Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, April 28, 2009

Ambil Tindakan Pada Roslan SMS dahulu

Roslan SMS dilaporkan berkata:

"Pas Selangor kesal jika kenyataan benar (muka surat N4 Sinar Harian edisi Selangor KL 27/4/09)

Pas Selangor melihat usaha untuk melaga-lagakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang didedahkan oleh anak Tok Guru itu, Nik Abduh adalah sesuatu yang amat dikesali, kata Roslan SMS.

"Kalau benda ini terbukti betul, kita tak boleh terimalah sebab usaha melaga-lagakan pemimpin tertinggi dalam mana-mana organisasi adalah sesuatu yang tidak baik lebih-lebih lagi Pas ini parti Islam".


Wahai Roslan SMS, kalau nak menepuk air janganlah air tu berada di atas dulang. Kan dah terpercik ke muka sendiri.

Kalau nak ambil tindakan, mulakan tindakan dengan Roslan SMS dahulu. Sebagai penasihat Presiden PAS, Roslan juga tidak lepas dari tuduhan melakukan kerja-kerja melagakan pimpinan PAS.

Dan sejak bila pula Ketua Penerangan boleh buat kenyataan tanpa merujuk kepada Mesyuarat Perhubungan PAS NEgeri dalam hal-hal yang besar macam ni?



1.0 Blog Malaysiawaves pernah melaporkan kegiatan subversif Roslan SMS mahu membersihkan PAS dari beberapa pimpinan terutamanya Dato Husam Musa (kumpulan Erdogan)dalam satu mesyuarat Dewan Harian PAS Kawasan.

Sehingga laporan Malaysiawaves telah di "pick-up" oleh agensi berita Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/94772. Laporan itu jelas menunjukkan Roslan SMS tidak berani menafikan kegiatan beliau dalam dan menyorok di belakang Presiden PAS.

Apakah laporan Malaysiawaves itu? Saya ceduk dari artikel asal:

"Roslan SMS Cuba Berkempen Menjatuhkan Husam Musa Dalam Mesyuarat Kawasan Kelana Jaya

Baru-baru ini Roslan SMS mempengerusi mesyuarat Kawasan Kelana Jaya. Di akhir mesyuarat Roslan SMS telah berkempen kepada ahli-ahli Dewan Harian supaya membersihkan PAS dari “kumpulan Erdogan”.

Beliau juga menuduh kononnya Husam Musa hendak menjatuhkan Presiden PAS, justeru Husam Musa dan kumpulan Erdogan wajib dibersihkan dari PAS secepat mungkin dan tidak perlu menunggu Muktamar PAS yang akan datang.

Beliau juga telah melayangkan berbagai-bagai fitnah kepada pimpinan2 Pusat PAS sambil beliau memuji Mat Sabu. Kononnya Mat Sabu telah wala kepada kepimpinan ulama.

Yang hairannya, “kepimpinan Ulama” Roslan SMS boleh pula mengizinkan amalan memfitnah serta mengadu domba yang Roslan SMS amat aktif sekarang ini."


Ertinya Roslan SMS sendiri terlibat dalam aktiviti melaga-lagakan pimpinan. Tapi sekarang ni, dia pula nak jadi jaguh minta orang dihukum atas perkara yang dia juga buat

2.0 Bukankah Roslan SMS juga terlibat dalam konspirasi membawa Pemuda PAS ke Bangi untuk menyokong usaha Muzakarah PAS-UMNO, yang pada masa itu dilakukan dalam gelap dan dinafikan berlakunya aktiviti itu sama sekali oleh mereka yang terlibat.

Sila rujuk artikel saya itu yang bertajuk "Roslan SMS Harus Nafi Cerita Ini!!!!"

3.0 Selain dari itu blog Roslan juga banyak melayangkan artikel-artikel yang berbau fitnah dan anti Pakatan Rakyat. Ada diantara artikel itu saya telah bidas seperti di bawah ini:

a.Roslan SMS Mahu Kita Menyerang DAP, Bukan Berdakwah Dengan Hikmah

b. Roslan SMS, Berhentilah Mengarut

4.0 Di waktu beliau menjalankan aktiviti-aktiviti anti Pakatan Rakyat ini, beliau masih menjawat jawatan dalam kerajaan tempatan MPSJ sebagai ahli Majlis. Sepatutnya beliau hendaklah meletakkan jawatan beliau sekiranya beliau telah hilang kepercayaan dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

Inilah dia contoh orang yang telunjuk lurus tapi kelingking berkait. Syukur kawasan Kelana Jaya telah membuang Roslan sebagai YDP walaupun Tn Guru Hadi merasmikan MEsyuarat tersebut.

