakah kita hendak mempercayai SPR akan bertindak adil dan tidak berat sebelah seperti yang SPR sepatutnya bertindak?

Di samping itu, Pengerusi SPR ini telah membuat berbagai-bagai peraturan baru yang pelik-pelik. Misalnya, hanya bendera dan poster parti bertanding sahaja yang dibenarkan untuk dipamirkan. Manakala, parti dalam komponen BN dibenarkan kerana BN adalah parti yang berdaftar.

Semua ini adalah usaha SPR untuk mensabotaj kempen Pakatan Rakyat bagi tujuan memenangkan Barisan Nasional.

Pengundi Hantu Mampu Memenangkan Barisan Nasional

Sebenarnya inilah yang saya paling takut. Melihat keputusan 2008 bagi Parlimen Bukit Gantang, peratus keluar mengundi hanyalah 72%, yakni pada kadar purata seluruh Malaysia.

Mempelajari dari pengalaman Terengganu 2004, apa yang saya takuti akan berlaku adalah kadar keluar mengundi ini akan melonjak kepada 80%. Ini bererti undi tambahan kepada BN sebanyak 4438 (dari sumber yang tidak diketahui).

Oleh kerana majority PR dahulu hanyalah 1566 undi, maka ia bererti BN akan dapat merampas kembali kerusi ini dengan majoriti 2,872 undi.

Kenaikan peratus keluar mengundi ini adalah berpunca dari sumber yang tidak asing lagi yang dipanggil “Undi Hantu”.

Oleh kerana SPR telah menampakkan sikap tidak professional mereka, mampukah kita berharap bahawa SPR akan menghalang apa-apa usaha ke arah membawa pengundi hantu di Bukit Gantang dan kawasan lain?

Apakah Pengerusi SPR yang pro BN seperti ini dapat memastikan perjalanan pilihanraya kecil yang bersih dan adil?

Jawapan adalah di tangan saudara/ri pembaca.

Tulang Besi

35 comments:

Anonymous said...

U dah silaplah TB! Tugas SPR bukannya utk memastikan pilihan raya yang adil tapi utk memastikan BN menang. Itu hakikat sebenarnya sekarang. Begitulah juga dgn semua biro/jabatan sepeti MACC, PDRM dan entah apa benda lagi, semuanya jadi anjing suruhan BN.

LIKE IT OR NOT, THAT'S THE TRUTH.
(sigh...) KESIAN RAKYAT MALAYSIA.

But it is not the end, I believe all citizens of Malaysia will definately fight back.And yes! we can do it!!

Mei

Anonymous said...

kita lihat sejauhmana SPR berjaya pulihkan isu integritinya. cuma terasa betapa sukar usahanya itu.

BN very desperate dgn Bukit Gantang: utk kemenangan moral isu penggulingan kuasa DUN Perak, juga cerminan awal aura Muhyiddin Yassin.

nampak mcm bakal keputusan kemenangan pada rumah biru, berbanding rumah hijau.

apa-apaun, semoga para penyokong semua keluar mengundi. jihad fi sabilillah.

Park said...

sedih aku tengok korang ni...kalau menang, xde pulak pengundi hantu...kalau kalah, baru ada...

mut said...

>>sedih aku tengok korang ni...kalau menang, xde pulak pengundi hantu...kalau kalah, baru ada...<<



Apasal lak? Mana ko dapat idea ni?
Dah la langsung ko takleh address issue yang ditimbulkan oleh blog, tembak curi pulak tu, dah la tak mengena pulak! UMNO ker?

Kan laporan Mafrel (Malaysians for free elections) lepas pilihanraya 2008 masih menunjukkan masalah yang sama dengan SPR; senarai pengundi yang dicurigai, media massa berat sebelah, gagal menggunakan dakwat dan sebagainya? Kalau disesetengah tempat, alamat pun takleh dikesan (ikut plan majlis perbandaran contohnya)dan menjadi satu masalah.

