Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 29, 2009

Nik Abduh Masih Belum Menamakan Penghasut Kepada Tok Guru

Saya membaca artikel terbaru Nik Abduh bertajuk "kerja-kerja bodoh dalam PAS (2)". Dan saya mendapati lagi sekali Nik Abduh tidak memberitahu semua kita siapa yang beliau maksudkan sebagai penghasut kepada ayahandanya.

Adakah ini tindakan liar Nik Abduh yang membuat tuduhan tidak berasas untuk kepentingan politik pribadi beliau? Ataupun ianya hanyalah satu "political theatrics" (sandiwara politik) dengan tujuan menghalang beberapa pihak tertentu dari menjawat jawatan yang tinggi dalam PAS?

Saya tak faham perangai Nik Abduh. Orang lain kalau bapa mereka jahat pun, mereka tak dedah kelemahan bapa mereka. Nik Abduh dengan terang dan jelas mengatakan ayahandanya seperti orang dunggu mudah diperkotak-katikan oleh sekumpulan kecil penasihat-penasihat ayahandanya.

Sudahlah Nik Abduh ni baru setahun jagung dalam politik, dan dia seperti hendak mengajar ayahandanya bagaimana hendak berpolitik. Sedangkan ayahandanya ini jagoaan dalam politik.

Di dalam menulis balasan kepada artikel2 Nik Abduh ini, saya telah membuat satu penemuan berkaitan dengan ayahanda Nik Abduh. Saya dengan yakin dan percaya bahawa TOk Guru Nik Aziz adalah seorang pemimpin Islam dari rantau Melayu yang menghampiri taraf Saidini Umar Abdul Aziz. Saya mcm tak percaya bila saya menulis ini tapi saya keras berpegang dengan konklusi saya ini.

Sepatutnya Nik Abduh kena menadah kitab dengan ayahandanya dalam ilmu politik. Apa dia ingat dia kenal UMNO mcm ayahandanya kenal?

Jauh panggang dari api. Malahan ayahandanya lebih tahu kesan negatif di sebalik idea Kerajaan Perpaduan ini kepada PAS dan Islam di Malaysia.

Saya sendiri telah menggunakan pengetahuan saya dalam ekonomi dan mendapati tidak ada rationalnya cadangan ini sekiranya ianya bertujuan untuk menghalang kemelesetan ekonomi.

Hanya PAS yang mencadangkan idea ini sedangkan pakar2 ekonomi seluruh Malaysia tidak pun pernah menyatakan cadangan ini.

Jadi, cadangan ini tidak ada asas rational dan tidak hairanlah ianya ditolak oleh AJK PAS Pusat.

Berhentilah mengarut wahai Nik Abduh. Lebih baik awak pergi mengaji ilmu politik dari ayahanda awak tu. Ramai orang kat luar ni menjadikan idea politik ayahanda awak sebagai "reference".

Berhentilah...

27 comments:

zainulfaqar said...

Assalamualaikum Tuan!

Saya berasa bukan sahaja Nik Abduh perlu tunjukkan siapa 'penasihat-penasihat' ayahnya yang dikatakan buat kerja-kerja bodoh, Tuan juga perlu jelaskan secara objektif siapa pula 'penasihat-penasihat' TGHH yang dilihat pro muzakarah dan Unity Gov.?

Biar kami sebagai pembaca sama-sama menilai secara peribadi terhadap kepelbagaian pendapat berhubung transisi kepemimpinan yang bakal berlaku dalam PAS ini.

Saya sangat yakin, berbekalkan demokrasi liberal yang relatif dalam negara 'blog' yang serba bebas ini mampu melonjak Islam ke mercu yang selayaknya!

ZAINULFAQAR...

Tulang Besi said...

ZAinulfaqar,

Saya dah listkan penasihat2 dan konspirator2 ini dalam artikel2 saya yang lalu.

Antaranya Roslan SMS la.

Malaysian Sabahan said...

Salam sejahtera Tulang Besi,

Adakah Nik Abduh ni dah terima rasuah UMNO? ataukah dia dipergunakan oleh segelintir Pemimpin PAS untuk mempercepatkan agenda golongan tersebut yang pada hematnya TAMAKKAN KUASA atau kepimpinan yang dah hampir senja.

