Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 16, 2009

Roslan SMS Tidak Dicalon Cawangan Sendiri. Fraksi UMNO Mulai Ditolak Oleh Ahli PAS

Saya mendapat maklumat bahawa cawangan Roslan SMS telah mencalonkan orang lain sebagai YDP Kawasan Kelana Jaya dan sama sekali telah tidak mencalonkan Roslan SMS walaupun Roslan SMS adalah YDP Kelana Jaya sekarang ini.

Ini adalah tanda-tanda awal betapa mereka yang telah terlibat dalam usaha membawa PAS masuk BN (aka Fraksi UMNO) akan ditolak oleh ahli-ahli PAS. Jelas bahawa ahli-ahli PAS semakin matang dan mampu menilai mana intan dan mana kaca.

Roslan SMS, inshaalah, bukan yang pertama dan ramai lagi yang akan dibuang oleh ahli-ahli PAS.

Malahan, Roslan SMS sedang cuba untuk menubuhkan team baru di Kawasan beliau yang terdiri dari kalangan bekas-bekas UMNO dan sama sekali membuang orang-orang lama dalam PAS Kelana Jaya dan PAS itu sendiri. Begitu desperate Roslan SMS ini rupanya.

Saya yakin, keseluruhan ahli-ahli PAS tidak mahu parti mereka dipengaruhi dari dalam oleh anasir-anasir Fraksi UMNO yang mendapat tunjuk-ajar serta arahan dari UMNO.

PAS Harus DIbersihkan Dari Elemen-Elemen UMNO

Selepas peristiwa pembelotan dan pengkhianatan di Perak, terdedah kepada kita peranan Harussani di dalam mencipta Fraksi UMNO dalam PAS. Kemudian, terdapat juga golongan opportunis yang mahu mencipta kekayaan serta kesenangan dunia hasil dari kemasukan PAS dalam BN.

Cerita kononnya DAP sabotaj Islam dan kedudukan Islam dalam bahaya di bawah Pakatan Rakyat serta cerita kononnya Anwar Ibrahim adalah liberal dan agen USA adalah bahan propaganda Biro Tatanegara.

Namun tiba-tiba ianya menjadi bahan mulut ramai pimpinan-pimpinan PAS. Seolah-olah PAS telah menjadi Biro Tatanegara. Keseluruhan ahli-ahli PAS tiba-tiba mendapat “input” yang bersumber dari BTN tapi melalui mulut sesetengah pimpinan PAS.

Natijahnya, PAS berpecah dan berlaku “perbezaan” yang tajam dikalangan aktivis2 PAS.

Oleh sebab itu, demi untuk mempertahankan perpaduan dalam PAS, maka semua yang terlibat dalam Fraksi UMNO harus dibuang atau diturunkan dari jawatan mereka.

Kalau tidak, PAS akan terus menerus dihimpit perpecahan dan konflik.

Tulang Besi

19 comments:

Mullahkane said...

SAya memberi sokongan penuh kepada Roslan SMS utk menjadi Ketua cawangan UMNO Subang Jaya. Roslan SMS akan di undi secara SMS.

Politikanjing(PA) said...

1. Politik Malaysia ialah politik anjing.

2. Mula-mula menghidu, lepas tu mencari, lepas tu menggeledah apa yang dapat.

3. Rakyat jangan bodoh...perhatikan betul-betul antara penyu@kura, monyet@beruk, ular@belut, arnab@arkus.

4. Jika salah ikut...rakyat terNGANGA...Pemimpin kenyang.

http://politikanjing.blogspot.com

Anonymous said...

sdr,
saya calonkan hang jadi ydp ,amacam ok tak.orang nak berpolitik ,hang pun nak berpolitik,tapi orang cerdik politik tapi hang bodoh politik.dah lah tu...
sekian
zmy

D'ayo said...

Kenapa dia orang mesti nak jugak dengan UMNO... tak kanlah orang yang pandai boleh kena tipu 2 kali oleh orang yang sama...

Tulang Besi said...

Anonymous said...

sdr,
saya calonkan hang jadi ydp ,amacam ok tak.orang nak berpolitik ,hang pun nak berpolitik,tapi orang cerdik politik tapi hang bodoh politik.dah lah tu...
sekian
zmy


Bodoh? Bukan UMNO pernah khianat PAS dan tikam PAS dari belakang?

Sebusuk2 DAP, diorang tak pernah khainat PAS macam UMNO khianat PAS?

Ertinya, DAP lebih berakhlak dan berperangai mulia serta boleh dipercayai berbanding UMNO.

Kalau fraksi UMNO ni bijak sangat, korang ingat UMNO akan biar ke PAS kekal dalam BN kalau mereka dah kuat semula?

Kau yang bodoh sebenarnya sebab kau mudah kena tipu dengan UMNO yang penipu.

Ada bekas UMNO bagitau aku, kalau ada orang UMNO kata Tuhan tu Satu, kau jangan percaya. Bukan kerana perkara yang diperkatakan itu salah, tapi kerana yang bercakap itu orang UMNO.

Kau tengok la si sfso ni, dari hari tu kata PAS diperkuda DAP, tapi sampai sekarang takda bukti.

Ertinya, puak UMNO ini menipu tu dah jadi darah daging diorang.

Tulang Besi said...

"Nga pernah terserempak dengan Jamal di Grand Season Hotel bersama dengan seorang perempuaan Cina yang seksi. Bila di tanya oleh Nga, Jamal kata itu bukan isterinya tetapi girlfriend. Nga marah kat Jamal kerana perbuatannya itu membahayakan dirinya dan bertentangan dengan ajaran Islam!