Kan semua kelemahan SPR masih ada seperti tahun2 gulu, kecuali masa tu SPR sebagai parti komponen BN takleh cover jurang undi?

Mullahkane said...

SPR - Pencacai Pekakas Perasuah, Dulu Kini Dan Selamanya menjadi macai kepada AMNO.

"sedih aku tengok korang ni...kalau menang, xde pulak pengundi hantu...kalau kalah, baru ada..."


Pengundi hantu ni boleh berada dimana2, sometimes diorang boleh menang kan BN, somtimes pengundi hantu bnyk mana pon , tetapi tetap dikalahkan oleh kuasa rakyat. siapa berani jamin kawasan2 yg BN kalah tu xde pengundi hantu? Letak lah 2,3 ribu pengundi hantu pon, kalau kawasan tu rakyat dah bangkit, mmg tetap kalahla AMNO.
SPR duduk bawah bontot JPM, SPR pakat dgn JPN, (Kes Sabah)atau Nama pengundi didaftarkan di tempat lain tanpa notis atau tanpa pengetahuan si pengundi.


Celaka lah kepala2 bangsat yang menjadi pencacai dan pekakas AMNO yang menipu dalam proses pilihanraya.

Semoga mereka mendapat bala dari Allah S.W.T kerana mengkhianati amanah rakyat.

syauqi_x said...

ehem2 saudara park,

hujah saudara park ini adalah hujah yang sering dipakai oleh orang2 UMNO bila saja mereka berdebat dengan orang2 PR...

"kalau menang tak dak hantu, kalau kalah baru salahkan hantu"

suka saya nyatakan di sini, anda sebenarnya terpengaruh dengan propaganda murahan UMNO, yang akan berkata2 begitu bila saja mereka kalah

suka juga saya katakan, pengundi hantu mmg betul2 ada, cuma masalahnya cukup atau tidak untuk memenangkan UMNO di peti undi...

saya boleh minta saudara park tanya ke orang-orang UMNO sendiri yang terlibat dalam proses pilihanraya (jangan tanya penyokong2 UMNO yang sememangnya tak tau apa2), sekarang ni untuk membawa pengundi hantu sudah tidak semudah dahulu...

pertama, 'kawalan keselamatan' petugas2 PR sekarang jauh lebih baik dari dulu, dari mengenal pasti hantu2 di senarai daftar pengundi, sampai lah memastikan takda hantu2 yang terlepas mengundi...tanya ke petugas UMNO, mereka juga sudah tidak seyakin dulu untuk membawa masuk pengundi hantu...lagi2 kalau tempat mengundi di kawasan kampung, orang2 kampung kenal sesama sendiri, kalau ada orang luar/hantu senang untuk dikesan

kedua, dengan suasana politik sekarang yang jelas2 tidak menyebelahi pihak UMNO, 1000 atau 2000 orang pengundi hantu sudah tidak memadai untuk memenangkan mereka...harus beribu2 dibawa masuk untuk UMNO mempunyai peluang untuk menang, dan ini bukan kerja mudah

ketiga, orang UMNO sendiri tahu, kadang2 kebanyakan hantu2 mereka juga tidak boleh dipercaya, yang berjaya lolos ke peti undi juga kadang2 masih pangkah lambang lain selain dacing, jadi ini juga masalah besar untuk UMNO

cadangan saya, untuk UMNO MENIPU lagi, harus ada taktik baru untuk menggantikan hantu2 yang semakin hari semakin tidak 'reliable' ini

mungkin orang2 yang dh lama mati harus 'dihidupkan' lagi untuk balik mengundi, wallahualam

Serious Shepherd said...

"sedih aku tengok korang ni...kalau menang, xde pulak pengundi hantu...kalau kalah, baru ada..."

Bukan x ada, ada. Kat Permatang Pauh ada, hari hujan turnout 65% tapi bila announce last2 jadi 81% . Bukan x komplen, cuma komen pasal pengundi hantu x jadi headlines sbb paper penuh kenyataan pemimpin Be End.

