Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 30, 2009

Mengapa Penyatuan PAS-UMNO Merugikan Orang Melayu?

Pengalaman pemerintahan diktator Suharto menampakan kepada kita betapa Indonesia telah hamper hancur. Mengapa demikian? Kerana kekuasaan Suharto itu mutlak dan beliau tidak ada apa-apa saingan mahupun sesiapa yang mampu menegur serta menghalang beliau.

Hasilnya Suharto telah menggalakkan korupsi dan telah tidak memperdulikan kebajukan rakyat beliau. Indonesia telah menjadi sebuah bank kepada beliau dan anak-beranak beliau.

Begitu juga kita lihat perkara yang sama berlaku kepada parti MIC. Oleh kerana MIC tidak mempunyai saingan, maka mereka bebas melakukan apa sahaja. Dan akhirnya yang menjadi mangsa adalah kaum India di Malaysia walaupun terdapat bantuan yang disalurkan kepada kaum India, namun ianya dibolot oleh segelintir pemimpin MIC.

Peranan PAS Adalah Saingan Semulajadi Kepada UMNO Sejak Sebelum Merdeka


PAS telah menjadi saingan UMNO sepanjang kewujudan PAS, walaupun sewaktu PAS berada di dalam Barisan Nasional. Malahan, antara sebab PAS ditendang dari Barisan Nasional apabila ada sebuah cawangan UMNO di Johor yang terlah dibubarkan dan digantikan dengan cawangan PAS.(Kalau tak percaya, sila Tanya Tok Guru Nik Aziz berkaitan hal ini.)

Walaupun PAS berdiri sendiri, PAS sentiasa menjadi saingan kepada UMNO di “kawasan-kawasan Melayu” (Malay Belt). Seawal pilihanraya 1959 (2 tahun lepas Merdeka), PAS telah memenangi 2 negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu, yakni, Kelantan dan Terengganu.

Oleh sebab itu, PAS sentiasa dipandang sebagai bahaya kepada UMNO. Natijahnya, UMNO terpaksa melakukan berbagai-bagai program kebajikan dan bantuan kepada pengundi Melayu bagi mengambil hati mereka supaya tidak menyokong PAS.

Saya masih ingat salah satu ucapan Arwah Dato’ Muslim, bekas exco Kedah, betapa susahnya UMNO Kedah mahu memecahkan benteng dan kubu PAS di Kedah. Pinjaman Bank Dunia telah digunakan untuk menarik sokongan masyarakat bendang untuk menyokong BN namun sokongan PAS tidak pernah pudar.

Secara mudahnya, UMNO senantiasa berusaha bersungguh-sungguh menjaga kebajikan orang Melayu dan Islam semata-mata kerana terdapat saingan yang sengit yang datang dari PAS.

Sekiranya UMNO mengambil mudah kebajikan pengundi Melayu, nescaya UMNO akan menghadapi kesukaran yang amat besar di dalam mempertahankan 4 kerajaan negeri ( Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) dan beberapa kerusi di negeri-negeri pantai Barat.

Atau, sekiranya prestasi UMNO sama seperti prestasi Suharto/Golkar, nescaya UMNO telah kehilangan 4 negeri bersama 70% kerusi parlimen Melayu seluruh Tanah Melayu/Malaysia.

Undi PAS Tidak Pernah DiBawah 30% Semenjak Merdeka

Kalau dikaji tahap sokongan dari segi undi, PAS tidak pernah dapat kurang dari 15% undi popular. Kalau diterjemah dalam tahap sokongan di kalangan orang Melayu, PAS tidak pernah mendapat undi popular kurang dari 30% dari keseluruhan undi orang Melayu (atau, kiranya kita ambil seluruh undi Melayu sebagai 100%, undi PAS tidak pernah berada di bawah 30%).

Saya mengambil jumlah 15%/30% ini berdasarkan kepada keputusan PRU tahun 1986 di mana PAS hanya mampu menang satu kerusi parlimen berbanding 1982 di mana PAS menang 6 kerusi parlimen. Keputusan 1986 adalah keputusan terburuk PAS semenjak PAS ditubuhkan.

Sekiranya Malaysia mengamalkan sistem “proportional representation”, nescaya PAS akan sentiasa mempunyai tidak kurang dari 25 kerusi Parlimen setiap pilihanraya.

