Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 13, 2009

Mengapa PAS Hilang Undi Melayu di Bukit Gantang?

Saya berasa terpanggil untuk memberi beberapa analisa saya terhadap kemerosotan undi Melayu di Bukit Gantang. Pertama sekali, saya harus menyatakan fakta dahulu. Mengikut beberapa kajian, undi Melayu yang didapati oleh PAS dalam PRU 2008 adalah sekitar 47%. Di dalam Pilihanraya Kecil, baru baru ini, PAS mungkin mendapat sekitar 43-45% undi Melayu mengikut beberapa anggaran. Bagi saya sendiri, saya berpegang dengan tahap Undi Melayu di 45%. Ini bererti PAS mengalami kemerosotan undi Melayu sekitar 2% berbanding 2008.

Faktor utama kemerosotan undi Melayu yang dialami oleh PAS adalah faktor calon BN itu adalah orang tempatan serta anak jati Bukit Gantang. Sudah tentulah ramai kenalan Ismail Saffian sewaktu beliau membesar di Bukit Gantang serta jiran tetangga, sahabat handai, saudara mara, kawan dan sahabat andai ibu dan ayah beliau dsbnya yang akan mengundi beliau. Faktor keluarga dan tali persaudaraan biasanya memberi kesan sebanyak 2-4% di atas keputusan pilihanraya.

Berbanding dengan calon PAS, YB Mohd Nizar, yang tidak pun mengundi dalam Bukit Gantang dan tidak pula dilahirkan serta dibesarkan di Bukit Gantang.

Faktor lain yang menyebabkan undi melayu jatuh adalah strategi PAS sendiri yang hanya mahu bertahan sahaja sepanjang kempen. PAS dilihat tidak mahu menjawab atau menumpulkan serangan UMNO ke atas nya. PAS membiarkan UMNO memfitnah dan menista PAS.

PAS lebih tertumpu menjaga undi-undi yang PAS telah dapati sewaktu PRU 2008. Segala fitnah dan nista terhadap PAS dibiarkan sahaja berlaku tanpa jawapan yang konkrit.

Saya yakin undi Melayu kepada PAS pasti naik sekiranya PAS tidak mengambil sikap bertahan seperti itu. Sekurang-kurangnya, PAS mampu mendapat 50% dari undi Melayu di Bukit Gantang.

Misalnya UMNO menggunakan isu kononnya Nizar hamba DAP. Ini satu fitnah yang jelas dan penipuan yang sangat jahat. Sepatutnya, Nizar mencabar Zahid Hamidi atau Najib Tun Razak untuk berdebat secara terbuka. Biarla diorang tak datang ke perdebatan itu pun, yang penting program tersebut tersebar di seluruh Bukit Gantang. Kalau mereka tak datang, bererti mereka menipu dan tidak mampu mempertahankan tuduhan mereka.
Satu lagi contoh ”menyerang” yang boleh digunakan oleh PAS adalah seperti yang saya tunjukkan dalam artikel saya: ” Antara "Islam-DAP" PAS Dengan "Islam-Tokeh Judi" UMNO ”( http://www.malaysiawaves.com/2009/04/antara-islam-dap-pas-dengan-islam-tokeh.html)
Dengan kata lain, penurunan undi Melayu ini adalah hasil kerja PAS sendiri dan bukannya atas kekuatan UMNO semata-mata. Tak perlulah pihak UMNO mendabik dada kononnya mereka lebih diterima orang Melayu berbanding dgn PAS.

Apa yang hebatnya UMNO kiranya segala isu kempen mereka adalah fitnah dan penipuan semata-mata?

Kepada PAS juga, diminta jgn putus asa kerana segala fitnah UMNO ini akan hilang. Dan, apabila fitnah ini hilang, maka UMNO akan ditinggalkan orang Melayu dan semua orang Malaysia.

Tulang Besi

31 comments:

Anonymous said...

perancangan dsai untuk menguasai pas sepenuhnya telah bermula dari kelana jaya.

