Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 24, 2009

Mengapa Idea Kerajaan Perpaduan Tidak Menguntungkan PAS

Saya membaca tulisan Herman Samsuddin berkenaan isu ini. Pada hemat saya, Herman bertujuan untuk mempertahankan idea yang berasal dari Presiden PAS. Malangnya tulisan beliau tidak pula mengambil kira pandagan dan hujjah Tok Guru Nik Aziz yang jelas lebih berpengalaman dalam hal ini.

Saya ingin memberi beberapa hujjah mengapa idea kerajaan perpaduan ini merugikan PAS sama sekali.

Hujjah Pertama: Dikatakan bahawa idea kerajaan perpaduan ini bertujuan untuk berdakwah kepada UMNO. Ini adalah kenyataan yang sangat dangkal kerana PAS telah berdakwah kepada UMNO sudah lebih 50 tahun.

Di sini, saya ingin menyatakan betapa saudara Herman Samsudden ini tidak berpijak di bumi nyata. Beliau berkata:

“Jadi apa salahnya Unity Goverment. Idea ini adalah untuk dakwah dan tarik ahli-ahli Umno yang mahu bertaubat untuk fikir tentang kepentingan rakyat. Kita mahu Umno kembali ke pangkal jalan buat kebajikkan. Kita tahu, tidak semua ahli Umno setuju dengan Idea presiden, tapi insyaAllah mana yang setuju tu akan sertai Pas tak lama lagi.”

Cara yang lebih selamat adalah supaya ahli2 UMNO yang mahu bertaubat menyertai PAS dan meninggalkan UMNO sama sekali.

Yang jelasnya, sekiranya tertubuh kerajaan perpaduan ini, ahli-ahli UMNO akan kekal dengan sikap korupsi dan salah guna kuasa mereka. Oleh kerana kita sudah berada di dalam kerajaan perpaduan, maka amat sukarlah kita hendak menegur atau menghalang ahli UMNO dari berbuat kerosakan kepada agama dan Negara.

Di situlah salahnya idea kerajaan perpaduan ini.

Saya juga merasakan bahawa alas an dakwah adalah alas an yang sangat dangkal dan percubaan menggunakan Islam untuk menyokong gagasan politik yang sangat cetek.

Hujjah Kedua:Masaalah utama di Malaysia adalah korupsi. Dan sumber korupsi paling utama dalam Malaysia adalah UMNO. Bagaimanakan kita hendak menyelesaikan masaalah korupsi dengan bekerjasama dengan orang-orang yang perlu kita benteras dan buang dari kerajaan?

Untuk menghapuskan korupsi di Malaysia, haruslah kita mengganti mereka yang berada di kerusi kekuasaan dari terus memegang tampuk pemerintahan.

Saya tidak nampak bagaimana kita mampu membenteras masaalah rasuah dan korupsi di Malaysia dengan kita bekerjasama dengan para koruptor seperti UMNO.

Hujjah Ketiga:
UMNO tidak pernah menghormati rakan dan kerap mengkhianati kawan mereka. Sekarang ini pun ahli2 komponen Barisan Nasional sedang mengeluh betapa mereka sedang hilang sokongan dengan begitu cepat hasil dari sikap UMNO yang tidak memperdulikan nasib rakan-rakan parti komponen mereka.

Kalaulah kita tubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO, apa jaminan yang UMNO akan menghormati kita? Ingat, bahawa parti komponen Pakatan Rakyat adalah sebab utama UMNO semakin lemah sekarang ini. Dendam mereka akan lebih kesumat lagi untuk membunuh kita selepas penubuhan kerajaan perpaduan ini.

Hujjah Keempat: Secara mudahnya, orang baik dan orang jahat tidak akan dapat duduk dalam satu barisan. Kita adalah baik kita memperjuangkan kebaikan. UMNO adalah jahat kerana mereka memperjuangkan kejahatan.

Bagaimana kita akan mampu bersatu dengan mereka?

Akhir sekali, nasihat saya kepada semua ahli PAS, ikutlah nasihat Tok Guru Nik Aziz dalam isu ini. Seburuk-buruk Ustaz Nik Aziz, beliau tidak pernah kalah di Kelantan dan mampu bertahan sebagai MB lebih dari 4 penggal.

Kalau banding dengan tokoh ulama lain dalam PAS i.e. Ustaz Harun Din (yang tidak pernah menang satu kerusi pun), maka jelas Tok Guru adalah paling layak di dalam menyusun serta membuat ijtihad berkaitan dengan hal-hal politik dan siasah.

Ilmu beliau juga tinggi dan Tok Guru layak untuk berijtihad. Jikalau ada ahli-ahli PAS yang masih kemaruk untuk berkawan dengan UMNO, saya nasihatkan supaya keluar dari PAS dan masuk UMNO. Itu lebih mudah untuk diterima.

