Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, April 9, 2009

Antara "Islam-DAP" PAS Dengan "Islam-Tokeh Judi" UMNO

Sepanjang kempen PRK Bukit Gantang, UMNO dgn bantuan ”Geng Ezam” dengan galaknya berkempen kononnya PAS telah mengkompromi prinsip Islam PAS dengan mengambil Islam yang telah ditafsirkan oleh DAP.

Malahan sampai hari ni puak2 UMNO ni tak habis2 melayangkan fitnah ini kerana kehabisan modal. Contohnya dapat dilihat di sini DAP Islamkan Pas?

(PAS ada hubungan dgn DAP tak boleh, UMNO ada hubungan dengan tokeh judi takpa pulak)

Islam Tokeh2 Judi dgn Tokeh2 Arak Takpa Pula?

Saya pula ingin bertanya kepada juak2 UMNO sekelian, bagaimana pula dengan Islam Tokeh-Judi dan Tokeh2 Arak yang selama ini menjadi kawan tidur sebantal, makan sepinggan UMNO?

Contoh terbaru adalah kelulusan 10 lesen judi yang baru oleh Najib Tun Razak sewaktu bulan pertama beliau menjadi Menteri Kewangan seperti yang dilaporkan oleh Business Times Singapore.. Sebusuk-busuk Pak Lah pun, beliau tau jugak halal-haram dan beliau tak sanggup meluluskan lesen judi. Tapi, Najib, yang telah mengikut jejak langkah Daim dan Dr. Mahathir, tanpa segan silu memluluskan 10 lagi lesen judi di Malaysia.

Business Times Singapore telah melaporkan:

KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs.
The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.”


Nah, kita lihat perangai UMNO yang kata dulang paku serpih. Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buat-buat tak nampak. Salah orang nampak, salah sendiri pura-pura tak sedar.

Tapi macamana nak nampak gajah kalau semua juak-juak UMNO ni kenyang makan hasil duit judi ni. Bukan kita tak tau, setiap kali ”elektion” pasti syarikat-syarikat judi dan arak ini akan menyumbangkan sejumlah wang yang cukup besar kepada usaha ”jihad” UMNO.

Nak bukti, sila rujuk kepada pilihanraya kecil Teluk Pasu tahun 1989, di mana minit mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus telah mendedahkan betapa salah satu penyumbang wang yang sangat besar kepada UMNO adalah tokeh2 judi. Takkan dah lupa kot?

Kalau ada masa pergi la tanya dengan orang-orang kuat UMNO, apa dia "nombor bocor"? Mesti diorang bagitau punya sebab diorang dapat sponsor macam tu.

UMNO dan Judi/Arak Macam Adik Beradik

UMNO dengan judi ni dah macam adik beradik. Sejak penubuhan UMNO lagi pada tahun 1946, aktiviti ekonomi UMNO yang pertama adalah menubuhkan Loteri Kebajikan Masyarakat, yang pada masa itu mendapat jolokan nama ”Loteri UMNO”.

Apabila ditegur oleh ”fraksi Islam” dlm UMNO pada masa itu, teguran itu telah ditolak mentah-mentah. Hasil dari itu, ulama-ulama dalam UMNO pada masa itu telah bersidang di Gunung Semanggul dan akhirnya tertubuhlah ”Parti Islam SetanahMelayu” ringkasnya PAS.

Selepas itu, Tunku juga telah mengaku bahawa antara wang yang digunakan untuk membina Masjid Negara adalah wang hasil sumbangan tokeh2 judi pada masa itu. Ertinya Masjid Negara kebangaan kita itu adalah dibina, sebahagiannya, dengan duit judi. Itulah UMNO. Masjid pun diorang pakai duit judi.

Selepas tu sapa tak tau cerita bagaimana UMNO mengizinkan Lim Goh Tong membina kasino terbesar di Asia Tenggara pada masa itu yakni di Genting Higlands.

Dan, mengikut kajian Terence Gomez, bahawa sewaktu kemelesetan ekonomi melanda Malaysia di awal 80an, Daim Zainuddin telah menggunakan wang hasil judi sepenuhnya untuk membawa Malaysia keluar dari kemelesetan ekonomi

Dan bukti yang PALING BESAR, dan yang paling memalukan kesemua orang Islam di Malaysia adalah apabila Kerajaan Sarawak yang penduduknya 60% bukan Islam, telah mengharamkan judi sepenuhnya di Sarawak dan keputusan itu disokong oleh semua orang di Sarawak tidak kira bangsa dan agama. Namun, UMNO telah memaksa Kerajaan Sarawak menarik balik pengharaman tersebut dengan serta merta.

Kita tau juga kesah DO Hulu Langat yang telah menutup semua pusat judi di Daerah Hulu Langat hanya mendapati beliau telah dilucutkan jawatan beliau oleh Kerajaan Negeri UMNO pimpinan Mat Taib pada masa itu.

Cukuplah bukti di atas. Sekarang ini kerajaan Selangor di dalam masaalah besar untuk membetulkan kembali segala kerosakan yang ditaja oleh UMNO ini. Tak tau mcmna nak buat dgn kilang Arak Anchor dan Calrsberg yang dibina oleh UMNO dahulu.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah melabur wang simpanan para tentera Malaysia di dalam Clarsberg dan Anchor sejak berpuluh-puluh tahun lamanya. Malahan, punyalah ramai anak-anak orang Islam Melayu yang telah diberi makan oleh ibu bapa mereka hasil dari pekerjaan mereka di kilang-kilang arak ini sepanjang 40 tahun yang lepas.

Inilah dia kejayaan UMNO ke atas orang Melayu, memberi mereka makan dari hasil yang haram. Hidup UMNO!!!.

Tulang Besi

61 comments:

Anonymous said...

Hi TB (sigh)

Tak taulah apa nak cakap. Ada org yg memilih utk benci-membenci di antara kaum/perbezaan agama. Tak pernah ke terlintas di pemikiran mereka ke mana sudahnya ini akan membawa mereka?