AJK BAYANGAN DEWAN HARIAN PAS PUSAT:
presiden & merangkap mursyidul am pas - tgna (proxy husam)
timbalan - husam (tpm kpd dsai)
naib - mujahid rawa (jim)
naib - hatta ramli (jim)
naib - mahfuz omar (pemuja dsai)
ulamak - ghani shamsudin (abim)
pemuda - salehudin (pemuja dsai)
muslimat - lo'lo' (jim)
s/u agung - kj (abim)
bendahari - syed azman (jim)
penerangan - khalid samad (si)

dari ybpas

Anonymous said...

No worries mate.Racun ketuanan melayu is still a major factor that controls the malay mindest,especially the melayu are more daring and willing to challege segala kehaprakan.Malays will eventually realise that the konsep of ketuanan mlayau is a slow poison that has been killing softly the society.Perlu sabar.

Sang Kancil said...

Anonymous, memang itu bayangan anda. Tak reti pun menggunakan perkataan Bahasa Malaysia yang betul. Inilah akibat direct translation of the phrase "Fantasy Team" dalam BM. Memang bayangan anda, Anonymous @ April 13, 2009 1:31 PM

Anonymous said...

woops..i meant the old malay folks minds and hearts are still ruled by ketuanan melayu .The new generation are more daring,and fearless.It's the energy of the younger generation which will eventually erase this sickening racist concept.

Tulang Besi said...

kahkahkah adaka Syed Azman Jim. Woii, Syed azman la yang tubuh PAS kat US, masa tu MISG Terra Haute.

Takkan dah lupa kot.

Senapang Patah said...

Senarionya telah berubah, rakyat sudah mula sedar dan rakyat mahu menghukum PR kerana sikap biadab mereka. Nizar yang berperangai kebudak-budakan dan tidak matang telah banyak merosakkan imej Pas dan sebaiknya kita dapat lihat Nizar sendiiri pernah menjadi Menteri Besar boneka beliau selama sebelas bulan di Negeri Perak. AYUH NYAHKAN NIZAR SI PENDERHAKA DARI BUMI PERAK !

X - FILE : PAS BUKAN PARTI ISLAM LAGI

Anonymous said...

melayu kembali kepada umno...

sebab memperjuangkan ketuanan melayu ? akan ini Islam tiada mengajarnya

sebab rasuah rm400 dan basikal? akan ini Islam tiada mengajarnya juga

sebab suratkhabar lama ? alahai...

Anonymous said...

Woi sedap je senapang patah cakap...Yang derhaka di sini ialah UMNO n kunco2nya. Jangan tuduh Datuk Seri Nizar yang bukan2... U cuma terpengaruh dengan dakyah UMNO. Siapa perampas ngeri perak kalau bukan UMNO yang pengecut

Anonymous said...

Very true but I also have the opinion that there are also other factors or in Actuality there was no swin of Maly votes to BN or out of Pas, After looking at the crowd of pas supporters on nomination day, I ask this question, would these same people have a certain percentage of them turn against MB NIZAR, I don't think so, everyone is talking about Pas losing 2-5 % of the malay votes- could this be also Umno's propoganda machinery of even after losing want to have the last say with their shyiok sendiri mentaliti? WHAT ABOUT THIS SCENARIO- WHAT ABOUT 10-20% OF THE VOTES FOR UMNO WERE ACTUALLY PAID PHANTOM VOTERS? HOW WOULD YOU ANSWER THAT THAN? KNOWING UMNO STYLE OF VOTE FIXING, THIS SCENARIO WOULDN'T be far-fetched.

Another 2 factors could be Mahathir's comeback, whatever said and done, Mahathir still holds a special place in the hearts and minds of Malays from the kampongs.
last and not least, maybe with a new Pm, there is a small majority who voted umno, because they believed the umno propoganda, could you reply to this analysis of mine. what do you think about my opinion.
GENGHIZ KHAN

Anonymous said...

bagi sayo, PAS hilang undi adalh sebab-sebab brikut:-

1. Isu perkauman yg dimainkan oleh UMNO.

2. Surat Khabar Harakah dan Keadilan disekat UMNO dan orang melayu hilang berita semasa.

3. Rasuah yg di amalkan masa pilihanraya di mana ia dibenarkan oleh SPR.

Tapi Faktor paling penting adalah isu perkauman yg di mainkan olh UMNO.

