Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 27, 2009

Apa Perlunya Kerajaan Perpaduan di Malaysia?

Banyak yang diperkatakan berkenaan isu ini oleh ramai orang. Saya nak ambil dari perspektif berbeza sedikit, yakni, samada Kerajaan Perpaduan (National Government) ini diperlukan atau tidak dalam konteks Malaysia sekarang ini.

Alasan yang diberikan untuk sebuah kerajaan Perpaduan adalah supaya Malaysia dapat menghadapi kemelesetan ekonomi yang bakal dihadapi oleh Malaysia. Diharapkan dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan ini dapat memastikan MAlaysia dapat menghadapi masaalah ini.

Dari sudut praktikal, izinkan saya menaqal dari artikel Khalid Samad:

"Untuk cadangan ini berjaya, semua pihak yang terlibat mesti sanggup mementingkan negara lebih dari kepentingan parti atau diri sendiri. Secara umumnya ia satu cadangan yang baik, sekiranya syarat-syarat ini dapat dipenuhi. Malangnya BN masih lagi istiqamah dengan budaya politik pengautan kekayaannya dan adalah amat sukar untuk saya membayangkan BN akan bersetuju."

Dan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang dilaporkan oleh Ustaz Nik Abduh dalam artikelnya "kerja kerja bodoh dalam PAS":

"”Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”"

Secara mudahnya, UMNO tidak boleh dipercayai. Mereka boleh memfitnah bekas timbalan Presiden mereka sendiri semata-mata untuk membolehkan Daim Zainuddin mengadakan "bail-out" untuk menyelematkan bisness beliau dengan duit rakyat.

Adakah parti ini kita hendak mempercayai? Mustahil UMNO akan memberi kita kuasa ke atas kementrian yang strategik dan kritikal, mustahil UMNO akan memastikan ketelusan 100% di dalam pentadbiran kelak, mustahil UMNO akan bersikap adil dan saksama di dalam kerajaan itu nanti.

Benar kenyataan Tok Guru Nik Aziz. Tidak mungkin UMNO akan bersikap mulia sebegitu

Mana Ada Negara Dalam Dunia Menubuhkan Kerajaan Perpaduan Dalam Menghadapi Kemelut Ekonomi

Pertama sekali, Bank Negara dan Kerajaan Malaysia kerap kali menyatakan bahawa MAlaysia tidak terkesan dari krisis "sub prime mortgage" yang telah menghancurkan sektor kewangan Amerika.

Keduanya, mana ada negara dalam dunia ni yang menubuhkan kerajaan nasional untuk menghadapi kemelesetan ekonomi ini?.

Kita tak dengar kerajaan Labour di United Kingdom menubuhkan kerajaan nasional dengan Conservative dan Liberal Democrats. Kita tidak dengar Kerajaan Conservatif Paul Martin di Canada menubuhkan kerajaan nasional dengan party Liberal Demokrat di Canada. Kita tidak dengar party Demokrat dan Republican di USA menubuhkan kerajaan nasional. Malahan sewaktu Perang Dunia Kedua pun Amerika tidak menubuhkan kerajaan Nasional.

Kerajaan Nasional atau Perpaduan adalah kerajaan yang ditubuhkan atas dasar menghadapi darurat serta gawat yang dahsyat dalam sesuatu negara. Apabila berlaku darurat maka semua institusi kerajaan digantung. Maka, yang akan berfungsi hanyalah kerajaan, dan untuk mengelakkan kerajaan itu dikawal oleh satu parti sahaja, maka kerajaan nasional ditubuhkan.

Apa Kaitan Kerajaan Nasional dan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi?

Saya tahu, penasihat-penasihat di sekeliling Presiden tidak mempunyaipengetahuan yang mendalam berkenaan dengan ekonomi ataupun sains politik. Mereka cuma mahu membawa Presiden ke arah mem bawa PAS kepada BN.

Pada hakikatnya, sesiapa pun tahu yang Kerajaan Nasional tidak menjamin Malaysia mampu menghadapi masaalah ekonomi yang kian mendatang.

Tetapi Penasihat-Penasihat Presiden PAS adalah penokong Fraksi UMNO yang terkenal seperti Roslan SMS. Mereka mahu PAS menyertai UMNO di dalam apa-apa bentuk koalisi ataupun kerjasama formal.