Ertinya, PAS senantiasa menjadi saingan UMNO dan tidak pernah berhenti dari menjadi saingan tersebut.

Dr Mahathir Menghancurkan Sistem “Check and Balance” Malaysia

Dr. Mahathir bertanggungjawab menghancurkan segenap sistem “muhasabah” (check and balance).

Langkah pertama beliau adalah melemahkan PAS dan menjadikan PAS tidak releven di kalangan pengundi Melayu/. Konspirasi menjatuhkan kerajaan Kelantan PAS antara lain adalah permainan Dr. Mahathir juga.

Selepas PAS ditendang dari BN, pemimpin2 PAS telah di “ISA” kan, dibunuh di Memali dan Lubuk Merbau, dibuang dari universiti dan kolej, difitnah, ditindas, dinafikan projek, dinafikan biasiswa, dinafikan bantuan bagi orang miskin dan cacat dan banyak lagi.

Hasilnya, PAS menjadi semakin lemah. Yang saya amat terkejut, semasa tahun 80an, boleh dikatakan kesemua orang anti kepada PAS. Ini termasuklah jemaah2 Islam seperti JIM, ABIM, Arqam dan Tabligh di samping UMNO.

PAS menjadi semakin lemah apabila Anwar Ibrahim menyertai UMNO pada tahun 1982. Ini telah memberi wajah Islam kepada UMNO dan berjaya menarik sokongan dari orang Melayu atas pagar yang cenderung kepada Islam.

Juga, sewaktu PAS ditendang keluar, Dasar Ekonomi Baru baru sahaja berjalan. Dan, rata-rata orang Melayu/Islam dalam keadaan gembira dan menaruh harapan tinggi kepada UMNO dan BN. Padahal, Dasar Ekonomi Baru itu tidak mungkin dapat dilaksanakan di Malaysia sekiranya PAS tidak menyertai UMNO di dalam kerajaan campuran/BN.

Akibat dari lemahnya PAS ini, Dr. Mahathir telah maju lagi untuk menghancurkan semua institusi “check and balance” di Malaysia. Dr. Mahathir telah menghancurkan institusi kehakiman, legislatif, media dan Raja-Raja.

Dr. Mahathir telah bermaharaja lela dan melakukan dgn sewenang-wenangnya kepada segenap institusi di negara ini.

Kepimpinan Ulama juga telah menyebabkan pimpinan PAS lebih menumpukan kepada isu-isu yang berkaitan dengan Islam dan membiarkan isu-isu negara yang bersifat keduniaan telah diambil alih oleh DAP semata-mata.

Hasilnya, orang Melayu rata-rata hilang sensitiviti terhadap segenap kemungkaran, salah guna kuasa, rasuah, nepotisma, kronisma yang berleluasa semasa pemerintahan Dr. Mahathir Mohammad. Kelemahan PAS adalah salah satu faktor utama.

Perpaduan Adalah Alasan Untuk Melindungi Korupsi dan Kronisma


Saya hairan. Di segenap negara-negara maju, mereka berpecah kepada banyak parti. Dan, soal perpaduan ini tidak menjadi soal bagi mereka kerana banyaknya parti menggalakkan persaingan dan perlumbaan.

Perlumbaan dan persaingan ini adalah ke arah memberikan servis dan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Juga, persaingan ini memastikan kerajaan beroperasi dengan lebih telus dan bebas dari korupsi, kronisma dan salah guna kuasa.

Di dalam kamus UMNO, perpaduan dan penyatuan adalah alas an kukuh yang sentiasa digunakan bagi melindungi amalan rasuah, kronisma dan salah guna kuasa. Apabila perpaduan dijadikan keutamaan, maka tak bolehlah kita menegur sekiranya ada yang makan rasuah, jadi kroni dsbnya.

Penutup

Janganlah kita mudah tertipu dengan UMNO yang menanam tebu di bibir. Apa yang penting bagi UMNO dan kepimpinan mereka adalah mereka kekal merampok kekayaan negara ini bagi kegunaan mereka dan kroni mereka.

Tulang Besi




32 comments:

Grand Marquis said...

Saudara perlu fikirkan menurut perspektif politik Islam dan bukannya demokrasi ciptaan barat yang diasaskan dari tamadun greek.