Aaron The Martyr said...

Nak tolong tanya untuk pengetahuan diri: aper maksud 'jim' dgn 'si'?

Dan boleh jugak sdr mengulas lebih tentang citer syed azman menubuh PAS kat US?

Mekasihhhh. ;)

Anonymous said...

Murahnya harga maruah org melayu rm400 dan basikal. Lu pikiaq la sendiri!

casper c said...

TB, minta lalu tumpang sekaki. I posted this at Toyol's blog but I'm sure it won't get through.

Salam TB dan semua.

["Better you stand by a sampan.

Ada cakap sambil bisik anak toyol akan dibotolkan. Dah ramai sangat kaki curi, nak buat macam mana ?

UMNO dah tahu rakyat sudah jelak/muak/marah, tindakan perlu utk jinak kan puak peliharaan dan juga menangkis gemuruh rakyat.

Hasrat UMNO utk ambil hati rakyat bermula lah dgn anak toyol dibotolkan.

Tinjauan dan perancangan sudah dibuat segolongan kaki gemok UMNO. Kini hanya tunggu haribulan nombor dipetik. Pandai-pandai lah saya ucapkan."]

Anonymous said...

Buat masa ini DS Nizar adalah calun terbaik untuk ganti TG Nik Aziz.

Nizar
NikAziz

Mereka ada banyak persamaan dan kepandaian

Tinta Hitam said...

Saya perhatikan terdapat usaha usaha halus oleh musuh musuh Islam untuk memecahbelahkan kesatuan pertubuhan pertubuhan Islam.Mereka sering mengenengahkan perbezaan pendapat antara pertubuhan pertubuhan ini dgn aharapan PAS akan bercakaran dgn ABIM,JIM,Persatuan Ulamak dll.

Sebenarnya anatara gerkan Islam ini adalah saling lengkap melengkapi.Apa yg PAS boleh buat pertubuhan Islam lain kurang boleh buat.begitu juga sebaliknya.masing masing saling lengkap melengkapi..

Berhati hatilah terhadap segala acuman musuh musuh Islam..

CHONG KONG KEK said...

Apa heran dengan undi Melayu maaa..Undi Melayu mana ada penting maa..

U kasi tanah 999 tahun dan kasi DAP pegang MB,confirm gua dan kawan-kawan gua akan sokong PAS sampai bila-bila

Hidop PAS hidop DAP

Toke Kuala Sepetang said...

Nak dapat undi Cina senang aje kawan..

Lu kasi gua tanah,lu tunduk sama gua dan lu musti makan sama toke-toke babi sebelum undi..

Undi Melayu tak payah kisah maa..Kita Cina dan India sangat suka dan cinta sama PAS

Islam Keliru said...

Masih menunggu jawapan!!!

Tulang Besi sampai hari ini tidak jawab adakah PAS ni nak buat negara Islam atau tidak?
Kerana dalam persidangan DUN perak(masa duduk sebelah Nge dan Nga DAP) Nizar telah berkata
"DI MANAKAH DALAM MANA-MANA TRANSKRIP2 PAS YANG MENYATAKAN BAHAWA PAS NAK MELAKSANAKAN NEGARA ISLAM??
SAYA MINTAK PANDANGAN DAN MINTAK JAWAPAN.DI MANAKAH DALAM TRANSKRIP PAS DALAM MEMORANDUM KE DALAM PERLEMBAGAAN PAS SENDIRI ADA MENYATAKAN PAS NAK MELAKSANAKAN NEGARA ISLAM?
Sebelum umat Islam dan peyokong PAS semakin keliru,mingkin Tulang Besi boleh beri hujahnya sikit
Terima Kasih

PAS LAMA said...

Golongan muda langsung tak menghormati jemaah-jemaah lama dan ulamak-ulamak dalam PAS.

Jangan menuduh kami sebagai tunggul dan tak buat kerja

Kalau Allahyarham Fadhil Nor masih hidup,tentu dia sangat sedih dengan apa yang sedang berlaku dalam PAS.