Maka idea songsang kerajaan perpaduan ini pun dilayangkan. Ianya adalah satu bentuk "smokescreen"(skrin asap) bagi menyorok tujuan utama mereka, bekerjasama dengan UMNO.

Tetapi oleh kerana Penasihat-Penasihat Presiden PAS ini rendah pengetahuan mereka berkaitan dengan ekonomi atau sains politik, maka cadangan mereka ini ternampak keboborakannya.

Maklumlah, bangkai gajahmana boleh tutup dgn daun nyiru.

Tugas Terbaik Pakatan Rakyat dan PAS Dalam Menghadapi Kemelut Ekonomi Yang Mendatang

Sebagai parti yang masih pembangkang di Pusat, dan memerintah beberapa negeri, PR dan PAS dapat memainkan beberapa peranan yang lebih bermakna:

a. Menukar kerajaan dengan menghidupkan kembali projek Sept 16

b. Menjadi pembangkang yang efektif terutamanya di dalam memerangi korupsi. Ini kerana masaalah utama ekonomi negara sekarang ini adalah korupsi dan bukannya pemperlahanan ekonomi dunia.

c. Menjalankan stimulus-stimulus ekonomi yang tersendiri di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Tetapi hendaklah dipastikan stimulus tersebut berjalan dengan baik dan teratur.

d. Mengurangkan kehimpitan kehidupan yang dihadapi oleh rakyat di negeri2 pemerintahan Pakatan Rakyat dengan program-program kebajikan tersendiri.

dan banyak lagi.

Penasihat-penasihat Presiden PAS tidak tahu pasal ekonomi dan politik. Mereka tidak tahu pun bagaimana hendak membaca Belanjawan Negara ataupun Negeri. Untuk menulis Belanjawan pula jauh sekalilah.

Yang mereka tahu adalah membawa teori-teori yang tidak praktikal dan membawa kesan negatif kepada parti seperti teori kerajaan perpaduan ini.

Mereka sepatutnya dibuang kerja dan Presiden harus mengambil penasihat-penasihat baru.

Tulang Besi

24 comments:

Anonymous said...

Panas sungguh TB kalini.jangan mencerca orang2 yang ikhlas berjuang dalam PAS.Pendedahan terbaru Ust Nik Abduh membuktikan bahawa ada peranan yang dimainkan oleh penasihat2 sesat yang menghulurkan bantuan yang tidak sepatutnya diterima oleh pejuang islam.orang2 inilah yang bakal merosakkan PAS pada masa akan datang.bibit perpecahan sengaja ditimbulkan terutamanya merenggangkan hubungan akrab umpama isi dan kuku dua tokoh tok guru yang disayangi oleh penghuni bumi dan langit iaitu TG.Hadi n TG.Nik Aziz. ketahuilah,perancangan kamu sangat lemah disisi Allah taala kerana Allah juga merancang.Maka Allahlah sebaik2 perancangan.

-Ammar-

Hasbullah Pit said...

Sampai begitu sekali mempertahankan Sistem Demokrasi British?

Apa untungnya PAS mempertahankan Sistem Demokrasi British?

48% rakyat sudah mengundi Pakatan rakyat & sepatutnya Pakatan Rakyat mendapat lebih kurang 48% kuasa.

Yang beria-ria nak menafikan hak rakyat ni fasal apa?

Tulang Besi said...

.Pendedahan terbaru Ust Nik Abduh membuktikan bahawa ada peranan yang dimainkan oleh penasihat2 sesat yang menghulurkan bantuan yang tidak sepatutnya diterima oleh pejuang islam.orang2 inilah yang bakal merosakkan PAS pada masa akan datang.bibit perpecahan sengaja ditimbulkan terutamanya merenggangkan hubungan akrab umpama isi dan kuku dua tokoh tok guru yang disayangi oleh penghuni bumi dan langit iaitu TG.Hadi n TG.Nik Aziz..

Tanya Roslan SMS la. Bukan dia penasihat PResiden? Bukan dia yang suruh jatuhkan Husam dan ramai pimpinan PAS Pusat?

Grand Marquis said...

Apa perlunya kerajaan perpaduan di Malysia?

Jawapannya ialah:
"[3.103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara."

Hanya musuh-musuh Islam saja yang tidak mahu melihat perpaduan umat Islam.