Berhentilah dari mengacau ketenteraman di dalam PAS ini. Masuklah ke dalam UMNO.

Tulang Besi

53 comments:

Anonymous said...

I absolutely agree with you. PAS do not need UMNO. It is especially suspicious why UMNO would want to work with PAS now when it could have done it decades ago. The last collaboration ended up in disaster because of UMNO's selfish ways.

Also, PAS need to remember that first and foremost, your perjuangan is ISLAM not Melayu. Using the reason that Malays need to be united does not hold water. So is Melayu more important than Islam now? How can one halalkan the co-operation with UMNO just in the name of Malay Unity? Remember, other non-Muslims is watching this development with interests. If the thirst for power, PAS can short sell themselves to UMNO, then it will only put Islam in a bad light.

Said Mahmood

untukmu-malaysia said...

Saudara Tulang Besi,

Kalau kerajaan perpaduan ini hanya untuk pergabungan UMNO dan PAS, ia semestinya tidak boleh dipersetujui sama sekali.

Akan tetapi jika kerajaan perpaduan diwujudkan kerana satu common dream and common hope, iaitu dengan sokongan semula ahli PR and 30 lebih ahli BN untuk menyokong seorang ahli Parlimen daripada UMNO untuk menjadi Perdana Menteri bagi menghalang NR, ini semestinya disokong habis-habisan.

Konteks kerajaan perpaduan yang diperbahaskan oleh TG Hadi and Tengku Razaleigh adalah jauh lebih meluas daripada pergabungan UMNO dan PAS dari kaca mata saya. Objektif mereka adalah sama, untuk menyelamatkan negara dari diterajui oleh seorang pemimpin yg sudah dicemari di kaca mata rakyat.

Sekian

Syed said...

Jangan taksub dengan hanya satu cara perjuangan. Nak memperjuangkan Islam ada banyak cara. Pandangan TGNA sememangnya ada betulnya tetapi pandangan Haji hadi juga tidak harus di perlekeh. Beliau terbukti jauh berpengalaman dalam politik berbanding dengan TGNA

Rahman said...

Saya setuju dengan Haji Hadi 100%

Rashid said...

Dah tiba masanya penyatuan itu dijalankan. Letak ketepi semua pengikut beraliran ekstrim tak kira dari UMNO atau PAS. InshaAllah akan tegaknya Islam di Malaysia.

Saidatul said...

Mudah-mudahan hasrat murni Haji Hadi dimakbulkan.. amin

Zain said...

Apa kata DAP & PKR nanti?

Anonymous said...

Jangan salah faham...kerajaan perpaduan saranan TGHH adalah kerajaan tanpa pembangkang..maksudnya gabungan BN + PR, bukannya PAS + UMNO.

Serious Shepherd said...

Tak silap saya kerajaan perpaduan yang bernama Barisan Nasional juga pernah ditubuhkan masa 70an oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada waktu itu. What happened to PAS 8 years later is tahulah sendiri.

Sekarang anak Tun Abdul Razak akan menjada Perdana Menteri dan tiba-tiba nak buat kerajaan perpaduan. Kalau buat jugak faham-fahamlah kesudahannya.

Anonymous said...

Jangan kita pandang lekeh pandangan pimpinan samada ia datang dari mulut TGNA maupun TGHA. Yang salahnya bila kita mengatakan dan memperlekehkan satu pandangan demi untuk mempertahankan satu pandangan yang kita rasa betul.

Apa yang penting bila bergelar pimpinan mereka BERHAK untuk mengeluarkan pandangan samada ia Presiden PAS maupun Mursyidul Am. Itu tugas mereka berpandukan peruntukan bidang kuasa yang ada pada mereka. Jemaah kena faham yang ini dan jangan SERANG jemaah yang lain bila berbeza pendapat. Tidak SEWAJARNYA Pimpinan menyerang Pimpinan secara terbuka dalam akhbar sepertimana berlaku sekarang. Jika kedua-dua pimpinan senyap dan rujuk secara ikhlas dan beterus terang samada melalui SMS ker, telefon ker dan sebagainya tak lah kalut seperti sekarang.

Cuba kita renungkan kata-kata pimpinan dibawah untuk renungan kita bersama. Apalah kiranya jika Tok Guru Haji Hadi berkata demikian dalam akhbar... (tapi dia tak kata yang kata TGNA)

1. PAS dan UMNO patut BUBAR lalu gabung tubuh parti baru.

2. Kita boleh berkawan dengan syaitan.

3. Kita boleh mencarut ...

Apakah agaknya yang akan diperkatakan oleh ahli PAS yang tidak faham akan konsep jemaah. Mereka mesti kata Tok Guru Haji Hadi tak betul, salah, mana boleh Bubar Parti PAS dan kalau nak cakap nak BUBAR Parti kena bawak dalam mesyuarat JK, Syura dan sebagainya. Ini cakap orang tak faham jemaah.

