Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, April 26, 2009

Kumpulan "Muqabalah" Yang Memecahbelahkan Kedua2 Tuan Guru

Bukan sekali PAS berhubung dengan badan-badan di luar PAS. Dan tiap-tiap kali PAS berhubung, bersahabat, berkawan, berkoalisi dan berpakat dengan partai-partai serta kumpulan lain, PAS tidak pernah berpecah macam sekarang ni.

Mengapa PAS tidak berpecah apabila:

a. PAS masuk kerajaan campuran dgn Perikatan dan seterusnya BN?

b. BIla PAS menjalin hubungan akrab dengan NGO2 Islam seperti ABIM dan JIM/IRC? (Waktu itu Arqam jual mahal)

c. Bila PAS mengadakan pakatan dengan beberapa parti kecil dan CCC dalam menghadapi PRU 1986?

d. Apabila PAS bersama dengan Parti Melayu S46 menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah dlm tahun 1990?

e.Apabila PAS bersama DAP dan KeAdilan menubuhkan "Barisan Alternatif" dalam tahun 1999?

f. Apabila PAS berbincang dengan UMNO selepas PRU 1999? Ketika itu PAS diwakili Ustaz Nasa sbg SU Agung.

g. Mengapa PAS tidak berpecah dalam tahun 2008 apabila PAS bersama di dalam menubuhkan Pakatan Rakyat?

Terutama perkara d. hingga g. Ustaz Nik Aziz sudah pun menjadi Mursyidul Am. Tapi kita tak dengar Presiden dan Mursyidul Am bertegang urat di media perdana.

Malahan, Ustaz Nik Aziz pernah berceramah memuji idea Angkatan Perpaduan Ummah kerana menurut Ustaz Nik Aziz ia berpotensi merapatkan persaudaraan yang telah keruh akibat perbezaan politik. BEgitu hebat dan kuat hubungan antara Presiden dengan Mursyidul Am pada masa itu.

Tetapi dalam isu muzakarah/muqabalah, Sept 16, kerajaan perpaduan dsbnya, kita lihat satu perkara yang tidak pernah kita lihat. Mursyidul Am menegur Presiden PAS secara terbuka di media perdana.

Nak kata PAS takda pengalaman, PAS sudah ada berbagai2 pengalaman berkawan serta berkoalisi serta "bermuqabalah" dengan mana-mana parti sebelum ini. Seharusnya perkara seperti ini tidak terjadi kerana kita berpengalaman.

Sebelum Kes Muzakarah/Muqabalah, PAS Bersatu,Tidak Berpecah

Siapa yang tidak marah kiranya dibuat perjumpaan dengan UMNO di dalam gelap tanpa merujuk kepada Mursyidul Am ataupun AJK PAS Pusat. Segalanya dilakukan dengan penuh kerahsian tanpa sebab untuk dirahsiakan.

Mursyidul Am serta majoriti AJK PAS Pusat mengetahui perkara ini hanya apabila Pak Lah mendedahkannya di dalam media perdana.

Dijual pula nama Syura kononnya perjumpaan tersebut atas arahan Syura sedangkan Pengerusi Syura sendiri tak tahu.

Sebelum itu, segala berita perjumpaan dengan UMNO dinafikan oleh "geng muzakarah" (a.k.a Fraksi UMNO) ini. Sehinggalah Pak Lah pecah tembelang dalam media perdana, barulah disahkan khabar angin ini.

DAn orang yang sama menyokong Muqabalah/muzakarah juga menyokong idea "kerajaan perpaduan" yang baru dilayangkan.

Tak payah Ustaz Nik Aziz, siapa sahaja akan curiga dan menolak mentah-mentah apa sahaja idea yang timbul dari kumpulan ini yang sebelum ini telah berbohong dengan majoriti pimpinan PAS Pusat.

Cuba pula dipersalahkan penasihat-penasihat TOk Guru Nik Aziz di atas krisis ini. Cuma saya nak tanya, kenapa tidak dipersalahkan juga penasihat-penasihat Presiden?

Dan kenapa sebelum ini, Mursyidul Am dan Presiden PAS tidak pernah berbeza pendapat secara terbuka walaupun mereka mempunyai penasihat-penasihat yang berbeza juga macam sekarang?

Cuma yang saya tahu, sebelum-sebelum ini segala keputusan serta cadangan diperbincangkan mengikut prosedur parti serta mendapat sokongan dari pimpinan-pimpinan yang diperlukan sebelum apa-apa tindakan diambil.

Tidak lah berlaku pergerakan dalam gelap dan rahsia serta dinafikan seperti yang berlaku dalam kes Muzakarah/Muqabalah

Itu tak termasuk cerita-cerita bohong berkenaan dengan Pakatan Rakyat yang disebarkan di kalangan ahli dan penggerak PAS sendiri seperti:

a. PAS dianak tirikan dalam Pakatan Rakyat (dari Selangor)

b. Islam dalam bahaya angkara DAP (dari Selangor dan Harussani Zakaria)

c. Teresa Kok menghalang azan di Selangor( mula dari kalangan PAS Selangor, kemudian diambil Khir Toyo)

d. Guan Eng hendak menyama-ratakan agama di Penang

e. Melayu cuma 30% dalam senarai keahlian PBT di Selangor

f. PAS dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat

g. Anwar Ibrahim ni liberal dan agen Amerika


dan banyak lagi supaya ahli-ahli PAS membenci Pakatan Rakyat.