Di samping Roslan, sila juga ambil tindakan pada penasihat-penasihat PResiden yang telah....:

a. Memberi tahu Presiden bahawa terdapat bukti Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari sehingga Presiden membuat kenyataan di bawah ini dalam satu temuramah Harakah:

"Dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?

Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah."
.

Anwar Ibrahim difitnah dan Presiden hanya berkata itu adalah masaalah pribadi Anwar. Ambil tindakan kepada penasihat tersebut sebelum saya namakan siapa penasihat tersebut.

Penasihat itu juga cuba membawa Saifulk Bukhari bertemu dengan salah seorang ulama besar dalam PAS. Penasihat itu juga mendapat maklumat itu melalui panggilan telefon terus dari Pak Lah.

b. Menasihati Presiden menolak Syed Azman sebagai calon Kuala Terengganu dan menyebabkan jentera tempatan Kuala Terengganu memboikot kempen dan menghantar memorandum bantahan kepada Presiden. Akibatnya, ceramah Raja Petra lebih ramai dihadziri orang dari ceramah Presiden PAS.

Sehingga Tok Guru Nik Aziz menyatakan tindakan penolakan Syed Azman ini sebagai pengkhianatan.

c. Menasihati Presiden kononnya Anwar Ibrahim ini agen Amerika. Ini kerana tuduhan ini datangnya dari Biro Tatanegara. Ini bererti fitnah UMNO telah menyusup masuk PAS.

d. Menasihati Presiden berjumpa UMNO dalam gelap dan tanpa pengetahuan Mursyidul Am dan AJK PAS Pusat. Lebih-lebih lagi, mereka yang terlibat dalam perjumpaan telah menafikan perjumpaan itu berlaku sehingga disahkan oleh Pak Lah.

e. Melambatkan tanda tangan persetujuan PAS menyebabkan projek Sept 16 Anwar Ibrahim gagal.

f. Menasihati Presiden kononnya DAP sedang merosakkan Islam dan kemasukan PAS dalam PR menyebabkan DAP boleh bermaharjalela menghancurkan Islam. Sedangkan ini semua fitnah dari Harussani Zakaria

g. Menasihati Presiden kononnya terdapat pimpinan PAS yang sudah tidak wala' pada Presiden dan lebih wala' pada Anwar Ibrahim. Sedangkan ini semua fitnah.

h. Menasihati Presiden kononnya Presiden di "buli" oleh Anwar sedangkan ini juga fitnah?

dan banyak lagi saya boleh dedahkan.

Pokoknya penasihat-penasihat Presiden inilah yang menyebabkan perpecahan dalam PAS dan antara kedua-dua Tuan Guru. Tugas Ahli PAS adalah menolak kesemua mereka yang terlibat dalam muzakarah/muqabalah kerana sebelum puak-puak ini wujud, PAS bersatu.

Ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan.

42 comments:

Anonymous said...

Anak saya pergi interview kat KL hari ini dengan sebuah syarikat bukan Melayu dan ayat pertama yang di tuturkan adalah ‘maaf kami tak ambil staff yang pakai tudung.’

I thought the non Malays have accepted PAS and of course muslimah PAS all wears the tudung.

1Malaysia is as much a joke as Malaysia for Malaysian and Ketuanan Rakyat.

Masa nak undi semua united tetapi in practice racial prejudice diamalkan terang2.

Umno busuk,DAP pun busuk dan PAS tetap bodoh!

Tulang Besi said...

Most business owners are MCA owned.

Plus that company may have UMNO people on the board as well

Anonymous said...

maaf kami tak ambil staff yang pakai tudung.

dis means tak pakai tudung dia ambik ..yes?Come on lah,sy kenai satu tokeh cina whose stuffs are all gadis melayu yg bertudung!!Pagi ni saya tenggok one of d gadis melayu yg bertudung tu deposit cek..banyak syarikat cina ambik owang melayu..wat about pariah but0 umno punya salikat?wat's the % of indians n malays in umno/bn chootia kompanis?

Anonymous said...

salam, sdr TB, sy dah selalu juga baca blog anta..wah, bersungguh-sungguh anta ni dlm belasah R SMS..and the geng..any way tahniah ana ke sdra IZHAM yang kalahkan R SMS..anta salam kan salam ana ke dia..apapun tunggu ajelah keputusan mutakmar geng mana d amanah kan utk urus PAS nanti..

Tulang Besi said...

TQ,

Saya nak Fraksi PAS yang mentadbir PAS selepas ini.