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman nir Rahim
Bagi pendapat jujur saya SPR telah menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya dan kita parti pakatan rakyat harus memberi kredit 100% kepada kesemua pertugas SPR kerana kita harus maklum bahawasanya pertugas2 SPR makan gaji dengan kerajaan Malaysia , so mereka semua telah tanda-tangan akur janji untuk taat setia menjalankan tugas majikannya iaitu kerajaan Malaysia . Tetapi awas n celakalah kepada Pegawai SPR yang beragama Islam jangan lupa ada majikan anda yang paling berkuasa . Nantikanlah bala dari Allah SWT jikalau kamu tidak berlaku adil semasa menjalankan tang-jawab ,Allah SWT melihat keluhurhan hati anda .Kami rakyat dari Pakatan Rakyat akan menyumpah sial seluruh kaum atau keturunan anda wahai pertugas SPR yang tidak berlaku adil

Anonymous said...

kecik kecik x nak mampos...(merujuk kepada pengerusi spr)

Anonymous said...

Celaka lah dan Laknatlah kepala2 bangsat yang menjadi pencacai UMNO. Nama saja ISLAM tapi memalukan agama sendiri. Kepada Kepala SPR Datuk ape ke nama.
Semoga mereka mendapat bala dari Allah S.W.T kerana mengkhianati amanah rakyat

Redha said...

Tajuk yang dipaparkanpun menunjukan saudara dangkal dalam membuat perkiraan. Mengapa setiap kali pilihanraya hendak diadakan, tak kiralah sama ada p/raya kecil atau p/raya umum, puak-puak seperti saudara akan menyanyikan lagu dan irama yang sama? Tak habis-habis handak melakukan provokasi dan menyalahkan SPR. Kami rakyat yang kerdil dah muak handak mendengar hal-hal yang sebegini. Kotor sangatkah SPR? Hina sangatkah UMNO & BN? Muliakah PR? Sucikah PAS yang secara terang-terangan mengkafirkan sesama Islam? Ceramah pula sentiasa diisi dengan cercaan, hinaan, fitnah dan maki hamun. Maksumkah PKR sehinggakan pemimpin dan ahli-ahlinya tidak sesekali akan melakukan kesalahan? Begitu juga dgn DAP, bersihkah mereka daripada gejala fitnah dan melaga-lagakan sesama rakyat Malaysia? Oranng lain dituduh perkauman, tetapi DAP sendiri bagaimana? TOLONGLAH... 'nyanyikanlah' lagu dan irama yang lain.Mengapa semasa PRU12, PR menang besar, kredibiliti SPR tidak dipertikaikan? Mengapa perlu ada double standard? Sikap seperti saudara inilah yang akan menghancurkan Malaysia.

Anonymous said...

ahhh...nak bising pe lak psl pengundi antu. nnt kalo menang diam la antu2 PAS nih. dr dulu dok ckp antu...smpi skrg x leh nk buktikan antu.

Anonymous said...

si Redha,
PRU12 PR tak menang besar. BN yang menang tipu. Kalau bukan kerana BN and SPR tipu si kepala tidur takkan duduk kat Putrajaya sekarang and si pembunuh takkan ada peluang untuk duduk sana minggu ini.

Paham? Saya rasa kamu memang tak boleh paham, biar saya beritahu terus terang, kalau bukan kerana BN and SPR tipu, PR telah menang PRU12 untuk persekutuan and sekurang-kurangnya 3 negeri lagi.

Anonymous said...

Tulang Bosi,

Den raso undi hantu di perak tak lah seteruk di Trg..lagipun depa di sana tak sempat nak pindah pengundi (planted or migrated) spt di Trg (vice-versa).

Tok Den

mut said...

Apa yang nak dikatakan lagi kat SPR? Umum tarikh pun tunggu AGM UMNO. Mana ada sebelum ni PRK yang begitu lewat? (57 hari lepas kekosongan?) Ini pun dah tau ikut perintah UMNO.