Bagi kami komuniti non muslim Malaysian TGNA amat dihormati kerana pandangan dan merupakan seorang pemimpin yang betul betul mengamalkan dasar Pemerintahan ISLAM yang sebenarnya. dengan adanya TGNA ditampuk kepimpinan Pas, Komunti non muslim dah mula mempercayai dasar PAS. Bukanlah saya bermaksud TGHA tak berpengaruh, tetapi bagi kami TGNAlah yang membuka minda dan ruang bagi non muslim condong kepada PR dan PAS.

Nik Abduh haruslah berguru dengan ayahandanya dan bukan DERHAKA.

zainulfaqar said...

Salam ukhwah Tuan!

Sebagaimana komen saya dalam blog Ustaz Nik Abduh, saya juga nak cadangkan Tuan laporkan hal ini kepada lembaga Hizbah PAS jika benar2 ikhlas mahu membuktikan kebenaran yang Tuan dedahkan dalam post2 sebelum ini.

Selain melalui mekanisme Hizbah PAS (bukan Lembaga Disiplin UMNO) membuka gelanggang perbicaraan, biar pembaca sendiri mengkritik dan 'jarah wa ta'dil' telahan Tuan dan pihak-pihak berwajib yang Tuan kurang senangi sekarang.

Dalam PC di Tingkat 5 Pej. Agong PAS petang semalam, klu x salah alFadhil Ustaz Ahmad Awang sarankan Ustaz Nik Abduh sendiri sebutkan siapa ‘pembantu-pembantu’ TGNA tersebut. Tidak perlulah political spin dalam media. Tidak perlulah dimajhul2kan.

PAS adalah jamaah Islam dan di dalamnya ada sistem hizbah yang adil. Saya yakin sistem Hizbah PAS tidak daif dalam mencari kebenaran antara telahaan2 yang Tuan berikan dan pihak2 berwajib tersebut.

Saya berharap Tuan teruskan perjuangan secara objektif dan terang (tidak kias2) tentang telahan2 pihak berwajib. Maybe dengan berbuat demikian, lebih mudah pembaca faham.

Teruskan usaha sebab individu semacam Tuan memang memeriahkan pesta demokrasi Malaysia, muktamar PAS dan gerakan Islam di Malaysia itu sendiri.

Sekian. Salam ukhwah!

ZAINULFAQAR HJ. YAACOB

RuslyIsLam said...

tulang besi...awk jgnlah cuba nk mengeruhkan lagi Jamaah PAS..isunya bukan siapa yg menjadi buat kerja tu... tp kenapa...

isunya bukan dituju pada org tertentu, tp ditujukan pada orang-orang seperti kamu tulang besi (abd rahman talib), yang memperlaga-lagakan antara kepimpinan TGNA dan TGHH..

Siapa yang makan cili dia terasa pedasnya..org yg terus menuduh mcm2 seperti awak lah abdullah bin ubai dalam PAS..

RuslyIsLam said...

"Saya nukilkan perbualan saya dan ayahanda pasal idea Unity Government dan Pakatan Rakyat. Saya kemukakan titik persamaan dan perbezaan. Jawaban ayahanda adalah di sebalik yang anda perolehi di luar. Saya kata ayahanda menerima hujah keharusan itu.

Saya tak kata ayahanda dah setuju dibentuk kerajaan bersama BN. Saya tak tanya pun adakah dia setuju atau tidak. Itu tidak penting. Ia tidak mengganggu apa yang saya mahukan daripada jawabannya itu.

Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia sendiri. Saya tidak memerlukan jawaban itu.

Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.

Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama."

antara orang yang memahankan dengan maksud lain adalah kamu si Tulang Besi

Anak Ayahnya said...

Hari ini banyak keluar dalam Utusan Malaysia yang menceduk dari blog Ustaz Nik Abduh.

Ramai yang mengutuk TGNA gila jawatan apabila membaca perbualan di dapur tersebut. Hebat sungguh Ustaz Nik Abduh.

Sehebat-hebat Mahathir, tak berjaya menumbangkan TGNA. Akhirnya, TGNA kantoi di tangan anak sendiri.

Teruskan menulis Ustaz. Ustaz Nik Abduh seoranglah pembela Islam di dunia ini.

Takbir! Takbir! Takbur!

Nizam Mahmud said...

hello orang PAS

Aku sendiri baca Nik Aziz kata disebabkan PAS masuk BN, PAS jadi rosak dan ambik masa berpuluh tahun nak pulih.

Aku dulu-dulu selalu buat business deal. Senang jer nak paham kenapa Nik Aziz tolak keras kerajaan perpaduan.

