Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 23, 2009

Munajat dan Tahajjud Tok Guru Nik Aziz Sudah Tidak Bermakna Pada Ahli-Ahli PAS

Nampaknya ahli-ahli PAS semuanya dan sebahagian kepimpinan sudah tidak menghargai lagi tahajjud dan munajat Tok Guru Nik Aziz.

Pengalaman saya dengan adik Tok Guru, Ustaz Nik Radzi, memberitahu kepada saya sendiri bahawa beliau tidak pernah melihat abangnya meninggalkan solat tahajjud dan munajat malam hari. Dahulu, sewaktu sebelum PAS memerintah Kelantan, apabila Tok Guru sampai ke KL, maka beliau kerap menumpang tidur di rumah Ustaz Nik Radzi. Dan setiap kali, beliau tidak pernah melihat abangnya meninggalkan solat malam.


Ilmu Beliau Juga Antara Tertinggi Dalam PAS

Kalau Tok Guru berada di India, beliau akan mendapat gelaran Maulana. Begitulah tinggi ilmu beliau. Selain itu beliau fasih bahasa Arab, Urdu, Melayu, Kelantan dsbnya.

Solat Malam Bukannya Satu-Satunya Kekuatan Tok Guru Nik Aziz

Ramai ahli-ahli PAS sudah terlupa bahawa Tok Guru Nik Aziz telah menjadi MB Kelantan sebanyak 4 penggal berturut-turut dan tidak pernah hilang negeri di bawah pentadbiran beliau walaupun satu penggal.

Beliau juga mempunyai pengalaman politik yang cukup luas serta beliau mempunyai sifat kepimpinan yang sangat jelas. Sehinggakan seluruh Istana Kelantan gerun dengan beliau.

Mahir Dalam Selok Belok Penipuan UMNO


Tok Guru terlibat secara langsung semasa UMNO dan Istana Kelantan mengkhianati PAS tahun 1978. Ertinya, di dalam PAS beliaulah yang paling mengerti betapa UMNO ini sebuah parti yang penipu. Sifat penipu UMNO ini paling difahami oleh Tok Guru Nik Aziz berbanding dengan kesemua ahli-ahli PAS.

Yang kedua selepas Tok Guru Nik Aziz adalah mereka2 yang pernah meringkuk dalam ISA. Tak hairanlah, tiada ahli Fraksi UMNO yang pernah menjadi mangsa ISA termasuklah abang Mat Sabu.

Ijtihad Tok Guru yang Paling Afdal Berbanding Ulama-Ulama Lain Dalam PAS

Sudah tentu kerana Tok Guru mempunyai ilmu berkenaan waqi' yang paling tinggi berbanding ulama-ulama lain dalam PAS berkaitan dengan situasi politik dalam Malaysia.

Bagi saya, ijtihad Tok Guru adalah lebih tinggi tarafnya dan sepatutnya dikehadapankan berbanding ulama lain dalam PAS.

Penutup

Sedih saya apabila munajat dan tahajud Tok Guru diketepikan begitu sahaja. Dalam kes pemilihan calon untuk Kuala Terengganu, sekiranya ijtihad Tok Guru diikuti takdalah memorandum bantahan dan boikot oleh jentera tempatan berlaku.

Kita ahli-ahli PAS kena muhasabah dan mesti insaf kerana kita telah meletakkan Tok Guru dibelakang.

Wallahualam bissawab.

25 comments:

pemerahati said...

Orang PAS sekarang lebih suka percaya pada munajat dan tahajjud Mustafa Ali dan Harun Taib

Anonymous said...

Ahli-ahli PAS skarang semacam UMNO.!!!
HIDUP TOK GURU NIK AZIZ !!!!!

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

SalamMW,
Saya amat-amat bersetuju. Walaupun TGNA manusia biasa, tetapi taraf peribadi meliau berbeza dari ulamak lain. Itu sebab saya pernah tulis:
http://siyasahsyariyah.blogspot.com/2008/10/cinta-pandang-pertama-pada-tg-nik-aziz.html

Wassalam.

Syamil said...
This comment has been removed by the author.
tawar said...

Makin hari aku tengok orang2 PAS makin tak respek Tuan Guru. Sampai aku pun dah jadi tawar nak sokong PAS

Anonymous said...

