Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 8, 2009

Apabila Wang, Projek, Fitnah dan Janji Manis Sudah Tidak Berkesan Lagi

Keputusan dua bukit sudah pun tersurat. Barisan Nasional kecundang sekali lagi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Yang lebih terguris dengan kekalahan ini ialah UMNO kerana termasuk Bukit Gantang, keputusan bagi UMNO adalah 0-3. Ini kerana selepas PRU 2008, UMNO telah bertanding di dalam 3 pilihanraya kecil: Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Dan UMNO telah kalah kesemua pertandingan tersebut.

Najib Menanggnung Pilu Yang Menikam Sukma

Tetapi yang lagi kecewa dan pilu dengan kekalahan ini ialah Najib Tun Razak. Sepanjang kempen ini, kelibat calon BN, Ismail Saffian, hampir tidak kelihatan. Ertinya, walaupun Ismail Saffian bertanding, Kalaulah tidak kerana calon BN itu duduk di sebelah Dr Mahathir sewaktu kedatangan Dr Mahathir ke Bkt Gantang, nescaya rakyat Malaysia akan terus tidak menyedari akan kewujudan calon BN tersebut.

Kenapa demikian? Kerana perlawanan Bukit Gantang ini adalah perlawanan antara Najib Tun Razak dengan YB Nizar Jamaluddin. Pilihanraya kecil ini adalah referendum ke atas Najib Tun Razak, Presiden UMNO yang baru serta PM Malaysia yang ke-6.

Sudah barang pasti Najib akan dihakimi melalui keputusan pilihanraya kecil ini. Mana mungkin tidak kerana bukankah Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Perak dengan cara yang amat jijik sekali?

Bukankah Najib Tun Razak yang telah melantik Menteri Besar haram, yakni wakil pos dari Pangkor, si Zambery?

Bukankah Najib yang bertanggungjawab menghalang persidangan DUN yang dipanggil oleh Speaker Perak yang sah sehingga terpaksa diadakan di bawah pokok?

Bukankah Najib yang telah mengugut Sultan Perak bahawa anak beliau, Raja Nazrin, akan dipastikan tidak menaiki takhta Perak sekiranya kehendak Najib Tun Razak tidak dipenuhi (mengikut dakwaan Raja Petra Kamaruddin dalam blog beliau, Malaysia Today)?

Dengan kata lain, bukankah Najib yang bertanggungjawab sepenuhnya di atas kemelut dan krisis perlembagaan yang sedang melanda negeri Perak?

Maka, pilihanraya kecil ini sepatutnya menjadi medan penghakiman terhadap segala tindakan Najib Tun Razak terhadap negeri berdaulat yang bernama Perak Darul Ridzuan. Rakyat Perak di Bukit Gantang telah menghakimi Najib Tun Razak dan mendapati Najib Tun Razak bersalah!!!.

Umno Bergantung Kepada Fitnah Semata-Mata

Seperti di Permatang Pauh, kita melihat bahawa UMNO telah bergantung kepada fitnah semata-mata dalam kempen ini. Sepanjang kempen Bkt Gantang, tiada isu yang dimainkan UMNO selain isu derhaka, hubungan PAS-DAP dan pemberian geran tanah 999 tahun.

Kita yang mendapat maklumat dari internet ini semua maklum bahawa ketiga-tiga isu ini adalah fitnah semata-mata. Misalnya, isu hubungan dgn DAP, PAS tidak pernah mengorbankan prinsip sepanjang menjalin hubungan dengan DAP. Saya nak tanya puak-puak UMNO sekelian, sewaktu demonstrasi memprotes Forum Murtad BAR Council tempohari, mengapa demonstran yang datang tersebut 80% dari PAS? Di manakah kamu wahai ahli/pendokong UMNO sekelian sewaktu demonstrasi tersebut?