Terdapat konspirasi yang jelas dan Tok Guru tahu pasal konspirasi ni.

Yang jelas bagi saya, puak2 yang pro muqabalah/muzakarah lah punya perbalahan kedua-dua Tuan Guru ini.

Demi menyatukan kembali kedua-dua Tuan Guru, haruslah kita menyingkirkan puak2 "muqabalah"(i.e. Fraksi UMNO) dari PAS selamanya.

Tulang Besi



ps Ingat!!! Dalam Islam tiada siapa yang maksum kecuali Nabi SAW.

Wala' kita hanya kpd Allah dan Rasul kerana itulah yang dilakukan para Sahabat sewaktu Nabi masa hidup lagi.



46 comments:

PengikutAlMaksumTB said...

Tapi selama ni saya tengok Tuan Tulang Besi adalah yang maksum.
Hujah Tuan nampaknya memang paling betul dan tidak boleh disangkal oleh sesiapapun.

Memang Tuan sangat hebat. Kita kena belajar dengan guru-guru maksum macam Tuan.

Tak buka kelas ke.. ?, nak berguru..

Anoinimuz said...

makan cili ke pengikut oi...terkeruk-keruk mcm kene cili...
kumpulan mukebaloh harus diperangi...

mut said...

TB dah kemukakan pandangan beliau sebagai empunya blog. Bersetuju atau tidak dengan pandangan beliau (atau konsep Kerajaan Campuran) terpulanglah kepada penilaian masing-masing.

Cuma kita lihat banyak posting bersifat ad hominem dalam blog (menyerang peribadi) dan bukan membincangkan isu kerajaan perpaduan itu sendiri. Dalam ilmu debat, kita kena waspada dan tak terikut-ikut dengan taktik ini. Taktik ini selalunya digunakan oleh pihak yang tidak mampu berhujah.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, pandangan Presiden dan Mursyidul Am terhadap perkara ini lebih baik diajukan terus kepada mereka. Tak payah nak disandarkan macam sanad hadis. Kan mereka berdua masih ada lagi? Yang saya kesalkan perjumpaan dengan wakil-wakil UMNO ini dilakukan secara sulit dan menimbulkan keresahan dan syak wasangka dikalangan pengikut dan rakan PAS dalam PR. Malah ada yang mengandaikan ada yang nanti menjadi Nakhaie baru!

Saya tidak tahu atas dasar apa pihak ini mempertahankan pendekatan stealth ini dan membelakangkan ramai pimpinan PAS Pusat dan negeri dan juga rakan PR - tetapi saya tetap ingin mendengarnya - ini hak untuk membela diri dan mengemukakan hujah balas untuk dinilai.

Tapi sayang, isu ini nampaknya ditutup begitu sahaja (mungkin atas nama perpaduan parti dsb) sedangkan pokok pangkalnya isu ini tidak sepatutunya timbul sama sekali.

Grand Marquis said...

Sekali lagi tulisan TB yang semata-mata merupakan khayalan beliau yang cuba jadikan fakta yang dipaksa untuk ditelan oleh umum. Tulisan TB menyanggahi fakta serta logik yang kita semua ketahui. Paparan yang PAS tidak pernah berpecah selama berpuluh tahun kewujudan adalah suatu yang menyanggahi apa yang beliau sendiri dakwakan, iaitu "kumpulan Muqabalah yang memecahkan kedua2 Tuan Guru".

Sekiranya kita fikirkan, adakah orang-orang dalam kumpulan pro-Muqabalah ini tidak wujud dalam pas sebelum ini? Apakah orang seperti Nasharuddin Isa baru muncul dalam percaturan politik PAS sehinga menyebabkan mereka berpecah?

Saya rasa TB sendiri pun tahu, hampir semua pro-Muqabalah adalah mereka yang hardcore PAS yang sudah bersama parti selama berpuluh tahun. Tetapi selama berpuluh tahun mereka ini dalam PAS, kita tidak dengar pun tok Guru ini berpecah. Kalau benar mereka ini penghasut, sudah lama kedua2 tok guru ini berpecah akibat hasutan mereka. Tetapi ia tidak berlaku sebagaimana saudara TB sendiri nyatakan.

Persoalannya ialah sejak bila PAS mula berpecah? Yang paling nyata ialah selepas PRU12 bila ada orang baru yang mula mengorak percaturan politik PAS. Siapa orang baru tersebut. Kalau anda bijak sikit anda boleh teka. Kenapa sebelum ini PAS tidak berpecah, tetapi selepas kemunculan orang baru ini, PAS berpecah dan menjadi lesu? Adakah orang lama atau orang baru yang perlu disalahkan?

p.s. masih lagi menunggu bukti yang Fairus has made a deal with the dark side.

Apakah pejuang Islam boleh menabur fitnah?

Tulang Besi said...

Grand Marquis,

Kao ni mimpi apa ni Grand Marquis.

Ckp berbelit-belit. Mereka yang menolak Muqabalah ni pun dah berada dalam PAS berpuluh2 tahun jugak.

Kau lupa ke?

