Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, March 5, 2009

Umno tersalah baca Undang-undang Tubuh Negeri Perak

DI bawah adalah artikel ehsan dari blog Amin@Iskandar Black

(Mula)

Berikut adalah kiriman email yang diterima daripada pembaca Blog Amin Iskandar:

Ahli-ahli akademik UMNO tersalah baca Undang Undang Tubuh Negeri. Sidang DUN semalam adalah Sidang Tergempar, Khas atau Emergency Session dan bukan Sidang Rasmi Tahunan. Hanya Sidang Rasmi Tahunan yg dilakukan dengan persetujuan dan restu baginda Sultan dan bukan Sidang Tergempar. Sidang DUN yg telah selesai persidangan dinyatakan sebagai Sidang ditangguh untuk Sessi akan datang dan dalam masa diantara sessi tahunan ini, pihak Speaker mempunyai kuasa penuh untuk memanggil Sidang Tergempar dengan notis rasmi dekemukakan kepada semua pihak termasuk Baginda Sultan.

Maka hujah Sidang Pohon Demokrasi semalam sebagai tidak SAH hanya propaganda dan manipulasi fakta semata mata. Jelas, Speaker Perak telah menhantar notis niat Sidang Tergempar kepada Baginda Sultan dan telah mengeluarkan notis sidang kepada semua ADUN – ADUN menurut prosedur dan peruntukan undang undang. Hatta- Persidangan tersebut sah dan menurut peruntukan undang undang tubuh Negeri dalam maksud Sidang DUN Tergempar.

Dalam perkara atas pokok atau bawah pokok. Sekali lagi,peruntukan 100 meter ruang persidangan menurut Warta Undang Undang Tubuh Negeri adalah khusus untuk persidangan DUN Rasmi Tahunan. Dalam erti kata lain, Sidang Tergempar di mana-mana tempat yg diperakui oleh Speaker sebagai tempat bersidang adalah sah.

Seandainya kita terima bulat bulat hujah UMNO yg konon-nya KESEMUA Sidang DUN MESTI Mendapat persetujuan RASMI dari Baginda Sultan dan HANYA boleh dilakukan di Dewan yg diwartakan SAHAJA. Apa kan jadi jika tiba tiba musibah atau kemalangan menimpa Keluarga Diraja dan dikala Dewan Persidangan DUN atau Parliament musnah terbakar, atau di ambil alih oleh pengganas?

Semestinya Dewan yg disebut sebagai Dewan Rakyat umumnya tidak dapat berfungsi dan melakukan sebarang bentuk urusan rakyat dan negeri/negara. Hanya kerana terperangkap dengan peruntukan peruntukan prosedur dan teknikal yg sempit, remeh dan tidak masuk akal. Perkara teknikal dan prosedur wujud untuk membantu dan meyelaraskan sesuatu perkara supaya keadilan, demokrasi dan kepentingan serta hak rakyat dijamin dan dilaksanakan secara objektif dan mengambil kira semua bentuk scenario sosio politik Negara/negeri dan kesemua kemungkinan yg boleh diandaikan.

Kepentingan dan hak serta mandat rakyat harus dijamin dan dilindungi dan tidak boleh diperlekehkan dengan teknikaliti remeh dan sempit.Di Perak, dalam keadaan Demokrasi rule of the jungle, hanya sebuah pokok yg menjadi penaung serta pelindung hak serta kepentingan rakyat.

K.Shan
Anak Perak

12 comments:

Alias Mohd Yusof said...

semalam berita kat TV3, Rais Yatim yang dikatakan pakar undang-undang telah memberi komen yang panjang lebar terhadap krisis politik yang berlaku di Perak dari sudut perundangan.

Ramailah yang terpukau dan terlopong dengan 'kelentong' Rais Yatim itu.

Dia jugalah yang menghentam undang-undang Malaysia dalam Thesis PhD dia dulu. Kemudian dia yang menjilat balik ludahnya.

Apapun undang-undang yang digubal dan dibuat, ia mestilah semangat amalan demokrasi. Jika demokrasi menjadi teras sistem negara kita, maka tidak harus ada undang-undang yang bercanggah dengan demokrasi.