Malu aku nak cerita..bila sorang Cina bercakap tentang moral dengan seorang yang mengaku sebagai pejuang bangsa dan agama, tetapi berkepit dengan pelacur Cina.

Osman dan Jamal tak payah cakap pasal moral..pasal ugama."

LensaPR said...

Hadi dan Nasa pun proksi Umno juga oi.

Anonymous said...

Wahai budak tulang reput! Kau dengan UMNO memang sama spesies walaupun mengaku ahli Pas. Kau tersangat gembira apabila Pimpinan Pas bergolak. Kau rasa lapang dada apabila kerajaan Pakatan tumbang di Perak. Bila aku lihat kau dengan Jamalaluddin serta Osman Jailu saling tak beza cara berjuang. Cuma kau pengecut untung berjuang dalam erti kata sebenar. Yahudi memang suka orang macam kau ni. Aku tak hairan satu hari nanti kau jadi macam Saiful yang mendakwa Anwar Ibrahim. Kalau kau bekerja dengan Najib Tun Razak satu hari nanti pun aku tak terkejut langsung sebab darah khianat kepada perjuangan Islam itu ada pada kau.
Wahai budak tulang, bilalah kau nak insaf!

Anonymous said...

tak kira sapa..pas ka pkr ka dap ka umno ka..sapa yg permainkan rakyat siap!!!tak kira roslan ka..haji hadi ka..nasharudin ka..hassan ali ka..sapa nak mainkan2 rakyat..baik pikaiq 100 kali!!!

Parpu Kari said...

OH! KORANG NI GOLONGAN ERDOGAN YA, SI PENJILAT AL JUBURI RUPANYA...

HMMM...KESIAN ROSLAN SMS!

SAMA SAMA KAMU SENDIRI PUN NAK BERCAKARAN PASTU KORANG KATA UMNO NI TAK RELEVAN LA, AKU YAKIN UMNO DAN PAS ORIGINAL AKAN BERSATU...YANG ERDOGAN BOLEH NAIK BELAKANG ANWAR, PASTU DEPA BOLEH BERKUDA SATU SAMA LAIN.

Anonymous said...

SAya memberi sokongan penuh kepada Roslan SMS utk menjadi Ketua cawangan UMNO Subang Jaya. Roslan SMS akan di undi secara MMS.

Anonymous said...

Tulang besi@reput, aku pun setuju kalau engkau balik malaysia dan tolong PAS untuk melahir kan orang yang tinggi tahap ketulenan nya. Takat komen-komen dalam blog orang GOBLOK pun boleh. Jangan syok sangat sebab tulang hang besi, suatu kalau dah reput apa amal soleh yang kau nak persembahkan dengan Allah Rabbul Jalil selain asyik bantai teman dalam dunia siber.

Ibnu Qalil said...

Saya setuju cadangan di atas supaya Man Talib balik dan berjuang bersama PAS bukan dok jadi batu api dari jauh. Bertaubatlah. Banyak sangat FITNAH yang kau buat. Semoga Allah memberikan hidayah kepada kau. Tapi jika kau terus menerus menyebar fitnah dan adu domba untuk pecahbelahkan PAS, aku doakan semoga Allah laknat kau dan sekutu kau kerna merosakkan jemaah Islam PAS. Ameen.

Anonymous said...

Hang nie nak pecah belah orang pas, hang ingat hang dah cukup bijak ke... qaplah betoila tulisan hang nie, biasalah berbeza pandangan ke apake, tapi kena ingat orang pas berjuang fisabilillah dan bukan kerana wang

Tulang Besi said...

Anak si sikit (Ibnu Qalil),

Cuba kau cerita sikit apa fitnah yang telah aku ungkapkan?

Asyik tuduh aku memfitnah, last sekali yang buat fitnah nya kau.

Boleh tak kau berenti mengarut mcm ni?

Tulang Besi said...

Tulang besi@reput, aku pun setuju kalau engkau balik malaysia dan tolong PAS untuk melahir kan orang yang tinggi tahap ketulenan nya.

Dengan aku menyampaikan maklumat perkara dalaman yang bersifat pengkhianatan mcm ni, tak bantu jemaah ke?

Kau ingat bantu jemaah ni satu cara je ke?

Aku dah terlibat cawangan dgn kawasan ni sejak aku form 3 lagi. Takpayah lah nak nasihat aku untuk balik.

Kau tu sendiri, duduk kat kawasan, apa benda kau buat?

Tulang Besi said...

Anonymous said...

Hang nie nak pecah belah orang pas, hang ingat hang dah cukup bijak ke... qaplah betoila tulisan hang nie, biasalah berbeza pandangan ke apake, tapi kena ingat orang pas berjuang fisabilillah dan bukan kerana wang


Mamat yang aku dedah ni semuanya berjuang untuk jawatan dan pangkat bukan fisabilillah.

Kalau diorang ni berjuang fisabilillah aku tak dedah mcm ni.

Percayalah.

Kau ingat semua dlm PAs ni malaikat ke tak pernah buat silap?

Anonymous said...

TB - Tali Barut (UMNO). Tugas - Pencuci, penjilat Tong Tahi Nasional. Tugasan lain: TB- Tukang Bantai pimpinan Pas. Korek rahsia sedapat mungkin daripada ejen-ejen pimpinan PAS, kemudian siar adu domba khianat dalam rencana blog. Nama pun jadi masyhur, TB - TALI BARUT NO.1 UMNO/PARTI TONG TAHI NASIONAL.

Anonymous said...

hang pa semua pukimak ... jgn la nak iri hati pada sdr roslan sms ... hampa baguih sangt ka?? mau petikaikan dia??? hang pa jaga tepi kain hampa dulu la... mcm ni ke org melayu patut la org melayu selalu mundur sebab mulut longkang mcm hang pa la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.