Boleh tak kau berenti mengarut, for once?

Anonymous said...

Abdullah bin Ubai pon antara org terawal masuk islam............Masa Pas kalah teruk thn 2004 tak der plak Pas jadi camni, bila dah nampak kejayaan kat depan mata nampak sgt gila kuasa sampai nak melagakan 2 tok guru......matlamat utama nak jadi presiden........tapi tak dapat jadi presiden, timbalan pon jadi lar.........

Anonymous said...

tulang basi

issue ko ni dah lapuk. tada keje lain asyik nak pecah belah umah tangga org lain. nnt pecah perut ko baru tau. mmg basi tulang basi

Grand Marquis said...

TB,

Setiap kali anda kehabisan hujah, anda akan buat posting 2-3 kerat kata orang lain mengarut. Kalau anda ada hujah yang bernas, anda patut bentangkan. Bukannya gmengatakan orang mengarut untuk menyembunyikan kelemahan anda sendiri. Apakah ini sahaja tahap kredibiliti anda?

Memang betul orang yang menolak Muqabalah ni pun dah berada dalam PAS berpuluh2 tahun jugak. Tapi selama berpuluh tahun mereka wujud bersama orang yang pro-Muqabalah kita tidak juga lihat pas berpecah sehingga kemunculan orang baru ini. Jadi semakin jelaslah siapakah yang menjadi dalang dalam menimbulkan perpecahan dalam pas.

mut said...

>>Jadi semakin jelaslah siapakah yang menjadi dalang dalam menimbulkan perpecahan dalam pas.<<

Iyer ke? Saya pun nak tahu ! Siapa dia?

Tulang Besi said...

Anonymous Grand Marquis said...

TB,

Setiap kali anda kehabisan hujah, anda akan buat posting 2-3 kerat kata orang lain mengarut. Kalau anda ada hujah yang bernas, anda patut bentangkan.
.

In the first place, hang punya posting tu bernas sangat ke?

Aku nak jawab pun takda semangat. Semua rhetorik dan tuduhan liar.

No substance.

Anonymous said...

perpecahan yg ketara dalam pas apabila dsai dibebaskan ..modus operandi dsai utk kuasai pas sepenuhnya dgn orang2 kuatnya menyusupi kedalam pas. hanya group yg dikatakan erdogan saja yg wala' kpd dsai melebihi drpd presiden pas.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

perpecahan yg ketara dalam pas apabila dsai dibebaskan ..modus operandi dsai utk kuasai pas sepenuhnya dgn orang2 kuatnya menyusupi kedalam pas. hanya group yg dikatakan erdogan saja yg wala' kpd dsai melebihi drpd presiden pas.

April 26, 2009 8:05 PM
.

Jadi, bila tak setuju masuk UMNO, dikira tidak wala' pada Presiden?

Anonymous said...

Tulang Besi macam Tulang Babi. Tak habis nak memecahkan perpaduan dalam PAS. Fraksi utama UMNO. Bila Ust Nik Abduh bentangkan hujah maka dimakinya anak Tok Guru kerana sangka buruknya Tulang Babi ini kepada Ust Nik Abduh, cuma mungkin tak dikatakan Nik Abduh nak jadi Menteri. Bangang punya Tulang Babi. Lihatlah prestasi orang yang dicalonkan nak jadi Timbalan Presiden tu dulu. Tak ada wala' dan ukhwah dalam jemaah. Aku takut jika dia menang Timbalan Presiden, PAS akan lagi berpecah. Kenapa ? Baru jadi Naib Presiden, seringakali keputusan membelakangi PAS Pusat. Semuanya diputuskan oleh Husam dan buktinya...

1. Perlantikan Ibrahim Ali sebagai calon guna logo PAS tak pernah dimaklumkan kepada JK Pusat walaupun PAS Kawasan Pasir Mas tak setuju.

2. Perlantikan Dato' Ahmad Rusli sebagai Senator. PAS Pusat tak dimaklumkan. Semuanya percaturan Husam yang bertindak sebagai penasihat.

Husam ingat PAS Kelantan melebihi PAS Pusat ???? Ini semua kerja Husam. Kalau masuk meeting JK Pusat mesti lambat dan keluar cepat. Sebab apa. Mungkin rasa diri hebat. Tak ada adab dalam jemaah. Sampai buat kenduri kahwin anak (semalam) ada AJK PAS Pusat yang maklumkan dekat saya pun tak dijemput.Istana Kelantan dia jemput tapi bukan AJK PAS Pusat. Padahal duduk dalam satu Jemaah.

Kalau Husam hebat sangat apasal TGNA tak lantik Husam jadi orang no 2 di Kelantan ? Tiba-tiba nak jadi orang No 2 dalam PAS. Hentikan kerja mungkar kau tu Tulang Babi. Husam memang cukup baik dengan Istana K'tan. Sebab apa ? Fikirkanlah sendiri...

Haqqul Mubin

Grand Marquis said...

Kepada TB,

Masih tak habis lagi dengan reply yang tak bermanfaat? Anda sebenarnya memalukan diri anda. Pembaca blog anda yang waras boleh menilai sendiri kredibiliti anda.