Mungkin tak pernah yang menyangka akhirnya aura DSAI dapat masuk dalam PAS dan PAS boleh tidur sebantal dengan DAP

Nasihat-nasihat golongan ulamak dan yang tua seperti kami sudah tidak ada makna lagi.Yang penting menang undi.

Sesama Islam pun dikeji yang kafir dipuji..Entahlah anak-anak.Pa nak jadi ni

sekupangdua said...

memang termaktub kalau hati dah hitam ..camna sekali pun payah utk berubah... sepasang mata dengan hati tetap menolak.. walaupun kebenaran nya, pelik persendakan agama depan mata ustad ngah, dan sigelap membaca surah /nas diiringi tepuk tangan, mahzab mana yg membenarkan, kesedaran tak pernah wujud wlaupun nyata pelbagai alasan tak masuk dek akal tapi itulah caranya pergunakan diri dan dipergunakan.. haloba kuasa, kenapa perlu nizar.. tak adaker yg terbaik calon pas di bkt gtg, senang saja buktikan siapa yg meletakan nama calon, sudah bersuluh dan amat jelas tujan diperkudikan seseorang dan calon yg teramat sesuai sapa lagi, dalam borang pencalonan menipu rakyat, masa berucap INILAH KERAJAAN RAKYAT!.. KESIAN SUNGGUH rupanya bukan nizar seorang yg dikudikan malah kumpulan angguk-angguk cukup kembang hidung menanti dicucuk walhalnya di tarik utk di sembelih
dengan alasan berkorban utk rakyat, dalam borang ditera sebagai ADUN, kenapa tak tulis hamba allah sahaja, ataupun tulis sebagai menteri besar... tapi mengiyakan kepada rakyat yg dia masih menteri besar, pulak tu apa pulak sangkutnya dia sebagai ADUN yg dia sendiri terpaksa mengikut keputusan tuan sebenarnya... tapi dikatakan sudah pun DUN dibubarkan, macamana nak sedarkan lagi ilmu voodoo ni.. tak sanggup nak katuk kepala sebangsa utk disedarkan pukauanya, apa ayat yg sesuai menipu rakyat hari ini, penipu rakyat, pembohong rakyat, tamak kuasa atau pun semuanya sekali rasanya cukup tepat, bermulah episod baru dengan watak pinocio yg dicipta tok dalangnya, orang mengingati nama watak tapi terlupa dengan nama tok dalangnya walaupun suaranya pelat dan asing, apapun sudah mula suara penonton berbisik-bisik dan memikir apa kesudahnya yang akan jadi jika masih berterusan. pegawai pengiring telah dihidu bilamana yg banyak menentukan daripada patung yang hanya terlopat-lompat mintak penonton angguk-anguk dan geleng-geleng, sukahati ko ler mamat.. takda siapa pun bercerita tentang kemenaNgan PAKATAN RUYUP ko tu.. belum masanya akal ko matang macam pengundi melayu di P059 pada 7 april lalu, biarler ko sendiri terhantuk kedinding bila tuan ko suruh berjalan sambil pandang langit.. he he he dah berbenjol nanti mungkijn ko akan sedar, mengerang masa nak tidur tapi masa tu dah lambat... jangan ler ko salahkan dinding dan bukan SUARA ARAHAN tuan besar ko,
apa pun terima kasih kepada yang menterjemahkan diatas kertas undi yg mula menampakan sayangkan bangsa, kesultan dan keamanan. percaya lah kerana bangsa ini sudah mula terfkir utk bersyukur dengan apa yg ada masa ini... yg di kurniakan ilahi... allahuakbar.. marilah sejenak kita fikirkan kurniaan Allah... ALHAMDULILAH SYUKUR DGN KEAMANAN DAN KEDAMAIAN.... SEKUPANGDUA TAPI TETAP BERSYUKUR.. HIDUP BANGSA KU DAN HIDUP KEAMANAN...AMIN!

Anonymous said...

