Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, April 30, 2009

If Anwar is Arrested, Nizar Will Lead Pakatan Rakyat

That's right and Kak Wan will be the spokesman. It's not me who is suggesting this, it's a reader of my blog. The quote can be seen below:

"sman said...

Khabar angin Anwar akan di penjara terdapat juga dlam tulisan Raja Petra,dan saya sendiri pun memang sedia merasakan bahawa Anwar akan terpenjara semula,dgn kes sodominya sekarang ini.lihat saja tindak tanduk mahkamah dalam beberapa kes akhir-akhir ini,terutama berkaitan dengan Perak.

Tapi,saya sudah pun mengarah anak buah di bahagian saya supaya bersedia dan saya juga berharap P_KR seluruh negara menjalankan strategi yg sama.Dan kita akan mengeluarkan kembali Anwar selepas pilihanraya 2013 nanti.

Persediaan yang pertama ,ialah kita kena menerima pimpinan baru bagi PR bagi mengganti kan Anwar buat sementara waktu,ia itu DS Nizar MB Perak.Beliau telah pun di terima oleh segenap rakyat tanpa mengira bangsa.Kekurangan beliau berbanding Anwar hanyalah dalam soal hubungan luar negara,yg lain semuanya agak ok."



I think he makes perfect sense. And seeing that this is coming from a PKR activist carries more weight.

I for one thinks YB Nizar fit the bill to lead Pakatan, that is if BN doesn't arrest him first for treason against the king charges.

Tulang Besi

18 comments:

humbleking said...

salam,

I truly agree with this post. nizar will carry the spirit of anwar ibrahim for the next 10-15 years of malaysian politics. he is the leader we are all looking for, and certainly the type of person that can bring peace thus end racism in our country.
no doubt anwar ibrahim played the most important part in pakatan rakyat as the mastermind who quashed the arrogance of bn during PRU12. I would swear in Allah's name if SPR done their job sincerely pakatan rakyat would surely be the new federal government since march 2008. but Allah has His own plans.
right now what we should do is to think if anwar ibrahim is not around pakatan rakyat anymore. can pas-pkr-dap survive despite bn's dirty tactis in the incoming years if there is no leader who can merge them into one pakatan rakyat like today?
I pray to Allah to save anwar ibrahim from umno's desperate tactis i.e.the sodomy's case, but we (pas-dap-pkr) must learn to stand on our own..imagine if anwar ibrahim is no longer there..would pas treat dap like today? or would dap ready to continue the cooperation with pas & pkr. because of this, I HATE people who talk rubbish on going back to umno. these peole..they are short minded and afraid of their own shadow. what we should do is strengthen the cooperation, and let Islam grows into the mind of dap leaders by dakwah bil haal.. hoping that Allah swt would open their heart to Islam..like saidina umar al khattab r.a..it will takes years..but there is no shortcut to dakwah.
and certainly pas members do not ever think of forcing them to accept that Islam is the best religion..that is exactly what umno wants pas to be.

wallahu a'lam.

Anonymous said...

IF NAJIB ARRESTED, SAMAY VALUE WILL TAKE OVER THE PRIME MINISTER OF BN...HIDUP UMNO

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Banyak yang kita bersetuju, umpamanya mempertahankan Fasal 5 Perlembagaan PAS dan menolak kegianan nak berkendak dengan Umno - walau dihias dan cuba dikaburkan mata dan hati kita kita dengan nama Allah sekalipun!

Banyak juga yang kita tak bersetuju, umpamanya dalam soal kerajaan yang berketuakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Demi Allah, saya sungguh-sungguh tak nak! - itu biasa la, takkan tak boleh bersetuju langsung.

Tapi kalau cadangan berkenaan Haji Mohammad Nizar Jamaluddin jadi ketua Pakatan Rakyat ni datang dari anta, Rahman, ini antara yang paling saya tak setuju.

Awat? Dah terjangkit fenomena politik Mawi ka?

Aku dah tak larat tengok orang PAS digilakan oleh fenomena politik Mawi.

Please do your homework, bro!

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Tambah sikit lagi.

