Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, April 16, 2009

Idea Kerajaan Perpaduan Tidak Popular di Kalangan Ahli PAS?

Berikut adalah sebuah insiden yang dilaporkan oleh Penarik Beca@Bakaq yang berkaitan populariti idea ”Kerajaan Campuran” di kalangan ahli-ahli PAS.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian, Dr. Shamsuri ini adalah anak usrah kepada ”Ustaz Kayu” yang menggantikan Dr Syed Azman sebagai Setiausaha Politik Presiden PAS seperti juga Ketua Pemuda PAS Serdang, saudara Adram itu sendiri yang berasal dari Cawangan Teras Jernang. Kedua-dua mereka adalah anak Usrah Ustaz Kayu.

Ia berkaitan dengan cabaran saya pada Roslan SMS tempohari yang bertajuk "Roslan SMS Harus Nafi Cerita Ini!!!!". Adram adalah salah seorang yang menghadiri pertemuan itu.

Tapi tu semua saya akan dedahkan kemudian dalam artikel yang satu lagi.

Yang menghairankan saya adalah PAS Serdang adalah PAS Kawasan di mana DUN Bangi terletak di bawahnya. ”Ustaz Kayu” dan usrahnya berpusat di Bangi. Sepatutnya PAS Serdanglah yang menjadi penyokong kuat kepada idea kerajaan perpaduan ini.

Di bawah adalah peristiwa berkaitan dengan usul ”Kerajaan Perpaduan":


()
”Saya menerima laporan, ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pemuda PAS Serdang kali ke 22, Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar yang menjadi Setiausaha Politik Presiden PAS ada menyentuh sedikit sebanyak mengenai kerajaan perpaduan. Bukanlah perkara luar biasa bagi mana-mana setiausaha politik menghurai dan mempromosikan pemikiran bossnya. Tidak ada salahnya kalau kita berpegang kepada hak-hak demokratik seseorang untuk menyuarakan apa yang difikirkannya. Ia tidak melanggar hatta ruang yang diberikan oleh Islam dalam soal kebebasan bersuara.

Akhirnya, bila tiba agenda membentang usul, laporan menyatakan perwakilan Pemuda PAS Cawangan Teras Jernang (kalau saya silap terima laporan, tolong betulkan) membentangkan usul menyokong kerajaan perpaduan. Setelah beberapa kali Pengerusi Tetap mesyuarat meminta sokongan kepada usul itu, tidak ada seorang perwakilan pun yang sudi menyokongnya. Akhirnya Pengerusi Tetap memutuskan usul itu ditolak.

Tidak ada ulasan. Saya hanya melaporkan sahaja hati nurani ahli-ahli PAS.”


Saya rasa, di Selangor, di mana UMNO pun bermasaalah kerana maklumat begitu cepat beredar, susah bagi sesiapa dalam PAS untuk menjual idea bersama dengan UMNO.

Maklumat yang beredar dengan begitu luas ini memberi kesedaran kepada semua orang betapa jijiknya UMNO ini sehingga untuk merapati UMNO pun kita tak sanggup.

Apatah lagi untuk bersama dengan UMNO dalam sebuah kerajaan. Jauh sekali. Bak kata orang, geli geleman tekak bila memikirkannya (untuk berpadu dengan UMNO).

Untuk pemilihan PAS tahun ni, tolak lah semua calon PAS yang nak sangat kepada Kerajaan Perpaduan ni.

Apa pun alasan, kerajaan perpaduan ini mewajibkan kita bekerja sama dengan UMNO dalam satu kerajaan. UMNO yang kotor dan bernanah itu pun kita nak bekerjasama jugak ke?

Penasihat-penasihat Presiden PAS yang bertanggungjawab mesti meletakkan jawatan di atas idea yang sangat bodoh sehingga mengundang kemarahan Tok Guru Nik Aziz sendiri.


Tulang Besi


NOTA: Ketua Pemuda Serdang ada memberi respon kepada laporan Bakaq@Penarik Beca yang boleh dibaca di sini.

Namun saya telah membuat sedikit penyiasatan dari sumber saya di Bangi dan saya mendapati:


Yang menghairankan, kenapa cawangan Teras Jernang masih lagi nak teruskan dengan usul tersebut, kalau ianya betul2 sudah tidak releven?