Lagi satu enta kata UMNO memfitnah bekas timbalan perdana menteri untuk membolehkan Daim Zainuddin mengadakan "bail-out" untuk menyelematkan bisness beliau dengan duit rakyat
Persoalannya ialah yang mula-mula kata bekas timbalan PM tu buat kerja tak senonoh ialah PAS dan DAP. Siapa tak tau orang yang bagi gelaran al-Juburi kepada beliau. Jadi apa alasan anda?

Nak hidupkan balik projek Sept 16. Apakah masih tak serik dengan isu di Perak lagi? Adakah ini bermakna anda bersetuju kes lompat parti di perak? Habis tu kenapa jaja satu kampung kutuk BN atas sesuatu yang anda sendiri pun idam-idamkan. Bukankah hipokrit namanya?

Tulisan anda kali ini betul-betul crap. Semua dibina atas dasar sangka buruk.

mut said...

"[3.103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara."

Masalahnya di sini bersatu itu atas dasar Al-Quran dan Sunnah (sesuai dengan ayat di atas) atau bersatu atas dasar kesempitan ruang politik akibat keputusan pilihanraya? Jikalau UMNO mahukan Islam (jauh panggang dari api), bubar pun PAS sanggup!

Saya ingin betulkan bahawa kerajaan perpaduan ini adalah berdasarkan MELAYU dan bukan berpaksikan ISLAM. PAS meletakkan dirinya sebaris dengan satu parti yang cukup TERUK reputasinya.

Jika tidak ada apa-apa yang berubah pada PAS atau UMNO, maka acuannya akan ditetapkan oleh UMNO dan sebahagian PAS mendapat saki-baki sahaja. Lebih baik kekal dalam PR dan berjuang cara hormat! Saya khuatir, jangankan rakyat, penyokong PAS sendiri akan memboikot parti atas tindakan yang tidak dapat diterima mereka. Yang dikejar disangka dapat, yang dikendong berciciran.

Belajar dari kesilapan dan sejarah adalah satu kelebihan manusia berbanding makhluk lain. Kan ini dah masuk lembaran sejarah PAS suatu ketika dahulu ketika dikhianati UMNO? Kedudukan hilang, dan parti kehilangan sokongan akibat bersekongkol dengan UMNO. Berapa lama selepas ditendang keluar dari kelompok kuasa dan kembali kepada perjuangan PAS asal barulah ahli PAS bersatu semula? Pada saya ini merupakan sejarah paling hitam melebihi mana-mana kekalahan di peti undi kerana ahli PAS telah berpecah.

Ketika zaman jahiliyyah dahulu kabilah memang sentiasa bercakaran dan kemudiannya ditenteramkan oleh kedatangan Islam. Dalam kes UMNO pulak mereka inilah yang membawa percakaran dan memangsakan PAS selama ini serta membelakangkan ayat di atas macam minum air. Waspada lah !

Risau jugak dengan golongan yang hanya mengingati Allah ketika susah tapi ketika senang dan berkuasa, hidup bagaikan dunia ini dia yang empunya.

Anonymous said...

Sebagai parti yang masih pembangkang di Pusat, dan memerintah beberapa negeri, PR dan PAS dapat memainkan beberapa peranan yang lebih bermakna:

a. Menukar kerajaan dengan menghidupkan kembali projek Sept 16
TB,
Masih nak mewarwarkan lagi ke projek lapuk 16sept tu?tau kah TB bahawa projek tu,kalau berjalan sungguh alangkah teruknya Pas terpalit dengan lumpur yang xdapt dicuci lagi.masakan tidaknya,projek tu menggalakkan pemimpin lompat parti.orang yang lompat parti ni sebenarnya moralnya rendah,tidak berdisiplin,tiada adab dalam masyarakat.pas memperjuangkan islam.adakah pas nak bersekongkol dengan tahi2 sedemikian?mana perginya amanah seorang pemimpin kepada rakyat? bila berjanji nak tunaikan amanah tiba2 pegi lompat parti lain.rakyat setempat terpingga2 ditipu. nasib baiklah xjadi,kalau tidak habislah pas.xtau sampai bila sejarah hitam tu nak dibersihkan dari ingatn rakyat yang celik hati.

dahlah masa penantian tarikh tu rakyat malaysia dikongkong dengan kegawatan ekonomi yang menjunam.habis saham2 jatuh kerana takutkan peralihan kuasa.last2 sekali, habuk pun tarak.janji ngan budak darjah 3 bolehlah brother.tapi kalau nak menipu pemimpin2 yang ikhlas bekerja kerana Allah,tidak akan berjaya beb.