MELAYU UMNO tetap di zaman Melayu Melaka. Takde wawasan Islah. Melayu bukan UMNO semakin bertambah dan akan terus bertambah kalau sikap UMNO masih bodoh sombong. Pemimpin UMNO kenalah letakkan Islam pada tempat yg betul kalau masih berpegang kepada Islam sebagai agama. Jangan berdolak dalih mcm musuh Islam. PAS pun kena ada usaha utk merapatkan perpaduan Islam di bwh panji-panji Islam. Jgn tergopoh dlm membentuk kerajaan Islam kalau basenya masih lemah. Jgn kita bentuk kerajaan mee segera mcm ketika di Terengganu time 1999. Kenalah istiqamah dan teliti dlm perjuangan dan menarik sokong org Melayu dan bukan Melayu (Islam atau yg bukan Islam) kepada Islam sepenuhnya dengan cara yg adil dan cermat. InsyaAllah sokong politik itu akan datang dengan sendirinya. Sekian.

Anonymous said...

babi eh mu...time sek umno fitnah..tp sek mu buat betul blako...babi dia ajar...kl haram 2 haram la...Allah xajar pun benda wat pas buat halal..wat bn buat haram....sek2 pas gle babi dah lani...napok pitih jah...sek2 pas pun serupo jah dgn umno...cuma wat npknye sek pas ni munafik...baik sek umno pulok...th dah dia jahat..senang cerita...babi nate pas ni..guna islam utk kepentingan diri sendri...gle

Alias Mohd Yusof said...

Sebab utama kemerosotan undi orang Melayu kepada PAS ialah isu derhaka yang dimainkan oleh media perdana.

Nizar dicop derhaka oleh UMNO untuk mendapat keuntungan politik mereka. Orang Melayu sedikit sebanyak termakan dengan isu yang dimainkan oleh UMNO ini.

Bila UMNO kalah, isu derhaka ini pun turut lenyap, tidak ada lagi hulubalang-hulubalang UMNO yang mahu bercakap pasal derhaka lagi buat sementara ini.

rahman,ahchong,muniandy said...

ORANG CINA CUMA MEMIKIRKAN BAGAIMANAKAH HENDAH MENGAMBIL TANAH MELAYU , MENGUASAI EKONOMI DAN POLITIK UNTUK MENJADIKAN ORANG MELAYU BANGSAT DINEGERI SENDIRI,ORANG MELAYULAH (umno) YANG SENTIASA MELAUNGKAN MACAM-MACAM ISU UNTUK MENARIK HATI ORANG CINA TETAPI KAUM CINA TIDAK SAMA SEKALI.(LIHAT KOMEN BLOGGER CINA).PEDIS JIKA KITA MEMBACANYA.jIKA CINA SUDAH AMBIL NEGARA INI BARULAH MELAYU(PAS)SEDAR,NAK BERKONGSI KUASA DENGAN iNDIA JAUH PANGGANG DARI API(LIHATLAH MODEL NEGARA INDIA ITU SENDIRI-).KERANA PEMIKIRAN MELAYU YANG SENTIASA NAK AMBIL HATI BANGSA LAINLAH KEWARGANEGARAAN DIBERI DAN HAK UNDI.kALAU JADI MACAM SINGAPURA BARULAH PADAN MUKA DENGAN MELAYU(PAS).MODEL NEGARA ORANG CINA IALAH SINGAPURA DAN NEGARA CINA ITU SENDIRI.ORANG CINA CUKUP BIJAK MENGGUNAKAN KUASA DAN BERSATU APABILA KUASA MELAYU MENGUGAT MEREKA.DIDALAM ASIA TENGGARA ORANG TANAH MELAYULAH YANG PALING BODOH SEKALI KERANA KEBODOHAN MEREKALAH TANAH MELAYU DIJAJAH OLEH PENJAJAH SELAMA 400 TAHUN.KEBODOHAN ITU MASIH LAGI DIWARISI OLEH MELAYU HARI INI .APA YANG MELAYU ADA..BANDAR CINA..DAN SEMUA CINA DARI PERNIAGAAN MULTIMILLION SEHINGGALAH JUAL "KACANG PUTIH".MELAYU ADA APA..POLITIK DAN "TELUR DUA BIJI"ITUPUN TIDAH MAHU BERSATU PADA SAAT -SAAT GENTING .dUA BUKIT TUMPAS MAINAN KEBIJAKSANAAN POLITIK ORANG CIA.mELAYU TEOUK TANGAN .CINA MAKAN AYAM BERSAMA HINDU MABUK TODI.