Kalau hang pernah kena tipu rakan kongsi teruk-teruk sekali dalam berniaga, hutang tak bayar, duit modal habis lesap. Lepas tu hang kena bayar hutang bank, kena declare bangkrap.

Berpuluh tahun hang amik masa nak 'pulih' kembali.

Tiba-tiba bekas rakan kongsi tu propose buat satu perkongsian baru, siap pujuk kata untuk kebaikan bersama la, untuk kebaikan anak cucu la, hang nak ker tak?

Kalau kata nak, aku tak nak cakap apa.

Patut la orang Melayu tak pandai berniaga. Kalau orang Cina, dah lama dia tendang orang tu keluar pintu.

Pikir la sikit brader.

Anonymous said...

Adakah Nik Abduh ni dah terima rasuah UMNO?

Lancang betul tuduhan Malaysian Sabahan itu.

Setahu saya, Nik Abduh tidaklah seburuk itu. Beliau hanya menerima imbuhan kewangan dari kumpulan Razak Abas sahaja atau nama tersohornya Abe Jak, saudagar balak Kelantan yang ditudoh selak kain dalam pilihan raya kecil Anak Bukit dulu.

Itu pun bukannya apa sangat. Tidak padan sama sekali berbanding bantuan yang beliau sumbangkan kepada Abe Jak dan kumpulannya itu.

Dari segi kenderaan, orang berkata bahawa Nik Abduh hanya mempunyai sebuah kereta yang katanya berjenama CRV dan sebuah lagi kereta yang baru dibeli dalam setahun dua ini yang bernilai hanya RM200 ribu sahaja.

Itupun maklumat tersebut di atas perlu disahkan.

Kalau maklumat itu adalah benar, salahkah Abe Jak dan kumpulannya menyantuni seorang ulama seperti Nik Abduh?

Jikalaulah benar dia mempunyai dua butir kereta, apalah salahnya? Kenapa? Nak suroh Nik Abduh naik basikal ke?

Berlaku adillah dan jangan tudoh Nik Abduh terima wang UMNO. Tudohan membawa akibat.

Anonymous said...

hai ni lah yang dikatakan ada mata tapi buta, ada telinga tapi pekak, teruskan pewrjuanganmu brother tulang besi dalam menegakkan kebenaran. Allahhuakbar

Nizam Mahmud said...

Ahli PAS,

Tahniah!

Korang semua fanatik Nik Aziz tapi bila anak dia buat salah, korang tak diam kan.

Hari tu aku masuk blog fanatik Mahathir. Tapi bila aku tanya apa sumbangan Mukhriz, bila aku kata Mukhriz tak sama macam bapak dia, comment aku terus kena ban.

Ini membuktikan orang PAS tak fanatik sampai anak cucu cicit. Bagus korang nilai individu berdasarkan prestasi.

Keep it up PAS. PKR tunggu k? Aku tgh dok perati diam-diam prestasi Nurul Izzah. Baik hangpa jaga-jaga.

Tulang Besi said...

Nizam,

Nak perati Nurul izzah, kena tunggu dia lepas habis pantang 3 bulan dulu

Anonymous said...

Menelaah Penulisan Nik Abduh yang kedua "Kerja-kerja bodoh PAS 2"-Tertanya dhati kecil bukankah penasihat-penasihat dan orang-orang yang disekeliling Tuan Guru Nik Aziz ini telah "berjaya" dan "menunjugkan kemampuan" serta "istiqomah" sehingga PAS mampu menubuhkan kerajaan diKelantan hampur 20 tahun.Dalam pada itu berjaya pula menahan serangan-serangan yang bukan main hebatnya dari UMNO (Negeri dan Pusat)dan tidak lupa menjadikan Kelantan "Serambi Mekkah".Nik Aziz tak munkin dapat melakukan semua itu tanpa "nasihat: dan "buah fikiran" dari orang-orang disekelilingnya.Munkin yang kurang atau tidak mendapat "keuntungan total" ialah kumpulan Nik Abduh.Orang Kelantan memang tahu dan kenal kumpulan ini.

Abuzar said...

Ungkapan2 Nik Abduh ..... "kerja2 bodoh dan orang2 sesat" .... terhadap pembantu2 TGNA ... semangkin terserlah menonjolkan "kecetekan politik dan budi budaya" sendiri.

Sifat para pinpinan masa depan: amanah, istiqamah, sabar, adil, hikmah ....

Anoinimuz said...