Apakah undang-undang yang menyekat kebebasan media, menyekat bersuara dan berhimpun melalui permit polis itu selari dengan semangat demokrasi.

Tian said...

Hi guys, how is it going?

My name is Tian. I am a Malaysian who is so frustrated and so sick to see what has been going on in Malaysia all these years.

I have made a video to call for video responses to fight for justice and democracy!

Please go to: http://merdekablog.com/ to watch the video!

…………

People, no matter where you are, who you are, if you have anything to tell this undemocratic administration, if you have anything to tell her citizens, please send me your video response, I will compile them into one video by the end of the month, and show to the whole world of what you and I can do to change Malaysia to make it a better place to live in!

yeop said...

kalau dah sah dari segi undang2 apa lagi moh le kita pegi istana. Tunggu apa lagi

SameSame said...

Yes..memang UMNO-BN TAK TAHU undang-undang kerana mereka only study undang-undang mereka punya sahaja. They create their on laws and the real law is NO LAW. Doesnt everyone realize that?

The police now questioning all who attended the 'bawah pokok assembly' AIYOOOOOO waste of our money (tax payers!) go catch thieves, robbers, rapists, political criminals LA!!!!

caravanserai said...

The comedy of errors
It brings forth in Malaysia Bolih
Brewing statements saying half truths
Telling the public it is alright

The long shadows of our forefathers
Casting doubts in everything they do
Pushing aside time tested cooperation
Lay waste the fundamental truth

The laws and constitution
The separation of power not true
The beginning of power sharing
It has thrown into the narrow pit

It is now one party
Harm Noh all the way
In brand it sounds cooperation
Amongst the races in the component parties

The ducks quacking in the ponds
These component parties have no bite at all
Spoon feed with projects and wealth
The ducks swim forgetting the truth
Dishing out water pretending to scout for food

Harm Noh goes on its way
Pushing aside laws and constitution
Using the agencies to do its bidding
In this country as it pleases

Anonymous said...

TB,

Saya rasa tak ada tersalah baca ke atau tersalah taksir. Memang sengaja UMNO taksirkan undang2 begitu iaitu mengikut selera mereka. Itu saja. Memang macam "kerajaan Koboi". Low Standard!!

Mei

Anonymous said...

Sultan Perak tak akan setuju kerana niat Pakatan dah tak betul.

Kau orang cakap lah sebelit mana, you all think Sultan Perak diam tak berisi ke?

Kami orang melayu perak harap, kalau pun pakatan menang pilihanraya akan datang (simpang malaikat 44), jawatan MB akan diberi juga kepada UMNO. IT'S ALL UP TO THE SULTAN. IT'S THE LAW!!!

Anonymous said...

'Kekecohan di Parlimen dimulakan DAP'
SHAH ALAM 5 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor hari ini mendedahkan yang mereka mempunyai bukti kekecohan di pekarangan Parlimen pada 26 Februari lalu dimulakan oleh wakil rakyat DAP.

Ketuanya, Abdul Shukor Idros berkata, bukti itu diperoleh daripada rakaman suara dan video yang disediakan oleh penyokong Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman tersebut, terdapat sekurang-kurangnya empat insiden provokasi yang dimulakan serta dilakukan terhadap Pemuda UMNO oleh wakil rakyat DAP.

''Kita diserang daripada pelbagai sudut dan didakwa memulakan kekecohan dalam insiden di Parlimen itu seolah-olah kita yang bersalah.

''Jadi kita berterima kasih kepada kakitangan Kit Siang yang menyediakan rakaman ini yang boleh membuktikan siapa sebenarnya yang memulakan kekecohan tersebut," kata beliau kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor di sini petang ini.

Hadir sama memberikan sokongan ialah Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan semua Ketua Pemuda UMNO Bahagian termasuk Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Lat Sharizan Abdullah yang terlibat secara langsung dalam insiden di Parlimen.

Menjelaskan lebih terperinci apa yang berlaku di Parlimen ketika itu Abdul Shukor berkata, beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Selangor telah datang ke Parlimen atas jemputan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad untuk satu perbincangan disusuli makan tengah hari.