Saya tahu, penasihat-penasihat di sekeliling Presiden tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan dengan ekonomi ataupun sains politik. Mereka cuma mahu membawa Presiden ke arah mem bawa PAS kepada BN.
TB,
kamu ni orang Pas ke Umno?penyataan kamu ni menampakkan bahawa kamu bukan dari kalangan jemaah pas.Adakah TGHH tu hanya menjadi presiden 2,3 kerat manusia je?dia adalah presiden Pas.Umum dah termaklum bahawa Pas adalah sebuah parti yang didalamnya begitu ramai pemikir2 dan para intelektual dari kalangan ulama n profesional.jika gagasan ini boleh diterima,Tuan Guru boleh kerah tenaga mereka untuk merangka gerakerja kearah tula.nampak sangat TB ni berhujah cara budak2.

Tulang Besi said...

TB,
Masih nak mewarwarkan lagi ke projek lapuk 16sept tu?tau kah TB bahawa projek tu,kalau berjalan sungguh alangkah teruknya Pas terpalit dengan lumpur yang xdapt dicuci lagi.masakan tidaknya,projek tu menggalakkan pemimpin lompat parti.orang yang lompat parti ni sebenarnya...
.

Apa masaalahnya "lompat parti"?

Yg jadi masaalah adalah "beli ADUN" seperti yang berlaku di Perak.

Kalau melompat untuk menyelamatkan agama, negara dsbnya apa masaalahnya?

Lumpur apa, kekotoran apa. Cuba kao cerita sikit?

Tulang Besi said...

TB,
kamu ni orang Pas ke Umno?penyataan kamu ni menampakkan bahawa kamu bukan dari kalangan jemaah pas.Adakah TGHH tu hanya menjadi presiden 2,3 kerat manusia je?dia adalah presiden Pas.
.

Saya orang PAS yang MENGENALI majoriti dari penasihat-penasihat Presiden PAS.

Tiada yang tahu pasal ekonomi ataupun sains politik.

Percayalah.

Abuzar said...

Semasa PAS menjadi melukut ditepi gantang pada tahun 80an & awal 90an tiada pula idea "kerajaan perpaduan".

Yang AMNO lakukan pada masa itu ialah tangkapan ISA, Trajedi Memali & Lubuk Merbau, Sekatan Subsidi & Peruntukan, dera guru2 & pegawai2 yang menyokong PAS, Hapuskan royalty minyak Trengganu, dll ...

Bila kedajalan AMNO/BeNd terserlah, hasil usaha pakatan pembangkang, rakyat menolak mereka. Amno mengelabah.

PAS yang dijulang rakyat atas kebersamaan dalam Pakatan rakyat, membawa misi harapan rakyat: "Kebenaran, Keadilan, Kebersatuan & Kebajikan" yang sejajar dengan tuntutan Islam.

Semasa PAS berkedudukan sedikit dimata rakyat, tiba-tiba nakhoda PAS membuat satu keputusan "u-turn" untuk menukar haluan untuk bersama dengan AMNO/BeNd- "musuh rakyat" masakini. Amat mengejutkan!

Apalah nak diharapkan dari AMNO yang terdiri dari para "lanun" dan "perompak" hak dan harta rakyat berpuluh tahun itu?

Apalah yang boleh diharap dari AMNO yang mempersendakan hak Allah, Rasul dan Islam itu?

Dengan "kerajaan perpaduan" sanggupkah AMNO kembalikan segala hak fundamental rakyat, negara dan Islam yang telah dicabuli berpuluh tahun itu?
Seperti: Sistem demokrasi yang lebih sihat, separation of power, pemurnian sistem kehakiman, spr, pdrm, hapus monopoli kontrak & projek awam, autokratik, korupsi, kronisme, nepotisme, penyalahgunaan kuasa, hedonisme, kemurtadan, .........

Apakah perjuangan PAS masih untuk dakwah Islamiyyah & bina ummah, atau, mengejar keselesaan duniawi segelintir pimpinan .....?

Mengapa pendirian PAS sekarang ini nampak macam tak konsisten: Ha-ula wa ha-ula, berdolak-dalik, flip-flop, bagaikan lalang ditiup angin????

Mungkin atas fakta ini, hujjah TB menyanggah "kerajaan perpaduan" agak ketara.