Bukan Fraksi UMNO

Anonymous said...

Buang karan je ko orang layan TB.dia ni pembenci ulamak.dasar hati busuk!

Tulang Besi said...

Buang karan je ko orang layan TB.dia ni pembenci ulamak.dasar hati busuk!.

Tok Guru Nik Aziz tu bukan ulama ke?

Saya benci org nak bawak PAS masuk BN

Nizam Mahmud said...

e. Melambatkan tanda tangan persetujuan PAS menyebabkan projek Sept 16 Anwar Ibrahim gagalBro,

Bulih confirm ker nie?

Aku dah dengar lama dah tapi tak berani tuduh.

Kalau benar, sekarang ni Hj Hadi kena bertanggungjawab la selama mana BN masih berkuasa.

Apa-apa salahguna dan seleweng kuasa yang berterusan sejak hari tue hingga hari ini Hj Hadi dan PAS kena tanggung.

Rasanya dah tak ada peluang lagi untuk Sept 16.

Jadi sekarang macamana nak bersihkan taik yang PAS dah buat nie?

Tulang Besi said...

Bulih confirm ker nie?

Aku dah dengar lama dah tapi tak berani tuduh.

Kalau benar, sekarang ni Hj Hadi kena bertanggungjawab la selama mana BN masih berkuasa.
.

Itu maklumat saya dapat. Kalau tidak takkan sampai Tok Guru sendiri masuk campur.

Nizam Mahmud said...

"""""Itu maklumat saya dapat. Kalau tidak takkan sampai Tok Guru sendiri masuk campur."""

Kalau camtu, saya kena 'puji melangit' la 'kebijaksanaan' dan 'hikmah' orang PAS.

Nak harapkan PAS ambik alih kerajaan pusat, tak pernah dalam sejarah pilihanraya, PAS bertanding lebih dari separuh kerusi Parlimen.

Pilihanraya yang baru-baru ini bertanding 60 lebih kerusi dari kesemua 222 lebih kerusi.

Kalau menang semua pun tak kan dapat bentuk kerajaan pusat. Dan tak pernah menang semua pun.

Satu-satunya peluang nak tumbangkan BN adalah 16 Sept.

Tu pun PAS dah rosakkan.

"Terima Kasih banyak-banyak" kepada PAS.

Aku cadangkan PAS ditukar dari parti politik kepada badan dakwah saja.

Sebab aku tengok Presiden korang nie mmg 'handal' betul berpolitik. Nampak sangat dia tak bersungguh2 lawan UMNO.

p/s. Apa dah jadi dengan Amanat Hj Hadi. Dah masuk tong sampah ker?

nizamtoha said...

Saudara TB,

siapa calon anta yang bersedia lawan TG Hj Hadi untuk presiden?

Ada calon?klu tiada ,maksudnya hujah anta ni buang longkang lah

Nizam Mahmud said...

Bro,

Bila aku baca blog ko nie.

Tiba-tiba aku rindu dengan Ustaz Fadhil Nor.

Mungkin ada sebab member-member aku yang dalam PAS masih sebut-sebut nama Allayarham.

Moga Allah bagi title syahid pada beliau.

Anak Perelih said...

Anda mengatakan R SMS membuat fitnah dan mengadu domba.... tapi adakah anda tidak berbuat pekara yang sama dengan apa yang dibuat R SMS??? Tengok dari artikel anda.. 2 X 5 juga dengan R SMS....

Anonymous said...

......e. Melambatkan tanda tangan persetujuan PAS menyebabkan projek Sept 16 Anwar Ibrahim gagal....

Eh, tak pernah dengar pula excuse ni. Anwar tak pernah sebut pun. Bodoh lah PAS macam ni.

OK lah, katakan PAS lambat sign, it does not matter when they signed, as long as PAS has signed, technically that Project of Sept16 can still be realised. Date of September 16 is not critical.

So does this mean PAS has still not signed the agreement? Bodohlah PAS macam ni.
Or is just plain bullshit? PAS pun dah pandai bullshit ye

Dan apa hal dengan 30 lebih MP yang kononnya nak melompat masuk.

Kata Anwar, Pak Lah punya hal sebab tak nak berumpa Anwar untuk "smooth transition".

Aku ingat ada baca surat yang di signed pemimpin PAS dan DAP, days before sept 16.

Ni auta ka apa?

Sudahlah... PAS pun dah terbelah, gara-gara agenda Anwar dan puak erdogannya.

Anwar ni orangnya tidak boleh dipercayai.