Bila tak de hujah, kata hujah orang lain tak bernas, orang lain rethorik dan buat tuduhan liar. Tak de semangat ke tak de hujah nak jawab. Padahal dirinya sendiri yang buat tuduhan liar. Sampai sekarang tuduhan liar yang Fairus has made a deal with the dark side pun belum di buktikan lagi.

Jangan ingat kerana anda ni penyokong tegar parti Islam, anda dah ada lesen untuk menabur fitnah sesuka hati. Tak nak jawab tak pe, tapi kena sedar, yang akan menghitung amalan ni bukan saya, tapi Allah S.W.T. Sedarlah dan taubatlah.

Saya bukannya nak sangat berdebat dengan anda, tapi saya tak boleh tahan tengok sikap serkap jarang anda yang suka menabur fitnah dan tuduhan liar pada pihak yang tidak sependapat dengan anda.

Masa mula-mula saya baca blog anda, saya kagum dengan anda, terutama sikap anda yang mempertahankan Islam dari pandangan serong puak-puak liberal dan mereka yang anti Islam. Kalau anda trace posting awal-awal anda, anda akan nampak nama saya memberi pujian dan galakan pada usaha awak. Tapi lama-kelamaan, segalanya berubah. Yang wujud sekarang hanya cacian nista serta tuduhan kepada orang lain yang tidak menyokong ideologi serta pendapat anda.

Saya rasa cukuplah saya "membuang masa" saya di sini (kecuali kalau anda terus lagi nak tabur fitnah). Nasihat akhir dari saya, kalau anda ni benar-benar orang yang bertakwa, berfikirlah dulu sebelum menulis diblog anda. Bersikap adil sekalipun dengan musuh anda kerana adil itu lebih hampir pada takwa.

Salam.....

Anonymous said...

SURUH ORANG BERTAUBAT DIRI SENDIRI DAH TAUBAT KE? ALMAKLUMLAH KALANGAN ULAMA

ramli said...

laaa ... semua nih bangang ...nak bagi telanjang semua orang ker ??? nak berhujah pun biarlah ada substance nya ...

seli said...

Saudara Tulang Besi...tak puas hati dengan TGHH pegi jumpa sendiri. pakai label Tulang Besi kat dada supaya Tok guru tahu yang nak jumopa ni pengkritik utama beliau dalam dunia maya.

konfom TGHH nk jumpa pengkritik die ni.

TGHH sendiri bleh merendah diri pegi jumpa TGNA bagi penjelasan. itu title PResiden. Ko pulak asyik tercokol memanaskan suasana memecahbelahkan parti kat sini.

Ahli PAS seumur hidup kononnnn. Mengaku ahli PAS tapi menjadi pemecah belah Jemaah...

Anoinimuz said...

owhoo...jemaah & ahli PAS minta tlg differentiate ye...geng2 mukebaloh pn blum tentu da baiah...

Anonymous said...

Panas sungguh TB kalini.jangan mencerca orang2 yang ikhlas berjuang dalam PAS.Pendedahan terbaru Ust Nik Abduh membuktikan bahawa ada peranan yang dimainkan oleh penasihat2 sesat yang menghulurkan bantuan yang tidak sepatutnya diterima oleh pejuang islam.orang2 inilah yang bakal merosakkan PAS pada masa akan datang.bibit perpecahan sengaja ditimbulkan terutamanya merenggangkan hubungan akrab umpama isi dan kuku dua tokoh tok guru yang disayangi oleh penghuni bumi dan langit iaitu TG.Hadi n TG.Nik Aziz. ketahuilah,perancangan kamu sangat lemah disisi Allah taala kerana Allah juga merancang.Maka Allahlah sebaik2 perancangan.

-Ammar-

Tulang Besi said...

Anonymous said...

Panas sungguh TB kalini.jangan mencerca orang2 yang ikhlas berjuang dalam PAS.Pendedahan terbaru Ust Nik Abduh membuktikan bahawa ada peranan yang dimainkan oleh penasihat2 sesat yang menghulurkan bantuan yang tidak sepatutnya diterima oleh pejuang islam
.

Takde pulak Nik Abduh namakan penasihat-penasihat tu ye?

Ataupun Nik Abduh cuma membohong sahaja?

Anonymous said...

perlantikan berahim ali dan senator rosli adalah hak budi bicara pesuruhjaya pas dan perhubungan pas setiap negeri. apsal nak dptkan kelulusan ajk pas pusat? adakah perjalanan pas pusat sama dgn ameno pusat.

bukankah tgnaa pernah memberi ingatan lagi, pahit dan pedihnya ditendang keluar dari umno masih terasa sampai hari ini. oleh itu tgnaa beri peringatan sekali lagi, ..yg org mukmin tak boleh kena patuk dgn ular di lubang yg sama.

perjalanan politik husam panjang juga. sblm dia jadi mp dan seterusnya adun, husam adalah s/u politik tgnaa.
husam juga kena tegur dgn pas pusat kerana kekadang membiarkan tgnaa (mb) beri kenyataan akhbar yg mana akan diputar belitkan oleh media perdana.

tentang husam nak jadi pengganti tgnaa, jgn la ikut menari dgn ameno. perangkap atau tak tau punca?.
husam tak akan dan tak akan jadi mb kelantan. org pas jgn ikut menari dgn ameno!!

Anonymous said...