Tapi mereka yang faham konsep jemaah mereka hanya DIAM dan tak nak panjangkan isu sebab beliau yakin ada maksud yang terselindung disebalik perkataan tersebut.

Masih saya ingat dimana Almarhum Ust Fadhil Noor mempertahankan perkataan TGNA yang untuk no 2(Berkawan dgn syaitan) dan No 3 (mencarut) apabila ditanya oleh akhbar yang cuba melagakan pimpinan. Beliau dengan bermatian mempertahankan perkataan TGNA, walhal dalam mesyuarat JK Pusat, beliau menegur TGNA dengan penuh hikmah mengatakan percakapan TGNA tidak tepat dalam kontek politik. Manakan mungkin kita berkawan dengan syaitan kerana rakyat umum mengetahui "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam" Ini bijaknya pimpinan tak menyerang sesama pimpinan bila berdepan dengan musuh.

Tolong fikirkan... jangan cuba nak memecah belahkan PAS dengan hujah dangkal.

Haqqul Mubin

iman said...

Yang pastinya DAP tak setuju dengan idea TGHH

Ain said...

Hamba tak kira siapa betul siapa salah. Janji Islam berkuasa bukan Budha, Hindu mahupun kristian

Tulang Besi said...

Yang salahnya bila kita mengatakan dan memperlekehkan satu pandangan demi untuk mempertahankan satu pandangan yang kita rasa betul.

Haqqul mubin nak kata TGNik Aziz salah ke? Atau Haqqul Mubin nak kata TG Nok Aziz tak patut memperlekehkan pandangan TG Haji Hadi?

Tulang Besi said...

Apalah kiranya jika Tok Guru Haji Hadi berkata demikian dalam akhbar... (tapi dia tak kata yang kata TGNA)

1. PAS dan UMNO patut BUBAR lalu gabung tubuh parti baru.

2. Kita boleh berkawan dengan syaitan.

3. Kita boleh mencarut ...


HAqqul Mubin dah mula berbunyi seperti UMNO pulak.

setahu saya hanya UMNO yang bawa isu berbunyi diatas.

Ataupun Haqqul mubin ni memang UMNO bertopeng PAS?

Yg jelasnya, Fraksi UMNO keseluruhannya amat membenci Tok Guru Nik Aziz

Anonymous said...

Thanks for pandangan dan tulisan yang bernas BRO TULANG BESI. I have always enjoy your perspective on issues and you are wise. Not many people are like you. I m glad we are in the same boat n always enjoy reading your blog.

CacaMarba said...

Kalau hati sudah sayang akan UMNO. Lebih baik angkat kaki...pergilah berjuang bersama dengan gerombolan Dahulu, Kini, dan Selamanya.


www.duniacacamarba.blogspot.com

LANUN TUA said...

jangan jadi katak bawah mangkuk la...jgn keliru antara kerajaan campuran dan k'jaan perpaduan....
Sampai bila nak bgaduh pasal melayu ? bangsa lain ambil kesempatan.!!!!

HAMAS & FATAH BULEH RUNDING.....

MALAYSIA WAVES NI PROKSI AMENO.!!!!

penyokong tegar tokguru said...

Persoalan di sini, kalau Tok Guru tidak faham dan jelas mengenai unity government itu, dimanakan para penasihatnya? Apakah para penasihat politiknya khususnya setiausaha politik tidak menjelaskan duduk perkara sebenarnya? Ataupun setiausaha politik memang jahil mengenai hal ini ataupun memang sengaja memberi penjelasan yang salah atas sebab-sebab tertentu misalnya disudah dirasuk sang oportunis!


Elok kalau setiausaha politik Nik Aziz itu tampil memberi penjelasan sebenarnya tentang sejauh manakah kefahamannya mengenai unity goverment ini bagi mengelak timbul salah tanggap kepada kerja
http://msomelayu.blogspot.com/search?updated-max=2009-03-22T19%3A54%3A00%2B08%3A00&max-results=7

IbnuQalil said...

Malaysia Waves bukan proksi Umno tapi Proksi IRC dalam PAS. Menjatuhkan kepimpinan ulama adalah matlamat mereka lalu mereka tonjolkan kepimpinan ulama yang agak liberal seperti Mujahid Yusof Rawa. Mereka nak tawar jawatan Mursyidl Am kpd TGHH agar TGHH akan turun dari kerusi Presiden. Itulah kerja mereka. Sehingga hari ini merek menggunakan kebaikan TGNA dan melagakan antara dua insan mulia ini.