Adakah sistem check and balance dalam bentuk 2 parti ni wujud di zaman Rasulullah? Ok, mungkin anda kata ada nabi S.A.W. Tak pe, tapi bagaimana pula di zaman khulafa al-rashidin? Kalau tidak wujud, apakah para khulafa al-rashidin ini mengamalkan sistem politik diktaktorship? Apakah kita hari ini lebih baik dari para khulafa al-rashidin sebab kita ada 2 parti orang Islam yang bertelagah tak tentu pasal atas nama check and balance?

Apakah sistem Islam itu ketandusan check and balance sehingga kita perlu sengaja memecahkan umat Islam kepada 2 atau beberapa puak?

Bagaimana dengan ayat-ayat Quran dan hadith-hadith nabi S.A.W. yang melarang kita dari berpecah belah?

Saudara ini seperti tenggelam dalam politik kepartian sehingga gagal melihat "the big picture" dan beranggapan check and balance ini hanya akan wujud kalau ada 2 parti.

Apakah anda rasa Rasulullah S.A.W.tidak secekap kita kerana beliau melarang keras umat dari berpuak-puak?

adolf said...

Memang S.A.W mengajar kita jangan berpuak....juga jangan berasuah,adik ooi..

Anak Kampun Melayu ,Penang

Kunang-Kunang said...

Tak habis-habis nak menggalak perpecahan.Kenapa nak risau kalau benar UMNO dan Pas bergabung. Yang dapat kebaikan orang Melayu dan umat Islam juga.

Agaknya dah terlupa dengan seruan "hendaklah kamu berpegang kepada tali Allah dan jangan berpecah-belah"

Muktamar bulan Jun nanti takda unsur rasuah?

Ataupun tak dipanggil rasuah tapi dipanggil sedekah?

Anonymous said...

eh tulang besi, kau ni bodoh sangat ke? kau tak paham paham ke yang bukan PAS-UMNO la, tapi PR-BN. berapa kali nak ulang daaa.... dok bengap jugak lagi! bukannya orang tak kenal rahman celcom kat MISNA dulu: gila glamor, nak semua orang ikut cakap dia, dan kalau ada yang tak nak dengar (sebab idea dia semua gila gila), dia akan perlekehkan orang itu sampai berjaya cita cita gila dia

Malaysian Sabahan said...

Orang UMNO memang suka dengan idea penyatuan kedua parti ini kerana Parti mereka semakin pudar populariti. Biasalah sebilangan pemimpin UMNO ni berkiblatkan $$$$, dengan penyatuan itu(sekiranya itu berlaku) maka golongan ini akan bermaharaja lela serta kan mendapat habuan.

Tulang Besi said...


Adakah sistem check and balance dalam bentuk 2 parti ni wujud di zaman Rasulullah? Ok, mungkin anda kata ada nabi S.A.W. Tak pe, tapi bagaimana pula di zaman khulafa al-rashidin? Kalau tidak wujud, apakah para khulafa al-rashidin ini mengamalkan sistem politik diktaktorship?


Errr orang barat ni belajar pasal check and balance dari Islam la.

Mana diorang terfikir semua ni kalau kita tak ajar diorang dulu.

chong said...

ia langsung tidak menguntungkan PAS. malahan mencemahkan PAS kerana UMNO parti yang terbisa.

PAS, teguhkan kebenaran, keadilan & islam utk seluruh malaysians!!!

you can be a ruling parti if you can look beyond orang melayu & agama. malaysians are showing more and more supports to you.

Anonymous said...

Kepimpinan Ulama juga telah menyebabkan pimpinan PAS lebih menumpukan kepada isu-isu yang berkaitan dengan Islam dan membiarkan isu-isu negara yang bersifat keduniaan telah diambil alih oleh DAP semata-mata.

boleh tergkn ckit?

takut jadi fitnah

yes said...

Assalamualaikum, memang baik jika kita dapat mencontohi politik di zaman Rasullulah, tetapi dengan keadaan sekarang ini adakah itu mampu berlaku. Kita harap suatu hari kita akan kembali seperti itu, tetapi buat masa penyatuan PAS UMNO adalah bukan suatu langkah yang bijak.

Kenapa saya berkata begitu? Di zaman Rasullulah umat berjuang mengikut landasan yang telah di bentangkn olih ugama, berapa orang dalam party di hari ini yang betul betul melakukan sedemikian.