suprie08 said...

pilihanraya memerlukan undi ,semua parti matlamatnya nak menang ,apa peduli undi tu dtg dari bangsa apa pun ,parti yg menang maknanya rakyat suka pada dia ,dulu org cina pangkah umno,semuanya umno bolot tak pula hebuh, sekarang rakyat sudah bosan dgn pemerintahan bn yg korup tu,sebab tu semua bangsa makin meluat dgn parti perkauman tu ,org yg terus menyokong fanatik melayu org yg sama juga mengharap kemenangan undi dari bukan melayu sedarlah...dan terimalah hakikat bahawa kita berada didalam negara berbilang bangsa ,kita tak perlu irihati kalau apa bangsa pun mendapat bahagian masing2 itu sememangnya haknya ,tak payahlah nak mendabik dada malaysia ni hak sesuatu kaum saja ,renung dan kaji asal usul bangsa dari mana datangnya kita semua ..jawabnya dari yg satu..maha pencipta iaitu ALLAH yg memiliki alam semesta .

Anonymous said...

ORANG CINA CUMA MEMIKIRKAN BAGAIMANAKAH HENDAH MENGAMBIL TANAH MELAYU , MENGUASAI EKONOMI DAN POLITIK UNTUK MENJADIKAN ORANG MELAYU BANGSAT DINEGERI SENDIRI,ORANG MELAYULAH (umno) YANG SENTIASA MELAUNGKAN MACAM-MACAM ISU UNTUK MENARIK HATI ORANG CINA TETAPI KAUM CINA TIDAK SAMA SEKALI.(LIHAT KOMEN BLOGGER CINA).PEDIS JIKA KITA MEMBACANYA.jIKA CINA SUDAH AMBIL NEGARA INI BARULAH MELAYU(PAS)SEDAR,NAK BERKONGSI KUASA DENGAN iNDIA JAUH PANGGANG DARI API(LIHATLAH MODEL NEGARA INDIA ITU SENDIRI-).KERANA PEMIKIRAN MELAYU YANG SENTIASA NAK AMBIL HATI BANGSA LAINLAH KEWARGANEGARAAN DIBERI DAN HAK UNDI.kALAU JADI MACAM SINGAPURA BARULAH PADAN MUKA DENGAN MELAYU(PAS).MODEL NEGARA ORANG CINA IALAH SINGAPURA DAN NEGARA CINA ITU SENDIRI.ORANG CINA CUKUP BIJAK MENGGUNAKAN KUASA DAN BERSATU APABILA KUASA MELAYU MENGUGAT MEREKA.DIDALAM ASIA TENGGARA ORANG TANAH MELAYULAH YANG PALING BODOH SEKALI KERANA KEBODOHAN MEREKALAH TANAH MELAYU DIJAJAH OLEH PENJAJAH SELAMA 400 TAHUN.KEBODOHAN ITU MASIH LAGI DIWARISI OLEH MELAYU HARI INI .APA YANG MELAYU ADA..BANDAR CINA..DAN SEMUA CINA DARI PERNIAGAAN MULTIMILLION SEHINGGALAH JUAL "KACANG PUTIH".MELAYU ADA APA..POLITIK DAN "TELUR DUA BIJI"ITUPUN TIDAH MAHU BERSATU PADA SAAT -SAAT GENTING .dUA BUKIT TUMPAS MAINAN KEBIJAKSANAAN POLITIK ORANG CIA.mELAYU TEOUK TANGAN .CINA MAKAN AYAM BERSAMA HINDU MABUK TODI.

APRIL 13, 2009 10:47 PM

salam...

bercakap biar guna fakta la....

berapa banyak tanah melayu yg terlepas ketangan org cina diwaktu OMNO memerentah perak....????

singgapura terlepas dari malaysia diwaktu UMNO memerentah....