Kalau SPR ni buat kerja betul, takkan kes Yong Teck Lee hilang kerusi di Sabah pasal pengundi hantu dalam senarai pemgundi dan amalan2 lain yang menyalahi undang2?

Kes ini jugak yang didedahkan oleh Muhammad Kamil Awang bahawa dia diarah oleh Tun Eusoff Chin untuk mmebuang petisyen pilihanraya tu. Puak UMNO punya la defend, last-last keluar video VK Lingam rupa2nya Eusoff Chin ni pun rasuah ! Apa lagi nak cover UMNO woi?

Lagi satu kesan ialah pindaan pada tahun 2002 pada Akta Pilihanraya 1958 (Akta 19) bahawa senarai pengundi SPR tidak lagi boleh dicabar seperti dalam kes Yong Teck Lee.

Apa mau takut kalau SPR telus dan berwibawa? Kalau ada pengundi hantu, kan kena buktikan kat mahkamah (macam kes kat Sabah tu). Apasal pulak nak bagi kekebalan senarai pengundi tu dari review mahkamah? Hai, SPR maksum ker ikut kaca mata UMNO?

http://bm.bersih.org/?p=285

Janganlah Melayu mudah lupa, UMNO ni kuat auta!

Anonymous said...

Redha banyak keluarkan soalan.Tak ada yang nak jawab,biarlah ana yang jawab.
1.Kotor sangatkah SPR ?
Jawabnya - Sangat kotor
Tambah - Pekong
2.Hina sangatkah UMNO/BN ?
Jawabnya - Hina dan korup
Tambah - Nak pupus
3.Muliakah PR ?
Jawabnya - Mulia dari UMNO
Tambah - Tunggu
PRU 13
4.Sucikah PAS?
Jawabnya - Suci dari UMNO
Tambah - Islam
itu suci.sekular
itu najis.
5.Mengapa ada double standard?
Jawabnya - Ikut cara
UMNO/BN
Tambah - Precedent has
been created by UMNO/BN.

Mr. X said...

Share Your Images / Promote Your Blog (Sociopolitics Only) at MALAYSIANA http://www.flickr.com/groups/malaysianpolitics/ Or simply embed the slideshow in your blog (updated 24/7/365)

http://www.bonology.com/

Anonymous said...

Nizar's journey for a DAP dummy to PAS dumb candidate
PAS gags own candidate in Bukit Gantang

NIZAR KUDA DAP

It is strange isn't it?

After all Nizar is a former Menteri Besar so he must have gained theri trust and confidence so why is he being gagged by his own party in Bukit Gantang?

Some say the controversy began on nomination day when he put his current job as State Rep on the nomination form.

Thsi prompted the media to ask whether he has given up claim on the MB's post and he said; "That is history".

Huh? So does that mean all the protesting that he has been doing is merely feigned, designed to incite the peopel agaist the Sultan? After all if you have accepted the fact that you are no longer MB, should you not then just go back to work and stop telling the people that the Sultan doesn't know what he is doing?

Realsiign that Nizar is clsoe to hanging himself with his short fuse, nervous disposition and political immaturity, PAS did what they felt was necessary. Gag the candidate.

It may be strange and unprecendented but then again they have never had to deal with such a high-profile greenhorn that is riddled with controversy.

Some say that Nizar is not even Pas' first choice but the party acquiesced to the demands of DAP who is bent on milking the Perak episode.

Whatever it is, Nizar told Malaysiakini that he is not a DAP stooge, it's just that Ngeh is his trusted deputy. hmm...

Trusted Deputy or puppet master?

Remember that all ventriloquist dummy take centre stage while the human performer usually plays second fiddle. It would nto work otherwise.

Nizar has to say that Ngeh is his assistant to maintain the illusion of being in charge of the DAP dominated Perak state government.

Baca jangan tak baca ye

Anonymous said...

Kenapa topik n macam menunjukkan PR takut untuk kalah kali ni

Kenapa masa menang di KT dan Permatang Pauh tak pulak buat bising??