Usaha supaya keharmonian dipupuk antara kaum dilempar dengan berbagai tuduhan/tohmahan. Untuk apa? Adakah semua ini akan membawa kebahagiaan atau kemajuan? (Tapi tak hairan jika ada yg memang mahukan keadaan ketidaktenteraman, atas sebab mgkin kepentingan tersendiri atau sebab2 yg hanya mereka saja yg tahu.) Adakah dengan membuat sesama kaum itu bergaduh, saling tidak menghormati/mempercayai itu dapat memperjuangkan agama? Sampai Tok Guru Nik yang berpandangan jauh dan tidak dapat mempersoalkan kewarakannya itupun dicaci oleh mereka ini dgn panggilan yang langsung tidak enak didengari.

(Mind you, I am not a muslim. But I have great respect for Tok Guru Nik. Samada percaya atau tidak, saya tidak peduli)

Tapi begitu ke ajaran agama mereka ini, sampai pandai mencerca orang??

Mei

Tulang Besi said...

Dear Mei,

The UMNO people have no respect for other races except when someone from other race can give them money.

So, despite calling the CHinese pendatang and anak haram, they are more than willing to accept money from the gambling taukeh.

Tulang Besi said...

Mei, this article is a rub in the face for UMNO people. That's all

Anonymous said...

Yeah, maybe TB....

Somehow, I have got the feeling these people would never look at it this way.

Hakikatnya, mereka ini tidak akan faham dan tak mahu faham. You can try to reason it out with them, explain to them, but they will never accept it (sigh again).

However, may peace be with them.

Mei

Anonymous said...

Mei/TB. I'm a Sabahan Muslim but not Malay.Due to this,my Muslim Malay friends making fun of me.They said I'm Muslim pada nama only. Now u can see how narrow minded some people are??

UMNO punya prinsip Islam ikut dia punya hadis dan sunnah bukan ikut Islam yg mmg sejak dari zaman Nabi. Apa nak buat.kalau $$$ berkuasa agama dan bangsa pun durang blh gadai.

Anonymous said...

HAHAHAAH org sabah...muslim pun banyak yg makan "sau Nyuk" makan "cha sau" wakakakakakk

Soto Ayam sabah

Anonymous said...

Dear Anon (9 Apr, 1.50 pm)

Please do not feel sad. Just ignore those people, although it can be very dificult.

Just go on, be a good muslim and eventually people could see and they will not say and make fun anymore.

Yes, It's too bad. Ada orang sanggup menjual agama dan keperibadian untuk kemewahan.

Yang penting, kita jangan terikut2.

Mei

Anonymous said...

Memang pun, sampai UMNO tak boleh bezakan Chinese culture dengan culture kelab malam! Bengang betul si Zahid, menghina culture kita macam ni, padan muka bila dapat result kat Kuala Sepetang:
PAS / BN
Stream 1 181 / 30
S2 387 / 77
S3 389 / 80
S4 373 / 67
S5 338 / 47
S6 280 / 62

Kalau nak buat dinner lain kali, janganlah bust pertunjukan tak senonoh lagi. Orang Cina bukan semua berjudi/minum arak/tak bermoral macam kawan-kawan UMNO!!!

donplayplay

Tulang Besi said...

Apsal puak2 UMNO semua senyap sunyi. Heran pulak ye

Anak Perelih said...

Brand director of Carlsberg Malaysia was a Malay... now... i'm not sure... but...
http://www.google.com/finance?q=KUL:CARLSBG

http://www.reuters.com/finance/stocks/companyOfficers?symbol=CBMS.KL&WTmodLOC=C4-Officers-5

http://www.reuters.com/finance/stocks/officerProfile?symbol=CBMS.KL&officerId=283110

Anak Perelih said...

lagi info...

Carlsberg Directors/managers... (Melayu yg jadi director Carlsberg adalah yg rapat dgn puak puak UMNO example Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin, Jen. (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali, Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar) dan siapa yang bagi gelaran Datuk kepada Dato’ Jorgen Bornhoft ni???

http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf

Anonymous said...

Tks Mei.though there are some Muslims in Sabah & Semenanjung that I know nonchalantly eating pork and drink beer infront of us. Good or bad Muslims is between them and Allah. We will always try to repent but it is always their choice to repent or not.

Anonymous said...

Salaam,sy penyokong umno pun tak setuju pasal judi ni. Patut diharamkan seluruh negara. Pemimpin main judi harus dibuang. Tp,sy masih akan menyokong umno krn kesatuan melayu,islam. Sy percaya umno boleh berubah. Mungkin sy akn undi pas jika mrk tidak bersama dap.
Anti

Anonymous said...

Anon April 10, 2009 12:47 AM

Hang ni ade akai tak?
Sejak bila umno menyatukan melayu & islam. Kalau dah kawan makan sepinggan dengan tokeh judi, makan duit haram, suap anak bini duit haram, kawan2 pun macam haram, hang nak sokong atas dasar hape lagi? dasar haprak.

Seteruk mana ahli PAS pun tak ada la mereka terang2 makan minum duit judi. Strategi politik mereka dgn DAP tu walaupun questionable, tapi setakat ni takde la seburuk pimpinan umno!

Aku tau pe yg ko harap.
Ko harap org UMNO akan berubah, betul2 buat ape diorang cakap, satukan islam, kuatkan islam, jadikan org melayu maju.

UMNO ni hanya bagus dari segi dasar, cakap atas angin aje, tapi bab buat haprak! Org camtu hang nak sokong? pehh

Aku pelik la cara berfikir penyokong2 kuat umno ni.. adakah mereka teramat bangang sama macam anon ni.

Kematangan dan cara hang berfikir ni, tak lain tak bukan disebabkan hang banyak sangat baca Utusan dan tengok TV3. Jadi bahlol

Anonymous said...