Kalau tak betul, mohon maaf sangat2. Tetapi kalau tak silap, anta adalah antara orang yang terjangkit fenomena politik Mawi ketika Dr Hasan Ali mula2 masuk PAS dulu.

La ni lagu mana? Tak payah jawab di sini - jawab dalam hati cukup la.

Tulang Besi said...

Pak bakaq,

TQ atas nasihat pak bakaq.

Org baru2 dlm PAS ni diorang tak tahu nak nasihat org lama dlm PAS.

asyik2 "tak ikut adab jemaah", asyik2 "tak ikut adab jemaah". Itu je diorang tahu.

Bila tanya apa dia adab jemaah, diorang pun tak tahu nak sebut.

Masa saya cadang YB Nizar ni, saya tak kata dia "perfect".

Mcm juga saya propose Anwar jadi PM. Saya tak kata Anwar PM.

Cumanya, dia yang terbaik setakat ini sebab dia boleh diterima semua kaum: melayu, cina dan india.

Yang utama bagi saya adalah a "United Opposition".

"United Opposition" adalah musuh utama UMNO dan BN.

Bukan PAS, DAP atau PKR.

UMNO gagah sebab musuh mereka lemah.

Itu sahaja justification saya, pak bakaq.

PutraMerang said...

Setuju. Tautan Pas, Keadilan, DAP, Makkal Sakti, dan NGOs boleh dipikul oleh DS Nizar. Dia lebih global than glokal. Melayu, China, India, Iban, Dayak dan semuanya mesti ditaut dengan Malaysian. Its a Pakatan Rakyat, dari rakyat untuk rakyat. Kita tak boleh hanya menunduk semasa pilihanraya, tapi menongkat langit selepas menang, macam orang Umno, MCA, MIC, PBS, PBDS, dsb.

Anonymous said...

Salah seorang penyokong UMNO berkata if Najib is arrested Samy Velu will take over.( Menyindir bila artkal yang bertajuk If Anuar is arrested< Nizar will take over.) Ha! ha!! ha ahli UMNO, awak nampak Najib tu sama dengan Samy Velu kah? Lima puluh tahun di bawah Umno membuatkan ahli Umno ini rabun.

Tulang Besi said...

Kalau tak betul, mohon maaf sangat2. Tetapi kalau tak silap, anta adalah antara orang yang terjangkit fenomena politik Mawi ketika Dr Hasan Ali mula2 masuk PAS dulu..

Masa tu, saya sokong perubahan kepada PAS Selangor.

Dibawah rejim PAS Selangor yang lama, takda apa-apa peubahan yang positif.

Hanya statik dan tidak bergerak. Tanpa perubahan, PAS Selangor akan jadi tak berubah dan tidak mampu menghadapi perubahan yang semakin berombak.

Jadi, saya bukan sokong Hasan Ali tapi saya sokong perubahan dan alhamdulillah perubahan telah berlaku.

Skrg Hasan Ali dah pegi balik sokong rejim lama dalam Selangor untuk projek Kerajaan Melayu Selangor beliau.

Yang diilhamkan oleh Roslan SMS dan peguam yang dibuang BAR Council, Suwardi Yaakob.

Anonymous said...

I do not understand. Why would anyone want to arrest Anwar? Has he committed any crime? His legal case is in court and pending. He has not threatened Malaysia or anyone. Why would police wants to arrest him?

But then again, this is Malaysia. Apa pun boleh so why am I asking the above questions. I should know better.

Syarifah Balqis said...

Assalamualaikum Pak Cik.

Di sini, adik nak kongsi cerita mahasiswakini.com juga tentang isu yang Pak Cik sebut ini. Minta tunjuk ajar!

------------------
MEMILIH JALAN POLITIK BARU @ ERA NAJIB YANG GELITA

Tidak lama lagi, Malaysia mungkin bakal menyaksikan Reformasi ke-3 atau mungkin akan terus tenggelam dalam era yang lebih menggelitakan.

Ini kerana sudah ada petanda yang de facto Dato’ Seri Anwar Ibrahim bakal dimasukkan semula ke tirai besi.