Memang betul, Islam melarang kita berpecah belah, tetapi Islam juga tidak menyuruh kita menjadi pak turut sekiranya ada gulungan yang menyeleweng dengan ketetapan Islam.

Anonymous said...

TB,

Thank you for writing and reminding. God knows we all need to be reminded in this uncertain times.

To all UMNO troopers who drop by, please write politely if you want to comment so that you don't reflect badly on the manners of the Malays. TQ!

donplayplay

Grand Marquis said...

Errr orang barat ni belajar pasal check and balance dari Islam la.

Mana diorang terfikir semua ni kalau kita tak ajar diorang dulu.


Saudara TB kena tunjukkan kredibiliti dengan berbicara secara berfakta.

Apakah bukti saudara yang mengatakan sistem check and balance yang dipraktiskan dibarat hari ini dipelajari dari Islam?

Apakah ia bermakna sistem demokrasi multi-parti ni adalah asal dari Islam dan orang barat mempelajarinya dari orang Islam?

Kalau berbicara, biarlah berbicara dengan fakta yang betul.

---------------------
Melaung-laungkan selogan Islam memang mudah, tetapi dikhuatiri yang kita laungkan bukan untuk Islam, tetapi untuk parti yang kita sokong. Kalau kita mengidamkan politik zaman Rasulullah, kita patut bermula dengan apa yang kita mampu dan ada. Kesatuan umat Islam adalah perkara yang paling asas. Amat hairan bila ada orang yang mahu kepada politik zaman Rasulullah S.A.W. tetapi menyeru supaya umat Islam berpecah. Dia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang di seru.

---------------------
Kepada saudara Chong, kalau anda ni bukan Muslim, anda tidak akan faham kepentingan kesatuan umat Islam. Kesatuan umat Islam ini adalah sebahagian dari agama Islam. Menentang kesatuan umat Islam bererti menentang salah satu asas ajaran agama kami. Kalau rasuah itu dosa, berpecah belah juga satu dosa. Jadi, ia tidak seharusnya dilihat dari pespektif puak-puak politik yang sempit.

Wassalam

Anonymous said...

Perpaduan tu hanya bermakna kalau atas tiket Islam. Buat setakat ni tak ada lagi UMNO tunjuk yang mereka betul-2 nak tegakkan Islam dan hapuskan korupsi yang melata dalam parti mereka.

Paling mereka sorakkan adalah atas nama Melayu saja. Kita sendiri tahu 'ketuanan Melayu' dalam UMNO adalah 'ketuanan tuan-tuan' Melayu. Itulah perjuangan mereka selama ini.

Maka tak ada sebarang obligation langsung untuk PAS masuk ke dalam UMNO. Dah terang dan jelas.

mut said...

Hai puak-puak penyokong penyatuan disini takder ker sorang pun nak jawab balik tulisan di atas tu tentang evolusi macam mana sistem politik negara diporak-perandakan oleh UMNO?

Takkan tibai ajer, mana hujahnya yang menyangkal pemerhatian diatas?

Saya rasa memang RUGI besar islam kalau bekerjasama dengan UMNO. Result dia sama macam PAS masuk Pakatan dan masa Anwar tinggalkan ABIM masuk UMNO.

Pendek kata Islam dan UMNO ini bagaikan minyak dengan air....

Kunang-Kunang said...

Apalah yang ruginya jika sama-sama bersatu-padu.

UMNO dan PAS bersatu menguntungkan orang Melayu.

Atau nak tunggu lepas perbicaraan bulan Julai baru nak buat keputusan?

Tulang Besi said...

boleh tergkn ckit?

takut jadi fitnah


Kerana pada masa itu, tumpuan utama adalah memecah tembok sekularisma dari luar.

Dan, pada masa itu tiada sangat isu keduniaan yang bersangkut-paut dengan skandal kewangan dsbnya.

Juga, org melayu tak minat nak dengar pasal isu2 ini kerana mereka terlampau taksub.

Maka, kepimpinan ulama telah mengambil sikap bahawa isu2 berkaitan akidah harus diutamakan.

Maka serangan kpd umno lebih tertumpu kepada isu akidah dan syariat.

Sedikit sebanyak, ianya membuahkan hasil yang lumayan.

Tulang Besi said...