Chicken Feet aka KaKiaYam said...

i thought the idea of unity government was thrown out of the window some time ago. But now, it resurface. I think, PAS will lose a lot of supporters, both from it's own members as well as from non-muslim like me.

The fact that the idea of unity government is KIV by the Presiden send all the wrong signals. The idea should be totally and outright rejected, just like the way Tok Guru did.

I don't trust Hadi Awang. To me, he is just another Harusanni, one that cannot differentiate between race and religion.

I just hope one day, there will be a person like Tok Guru that will be able replace him.

By the way, I disagree with TB on the issue of jumping ship. That is an abuse of the democratic process. What is wrong with having another by-election for the people to choose again?

Tulang Besi said...

By the way, I disagree with TB on the issue of jumping ship. That is an abuse of the democratic process. What is wrong with having another by-election for the people to choose again?.

THe whole Sept16 suggestion is so that we can have a fair and free elections.

After a new government is sworn in, we will clean up the SPR and media etc

And then we will dissolve the Parliament for a new elections.

Besides, what's wrong with rep changing their parties?

Anonymous said...

sekiranya lalai dgn pangkat derajat,nafsu,harta benda dan puji pujian maka

jatuh lah org itu
jatuh lah institiusi kekeluargaanya
jatuh lah organisasinya
jatuh lah pemerintahanya
jatuh lah negaranya
jatuh lah kerajaan islam

kuatkan diri dgn sifat siddiq,amanah,tabligh dan fatonah dan hayati islam yg sebenar tampa melampaui batas.........sekian.

Anonymous said...

KITA TAK PERLU KERAJAAN PERPADUAN!

Yang kita mahu adalah UMNO memberi apa yang MCA dan MIC mahu supaya Cina dan India mengundi BN.

Yang kita mahu adalah PAS memberi apa yang DAP dan PKR mahu supaya Cina dan India mengundi mereka.

Kuasa itu lebih mustahak kepada UMNO dan PAS.

Persetankan hak2 melayu dan hak2 orang islam!

Anonymous said...

Fulamak. Masih ada lagi spesies nak pertahankan kerajaan perpaduan. Diorang nih buta ke hapa? Baguslah TB kali nih. Cuma saya harapkan pabila kita menarik wakil BN ke tangan kami, biarlah atas prinsip etika, bukan duniawi. Lebih baik mereka letak jawatan, masuk parti PR dan bertanding lagi selepas tuh dalam by-election. Lebih baik cara begitu dipraktikkan daripada lompat dari PR ke BN atas dasar nak tutupkan siasatan kes korupsi. Like the two jokers we know from Perak lah, katakan.

Chicken Feet aka KaKiaYam said...

"Besides, what's wrong with rep changing their parties?"

If things happen according to what you described, then by all means. But then again, it's easy for people to ask for fairness when power is not in their hands.

There is nothing wrong with rep changing the parties that they align with. But they must resign from the post as well and contest for another by-election. Why?

That's kindergarten theory isn't it?

Anonymous said...

TB said,
Saya orang PAS yang MENGENALI majoriti dari penasihat-penasihat Presiden PAS.

Tiada yang tahu pasal ekonomi ataupun sains politik.

Percayalah.
Wah hebat ko TB,serba tau konon. nilah manusia yang berlagak pandai dari ketua. kalu berani, masuk bertandinglah. letaklah TB mana2 pun,dia xkan setujunye sape2 jadi ketua.yang dia tahu adalah kritik saje.buat keje out.

TB said,
Kalau melompat untuk menyelamatkan agama, negara dsbnya apa masaalahnya?

Lumpur apa, kekotoran apa. Cuba kao cerita sikit?
Kotor tu disebabkan menggalakkan orang menipu rakyatlah banggang!.bila PKR lompat,ko marah.tapi ko xingat asalnya ko la yang galakkan lompat parti.x faham lagi?kalau xfaham nanti aku ajar lagi.

Anonymous said...

Why cant the goons in PAS see this simple equation?

UNITY GOVT = PAS(Islamic) + UMNO/BN(Pirates)
= Najis as PM...is simply WRONG FORMULA!

The RIGHT FORMULA pending GE 13 is..

PAS+DAP+PKR(ie Pakatan) PLUS INDEPENDENTS (including UMNO jumpers!)