Kegelitaan tersebut dicipta demi melumpuhkan agenda perubahan Malaysia menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) dan gagasan ‘politik baru’ wajahan rakyat itu sendiri.

Selepas Anwar ke penjara, Anwar mungkin akan dilucutkan jawatan sebagai Ahli Perlimen disebabkan permainan ‘isu moraliti’.

Secara implisit, sudah tentu pedoman Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat terlerai dan tidak terarah lanjutan perlucutan tersebut.

Kalau dahulu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad (kini bergelar Tun) terpaksa bertempur dengan kaum ‘R.E.F.O.R.M.A.S.I98′ disebabkan tahanan tanpa bicara ke atas Anwar; takkan Najib berani berani mengulangi percaturan yang sama - bermula dengan penggunaan akta draconion ISA sehinggalah mata Anwar dilebamkan.

Jadi, Najib tidak mempunyai banyak pilihan. Pilihan yang pernah dibuat Tun pasti meletakkan Najib dalam situasi yang lebih parah - bak pepatah Melayu ‘menang jadi arang kalah jadi abu’.

Politik ala open war lazimnya menyaksikan ‘yang kalah’ dan ‘yang memang’ pasti tercedera jua.

Pilihan terbaik bagi Najib untuk terus di gigi kekuasaan adalah memastikan Anwar dipersalahkan di gelanggang mahkamah melalui perbicaraan lanjut kes liwat Saiful tidak lama lagi.

Dengan berbuat demikian sahaja, mungkin boleh meletakkan amarah rakyat tidak setebal era R.E.F.O.R.M.A.S.I ‘98.

Ditambah dengan konspirasi susulan Najib ke atas Anwar - iaitu memberi pengampunan ke atas Anwar dan kemudiannya Anwar dibebaskan dangan jaminan peribadinya sebagai Perdana Menteri sendiri; mungkin kegelitaan rakyat boleh diperkasakan.

Dengan mencipta tindakan sedemikian sahaja, mampu meletakkan Najib sekurang-kurangnya sebagai ‘Tuan’ kepada Anwar.

Dengan berbuat sedemikian jualah, mungkin mampu membunuh karektoristik de facto pada peribadi Anwar menjelang PRU13.

Bagaimana mampu Anwar come-back sejauh wajah ‘politik of hope’ seperti yang ada sekarang ini, sedangkan beliau sendiri tidak berupaya menyelamatkan dirinya sendiri dari ‘gigi’ Najib; sehinggalah Najib beraksi dengan penuh bergaya.

Pada ketika itu, yang akan dilihat rakyat dan mungkin akan menghantui Anwar adalah - Najib ‘tuan’ kepada Anwar. Moga-moga Najib tidak di’Tuhan’kan Anwar.

Perlukah mahasiswa menunggu bibit-bibit kegelitaan ini berlaku, baru mahasiswa bangkit bersama rakyat merentap turun Najib dari gigi kekuasaan?

Perlu diingatkan, era REFORMASI ‘98, mahasiswa dan rakyat hanya bergelut dengan diktator yang namanya ‘Mahathir’.

Era Najib sebenarnya disokong kuat oleh kombinasi Rosmah yang ‘teliti’ dan Khairy yang ‘licik’; di samping pasukan B yang diketuai oleh Mahathir sendiri.

Atau mahasiswa perlu merencana suatu cegah rintang awal (pre-contigency plan) yang lebih komprehensif dan berkesan agar Najib dan ‘tuan-tuannya’ segera diturunkan melalui pendekatan ‘politik baru’ rakyat Malaysia.

Kalau betullah Anwar bakal ke penjara dua tiga bulan lagi, sepatutnya kita sudah bertemu dan mengambil pedoman dari abang-abang dan kakak-kakak kita yang pernah mencetuskan ’sesuatu’ 10 tahun lampau.

Kalau dahulu, Tian Chua, CheguBard, Izzah Anwar, Hisham, Zaharuddin berbekalkan ruh dan tag nama ‘anak muda’ pergi ke sana sini untuk menguruskan kebangkitan dan reformasi rakyat; mengapa tidak kita menggembling perkara yang sama sekarang sebelum Najib menggelitakan Malaysia?

