Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, April 25, 2009

Nik Abduh Tak Faham Penerangan Ayahandanya

Saya membaca artikel Ustaz Nik Abduh yang terbaru bertajuk ” kerja - kerja bodoh dalam pas”.

Saya merasa terpanggil untuk menjawab beberapa hujjah yang dilayangkan oleh beliau semoga semua pembaca mendapat penilaian yang seimbang dalam isu ini. Dan semoga kita dapat menilai isu ini dengan akal yang rational.

Saya bersyukur kerana Mursyidul Am PAS adalah Tok Guru Nik Aziz dan bukannya Ustaz Nik Abduh. Ini kerana melihat cara pemikiran beliau berpotensi untuk menghancurkan PAS seluruhnya.

Nik Abduh (NA) berkata:

”Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”


Apa yang Nik Abduh tak faham dari jawapan ayahandanya adalah jangan haraplah UMNO akan ”bermain bersih” walaupun Kerajaan Nasional(Perpaduan) berjaya ditubuhkan.

Apa yang UMNO akan buat ialah mereka akan mengekalkan kekuasaan mereka ke atas Kementrian2 yang strategik dan penting di masa yang sama parti2 lain akan memegang portfolio yang kurang strategik. Kalau tidak mereka tidak akan bersetuju untuk menubuhkan kerajaan ini.

Bila masa yang sesuai, UMNO akan menggunakan kekuasan fizikal mereka untuk menghancurkan kita. Itu pasti dan itulah hujjah utama di belakang jawapan Ayahanda kamu seperti diatas yang kamu tidak mampu memahami lagi.

Mampukah Nik Abduh Memberi Jaminan?

Apakah beliau lupa ayahandanya ada semasa UMNO menikam PAS dari belakang. Ayahanda beliau lebih kenal UMNO ini berbanding dengan beliau. Bak kata orang terkilas ikan di air, tau jantan betinanya. Begitulah dalam pengetahuan berkenaan UMNO yang terkandung dalam minda Tok Guru Nik Aziz. Pendek kata, segala ”trick” UMNO itu ada dalam poket Tok Guru Nik Aziz.

Yang lagi baik, bolehkah Nik Abduh memberi jaminan bahawa di dalam Kerajaan Nasional (Perpaduan) ini, UMNO tidak akan menipu? Kerana dahulu semasa PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional PAS telah ditipu hidup2 walaupun sebelum itu UMNO telah menjanjikan berbagai-bagai perkara.

Apa makenisme yang boleh menghalang PAS dari ditipu dalam kerajaan perpaduan tersebut? Mahkamah? Polis? Tentera? SPRM? Bomoh?

Tidak ada.. kerana UMNO akan memastikan semua alat kekuasaan kekal di dalam tangan mereka walaupun sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan.

Dalam kes Perak kita lihat bagaimana Istana, Mahkamah, SPR, Polis, Tentera dan PEKIDA digunakan dengan jayanya untuk mengkhianati PAS. Ertinya, tiada yang haram bagi UMNO. Segalanya halal dan mereka tidak ada belas ehsan didalam menghancurkan musuh mereka.

Jangan merendah-rendahkan taraf pemikiran Tok Guru Nik Aziz

Nik Abduh menulis:

”Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!”


TGNA mempunyai sifat kepimpinan dan kepintaran di dalam politik yang amat tinggi. Dan penasihat-penasihat TGNA tidak akan mampu untuk menipu TGNA dengan memberikan nasihat-nasihat yang bertaraf rendah. Mustahil Tok Guru Nik Aziz menyalah-fahami konsep sebenar Kerajan Perpaduan ini kerana ayahanda kamu ini seorang yang teliti dan mampu membuat penilaian yang baik.

Dengan membuat kenyataan di atas, Nik Abduh seperti berkata bapanya seorang dunggu yang tidak mampu berfikir sendiri. Mudah menerima cakap penasihat-penasihat beliau tanpa usul periksa.

Apa Nik Abduh ni hebat sangat ke sampai lupa bahawa TGNA telah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 4 penggal berturut2. Tiga Presiden UMNO telah berlalu namun TGNA masih kekal sebagai MB Kelantan.

Juga, TGNA adalah tokoh nasional yang paling popular sekarang ini melebihi Dr.Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi ataupun Najib Tun Razak?
Adakah tokoh seperti ini boleh dikatakan dunggu sehingga tidak mampu membezakan antara nasihat yang baik dengan nasihat yang tidak baik?

Berhentilah menyalahkan penasihat-penasihat Tok Guru. Kalau hujjah kamu kuat dan padat nescaya ayahanda kamu akan mendengar nasihat kamu.

Nik Abduh Nak Suruh Kerjasama Dengan Kerajaan Zalim?

Nik Abduh menulis lagi:

”Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.”


Di sini saya berani kata Nik Abduh ni ”naive”.Kenapa saya kata begini? Walaupun kedua-dua kerajaan ini dipandang bukan kerajaan Islam, tapi satu kerajaan ni zalim dan satu tidak.

Bukti kezaliman BN ini terlalu banyak. Suka saya ambil contoh satu sahaja yang melibatkan abang saudara, Nik Adli.

Kerajaan Malaysia telah menahan beliau dibawah ISA atas arahan Amerika dengan alasan untuk menentang keganasan. Padahal, dosa Nik Adli hanyalah kerana beliau pernah berjihad di Afghanistan sewaktu CIA menyokong serta membekal senjata kepada Mujahiddin Afghanistan.

Pada waktu yang sama, Najib Tun Razak telah pergi ke Amerika dan berucap di Heritage Foundation di mana beliau dengan bangga menyenaraikan kesemua bantuan dan kerjasama kerajaan Malaysia dengan Amerika.

Antara ucapan beliau adalah:

"Some 62 terrorists and militias with global and regional links have been arrested under our Internal Security Act, and more are currently being hunted down."

Beliau begitu berbangga dengan penangkapan tersebut. Dah lah tangkap tu sendiri zalim, boleh berbangga dan menunjuk kepada Amerika pula tu.

Beliau dilaporkan sehingga berkata:

” The United States has excellent access to Malaysian intelligence.” (Amerika mempunyai capaian yang amat baik kepada maklumat perisikan Malaysia).