Soalan kedua, mengapa Adram tidak menasihati cawangan Teras Jernang untuk tidak meneruskan usul tersebut kerana cawangan tu cawangan dia?

Soalan ketiga, kalau isu itu betul2 sudah tidak releven kerapa cawangan Teras Jernang, yakni cawangan Adram, tidak menarik balik usul tersebut?

HAKIKATNYA, usul tersebut telah dibentang kepada ahli mesyuarat dan tidak mendapat sokongan dari mana-mana ahli mesyuarat yang hadir.

Maklumat saya dapat, PEngerusi Tetap tidak pernah mengatakan isu ini tidak releven dan ucapan perasmian Dr Samsuri tak pernah suruh mesyuarat menarik balik usul tersebut. Beliau hanya berkata bahawa isu ini sudah tidak relevan kerana Najib dah naik. Dr Samsuri pun saya rasa tak sedar ada usul seperti ini.

FAKTA:

a.Usul tersebut telah dibentangkan dalam keadaan Cawangan TEras Jernang masih boleh menarik usul tersebut atas dasar tidak releven?

b.Cwgn Teras Jernang adalah Cwgn Ketua Pemuda Serdang, yakni Adram itu sendiri yang menulis penafian ini terhadap laporan Bakaq@Penarik Beca

c.Usul tersebut dibentangkan dan dibuka kepad ahli untuk disokong dan tidak mendapat sokongan mana-mana ahli mesyuarat.

d. Sekiranya benar tidak releven pun, Teras Jernang, yakni cawangan Adram, masih berdegil untuk membentangkan usul tersebut. Ia bererti usul tersebut masih releven dan tidak boleh dinafikan.

Ini bererti, usul tersebut membentangkan isu yang masih dikira releven, oleh Cawangan Teras Jernang,yakni cawangan Adram sendiri.

Dan usul tersebut ditolak.

34 comments:

Anonymous said...

Dr Kayu, Profesor Tidak Bermutu

http://diskopi.wordpress.com/2009/03/11/pensyarah-ukm-tidak-bermutu/


1. Dr Kayu, seorang yang bertubuh kecil, tetapi berjiwa besar. Mahu mencatur politik Malaysia dengan menunggang seorang Ulama’ yang Soleh bernama Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

2. Di Selangor, beliau bertanggungjawab melaga-lagakan Dewan Harian PAS Selangor untuk memecat Khalid Samad dan Saari Sungip bersama Ust Zain.

3. Beliau bertanggungjawab mencantas Dr Syed Azman daripada SU Politik TGHH dan menggantikan Dr Suri yang sememangnya anak didik beliau yang sangat patuh.

4. Beliau seorang yang licik politik.

5. Sangat anti kepada bekas ahli JIM di dalam PAS.Bekas ahli JIM di dalam PAS dilayan lebih teruk daripada UMNO. Tidak hairan kalau surat layang di dalam pemilihan muktamar PAS pada tahun ini bertaburan dengan isu JIM cuba menguasai PAS.

6. Dikatakan penggerak utama blog antihusam.blogspot.com

7. Melalui NGO yang diketuai beliau ILMUWAN, beliau cuba menguasai kesemua sumber-sumber di dalam negeri Selangor melalui exco-exco PAS yang ada di dalamnya.

8. Apabila perancangan beliau kurang berjalan lancar, beliau berkempen untuk melaga-lagakan PAS dengan PKR dan DAP dengan mengwujudkan idea Muzakarah dan Kerajaan Perpaduan.Agar PAS lebih cenderung untuk bergabung dengan UMNO.

IbnuQalil said...

Kepada tanpanam di atas,

Sudah2 lah menyebarkan maklumat yg jahat.

Tulang Besi said...

Anak si sikit (Ibnu Qalil),

Berentilah buat cerita2 mengarut.

Tukar la nama awak tu. Giliran pendedahan geng kayu akan menysul

N said...

TB .. kata nak perjuangkan Islam .. Entahlah ..Inikah cara perjuangan Islam yang mengikut jalan Rasulullah ?

Terpulang ...

Abd Razak said...

N said...
TB .. kata nak perjuangkan Islam .. Entahlah ..Inikah cara perjuangan Islam yang mengikut jalan Rasulullah ?