Dalam isu hudud, PAS jelas mempertahankan dasar PAS menegakkan syariat Islam bagi orang Islam di Malaysia secara total, manakala UMNO melalui lidah Ketua Pemuda mereka, saudara Khairy Jamaluddin, secara terbuka menolak Undang-Undang Syariah Islam kerana mengikuti pendirian yang diambil oleh Barisan Nasional.

Dengan kata lain, seluruh masej UMNO di Bukit Gantang adalah fitnah semata-mata. Tidak ada bukti dan tidak ada asas langsung di atas tuduhan mereka.

Ini kerana UMNO masih lagi berfikir yang orang-orang Melayu masih bodoh dan tidak mampu berfikir serta mudah diperkotak-katik kan. Malang seribu kali malang, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Orang melayu sudah mulai pandai dan sudah mulai menilai antara intan dan kaca.

UMNO Bernasib Baik PAS Mengambil Sikap Bertahan

Sebenarnya UMNO bernasib baik kerana bersikap ”bertahan” sepanjang kempen Bkt Gantang ini. Jikalau sayalah yang bertanggungjawab terhadap kempen tersebut saya akan menjawab tuduhan UMNO dengan serangan juga.

Misalnya, UMNO menuduh PAS mengamalkan”Islam-DAP”. Saya akan jawab UMNO pula mengamalkan ”Islam Tokeh Judi”. Bukankah Najib Tun Razak di bulan pertama beliau menjadi Menteri Kewangan telah meluluskan 10 lesen judi yang baru?(Boleh baca laporan Business Times Singapore disini .

Ertinya, sekiranya hina sangat PAS kerana menjalin hubungan dengan DAP, bagaimana dengan UMNO yang tidur sebantal dengan tokeh2 judi di Malaysia? Mana lebih hina, DAP atau tokeh judi?

Saya yakin sekiranya PAS mengambil sikap menyerang dan tidak bertahan, pos UMNO akan kosong dua-tiga hari sebelum pilihanraya seperti di Kuala Terengganu.

Nizar Adalah Pemimpin Mutlak Negeri Berdaulat Bernama Perak Darul Ridzuan

Keputusan Bukit Gantang ini mengesahkan bahawa YB Nizar Jamaluddin adalah pemimpin mutlak yang sah kepada negeri berdaulat Perak Darul Ridzuan.

Bukit Gantang bukan kawasan beliau. Beliau tidak pun berdaftar untuk mengundi di Bukit Gantang. Lawan beliau, Ismail Saffian, adalah anak jati kelahiran Bukit Gantang dan beliau mengundi di Bukit Gantang.

Secara logiknya, sepatutnya YB Nizar ditolak oleh pengundi Bukit Gantang kerana beliau bukan orang asal Bukit Gantang. Tetapi, oleh kerana YB Nizar adalah pemimpin tulin Perak, dan Perak itu termasuklah juga Bukit Gantang, maka YB Nizar telah mendapat kepercayaan tulin dari rakyat Bukit Gantang berbanding anak jati Bukit Gantang, Ismail Saffian.

Faktor anak jati ini juga yang telah menyebabkan undi Melayu kepada BN naik sedikit berbanding 2008. Kaum keluarga, jiran tetangga, kenalan, sahabat taulan Ismail Saffian yang duduk di Bukit Gantang tentulah akan mengundi beliau.

Pentutup

Keputusan Bukit Gantang bererti PAS sudah menjadi Parti yang di tengah. UMNO pula telah menjadi parti hidung tak mancung pipi tersorong sorong.

PAS mesti mencari jalan untuk meningkatkan sokongan pengundi Melayu seluruh Perak di samping harus belajar bagaimana untuk menumpulkan fitnah UMNO/BN.

PAS Perak mesti berhenti dari bersikap ”bertahan” di atas segenap fitnah dan mehnah yang diungkapkan oleh UMNO. Mulai sekarang PAS Perak harus menyerang dan terus menyerang UMNO/BN.