Tell me why should PAS jump ship to UMNO/BN knowingly they are 90 percent crooks?

Instead, let the good ones(I'm sure there is still a number in UMNO/BN) join forces with Pakatan and establish a new fair and just government.

Change to Justice Government!

Grand Marquis said...

Apa masaalahnya "lompat parti"?

Yg jadi masaalah adalah "beli ADUN" seperti yang berlaku di Perak.


Inilah masalah mentaliti TB. Orang lain semuanya tak betul. Kalau lompat masuk parti orang lain, ni mesti kena beli. Kalau lompat masuk parti aku sokong, ni mesti kerana perjuangan untuk keadilan dan agama. Aku kata orang ni bersalah, aku tak payah bagi bukti. Tapi kalau orang lain kata puak aku bersalah, dia mesti bagi bukti. Dan kalau dah bagi bukti, ni mesti sebab konspirasi.

Tulang Besi said...

Inilah masalah mentaliti TB. Orang lain semuanya tak betul. Kalau lompat masuk parti orang lain, ni mesti kena beli..

Tapi memang diorang kena beli pun.
Apa alasan diorang nak tinggalkan PR pun.

Takda alasan.

Grand Marquis said...

Sekali lagi saya meminta TB mengemukakan bukti yang adun-adun tersebut telah kena beli.

Orang parti Islam kena guna hukum Allah. Jadi bukti sekadar SD tak boleh pakai (kecuali kalau ikut hukum ciptaan PR, SD dan Hear Say tu ialah bukti kukuh).

TB ni cakap main lempar aje. Apa alasan diorang nak tinggalkan PR pun. Terlalu banyak alasan yang mana hanya empunya badan yang tahu. Tapi TB ni cakap macam dia tau semua perkara. Macam PR ni sempurna sangat sampai tak de sebab orang nak tinggalkan PR. Hemmmm....

Setakat ini sudah 3 tuduhan liar TB tanpa sebarang bukti.

1. TB kata Fairus has made a deal with the dark side.

2. Orang selangor pergi ke KL untuk minum arak.

dan yang terbaru
3. Adun-adun yang lompat bukan ke BN tapi menjadi bebas telah kena beli.

Tulang Besi said...

1. TB kata Fairus has made a deal with the dark side..

Ini bukan tuduhan, ini cuma spekulasi yang terbukti tidak benar.

Namun penulis telah bersyukur kerana spekulasi ini tidak benar. Sila baca artikel itu baik2.

2. Orang selangor pergi ke KL untuk minum arak..

Ailkkkk, yang pergi Zouk, KLCC area semua tu bukan ada orang Selangor ke?

Atau semuanya org Johor yang pergi situ?

dan yang terbaru
3. Adun-adun yang lompat bukan ke BN tapi menjadi bebas telah kena beli.
.

Sebab diorang tiada sebab untuk melompat dan menjemput kebencian orang terhadap mereka.

Buktinya, undi changkat Jering bertambah untuk PAS berbanding PRU dahulu.

So, memang diorang kena beli la.

Sila rujuk Affidavit Ketua Keadilan Ipuh Timur

Anonymous said...

xpayah tegakkan benang basahlah TB..hujah ko tu budak darjah 1 bolehlah ko kelentong.apa ni,main bagi kenyataan tanpa bukti.pillaahh mabokk.

anaklangkawi said...

Senang sahaja..
telah ada dalam al-quran bilamana umat islam dtimpa keadaan/kekusutan dlm membuat keputusan.

maka kembalilah kepada al-Quran & Sunnah..

p/S: bukan berdasarkan pendapat sstgh pemimpin semata2.. (jgn jadi mcm UMNO)

abdul azfar said...

Assalamualaikum...
sedih dengan perbalahan dalam blog antom... kita tak payahla bertengkar macamni...
kita kan rakyat je. x dapat ape pun.. yang seronok, orang atas.. yang penting skrg ni, cari jalan macmn nak jernihkan keadaan yang melanda 'politik busuk' dalam negara kita ni.. bila dah dapat formula, bagitau n kita boleh share sama2..
n lagi satu. x perlu kerajaan perpaduan. politik x salah, tapi pemimpin yang menerajui parti tu perlu lah betul n elok sahsiahnya, jiwanya, rohaninya, intelektualnya, baru rakyat respect.. jadilah rakyat yang bijak k... saya kecewa dengan politik Malaysia skrg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.