TB, gua stuju ngan zainulfaqar...lu kene sungguh2 dlm hal nie...kitorg berada diblakang lu...

datuk batu bara said...

Assalamualaikum kpd saudara se Islam ku.

celaka betul kau malaysian sabahan.

apa kafir mcm kau tahu pasal Islam sebenar2nya? mcm mana kau yg kafir tu boleh menetapkan yg mana Islam yg sebenarnya. apa kau tahu pasal Iman, Akidah, Tauhid?.

berani kau tuduh saudara seIslam aku makan rasuah!

cermin diri kamu yg kafir kulup tu dulu. berak kencing pun kamu tak pandai nak basuh.

jangan nak memandai campur tangan dlm urusan kami org Islam. siapa benar dan siapa salah biar kami yg uruskan.

biar kami org Islam selesai kan sendiri segala masalah kami. kami tak mahu pandangan kamu kaum kafir dan kami tidak pernah minta pandangan kamu org2 kafir.

sedar lah diri kamu tu dulu.

Nizam Mahmud said...

Saya nak cadangkan kepada Nik Abduh agar bila ayahnya dah balik untuk cium tangan mintak ampun.

Sebab atas penulisannya itu dijadikan modal untuk menghina dan mengeji ayahnya.

Bimbang pulak suatu hari nanti kalau ayah nya tak maaf kan nya, suatu hari nanti anak Nik Abduh pula yang kata Nik Abduh nie dungu dan mudah ditipu oleh orang.

Dosa pada mak bapak ni saya selalu dengar Allah selalu bayar secara 'tunai' di dunia. Di akhirat tak boleh bayangkan lagi la.

Ayah saya walaupun penyokong kuat BN tak pernah saya malukan di khalayak ramai. Nak kurang ajar pun tak berani. Nak pengaruh dia untuk undi PR pun gunakan diplomasi berlapik-lapik. Tu pun sikit demi sikit.

Tapi yang mengherankan, ayah Nik Abduh yang terkenal sebagai ulamak tersohor berani dia malukan sebegitu.

Saya ingatkan dia ustaz maka lebih tahulah mengenai darjat mak bapak di sisi Allah.

Walaupun mak bapak salah macam mana pun, mi celup macam saya pun tau Allah tak bagi meninggikan suara apatah lagi nak memalukan dan menjatuhkan air muka mak bapak.

Teringat lirik lagu nyanyian yang bertajuk Iman

"Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa"

Rasanya boleh mintak tolong siapa-siapa untuk nyanyikan lagu ni depan Nik Abduh tak?

Anonymous said...

[i]datuk batu bara said...

Assalamualaikum kpd saudara se Islam ku.

celaka betul kau malaysian sabahan. [/i]

hoi makhluk. yang ngko menyumpah seranah orang kafir tak pasal-pasal kenapa. Islam ade ajaq hang mengeji orang2 kafir ke. budi bahasa hang ni lagi teruk dari orang kafir sendiri.

Anonymous said...

Aku dah baca blog budak ustaz ni..Bapa dia suruh betulkan keadaan, dia buat lagi kusut.

Orang macam ni yang tak hormati ibu bapa jangan kasi peluang dok dalam saf pemimpin..tak kira anak ulamak ke sape.

Nama saje ustaz tapi bodoh lagi sombong. Sekarang baru dia TAHU SAPE YANG BUAT KERJA BODOH!

Mullahkane said...

Nik Abduh - anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat - telah ditegur oleh bapanya selepas menulis dalam blognya, menghentam pembantu bapanya dalam isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Abdul Aziz telah menghubungi anaknya itu dari Mekah, meminta beliau supaya "memadamkan kekeliruan" dan "jangan membiarkan kekeruhan bertapak lama" berhubung isu itu.

Perkara itu dijelaskan oleh Nik Abduh sendiri catatan blognya semalam. Nik Aziz sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci.

"Saya pastinya tersentak (selepas mendapat panggilan itu). Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. Alhamdulillah, ia mengesankan, walaupun perbualan (itu) hanyalah sekitar dua, tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.

"Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama," coretnya dalam blognya semalam.

"Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu," tulisnya.

Dalam blognya sebelum ini, Nik Abduh menghentam pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Abdul Hadi.

'Tanya Nik Aziz sendiri'

Sebagai reaksi daripada kenyataan itu, seorang naib presiden PAS, Ahmad Awang dilaporkan berkata, dakwaan Nik Abduh boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pemimpin dan ahli PAS mengenai siapakah yang dimaksudkannya.