UMNO telah kehabisan modal. Barisan kepimpinan baru mereka tidak sedikit pun menarik perhatian rakyat jelata. Kemasukan Dr. Mahathir Muhd. Iskandar Kutty bakal menjauhkan orang Melayu kepada UMNO lagi. Bukankah sebab itu yang telah menyebabkan Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dahulu, yakni memenangi kembali sokongan orang Melayu yang telah hilang angkara pemfitnahan ke atas Anwar Ibrahim?

Ini peluang keemasan PAS dan PR untuk menjadi pemimpin kepada Malaysia dan merampas tampuk pemerintahan Malaysia.

Tulang Besi

23 comments:

Anonymous said...

I like your strategy, we should go on the offensive more often!

Everybodys forgotten about the little matter coming up on Apr 15.

Bukit Lanjan !!!!!!

Hafiz said...

tahniah buat presiden PAS. You've shown tremendous leadership skill in the selection of candidate and driving the elction machinery.

may Allah bless PAS under your leadership.

Anonymous said...

Tahniah buat Nizar. Dulu umno menang kerana undi bukan melayu. Sekarang Pas pula. Mungkin orang bukan melayu nak negara islam pas.?
Lee.

Anonymous said...

Nizar won the non-Malays/Muslim vote because he showed that he respect others although he is a devout Muslim. That it what all the people like about him. He practices Islamic ways and treat others fairly. And he has opened up non Malays/Muslim mind on what a true Muslim is. I can assure you all that if everyone behave gracefully as he does, we can truly live in harmony. Even the criminals will be shy and walk away if they see him. Everyone can learn a bit from him, be humble and yet firm in the Islamic principles. It will win the heart of many.

donplayplay

Alias Mohd Yusof said...

BN kalah, Salah siapa kali ini?
Pak Lah dah turun, takkan nak salahkan Pak Lah.
Dakwaan selama ini yang mengatakan orang tak suka UMNO dan BN adalah kerana Pak Lah sudah tidak boleh pakai lagi.
Pak Lah telah jadi lembu korban orang UMNO, tapi UMNO tetap kalah juga.
Jadi kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau hendak salahkan siapa. Adakah kerana orang tidak suka sebab Najib jadi PM?
Atau adakah Mahyudin Yassin yang salah kerana telah mendesak Pak Lah turun dari PM?
Atau adakah Mahathir yang salah kerana menyibuk berkempen, dia lupa orang Melayu sudah tidak suka dengan dia? Dia hanya lebih perasan.
Jadi sapa nak jadi lembu korban UMNO kali ini? Yang pastinya Najib tidak akan sanggup hendak menghulurkan lehernya untuk disembelih.

Sang Kancil said...

Non-Malay Malaysians have given trust to Nizar and PAS politicians to cooperate with Pakatan Rakyat in ensuring fair, just and good governance of Malaysia.

Please do not betray the trust of the non-Malays by pursuing an Islamic State. Non-Malays have already accepted that Malaysia is a unique state that has Islam as its official religion and its influences in its governance, but non-Malays Malaysians cannot accept Malaysia becoming a state akin to Iran or Taliban.

Good governance, justice, the destruction of corruption, and helping the weakest of our society are core principles that both non-Malays and an Islamic State share. You do not need to implement an Islamic State to have a government that practices the best aspects and principles of an Islamic State.

To pursue an Islamic State after receiving the major backing of the non-Malays constitute a betrayal and backstabbing of Malaysian non-Malays. Do not go down this path, or else PAS will now be as arrogant as UMNO, and suffer the same fate of political irrelevance without non-Malay support.

Remember, even Malaysian Malays in Terengganu rejected the extremist Islamic state govt in Terengganu. Going down the path of an Islamic State will kill PAS. Better instead for PAS to focus on efforts to uphold good governance, justice, stamp out corruption and creating a welfare state that will help all poor Malaysians and is acceptable to all Malaysians.