Begitu komitednya Malaysia kepada Peperangan Terhadap Keganasan anjuran Amerika dan Bush.

Menahan orang yang tidak berdosa seperti Nik Adli adalah terlalu kecil berbanding dengan senarai kerjasama yang diberikan oleh UMNO/BN kepada Amerika. Bacalah ucapan Najib Tun Razak itu di sini dan buat penilaian sendiri.

Dengan kata lain, walaupun kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN tidak ”islamik” tetapi sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat tidak zalim, tidak pernah mengkhianati PAS hatta DAP dan tidak korup.

Ertinya, Islam lebih terjaga dan terpelihara di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Begitu dangkal sekalikah tahap penilaian Ustaz Nik Abduh dalam perkara ini?

Siapa Sebenarnya Yang Bodoh?

Saudara/ri pembaca buatlah penilaian sendiri. Cumanya saya nak dedahkan bahawa Ustaz Nik Abduh adalah antara yang terlibat dalam perjumpaan yang saya laporkan tempohari dalam artikel saya bertajuk "
Roslan SMS Harus Nafi Cerita Ini!!!!

Nasihat saya, siapa yang teringin nak masuk UMNO, silalah masuk UMNO. Jangan bawa PAS bersama.

Tulang Besi

64 comments:

nizamtoha said...

sekurang-kurangnya Beliau ialah Anak yang menuruti perjuangan ayahnya.
Apakah saudara bersedia menerima pandangan?
atau saudara sekadar hanya menerima pandangan peribadi?
Dari itu,jelaslah kami, siapa saudara!

Tulang Besi said...

Kalau dia menuruti perjuangan ayahnya, kenapa dia boleh merendah-rendahkan tahap pemikiran ayahnya seperti dalam artikel ini?

SAya yang org luar pulak yang mempertahankan pendapat ayahnya.

Grand Marquis said...

Kalau dibaca betul betul ada satu ungkapan:


Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Orang-orang macam TB nilah yang menyamai "pembantu-pembantu" ini.

Anonymous said...

Parasit dalam Pas byk, jadi paham2 sendiri lar.........

Hamba said...

Dalil yg menggunakan kisah nabi Allah Yusof bg menghalalkan perkahwinan campur Pas dgn Umno ni mmg tidak sepatuntya digunakan oleh orang yg alim ( tinggi pengetahuan agama)..Janganlah nak berubah menjadi umno yg menggunakan pelbagai dalil dan alasan utk menghalalkan sesuatu yang haram....Ada ramai ke pimpinan PAs yg dah kemaruk jawatan tinggi dalam kerajaan?....Sudah habis sifat sabar dan istiqamah dalam perjuangan? Tidak blh menunggu PRU13 atau PRU14 Atau PRU yg seterusnya utk memiliki kuasa? Kalau begitu apakah matlamat perjuangan kamu??? Kuasa, harta, pangkat, Dato', dato' Seri, Tan Sri, Tun atau menegakkan hukum Islam dan dakwah??? Jalan pintas dalam dakwah dan perjuangan??? Mustahil kerana sirah nabi penuh onak, duri dan perjuangan baginda berjalan seumur hidup baginda....Kita yg manusia biasa, Allah akan bagi kelebihan jalan singkat utk kejayaan??? Umat Nabi Muhammad ke??? atau umat Nabi mana?

nizamtoha said...

Kalau dia menuruti perjuangan ayahnya, kenapa dia boleh merendah-rendahkan tahap pemikiran ayahnya seperti dalam artikel ini?


- Saudara yang tak faham nampaknya.Sedikit pun tidak dia menrendahkan pemikiran ayahnya apatah lagi mngurangkan sesuatu.berhentilah memberi pandangan yang tidak membantu Islam.Berlapang dadalah wahai sahabat

Anonymous said...

budak-budak belum pandai berpolitik lagi. lebeh baik menjadi pengikut dan pelajari ilmu berpolitik. jangan terpengaruh dan berpegang teguh dengan perjuangan islam yang addeen.

yobleh.

Tulang Besi said...

- Saudara yang tak faham nampaknya.Sedikit pun tidak dia menrendahkan pemikiran ayahnya apatah lagi mngurangkan sesuatu.berhentilah memberi pandangan yang tidak membantu Islam.Berlapang dadalah wahai sahabat.

Dia kata ayahnya dihasut penasihat-penasihat beliau.

Adakah ayahnya tidak mampu membezakan antara hasutan dan hujjah?

Dia (Nik Abduh) tak dapat memahami hujjah ayahnya sendiri.

Nampak sangat kedangkalan pemikiran Nik Abduh

Tulang Besi said...

Orang-orang macam TB nilah yang menyamai "pembantu-pembantu" ini..

Marah betul org UMNO mcm Grand Marquis ni pada pembantu2 Tok Guru ye

Anonymous said...

Bebalnya nizamtoha. Tak faham apa yang dibaca. ulang baca semula

Anonymous said...

Siapa Mursyidul AM dalam PAS? Nik Aziz kah atau Nik Abduh?

Anonymous said...

nizamtoha wrtoe: sekurang-kurangnya Beliau ialah Anak yang menuruti perjuangan ayahnya.
Apakah saudara bersedia menerima pandangan?
atau saudara sekadar hanya menerima pandangan peribadi?
Dari itu,jelaslah kami, siapa saudara!

nik abduh jika nak berjuang masuk ke dalam saf dan tengok samada dicalonkan atau tidak untuk menjawat apa-apa jawatan, tak payah menghina Mursyidul Am PAS yang berkebetulan ayahandanya sendiri.

Mat Jeng, Pasir Puteh said...

nizamtoha,

Saya percaya saudara tidak memahami apa yang ditulis oleh TB.

Berdasarkan gaya penulisan dan komentar saudara, saya percaya saudara perlu mengambil SRP/PMR sekali lagi.

Tulisan saudara amat dangkal, tidak berpijak di bumi nyata, dan menunjukkan saudara tidak bercampur-gaul dengan masyarakat.

Melihatkan komen Nik Abduh itu, nampak sangat 'naivety' beliau. Bidang politik, bukan macam jualan langsung.

mut said...