Ahmad juga terkejut dengan tulisan Nik Abduh yang dianggap kasar apabila menyifatkan usaha pembantu Nik Aziz tersebut sebagai satu usaha yang 'sesat'.

Mengenai perkara itu, Nik Abduh yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat bagaimanapun masih enggan mendedahkan siapakah pembantu yang dimaksudkannya itu.

"Adapun maksud saya, (mereka) adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh-puluh (orang)," coretnya yang juga timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Berhubung isu kerajaan perpaduan bersama BN, bagi mendapatkan tafsiran yang terbaik, Nik Abduh menyarankan media massa dan pembaca blognya supaya bertanyakan hal itu sendiri kepada Nik Aziz.

"Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia (Nik Aziz) sendiri. Saya tidak memerlukan jawapan itu," katanya.

Anonymous said...

Saya rasa, bila Ustaz Nik Abduh tak sebut nama tak bermakna dia tak bertanggungjawab.

Kalau kita kata demikian bermakna macam kita kata Al-Quran juga dengan perkataan yang sama justeru Al quran hanya sebut sifat munafik, ciri-ciri, kesan perbuatan mereka. Tapi quran tak sebut nama orang munafik dan hatta nabi sendiripun tak pernah sebut.

Sepatutnya kita mengambil positif daripada cerita Ustaz Nik Abduh justeru tujuannya ialah untuk menggambarkan Presiden dan Mursyidul tak bergaduh sebenarnya. Tapi ini semua kerja munafik.

Tapi benda pelik kalau ada orang hentam pulak Nik Abduh yang dedahkan perkara sebenar ini. sepatutmnya dia tengok benda positif tersebut yang saya sebutkan di atas.

Saya duk pikir, apasal tulang besi, penarik beca dan wan ji duk hentam Ustaz Nik Abduh sedangkan pendedahan itu adalah positif. Tapi kenapa dilihat dari sudut negatif?

Confirmnya mereka-mereka ni memang golongan makan gaji dengan konspirator yagn didimaksudkan oleh Ustaz Nik Abduh.

Contohnya Wan Ji, sekarang dapat RM2000 sebulan gaji daripada Anwar Bakri.

Adakah Anwar Bakri yang dimaksudkan oleh Ustaz Nik Abduh? sebab dia memang orang kanan TGNA.

Tulang Besi said...

Saya rasa, bila Ustaz Nik Abduh tak sebut nama tak bermakna dia tak bertanggungjawab..

Jadi dia boleh main tuduh orang ikut sukahati dia ke?

Kalau kita kata demikian bermakna macam kita kata Al-Quran juga dengan perkataan yang sama justeru Al quran hanya sebut sifat munafik, ciri-ciri, kesan perbuatan mereka. Tapi quran tak sebut nama orang munafik dan hatta nabi sendiripun tak pernah sebut. .

Tabbat yada abi lahab.....

datuk batu bara said...

anon 3:07

yg kau syg sgt kt kafir tu kenapa?

kau tak tau ke kafir ni ada 2 jenis.

kafir harbi wajib diperangi.

kenapa kau nak bela sgt kafir ni. apa kena mengena kau dgn dia?

batuk batu bara said...

bodoh punya anon 3:07

pangil org hoi. takde adab

Kinabalu said...

Batuk bara,

Adakah saudara benci sangat pada non muslim sehingga tak ada panggilan lain bagi kami selain KAFIR? apakah ini wajah dan perjuangan Pas Yang sebenarnya? FYI, i am non muslim but natives of Sabah and i may not well versed about Islam but as far i knew all my Muslim relatives here in Sabah are well mannered opposite to you behavior, Shame on you..Batu BARA. Malaysian Sabahan i am on your side.

Anoinimuz said...

sudahlah nik abduh...minta maaf sama ayah lu & seluruh rakyat....sebab lu buat accusation secara terbuka...and geng2 mukebaloh, lu org tak payah nak tunjuk hero..main sedap jek kate org munafik laa , dolah ubai laa....lu mau mati ka?tgk cermin la brader...geng2 mukebaloh dr kayu nie buat porak prande lg PAS dan seluruh mlysia...jgn smpai rakyat kantolkan lu punye operandi...

Anonymous said...

Bukan susah nak tau penghasut tok guru, dia macam tulang besi dan yang sewaktu dengannya.... kalau tak makan cili, takkan merasa pedas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.