Dah berjela-jela penipuan yang dibuat, pun ada orang nak percaya juga.

UMNO dan lama reject si Anwar ni, akhirnya PAS dan DAP yang kutip.

dengar khabar kes Anwar Julai ni dah considered done deal. Evidence is so clear ( hear it was a video!). Case scheduled for 2 weeks plus but lawyers involved said it could be conclude in 3 days!

No wonder Anwar is so quiet lately...
And RPK has disappeared.
What is PAS excuse this time?

Nizam Mahmud said...

Kepada pencancai Hj Hadi,

Kalau ada lagi ada orang kena tembak macam saudara korang di Terengganu, sila la tengok poster Presiden korang yang tersengih-tersengih tu.

Kalau ada lagi yang ditahan, dipukul dan di paksa makan najis dan air kencing bawah ISA, sila tengok poster Presiden korang tue.

Kalau ada lagi duit rakyat diberi kepada syarikat-syarikat kroni sementara orang miskin antara hidup dan mati time zaman susah nie, sila tengok poster Presiden korang.

Kalau ada lagi penyelewengan dan salah guna kuasa, guna FRU pukul orang termasuk penyokong korang sampai berdarah-darah, sila tengok poster Presiden korang.

Psai apa nak tengok poster dia? Pasai dia boleh hentikan tu semua pada 16 September.

Tapi..

Malas aku nak cakap lebih.

Tapi sekrg baru aku faham kenapa adukataruna maki dia.

Nizam Mahmud said...

"""......e. Melambatkan tanda tangan persetujuan PAS menyebabkan projek Sept 16 Anwar Ibrahim gagal....

Eh, tak pernah dengar pula excuse ni. Anwar tak pernah sebut pun. Bodoh lah PAS macam ni."""

Yang aku dengar, Hj Hadi tak setuju langsung.

Psal alasan dia, kerajaan baru akan lebih ramai MP non-Muslim dari Muslim.

So Anwar utk ikut sangat kemahuan Hj Hadi kena la carik MP UMNO utk lompat sementara Hj Hadi pulak berunding dengan UMNO nak 'unity govt'.

Bila dah jadi camtue, MP UMNO yang nak lompat terus tak nak sebab buat apa dia lompat jika tiba-tiba PAS buat kerajaan dengan UMNO. Jawatan yang dikejar pun tak dapat.

Itu aku dengar la.

TB tolong confirm mana cerita yang betul.

Nizam Mahmud said...

""dengar khabar kes Anwar Julai ni dah considered done deal. Evidence is so clear ( hear it was a video!). Case scheduled for 2 weeks plus but lawyers involved said it could be conclude in 3 days!""

Betul! Mmg 'done deal'!

Psal bila peguam Anwar mula cross examine berkenaan video tue, hakim akan asyik cakap 'Irrelevant! Irrelevant!'

Mesti la done deal! Nie cerita lama semua orang tau, Anwar masuk mahkamah kali nie mmg done deal, sama macam pertama kali masuk mahkamah sepuluh tahun lepas.

Anak Perelih said...

Terima kasih kepada Tulang Besi, TG Haji Hadi dihina sebagai BODOH...

http://adukataruna.blogspot.com/2009/04/senjata-umno-bahana-bodohnya-genetik.html

dan posting oleh Nizam Mahmud... Kau ni bawak budaya UMNO kedalam PAS... benda macam hang buat ni sebenarnya budaya UMNO yang sentiasa tikam menikam...

Tulang Besi said...

tapi adakah anda tidak berbuat pekara yang sama dengan apa yang dibuat R SMS??? Tengok dari artikel anda.. 2 X 5 juga dengan R SMS.....

Tak saya buat pendedahan untuk menjaga keutuhan parti.

Satu soalan, siapa yg nak PAS masuk BN ni?

Roslan ke saya?

Nizam Mahmud said...

anak perelih

Klu adukataruna tak wujud dalam dunia pun, semua orang akan tutup mata ka tengok Hj Hadi buat apa?

Aku bukan orang PAS. Aku orang luar ok?

Ada aku sebut Hj Hadi bodoh?

Kami orang atas pagar boleh kritik UMNO tapi tak boleh kritik PAS ka?

Sukati korang la. Setau aku Umar pon orang boleh tunjukkan pedang main ugut kalau dia wat silap.

Tak ada pon sahabat lain panggil sahabat tue kurang ajar.

Aku sindir sikit dah ko kata budaya UMNO. Setau aku budaya UMNO adalah budaya feudalistik, tak boleh nak kritik, semua perintah mesti diturut.

Lantak korang la.