Bagi saya,PAS bergerak secara jemaah.kita tidak boleh berkiblat hanya dengan pemimpin tertentu sahaja.itu fanatik namanya.xsemua orang maksum melainkan rasul dan nabi2 sahaja.kalau seseorang pemimpin itu mengeluarkan idea yang silap,adakah pandangan beliau nak diambikira juga?adakah kita nak terima juga kerana alasan kezuhudan beliau?fanatik terhadap manusia x dibenarkan dalam islam kerana ia boleh mengemudi manusia itu kearah hala yang tidak betul.Hanya Islam sahaja wajib kita fanatik.Perjuangan pas dari segi pandangan dan idea pimpinan adalah kolektif atas konsep bergerak secara jemaah.Bukan individu.

-warasatul anbia-

Alias Mohd Yusof said...

Malam tadi keluar di berita TV3 ucapan Tun Mahathir di majlis yang dianjurkan oleh persatuan Perkasa. Nampaknya Mahathir akan diberi tempat semula di bawah pimpian DS Najib Nanti, yang akan menjadi kuda tua bagi memperkuatkan perjuangan orang-orang Melayu.

Saya nampak ucapannya itu hanya akan melebarkan jurang perkauman di negara ini. Dia tidak berpijak dibumi nyata. Dia mengatakan negara ini adalah hak peribumi negara ini iaitu orang Melayu. Tidakkah dia sedar, datuk dia sendiri pun berasal dari pendatang Negara India.

Bolehkah kita kata bahawa negara Singapura itu adalah hak peribumi negara itu iaitu orang Melayu. Undang-undang mana dia pakai?

Anonymous said...

Assalamualaikum Tulang Besi,

Apa-apa pun kita jangan taksub
sesama manusia..Amalan kita hanya Allah yang menentukan diterima atau tidak..Jangan luaran sahaja nampak baik tapi sebaliknya abai terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.

Secara luaran TGNA memanglah amat dihormati tetapi dia juga harus menghormati TGHA sebagai Presiden PAS terutama apabila membuat kenyataan.





Apa pun yang terjadi,sa

CacaMarba said...

Orang PAS kebanyakannya masih berpegang pada idea nasionalisme bukannya agama. Dalam Islam, semua manusia itu sama kecuali dibezakan oleh takwa dan iman. Yang malangnya, banyak orang PAS tewas dengan isu ketuanan Melayu. Yang sedihnya, kepimpinan utama parti pun tewas dengan ideologi UMNO. Jatuhnya kerajaan PAKATAN di Perak pun salah satu sebabnya isu ketuanan Melayu. Yang untungnya segelintir Melayu saja, kita mewakili majoriti melayu...ternganga, melopong!

-www.duniacacamarba.blogspot.com-

Anonymous said...

Salaam Semua;

ISLAM@PAS tidak hanya bergantung pada ketokohan individu kerana Individu akan mati TAPI Islam terus hidup. Apa yang penting semua mesti tahu PERANAN dan TANGGUNGJAWAB dan bertindak dan bertutur atas PARAMETER atau garisan sempandan yang DITETAPKAN. Kalau kita bertindak diluar PARAMETER maka terjadilah huru-hara dalam Jemaah. Setiap INSAN melakukan kesilapan kerana manusia yang ada pada hari ini tidak ma'sum begitu juga dengan TGNA dan TGHA. Jangan kita pertikaikan keputusan pimpinan dalam membuat keputusan kerana itu merupakan tugas mereka. Sedih bila TGNA serang TGHA dalam press conference dan agak keterlaluan mungkin kerana sikap tidak memahami peranan dan tanggungjawab yang diperuntukan dalam perlembagaan. Alhamdulillah sepertimana biasa TGHA tenang dan tidak bertindak balas kerana faham akan konsep Jemaah yang tidak akan menyerang sahabatnya sendiri sepertimana yang di ajar oleh Rasul dan pentarbiyahan secara sempurna melalui gerakan ikhwan. Mengapa harus diungkit kisah calon P/raya K.Trengganu yang telah berlalu dan mempertikaikan keputusan TGHA selaku Presiden iaitu Pimpinan Tertinggi dalam haraki parti yang dilantik melalui baih ahli secara terus. TGHA dan kita juga tidak mempertikaikan keputusan TGNA dan Husam Musa menamakan Ibrahim Ali sebagai calon PAS Pasir Mas guna lambang PAS kerana ia keputusan pimpinan WALAUPUN setakat hari ini TERNYATA dan TERBUKTI satu keputusan yang salah dan tidak dapat diterima oleh ahli PAS Kwsn Pasir Mas dan di Malaysia amnya. Mengapa kita diam ??? Sebab kita menghormati pimpinan. Bukan nak kritik TGNA tapi sedih melihat gelagat beliau yang telah melampui bidang kuasa yang dipeuntukan dalam perlembagaan PAS. Semuanya akan selesai sekiranya semua faham akan tangungjawab masing-masing dan hadir mesyuarat yang SEWAJIBNYA kita hadir. Bila tak hadir mesyuarat maka pelbagai masaalah timbul sebab kita tak faham apa TGHA@Presiden katakan.Cubalah kita fikirkan secara ikhlas.....