Anonymous said...

Tulang Besi,

DAP tak akan setuju 'unity government' sebab mereka mahu lihat melayu/Islam berpecah.

Bila PAS bersama UMNO apa akan jadi ialah pengaruh DAP, Gerakan, MCA dan MIC akan terhakis. Itu lah yang mereka amat takuti.

TGNA perlu dinasihati oleh TG Haji Hadi supaya jangan ikut sangat fobia nya bila sebut saja hendak berbaik dengan UMNO.

Ini bukan hal TGNA, ini hal maruah dan kepentingan Islam dan Melayu.

Sudah tiba masanya ahli politik malaysia bergabung untuk menjamin kearah kemajuan negara demi kesejahteraan semua kaum di negara tercinta...

Anonymous said...

Tulang Besi kata ....

HAqqul Mubin dah mula berbunyi seperti UMNO pulak.

setahu saya hanya UMNO yang bawa isu berbunyi diatas.

Ataupun Haqqul mubin ni memang UMNO bertopeng PAS?

Yg jelasnya, Fraksi UMNO keseluruhannya amat membenci Tok Guru Nik Aziz.

Komen Saya....Jangan kita pandang lekeh pandangan pimpinan samada ia datang dari mulut TGNA maupun TGHA. Yang salahnya bila kita mengatakan dan memperlekehkan satu pandangan demi untuk mempertahankan satu pandangan yang kita rasa betul.

TOLONG BACA KESELURUHAN TULISAN SAYA. JANGAN JADI MACAM TV3 DAN UTUSAN MALAYSIA.AMBIL SEPARUH-SEPARUH. BACA DAN HADAMKAN.

Kalau anak saya yang kat PASTI pun boleh faham mengapa tidak Sdr.

Serious Shepherd said...

Adapun cadangan kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh TGHH adalah untuk menghadapi kegawatan ekonomi.

Persoalannya lepas ekonomi pulih apakah yang akan terjadi? Adakah sekadar 'tempoh kahwin mutaah sudah tamat' ataupun 'siapa sempat menikam dari belakang' dan 'siapa yang akan letak racun dalam kopi'?

Sikit2 perpaduan Melayu. Kenapa tak kepoh pasal perpaduan Melayu masa menang besar tahun 2004? Lagipun, mana nak letak ADUN Kota Lama dan Titi Serong? Ingat MCA yang tolak hudud tapi obses nak pakai mini-skirt nak terima ke?

Anonymous said...

Correct, correct, correct!!!

Kita tak nak lihat sejarah berulang lagi! UMNO perlukan PAS sekarang sebab dia dah sangat tenat, dan PAS semakin popular di kalangan rakyat. Kalau PAS masuk kerajaan dia, makna-nya ia menghalalkan apa-apa saja projek UMNO walaupun dia makan suap. Bila rakyat dah sokong dia balik lepas imej dah di-bersihkan hasil berkerja-sama deangan PAS, UMNO akan tendang PAS kelaur dari kerajaan. Yang pasti hanya UMNO akan mendapat untung, dan kita tau dia tak pernah berkongsi untung dengan siapa-siapa.. (remember Altantuya?? Commission pun tak nak bagi...!!!)

donplayplay

Tulang Besi said...

Anonymous IbnuQalil said...

Malaysia Waves bukan proksi Umno tapi Proksi IRC dalam PAS. Menjatuhkan kepimpinan ulama adalah matlamat mereka lalu mereka tonjolkan kepimpinan ulama yang agak liberal seperti Mujahid Yusof Rawa.



Orang seperti Anak Si Sikit (Ibnu Qalil) ni Khalid Samad pun dia tuduh IRC.

Padahal Khalid Samad tu dulu Suara Al Islam, musuh kepada IRC.

Dia dah terlampau paranoid,sapa yang menyalahi idea kumpulan "kayu" dia, mesti dituduh IRC.

Tak berpijak di bumi nyata langsung.

Tulang Besi said...

Wahai anak si sikit (Ibnu Qalil)

Saya dalam proses nak dedahkan geng kayu kamu ini kepada public.

MCmna kamu buat konspirasi membuang Syed Azman dari penasihat Presiden dan meletakkan anak usrah ustaz kayu sebagai pengganti.

Dan konspirasi2 lain juga.

Jgn takut la

Anak Perelih said...