Apa yang berlaku ini bukan sesuatu yang harus dilihat berkepentingan politik peribadi atau parti-parti tertentu. Apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang bakal menentukan titik jatuh bangun peradaban Malaysia ini.

Apa jua bentuk kezaliman perlu ditentang. Malaysia perlu diselamatkan. Mahasiswa harus kembali berperanan sebagai agent of change, check and balance, catalyst, pressure group dan sebagainya secara genuine.

Siri-siri wacana mahasiswa dan rakyat perlu diperbanyakkan supaya fikrah dan emosi mahasiswa/rakyat terus diasak dan diuruskan demi menempuhi era reformasi tahapan ke-3 tidak lama lagi.

Mahasiswa.com sendiri perlu mencipta apa jua perayaan ‘kesedaran’ atau pesta ‘maklumat’ berhubung kegelitaan Malaysia di tangan Najib bermula sekarang; agar ‘media baru’ mahasiswa dan anak muda ini mampu melengkapkan wajah ‘politik baru’ Malaysia kelak.

Jika tidak, maknanya kita (mahasiswa) dan rakyat sedang pasrah menempuhi ‘kegelitaan Malaysia’ yang bakal dilaksanakan Najib tidak lama lagi. -END

[dikemaskini pada 8.15pm | 15 April 2009]

————————

* Penulis adalah Ketua Editorial mahasiswakini.com.

Anonymous said...

Reformasi will be the call of all right thinking Malaysian if Anwar is put into jail once again by the ruling corrupt regime to protect their own a..s.

Let's be united as bangsa malaysian and not ,malay,chinese,indian and others and bring down this despicable corrupt "bee end" government.

Long Live People's Power!!

Abuzar said...

DS Nizar, pemimpin ummah yang bertaqwa, berjiwa besar, berhemah dan tulus ...... menjejaki watak TGNA ..... tidak sesempit sekelompok pemimpin PAS yang macam terdesak dan kontang idea ...... asyik dok nak menjilat muntahan UMNO saja.

Anonymous said...

Hidup BN (BariSETAN Nasional), hidup UMNO babi

Anonymous said...

Kalau dah sah main bontot, masuk jail lah.

Anonymous said...

Tidak timbul siapa pengganti seandainya Anwar di jel. Masaalahnya apakah Anwar akan diadili dengan seadil-adilnya tanpa ganggu gugat dari interaksi kecenderungan penganiayaan. Kita lihat saja bagaimana percaturan politik pada harini.Aib dan mengaibkan, fitnah dan berbagai-bagai strateji negatif menjadi modal dalam krisis politik masakini.Mahkamah dah menjadi satu medan pertarungan yang terlalu lazim dan tidaklah begitu mudah pula menerima hakikat keputusan kerana kesinambungannya senantiasa berterusan selagi ada manusia-manusia yang tidak pernah berpuas hati!!

Anonymous said...

Didn't Anwar say that he wouldn't mind Nizar taking over this country?The next big question is what will Pakatan do,IF BOTH NIZAR AND ANWAR WERE ARRESTED..Najib is a born dummy and forever under the influence of iblis,and ops lalang part2 can never be ruled out.

Anonymous said...

Something strange regarding RPK..dia ada kat luar negeri..and his latest posting is about double agents..and there is "JOM IPOH MARCH7" in his weblog..mmm..Sun Zu + Royalists+ double ejen+JOM IPOH"=deliberate chaos utk f*k upkan Pakatan and their leaders?

wahi said...

PR,kena bersedia,krn bakal kehilangan Anwar & TG.Nik Aziz.Nampak gayanya berpesta lah HJ.HADI,HASSAN ALI,MUSTAFA ALI&NASA,terutanya BILA TGNA, bersara,dptlah mereka menjalankan AGENDA YG TERHALANG..DS NIZAR rasanya belum mampu menghadapi puak2 ini kerana dibantu oleh UMNO,LIHAT SAJE SERANGAN TERHADAP TGNA SKRG.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.