Kata Anony...perlantikan berahim ali dan senator rosli adalah hak budi bicara pesuruhjaya pas dan perhubungan pas setiap negeri. apsal nak dptkan kelulusan ajk pas pusat? adakah perjalanan pas pusat sama dgn ameno pusat.

Bila tak faham struktur parti tapi nak bercakap dan menulis inilah jadinya. Aku tak kata elok joint UMNO dan memangpun PAS dah kena patuk dengan UMNO. Tapi jangan lupa PAS pun pernah kena PATUKAN BERACUN Anwar Ibrahim. Tak ingat lagi ker pada tahun 1981/82 ??? Hampir tenggelam@Mati PAS dibuatnya bila Anwar masuk UMNO guna slogan ala ISLAM. Yang ini jangan kita lupa juga !!!!

IbnuQalil said...

Salam a'laik,

Patutnya anda cari masa, tenangkan diri dan koreksi diri....barulah anda akan jumpa jawapan bhw andalah yg memecahbelahkan jemaah. Memecahbelahkan dua tuan guru kejahatan besar, memecahbelahkan jemaah kejahaatan dan kesesatan besar jugak tu sheikh.

Baik anda isytihar keluar PAS dan seranglah PAS semahu hati anda. Jangn jadi gunting dalam lipatan. Lagipun, keberadaan anda dalam PAS sedikit pun tidak menguatkan PAS dan ketidakberadaaan anda dalam PAS sedikitpun tidak melemahkan PAS.

Tulang Besi said...

Patutnya anda cari masa, tenangkan diri dan koreksi diri....barulah anda akan jumpa jawapan bhw andalah yg memecahbelahkan jemaah.

Memecahbelahkan dua tuan guru kejahatan besar, memecahbelahkan jemaah kejahaatan dan kesesatan besar jugak tu sheikh.
.

Kenalah memarahi kumpulan yang membawa agenda "muqabalah" tempohari sebab kalau mereka tak mula hari tu, tak berlaku perpecahan

Tulang Besi said...

Baik anda isytihar keluar PAS dan seranglah PAS semahu hati anda. Jangn jadi gunting dalam lipatan. Lagipun, keberadaan anda dalam PAS sedikit pun tidak menguatkan PAS dan ketidakberadaaan anda dalam PAS sedikitpun tidak melemahkan PAS..

Saya menyerang orang yang hendak membawa PAS masuk BN?

Apa masaalahnya?

Membawa PAS kepada UMNO adalah agenda UMNO sendiri.

Saya rasa baik saudara ibnuqalil (anak si sikit) sendiri yang keluar PAS kerana saudara merugikan PAS.

Pegi lah tubuh parti lain

mut said...

Isunya sebenarnya adakah wajar bekerjasama dengan UMNO dan membelakangkan rakan PR yang lain. Itu pokoknya. Serangan peribadi eloklah kita letak sebelah. Dah jauh sangat sedangkan isu asal makin tenggelam.

Masalah dalam kerjasama ini ialah ia membelakangkan parti sedangkan perbincangan dengan UMNO itu bukan bersifat individu (untuk lompat parti dsb). Jikalau hendak melompat, nak halang pun tak ada daya, kita serahkan kepada Allah. Ini perbincangan yang membawa kesan kepada nama parti dan pucuk pimpinan - sepatutnya mendapat restu secara rasmi dahulu. Rakan PR dan penyokong memang memerhatikan dari jauh. Perbincangan yang "diam-diam" pun tiris dan bocor; dalam hal ini UMNO tetap untung dan PAS tetap rugi.

UMNO dilihat oleh penyokong mereka sebagai berjaya menarik PAS ke meja rundingan dan PAS dipandang serong oleh rakan dan penyokong kerana rakan rundingan mereka adalah UMNO! Ini hakikat, dan ini yang tinggal setelah perbincangan itu dihentikan.

Apabila pandangan seperti kerjasama ini dilontar kepada ahli PAS mana pun, tentulah beliau akan membuat kesimpulan samada menerima atau menolak usul ini. Jikalau tidak bersetuju pun, jika majoriti dah bersetuju, tentulah ahli yang tahu mengikut dan pemimpin yang tahu memimpin akan menurut keputusan itu. Jika ia dilakukan secara gelap (dan kemudian cuba dihalalkan dengan apa hujah sekalipun) ia tetap akan mendapat tentangan kerana persetujuan tak mungkin diolah terhadap ahli yang merasa dirinya tertipu.

Kedua-dua pihak pasti menganggap jalan yang diambilnya adalah benar. Yang akan dinilai pemerhati dan penyokong adalah metod atau cara mereka melaksanakan perancangan mereka.

Pada pendapat saya, dalam hal ini, pergerakan pro kerjasama dengan UMNO dah tersilap langkah pada 2 peringkat.

1) reputasi PAS terjejas. UMNO selaam ini gagal melakukannya, tetapi tindak-tanduk pihak dalaman telah berjaya !

2) apa yang ditawarkan oleh UMNO pasti tidak berbaloi kerana mereka ini parti yang tidak mampu bercakap benar dan mengotakan janji-janji mereka. PAS pernah melaluinya suatu ketika dulu

Jadi eloklah usaha ini dihentikan sebulat suara. Jangan pulak lepas ini kita dengar ada ura-ura ia dibangkitkan semula !