Pada pendapat saya, tak perlulah sesiapa pun menyandarkan apa-apa pandangan atau telahan terhadap pendirian Tok Guru Nik Aziz dalam hal ini, sedangkan dia masih bernyawa dan boleh bercakap bagi dirinya sendiri.

Inilah masalahnya, hal muzakarah ini dilakukan secara stealth, sedangkan yang akhirnya keliru dan resah adalah ahli-ahli PAS sendiri. Saya harap saya salah tapi nampaknya ahli akan disogok dengan suruhan "mentaati keputusan pemimpin" sedangkan idea kerajaan perpaduan, pemimpin mana yang menyokong dan yang mana menolak isu ini pun tidak jelas. Dan nampaknya isu ini akan dibenam tanpa diketahui hujung pangkalnya oleh kebanyakan ahli dengan penukaran kerusi PM baru-baru ini.

Ahli parti dilayan seperti orang bodoh, buntu fikiran dan hanya layak menjadi tenaga kerja buat kerja parti, bukan mengambil bahagian dalam membincangkan dan membuat keputusan tentang hala tuju parti. (Sifat feudal ini pula selalu menjadi kritikan terhadap UMNO !)

Rancangan siapakah sebenarnya dalam PAS yang akhirnya membawa parti ke tahap ini? Yang dalam UMNO saya tak ambil pusing.... biarkan mereka dengan labu-labunya.

Percayalah isu ni takkan mati hanya dengan menyatakan dengan naiknya Najib maka isu kerajaan perpaduan berakhir, terutama dalam PAS dan dikalangan ahli. Apakah yang akan menghalang dalang-dalang dalam PAS untuk memulakan semula proses ini?

pasbaru said...

kepada saudara tulang besi, andalah yang terlebih bodoh disini. tidak habis-habis mengadu domba dimana-mana. moga-moga Allah mengampunkan kecelakaan anda.

Anda bukan perwakilan dalam muktamar yang lepas. Tolong jangan memutarbelitkan fakta. Keputusan muktamar yang lepas ialah mengukuhkan pakatan rakyat DAN MENERUSKAN MUQABALAH/MUZAKARAH DENGAN SESIAPA SAHAJA!

Anda juga bukan anak kepada Tok Guru Nik Aziz seperti Ust Nik Abduh yang lebih memahami ayahandanya lebih daripada sesiapa sahaja.
Minta tolong Tulang Besi tidak berlagak bodoh di sini. Ana sudah bosan dengan perangai org-org sepertinya yang hanya ingin merosakkan jamaah dan memecahbelahkan pimpinan.

Dengarlah nasihat Ust Nik Abduh untuk anda :

"Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!"

Tulang Besi said...

Anda juga bukan anak kepada Tok Guru Nik Aziz seperti Ust Nik Abduh yang lebih memahami ayahandanya lebih daripada sesiapa sahaja..

Iye ke? Sampai merendah-rendahkan kebolehan orang tua nya berfikir ni maksudnya faham ke?

Apa la awak ni. Patutnya awak marah tapi buleh sokong pulak tindakan Nik Abduh ni.


Minta tolong Tulang Besi tidak berlagak bodoh di sini. Ana sudah bosan dengan perangai org-org sepertinya yang hanya ingin merosakkan jamaah dan memecahbelahkan pimpinan..

Jadi, org yang pergi jumpa UMNO dalam senyap tu bukan merosak jemaah la?

Yang sebar fitnah pasal Husam, Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat etc semua tu bukan perosak jemaah

Yang berbohong kepada ahli dan rakhyat Malaysia mengatakan tidak ada perjumpaan dengan UMNO tapi rupanya ada itu tidak merosak jemaah?

Yang jual nama Syura kata KONONYA dapat arahan Syura bercakap dengan UMNO sedangkan Pengerusi Syura sendiri tak tahu, itu tidak merosak jemaah?

Saudara PASBaru ni baru dalam jemaah. Tunggu la lagi 10 tahun baru buleh kenal yang mana intan yang mana kaca.

Saya bukan nak bangga tapi saya dah masuk PAS ni masa Arwah Yusuf Rawa Presiden PAS.

Dah masak saya dengan perangai segelintir ahli dan pimpinan PAS yang hendak menggunakan parti sebagai landasan kepada kekayaan dan kepentingan pribadi

jgn la naive sangat ingat semua dalam PAS ni maksum.

Janganlah ingat

Tulang Besi said...

pasbaru,

Cuba jawab sikit siapa calon Timbalan Presiden yang awak dengar belanja RM10 ribu satu kawasan?

kalau benda tu rumor, buat apa tulis?

Tulang Besi said...

Anda bukan perwakilan dalam muktamar yang lepas. Tolong jangan memutarbelitkan fakta. Keputusan muktamar yang lepas ialah mengukuhkan pakatan rakyat DAN MENERUSKAN MUQABALAH/MUZAKARAH DENGAN SESIAPA SAHAJA!.

So, mengukuhkan Pakatan Rakyat tu ada lah kan?

So apa yang saya putar belit fakta?

Nak muqabalah pun, ada tertib dan cara. Tak boleh dalam gelap.

Ni masih pegi jumpa pemimpin2 UMNO.

Cadangan Kerajaan Perpaduan ni ditolak dalam mesyuarat AJK PAS Pusat.

Tapi masih diungkapkan juga?

pasbaru said...

"Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!"

istiqomah said...

pasbaru wrote: Dengarlah nasihat Ust Nik Abduh untuk anda :

"Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!"
Nik Abduh dan frakas UMNO menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!pengajaran : apa yang anda beri itu yang anda akan dapat semula.

amalulillah said...

nik abduh tu mursyidul am pas ke atau nik aziz?

istiqomah said...

Ustadz Abdul Had tuduh orang lain kurang membaca, cuma beliau saja byk membaca.... tentang Unity Government.

cita-cita tak kesampaian dan dihalang oleh Allah untuk bekerjasama dengan Pak Lah.

Dan menangis serta meraunglah si-gila jawatan seperti Roslan SMS, Hassan Ali, Kamaruzzaman, Mustapha Ali, Nasharuddin Isa, Nik Abduh dan lain-lain frakas UMNO yang sewaktu dgnnya.