Apa sebenarnya yang dikata sebagai Unity Government dalam konteks ini? Ianya bukanlah antara PAS dan UMNO/BN... tetapi antara PR dan BN.. dan ini sekaligus, kenyataan TGHH tidak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh TGNA yang mengatakan harus dirujuk kepada keputusan muktamar, iaitu memperkukuhkan PR. Tetapi jika PR sendiri memutuskan untuk menubuhkan kerajaan Unity, maka dengan sendirinya cadangan TGHH memenuhi kemutusan muktamar tersebut.

Selain dari itu, harus dilihat, siapa yang akan memimpin sebagai PM didalam kerajaan Unity tersebut. Jika anda lihat, NR akan mengambil alih jawatan Presiden UMNO dan berharap Pak Lah melepaskan jawatan PM kepadanya pada April nanti. Sedangkan TGHH, TGNA, Anwar dan Lim Kit Siang awal awal lagi mahukan PAk Lah terus menjadi PM. Selain dari itu, Anwar juga telah bertemu dengan Pak Lah di Madrasah Sheikh Mahmud baru baru ini dan dikatakan dari sumber dekat dengan Anwar seperti dilapor oleh Malaysiakini, terdapat pertemuan 4 dan 6 mata diantara mereka. Dan dikatakan juga Pak Lah mengatakan ramai dari MP BN menyokongnya (lebih dari 30) kalau ada unti percaya kepada Pak Lah. Cuba fikirkan apa akan jadi kalau PR mengusulkan Pak Lah terus menjadi PM dan disokong oleh semua MP PR serta lebih dari 30 MP BN? Pak Lah akan terus manjadi PM Uniti Government untuk PR+BN pro PAk Lah...

Jika situasi ini berlaku, maka UMNO dengan sendirinya secara rasmi insyaAllah akan terbelah dua.. dan Pihak BN mungkin akan terdiri dari parti parti BN selain UMNO, dimana MP UMNO yang menyokong Pak LAh mungkin berstatus BN atau bebas. Harus diingat, BN boleh terus ujud tanpa UMNO dan UMNO boleh terkeluar dari BN.

Sekaran ini pun pengikut pengikut Pak Lah didalam UMNO telah dicantas satu demi satu, dan ini menaikkan kemarahan kem Pak Lah... Mungkin dengan adanya Uniti Government boleh mempercepatkan kematian UMNO itu sendiri atau UMNO menjadi pembangkang sorang sorang... Sekarang ini pun beberapa parti parti komponen BN sudahpun menunjukkan rasa tidak senang hati dengan UMNO, malah ada yang mengugut untuk keluar dari BN seperti Gerakan, PPP dan parti parti di Sabah dan Sarawak.

Saya seperti merasakan sesuatu yang besar bakal berlaku didalam bulan April atau Mei ini...

chong said...

pada dasarnya, islam adalah untuk menuntut kebenaran and keadilan. UMNO adalah kejahilan dan pemusnah. sekiranya PAS bekerjasama dengan UMNO, ini adalah amat menghinakan ajaran islam.

Tulang Besi said...

Apa sebenarnya yang dikata sebagai Unity Government dalam konteks ini? Ianya bukanlah antara PAS dan UMNO/BN... tetapi antara PR dan BN.. dan ini sekaligus, kenyataan TGHH tidak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh TGNA yang mengatakan harus dirujuk kepada keputusan muktamar, iaitu memperkukuhkan PR. Tetapi jika PR sendiri memutuskan untuk menubuhkan kerajaan Unity, maka dengan sendirinya cadangan TGHH memenuhi kemutusan muktamar terseb

Anak Perelih,

Unity ka, campuran ka, pokoknya nak bekerjasama dengan UMNO yang korup dan bernanah tu.

Kau pikir sendirila benda ni logik ke tidak?

Anonymous said...

Fikiran Tulang Besi memang berkarat. Macam katak bawah tempurung sama macam UMNO. Tulang Besi Fraksi UMNO yang cuba menyelinap dalam Parti untuk melagakan pimpinan.

Anonymous said...

Idea Kerajaan Perpaduan adalah gagasan paling bodoh saya pernah dengar. UMNO adalah satu ideologi yg tersendiri yang mempunyai sistem nilai dan budaya yang amat terpisah dengan kita. Mereka hanya berminat kepada kuasa dan kekayaan dan akan menggunakan apa saja untuk mencapai cita-cita mereka. Apabila mereka dah kuat dan tak perlukan kita lagi maka kita akan disepak terajang ke sana sini.

Kerajaan tanpa pembangkang adalah gagasan yang tak masuk akal dan hanya wujud di kerajaan lang buana. So forget about all these nonsense dan beri sepenuh perhatian kepada memperkukuhkan pakatan rakyat .....

Anonymous said...

saya dengar 'kayu' di ukm digelar sebagai profesor yang tidak bermutu. Dok sibuk kutuk revolusi islam iran gagal mencipta masa depan hanya dengan rujukan wikipedia. mungkin perangai dia yang bertindak bukan dengan hujah tu terbawa-bawa dalam pas.