Tinta Hitam said...

Saya bersetuju dgn TUlang Besi PAS perlu menyerang.Menyerang is the best defence...Start it now

lagi satu perlu dikaji semula kawasan yg lemah pengaruh PAS terutama kampung kampung di pedalaman yg kuat pengaruh PAS.

Aktiviti kemasyaraktan perlu dipergiatkan lagi dtkawasan kawasan ini

Anonymous said...

Hakikatnya PAS tak menang, yang menang tu DAP kimak. Apa nak jadi...Anwar 'petualang' kata, perkataan Allah orang bukan Islam gunakan, Nik Aziz 'nyayuk' kata orang cina boleh guna ayat al quran bila bersyarah. SEMUANYA DAH JADI BARUA DAP..POOORAHH

Anonymous said...

Jangan lupa salam peluk ciom untuk toke2 babi di Kuala sepetang ya

Kalau letak babi balut bendera PAS pun takpa sekarang sbb PAS dah liberal

Semua boleh asal dapat undi Cina

hehehehe

Anonymous said...

DAP TELAH MENANG DENGAN GAYANYA DI BUKIT GANTANG! TAHNIAH NIZAR NAMRUD! ANDA TELAH BERJAYA MEMBUAT SESUATU YANG AMAT LUAR BIASA! DASYAT TU....KEBANGKITAN KOMUNIS DI BUKIT GANTANG!


SAYA NAK BAGI SEDIKIT ANALISIS DI BUKIT GANTANG LA YEA!


ISMAIL SAFFIAN MENDAPAT UNDIAN MELAYU YANG TINGGI TETAPI KURANG DARI CINA DAN INDIA, JADI DISEBABKAN ITULAH SAUDARA ISMAIL TEWAS DI BUKIT GANTANG, MARILAH KITA TENGOK APA YANG MENYEBABKAN TERJADINYA PERKARA SEBEGINI!


BN MEMANG BOLEH MENDAPAT UNDIAN DARI KAUM BUKAN MELAYU SEKIRANYA MB BERSETUJU DENGAN PERMINTAAN MEREKA, DALAM TEMPOH BERKEMPEN10 HARI HANYA DUA SAHAJA PERMINTAAN MEREKA IAITU:-


1. KELULUSAN TANAH 999 TAHUN!


2. SPEAKER DEWAN HARUS DI BERI KEPADA ORANG INDIA!


SEKIRANYA DATO DR ZAMBRY SETUJU SAHAJA DENGAN SYARAT YANG TELAH DISEBUTKAN DI ATAS TADI MAKA SEMALAM SUDAH TENTU KEPUTUSANNYA LAIN! TETAPI MB PERAK YANG KITA HORMATI INI TELAH PUN MENOLAK PERMINTAAN TERSEBUT DENGAN CARA BAIK.


HARAPAN MB PERAK IALAH SUPAYA ORANG MELAYU SEDAR DAN BERSATU, KUKUHKAN UMNO KEMBALI! HATS OFF TO YOU DR ZAMBRY!


BETAPA BESARNYA PENGORBANAN DATO DR ZAMBRY, DIA SANGGUP MENGHADAPI KEKALAHAN DARI HAK MELAYU DI GADAI, NIZAR NAMRUD BELAJAR LA DARI MB PERAK YANG KITA SAYANGI TU....KAU TU KOMUNIS NIZAR NAMRUD OI!


SEMALAM BUKAN PAS YANG MENANG TETAPI DAP! LEPAS NI SAH LA PAS AKAN BERTUKAR MENJADI PARTI WEREWOLF MALAYSIA....

Anonymous said...

Sang kancil,

I cannot stand this anymore. Can't you read, or are you just fucking stupid? PAS is an Islamic party, so don't ever think they're gonna drop their Islamic agenda.