Nizam Mahmud said...

anak perelih

Tahun 2008, cogankata ABU, ingat ker tak?

ABU=Asalkan Bukan UMNO

Kat KL tertulis merata2.

Ramai yang atas pagar pegi mengundi nak buang UMNO. Melayu tutup mata jer pg pangkah DAP, Cina tutup mata jer pg pangkah PAS.

Undi orang atas pagar campur undi penyokong kuat korang tue yang memenangkan PR.

Kalau nak harapkan undi penyokong kuat, korang akan dapat tak sampai 10 kerusi pun.

Orang atas pagar nie nak buang UMNO, tutup mata pg undi hang tiba-tiba hang nak pg selamatkan UMNO?

Sukati la.Lantak korang la. Pergi la selamatkan UMNO. Next election hang tunggu la. Baca la ayat Quran mana pun atau hadis mana pun nak jual cari undi, tunggu la.

Jangan kata aku tak warning jer.

Nizam Mahmud said...

Hello la brader2 PAS.

Anwar dah nak masuk penjara balik. Silap haribulan PKR akan berpecah.

Tingga la PAS dengan DAP.

Jadi korang pulak nak tolong runtuhkan PR ker dengan wat kerjasama dengan UMNO?

Tinggal la DAP dalam barisan pembangkang.

Jangan la pulak nanti Cina DAP yang pergi kampung bersorak bela Melayu miskin sementara pemimpin PAS dah senang lenang jadi menteri.

Malu la sikit.

Nizam Mahmud said...

Orang PAS nie pelik.

Ada Nik Aziz yg terer berpolitik tak nak ikut.

Mahathir dapat jatuhkan Pak Lah, dia dapat buat Ku Li jilat ludah sendiri masuk balik UMNO.

Satu-satu orang yang Mahathir tak dapat kalahkan adalah Nik Aziz.

Kalau orang PAS dah tak nak Nik Aziz, pass jer kat PKR atau DAP.

nizamtoha said...

TB,
masih tiada jawapankah untuk persoalanku tadi?

nizamtoha said...

nizam mahmud,

relaks bro..tegur berhikmah.

Yg u tegur tu Ulama',Jgn samakan kertas tandas dgn kertas buku.

Tulang Besi said...

Blogger nizamtoha said...

Saudara TB,

siapa calon anta yang bersedia lawan TG Hj Hadi untuk presiden?
.

Nizamtoha calon ku

Tulang Besi said...

Yang aku dengar, Hj Hadi tak setuju langsung.

Psal alasan dia, kerajaan baru akan lebih ramai MP non-Muslim dari Muslim.

So Anwar utk ikut sangat kemahuan Hj Hadi kena la carik MP UMNO utk lompat sementara Hj Hadi pulak berunding dengan UMNO nak 'unity govt'.

Bila dah jadi camtue, MP UMNO yang nak lompat terus tak nak sebab buat apa dia lompat jika tiba-tiba PAS buat kerajaan dengan UMNO. Jawatan yang dikejar pun tak dapat.
.

In fact, disebabkan tindakan PAS berjumpa dengan Pak Lah dalam gelap, banyak MP2 UMNO ni takut nak melompat dalam PAS.

Alasan mereka: PAS IS WITH PAK LAH

itu yang acap mereka sebutkan.

Tu yang jadi tak cukup kuota

Tulang Besi said...

Eh, tak pernah dengar pula excuse ni. Anwar tak pernah sebut pun. Bodoh lah PAS macam ni.

OK lah, katakan PAS lambat sign, it does not matter when they signed, as long as PAS has signed, technically that Project of Sept16 can still be realised. Date of September 16 is not critical.
.

Masa PAS sign dokumen tu, PAk Lah dah declare nak step down.

So ramai geng UMNO yang pada mulanya nak melompat tak jadi (i.e. geng muhyiddin).

TQ kepada Fraksi UMNO, kita skrg ni akaqn menghadapi zaman yang cukup gelap.

Ingat kita boleh memerintah ke kalau kita tak bersihkan SPR dsbnya?

Tulang Besi said...

dengar khabar kes Anwar Julai ni dah considered done deal. Evidence is so clear ( hear it was a video!). Case scheduled for 2 weeks plus but lawyers involved said it could be conclude in 3 days!.

Evidence: Medical Report PUSRAWI tu bukan evidence ke?

Kao letak mana otak kau ni?

Tulang Besi said...

Sudahlah... PAS pun dah terbelah, gara-gara agenda Anwar dan puak erdogannya.

Anwar ni orangnya tidak boleh dipercayai.