HAhahaahahaa....semua olang Melayu macam lu olang yang sangat BAHLOL...hahahaha. Sini cakap dia BAHLOL, sana cakap sini yang BAHLOL, so lu orang memang BAHLOL.
Yang ketawakan lu olang...sapa?? Wa dan kaum kelabat wa la....hahahaha. BODO!

WA tolong ingatkan lu olang dengan satu hadith ha..SPM agama Islam 1999 punyer soklan sudah kuar ini...

Hadith : Dari Abi Hurairah r.a katanya : “Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.

Hah! Lu pikir la sendrey

Anonymous said...

Korek korek korek..haha..sekarang korek betul betul pemegeng saham San Miguel beer..hehe..Dengar kabaq,Anak Madey Kutty ada 20% syer..woohoo!!

Anonymous said...

Dengar kaboq,UMNO/BN terlibat dlm kegiatan "ah long".

Anonymous said...

Dengar2 PAS , DAP dan KeAnuaran terlibat dalam kegiatan memecahbelah "Ummah".
Wallahualam

Anonymous said...

Kesian org UMNO ni.dah takde modal lain buat cerita pula kata PKR memecahkan Ummah.itu UMNO dah buat lebih awal dah.ko je yg tak mau percaya.

Anonymous said...

Hanya satu persoalan yang bermain di minda aku...UMNO perjuangkan Melayu ke Mat Saleh?

Nama UMNO (United Malays National Organisation) sendiri pun melambangkan Melayu ke?

mut said...

>>Hadith : Dari Abi Hurairah r.a katanya : “Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.<<

Hadith ni memang best. Kena baca sekali sekala kat Perhimpunan Agung UMNO. Lagi baik sebelum Lembaga Disiplin punya keputusan siasatan!

Sambil-sambil tu tengok-tengok le peruntukan Kelantan yang tiap-tiap tahun kena sekat. Ikut mazhab UMNO, 98% penduduk situ Melayu. Jemputlah Tok Guru yang dah 18 tahun tak kena jemput mesyuarat MB dengan kerajaan Pusat. Dia pun Melayu jugak. Tak pernah baca hadis ke puak-puak ni? :D

Menteri Agama pun ada, gaji RM17k sebulan....UMNO ni kena belajar ambik nasihat dia dulu atas dirinya sebelum dia menasihati orang lain.

PAS SESAT said...

PAS MEMENG BEST!!
PAS LIBERAL
APA SAJA UNTUK DAP

Friday, April 10, 2009
Surat Nik Aziz kepada Nga Kor Ming

Petikan daripada : Blog Tok Guru (www.blogtokguru.com)

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

ISLAM keliru said...

Tulang Besi sampai hari ini tidak jawab adakah PAS ni nak buat negara Islam atau tidak?
Kerana dalam persidangan DUN perak(masa duduk sebelah Nge dan Nga DAP) Nizar telah berkata
"DI MANAKAH DALAM MANA-MANA TRANSKRIP2 PAS YANG MENYATAKAN BAHAWA PAS NAK MELAKSANAKAN NEGARA ISLAM??
SAYA MINTAK PANDANGAN DAN MINTAK JAWAPAN.DI MANAKAH DALAM TRANSKRIP PAS DALAM MEMORANDUM KE DALAM PERLEMBAGAAN PAS SENDIRI ADA MENYATAKAN PAS NAK MELAKSANAKAN NEGARA ISLAM?
Sebelum umat Islam dan peyokong PAS semakin keliru,mingkin Tulang Besi boleh beri hujahnya sikit
Terima Kasih

tulang lembik said...

WAHAI TULANG BESI,TOLONG BACA DAN KOMEN
BETOL KE NI??

KEMENENGAN NIZAR TEMPOHARI ADALAH KEMENANGAN KEPADA KELOMPOK YANG KUAT MINUM ARAK DAN PENJUDI, PILIHANRAYA DI BUKIT GANTANG DI KATAKAN PALING TINGGI MELIBATKAN BOOKIE SINGAPORE!

DISEBABKAN ITULAH PAS MENDAPAT DERMA YANG TERAMAT TINGGI DARI ORANG-ORANG CINA, DI DALAM SATU JAMUAN MAKAN ORANG CINA DI MATANG (JAMUAN YANG DIPENUHI OLEH ARAK!) SAHAJA PAS TELAH BERJAYA MENDAPAT RM500 RIBU!

NIZAR SEMASA MENJADI MB DAHULU TELAH DIPERKUDAKAN OLEH ORANG-ORANG CINA, BUKAN ITU SAHAJA NIZAR JUGA SEMACAM SERONOK DI PERKUDAKAN OLEH MEREKA INI ASALKAN PULUS MASYUK.

CONTOHNYA SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA KECIL YANG BARU BERLALU, NIZAR TELAH DIPERKUDAKAN SEKALI APABILA SEGALA POSTER-POSTER, BANNER DAN JAMUAN-JAMUAN BELIAU TELAH DIBAYAR OLEH BOOKIE-BOOKIE DAN CINA-CINA BALAK NI. MEREKA TELAH MEMBIAYAI SEPENUHNYA PERBELANJAAN KEMPEN NIZAR.

SEBAB ITU LA BN DAPAT 10 PERATUS JE UNDI DARI KAUM CINA! RUPA-RUPANYA DAH ADA PERJANJIAN DI ANTARA MEREKA! WOW HEBATNYA CARA NIZAR BERDAKWAH KAN? SEMUANYA MENJADI HALAL KERANA KUASA YA?

YANG PELIKNYA KISAH JUDI NI DIKETAHUI OLEH KEBANYAKAN PEMIMPIN DAN AHLI PAS TAPI BILA KITA SEMBANG DENGAN MEREKA TENTANG HAL INI, MEREKA SEOLAH-OLAH TANPA MEMIKIRKAN SOAL HARAM DAN HALAL DENGAN BANGGA MEREKA MENGATAKAN YANG MEREKA BANGGA SANGAT ORANG-ORANG INI MENYOKONG NIZAR DAN MEREKA YAKIN DENGAN SOKONGAN DARI ORANG-ORANG CINA INI NIZAR PASTI MENANG! DAH MENANG PUN!