And you and your 'people' moan and bitch about how UMNO has polluted the minds of Malays into becoming racists. But you forget that you are the one who has been tricked into believing that PAS is gonna turn this country into Afghanistan. Where the fuck did you learn that an Islamic state equates Afghanistan? You thibk PAS is gonna force non-Muslims to to convert to Islam and make them stop eating pork?

The problem is this: you are an ignorant, uneducated fool. In the days of the Umayyah and Abbasiah empires, where was Europe? Now you try to equate Islam with backwardness and uncivilisation!

So fear not an Islamic state. If PAS is sincere (and I hope they are), everyone will be treated fairly. I repeat, an Islamic state does not equate Afghanistan ala Taliban!

Lastly, educate and update yourself, don't look through the eyes of an Islamophobik. Because right now you are one.

PS: can you see the muslims who have lost their way writing their comments here, calling nizar a traitor to the malays and all? These are people who are ignorant, they forget that God created everyone, and the Prophet Muhammad was kind and fair to all people regardless of their race.

Generalismo

Anonymous said...

Generalismo,I agree with u.when Nizar did what he supposed to do,everbody blamed he is puppet to DAP.but look!! UMNO has been traitor to the Malays as far as I can remember. UMNO yg pengkhianat Melayu.cuba chk tanah2 rizab Melayu mana yg durang tak jual?? cuba chk yg memutihkan rakyat asing dgn kasih Mykad tu sapa klu bukan BN??

Sang Kancil said...

Anonymous @ April 8, 2009 11:15 PM

"Generalissimo", you are a fucking moron. Petualang yang bodoh dan tolol!

You must be one fucking stupid "generalissimo" indeed. Fucking stupid is your brain, do you think any non-Malay is going to accept an Islamic State?

Go ahead and pursue your Islamic State, fucking moron. The best you can do is to quote examples from the Middle Ages... isn't that pathetic? You need to look back in the past for an example to justify your Islamic State?

Go ahead, stupid moron, and fool yourself into thinking you can convince non-Malays to support the Islamic state.

I dare you. You will see the loss of non-Malay votes immediately. And don't go crying after that. Want to rock the boat because of your pure stupidity?

Face the facts. Which Islamic State today is successful? And stop imposing upon people your Islamic extremist views. The majority of Non-Malays is not going to accept an Islamic State, period. Be in denial if you want, but you will lose the elections then. This is not being racist, or being Islamophobe, but this is being pragmatic and acknowledging the political reality. In today's educated world, no one is interested in a theocracy you are advocating, fucking moron!

Anonymous said...

Sedara aku yang mengundi di Bkt Gantang kata, dalam ceramah Umno depa kata PAS ditonggang DAP. dalam ceramah MCA pula depa kata DAP ditonggang PAS. Kelakar kelakar

Anonymous said...

PAS nak reformasi MINDA mereka.

1. Dara bawa masuk laki orang dalam rumah, ehmmm ehmmm atau sesiapa saja ahli jolok tak kira bangsa agama, asalkan orang tak nampak... HALAL

2. Orang kapiaq, pegang drumstick babi sebelah tangan kanan dan botol arak sebelah tangan kiri sambil membaca Ayat2 Quran... HALAL

3. Sit Norhaliza berdendang depan halayak ramai.. HALAL asalkan tak pakai listick

4. Ehem bini orang sampai keluaq anak haram.. HALAL.. buat tak nampak saja

5. Fitnah dan mengajak orang SAMAN untuk membuktikan fitnah bukan mengikut landasan ajaran Islam... HALAL

FATWA PAS

Tulang Besi said...

The majority of Non-Malays is not going to accept an Islamic State, period. Be in denial if you want, but you will lose the elections then. This is not being racist, or being Islamophobe, but this is being pragmatic and acknowledging the political reality. In today's educated world, no one is interested in a theocracy you are advocating, fucking moron!

All i know, Islamic state has never been a theocracy even for one day in it's 1400 years existence.