Dah berjela-jela penipuan yang dibuat, pun ada orang nak percaya juga.

UMNO dan lama reject si Anwar ni, akhirnya PAS dan DAP yang kutip.
.

PAS berbelah gara-gara Fraksi UMNO dlm PAS.

Diorang pegi bawak cerita fitnah pasal Anwar Ibrahim

Lepas tu diorang sedaya upaya gagalkan 16 September baru2 ni dengan menggunakan Presiden

Tu yang sebenarnya.

ulama'pas said...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau laknatlah Tulang Besi @ Rahman Talib diatas perbuatannya yang suka mengadudomba untuk merosakkan jamaah Islam.
Kau lemparkanlah azab di dunia dan di akhirat ke atasnya. moga-moga beliau kembali insaf dan kembali ke jalan Mu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Tulang Besi said...

Doa orang mana boleh buat fitnah sekali. Mcm mana nak makbul. Kena laknat adalah.

Contoh doa dalam memfitnah adalah:

"Kau laknatlah Tulang Besi @ Rahman Talib diatas perbuatannya yang suka mengadudomba untuk merosakkan jamaah Islam."Kau ni nak doa ke nak fitnah orang?

Kang doa tu balik kat kau kang? Tak takut ke?

Anonymous said...

TB, kamu ni dah ketinggalan zaman. Tak baca betul-betul kah nota PUSRAWI tu. Tak konklusif dan tak komprehensif. Submit kat court sure kena tendang.

sila baca
http://novandri.blogspot.com/2008/07/laporan-kesihatan-hospital-puswari.html

...Masa PAS sign dokumen tu, PAk Lah dah declare nak step down....

Bole bagi rujukan? jangan main hentam cakap, diri sendiri yang malu.

Btw, dalam PAS tak ada fraksi UMNO. tak pernah dengar pun. yang didengari hanya proksi Anwar ( ie puak erdogan) .
Kamu ni nak belit siapa.
Umur kamu berapa?
Kamu tak dengar ke mak kamu tengah panggil kamu balik mandi.

Nizam Mahmud said...

""Tak konklusif dan tak komprehensif. Submit kat court sure kena tendang."""

Kalau Augustine Paul dan yang sewaktu dengan nya yang jadi hakim, apa bukti pun akan kena tendang.

Macam la orang tak tau.

Sama macam bila Azizan yang mula-mula mengaku diliwat.

Tapi dalam mahkamah setelah disoal balas oleh peguam Anwar, Azizan boleh pulak tiga kali mengaku tidak pernah diliwat.

Tapi hakim kata apa? Kenyataan awal Azizan yang mula2 yang kata dia diliwat jer boleh dipakai. Dan tidak diragui langsung kenyataan awal walaupun lepas tue 3 kali mengaku tak diliwat.

Cerita lama tak boleh pakai la bro. Cari cerita lain boleh?

Aku memang setuju dengan hang. Memang Anwar dah konfem akan masuk penjara balik.

Tapi nak yakin kan aku Anwar betul2 meliwat, usaha la lebih sikit boleh?

Dah basi la cerita meliwat nie. Nak muntah aku dengar.

Nizam Mahmud said...

"""nizam mahmud,

relaks bro..tegur berhikmah."""

Bro,

Mintak ampun. Psai nama hang sama dengan nama aku, aku tone down la.

Aku marah pun bukan psal aku benci dengan PAS.

Ni soal taktikal jer.

Sekarang Anwar dah kena sumbat dalam penjara. Tak tau mana haluan PKR lepas nie.

So PAS nak buat apa? Jangan la ulang balik tayangan Hj Hadi kata Anwar dah tak relevan atau yang Hj Hadi kata Kit Siang ubat yang dah habis tempoh.

Dah kena teruk2 tahun 2004 tolong la belajar sikit dari kesilapan. Jangan la pengaruh dah kuat balik tahun 2008 tiba2 nak ulang perangai lama.

Habis la PR bro. Tak kan la aku nak isi borang DAP pulak pasni.

Time Hj Hadi kata tak setuju 16 Sept psal MP bukan Islam lebih ramai dari MP Islam, aku bg tau member PAS, kalau UMNO runtuh, bagi masa sebulan, berebut MP dia masuk PR. Gerenti jadi majoriti Islam balik.

Ada ka MP UMNO yang boleh berjuang tanpa pangkat dan imbuhan?

Aku kata time nie la PAS pegi la runding dgn MP-MP UMNO ni betul2. Tak apa tawarkan dia jawatan. Next election jangan calonkan dia, calonkan ahli sendiri.