Anonymous said...

UNITY GOVERNMENT = PR + BN dan Bukannya PAS + UMNO atau PAS + BN. Memandangkan TGHH dah tarik balik Unity Government maka kita semua perlu akur dengan arahan Pimpinan. Mudah ajer. Tapi Tulang Besi @ Tulang Babi ini tak setuju apa saja yang keluar dari mulut TGHH semuanya tak betul. Yang betul hanya dari Anwar Ibrahim, Husam Musa, Khalid Samad, Dr Zul dang sengakatan dengannya. Itu sebab di berang sangat kalau TGHH keluarkan kenyataan dan hakikat sebenarnya diperjelaskan oh Ust Nik ABduh yang mengatakan ada pengkhianat yang cuba melagakan dua pimpinan tertinggi PAS. Siapa dia kalau bukan salah seorang daripadanya ialah Tulang Babi seekor ini. Ingat UMNO pernah patuk PAS dulu dan Anwar pernah juga PATUK PAS dengan PATUKAN beracun dari tahun 1982 hingga 1999 ??? Jangan lupa dan perlu berhati-hati.

Tulang Besi said...

UNITY GOVERNMENT = PR + BN dan Bukannya PAS + UMNO atau PAS + BN. Memandangkan TGHH dah tarik balik Unity Government maka kita semua perlu akur dengan arahan Pimpinan. Mudah ajer. Tapi Tulang Besi @ Tulang Babi ini tak setuju apa saja yang keluar dari mulut TGHH semuanya tak betul..

Mana ada tarik daaa. Ianya ditangguh sementara sahaja.

kao mimpi ke?

IbnuQalil said...

Saya menyerang orang yang hendak membawa PAS masuk BN?

Apa masaalahnya?

Membawa PAS kepada UMNO adalah agenda UMNO sendiri.
Owh, serang org nak bw PAS masuk BN. Cukuplah bersandiwara wahai Pakcik Man Talib. Saya rasa geli hati dan senak perut mendengarnya.

Inikah hujah org yg kononnya ditarbiyyah jemaah di US? Ke join jemaah pastu tuang aktiviti tarbiyyah. Lastly jadi camni la. Pastu dok kritik2 dr jauh walhal xpenah berkorban pun utk jemaah.

Pesan saya kali kesekiannya, berhenti dan bertaubat lah dr membuat spekulasi dan fitnah celaka kerna ia bisa memusnahkan pakcik Man Talib. Bertaubatlah dan mohonlah ampun. Pintu keampunan Allah sentiasa teerbuka.

Anonymous said...

Tulang Babi Said....Mana ada tarik daaa. Ianya ditangguh sementara sahaja.

kao mimpi ke?

Aku ikut apa yang ditulis oleh Harakah. Aku tak pandai nak baca isi hati orang macam kau yang maksum dan kyasaf tu. Tapi kalau Presiden kata sambung aku akan akur. Kalau Anwar kata nak tubuh Unity Government aku rujuk pimpinan PAS dulu.Mudah ajer sebab aku hanya ahli PAS. Kalau tak setuju, kalau aku jadi perwakilan aku akan hentam mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh jemaah. Bukan macam kau TB bahalol !!!

IbnuQalil said...

Saya rasa baik saudara ibnuqalil (anak si sikit) sendiri yang keluar PAS kerana saudara merugikan PAS.

Pegi lah tubuh parti lain.
Saya suruh pakcik Man Talib keluar PAS sebab memecahbelahkan PAS. Pakcik Man Talib suruh saya keluar PAS pasai apa pulak? Saya tak memecahbelahkan PAS. Ke Pakcik Man Talib terasa? Maaflah, saya x maksudkan macam tu, tapi kalu pedih tu harap-harap maaf la ye.

Buat ape pulak saya nk tubuh parti baru? Saya berjuang dgn PAS atas dasar Islam sebab PAS adalah jemaah Islam. Nampak sgt Pakcik Man Talib mengganggap PAS hanya parti politik bukan jemaah Islam. Tidak hairanlah pakcik Man Talib byk dapat maklumat dalaman jemaah, rupanya rapat dgn pimpinan (era 1998) yg masuk jemaah sebab mengganggap PAS sbg parti bukan jemaah. Rapat ker dgn Syed Azman? kirim salam kat dia na....

Tulang Besi said...

aya suruh pakcik Man Talib keluar PAS sebab memecahbelahkan PAS. Pakcik Man Talib suruh saya keluar PAS pasai apa pulak? Saya tak memecahbelahkan PAS. Ke Pakcik Man Talib terasa? Maaflah, saya x maksudkan macam tu, tapi kalu pedih tu harap-harap maaf la ye..

Apa bukti saya memecahbelahkan PAS. Hebat sangat saya ke?

Pi raah. Ni semua geng kayu punya strategi. Nak cover salah sendiri, tuduh orang lain pecah belahkan parti.


Puak2 Muqabalah/Muzakarah lah yang pecah belahkan parti.

Masa sebelum muzakarah, mana ada parti pecah? ada tak?

Jawab wahai anak si sikit (Ibnu Qalil)

Jawab jgn tak jawab

Abd Razak said...