UMNO lh yg memperbodohkan org melayu...
jika hang masih mengagong agongkn UMNO,ini bererti hang memang suka diperbodohkn....

admin said...

preemptive strike is a must for PAS.

Anonymous said...

INI FAKTA..


Cina bagi undi kat NIZAR sebab NIZAR bagi tanah kat cina bukan sebab NIZAR nak perjuangkan ISLAM. MANA HUDUD PAS?????

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

INI FAKTA..


Cina bagi undi kat NIZAR sebab NIZAR bagi tanah kat cina bukan sebab NIZAR nak perjuangkan ISLAM. MANA HUDUD PAS?????
Errr Nizar bagi tanah kat Melayu jugak. Malahan, lagi ramai melayu dapat tanah dari Cina?

Apasal Melayu tak undi Nizar?

anaklangkawi said...

nak tau kenapa Undi melayu hilang 5%.. sbb Kenyataan nizar yg mengatakan PAS tidak perjuanga negara islam..

byk tersebar di Perak..

x yah dok dalih la sedara mara la.. itu la inilah.. hehehe..PAS tak bekerja keras? huih.. dr segi jumlah yg hadir ceramaah & yg dtg waktu pencalonan melebihi yg datang di Kuala terengganu..

p/s: pas menang atas ehsan undi DAP yg satu ketika dulu PAS hukum undi mereka haram & kafir..

Anonymous said...

Salaam Sdr SeIslam,
Pertama kali kunjung ke Blog ini, terasa aneh? Tertanya kenapa banyak sangat politiking mengatur barisan pimpinan. Tiada apa yang lebih menarik daripada itu? Kenapa tidak disebut program pendekatan jemaah kepada rakyat umum.Kenapa tidak kita bincang kekurangan undi diterima PKS. Bagaimana Erbakan menyediakan saf di Turki? Keterbukaan Ikhwan di Mesir dan banyak lagi yang berfaedah. Pemimpin kita pilih hari ini kita seru supaya terbuka dalam approach(pendekatan) Kita lihat bukan Islam sokong wadah Islam - sampai di sini saja kah? Jemputlah Profesor/cendiakawan untuk memberi pandangan akan situasi kita cara dan langkah untuk kita manfaatkan. Pakar hubungan sosial Islam beri garisan the dos and donts dalam hubungan jemaah dengan non Muslims. Soal conversion to Islam biar masyarakat non Muslim faham apa stand jemaah yang bijaksana. Jemput non Muslim kenal budaya Islam yang betul bukan seperti yang dipelopor Islam hadari. Dalam ekonomi meleset, jemput pakar ekonomi Islam bentang cara Islam mengatasi. Kemajuan Sistem perbankan Islam yang disambut baik sebagai alternatif, aduuuh tak kan sampai kesitu saja tanggungjawab ulamak kita dan pakar ekonomi Islam untuk merangka gerakan seterusnya agar budaya perbankan Islam dilangsungka kepada sistem akidah dan deeenul Islam. Dr Harun Din telah membuka kata bahawa Ulama boleh dan hendaklah bersama mass movement - boleh ditegur cara beradab dan ulama bersedia menerima. Hentikan mendewa tokoh samapai 5 hari gambar pemimpin ditayang dimast head berita. Kenapa tidak ideanya, rancangannya, usaha pendekatan dengan jemaah dicanangkan sebagai manfaat semua ahli dan penyokng serta symphatizers.
Jemaah kita perlu bertindak untuk mendapat maklumat secara kuantitatif-bilangan sebenar, ahli sumber kepakaran, potensi untuk dirangka program meliputi semua rakyat dan aspek hidup. Jangan bila nak memerintah baru hendak cari apa rancangan kita.
Di negeri-pegeri pakatan perlu kita manfaatkan kemudahan yang ada untuk menggerakkan program.
Contoh di Selangor gerakkan remaja di setiap daerah ke dalam kem remaja dinamik. Di setiap daerah Jemaah anjurkan untuk semua dan bagikan mengikut keunikan tertentu. Libatkan ikon penghibur Islam yang munasabah sebgai tarikan. Semua ini adalah cabaran.
Setakat ini untuk kali pertama. Amat gembira jika perhatian semua pihak. Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.