Wahai en N,just nk tanya satu soalan.Bolehkah kita nk perjuangkan Islam bersama dengan parti yg berteraskan assobiyah sebagai wadah perjuangan mereka?Cuba fikirkan baik2.Selama mereka memerintah lebih kurang 50+ tahun kenapa Islam tidak berada di tahap yg sepatutnya?Malahan mereka sanggup membuat fitnah mengenai Islam kpd non-muslim semata2 utk menakutkan mereka.Malahan sanggup menolak hukum hudud dan sanggup juga seorang bekas menteri utk mencabar hukum hudud ini ke mahkamah.

Fikirlah dgn rasional dan logik wahai en N...

Anonymous said...

Di Kelana Jaya, Izham mengalahkan pemimpin kawasan itu Roslan Shahir Mohd Shahir, yang juga setiausaha akhbar Abdul Hadi dan ketua penerangan PAS negeri.

Dalam mesyuaratnya baru-baru ini, Kelana Jaya mencalonkan Husam sebagai timbalan presiden, Mohamad dan Nizar untuk naib presiden. Ahli parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib turut dicalonkan untuk jawatan naib presiden.

PAS di Selangor mempunyai 22 kawasan.

Tolak muqabalah PAS-Umno

Di Kelantan pula, exco Pemuda PAS negeri, Dr Rosli Allani Abdul Kadir, berkata hampir semua daripada 14 kawasan di sana tidak dapat menerima usaha muqabalah PAS-Umno dan berusaha untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Hampir semua (kawasan) menolak cadangan tersebut. Semua berada di belakang tok guru," katanya.

Penolakan cadangan tersebut antara lain ekoran pengalaman pahit kerjasama PAS dan Umno di Kelantan sehingga tercetusnya darurat di negeri tersebut, tambahnya.

"Ia satu perangkap kepada PAS," kata Dr Rosli.

Katanya, kawasan-kawasan di Kelantan, termasuk Bachok, cenderung mencalonkan Husam, yang juga exco kerajaan negeri, sebagai timbalan presiden.

Parlimen Bachok diwakili oleh Nasaruddin, tokoh kedua penting selepas Abdul Hadi yang menyokong muzakarah.

Anonymous said...

Hi Tulang Besi,

Thought you would be the most reliable & appropriate person to bring to attention the following article from MT. Please inform the appropriate authorities regarding the matter. Sorry to intrude upon your blog article with this issue.



Federal Court judgment in favour of Election Commission is flawed and must be reversed.

By Kim Quek

The Federal Court appeared to have erred when it ruled on April 9 that the Election Commission (EC) could overrule the Speaker’s acceptance of resignations in the Perak State Assembly.

The Court’s decision was in response to an urgent application by three assemblymen who wanted a declaration whether it was the EC or the Speaker who had the final say over their disputed resignations. The Speaker had earlier accepted their resignations based on their pre-signed letters to this effect, but they – Jamaluddin Radzi, Osman Jailu and Hee Yit Foong – claimed that their resignations were invalid.

The court’s error appears to have sprung from a misinterpretation of the Perak State Constitution, Article XXXVI, Clause (5), which states:

“A casual vacancy shall be filled within sixty days from the date on which it is established by the Election Commission that there is a vacancy.”

The main purpose of this clause is actually to stipulate that a) a vacancy must be filled when it arises and b) it must be filled within 60 days. The words “from the date on which it is established by the Election Commission that there is a vacancy” is actually intended more for the purpose of defining the period of 60 days rather than for empowering the EC to be the final arbiter as to whether a resignation in the legislature is valid or invalid. If it is the latter, it would have been so stated in unambiguous language.

When the court says “The Election Commission is the rightful entity to establish if there was a casual vacancy in the Perak state legislature”, it does not really address the issue. The crux is not whether the EC establishes a vacancy – for that is obvious as without a vacancy you can’t have a by-election - but how it establishes a vacancy.

A vacancy is established when there is a resignation. But who receives the resignation? Surely, it is the Speaker. If there is an argument over a resignation, which authority should deal with it? Surely, it is also the Speaker, failing which, it is the Assembly. Can the EC poke its nose into the mechanism through which such matters are resolved in the legislature? Surely not, for that would amount to an intrusion into the autonomy of the legislature and a violation of the fundamental constitutional principle of separation of power. Such privileges of the legislature are clearly guaranteed under the Federal Constitution, Article 71, clause 1, which states:

“The validity of any proceeding in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.”