Berenti mengarut le grand marquis dgn ibnuqalil..Hangpa dok serang tulang besi tanpa mengemukakan fakta yg kuat..yg hangpa tau ikut perasaan je..dh sebiji cam org umno..kalau hangpa nk join umno sgt pergi le..jgn bawa PAS masuk umno..skrg ni hangpa gelabah sbb puak2 hangpa dh banyak kene tolak utk pemilihan PAS nnt..hangpa igt nik abduh kuar statement camtu hangpa leh ada point le?org kenal le sape dia..lg bgs Nik Adli drpd dia..statement dia menunjukkan seolah2 Tok Guru seorang yg tidak pandai berfikir..kalau Tok Guru camtu kenapa beliau bleh jd menteri besar sampai 5 penggal walaupun perdana menteri dh bertukar 3 kali?Ini peringatan utk hangpa dan puak2 hangpa..JGN SEKALI2 CUBA UTK BAWA PAS JOIN BN..KAMI AHLI PAS AKAN TENTANG HABIS-HABISAN SUPAYA PUAK2 HANGPA NI TIDAK AKAN BERJAYA UTK MENERUSKAN NIAT BURUK ITU..SAMA2LAH KITA BERDOA KPD ALLAH SEMOGA PUAK2 INI DIGAGALKAN RANCANGAN MEREKA..INSYAALLAH...

IbnuQalil said...

Apa bukti saya memecahbelahkan PAS. Hebat sangat saya ke?Buktinya banyak. Penulisan Pakcik Man Talib kebanyakkannya memecahbelahkan jemaah. Mewar-warkan kewujudan 2 team dlm PAS dsbg. Betullah, orang gila tidak mengaku mereka gila dan orang munafiq tidak mengaku dia munafiq.

Pi raah. Ni semua geng kayu punya strategi. Nak cover salah sendiri, tuduh orang lain pecah belahkan parti.Kayu mana la plak ni? I have nothing with Kayu and u. Saya hanya mahu Pakcik berhenti dan bertaubat dari memecahbelhkan jemaah. Lagipun Pakcik Man Talib hidup senang di UK. Tak tau nk buat apa kot sampai dok memecahbelahkan jemaah. Hobi ek?

IbnuQalil said...

Puak2 Muqabalah/Muzakarah lah yang pecah belahkan parti.

Masa sebelum muzakarah, mana ada parti pecah? ada tak?

Jawab wahai anak si sikit (Ibnu Qalil)

Jawab jgn tak jawab
Sebab sebelum muzakarah, kita tak menang byk. Skrg kita dikurniakan kemenangan yg besar. Maka besarlah ujian kita. Maka adalah yg sudah menampakkan harapan cerah bila menonjol dan berada dalam kerajaan PR nanti. Umno bakal mampus. Golongan ini sudah menghidu kehidupan selesa jika PR memerintah nanti.

Satu lagi, sebab ada orang macam pakcik lah yang memecahbelahkan jemaah. Masa sebelum muzakarah, mana ada isu sgt yg pakcik nak mainkan. Tapi bila leps muzakarah, pakcik gunakan peluang ini untuk memecahbelahkan parti dan memfitnah ulama'.

Masih ingat tak dalam muktamar tahun lepas di Ipoh, TG Dr Harun Din berkata bhw sudah ada usaha2 utk memansuhkan Majlis Syura Ulama'. Geng pakcik la tu. Ingat pakcik, Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Jangan pakcik seronok sgt buat kerja terkutuk ini. Bertaubatlah pakcik.

Tulang Besi said...

Satu lagi, sebab ada orang macam pakcik lah yang memecahbelahkan jemaah. Masa sebelum muzakarah, mana ada isu sgt yg pakcik nak mainkan. Tapi bila leps muzakarah, pakcik gunakan peluang ini untuk memecahbelahkan parti dan memfitnah ulama'..

Errr muzakarah tu dapat kebenaran AJK PAS Pusat ke?

Bukan Tok Guru yang marah dengan muzakarah tu ke?

Jgn la nak letak kesalahan tu kat orang. CErmin diri sendiri sendiri dahulu.

Dan perpecahan ini berlaku kerana 80% ahli PAS menolak muzakarah/perjumpaan dalam gelap ini.

Jangan jadi penipu boleh tak?

Tulang Besi said...

Masih ingat tak dalam muktamar tahun lepas di Ipoh, TG Dr Harun Din berkata bhw sudah ada usaha2 utk memansuhkan Majlis Syura Ulama'. Geng pakcik la tu. Ingat pakcik, Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Jangan pakcik seronok sgt buat kerja terkutuk ini. Bertaubatlah pakcik..

Tengok, bawak fitnah lagi.

Geng Kayu ni memang pemfitnah semulajadi ye.

Tak habis2 membuat fitnah.

IbnuQalil said...

Berenti mengarut le grand marquis dgn ibnuqalil..Hangpa dok serang tulang besi tanpa mengemukakan fakta yg kuat..yg hangpa tau ikut perasaan je..dh sebiji cam org umno..