U need to get your facts straight, my man.

Tulang Besi said...

Sila rujuk artikel "Islam TOkeh Judi" milik UMNO di

http://www.malaysiawaves.com/2009/04/antara-islam-dap-pas-dengan-islam-tokeh.html

Sang Kancil said...

Tulang Besi,

Silalah rujuk
http://en.wikipedia.org/wiki/Theocracy#Historical_theocracies

My facts are correct.

It is better to have a clean, fair and just government that can be accepted by all, than to lose to BN by alienating non-Malay Malaysians with the pursuit of an impractical idea.

Tulang Besi said...

No you're completely wrong again.

Let's see what wikipedia says about theocracy:

"Theocracy is a form of government in which a god or deity is recognized as the state's supreme civil ruler,[1] or in a broader sense, a form of government in which a state is governed by immediate divine guidance or by officials who are regarded as divinely guided.[2]"

No one is divinely guided in Islam. No one is "maksum" in Islam except the Prophet SAW.

So, how could there be a theocracy in Islam?

Go back and check your facts again.

Shame on you.

Anonymous said...

Sang Kancil,

Firstly I apologise for using harsh words on you in my earlier post. I was in a very bad mood, and I was emotional. But you have returned the favour to me (in tenfolds), so I think just let it be.

Sometimes I wonder why I should waste my time arguing with someone who refers to wikipedia for information. Someone like you. You see, you don't know even where to start. How do you define sucessful nation? A country with a USD14 trillion dollar economy but full of hate crimes and no respect for the lives of foreign citizens (USA). Or like China, where everything is controlled and monitored and you have no freedom? Or shit-sized Singapore where democracy has never existed despite their great economic advancement? You want me to go on and on?

Just answer me this.. If your rights are protected, crime rate is low, your country is managed well, leaders are not corrupted, you are not discriminated against, and your countrymen of other races are willing to shed their blood to protect you and your family, wouldn't that be Utopia? But with one catch, its an Islamic state, governed by god-fearing people who use Islamic laws and jurisprudence as the basis of the government. So now what say you? No way? Then you are an Islamophobe!

Really, some people have black hearts and maybe god has sealed their minds so that no truth can reach them. I have met many unfortunate people in my life, but you are wayyyyy more unfortunate man!

What are you afraid of? Islamic state does not mean Taliban-style Afghanistan! Tell me, what are you afraid of?


-Generalismo-

Anonymous said...

Kan dah kata bukan islam tak nak negara islam. Sekarang korang bertekak pulak. Lawak sungguh. Sy menyeru pas bekerjasama dgn umno menengakkan negara islam. Anda boleh tarbiahkan mereka. Lagipun bukan semua ahli umno tak mahu negara islam.
Lee

nyok kukoq said...

Memang betulla "Wang,projek, fitnah dan janji manis tidak berkesan lagi".

Umno terpaksa rasuah juga sebab RASUAH dalam kamus Umno "Beri salah, tak beri kalah".

Sekarang rasuah pengundi sebagai usaha untuk elak kekalahan yang lebih teruk.

Elemen elemen rasuahlah yang menyelamatkan UmnoBN dari menerima kemaluan yang lebih besar. Tanpa rasuah, Umno tidak akan mampu mempertahankan undi ahli mereka sendiri dan juga pengundi atas pagar.

mut said...

At the end of the day, it's up to the parties contending in the elections to make their case.

There is enough of "putting words in their mouth" tactic of the BN controlled mass media to malign the opposition and their ideas.

I say let the electorate choose based on sound information of what the parties stand for.

In a democracy, there are so many forces pulling this and that way. A compromise would be difficult to reach, but a balance must be struck. Those who would lead must learn how to follow. And those who would gain power through the choice of the people must be also willing to relinquish it in the same way.

It is important that the choice remains in the hands of the people for they are the final arbiter of a democratic government's success.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.