Bila berunding dengan Anwar, mintak tiga syarat mandotari utk setuju 16 Sept. Satu, akhbar Harakah terbit tiap2 hari dan dijual meluas ke serata negara pada semua orang. Dua, stesen TV sendiri, Tiga, penghapusan pengundi hantu dalam masa 3 bulan pertama. Lepas tue sign agreement.

Sejam lepas Anwar angkat sumpah jadi PM, buat press conference, tunjuk surat agreement, terus demand Anwar penuhkan janji, arahkah semua pemimpin PAS bila bercakap dengan media untuk ungkitkan psal janji nie. Apa saja wartawan pegi tanya pemimpin PAS, sebelum jawab soalan, ungkit psal janji dulu.

Bila dah dapat 3 nie. Bagi tau aku, apa yang akan halang PAS untuk menang election seterusnya?

Peduli apa kalau Kit Siang jadi TPM untuk masa 2-3 tahun. Bagi la di chance sikit rasa jd menteri sebelum bersara.

Kalau taktik macam tue pon otak aku boleh terfikir, kenapa la Hj Hadi tak boleh?

Hamas kali pertama masuk election dah menang bro. Apa ingat FATAH tak ada pengundi hantu ker? Atau election commission kat sana adil sangat ker?

PAS masuk election dah berpuluh tahun tak menang2.

Tak rasa pelik ka?

Tulang Besi said...

TB, kamu ni dah ketinggalan zaman. Tak baca betul-betul kah nota PUSRAWI tu. Tak konklusif dan tak komprehensif. Submit kat court sure kena tendang.

sila baca
http://novandri.blogspot.com/2008/07/laporan-kesihatan-hospital-puswari.html
.

Eloklah pegi tanya dr UMNO mcm Novandri yang tak reti ckp English.

Laporan tu kata confirm takda sodomy.

Dia kat "To rule out" tu makna takda.

Eloklah pegi tanya dr umno.

Tulang Besi said...

Btw, dalam PAS tak ada fraksi UMNO. tak pernah dengar pun. yang didengari hanya proksi Anwar ( ie puak erdogan) . .

Mungkin sebab awak ni duduk dlm hutan selama beberapa bulan sebelum ni. sebab tu tak pernah dengar.

Fraksi UMNO ialah puak dlm PAS yang nak bwk PAS ke dalam BN.

Ada faham tak?

Satu duni tahu, kao sorang je tak tau.

Nizam Mahmud said...

Bro nizam,

Korang dalam parti pasni pikir la baik2 nak buat apa pasni.

Aku orang luar tukang tengok dan tukang undi jer.

Tapi aku ikhlas kata, apa yang korang akan putuskan dalam mesyuarat agung nanti akan tentukan nasib rakyat Malaysia dan jugak nasib parti hang macamana.

Jangan la ulang tayang kesilapan lama. Kalau aku panggil bodo, kang korang kata aku tak hormat ulama la pulak.

rahza said...

Sejak bermulanya isu muqabalah TB cukup konsisten menentang Fraksi UMNO dalam PAS.Apabila isu muqabalah ni dipindahkan kepada Kerajaan Perpaduan jelas "pelakun-pelakunnya" adalah watak-watak yang sama.Walau pun TB ditomah,dicerca sehingga ada yang "berdoa meminta kemusnahannya",percayalah TB tidak akan mengalah kepada Fraksi UMNO dalam PAS.Nik Abduh baru saja menulis "Kerja-kerja bodoh PAS(2) dalam blognya hari ini.Penulisannya begitu "halus dan berseni",berkias,berbunga-bunga malangnya dari segi isinya "hambar".Nik Abduh amat tegas mengkritik "penasihat-penasihat": yang berada dikeliling TGNA.Malangnya beliau tidak pula menyentuh tentang "penasihat-penasihat"dikeliling TGHA.Sepatutnya seorang ulamak harus bersifat adil.Cubalah kita berfikir secara rasional - sekiranya TAK ADA ISU MUQABALAH,TAK ADA ISU KERAJAAN PERPADUAN DAN TAK "JUMPA" CARA SEMBUNYI-SEMBUNYI -sudah tentu tak timbul "perbalahan" antara 2 Tuan Guru dan ahli-ahli PAS tak bercelaru dan tak munkin pula ada 2-3 kumpulan dalam PAS.Itu sahaja "no big deal".Ini soal pokok olih itu pihak-pihak yang "memulakan" angkara ini hendaklkah "muhasabah diri" dan kembali kepangkal jalan.Sayangilah PAS kerana PAS is for All.

Tulang Besi said...