If even the judiciary cannot meddle into the affairs of the legislature, can the Election Commission do that?

So, when the Speaker, who acts on behalf of the Assembly, notifies the EC that an assemblyman has resigned, the job of EC is pure and simple – declare that a vacancy exists and arrange for a by-election within 60 days. It is the height of absurdity for the EC to brush the Speaker’s such notification aside, just because the assemblyman concerned sends in a letter disputing the validity of his resignation, as happened in the case of Jamuluddin Radzi and Osman Jailu when EC declared their respective seats as not vacant on 4th Feb 2009.

The present Federal Court ruling allowing the EC to over-ride the state legislature has not only undermined the autonomy and independence of all state assemblies, but will also open a dangerous gateway for EC to encroach into the sacrosanct preserve of the nation’s supreme body – Parliament. This judgment being from the nation’s highest court, it will stand as precedent to guide future judgments in all courts on this issue and it therefore amounts to a distortion to our constitutions.

The immediate impact of this judgment on the current political impasse in Perak is serious, as it will unjustly and unconstitutionally alter the balance of power in favour of Barisan Nasional once the Assembly is convened, which is expected to be imminent.

It is therefore imperative that an urgent application be made for a judicial review now to rectify this constitutional distortion to avert imminent injustice in the Perak Assembly as well as to protect all legislatures including parliament from undue interference from the EC in the future.

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

cerita tulang besi macam kurap, makin di layan makin sedap.

apa tujuan tulang besi menyebarkan cerita yang palsu ini agaknya.????

Tulang Besi said...

Pasal ia tidak palsu.

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

betul ke tak palsu, anda pasti

Anonymous said...

Encik Zulhilmi,dijamin bukan cerita palsu sebab cerita dongeng,khayalan dan palsu itu ialah perbuataan kegemaran org2 UMNO.cuba tgk berita TV3 semalam.ada berita joke of the year.satu dunia mengalami kegawatan ekonomi tp PM kita kata Malaysia blm terjejas.cuba tlg jelaskan siapa yg suka buat cerita palsu?? ingat rakyat bodoh dan bangang sangat ke??

Tulang Besi said...

Inshaalah, saya janmin tak palsu

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

nampaknya, mesti Tulang Besi hadir ketika AGM Pemuda Serdang, sebab itulah Tulang Besi berani jamin yang cerita yang disebut itu adalah tidak palsu

TAPI, penulis juga menjadi perwakilan dalam AGM tu, penulis rasa apa yang ditulis berlainan dengan apa yang berlaku.

tapi tak tahulah, kalau-kalau Tulang Besi pandai menyemak isi tersirat...

waallau'allam

Tulang Besi said...

TAPI, penulis juga menjadi perwakilan dalam AGM tu, penulis rasa apa yang ditulis berlainan dengan apa yang berlaku.

tapi tak tahulah, kalau-kalau Tulang Besi pandai menyemak isi tersirat...

waallau'allam
Baiklah, oleh kerana penulis ada di situ, tolong confirm beberapa perkara ini:

a. Laporan peristiwa ini bukankah diambil dari Bakar@Penarik Beca?

b. Bukankah Teras Jernang itu cawangan saudara Adram?

c. Bukankah Adram Ketua Pemuda Subang?

d. Bukankah usul kerajaan perpaduan terus dibentangkan walaupun Dr Shamsuri mengatakan bahawa ianya tidak relevan.

Oleh kerana ianya dibentangkan, ianya mestilah dibuka untuk sokongan dan undian?


e. Adram kata Dr Samsuri kata isu itu tidak relevan dalam ucapan.

Namun Dr Samsuri kata ianya diungkapkan selepas ucapan beliau.

Mana satu betul ni?

Minta juga saudara jawab soalan ni:

a. Kalau benar isu Kerajaan Perpaduan ini tidak releven, mengapa Pemuda Teras Jernang terus membentangkan usul ini?

Anonymous said...

Zulhilmi At Takiri,

Kenapa anta tak mengaku yang anta adalah perwakilan TJ yang bentang usul tu?