SELAIN DARI DAP, PIHAK BOOKIE JUGA TELAH MENDESAK SUPAYA MELETAKKAN NIZAR BERTANDING DI BUKIT GANTANG! INILAH KISAH SEBENAR DI SEBALIK KEMENANGAN NIZAR DI BUKIT GANTANG!

TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA PIMPINAN DAN PENGIKUT PAS ANDA TELAH BERJAYA MENGHALALKAN YANG HARAM! ANDA TELAH BUKTIKAN YANG PARTI YANG MEMUJA BULAN PENUH INI DEMI KUASA SANGGUP MENGGADAIKAN AGAMA!

SAYA NAK SENTUH SIKIT BERKENAAN INSIDEN YANG BARU BERLAKU DI NEGERI KELANTAN, KISAH TENTANG PENYOKONG BOLASEPAK YANG TELAH MEMBUAT RUSUHAN DI LUAR STADIUM BOLASEPAK!

WAH! KALAU RUSUHAN SEBEGINI BERLAKU DI NEGERI LAIN SAYA FAHAMLAH! SEBAB BUKAN NEGERI ISLAM SEPENUHNYA, TAPI KEJADIAN INI BERLAKU DI NEGERI YANG DI PANGGIL SERAMBI MEKAH WOO!

APA NI NIK AJIS? MALAM SEMASA DI TEMURAMAH OLEH PEMBERITA ANDA TELAH MENGATAKAN PERKARA SEBEGINI TAK PATUT BERLAKU DI NEGERI YANG TURUN WAHYU! APA? WAHYU? KAU NI SIAPA NIK AJIS? NABI KE? CAKAP IKUT SEDAP MULUT JE, APA DAH JADI KAT PARTI ISLAM SEMALAYSIA NI?

ITULAH PASAL AKU SELALU CAKAP YANG PARTI PAS NI BUKAN PARTI ISLAM, MEREKA INI HANYA MENGGUNAKAN ISLAM DEMI NAK MEREBUT KUASA SAHAJA, DEMI KUASA PAS SANGGUP BERKERJASAMA DENGAN SI PELIWAT TEGAR! KALAU AKU TIPU TANYALAH PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR DALAM PAS

SAYA SUDAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SAYA DENGAN MEMBERITAHU APA YANG BERLAKU SEBENARNYA, TERSERAHLAH KEPADA ANDA SEMUA! SESUNGGUHNYA PARTI WEREWOLF NI BUKANLAH PARTI YANG MENDOKONG ISLAM!

MALAH MEREKA SANGGUP MELACURKAN AGAMA DEMI KUASA! SEDARLAH WAHAI BANGSAKU! JANGANLAH KAMU DI TIPU OLEH GOLONGAN MEREKA INI!

Anonymous said...

PAS PIS PUS terus jadi mampus... ikut kata PAS, benda HARAM ni dia aje yang boleh, orang lain tak boleh...

mut said...

Halamak, dasat betul UMNO ni yer? Sekarang ni PAS dibacking oleh bookie la pulak! Bookie mana? Bookie Singapore? Hai takkan tak ada hint kot? Setau saya, beli nombor ekor kat Kelantan pun tak ada, kena pergi negeri ditadbir UMNO yang berjiran nak berjudi. Betul tak fakta ni?

Ni kira peluang baik nak jatuhkan PR melalui PAS yang baru saja kalahkan UMNO/BN di Bukit Gantang! Takkan tembak curi dalam blog aje kot? Tulis berdegar-degar, huruf cap pulak tu.

Heh heh heh, kalau dalam ilmu berhujah, taktik UMNO ni dipanggil "straw man".

Straw man atau orang lidi ni adalah suatu ilusi atau momokan. Dari berhujah terus dengan mengemukakan fakta, taktik ini mengaburi mata pembaca dengan mewujudkan suatu konsep/idea buruk yang dikaitkan secara "amat longgar" atau direka-reka terhadap sasaran sebenar (dalam hal ini sasaran UMNO adalah PAS). Jadi sekarang ni, PAS dikaitkan dengan itu dan ini yang buruk (dalam kes ini judi dan tokeh judi), dan kemudian menghentam PAS seolah-olah fakta itu telah terbukti bahawa PAS mendapat manfaat dari tokeh judi! (jadi idea "PAS mendapat sokongan tokeh judi untuk menang" inilah yang disebut straw man atau orang lidi sedangkan kita masih menunggu UMNO membawak bukti atau hujah terlebih dahulu bahawa tokeh judi/bookies menyokong PAS malah menjadi penyebab pencalonan Nizar!)

Sila perhatikan betuil-betul, ada apa-apa bukti sahih atau persoalan munasabah yang dibangkitkan oleh UMNO untuk menyokong hujah ini?

Kerap juga saya lihat pembaca blog terperangkap dengan penulisan sebegini terutama sekali oleh cybertrooper UMNO.

Setau aku bookie ni terlibat dengan rasuah bola sepak dan keputusan-keputusan sukan yang lain. Yang rasuah bola sepak Malaysia ni depa la yang atur, sampai bola sepak Malaysia terlungkup ke taraf hina. Tak sangka pulak ada dakwaan UMNO depa ni boleh ambik bahagian dalam pilihanraya pulak (sokong PAS pulak tu yang menyokong mengharamkan judi)! Menarik, memang menarik tapi sayang buktinya walaupun sedikit tak ada!
Dan setau pemerhati politik kat Mesia tercinta ni, tokeh-tokeh judi adalah sponsor-sponsor terbesar UMNO!