Aku dah cakap typical Pakatan Rakyat

Cakap tak serupa bikin

Anonymous said...

Kenapa topik n macam menunjukkan PR takut untuk kalah kali ni

Kenapa masa menang di KT dan Permatang Pauh tak pulak buat bising??

Aku dah cakap typical Pakatan Rakyat

Cakap tak serupa bikin

PaKMie said...

Salam gerak...

Kejap kata ok dan puji melangit. Tak konsisten. Nampak sgt nak tuduh dgn niat jahat kpd SPR.

Di PRK Kuala Terengganu tempuhari SPR dipuji menlitasi lagit ke 7 agaknya sebab apa tu PAS menang! tapi selepas keputusan diumunkanlah baru dipuji.

Amat jahat jika dikalangan pemimpin ada punyai ciri terkutuk ini. Hukum berada dibir mulut sahja, apa yg jelas perpecahan islam pada hari ini adalah angkara Pas dan kuncu2 seangkatan dgnnya.

Agak2 kalau Pas menang di Bkt Gantang, Nik Aziz puji lagi tak SPR? Nampaknya kali ini SPR terus dikeji sebab PAS rakyat sdh tahu tektiknya sebuah parti yg mewujudkan wakil2 rakyat bertdk sebagai parasit negara jauh sekali utk menolong rakyat dn negara ini.

Kita tunggu apa Nik Aziz akan kata selepas 7hb nanti...

Asalamualaikum....

Pakmie.blogspot.com

Anonymous said...

Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali

BETOL KE PERANGAI PENYOKONG PR MACAM NI?MEMALUKAN


SUNGAI PETANI: Kenderaan milik petugas dan penyokong Barisan Nasional (BN) kini menjadi sasaran penyokong parti pembangkang yang bertindak mengetuk dan mencalarkan badan kenderaan terbabit.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, ketika mendedahkan perkara itu, berkata kenderaan beliau sendiri menjadi mangsa serangan penyokong pembangkang yang bertindak liar selepas diapi-apikan melalui ceramah dan kenyataan provokasi pemimpin mereka.

"Berlaku adillah kepada Pemuda Umno dan Pemuda BN. Dulu kita selalu nampak kenderaan dengan lambang dan bendera BN, hari ini kita akan nampak pembangkang lebih banyak guna kaedah itu kerana kereta BN diserang dan kereta mereka tak diserang.

"Beritahu saya kereta mana yang membawa lambang pembangkang diserang? Kereta dengan bendera BN sering kali diserang dan dicalarkan, cuma kita tak buat laporan saja, kalau nak buat laporan memang banyak.

"Kita nak beri tahu kepada parti pembangkang terutama pemimpin mereka, bertanggungjawablah dalam membuat kenyataan dan memberi ceramah kerana jiwa muda ini mudah dibakar," katanya pada sidang media di Pusat Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di sini, petang tadi.

Turut menjadi mangsa ialah Proton Perdana milik Penolong Setiausaha Pemuda Umno/BN Kedah, Haris Che Mat, yang dicalarkan dan ditoreh perkataan kesat.

Tulang Besi said...

tah tah kena belasah dgn kumpulan lain dalam Pemuda UMNO kot.

Kan baru lepas pemilihan Pemuda. So, skrg la nak balas dendam

Anonymous said...

Kisah benar calon BN Bukit Selambau menipu satu keluarga Melayu
part1
http://www.youtube.com/watch?v=H9i8jpDBKO4&feature=channel_page
part2
http://www.youtube.com/watch?v=zsErQNW0pa0&feature=channel_page
part3
http://www.youtube.com/watch?v=cKQylTS1GYA&feature=channel_page
part4
http://www.youtube.com/watch?v=E7t6CHNC2vY&feature=channel_page

Anonymous said...