Anonymous said...

maaf... nik abduh dah terpengaruh dengan geng taki juga... permusuhan dengan husam macam dah makin besar... ada dah yang duk hasut... gugur husam di dun kijang sampai kena tendang balik ke dun salor kerana niat nik abduh nak bertanding di situ... tapi tg nik aziz tak kasik dia bertanding...

kes terima kereta sampai murka sultan tu pun dah calarkan imej anak tg...

kepada nik abduh... hahha... cakap tg tu rasanya lebih kepada berkias... tidak akan ada niat sekelumit pun pada amnu nak kasik pas semua jawatan menteri kanan tuh... setakat bagi menteri di jpm ada la kot... tu pun dah tersengih-sengih rasanya kumpulan nak bergabung...

bukan kerana geng husam/nuar... memang orang akar umbi tidak mahu bergabung dengan amnu...

hari ini pas bergabung dengan amnu... esok kubur pas sudah siap digali... pas hanya akan jadi pecacai pencuci berak amnu saja lepas tuh... tidak perlu lagi nak bising soal perjuangan Islam... orang lain akan tubuhkan sebuah parti Islam yang baru... masa tu... baru padan muka pemimpin pas cap ayam yang nak sangat bergabung pasal teringin nak jadik menteri kabinet tuh...

baru padan muka jadi macam nakhaei, omar khalid dan kawan-kawan...

Anonymous said...

Saya cukup terkejut dgn penulisan nik abduh ttg isu ini.Saya banyak husnul zhan walaupun tahu dia antara mastermind percaturan dalam pemuda.
Kalau tahap ini pemikirannya amatlah malang sekali.Dari sudut ilmu pun tak tertonjol campur dgn politik bodoh + ?? akhlak politik rendah = ??nakhaei in making!!
Mohon keselamatan dari Allah.

Haris Angel said...

this is an extract of a report by an independent journalist which shows that the Election Commission is just PRO BN! If you support this report, please cut and paste on every group in Facebook. Thank you.

"The same views have been echoed by no less than the Election Commission (EC). Plus, the EC has openly supported proposals by some BN leaders such as Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Mukhriz Mahathir and Tan Keng Liang to prevent "unnecessary" elections. These include suggestions for stricter laws, and penalties for elected reps or their parties should an elected representative resign for reasons other than what's stated in Article 48(1) of the Federal Constitution."

http://www.thenutgraph.com.my/funding-democracy-the-bn-way

nizamtoha said...

Bebalnya nizamtoha. Tak faham apa yang dibaca. ulang baca semula.

- Saudara begitu jumud ,jgn menilai tanpa ilmu.Sdr mennjadi penghukum...bukan kah kita ini daie..

nizamtoha said...

nik abduh jika nak berjuang masuk ke dalam saf dan tengok samada dicalonkan atau tidak untuk menjawat apa-apa jawatan, tak payah menghina Mursyidul Am PAS yang berkebetulan ayahandanya sendiri.

- Sdr terlalu hebat menilai sampai begitu sekali.Saudara ni siapa,Pimpinan Pusat ke?

nizamtoha said...

nizamtoha,

Saya percaya saudara tidak memahami apa yang ditulis oleh TB.

Berdasarkan gaya penulisan dan komentar saudara, saya percaya saudara perlu mengambil SRP/PMR sekali lagi.

Tulisan saudara amat dangkal, tidak berpijak di bumi nyata, dan menunjukkan saudara tidak bercampur-gaul dengan masyarakat.

Melihatkan komen Nik Abduh itu, nampak sangat 'naivety' beliau. Bidang politik, bukan macam jualan langsung.


- Saya mungkin tidak sbijak saudara,namun saya tidak sampai berani menghukum.

Hebat sangatkah saudara sampai tidak boleh menerima pandangan Nik Abduh.Beliau Pimpinan pemuda pusat.Tidak berada digelanggang lagi kah?

saudara sebagai pejuang,lebih baik ukur baju dibadan.Angkuhnya komentar saudara seperti mahu menongkat langit.

Anonymous said...

Salam, bagi anak seorang yang ex-umno Bachok kelantan sebelum tahun 1990-an, majoriti besar orang UMNO yang masuk PAS waktu itu tidak lari, cukup tertarik dengan perjuangan Islam yang dibawa tok guru, bukannya kebangsaan Melayu yang dibawa UMNO.Alhamdulillah, apa yang ada dalam firasat Tok Guru dan yang di tulis TB sebenarnya itulah itulah kemahuan akar umbi pas

HASSAN

Anonymous said...

nizamtoha menulis :Hebat sangatkah saudara sampai tidak boleh menerima pandangan Nik Abduh.Beliau Pimpinan pemuda pusat.Tidak berada digelanggang lagi kah?

saudara sebagai pejuang,lebih baik ukur baju dibadan.Angkuhnya komentar saudara seperti mahu menongkat langit.


Baru di barisan pemuda dah bernai mengail di lautan dalam dan mendoakan kemudharatan utk orang lain.

Yang angkuh selama ini ialah frakas UMNO, kerana walaupun mereka kata tak perlu bincang lagi, nik abduh tal berhenti menaburkan puluru lagi.


bebal tahap gaban.

Anonymous said...

Apakah pengajaran yang dapat kita pelajari dari pandangan Nik Abduh ni? Banyak dan amat mengerunkan.Ini menunjukkan betapa "berpengaruhnya" dan betapa "komittednya" pihak pro.muqabalah ni hendak membawa PAS bersama UMNO,sehingga berjaya membawa anak Mursyidul Am kedalam kumpulan mereka.UMNO yang dianggap sebagai "najis" dan "kotor" - anak Hussein Onn tak pernah menentang ayahnya,anak Tun Razak pun tak pernah bertentangan dengan ayahnya,malah Khairi Jamaluddin sendiri tak pernah melawan bapa mertuanya.Apa yang berlaku dalam keluarga Mursyidul Am "bukanlah salah ibu mengandung,........

hamba_tarbiyah said...

hancur PAS klu biar kat hangpa semua ni..xtaula bile nak selesai..

masing2 dh blagak cam banyak ilmu plak, xde sape nk mengalah..sptutnya berentila duk bincang bende yg langsung xbagi manfaat pd jemaah ni..

cakap pasal jamaah, tp xreti2 adab berjemaah..

xpela,semua yg hangpa kate tu btul semua,memang btul smue!!!