Dr Novandri kau cuma ambik bhgn repot tu yang dia suka.

bhgn repot yang konfirm takda koyak, pendarahan etc semuanya dia tak ambik.

Baca report tu kat sini

http://img508.imageshack.us/img508/641/saifulreportcp0.png

Anonymous said...

Sepatutnya anda2 yg berada dlm PAS, anda faham hikmah yg berlaku dr peristiwa pemecatan DSAI dan pengaiban yg dilakukan ke atasnya oleh UMNO..Sblm peristiwa tersebut berlaku kita mmg tidak tahu walaupun ada yg sedikit yg tahu UMNO itu spt perempuan jalang sebab apa yg digambarkan oleh media pd masa itu UMNO seorang perempuan melayu yg bersopan santun dan berbudi bahasa..mmg ada cerita2 dr org2 PAS ttg kejahatan UMNO, tetapi tidak mendapat perhatian sebab pd masa itu PAS cuma pelakon sampingan sahaja dlm politik negara kita. Utk menarik perhatian rakyat kena ada pelakon handalan. Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim. Kejadian pemecatan dan pengaiban terhadap DSAI serta merta menarik perhatian rakyat jelata, bermulanya era reformasi, rakyat dah mula berfikir, terfikir, tertanya2, betul kah DSAI begitu orgnya? Rakyat dah mula buka mata dan hati, utk menjawab semua pertuduhan dan kekeliruan rakyat jelata maka bermulalah perbicaraan, dlm perbicaraan itu maka terserlahlah "KEJALANGAN" UMNO, maka rakyat2 yg meletakkan imannya diatas segala2nya berpindah lah sokongannya, klu dulu UMNO kini dah berkira2 sama PAS atau KeADILan sbg cth saya sendiri merupakan org UMNO dan pengagum Dr. M setelah peristiwa di atas Allah S.W.T tunjuk pd kita segala kejahatan UMNO jd terpulang pd kita utk buat pilihan, yg baik atau yg buruk..kpd mereka2 yg cuba memburuk2kan DSAI itu, saya rasa selain pengakuan Azizan spt yg diungkapkan saudara TB, tarikh pertuduhan yg dipinda2 itu pun kes tilam dll tu saya rasa cukup membuktikan yg DSAI tidak bersalah, DSAI juga pernah jd Menteri Kewangan tp tiada satu sen punya bukti penyelewengan beliau, saya rasa itu pun satu bukti yg DSAI itu masih beriman orgnya, saya juga pernah tanyakan ttg liwat2 ni pd org yg beriman tp tak solat dll, rata2 jawapannya mereka jijik utk melakukannya dan mereka2 tidak percaya jika DSAI melakukannya. Utk lebih anda lebih jelas dan faham peristiwa itu bermula 2 September klu tak silap saya bukan 2004 ya, takut2 anda tak faham pulak cerita ni, ingat buku bermula dr kata2 mukadimah dan Muka Surat 1!! Saya rasa bukti2 dah Allah S.W.T telah tunjukkan kebenaran-Nya, terpulang pd kita utk mengikutinya atau tidak dan terus bersekongkol dgn UMNO yg da nyata, jelas & terang kejahatannya. Saya rasa anda2 dlm PAS lebih memahaminya. Spt perang antara 'Ali r.a, Aisyah r.a dan Muawiyah yg jd penentu pihak yg benar org yg disebut Baginda Rasulullah S.A.W dlm sebuah hadis dan ternyata org itu berada pada pihak 'Ali. Satu lagi nasihat saya dgn anda2 ahli2 PAS anda membawa imej Islam, jaga kelakuan, jaga adab, saya di Sabah ramai cikgu2 dr S'jung dtg mengajar di sini dan sudah tentu ada juga ahli2 PAS, tlg nasihatkan ya ada perangai2 mereka ini yg tidak sesuai dgn Islam, suka memencilkan diri dr masyarakat, bergaul sesama mereka, jarang bergaul dgn masyarakat setempat. Saya benar2 pasti Islam tidak pernah mengajar penganutnya sebegini. Klu macam ini bagaimana syiar Islam akan berkembang? Iman kita bukan pada Serban dan Kopiah tetap dlm hati juga tptnya.

Sekian
Assalamu'alaikum w.b.t

Anonymous said...

ANWAR BERIMAN??? apa ke bendanya dia beriman kalau dah kaki penipu.... tak sedar2...


Masa dia Menteri kewangan lah ramai kroni2 dia dpt projek... projek IPP tu salah satunya.. itu dia punya keje...

itu yg dipanggil beriman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.