Hmm!! pengundi hantu kat semenanjung tak sehebat pengundi hantu kat Sabah.klu tak percaya nanti PRU13 korang dtglah kat tempat aku sini.org yg dah mati blh hidup,org yg tak blh cakap Bahasa Malaysia hatta Bahasa Malaysia slang Sabah pun blh mengundi.dr mana durang datang tu? dari Filipina tak pun dari Indon. Yg bawa bas express,bas mini suma org2 Filipina/Indon sebab durang ada Mykad.tak percaya?? meh lah dtg KK dulu.baru korang tau.hebat betul UMNO buat pengundi hantu.betul2 punya terdesak smp sanggup jual negara.

BILL C said...

Pengundi hantu ni adalah satu senjata yg paling hebat ciptaan SPR BN.Ia juga mencipta record dunia krn mempunyai org yg paling ramai berusia lebih 100 tahun di malaysia.

mut said...

Alahai bawak cerita SPR, macam-macam ler pulak UMNO ni menyelit.

Ni taktik berhujah UMNO ker? Mula2 lari topik, lepas tu tak bertemu hujah, lepas tu declare menang macam si Air Liur Meleleh Shabery Chik itu hari?

Anonymous said...

SPR = Saya Pun Rasuah
SPRM = Saya Pun Rasuah Maa

Anonymous said...

ANWAR SI PELIWAT

Sesekali tempek dari blog yang pro BN ni best jugak kan.Kasi cuci sikit kepala hotak korang yang dah berkarat ni

I am just saying this because he is being charged in court and

since the opposition thinks that commenting on an ongoing court case is not only not subjudice but their god given right

I feel that I must make a comment on Anwar's ongoing legal battle

You remember,

he is being charged for sodomising his personal assistant/coffee maker at a quiet and secluded apartment/condominium block in Damansara Heights.

The boy's name is Saiful Bukhary.

Remember?

OK one thig done,

since the opposition also feels it is ok to cite anecdotes as evidence of wrongdoing without backing it up with anything on paper I am compelled to tell stories I heard about Anwar's sodomising ways.

I was in a taxi looking for an illegal land clearing in ampang, the year was 1998. Without beign prompted the taxi driver pointed to a house in a new housing area (then) and there were many cars parked near this house while the others were still empty.

Taxi driver said; "The family is going through a tough time, the husband, a UIA lecturer slept with Anwar and the wife found out, now the family is gathering round to console the wife. Exact location of the house? I don't remember but in Ampang somewhere.

I also heard people say that students who follow him on overseas trips gets a 'treat' from him....

I guess that is why, by his own admission, he had no interest in girls during his student days...

Is this a fair comment? No? Why not?

If it is enough for Anwar fanboys to slander others based on hearsay because they feel it is in the interest of the people,

I say we should also be reminded that Anwar is facing sodomy charges.

Do we want a sodomist to lead the country?



Oh he is not a sodomist?!?!

Why do you say that?

Oh you mean because the courts have not actually found him guilty?

Oh but they did,

The subsequent appeal of the 1998 case overturned the first instance decision on a technicality,

two of the appeal judges said they believed he did bugger all those peopel it's just the evidence presented before the court may not have been enough to go beyond reasonable doubt.

But that shouldn't really matter because others who are yet to be charged, let alone convicted are already labeled by Anwar fanboys in their publications....

What did you say? I should not embarrass the family likt that? He has kids and grandkids?

Tulang Besi said...

So you're saying Anwar is a sodomist because a taxi driver told u so?

Hmmmmm

Anonymous said...

Kalau ya pun, Anwar sodomy orang, ni BN sodomy rakyat tiap-tiap hari lagi gila. Sampai beli sebiji kapal selam pun dah boleh hidup mewah tak yah kerja beberapa generasi.

Anonymous said...

Tulang Besi,

Bukankah Pakatan Rakyat pun suka membuat tuduhan dan fitnah dari "hearsay"

Bukankah tukang karut dan tukang gebang pun dari PKR??

Tulang Besi said...