Tulang Besi said...

hancur PAS klu biar kat hangpa semua ni..xtaula bile nak selesai..

masing2 dh blagak cam banyak ilmu plak, xde sape nk mengalah..sptutnya berentila duk bincang bende yg langsung xbagi manfaat pd jemaah ni..
SAidina Ali dgn Muawiyah tu kurang tarbiyyah ke?

ibnurashid said...

Setelah membaca kritikan, komentar, sekali sekala menghina, menuduh dan merendahkan satu terhadap yang lain, ianya telah memanggil saya memberikan sepatah dua ulasan di sini.

Umumnya, wujudnya 3 kumpulan dalam komen atau perbincangan hangat tersebut: bersetuju dan berterima kasih kasih dengan penerangan Ust. Nik Abduh, membantah, mengeji, seumpamanya dan tidak berpihak di mana-mana pihak. Saya termasuk dalam kumpulan pertama.

Pernahkah saudara-saudara mendengar mengenai teknik penulisan 'minda perasaan'?. Ya, teknik inilah yang cuba digunapakai oleh Ust. Nik Abduh. Iaitu beliau menulis berasaskan kepada perasaan yang beliau sendiri mengalamai/menghayati (kehidupan ayahandanya yang tercinta, Tok Guru Nik Aziz), pengamatan, keserasian suasana, dan ilmu.

Ya, sekiranya saudara-saudara berada di pihak (posisi) Ust. Nik Abdul, barangkali saudara juga akan menulis sedemikian, tetapi sudah tentu dengan gaya bahasa, kreativiti, olahan yang agak berbeza.

Apa yang ingin saya terangkan di sini ialah mesej yang cuba disampaikan oleh Ust. Nik Abdul adalah tidak lebih daripada untuk menguraikan benak kepala (ahli/rakyat yang cintakan agama Islam) yang sedang kusut, berserabut...apakan tidak, terpaparnya berita/tomahan/ (berunsur fitnah) bahawa kedua tokoh Tuan Guru tersohor, TGHH dan TGNA tidak sehaluan, berpecah....

Jadi, berasaskan pemikiran yang positif, saya mengalua-alukan penerangan/ ulasan yang telah dibuat oleh Ust. Nik Abduh. Sekurang-kurang ramai orang yang beroleh manfaat daripadanya. Ramai yang dahulunya was-was, pening, sekarang jelas..

Saya tak mahu mengulas lanjut..

cukup-cukup lah..wahai pejuang! janganlah berdebat/ bertelagah terhadap perkara yang sedikitpun tidak memberi manfaat kepada perjuangan kita, menegakkan agama Allah S.W.T di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Tumpukan perhatian saudara-saudara (saya) kepada pembangunan sahsiah diri, akhlak, muhasabah dan bertindaklah untuk memartabatkan/ meninggikan syiar Agama Islam, bukan memburukkan keadaan..memecah-belahkan hati-hati pejuang agama Allah..

semoga mendapat manfaat!

Penyokong PAS PERLIS said...

Salam,

Saya adalah penyokong PAS dari Perlis sedang memerhati perkembangan PAS sejak kebelakangan ini. Apa yg dapat di simpulkan ialah: TG Hj Hadi dan beberapa pemimpin PAS telah melakukan tindakan yang wajar dan betul sebagai pemimpin sebuah Parti Siasah Islam yg berpengaruh dengan membuka pintu rundingan dengan sebuah Parti Siasah Melayu Islam yg juga amat berpengaruh di tanah air ini. Perlu di fahami ialah ini hanyalah proses RUNDINGAN bukannya KATA PUTUS! Apa yg saudara kita sebahagiannya risau sangat saya sendiri pun tidak faham...mungkin mereka ada perancangan tersendiri seperti yg di dedahkan oleh Nik Abduh dalam blognya tempohari..Telah diterangkan dengan jelas oleh Nik Abduh bahawa Tuan Guru telah di beri maklumat yg berbelit dan ini menyebabkan Tuan Guru mengeluarkan kenyataan seolah olah menolak terus pintu muqabbalah tersebut! Saya juga hairan apakah benar sikap Tuan Guru sebegitu? Seorang yang warak dan mempunyai tahap keilmuan yg tinggi boleh bersikap sedemikian rupa? Tentu ada sesuatu yg tidak kena...
Melalui ramalan saya sendiri, dapat di simpulkan bahawa 'pergerakan' satu kumpulan dalam PAS sedang 'berlindung' di bawah ketiak Tuan Guru Nik Aziz. Kumpulan ini bersetongkol dengan Ketua satu Parti dalam Pakatan Rakyat.. Mereka inilah yg senantiasa memberi maklumat kepada Tuan Guru apabila ada 'pergerakan' yg sedang berlaku dalam kumpulan Presiden. Walhal perkara baik pun akan ditafsirkan sebagai perkara buruk seandainya ianya bakal merugikan kumpulan ini. Saya merasakan ini adalah perkembangan yg amat tidak sihat yg sedang berlaku dalam PAS masa kini. Memanglah PAS wajar di reformasikan dengan menonjolkan tokoh muda dan baru, tetapi tokoh yg bagaimana harus di ketengahkan? Saya takut nanti PAS akan hilang identitinya akibat hanya di corakkan oleh beberapa org ini yg mempunyai jalinan media dan propaganda yg amat tersusun dan cekap sekali. Siapakah org ini? Ramai barangkali sudah tahu, tetapi apa yg penting sekarang ialah mencari 'punca' sebenar kepada permasalahan ini. Siapakah manusia yg suka menimbulkan masalah dari dulu hingga sekarang? Jika beliau berada didalam sesuatu institusi atau siasah, maka akan kucar kacirlah organisasi tersebut akibat perlakuan dan sikap kumpulan ini mengatur kuasa..
Saya dengan ikhlas mengingatkan semua orang Islam samada ahli PAS ataupun tidak, bahawa sesungguhnya kita janganlah lupa kepada SEJARAH yg lalu.. Janganlah kita mengamalkan konsep kuman seberang laut kita nampak tetapi gajah depan mata kita buat buat tak nampak! Takbir!