..Diskopi...

Idea said...

Idea unity ni dari segi teori je seronok. Tapi bagi yang tau sejarah, dah boleh agak apa akan jadi.

Secara mutlak, ia adalah idea semata-mata. Mintak-mintaklah dijauhkan..

Anak Perelih said...

Tulang besi... hang nak perkuatkan PR kan.. tapi kalau PR dan Anwar yang nak buat uniti government dengan beberapa fraksi didalam UMNO untuk menghalang Najib jadi PM... apa pula pendirian hang...???

Abd Razak said...

Rashid said...

Dah tiba masanya penyatuan itu dijalankan. Letak ketepi semua pengikut beraliran ekstrim tak kira dari UMNO atau PAS. InshaAllah akan tegaknya Islam di Malaysia.


En Rashid...sejak bila pula umno b erminta nk tegakkan Islam sedangkan hukum Hudud pn diorang tentang..Logik x teori en rashid tu?..Fikirlah ssendiri...

Anonymous said...

Tuesday, March 24, 2009
A Little Islamic Crisis In Australia

"Perangai nilah yang ada kat orang2 PAS.Pakai serban,simpan janggut tapi keje nak menipu dan aniaya orang aje"

Sheikh Hilali recently said that women who did not cover themselves were like 'fresh meat'. Oh well. He has made it to the news again.

Listen to the Sheik's lie


www.youtube.com/watch?v=ZjUhzueu0io&eurl=http%3A%2F%2Fsyedsoutsidethebox%2Eblogspot%2Ecom%2F&feature=player_embedded

Anonymous said...

bangang btul org UMNO disini !!! Otak freemanson!!!!!!!!

Anonymous said...

Tulang besi,

Apakah selama ini Presiden PAS dikelilingi oleh otak2 "KaYu"?

Tokden

D'ayo said...

Malam tadi, Najib tak de pun cerita pasal 'kerajaan perpaduan'...

Anonymous said...

Hi Tulang Besi,

My apologies for bringing up an unrelated issue to your current forum but if the information is correct, then, it's a very significant development regarding Najib.

I have been following your blog for quite a while and knows that you don't quite see eye-to-eye with RPK but I also know that you are very reasonable and knowledgeable in these issues and have good access to such information. If you can confirm whether the statement issued by RPK in MT is correct or otherwise, then, perhaps the public will know what had actually happened in Perak.


Extracted from MT:
(Play it again, Sam )


".........In the beginning, the Sultan of Perak was actually not in favour of sacking Nizar. When Nizar had his audience with the Sultan, His Highness was actually quite receptive to the idea of dissolving the State Assembly so that new state elections could be held. But His Highness got cold feet after Najib visited him and reminded Tuanku that he would be jeopardising his throne if he took Pakatan Rakyat’s side in the Perak Constitutional Crisis.

Yes, that’s right. Najib threatened the Sultan and reminded His Highness that his future lies in the hands of Umno. And Najib has the gall to say that Umno is the defender of the crown. Bullshit! I know what happened. And that is why I spoke in defence of the Sultan of Perak -- and many Malaysia Today readers whacked me because of that. But I also asked Nizar to hold his ground and not back down even if it results in a Constitutional Crisis......"

Just playing my small insignificant role in trying to save our democracy.

Thank you.

Tulang Besi said...

So the Sultan should have done what's right and not what is convenient to him.

I mean what can Najib do anyways?

fr pg said...

Assalamualaikum,
saya tak setuju la kalau pas nak gabung ngan UMNO nak buat kerajaan perpaduan...saya rasa menyampah/geli kalau dgr nama UMNO...tgk apa depa dah buat kat kita (PR)..apa depa buat kat DSAI thn 98..sampai laa sy tak leh terima apa UMNO buat kat DSAI..mmg zalim la bagi saya....tak patut org islam zalimi org islam lain sampai camtu...apa depa wat kat semua perhimpunan rakyat (haram kononnya)..pukul,gas pemedih mata,isa,...zalimmmmmm....bagi lembu korban kira rasuah...tapi makan rasuahhh bejuta takpa pulak.... walaupon ada melayu yg baik dlm UMNO tapi kalau kebanyakannya haprak kira UMNO ni parti haprak la...mmg parti tak boleh pakai...ni kalau Najib jadi PM camna? altantuya punya kes pon tak jawab jawab lagi...tergantung dengan persoalan...UMNO gak, camna nak buat ni? mungkin ni permainan politik, saya mmg tak paham permainan politik tapi sy mmg menyampah ngan UMNO...bila nak berubah pon taktau

Anonymous said...