TB,

Takyah layang sgt si Zul At Takiri Al Terengganu ni. Dialah sebenarnya yang bentang usul unity govt dlm AGM DPPKS tu. Tetiba buat macho nak lwn TB plak kat sini.

Perwakilan Jalan 4/2.

Tulang Besi said...

Terima kasih perwakilan Jalan 4/2,

Semoga Allah SWT merahmati pihak tuan.

Tulang Besi said...

Zulhilmi,

Sekarang saya nak tanya dan minta jawab dengan benar dan jujur.

Masa membentang usul tersebut,adakah anda diberitahu atau tahu bahawa isu tersebut sudah tidak releven lagi?

Soalan kedua, kalau anda sudah tahu akan usul tersebut menjadi tidak releven, mengapa masih meneruskan pembentangan usul tersebut?

Anonymous said...

haha

zulhimi x dapat jawab

Tulang Besi said...

jawab zulhilmi jawab sebab kita semua nak tahu kebenaran.

Anonymous said...

Salam.

1.Sapa Dr Kayu ni?.. Betul ker dia ni adalah yang bernama Dr.Kamaruzaman dari UKM yang keluar di Astro Awani masa Analisis Keputusan PRK Bukit Gantang? Betul?.

2.Kalau betul..adakah Dr Kayu ini ahli PAS?. Kalau betul baguslah, ahli PAS ada sebagai panel di Astro Awani. Emm..dari analisis hrtu mmg dr kayu nmpk macam pro PAS.

Anonymous said...

Zulhilmi,

Dari awl lg ko nampak tak jujur. Patutnya, sebelum ko nak belasah Tulang Besi, ko mengakulah dulu yang ko tu pembentang usul menyokong Kerajaan Perpaduan selaku perwakilan Teras jernang. Ni main hentam aje belasah TB.

Mujur ada org Serdang yang kantoikan ko. Ko kena jawab soalan tu.

Yang paling penting, ko kena bgtau kat sini betul tak ada sesape (tak kiralah Dr Samsuri ke, Adram ke, Pengerusi tetap ke, atau sesiapa sahaja) yang bagitau perwakilan secara terbuka dlm AGM tu, yang usul unity govt ni dah tak relevan oleh sebab perkembangan semasa. Dan oleh sebab ianya tak relevan, maka sebab itulah perwakilan tak sokong?

Nampak jelas sebenranya korang yg pro muqabalah ni dah putar belit cerita kunun takde perwakilan sokong sebab diorang dah dibagitau oleh Dr Samsuri yang isu ni dah tak relevan. Padahal, yang sebenarnya, perwakilan tak sokong sebab memang perwakilan tak setuju dengan idea Unity Govt.

Penjelasan Dr Samsuri dlm blog DPPKS jelas menunjukkan yang dia menasihatkan supaya usul ni tidak dibawa. Tapi nasihat itu disampaikan selepas perasmian dan BUKAN semada dia berucap merasmikan AGM DPPKS.

Oleh itu, jelaslah perwakilan tak sokong sebab diaorang memang meluat dengan idea unity govt ni. Full stop!

Alumni UKM

Anonymous said...

Zulhilmi

Usul kerajaan perpaduan memang tidak popular di kalangan ahli PAS. Bukan sebab diorang benci kat TGHH, tapi sebab ahli PAS tahu bahawa ia merupakan satu agenda untuk memasukkan PAS ke dalam BN. Bila kantoi, mulalah mengaku, kerajaan perpaduan adalah bla,bla,bla,bla, entah apa-apa lagi.

Kalau usul tu diundi pun hari tuh, mesti dapat satu undi aje. Daripada ko aje. Jangan nak bawak lagi la usul tu dalam mesyuarat PAS Kawasan Serdang. Nanti malukan Dr Shafie pulak nak jawab. Kesian TGHH nak kena jawab isu ini. ORang belakang dia, senyap aje.

Anonymous said...

"Anonymous said...

Salam.

1.Sapa Dr Kayu ni?.. Betul ker dia ni adalah yang bernama Dr.Kamaruzaman dari UKM yang keluar di Astro Awani masa Analisis Keputusan PRK Bukit Gantang? Betul?.

2.Kalau betul..adakah Dr Kayu ini ahli PAS?. Kalau betul baguslah, ahli PAS ada sebagai panel di Astro Awani. Emm..dari analisis hrtu mmg dr kayu nmpk macam pro PAS."