Haqqul Mubin

Anonymous said...

Kalau bukan TGNA yang menegur siapa lagi ahli PAS yang layak untuk menegur? Konsep jemaah maksudnya tak boleh bagi pandangan peribadi ke?

General public tak kenal konsep2 jemaah ni. Yang penting bagi diorang adalah PAS yang stabil, dan diorang nak tengok pemimpin yang diorang hormat, orang lain pun hormat.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Bagi saya,PAS bergerak secara jemaah.kita tidak boleh berkiblat hanya dengan pemimpin tertentu sahaja.itu fanatik namanya.xsemua orang maksum melainkan rasul dan nabi2 sahaja.


Benar, tapi kenapa sampai pendapat Tok Guru langsung diketepikan?

Tulang Besi said...

Alhamdulillah sepertimana biasa TGHA tenang dan tidak bertindak balas kerana faham akan konsep Jemaah yang tidak akan menyerang sahabatnya sendiri sepertimana yang di ajar oleh Rasul dan pentarbiyahan secara sempurna melalui gerakan ikhwan.

Saya nak tanya, Tok Guru Nik Aziz tak faham ke konsep berjemaah?

Skrg ni fraksi UMNO dah mula nak kata Tok Guru pulak tak reti berjemaah?

Sudahlah kamu pinggirkan TOk Guru, sekarang kamu nak fitnah pula Tok Guru Nik Aziz?

Memanglah Fraksi UMNO ni lebih layak duduk dalam UMNO berbanding PAS.

Abu Zahid said...

Tahniah. usaha anda berterusan untuk memecahkan pas semakin mendapat sokongan.. Tapi pimpinan yang kamu sangat cemburukan itu memiliki aqidah yang hebat setakat ini. InsyaAllah gugatan seperti yang kamu usahakan ini tidak mampu menjejaskan kekuatan hemmah mereka.. Usaha kamu akan gagal seperti gagalnya golongan munafik madinah memecah belahkan para sahabat....

Anonymous said...

Assalamualaikum TB..
Saya setuju dengan saudara warasatul mengatakan 'perjuangan pas adalah secara berjemaah.Idea pimpinan adalah kolektif'.Fanatik kepada seseorang pemimpin adalah tidak betul dalam islam.Sesiapapun boleh bagi pandangan untuk kemaslahatan jemaah dan bukannya individu. Seseorang pemimpin hanyalah alat sahaja.Perjalanan dan gerakan perjuangan adalah berasaskan konsep jemaah.hendaklah berdasarkan kepada al-quran dan hadis. Jika idea seorang pemimpin itu bercanggah dengan dua sumber ini,seharusnya anggota jemaah wajar menolaknya pemimpin sebegini.Anggota jemaah yang ramai boleh menilai setiap tindak tanduk pimpinan kita. adakah hanya kita je menyokong,orang lainpun menyokong juga ke? Oleh itu anda tidak perlu berkecil hati jika seseorang pemimpin itu sudah tidak lagi dipandang ideanya.sesungguhnya pengaruh seseorang adalah ditangan Allah semata2.Tuhan boleh mencabut pengaruh seseorang dan boleh mengurniakan kepada seseorang mengikut kehendakNYA.

Tulang Besi said...

Delete
Blogger Abu Zahid said...

Tahniah. usaha anda berterusan untuk memecahkan pas semakin mendapat sokongan..


Yang memecahkan PAS sekarang ini adalah mereka yang hendak PAS masuk BN.

Kenapa susah sangat nak faham ni?

Tulang Besi said...

Tapi pimpinan yang kamu sangat cemburukan itu memiliki aqidah yang hebat setakat ini.

Saudara paham ke maksud "akidah" dalam Islam? Ia tidak sama dengan "iman".

Akidah takda yang hebat dan takda yang lemah.

Akidah itu samada ianya benar atau tidak.

Kalau seseorang itu tidak berakidah yang benar maka ia berakidah yang bathil.

Anonymous said...

Cuba la fikir kalau allahyarham ust rawa atau utz fadhil masih hidup, agak mau mereka masuk bergabung dalam BN.. lebih-lebih lagi parti tu sekarang dalam keadaan nazak?

Presiden dan fraksi UMNO mesti ingat, Nabi berlawan sesama arab dulu untuk menegak Islam yang membawa keadilan untuk semua..

Dasar PAS bukan ketuanan melayu!!