Ingat Genting nak sokong siapa? Hanif Omar (tak jumpa ayat Quran pasal judi ni sokong parti mana)? Magnum 4D? Berjaya Toto (Vincent Tan kan kawan baik Dr. M, buka Nik Aziz atau Haji Hadi!)? Tu semua dikatikan dengan UMNO dan BN! Siapa personaliti Sabah bernama Osu Sukam dengan hutang judi yang disaman bernilai RM1.7 juta? Dari parti mana (yang ni soalan best!)?

UMNO ni kalau nak tipu pun gunalah otak. Kalau cabutan judi mingguan pun Najib dah bagi 10 lagi "untuk membantu kantung kerajaan (UMNO/BN)" tak payah la ko nak cuba heret nama PR dan PAS dalam tong taik UMNO tuh.

http://lokesiewfook.blogspot.com/2009/02/parliament-government-allows-10-special.html

Ni berdasarkan soalan MP DAP dalam parlimen beb, tak sama dengan taktik tembak curi cybertrooper UMNO! Ada barisan MP UMNO (berbangsa Melayu yang mengaku Islam) yang berani bertanya pasal sumber judi kerajaan? Hadhari beb, hadhari !

Kalau yer pun nak jadi pecacai berbayar UMNO, buat la homework sikit. Sekurang-kurangnya jaga etika kerja, duit tu dah konfem haram... yer lah UMNO ni nak suruh jaga nama baik Islam tak boleh diharap, try ler jaga konsep etika kerja tu. Konsep etika kerja ni Cina dan India pun paham. Takkan cybertrooper parti Hadhari nak kena ajar kot?

ISLAM keliru said...

Sampai skrg pun soalan saya masih belum dijawab

PAS sudah tiada jawapan agaknya.Macam mana nak laksanakan HUDUD atau buat negara Islam bila dalam perlembagaan PAS rupanya tiada langsung menyebut tentang nak laksanakan negara Islam..

Adakah saya telah tertipu selama ini??

Anonymous said...

PAS pis pus pergi lah mampus... hari ini cakap lain, esok cakap lain.. kuman seberang nampak, Gajah depan mata buat2 tak nampak...

Anonymous said...

alahai org PAS.. BOOKIE dalam election pun tak penah dengar.. itu sebab senang diperkotak katikkan oleh DAP.. dhey thamby, bookie dalam election ni dah lama wujud, dalam US election pun ada bookie. bukan setakat dalam sukan aje... bookie atau setengah2 orang panggil bookmaker wujud dalam election sbb ada kalah menang....

biar berseandar kepada kenyataan(realiti) jgn mudah terpedaya.. orang kata musuh paling jahat adalah kawan paling rapat... sebabnya you trust your freind too much until u din't know which is true and which is a lie.

MUTU said...

HAHAHA KONON KONON PAKATAN UNTUK RAKYAT


Jimat air atau bayar lebih: Guan Eng


GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, meminta

penduduk di negeri itu mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus atau berdepan dengan kenaikan tarif air tahun depan.

Katanya, jika kerajaan negeri dipaksa menyediakan lebih banyak projek bekalan air maka pengguna terpaksa membayar bil air yang lebih tinggi.



"Kaedah ini mudah, kita tidak mahu mengenakan tarif air yang lebih tinggi tetapi jika dipaksa menyediakan lebih banyak infrastruktur bekalan air, maka pengguna perlu membayar lebih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Air Sedunia 2009 di Taman Botanik di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, kadar penggunaan air domestik pada tahap isi rumah yang tinggi ketika ini akan memaksa kerajaan membina empangan yang besar, loji rawatan air, stesen pam, dan rangkaian paip yang mungkin menelan kos berbilion ringgit.

"Tahun lalu, setiap orang di negeri ini menggunakan purata 285 liter air sehari berbanding hanya 157 liter bagi setiap orang di Singapura dan 219 liter di Hong Kong," katanya.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng berkata mesyuarat Exco negeri Isnin ini akan membincangkan mekanisme bantuan yang akan diberikan kepada warga emas berusia lebih 60 tahun di negeri itu.

Katanya, jika kerajaan negeri dipaksa menyediakan lebih banyak projek bekalan air maka pengguna terpaksa membayar bil air yang lebih tinggi.

Katanya, selepas mengenal pasti bilangan warga emas, kerajaan negeri memerlukan "TEMPOH MASA SETAHUNNNN" sebelum melaksanakan rancangan bantuan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas bentuk bantuan yang akan disediakan kerajaan negeri. - Bernama

enggan mengulas ke memang takda bantuan??hahahaha

Anonymous said...

Elizabeth Wong,
Arumugam Selambau,
Fairus TKM2PP

Apa cerita ni??

Ni ADUN BN ke ADUN Pakatan kencing Rakyat??

ceritalah sikit
bikin malu anak negeri aje

mut said...

>>alahai org PAS.. BOOKIE dalam election pun tak penah dengar.. itu sebab senang diperkotak katikkan oleh DAP.. dhey thamby, bookie dalam election ni dah lama wujud, dalam US election pun ada bookie. bukan setakat dalam sukan aje... bookie atau setengah2 orang panggil bookmaker wujud dalam election sbb ada kalah menang....<<

Alahai orang UMNO... straw man lagi ker?

Heh heh heh ! Selamat tak boleh menjawab hujah !

mut said...

>>enggan mengulas ke memang takda bantuan??hahahaha<<

Alamak ai komen tahap UMNO yang memalukan kaum cipan. Ada ker hujah atau fakta ko nak sandarkan atau nafikan kenyataan LGE tu? Ni kan 100x lagi baik dari bayar komsiyen beli kapal selam sebanyak EUR 114 juta kat kompeni Razak Baginda tu?

Kalo nak post comment pun buat la sedikit homework, bandingkan dengan cara SPAN mengendalikan rangkaian bekalan air contohnya (heh heh heh!)

MUTU said...

mut

jawablah soalah islam keliru tu

kau pun jawab macam jadah jugak

takda fakta pun...

mut said...