Jawapan: Itu kena tengok cerita Sivaji The Boss. Tengok orang jahat dia.Namanya Adisheshan Nampak baik aje depan orang. Pakaian dia semua putih. Tapi dia lah yang paling jahat sekali.

Orang jahat yang nampak jahat, itu bukan orang jahat tapi orang bengong. Orang jahat mesti nampak baik punya depan orang. Sebab itu kena tengok cerita Sivaji dulu.

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

terima kasih atas semua komentar, memang penulis sengaja menggunakan nama sebenar dalam setiap komentar. ini supaya penulis sentiasa bertanggungjawab dalam setiap penulisan atau sebarang komentar

penulis akan menjawab satu persatu, penulis harap selepas ini, persoalan ini tidak ditimbulkan lagi

1. laporan daripada penarik beca kurang tepat, tiada sokongan daripada ahli bukan bermakna penolakan secara total terhadap usul tersebut, tetapi usul tersebut sudah tidak relevan selepas berlaku peralihan kuasa antara Pak Lah kepada Najib. Menurut SetPol Presiden, idea ini diperhentikan selepas peralihan kuasa ini, dengan sebab itu, kami membuat keputusan untuk menolak usul ini kerana buat apa berbincang sesuatu perkara yang tiada hasil. Penarik beca membuat laporan seolah-olah, ahli PAS menolak mentah-mentah tanpa sebab-sebab yang nyata.

2. Saudara Adram memang dari Teras Jernang, tetapi beliau bukan Ajk Pemuda Cawangan, ketika usul ini dicadang, pihak cawangan tidak mendapat makluman bahawa usul ini telah diperberhentikan oleh PAS Pusat kerana perwatakan Pak Lah dan Najib berbeza. oleh itu, kami terus mencadangkan usul ini untuk dibentang dalam AGM pemuda.

3. Saudara Adram bukan Ketua Pemuda Subang, tetapi beliau adalah ketua Pemuda Serdang selepas pemilihan yang baru ini.

4. Dr Samsuri tidak menyebut secara terang bahawa usul tersebut tidak relevan, selepas usul ini dibentang, barulah seorang perwakilan memaklumkan bahawa Dr Samsuri memaklumkan bahawa usul ini tidak relevan. dengan sebab itu, tidak diperbincangkan

5. kalau pihak kami tahu dari awal, sudah tentu, pihak kami akan menarik usul ini dari dibentangkan.

6. memang penulis yang bentang, penulis bukan pengecut untuk mengaku, sebab itu, penulis tulis nama sebenar dalam komentar ini. penulis berharap pengkomentar yang lain juga begitu, gunakan nama sendiri. barulah bertanggungjawab namanya

7. harap semua menjaga adab dalam berjemaah, kalau pun tidak bersetuju dengan idea unity goverment pun, timbulkan dalam meyuaarat agung. buat apa bincang di sini. bukannya ada kesudahan pun.

8. unity goverment perlu dibincang secara ilmiah, bukan secara membabi buta.

9. penulis rasa, cukuplah isu ini diperkatakan.

10. inilah komentar yang terakhir untuk entry ini. sekian

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

harap jelas

Tulang Besi said...

Soalan seterusnya:

Kenapa zulhaimi tak memperkenalkan diri sebagai pembentang usul sejak dari mula lagi?

Apa muslihat kamu?

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

maaf, ini penjelasan dari DPPKS, harap semua dapat layari

http://www.dppks.blogspot.com/

Tulang Besi said...

Saya quote penerangan kamu:

", pihak cawangan tidak mendapat makluman bahawa usul ini telah diperberhentikan oleh PAS Pusat kerana perwatakan Pak Lah dan Najib berbeza. oleh itu, kami terus mencadangkan usul ini untuk dibentang dalam AGM pemuda."