Mengapa pandangan tgna mengenai calon pas kt dan bk gantang dibakulsampahkan? Ini telah menjatuhkan maruah dah ihzzah tgna. Sebagai nakhoda, diharapkan agar tgna tidak memberi pandangan yang berpihak kpd sesiapa lagi, untuk mengelakkan imej beliau terus menurun dan menurun.

pas x

Anonymous said...

Inilah antara blog terbodoh yang saya pernah kunjungi..

Sekian

Anak Perelih said...

terima kasih kepada Tulang Besi... lihat bagaimana puak puak UMNO menulis.. yang banyak dikutip dari blog Malaysia Waves ini...
http://buaya-merah.blogspot.com/2009/03/nizar-calon-bukit-gantang-terserlah.html

Tulang Besi said...

Blogger Anak Perelih said...

terima kasih kepada Tulang Besi... lihat bagaimana puak puak UMNO menulis.. yang banyak dikutip dari blog Malaysia Waves ini...
http://buaya-merah.blogspot.com/2009/03/nizar-calon-bukit-gantang-terserlah.html


Saya dah baca web ni, dan saya dapati content dia takda persamaan langsung dgn malaysiawaves

For one, dia anti Husam, saya tak anti sapa2 dalam kepimpinan PAS.

kedua, dia anti PAS dan pro UMNO. Saya PAS dan anti UMNO.

Third, dia guna perkataan "erdogan". Perkataan itu diperkenalkan oleh blog antihusam.

Ingat tak?

Orang Lama Bangi said...

Cepat tulang besi,dedahkan pasal konspirasi geng "kayu" membuang Syed Azman dari penasihat Presiden dan meletakkan anak usrah dr "kayu" sebagai pengganti.

Saya ni org bangi,so saya tau la cite2 ni,cuma tak detail je..ni ada 1 artikel menarik saya jumpa pasal dr "kayu"... http://diskopi.wordpress.com/2009/03/11/pensyarah-ukm-tidak-bermutu/

Anonymous said...

Hasilnya sudah ada dua puak yang bertelagah dalam PAS satu mempertahan persiden dan satu lagi mempertahankan Musyidul Am. Kalau tanpa tulisan yang prejudis dan maki hamun ianya mampu mengembangkan minda, tetapi sayang seribu kali sayang, ada yang kenal dikalangan yang memberi komen disini tahap pelajarannya sangat tinggi tapi komen mereka dengan hujah yang sangat kampung tak seperti saya pernah berhujah dengan JKKK sewaktu menganggur di kampung dulu.
Kesedian Mursyidul Am Pas melancarkan buku Zahid Ibrahim "Saya Juga Melayu" adalah sepatutnya sesuatu yang menarik untuk dibincang sedangkan sebelum ini Zahid pernah menyaman Hudud di Kelantan dan Terengganu.
Hujjah yang majadikan kalah menang dalam Pilihanraya untuk menilai tahap kebijaksanaan seseorang adalah hujjah akal semata-mata, dalilnya Karpal Singh, Lim Kit Siang dll.
Salam Perjuangan -Musuh memerhati perdebatan ini.Salam Dari Jakarta.

Anonymous said...

Kekalutan didalam pas sekarang memerlukan perubahan secara total, para perwakilan mestilah bertindak dengan bijak untuk memilih kepimpinan yang mampu menghadapi suasana yang lebih mencabar.
Cadangan Perubahan yang mungkin berat untuk diterima oleh segelintir dan boleh diterima oleh kebanyakan perwakilan PAS.

Mursydul am- YAB Datok Tuan Guru Nik Aziz.
Presiden - YB datok Husam Musa.
Tim. Presiden - YB Khalid Samad.
Naib Presiden.
1-YBM Sy. Azman Syed Ahmad.
2-YB Datuk Makfuz Omar.
3-YB Kamaruddin Jaafar.
Ketua Penerangan- Hanipa Maiden
Setiuasaha Agong- YB Nizar Jamaluddin
Bendahari- A.Rahman Talib(TB)
Ketua Ulama- YB Ust Mujahid Yusof Rawa.
Ketua Pemuda-Abdullah Abd Karim
Ketua Muslimat - YB Dr.Lo'Lo' Ghazali.
AJK AJK boleh lah dipilih mengikut keperluan negeri.Supaya kesinanbungan gerakkerja Jamaah dapat bergerak dengan baik, suka juga PAs Negeri membuat perubahan yang sesuai dengan Pas Pusat.
- Suka saya cadangkan agar rencana ini di olah dengan lebih tersusun oleh sdr Tulang Besi agar menggunakan pendekatan yang boleh diterima oleh perwakilan nanti..Hentikan Ustaz hadi dari Kepimpinan PAS.
Berat dan pahit, tapi terpaksa jua...