Anonymous said...

budak setahun jagung nak pandai2 bagi komen apatah tentang bapa dia sendiri..

Kalau diperhatikan hampir kesemua yang mengelilingi TGHA adalah muka-muka sekular yang berpura-pura menghayati perjuangan PAS dan agama Islam.

Orang macam ni tak patut duduk dalam saf PAS.. menjadi duri dalam daging sahaja.

Anonymous said...

Saya tak pandai berpolitik seperti tuan tuan, tetapi melihatnya dari segi amalan perisikan mendapati satu usaha sedang dilaksanakan: KALAU TIDAK DAPAT MENEWASKAN MUSOH ANDA, BERSAHABATLAH DENGAN MEREKA. DENGAN ITU AKAN MUDAH UNTUK MENGUASAI MEREKA. Usaha ini nampaknya mula menunjukkan indikasi positif kepada mereka. Golongan yang dicari tentunya kalangan orang yang ada pengaruh, kuasa, berkedudukan, rapat dengan kepimpinan serta kaum keluarga mereka. Nasihat saya, jauhkan diri kamu dari mendekati kalangan mereka ini kerana yang jelas PAS akan dilumpuhkan sedikit demi sedikit oleh orang dalaman sendiri. Bagi mereka mereka yang telah terlibat dengan mana mana kalangan UMNO, agen agen, proksi, orang tengah dan sebagainya, bersegeralah berundur , bagi yang telah terlanjur jauh... tinggalkan PAS. Moga moga PAS terselamat dari perancangan yang akan melemahkan jemaah dari masa kesemasa dengan isu isu yang perjuangan PAS untuk menegakkan dan memperlihatkan keadilan Islam di Malaysia. Semoga PAS terus dengan iltizam nya meneruskan perjuangan Islam yang menjadi impian setiap ahli masyarakat yang cintakan universal kejadian manusia itu sendiri. Salam untuk semua.

hamba_tarbiyah said...

Tulang Besi said...

"SAidina Ali dgn Muawiyah tu kurang tarbiyyah ke?"

soalan xwjr dijawab dgn soalankan, jd biar sy jwb dgn ringkas.

tidak.SAidina Ali dn Muawiyah mmg cukup tarbiyah.

persoalannya.,anda ni macam saidina Ali atau Muawiyah ke?tahap tarbiyah anda same dengan mereka ke? mungkin anda setanding dgn mereka kot. tu yg duk rase ape yg dikate semua btul..ye x..

achok sabah said...

bila husam ditanya pasal geng erdogan dan muzakarah didalam pas, maka beliau dengan cepatnya mengatakan,ini adalah kerja UMNO untuk memecahkan PAS...tapi bila ditanya puak muzakarah, maka dengan cepatnya mereka menuduh ini kerja2 pembantu TG Nik aziz..

cuba kita lihat situasi ini, siapa sebenarnya yang nak memecahkan jemaah???

Anoinimuz said...

bodoh...kalau tak blaku mukebaloh dlu...takde kita nak bercakaran sebegini...kalau tak blaku pertemuan dalam gelap...takde orang nak kecoh2...kalau takde angin, manakan pokok bergoyang...melainkan ade beruk2 yang goyangkan...

Anoinimuz said...

yang nak memecahkan jemaah, gol sekular, oppurtunis, ingres, mukebaloh,umno,freemason,knight of templar...

Anonymous said...

hangpa ni org nak buat baik pun salah x buat baik pun salah semuanya x kena kat hangpa.......biaq pi la nik abduh nak buat komen kalo itu utk kebaikan ummah dan biaq pi le nik aziz dgn cara dia yg penting umat islam x berpecah kalo kira politik semua pun x kene, cuba le kira bab HATI masing2 sebab itu yg allah nak tengok,kalo hati dah tunggang langgang ilmu tinggi mana pun lingkup dan melingkupkan.hehehehe

mut said...

Saya setuju, nampaknya hal kerajaan perpaduan ni sepatutnya dihentikan.

Tapi seperti yang saya pernah lontarkan, bagaimana jika ada pihak-pihak tertentu yang masih hendak meneruskannya (secara senyap?)

Jikalau PKR dan DAP melakukannya pun pasti ahli dan pemimpin PAS akan curiga.

Jadi saya rasa sepatutnya isu kerajaan PAS/UMNO ini ditamatkan DENGAN caveat bahawa TIDAK AKAN ada lagi perbincangan seperti ini kecuali dengan persetujuan rasmi dari peringkat PAS Pusat yang telah mengambil kira semua pandangan ahli (kita juga tidak mahu persetujuan sulit dari pemimpin).

PAS perlu dengan rasminya menolak apa-apa persetujuan dan perjanjian yang dibuat secara "stealth" oleh mana-mana ahli atau pemimpin walaupun dengan alasan2 seperti "memperkukuhkan" parti. Ini untuk mengelakkan perselisihan faham dan keretakan yang akan menenggelamkan apa-apa "kelebihan" yang mungkin dihasilkan dalam perbincangan sulit dengan UMNO.

Imej dan wibawa PAS sendiri pun sudah tercalar di pandangan mata umum kerana rakan perbincangan PAS adalah UMNO (apatah lagi tidak ada pertubuhan di Malaysia ini yang mempunyai reputasi seburuk UMNO!) Yang ada pada mereka hanyalah kuasa yang mereka gunakan sewenang2nya.

Walaupun sesetengah pihak pasti mendakwa ia "berbaloi" dan demi Islam dan PAS (mungkin boleh ganti dengan "demi agama bangsa dan negara" dalam parti lain) PAS mesti bertegas dalam hal ini!

hamba_tarbiyah said...

kepada Tulang Besi n the geng termasuk Anoinimuz,

sbnrnya bukan muqabalah mnjadi isu yg memecahbelahkan jemaah, tp orang2 mcm anda yg memcahbelah dan menghancurkan PAS.

ni mesti xbaca buku ni..ckp bukan main berdegar-degar sokong n pertahankan TGNA, tp buku beliau anda semua xbaca, ape citer, buat malu je..

saya cadang anda semua baca bku ni dulu "Kemuncup Dalam Perjuangan" karangan TGNA, tgk ulasan dan kisah sebenar yg TGNA terang ttg perjumpaan dgn UMNO tuh..

lepas tu mai sini kite sembang.. ni idak, ckp main hentam je, nmpk sgt xfhm isu sbnr..

jgn duk bdalih dalih plak, pi baca dlu buku tu, selagi xbaca jgn duk komen n balas komen saya ni..