Bukankah Pakatan Rakyat pun suka membuat tuduhan dan fitnah dari "hearsay"

Bukankah tukang karut dan tukang gebang pun dari PKR??


Errr tak

mut said...

>>two of the appeal judges said they believed he did bugger all those peopel it's just the evidence presented before the court may not have been enough to go beyond reasonable doubt.<<

Sebab ni lah panel hakim itu dipandang alat politik. Tau apa intipati penghakiman diaorang? Kami percaya liwat berlaku tapi kami tak ada bukti.

Mana ada dalam dunia ini hakim tulis apa yang dia percaya tapi tidak ada bukti? Kalau dia percaya toyol ker aper ker, orang bukan nak tahu, atau peduli! Nilah dikatakan orang sebagai penghakiman politik.

Kes tu sendiri dah payah nak lekat atas beberapa faktor yang mungkin penulis terlupa atau buat-buat lupa.

1) bangunan belum siap (Raja Lawak - Mohtar Abdullah)

2) pindaan tarikh 3 kali (Raja Lawak - Musa Hassan) - ko kena saman trafik pun ada masa dan tarikh beb ! Alibi Anwar pulak tak dijawab! Mana ada kes macam ni???

3) mangsa mengaku tak diliwat - Raja Lawak - Azizan)

Dia juga mengaku dalam mahkamah tarikh2 "kejadian "itu diberikan oleh Musa Hassan bukan dirinya!(disoal oleh Christopher Fernando)

Mana ada mangsa liwat dibagitau oleh polis 3 kali tentang tarikh dia diliwat? Kalau 1 x pun dah kantoi, tentu pejabat peguam negara dah buang kes! (ingat komen Tun Suffian ex-Lord President? dia cakap kalau dia, dah lama buang kes !)

4) Bahan bukti seperti tilam - Raja Lawak - Polis dan pejabat Peguam Negara)

Kesan yang dikatakan airmani terpaksa dibuang dari perbiacaraan oleh Augustine Paul tanpa pihak pendakwa atau defendan mintak kerana Lim Kong Boon dari Jabatan Kimia kantoi. Masa Christopher Fernando jek dia memang best. Dia pun mengaku dah belajar itu ini dan berpengalaman mengendali bukti2 DNA dalam kes2 jenayah. Tapi bila ditanya tentang spesimen yang diuji dia kata bahan bukti tu dah diperiksa untuk dan DNA dan kemudian dimusnahkan (jawaban dia dalam mahkamah!)

Mana ada dalam dunia bahan bukti boleh musnah sebelum perbiacaraan tamat??? Masa ni dia terpaksa cover line pasal peguam Anwar nak suh buat independent testing DNA terhadap air mani tu.

5) Tuduhan terpaksa dipinda kerana gagal membuktikan berlaku liwat, malah "bukti" yang mereka bawa menjerat diri mereka sendiri! Last2 buang ler bahan2 bukti tu! Kalo ingat masa tu pihak2 tertentu sebarkan tape kononnya Anwar itu ini. Hai, tape tu sebar merata tapi masuk mahkamah aje tidak. Hai dunia!

Lain-lain? Ko cari sendiri la Labu! Lawak tahap Gaban ni kelakar, tapi sedih jugak polis dan Pejabat Peguam Negara dan badan kehakiman jadi tahap barua. Barua lagi membaruakan.

Ex-Lord President Tun Suffian pernah berkata dalam suatu ucapan pada tahun 2000 (masa tu kes Anwar hangat diperkatakan) sebelum dia meninggal : "When I am asked what I thought, my usual reply is that I wouldn't like to be tried by today's judges, especially if I am innocent."

I rest my case le.

Apatah sekarang Hakim kedua-dua kes di Perak pun hakim parachute macam Ketua Hakim Negara yang tak pernah jadi hakim...... :)

Anonymous said...

wahai penyokong BN,
ISLAM mewajibkan menyokong hukum HUDUD..

tu pasal la kita kena sokong PAS..
bkn sokong yang menentang hukum Alla ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.