Saudara,

ia tidak bertujuan untuk memfitnah atau memburukan kepimpinan ulama.
Ianya cuma bertujuan mendedahkan hala tuju yang diambil kepimpinan ulama pada masa itu yang sesuai dgn waqi' pada masa itu.

Abd Razak said...

Kunang-Kunang said:

Tak habis-habis nak menggalak perpecahan.Kenapa nak risau kalau benar UMNO dan Pas bergabung. Yang dapat kebaikan orang Melayu dan umat Islam juga.

Agaknya dah terlupa dengan seruan "hendaklah kamu berpegang kepada tali Allah dan jangan berpecah-belah"

Muktamar bulan Jun nanti takda unsur rasuah?

Ataupun tak dipanggil rasuah tapi dipanggil sedekah?

Wahai en kunang2,fakta sebegini hanya bleh dipakai sebelum zaman merdeka sahaja.Saya ingin cabar en kunang2 supaya tunjukkan saya satu saja bukti bahawa umno hendak mengamalkan hukum islam.Bukankah puak2 umno ini yg secara jelas dan terang menentang hukum hudud ini sehingga ada seorang bekas menteri ingin membawa perkara ini ke mahkamah satu ketika dahulu.

Dan apa sebabnya sehingga sekarang org melayu semakin mundur?Bukankah umno dh perintah lebih 50 tahun?Jgn le en kunang2 berharap yg penyatuan ini akan membawa kebaikan kepada melayu dan Islam.PAS pernah berada di dalam bn dahulu.Dan apa yg terjadi ketika itu?Mungkin en kuang2 terlupa sejarah atau mmg tak tau yg PAS pernah berada di dalam bn suatu ketika dahulu...

Abd Razak said...

Anonymous said...

eh tulang besi, kau ni bodoh sangat ke? kau tak paham paham ke yang bukan PAS-UMNO la, tapi PR-BN. berapa kali nak ulang daaa.... dok bengap jugak lagi! bukannya orang tak kenal rahman celcom kat MISNA dulu: gila glamor, nak semua orang ikut cakap dia, dan kalau ada yang tak nak dengar (sebab idea dia semua gila gila), dia akan perlekehkan orang itu sampai berjaya cita cita gila dia

Dr segi penulisan di atas mmg sah org ini mmg umno atau fraksi umno dlm PAS yg ingin lihat PAS hancur.Kalau berani kenapa tidak dedahkan nama?Setakat guna anonymous baik xyah komen.Hanya pengecut je yg bertindak begitu.Kalau berani hujah dengan fakta bukan dgn andaian.Berhujah dgn andaian mmg keje org umno...

Anonymous said...

salam....

buat tulang besi..

maafkn saya jika apa yg saya katakn ini kasar....

diwaktu kita sedang berperang di 2 bukit dan 1 batang,kenapa anda mengarahkn peluru ke dalam kem sendiri...? apa diat anda..?

sy mmg x setuju dgn penyatuan atau kerjasama PAS umno.....

namun ini bukan masanya untuk kita berhujjah...

tumpuknlh pada PRK yg sedang kita hadapai sekarang ini....

wassalam...

Tinta Hitam said...

Tulang Besi quote
...Hasilnya, PAS menjadi semakin lemah. Yang saya amat terkejut, semasa tahun 80an, boleh dikatakan kesemua orang anti kepada PAS. Ini termasuklah jemaah2 Islam seperti JIM, ABIM, Arqam dan Tabligh di samping UMNO....

Kenyataan tersebut adala amat jahat.Sebagai seorang yg pernah terlibat sama dalam poltik negara,pertubuhan pertubuhan Islam spt yang disebutkan tidak pernah membencihi PAS atau mengkhianati PAS.Perselisihan faham mungkin wujud tetapi itu adalah perkara biasa pd mana mana kaum.Malahan pertubuhan pertubuhan berkenaanlah yg turut sama menguatkan PAS spt skg..

Mana mana pertubuhan tidak akan menjadi kuat tanpa sokongan dari kumpulan kumpulan yg sealiran dgn nya.Malahan UMNo sendiri kuat kerana sokongan pelbagai pertubuhan pro UMNO dan juga agensi kerajaan yg diperkudakan spt KEMAS,SPRM dan PDRM

mohd ali ismail said...