Rilek takder MUTU, aku pon belom jawab lagi (maklumlah soalan luar konteks posting blog).... apasal si keliru merepek ke situ aku pon tak tau. Tapi aku rasa dia terasa pedas bila disebut bahawa UMNO dengan judi ni macam lagu dan irama ! Tak begitu?

Ginilah, pasal ko dah cabar, ko pergilah carik jawaban yang bertepatan dengan tuduhan geng engko tu pasal bookie/tokeh judi dan PAS tuh. Baru la adil - tapi takpa, pasai auta UMNO ni aku dah kenai dah, aku akan mulakan dulu.

Ko jawab la MUTU/geng UMNO ....

Perlembagaan PAS...

Fasal 2.2

“Tujuan PAS adalah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini masyarakat dan pemerintahan Islam yang terlaksananya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum yang menuju keredhaan ALLAH SWT”

Ada sesiapa yang keliru ke setakat ni? Heh heh heh, nanti kita dengar apa kata-kata pemimpin PAS dan UMNO pulak pasal matlamat negara Islam.... tapi takper, sekarang UMNO2 kat sini sila la jawab pasal judi dan UMNO tu...... tu pun kalo ada telor.... !

spotthebloggers@gmail.com said...

Laman blog anda telah disenaraikan di dlm:

http://spotthebloggers.blogspot.com

Sila emailkan bantahan sekiranya tidak mendapat izin/perkenan dari anda. Komen/cadangan dialu-alukan. T.k.

Anonymous said...

waa.. dashyat pas ni... perlembangaan dia nak dijadikan sbg perlembangaan ISLAM... HUDUD tak cakap langsung dalam perlembangaan PAS... HABIS APE YANG KAMI DENGAR SELAMA BERPULUH PULUB TAHUN PASAL HUDUD.. WA.. dah pandai putar belit dah... ish ishs ish... PAS kata punggung UMNO hitam tapi tak sedar punggung dia sama aje hitamnya...

MUTU said...

Apsal Tulang Besi hantar si pencacai MUT ni untuk bagi jawapan

Macam jadah aje bagi jawapan

soalan Islam keliru sampai skrg pun tak boleh jawab..

soalan tentang toke2 besar sponsor Nizar pun tak boleh nak jawab

macam mana nak buat HUDUD beb kalau takda pun dalam perlembagaan yang PAS nak laksanakan negara islam

Ataupun takot penyokong2 DAP tak sokong lagi nanti

hehehhe

Tulang Besi said...


PAS sudah tiada jawapan agaknya.Macam mana nak laksanakan HUDUD atau buat negara Islam bila dalam perlembagaan PAS rupanya tiada langsung menyebut tentang nak laksanakan negara Islam..


Errr... Hudud tu "Qatiee" manakala konsep Negara Islam adalah "ijtihadee"

kao pegi mengaji lagi la wahai agen UMNO.

Err Imam Malik kata hudud tak payah laksana atas Non Muslim

MUTU said...

Tulang Besi cakap,

Errr... Hudud tu "Qatiee" manakala konsep Negara Islam adalah "ijtihadee"

kao pegi mengaji lagi la wahai agen UMNO.

Err Imam Malik kata hudud tak payah laksana atas Non Muslim

Ha,ha,ha

Maknanya selama ni PAS menipu rakyat.Mana ada nak buat negara Islam sebenarnya.Rupa-rupanya nak pancing undi aje

Patotlah sekarang boleh tidur sebantal dgn toke2 babi..

Adakah orang PAS sendiri tak boleh tanya soalan ni?Tak semesti yang bertanya orang UMNO kawan..

Kena hebahkan ni...

Tulang Besi said...



Ha,ha,ha

Maknanya selama ni PAS menipu rakyat.Mana ada nak buat negara Islam sebenarnya.Rupa-rupanya nak pancing undi aje

Patotlah sekarang boleh tidur sebantal dgn toke2 babi..

Adakah orang PAS sendiri tak boleh tanya soalan ni?Tak semesti yang bertanya orang UMNO kawan..

Kena hebahkan ni...


Errr tipu mcmna?

Anonymous said...

Perlembagaan PAS...

Fasal 2.2

“Tujuan PAS adalah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini masyarakat dan pemerintahan Islam yang terlaksananya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum yang menuju keredhaan ALLAH SWT”

dlm p'lembagaan ini tlh disebut utk mewujudkn masyrkt dan pemerintahan Islam(yg juga bermaksud hukum hudud kerana hudud itu berasaskan pemerintahan Islam) jadi tidak perlu dinyatakn lagi dalam perlembagaan pas utk mewujudkan hukum hudud. Kalau orang melayu atau islam mengaji agama dengan lebih mendalam tentu tahu makna tersirat disebalik perlembagaan pas ini. Lagipun kepada melayu2 yg mengaku Islam mesti tahu tentang kewajipan melaksanakan hudud kerana sudah termaktub dalam Al-Quran. Jadi kewajipan melaksanakan hukum hudud bukan hanya terletak dalam tangan parti pas sahaja tetapi juga pada tangan parti melayu Islam lain spt umno, pkr dan lebih2 lagi yg memerintah dlm hal ini umno.

Grand Marquis said...

Orang cina bukan semua berjudi/minum arak/tak bermoral.

Orang UMNO semuanya berjudi/minum arak/tak bermoral

Beginilah sifir orang fanatik pas (mencintai kafir lebih dari mencintai saudaranya. Sanggup tuduh melulu terhadap saudara seagama, tapi berusaha untuk berbaik sangka dengan golongan kafir yang nyata).

Kalau kita berbaik sangka dengan orang cina yang kafir (satu sikap terpuji), maka sepatutnya sikap baik sangka kita perlu dilebihkan pada saudara kita.

Itu yang membuatkan kita meluat dengan orang PAS fanatik.

Kalau nak buat dinner lain kali, janganlah bust pertunjukan tak senonoh lagi. Orang Cina bukan semua berjudi/minum arak/tak bermoral macam kawan-kawan UMNO!!!