Ini bererti dan saya minta Zulhimi nafikan atau tunjukkan di mana kesalahan kesimpulan saya ini:


a. Dr Samsuri ada mengatakan bahawa usul ini sudah tidak releven tetapi hanya kepada sekolompok kecil di kalangan ahli mesyuarat.

b. Sekiranya kenyataan Dr Samsuri ini tersebar luas, nescaya Cawangan Teras Jernang juga mendapat maklumat tersebut.

c. Dalam keadaan maklumat tersebut tidak tersebar luas, usul ini dibentangkan juga kepada ahli mesyuarat.

d. Selepas ahli2 mendapat penerangan secara direct dari Dr Shamsuri dan tidak semua ahli mesyuarat mendapat pernyataan Dr Samsuri bahawa isu itu tidak releven.

e. Dalam keadaan sebegitu, usul tersebut tidak mendapat sokongan sama sekali.

f. DAN, ia juga bermakna hanya beberapa orang sahaja ahli mesyuarat yang mengetahui pernyataan Dr Shamsuri bahawa ianya tidak releven.


g. Ini bererti usul tersebut telah ditolak dengan sah kerana tidak mendapat sokongan dari ahli mesyuarat?

ps kirim salam pada Mohkataza. Dulu kami satu usrah.

Anonymous said...

Zulhilmi

Sudahlah, usul tu memang ditolak. Ko nak berbelit-belit apa lagi.Tak kira lah atas apa alasan sekalipun. Orang ni bagitahu ke, orang tu bagitahu ke. Sama aje. Realitinya, usul tu dah ditolak. Dan ahli PAS menolak idea kerajaan perpaduan. Tak payahlah nak backing lagi. Senang cerita. Makanya, semua ahli dah faham bahawa kerajaan perpaduan yang akan membawa kemudharatan kepada PAS.

Anonymous said...

Zulhilmi

Mung ni ustaz, tapi kuat menipu. Baik pergi masuk belajar balik la. Ini dia yang Mung menipu.

Mung cakap
"kami membuat keputusan untuk menolak usul ini kerana buat apa berbincang sesuatu perkara yang tiada hasil. "

Tapi pastu Mung jugok yang bentang usul tu. Amendalah pelik sangat statement ko nih. Ko bentang, tapi ko kata ko tolak. Guaneng mung nih. Pelik semacam aje. Sedor dok nih. Mu cakap mende nih.

Mung cakap
"selepas usul ini dibentang, barulah seorang perwakilan memaklumkan bahawa Dr Samsuri memaklumkan bahawa usul ini tidak relevan. dengan sebab itu, tidak diperbincangkan"

Yang aku nampak, mana ada orang bangun untuk bagitahu perwakilan usul ni tak relevan lagi. Senyap aje lepas pengerusi tetap tanya. Alih-alih tak ada sokongan.Bakpe lah kuat sangat kencing mung nih.

Mung cakap
"unity goverment perlu dibincang secara ilmiah, bukan secara membabi buta. "

Mung tuh yang sokong membabi buta. Ni dia bunyi usul mung "Bahawa Mesyuarat Agung ini menyokong ide penubuhan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Tuan Guru Presiden. PAS Pusat perlu merangka gerak kerja secara serius menjayakan cadangan tersebut"

Itu dia usulnya, nak sokong menda kalau idea tak jelas lagi. Pastu suruh PAS Pusat terus laksana kerajaan perpaduang tanpa perlu memperincikan. Guane mung nih. Taksub nih. Sokong kerajaan perpaduang sedangkan idea tak jelas lagi. Sebab dia dari mulut tok guru. Sokong semacang.

Zulhilmi

Tulang Besi lebih bermaruah, sebab dia tak menipu, deme menipu.

Aku tahulah, deme oghang tengganung. Geng Marang lagi. Sebab usul pemuda marang sokong kerajaang perpaduang. Deme pun nok bawak perangai tu datang bangi. Orang bangi laing fikirnye. Itu aje alasang deme. Bukan faham pung kerajaang perpaduang tu mende.

Salah Seorang Perwakilan
Muktamar Pemuda PAS Serdang

Anonymous said...

Amat menarik "sword-play" antara TB dengan Zulhilmi Abd.Rahman Attakiri.Apabila Attakiri menyebut "unity government perlu dibincang secara ilmiah,bukan secara membuta-tuli",teringat saya ada seorang lagi orang kuat pemuda PAS kalau tak salah dari Pahang, amat gemar menggunakan "ilmiah" dan "intellectual" apabila menulis atau berucap.Attakiri tak perlu berselindung dibelakang ungkapan "ilmiah" dalam PAS begitu ramai yang ada PHD bergelar Dr.dan kebanyakan mereka tak gemar dengan unity government ni.Orang yang gemar dan suka menggunakan perkataan "ilmiah" dan "intellectual" ni sebenarnya dihinggapi sindrom "superiority complex" - nak tunjuk dia berpelajaran dan berpendidikan tinggi.Hakikatnya merekalah yang walaq membabi-buta.