I think there is no reason why we should be too worried if UMNO and PAS should merge.If by grace of God they merge, well and good, or otherwise, lets nature takes its own course.I am not too eager to have UMNO with PAS because UMNO being UMNO their members are so used to their way of life being opulent,lavish and obnoxious and all will not go well with PAS whose way of life is an absolute opposite,simpe,consevative and religious.PAS must not augur to coax UMNO members to join PAS.If they value their worth then join PAS.Let them go soul searching and evaluate their conscience which path they want to follow the right and the wrong.

Anonymous said...

Boleh jawab tak Tulang Besi?

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang menjadi bukti hitam putih dokumen calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang diterima dan disahkan bagi melayakkannya bertanding tertera pekerjaan semasa beliau kini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pasir Panjang bukannya Menteri Besar Perak.

Sama ada sedar atau tidak, borang pencalonan tersebut yang diisi berdasarkan peruntukan undang-undang dan satu pernyataan rasmi oleh sesorang calon boleh disifatkan sebagai pengakuan Nizar sendiri bahawa pekerajaannya kini hanya seorang ADUN dan bukannya Menteri Besar seperti yang dipertahankannya.

Malah apabila ditanya oleh wartawan mengenai perkara itu, Nizar memberikan reaksi ringkas “itu semua sejarah”. Adakah ia bermaksud jawatan Menteri Besar telah menjadi sejarah .

Namun, beliau masih cuba untuk bermain dengan kata-kata apabila diajukan soalan berkenaan dengan berakta, beliau masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Persoalannya kenapa pekerajaan Menteri Besar itu tidak dicatat dalam borang pencalonan.

Anonymous said...

Isu Nizar rampas mic di masjid telah menutup keboborokan pemuda umno yg melempar botol air ke kereta karpal singh!

Ex-celcom

Serious Shepherd said...

Muktamar ada rasuah? Ini 1st time saya dengar. Berapa juta?

Bila google pasal Nizar rampas mike terjumpalah artikel Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang. Dulu kata Masjid di Perak diingat jangan jadi medan politik
tapi kalau koalisi politik BN buat acara di masjid boleh pulak.

Inilah prinsip keadilan Sadiq Segaraga. Ataupun Shaolin Soccer.

Anonymous said...

Tolong lah brader brader sekalian yang nak samakan nabi S.A.W. atau khulafa dengan mana-mana kepala UMNO. Jauh sangat tu...

Bolehkah kepala-kepala UMNO menahan nafsu seperti rasuah, maki hamun, memperkecilkan kaum perempuan dan lain-lain lagi? Ada yang nampak punggung kaum hawa saja sudah mau picit sambil minum 'air kencing setan'.

Apa PAS tak tau ke tempat meeting mereka pun di sekitar area neraka dalam bumi macam hotel-hotel mewah, kelab malam dan sebagainya.

Korang ingat TG Nik Aziz nak ahlinya menjejak kaki di tempat sedemikian yang penuh godaan? Bersatu di bawah naungan Setan?

Sendiri dalam UMNO pun berpecah. Pekik macam anjing gila "KJ Rasuah...KJ Rasuah..." Padahal KJ sudah jadi kepala generasi baru UMNO. Nak satu kan Melayu Islam konon. Poodah...

Nak letak Pemuda PAS dimana? Bawah arahan KJ? Nak mampuih? Dia ni penganggur terkaya di Malaysia. Tak rasuah ?? Ya ke??

Oooo... bukan bersatu dengan PAS tapi PR. Betoi ke? Parti mana selain didalam PAS yang ada fraksi UMNO yang beria ria sangat? DAP ? PKR? hanya fraksi UMNO sajala yang nak naik Porsche dia orang.

And please.., there is no grace of god in UMNO. Tolong jangan kaitkan UMNO dengan Tuhan.

mut said...

>>Persoalannya kenapa pekerajaan Menteri Besar itu tidak dicatat dalam borang pencalonan.<<

Nak mengelak musibah lagi besar, iaitu SPR. Ni kan baruah UMNO? Jadi kalau direject pencalonan kan lagi naya. Eleh, isu ni ko nak mainkan ker? Ni isu budak2, tunggu la hujah di mahkamah beb, baru la terang lagi bersuluh. Terutama tentang keputusan speaker dewan!

Takyah berlakon SPR tu bersih dan telus. Dakwat pun dia takut nak pakai. Bukan PAS dapat advantage pun, cuma pilihanraya lebih telus. UMNO takut, jadi SPR pun cover line ler.... tak gitu? :D

Grand Marquis said...