Grand Marquis said...

Anon
April 13, 2009 1:48 PM

Perlembagaan PAS...

Fasal 2.2

“Tujuan PAS adalah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini masyarakat dan pemerintahan Islam yang terlaksananya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum yang menuju keredhaan ALLAH SWT”


Kalau macam tu, kenapa si Nizar telah berkata
"DI MANAKAH DALAM MANA-MANA TRANSKRIP2 PAS YANG MENYATAKAN BAHAWA PAS NAK MELAKSANAKAN NEGARA ISLAM??

Siapa yang sedang berbohong ataupun dah belajar jadi talam dua muka macam pemimpin agung PR tu?

Anonymous said...

kpd grand marquis,

Sila tunjuk bukti nizar ckp mcm tu tak pernah dgr pun!

yang orang ramai tahu lg terang lagi bersuluh ialah presiden umno menafikan tak kenal perempuan mongolia mati dibunuh tup tup keluar gambar dia dengan perempuan tu!

Mantan presiden umno ke-5 kata nizar menderhaka kepada sultan tapi orang semua tahu apa peranan beliau menghilangkan imuniti raja-raja pada tahun 1983 dan 1993.

Sekarang siapa menipu siapa. Siapa yang hipokrit.

Anonymous said...

kpd grand marquis,

Kalau macam tu, kenapa si Nizar telah berkata
"DI MANAKAH DALAM MANA-MANA TRANSKRIP2 PAS YANG MENYATAKAN BAHAWA PAS NAK MELAKSANAKAN NEGARA ISLAM??

Sila rujuk perlembagaan pas

Fasal 2.2

Kalau nizar kata macam 2 betullah tak ada dalam perlembagaan pas nak tubuh negara islam( tak ada tulis perkataan negara Islam)

Sebab dalam menentukan negara Islam bukan pada nama atau kata2 shj. yg pentingnya mengamalkan hukum2 Islam dan masyarakatnya mengamalkan nilai2 Islam, 'Islam is a way of life'. Barulah boleh dikata negara Islam, pokoknya bukan terletak pada perkataan atau kata2 tetapi pada tindakan dan amalan serta penguatkuasaan.

Apa guna kata seperti pemimpin2 umno bahawa negara Malaysia negara Islam tapi menghalalkan yang haram, tak mengamalkan ajaran Islam, nilai2 Islam x diterapkan dalam masyarakat.

Anonymous said...

Orang cina bukan semua berjudi/minum arak/tak bermoral.= memang tepat!

Orang UMNO semuanya berjudi/minum arak/tak bermoral = kurang tepat!

Ada banyak juga orang umno yang tak pernah berjudi, tak pernah rasa arak, dan mermoral tinggi. Terutama org2 umno veteran saluran 1 dan 2, org2 umno di desa dan kampung2, org2 umno muda yang masih hijau dalam dunia politik, ahli2 biasa tidak berjawatan dan berkuasa, the rest tu tak tahulah...

tapi orang cina berjudi atau minum arak adakah dilarang oleh agama mereka? yang pasti arak dan judi memang diakui semua agama tidak baik tapi adakah ia dilarang?

yang pasti Islam melarang judi dan arak dan mengharamkan!

jadi mana lebih baik?

Orang cina berjudi/minum arak/tak bermoral(bukan semua)

Orang UMNO berjudi/minum arak/tak bermoral (bukan semua)

Grand Marquis said...

Sila lihat sendiri

http://www.youtube.com/watch?v=JQdib-ZyONs&feature=related

Anonymous said...

Melalui perlembangaan PAS tu... orang PAS dia boleh putar belit... biasa le orang PAS, matlamat menghalalkan cara. Itu slogan dia..


Kat orang cina dia kata tak nak nak dirikan negara Islam atau tak nak tegak kan hudud, sebagai bukti dia pi tunjuklah perlembagaan dia tu... takde langsung le sebut pasal hudud.


Bila kat org melayu, sambil jerit2 la kata UMNO laknat sebab tak diri kan Hukum hudud, dia kata Pas yg akan memperjuangkan hudud...

Dah terang2 itu perangai orang lidah bercabang...
PAs pis pus pergi lah mampus

Anonymous said...

anonymous April 14, 2009 1:52 PM

Melalui perlembangaan PAS tu... orang PAS dia boleh putar belit... biasa le orang PAS, matlamat menghalalkan cara. Itu slogan dia..


Kat orang cina dia kata tak nak nak dirikan negara Islam atau tak nak tegak kan hudud, sebagai bukti dia pi tunjuklah perlembagaan dia tu... takde langsung le sebut pasal hudud.

Dap parti berbilang kaum yg dianggotai rata2 org cina dan india yg bukan beragama Islam. Jadi mereka mmg x faham tentang Islam, Jadi cara pas berdakwah mestilah tak boleh cara paksaan atau terus nak buat negara Islam mula2 nak but hudud.

Kalau zaman Rasullullah s.a.w dulu pun beliau berdakwah kpd org kafir bukan suruh puasa atau kena hukum hudud, tapi disuruh mengucap 2 kalimah syahadah, kemudian baru sembahyang, rukun iman, rukun islam, kemudian baru puasa dan sebagainya bukannya ajar pasal hukum hudud dulu! Ia mesti bertertib dan diterangkan secara mendalam. Itulah yg cuba dilakukan pas kpd dap mencontohi kaedah berdakwah Rasullullah s.a.w.

Bila kat org melayu, sambil jerit2 la kata UMNO laknat sebab tak diri kan Hukum hudud, dia kata Pas yg akan memperjuangkan hudud...