Buat Abd Razak, anda yang serang dok saya tanpa hujah dan fakta. Anda tu yg emosi sangat. Mendulang paku serpih, mengata org diri yg lebih. Saya berhujah dgn fakta tapi Pakcik Man Talib ni pusing2.kalau hangpa nk join umno sgt pergi le..jgn bawa PAS masuk umno..skrg ni hangpa gelabah sbb puak2 hangpa dh banyak kene tolak utk pemilihan PAS nnt..

saya tak akan join umno. Saya menyokong PAS since sekolah rendah. Dulu sokong sbb ayah PAS tapi sekrg sokongan saya atas kefahaman. Terima kasih shj atas pelawaan anda agar saya join Umno. Saya tak akan gadai kefahaman dan perjuangan saya.

Nk PAS bergabung dgn Umno? Saya takkan setuju. Tapi kalu penggabungan PR dan BN, saya akan pertimbangkan dgn hujah ilmiah dan fakta bukan hujah emosi spt Pakcik Man Talib dan Abd Razak.
hangpa igt nik abduh kuar statement camtu hangpa leh ada point le?org kenal le sape dia..lg bgs Nik Adli drpd dia..

amboi rapatnya anda dgn keluarga Tok Guru sampai kenal sorang2 ye. Hebat jugak anda. Tabik spring. Baik di cc manusia bkn ukuran tapi baik di cc Allah adalah piawaiannya. Tak yah nk banding dua2 tu. Dua2 baik, yang x baiknya Pakcik Man Talib dan hangpa.

Tulang Besi said...

Saya berhujah dgn fakta tapi Pakcik Man Talib ni pusing2..

Ni yang aku nak tergelak ni wahai Anak si Sikit(Ibnu Qalil).

Razak boleh ckp mcm ni sebab stkt ni kau mana ada bagi apa2 hujah.

Yang ada hanyalah keluhan dan kutukan kepada saya sahaja.

So, berentilah menegakkan benang basah.

limp biscuit said...

saya tak akan join umno. Saya menyokong PAS since sekolah rendah. Dulu sokong sbb ayah PAS tapi sekrg sokongan saya atas kefahaman. Terima kasih shj atas pelawaan anda agar saya join Umno. Saya tak akan gadai kefahaman dan perjuangan saya. .

Tapi kau akan sokong kalau PAS masuk BN. Dan menjadi rakan UMNO, kan?

Cuba jawab

IbnuQalil said...

Buat limp biscuit,

Tuan jua, saya beli.

Saya akan sokong sebarang usaha yang menguntungkan Islam selagi tidak melanggar syara'. Itu jwpn saya.

Sheikh, cukuplah. Kena ingat PAS ni parti dakwah bukan politik semata-mata.

Org mcm nta lah yang melarikan PAS dr poerjuangan asli.

Anonymous said...

Adoi, dah la tu ibnuqalil. Buang masa saje layan si TB dan konco-konconya ini. Baik nta buat kerja jemaah. Nta cakap A, dia akan pusing ke B. Pendek kata tak habis.

Doakanlah agar mereka diberi hidayah dan taufiq. Jika mereka ego, doakanlah semua usaha mereka memecahbelakan jemaah akan dibalas oleh ALlah dengan kejahatan.

Tulang Besi said...

Saya akan sokong sebarang usaha yang menguntungkan Islam selagi tidak melanggar syara'. Itu jwpn saya..

Nampak tak. Fraksi UMNO takkan dapat jawab soalan sebegini dengan baik.

Baik jawab soalan ini skali lagi wahai anak si sikit:

Adakah Anda Setuju PAS Masuk BN?

Tolong jawab dengan ikhlas dan benar.

Tulang Besi said...

Sheikh, cukuplah. Kena ingat PAS ni parti dakwah bukan politik semata-mata.

Org mcm nta lah yang melarikan PAS dr poerjuangan asli.
.

Dakwah kat sapa? Kat UMNO? Sapa yang ajar kao kita tak pernah dakwah kat UMNO?

Dah lima puluh tahun kita dakwah dan dah lima puluh tahun dioran tolak.

Ada faham tak? Kita bukan tak pernah dakwah tapi mereka tikam kita dari belakang.

BAik dakwah dengan bukan Islam yang dah terbuka hati nak sokong Islam.

Bencinya dan meluatnya saya mereka yang gunakan alasan dakwah untuk duduk sekelambu dengan UMNO.

Kalau dah gian sangat masuk UMNO je la. Tak payah libatkan PAS.

Tak payah guna alasan dakwah. Org gila kat Petaling Street pun tahu UMNO ni dah tak boleh dakwah dah.

Tulang Besi said...

Anak si sikit,

Kau pegi la dakwah kat UMNO suruh dia buang tokeh judi dengan arak tu jauh2.

Pegi la dakwah pegi aku cabar kau.

Tulang Besi said...

Doakanlah agar mereka diberi hidayah dan taufiq. Jika mereka ego, doakanlah semua usaha mereka memecahbelakan jemaah akan dibalas oleh ALlah dengan kejahatan..

Iye doakan sekali mereka yang hendak bawa PAS masuk UMNO/BN ni dihancurkan hidup mereka sama sekali sebagaimana Allah SWT menghancurkan kaum Lut dan kaum Tsamud.

Amin ya Rabbal Alameen.

ps Aku dah mintak kawan aku kat Mekah tolong doa macam ni depan Kaabah.

Dua dua minggu berturut2 dia buat dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.