Dalam browsing blog tu, saya terjumpa quote ini.

Pas meletakkan bermacam-macam syarat untuk bekerjasama dengan UMNO. Sebaliknya DAP yang letak syarat kepada Pas untuk gugurkan hasratnya menubuhkan negara Islam pun Pas boleh terima. Kenapa Pas berani dengan UMNO tapi penakut dengan DAP?

Saya sendiri pun tidak faham kenapa ini boleh terjadi. Apakah alasan mereka.

Tok Den said...

Tulang Bosi,

aku rasa isu nin patut kita tutup buat sementara waktu (KIV)...bacalah dalam blog MSO:

Manakala menyentuh mengenai pertemuannya dengan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu minggu lalu, Abdul Hadi menjelaskan pertemuan itu bagi mendapat pandangan mengenai beberapa perkara daripada Nik Aziz.


Pertemuan yang turut sama dihadiri Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din turut sama membincang strategi Pakatan Rakyat dan juga mengenai idea mengagaskan unity government.


"Alhamdulilah Tok Guru Nik Aziz telah memberi beberapa nasihat dan pandangan yang baik yang akan dijadikan pedoman dalam membincangkan idea ini," jelasnya.
Menjawab pertanyaan kenapa Nik Aziz mengkritik idea itu secara terbuka baru-baru ini, Abdul Hadi menjelaskan ia bukan disengajakan tetapi kerana beliau (Nik Aziz) tidak mendapat maklumat dan penjelasan yang sebenarnya. "Bagaimana pun alhamdulilah kini semuanya sudah selesai," jelasnya

Tulang Besi said...

Saudara/ri sekelian,

tulisan ini adalah respon kepada perwakilan dari Negeri Sembilan yang telah meminta PAS dan UMNO bersatu sewaktu Perhimpunan Agung UMNO dahulu.

Anonymous said...

jika mau bersatu, marilah org2 umno keluar parti dan masuk PAS!!

weber said...

sdra tulang besi,

kenapa pulak UMNO dan PAS tidak boleh bersatu? mereka ni majoritinya Melayu Muslim. sebangsa dan seagama. takde masalah pun sebenarnya kalau UMNO dan PAS nak bersatu.

saya sendiri malas nak mengundi antara PAS dan UMNO. dah dua-dua pun Melayu Muslim. kalau bersatu kan senang.

cuma yang perlu dibuat oleh PAS
- jelaskan kenyataan UMNO kafir. mana ada sokong UMNO jadi kafir.

yang perlu dibuat oleh UMNO pula
- bersihkan parti anda dari rasuah. rasuah adalah kesalahan jenayah, bukan kesalahan etika parti.
- lantik orang-orang beriman jadi pemimpin. yang mana anak isteri tak bertudung tu, tak payah la lantik jadi pemimpin. anak isteri pun tak boleh jaga, camne nak jaga parti.
- letakkan SPRM di bawah kuasa parlimen. bukan bawah PM. kalau anak PM makan rasuah, camne tu?
- laksanakan hudud. mana ada hudud PAS hudud UMNO. hudud ni hudud la.

kalau perkara yang saya tulis ni tak boleh dibuat.. toksah mimpi la nak bersatu...

Anonymous said...

yang plg penting, perundangan malaysia MESTILAH di ambil dari PERUNDANGAN ISLAM, kerana ISLAM ada sistem perundangan nya sendiri, agama lain tidak boleh menyentuh tentang hak asasi manusia kerana isu perundangan ini menyentuh sensitiviti orang ISLAM sendiri..NEGARA ISLAM mesti mengamalkan UNDANG2 ISLAM..UNDANG2 ISLAM tidak menganiyaya agama lain..
perundangan berasaskan kaum tidak mengundang apa2 perubahan sebagai bukti, melayu tidak pernah mencapai matlamatnya 30% ekonomi walaupun sudah lebih 50 tahun berlalu..semua hanya sia2..
hak istimewa org melayu, ketuanan melayu hanya sebagai benteng supaya melayu tidak hilang di buminya sendiri, sepatutnya hak istimewa ini menjadi pemangkin kepada tertubuhnya UNDANG2 ISLAM di malaysia..

ini hanya pendapat untuk org2 y berfikir..salah silap sila tegur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.