Tulang Besi said...

sbnrnya bukan muqabalah mnjadi isu yg memecahbelahkan jemaah, tp orang2 mcm anda yg memcahbelah dan menghancurkan PAS..

Habis tu kenapa sebelum cerita Muqabalah ni timbul, jemaah PAS tak berpecah?

Boleh terang tak?

mamatkeling said...

Inilah si tulang besi yang bangga dengan diri sendiri.
Tidak masuk Jamaah, duk laur-luar je.Tidak pernah menjadi ahli PAS dan tidak pernah di tarbiyahkan oleh PAs sepanjang hidup beliau samada belajar atau bekerja sentisa di luar Negara, hujah guna akal dan teori.Ini lah orang sangat bahaya kepada Jamaah.

Tulang Besi said...

Inilah si tulang besi yang bangga dengan diri sendiri.
Tidak masuk Jamaah, duk laur-luar je.Tidak pernah menjadi ahli PAS dan tidak pernah di tarbiyahkan oleh PAs sepanjang hidup beliau samada belajar atau bekerja sentisa di luar Negara, hujah guna akal dan teori.Ini lah orang sangat bahaya kepada Jamaah.
Saya tak tau la kalau saya ni tak pernah ditarbiyyah oleh PAS.

Apa yang saya ingat saya dah start ikut usrah PAS masa saya darjah 6/tingkatan 1.

Itu dekat 20 tahun dulu.

DAn borang keahlian saya ditanda tangani oleh Ustaz Yusuf Rawa, Presiden PAS masa tu

hamba_tarbiyah said...

klu dh lame ikut tarbiyah knp pndgn dan tindakan xselari dengan ape yg telah ditarbiyah oleh PAS..

ke ade tajuk2 yg terlepas dlm usrah ni?

klu ikutkan dah lama tulang besi sertai usrah,dekat 20 thn, (berdasarkan ape yg tulang besi tulis)..kire hebatla tu, tp xtaula tara mane kualiti anda sbg anak usrah.

jd xsptutnya tulang besi tulis mcm ni dan besar2kannya klu tulang besi memahami dan mengikuti manhaj tarbiyah gerakan islam PAS dengan sempurna.

klu diteruskan lg bincang isu2 ni, maka sy pk anda ade agenda tersembunyi..

tulisan ust. nik abduh tu xdituju kat sape2 pun,mlhn langsung xde "hentam" tulang besi pun, knp anda nk bising2 plak, kmudia hentam ust. nik abduh dlm komen artikel beliau, xcukup dgn tu, tulis plak dalam blog, tp xpela tu mmg blog tulang besikn.itu hak anda.

yg mslhnye pi "hentam" ust. nik abduh tu knp..dahla tu..hentikan..
susah klu berbincang dengan org yg xmau nk terima pndpt org len ni..ckp 100 kali pun die ttp dgn pendirian die, dh rase hebat sgt kan..

Tulang Besi said...

Blogger hamba_tarbiyah said...

klu dh lame ikut tarbiyah knp pndgn dan tindakan xselari dengan ape yg telah ditarbiyah oleh PAS..

ke ade tajuk2 yg terlepas dlm usrah ni?
.

Jadi maksudnya kalau ikut tarbiyyah kena biar pimpinan lakukan apa sahaja tanpa batas.

Betul atau tidak kita kena sokong?

Enta ni sapa yang tarbiyyah sebenarnya?

Bukan ke ketaatan kepada manusia itu tidak total? Tidak seperti ketaatan kepada Allah dan Rasul?

Pegi belajar akidah balik la.

SAya dulu tarbiyyah belajar akidah dulu, baru belajar amal jamaiee.

hamba_tarbiyah said...

tulang besi said:
"Jadi maksudnya kalau ikut tarbiyyah kena biar pimpinan lakukan apa sahaja tanpa batas.

Betul atau tidak kita kena sokong?

Enta ni sapa yang tarbiyyah sebenarnya?

Bukan ke ketaatan kepada manusia itu tidak total? Tidak seperti ketaatan kepada Allah dan Rasul?"

aii..btmbah keliru pulak die ni,dah melencong ke lain..pndai plak die tafsir mksud saya tu,smp dh bercanggah dgn ape yg trsirat dihati.."bagus2"..

ptutla kate2 ust. nik abduh pun tulang besi pndai tafsir, rupe2nye suke tafsir kate2 org si tulang besi ni..tp malangnya tafsir die xtepat dan langsung salah!!

-tamat-

Tulang Besi said...

aii..btmbah keliru pulak die ni,dah melencong ke lain..pndai plak die tafsir mksud saya tu,smp dh bercanggah dgn ape yg trsirat dihati.."bagus2"...

Saya rasa saya tak keliru langsung. Saya jelas sejelasnya bahawa tindakan saya tidak bertentangan dengan apa yang PAS dah tarbiyyah saya.

Dan awak pun takda bukti pun, ada tak?

Pemuda PC said...

Salam...

Tuduhan Nik Abduh bahawa Tok Guru dinasihat salah oleh "pembantu-pembantunya" adalah satu tuduhan yang berat. Sepatutnya Nik Abduh, sekiranya merasakan bahawa ada pembantu-pembantu Tok Guru yang merosakkan Tok Guru, maka beliau perlu bagitahu ayahnya. Bukankah siang malam beliau bersama dengan ayahnya? Kenapa perlu dihebohkan sampai ke luar rumah? Dan kini musuh-musuh sudah mengutip apa yang beliau titipkan di khalayak.

Memang Tok Guru adalah seorang yang husnuzan. Tapi Nik Abduh bagaimana? Husnuzan atau syuk u' Zan?