Nak bgtahu kat sini org2 umno tu siapa bukan org Islam ke, bukan ke org tua mereka org Islam, bukan ke nenek moyang org UMNO tu org Islam, lahir ke dunia dah Islam, dibesarkan org Islam, mengaji agama kat sekolah kan? hidup dari bayi sampai beruban org Islam takkan tak faham lagi pasal Islam, hukum Islam dan Hukum hudud sebab tu org pas jerit2 kat org UMNO sebab apa tak laksanakan hukum HUDUD 2. Takkan nak sama kan kefahaman Islam org2 umno yang Islam dari kecik dgn org2 dap. Org UMNO tak faham2 lagi ke?

Anonymous said...

anonymous April 14, 2009 1:52 PM

'Melalui perlembangaan PAS tu... orang PAS dia boleh putar belit... biasa le orang PAS, matlamat menghalalkan cara. Itu slogan dia..'

Tak pernah dengar pun mana2 org pas cakap slogan mereka matlamat menghalalkan cara. takde pun dalam pelembagaan atau transkrip pas matlamat menghalalkan cara!

Ini bukan slogan pas ini cuma persepsi yang dilontarkan oleh org2 yang x faham prinsip perjuangan pas.

Anonymous said...

"Bila kat org melayu, sambil jerit2 la kata UMNO laknat sebab tak diri kan Hukum hudud, dia kata Pas yg akan memperjuangkan hudud..."

Nak bagitahu kat sini mmg org umno tak nak dirikan hudud bukan? betul ke tak? kalau betul memeng pas je la yang memperjuangkan hudud.kalau tak betul org umno perjuangkanlah hudud, tambahan pula orang umno pun melayu yang mengaku Islam kan. kenapa nak letakkan perjuangan hukum hudud kat tangan pas atau bahu pas sahaja?.lagipun umno parti pemerintah parti yang berkuasa.kalau ikhlas memperjuang Islam kenapa tak buat?

Jadi orang umno nak ke tak nak hudud ni? kalau tak nak kenapa nak bising2 cakap pas tak buat hudud cakap nizar kata tak de dalam perlembagaan pas negara Islam. Jadi org2 umno NAK KE TAK NAK?

Anonymous said...

"Dah terang2 itu perangai orang lidah bercabang...
PAs pis pus pergi lah mampus"

semasa prk bukit gantang baru2 ni org umno bila ceramah kat org2 melayu kata pas ikut cakap dap, nizar boneka dap, tapi..... bila mca ceramah kat org2 cina kata dap ikut pas, yb2 dap ikut cakap nizar. Jadi ahli2 parti komponen bn ni kalau bukan lidah bercabang lidah apa namanya? umno mic mca pis pus bn pis pus pergi lah be end..

Anonymous said...

aku rasakan semua parti politik sekarang ni gila kuasa dan harta jer. Penyokong sanggup berkorban apa saja utk pemimpin mereka. Agak-agaknya orang malaysia mahu menjadi macam Thailand kot. Ada lah lebih bagus memikirkan tentang ekonomi rakyat sekarang yg mana byk yg kehilangan pekerjaan. Mcm mana nak bantu mereka ini yg berkeluarga untuk hidup daripada memikirkan hal-hal politik yang kotor. Bangun lah orang melayu. Jgn sampai kita menjadi seperti Singapore or palestin.

Anonymous said...

hahahahah!! tergelak besar aku baca posting lawak ni.UMNO kata Nizar kuda DAP,MCA kata DAP kuda Nizar,yg mana satu betul?? patutlah kalah terlungkup.nak bodohkan rakyat dgn kisah dongeng zaman tok kaduk.klu nak tipu pun gunalah tipu cara zaman siber.mmg mangkuk betul UMNO ni.sama saja dgn juak2 dan balaci2 UMNO juga.bodoh nak mampus.

Rozana said...

Kutuklah PAS sepuas-puasnya, not a big deal, tapi jangan perlekeh Islam walaupun secubit. Mungkin PAS hanyut dalam kilauan kuasa, dan mungkin UMNO sudah lama berkarat di dalam kekuasaan.

asrul said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sori mencelah..tentang perlembangaan nak wujud kan hukum hudud tu saya x berapa pastila..itu perlembagaan manusia buat,ia boleh di pinda @ tidak,secara umumnya kalau kita fikir,jika ada sekumpulan manusia nak laksanakan hukum Allah...dan kerajaan sekarang umno dan BN yang kalau pemimpin utama nya islam,yang tahu islam,yang ada kesedaran islam,apa salahnya dia menyokong sama hukum Allah dilaksanakan..knp takut sangt nak laksanakan hukum Allah?atau takut bila laksanakan hukum Allah hukuman tu kena batang hidung sendiri?ini bukan hukum PAS,tapi hukum Allah..

Anonymous said...

“Tujuan PAS adalah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini masyarakat dan pemerintahan Islam yang terlaksananya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum yang menuju keredhaan ALLAH SWT”

Wording "Hukum-hukum" i tink dah merangkumi semua hukum..no need to mention one by one, hudud, solat, puasa. Sendiri boleh paham. Kot nak list down semua, setahun tak habis.

Penduduk sedih said...

Entah lah kami di Sabah macam 2nd class je... yang diketahui janji-janji lapuk tak ada kenyataannya.

Kami Sabah ni, sudah bosan dengan janji-janji ini, tapi yang pasti kami mahukan perubahan. Kami mahukan kebenaran dan keikhlasan pemimpin. Pemimpin di sabah bising kalau tidak ada jawatan di parlimen, tapi sudah diberi apakah bezanya dulu dan sekarang. janji gula-gula batu... generasi sekarang bukan zaman USNO, Berjaya, PBS atau UMNO/BN lagi.. penilaian boleh dibuat... kita tunggu 2013... pembuktian akan ternyata.

Anonymous said...

snanye sal hudud ke ape ke bkn trletak pd pas sahaje...umno pon brtggungjawab sal mnde nie..tp da 50 taon umno mmrntah msh xde pon hudud..
yg nk g putar belit pas lebat nak hudud watpe???PAS mmrintah ke skrg..
asal la korg sume x reti pke..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.