Anonymous said...

Mursydul am- YAB Datok Tuan Guru Nik Aziz.
Presiden - YB datok Husam Musa.
Tim. Presiden - YB Khalid Samad.
Naib Presiden.
1-YBM Sy. Azman Syed Ahmad.
2-YB Datuk Makfuz Omar.
3-YB Kamaruddin Jaafar.
Ketua Penerangan- Hanipa Maiden
Setiuasaha Agong- YB Nizar Jamaluddin
Bendahari- A.Rahman Talib(TB)
.....
.....


Assalamualaikum,
Senarai Hairaki PAS kat atas tu bagi saya boleh membawa PAS kearah kemusnahan. PAS akan menuju kearah liberalisasi. PAS yang dulu dikenali sebagai Pembela agama dan kemaslahatan umat islam dan tarbiyah akan menuju kearah parti politik yang mementingkan kedudukan,pangkat serta kemenangan semata2. Boleh buat apa sahaja asalkan menang tanpa memikirkan apa jadi pada umat islam dan sebagainya. Inilah kerja-kerja puak ERDOGEN Pas setakat hari ini.Tahniah kepada PAS!

-Jundullah-

Anonymous said...

saper plak yang buat hairarki pas baru tu..kahkahkahkah.lawak2.hang tengoklah nanti,kebanyakan dalam senarai tu akan hilang dalam pemilihan JUN.ahli pas akan tentang habis-habisan.

mut said...

Apa yang nak susah2 Kerajaan Perpaduan? Kalau benda yang baik yang perlu diluluskan di Parlimen, buat usul Insya Allah PR akan sokong. Tak payah la nak buat Kerajaan Perpaduan.

Tapi apa yang BN buat?

Sekadar contoh, janganla buat loan RM5 billion kat Valuecap duit EPF, lepas tu tak beri penjelasan yang sesuai. Kira-kira Valuecap pernah ahli Parlimen tengok? Atau lepas ni MP Pas pulak nak jadi tolong cover line kecurian oleh UMNO? Ikut cerita semua panggilan ke Valuecap adalah dijawab dengan no komen dan ada pemberita yang diugut dengan saman.

Siapa nak buat usul? Nak undi macam mana?

Cara UMNO ni kita tak terima. Last2 loan tu diberi jugak nak tampung kerugian yang dialami dari modal permulaan Valuecap Rm10 billion. (Syabas Mohd Nor Yakcop!)

Kalau dah tau puak ni perangai macam tu, takkan nak jadi partner lagi kut?

Jadi, adakah bawah kerajaan perpaduan tajaan UMNO/puak-puak Assobiyah lain ni usul sebegini akan disokong?

Apa maknanya jika bawah kerajaan sekarang dan kerajaan perpaduan rakyat dirugikan dengan sewenang-wenangnya?

robotz said...

sekarang ni kita patut tengok dari sudut sejarah tamadun islam..

dulu..ketika tamadun islam mencapai kegemilangannya,ade ke pembangkang?mase tu hanya wujud pemberontak dari org2 munafik..so, saranan dari tok guru adalah wajar..tp, semua pihak harus mainkan peranan..jangan ada yg conquer..jangan ada yang lembik..jangan pula berat sebelah..jangan menganiayai satu sama lain..jangan ada yg ambil kesempatan dengan menyekat kebebasan..jangan ada duri dalam daging,musuh dalam selimut, api dalam sekam,gunting dalam lipatan..nanti dah maju,jangan pula tendang semborono je orang lain..jangan pulak UMNO tendang orang macam dulu lagi..

balik kepada tamadun islam dulu kala..adakah masa tu dia tak laksanakan pentadbiran islam??adakah masa tu dia tak laksanakan hukum islam??semua pentadbiran berlandaskan islam dan tetap dapat menguasai eropah dan asia barat..gemilangnya islam pada masa tu..islam jugak telah membimbing barat kearah kemodenan ketika barat dilanda zaman gelap..

PAS hanya nak melaksanakan pentadbiran islam dalam negara ni..itu matlamat PAS..PAS nak kembalikan kegemilangan islam seperti tamadun islam ketika dulu..

sekarang ni orang persoalkan, boleh ke pentadbiran islam diserap ke dalam negara majmuk??ehh..dulu, islam menguasai 1 per3 dunia la..berapa ratus bangsa duduk dibawah pentadbiran islam..

fikir-fikirkan la...

pendapat tanpa ilmu,JAHIL..ilmu tanpa pendapat,SOMBONG...

Lestari said...

utuhkan perpaduan sesama melayu dan islam baru pikiaq nak memajukan negara. semuanya leceh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.