Jangan guna tiket "sebagai anak Tok Guru Nik Aziz" untuk menuduh dan mengfitnah. Dosa tidak mengenal siapa. Jangan juga merasakan "KITA betul belaka" dan orang lain salah belaka.

Nik Abduh tidak merasai peritnya berada dalam Umno sebagaimana yang dirasai oleh ayahnya.

Oleh itu suka saya mengajak Nik Abduh, jangan menyusahkan "Tok Guru Nik Aziz" dengan kenyataan-kenyataan yang berselindung di sebalik "Aku anak Nik Aziz".

Walaupun Nik Aziz adalah ayahanda saudara tetapi Tok Guru Nik Aziz juga adalah harta dan pemimpin kepada semua pencinta Islam.

Fahamilah saudara "SAPA".

Anonymous said...

YANG JELAS....
YANG BENAR...

MANUSIA MEMPUNYAI PANDANGAN TERSENDIRI...
PERBEZAAN PANDANGAN MEMBUKTIKAN PERCAMBAHAN FIKIRAN.

MANUSIA SANGGUP MELAKUKAN SEGALA-GALANYA "DEMI KUASA" DAN "DEMI SESUAP REZEKI".

DALAM HAL INI, SAYA SEKADAR MENEROPONG DARI JAUH SAJA. SAYA BERKECUALI....

Adam Amin
Kg Jerlun
Kedah.

Anonymous said...

Isu Kerajaan Perpaduan ini dan apa sahaja yang berkait dengannya sepatutnya "sudah tutup".Presiden sendiri telah mengumumkan bahawa isu Kerajaan Perpaduan ini sudah tidak perlu dibangkitkan lagi.Tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba keluar pula "pandangan" Nik Abduh dari blognya dan "disambut" pula olih Roslan SMS dan MSO Melayu Merah Tina - seperti kilat menyambar. Yang sudah ditutup dibuka kembali,inilah padahnya.Kalian sendiri bolih berfikir.Fikirkanlah.

Anak Perelih said...

Jadi... adakah saudara Rahman juga beranggapan TG Haji Hadi dungu dan bodoh kerana 'mengikut kata' penasihat seperti Roslan SMS???

Tulang Besi said...

Blogger Anak Perelih said...

Jadi... adakah saudara Rahman juga beranggapan TG Haji Hadi dungu dan bodoh kerana 'mengikut kata' penasihat seperti Roslan SMS???
Tidak.

Adakah saudara anak perelih confirm yang TG Hj Hadi mengikut cakap Roslan SMS?

achok sabah said...

hari dalam sinar c penghasut "roslan sms" berkata tindakan seharusnya diambil sekiranya tuduhan nik abduh tu betul...

cuba korang tinguk,ini la konspirasi c fraksi umno..

Anonymous said...

Aku tengok tulisan tulang besi:
1. Dia ni merapu, duk takwil benda yagn dah jelas. Bukan ke tukar wording daripada muzakar ke muqabalah tu petanda jelas yang pengkhianat parti bagi maklumat salah kat TGNA.
2. Aku tengok tulang besi ni pun buat 'gila pandai' komen tu komen ni. Takkan semua kerja parti TG Presiden dan TGNA nak cerita kat dia. Bengong la.
3. Memang jelas dah geng-geng pengkhianat parti ni cerita tipu kat TGNA, kemudian tipu pulak blogger2 bodoh macam tulang besi serta penarik beca.
4. Ustaz Nik Abduh bukan menyusahkan TGNA. Tapi cerita benda sebenar yang ada pada TGNA, berlawanan dengan apa yang diceritakan oleh pengkhianat konon-kononnya bagi pihak TGNA.
5. Bukti jelas dalam harakah hari tu, kononnya tulisan TGNA. tapi terbukti Anbakri bengong yang tulis.

Tulang Besi said...

5. Bukti jelas dalam harakah hari tu, kononnya tulisan TGNA. tapi terbukti Anbakri bengong yang tulis..

Bukan tulisan tu Tok Guru yang sain ke?

Nampak sangat kau ni merapu

TBO said...

http://www.telokbakong.com/?p=1391
Ulasan dari TBO mengenai kenyataaan Nik Abduh dan ada link yang berkaitan termasuk blog Tulang Besi

SeriKandiKurunAkhir said...

bestkan bole lawan ckp dlm ni..ape yg TB nk sebenarnyer dr artikel yg dia kuarkan nih..last2 xder resolusi..

adijagat said...

Bagi kawe rakyat marhaen yg bukan ulamak ni....tak perlu berbangkit langsung pasal kerajaan campuran atau kerajaan perpaduan dengan UMNO BN KERANA banyak keburukan & kebusukan yg telah dilakukan oleh kerAjaan BN selama 50 tahun yg lepas...menghina Nabi.... alimulamak dan raja2...menggunakan BI dlm pengajaran mat sains....takkanlah kita tambah2 parti Islam nak pergi bersekongkol dalam tong najis bersama mereka...FIKIR2KANLAH WAHAI TEMAN tindakan TGNA sebelum ini memang betul! .....hargailah kepercayaan & harapan majoriti rakyat yg mahu melihat Pakatan sebagai pemerintah baru Malaysia bukannnya bergabung dengan mereka!

Anonymous said...

saya rasa baik kite tamatkan perdebatan ini...dari perbincangan secara ilmiah dah jadi perdebatan secara emosi dan menghentam sesama sendiri, blogger pun kena 'tiow' sekali..

Setiap individu boleh mengutarakan pendapat masing-masing, dan blogger bole membuat kesimpulan..kemudian, trpulang kepada individu untuk menerimanya..

\blog 404

azienmat said...

Hebat sangatkah Nik Aziz? sampaikan anda merasakan tiada siapa dapat menyaingi ilmu & strategi politik beliau. Adakah beliau maksum sehingga tidak boleh tewas dan melakukan kesilapan.

Jika begitu, Jangan merendah2 pendapat dan hujahan orang lain walaupun ianya datang dari anak anda sendiri.

Jika anda merasakan Nik Aziz terlalu hebat tahap nabi anda perlu tahu, ada orang merasakan Nik Aziz itu lekeh.

Nah sekarang komen ana, harap anta sedar dari landasan perjuangan anta yang hakiki. Spt kata Nik Abduh;

"Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.