Ujar beliau, selepas selesai urusan tersebut, beberapa Ketua Pemuda UMNO berdiri di laluan tertutup antara bangunan pentadbiran dan bangunan utama Parlimen sebelum pergi ke kereta masing-masing dan ketika itulah Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dilihat sedang menuju ke arah di mana mereka berada.

''Ekoran dakwaan Karpal yang menuduh Pemuda UMNO menghantar peluru kepadanya dan menghina Pemuda UMNO dengan mengatakan 'Pemuda UMNO celaka', beberapa Ketua Pemuda UMNO yang berada di situ mendekatinya untuk meminta penjelasan.

''Ketika itu Pemuda UMNO tiada niat untuk melakukan kekecohan seperti yang dituduh Ahli Parlimen pembangkang dan tiada sebarang bentuk kekasaran mahupun serangan dilakukan terhadap Karpal dan tiada sehelai pun rambutnya gugur.

''Kekecohan hanya berlaku apabila beberapa Ahli Parlimen DAP datang kemudiannya dan pada waktu itu Karpal sudah pun mula meninggalkan kawasan insiden.

"Jikalau pun ada pihak yang mengadu terkena tepis, ia hanya lambaian tangan oleh semua pihak di dalam kekalutan yang berlaku," kata beliau.

Sehubungan itu Abdul Shukor memberitahu, Pemuda UMNO Selangor akan mengemukakan rayuan dan usul bagi memohon pembelaan terhadap kekasaran yang dilakukan oleh Ahli Parlimen DAP ke atas rakyat biasa.

Sementara itu Lat Sharizan berkata, Pemuda UMNO Selangor akan menyerahkan salinan bukti yang diperoleh kepada semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Parlimen agar rayuan mereka dipertimbangkan.

''Antara usul yang dikemukakan ialah agar Karpal dan semua wakil rakyat DAP memohon maaf atas pembohongan mereka di Parlimen serta satu tata etika perlakuan dan adab yang mesti dipatuhi wakil rakyat apabila berada di luar Dewan Rakyat.

''Rayuan, usul dan salinan bukti itu akan diserahkan pada Selasa ini kepada seorang wakil Ahli Parlimen BN untuk diserahkan kepada semua Ahli Parlimen BN yang lain," kata beliau.

Anonymous said...

kenap nak beri kat UMNO .... dalam dunia malaysia tak ade orang lain ke yg boleh memerintah selain UMNO .... UMNo perasuah , UMNo merasuah ... kalau takde UMNo ... dah pasti tak de sekolah cina ... tak de sekolah tamil ... bahasa melayu akan jadi bahasa unggul ... sebab umnolah ... tulisan jawi kebanggan orang melayu hilang entah kemana

Anonymous said...

PEMUDA UMNO YANG HANPA PI BUAT APA KAT PARLIMEN TU KALAU TAK NAK CARI GADUH, TUNGGULAH KARPAL KAT RUMAH DIA KE? KAT HOTEL DIA KE.... LU PIKIR LAH SENDIRI APA NIAT PEMUDA UMNO SEBENARNYA...KALUT KALUT...BELAJARLAH PADA ORANG TAHU DAN JANGAN BELAJAR DARI SI DUNGU

NikAziz said...

Mangkuk2 PR, mai sini tunjuk mana dia bab dalam undang2 tubuh kerajaan Perak yang menyokong apa yang ko org cakap..

Kalau dah kepala2 PR semua otak udang, pengikut2 nya juga sama otak udang.. bodoh nak mampus..

Tengoklah nanti, nyawa PR tak lama, kasi 3-4 bulan je lagi... potong jari aku kalau tak caya..

Masa tu semua penyokong2 PR yang macam lembu, terkedu 1000 bahasa. Yang China & India lari kelua negara, tinggal bangsat2 Melayu stay sini.. lol

Dulu time reformasi lagi kuat, tak lama pun.. sekarang tak de beza.. ko org semua minoriti, majoriti Malaysian tak sokong kao.. kalau sekadar nak cakap dapat sokongan semata2 atas dasar suara2 sumbang ko org kat Internet ni, tok sah mimpi la... kokok la sekuat mana, tak kan kemana nya kao..

Tunggu... lol

Anonymous said...

The question is, do I need to beleive in the fella's writting? He is a judge or what?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.