Serious Shepherd said...

Salam,
Nak tanya sikit khabar tahajud TGHH sampai tiba-tiba nak wujudkan kerajaan campuran dgn BN. Apa yang dia angan-angankan dari kerajaan campuran?

"Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya), Syaitanlah yang memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka."
(Surah Muhamad: 25)

Serious Shepherd,
Ahli futur yg jarang-jarang tahajud.

Serious Shepherd said...

Tambah skit: Sila baca Surah Muhamad dari ayat di atas sampai ke ayat 28, dan padankan dengan angan-angan nak buat kerajaan perpaduan.

Adapun artikel Roslan SMS dalam Harakah DENGAN TEPATNYA memberi contoh kerajaan perpaduan sebagai usaha menyatukan Fatah dan Hamas. Sangat tepat sekali!

Anonymous said...

Kelakar pun ada, malu pun ada. Masing2 cakap ikut sedap mulut je.

Aku hormat dan respect giler kat TGNA, tp aku tak diajar sampai jd ta'asub membabi buta. Dia pun manusia dan boleh tersilap.

TGHH aku respect gak, tp taklah sampai tahap respect maut aku kat TGNA.

Cuma dalam isu Kerajaan Perpaduan ni, aku tgk ramai yg cepat sgt melatah; faham pun tidak, suka2 je mengata itu ini. Entah2 baca pun belum. Main syok ikut rumours dan buah mulut org jer.. Buat malu jemaah je! Msm takde usrah dan naqib bila bercakap.

Apapun, aku harap kita semua sedar peranan dan t/jawab masing2 sesuai dgn amanah yg diberi. Agak2 kalau dah ketinggalan keretapi tu, rajin2lah attend mesyuarat dan usrah.

Pandangan 'kita' mungkin hebat, tp 'kita' kena ingat, kita bergerak secara kolektif(berjemaah) so, ikutlah keputusan mesyuarat yang telah diputuskan. Kalau semua nak tunjuk pandai dan lapar nak buat statement, masalah tak selesai. Tambah kalut ada.

"Berbeza pendapat tu lumrah. Yang jadi masalahnya ialah bila kita tak reti nak urus perbezaan pendapat tu"

Tulang Besi said...


Cuma dalam isu Kerajaan Perpaduan ni, aku tgk ramai yg cepat sgt melatah; faham pun tidak, suka2 je mengata itu ini. Entah2 baca pun belum. Main syok ikut rumours dan buah mulut org jer.. Buat malu jemaah je! Msm takde usrah dan naqib bila bercakap.


Awak kata TGNA pun melatah juga ke?

Anonymous said...

TB: "Awak kata TGNA pun melatah juga ke?"

Aku tak katapun TGNA melatah.. Statement umum. Tp boleh jadi juga, sbb dia juga tak terkecuali sbg manusia biasa yg boleh terdedah kpd melakukan kesilapan.

Semua org disemua peringkat wajar kita peringatkan sesama manusia; lagi2 bila duduk dalam sistem yg dikatakan tarbiyyah ni. Tiada yg terkecuali.

Anonymous said...

Apabila seorang pemimpin tu mencetuskan idea/gagasan bertentangan dengan keputusan ramai(Muktamar} dan tidak pula dibahathkan cara terpeinci diperingkat JK Pusat - inilah padahnya.Yang dibawah bertengkar dengan yang ditengah,yang ditengah bertengkar dengan yang dibawah yang diatas pula membisu seribu bahasa dan yang diluar bertepuk tangan.

Listrik said...

Saya secara peribadi, memang kasih akan TGNA berbanding TGHA.

Tapi dalam bab ini, saya, ahli PAS yang biasa-biasa, manalah tahu nak berpijak mana dalam situasi yang kompleks ini.

Ingat, jikalau PAS tidak lagi tulus, ALLAH akan menggantikan PAS dengan jemaah lain yang mana para daeinya kasih terhadap mukmin dan keras terhadap kafir.

Kita jangan taksub PAS, taksub tok guru.
Kita taksub ALLAH.

Atas kewajaran inilah, saya menyeru abang-abang sekalian 'redefine' PAS ini.

Tahun 1983, TGNA pernah redefine PAS dan seterusnya menjelmakan PAS supaya 'berkepimpinan ulamak'.

Jikalau kita kurang solat berjemaah, kurang usrah,
hendak diulangi lagikah kesilapan 1983 dahulu?

Tuntasnya Islam tertegak, PAS mungkin ada mungkin tidak.

p/s:Anbakri dan Roslan SMS kene berbincang rapat-ukhwah.Please,.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.