Tulang Besi said...

Penerangan dari Zulhaimi, Adram dan Dr Shamsuri mengesahkan beberapa perkara:

a. Usul Kerajaan Perpaduan TELAH DIBENTANG

b. Usul tersebut TIDAK MENDAPAT SOKONGAN dari AHli Mesyuarat

c. Samada kesemua ahli mesyuarat mengetahui ianya releven atau tidak, tidak dapat dipastikan sama sekali

Anonymous said...

kalo nak jadi baik kawan le ngan org baik bagi yg terlanjur tu nasihatlah,islam kan ke ugama nasihat, bukan ke ini saranan dalam islam....kalo pas tu dianggap baik dan kuat pegangan islam nye kenapa tak nak baik ngan umno(yg rata2 nye islam)bukan ke berbaik dgn umno tu dapat membetulkan apa yg x betul.....org pas kan ke ahli dlm ugama dan (tabligh) tu bukan ke sifat rasul,inilah masa dan peluang pas utk membetul mana yg x betul dan berdakwah kearah kebenaran(bila dah berbaik kan ke senang)........dimana fatonah(bijaksana)org pas bukan ke pas itu parti islam kenapa dibiarkan umat islam berpecah belah sedangkan pas mampu utk melaksanakan (amanah) Allah ini sekiranya dapat berpakat bersama umat islam dlm umno ...........kenapa tidak mahu bersatu,kenapa sanggup melihat perpecahan........kenapa umat islam yg lain sanggup menghina,mengumpat,memfitnah sesama islam bukan ke islam itu bersaudara..........sanggup kah anda menanggung azab Allah yg maha keras.....kuat kah anda?sudah pasti nya anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan anda.........berlaku (siddiq)benarlah anda dalam setiap urusan didunia ini semata2 kerana Allah dan bukan kerana pangkat,puji-pujian,harta dunia dan nafsu syaitan kerana ini lah puncanya empayar2 islam gugur ditelan zaman......jgnlah sejarah berulang lagi kerana persepakatan itu membawa berkat supaya kita x jadi umat yg rugi.....bersatu lah wahai umat islam supaya kita tidak lemah,dipermainkan dan ditindas dan ingat lah syaitan suka kpd perpecahan..........berdoalah utk perpaduan ummah dan jgn berdoa utk perpecahan ummah kerana anda akan dipertanggungjawabkan segala perbuatan anda........akhir kata INGAT!!!!! rahmat ALLAH mendahului kemurkaannya..............ya kaum ku berubahlah kearah perpaduan ummah.

mut said...

Itulah, sebenarnya usul dan perkara bersangkutan dengan kerjasama dengan UMNO ini sepatutnya di"air"kan secara terbuka. Tak payah nak sorok-sorok dan kemudiannya menjadi buah mulut dan cacian - kita lihat apa yang terjadi kepada reputasi PAS di Selangor apabila duduk semeja dengan UMNO sejurus GE 2008. Akhlak sebegini pasti menimbulkan tandatanya terutama di kalangan ahli dan rakan seperjuangan dalam PR. Sebagai penyokong atau ahli, pasti akan berasa tak sedap duduk jika ditanya samada benar atau tidak tindakan sebilangan pemimpin PAS ini.

Input dari akar umbi dapat dikaji - masalahnya semua ini seolah2 dilakukan dalam sembunyi menimbulkan bermacam-macam spekulasi. Dengan perkembangan mutakhir, saya rasa rata-rata ahli PAS tidak mahu apa-apa jenis kerjasama dengan UMNO selain dari kerangka yang sedia ada. Tidak perlu lebih dari itu. Kalau atas dasar kepentingan negara dan rakyat, sudah tentu PR keseluruhannya akan memberi sokongan terhadap mana2 usul dan tindakan oleh kerajaan yang memerintah.

Cukuplah sekadar itu; tak payah lebih-lebih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.