Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 13, 2009

PAS Kelana Jaya Mencalonkan Husam Musa Sebagai Timbalan Presiden

Ia adalah satu kenyataan dan bukan khabar angin. Kawasan yang mana Roslan SMS menjadi YDP nya sejak sekian lama telah mencalonkan YB Husam Musa untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.

Ini indikator jelas bahawa agenda "Muqabalah" jelas ditolak ahli-ahli PAS kerana kawasan Roslan SMS sendiri menolak tokoh yang kuat mempertahankan agenda Muqabalah sebagai Timbalan Presiden.

Di Kelana Jaya, pencalonan jawatan-jawatan penting telah dijalankan secara terbuka. Dan perwakilan-perwakilan telah mengambil undi untuk mencalon nama-nama untuk jawatan2 penting di dalam PAS di peringkat Pusat. Untuk jawatan Timbalan Presiden, tokoh yang dikira anti kepada Muqabalah, YB Husam Musa, telah memenangi pengundian.

Calon2 Naib Presiden pula adalah: 1. Mohd. Sabu 2. Datuk Seri Nizar 3. Ustaz Taib Azamuddin.

Roslan Gagal Mempertahankan YDP Kelana Jaya


Dan yang lebih memeranjatkan adalah kegagalan Roslan SMS untuk mempertahankan jawatan YDP beliau kepada pencabar beliau Ir Izham Ismail.

Keputusan PAS Kelana Jaya ini, inshaalah,adalah permulaan dari penolakan keseluruhan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Fraksi UMNO dan mereka yang mahu membawa PAS masuk Barisan Nasional.

Roslan SMS adalah antara konspirator yang paling besar dalam usaha ini. Peranan yang dimain beliau adalah melebihi peranan seorang yang berjawatan dalam Dewan Harian PAS.

Seperti yang telah saya dedahkan sebelum ini, beliaulah yang telah menasihati Dr. Hasan Ali untuk menubuhkan kerajaan campuran perpaduan Melayu PAS-UMNO sejurus selepas PRU 2008 yang lepas.

Dan usaha ke arah penubuhan kerajaan campuran itu telah sampai ke peringkat "advance" sebelum diberhentikan oleh SU Agung PAS sendiri atas dasar melawan keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat.

Sebab itu, sumber2 UMNO Selangor amat marah dengan Dato' Kamaruddin Jaafar kerana beliau dilihat sebagai penghalang penubuhan kerajaan campuran PAS-UMNO di Selangor.

BAgi saya ini tandanya Dato Kamaruddin Jaafar adalah PAS tulin dan tidak mampu digugat oleh godaan serta hasutan dari UMNO. Saya berani kata Dato Kamaruddin Jaafar telah membuang serta membakar baju UMNO beliau selama-lamanya.

PAS Ada Tugas Lebih Besar Dari Menyelamatkan UMNO

Saya meminta keseluruhan perwakilan PAS seluruh negara untuk menolak semua tokoh PAS yang bersetuju dengan gagasan PAS-UMNO ini kerana jelas ianya akan merugikan PAS dan perjuangan Islam keseluruhannya.

BAgi PAS Selangor, yang menjadi prioritas adalah pembinaan semula jentera PAS Selangor dan latihan yang harus diberikan kepada pendokong parti.

Tarbiyyah kepada ahli-ahli baru PAS terutamanya yang baru datang dari UMNO harus disegerakan. Bekas-bekas ahli UMNO ini harus cepat diberikan kefahaman berkaitan akidah islamiyyah khasnya dalam bab Tauhid Uluhiyyah dan Rubbubiyyah Allah SWT. Kalau lambat, nescaya mereka tidak akan mengubah kefahaman mereka tentang perjuangan Islam dan Islam itu sendiri.

Tulang Besi






31 comments:

Anonymous said...

Saya juga ingin mencadangkan agar Nizar dicalonkan sebagai Naib Presiden PAS.

Mari kita nyahkan golongan ulamak.Kita penuhkan dgn orang2 kita..

Barkattt..Salamat..

Anonymous said...

PAS should definitely reject anybody who even shows any inkling of working with the corrupt UMNO.

UMNO is corrupt to the core, led by idiots like Najis Razak who everybody knows dare not answer the Altantuya issue.

is this the kind of people you want to work with?

Anonymous said...

Great! Husam Musa has the potential to be a PM in future, we should support all talented and incorruptible leaders for the top position to unite Malaysians.

Hamba said...

MASIH LAGI INGIN BERSAMA DGN UMNO SI PENGKHIANAT??? SUDAH LUPA PENGKHIANATAN UMNO KEPADA PAS DI KELANTAN? CUKUPLAH SEKALI! AHLI PAS AKAN SENTIASA INGAT HAL ITU DAN CUMA ORANG2 YG TALAM DUA MUKA ( EJEN UMNO DALAM PAS) SAHAJA YG INGIN MEMBAWA PAS MASUK KE DALAM UMNO...ALHAMDULLILLAH EJEN2 UMNO INI SUDAH DI TENDANG KELUAR DARI SAF KEPIMPINAN...EJEN2 UMNO INI ADALAH PEROSAK DAN DIPERHAMBAKAN OLEH PANGKAT DAN HARTA...SINGKIRKAN MEREKA...UMNO BIARLAH NAZAK DAN HANCUR DGN KEHENDAK ILAHI...

AH CHONG ABDULLAH said...

Malaysian Waves is about the truth but now dah pandai delete comment from readers yang buat posting against PAS!!

ha,ha

What happen bro

MUTU said...

Jomlah kita cerita pasal pemimpin PAS dan DAP pulak sebab skrg PAS dan DAP dah macam isi dengan kuku.

Orang-orang muda sekarang ini ramai yang hanya tahu pasal sepak terajang politik UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Mereka tak tahu bahawa dalam parti PAS dan DAP pun banyak juga sepak terajang dan tikam belakang.

Macam mana Lim Kit Siang tendang keluar pesaing-pesaing politiknya dalam DAP.Apa Lim Kit Siang sudah buat pada Lee Lam Thye dan Wee Choo Keong.Bagaimana Lim Kit Siang buat komplot untuk ketepikan Kerk Kim Hock untuk menaikkan anaknya Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP.
Kenapa Lim Kit Siang ini kena singkir dari jawatan Setiausaha Agung sebab ramai ahlinya pada masa itu sudah muak dengan sikap kuku besi dan dominannya hingga DAP tewas teruk dalam PRU10.

Bagaimana sepupu sepapat Ngeh dan Nga menjadi terlalu berkuasa dalam DAP Perak hinggakan ahli Parlimen Batu Gajah, Foh Poh Kuan pun hampir tersingkir dari bertanding dalam PRU12 dahulu. Dikhabarkan juga bahawa ADUN Jelapang, Hee Yit Foong bertindak keluar parti DAP pun kerana terlalu bosan dengan sikap gila kuasa Ngeh dan Nga ini dan kesukaan mereka megejek Hee kerana dia ada kecacatan fizikal.

Siapa pula Kamaruddin Jaafar, Hassan Ali, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan lain-lain ini semasa mereka dalam UMNO dulu.
Apa peranan mereka, apa sejarah hidup mereka dan kemewahan yang mereka kecapi dalam UMNO ini.

Ramai orang-orang muda yang mengaku sangat bijak pandai dan memuji muja mereka ini ingin tahu perkara yang sebenarnya

Saya dah muak dengan cerita UMNO dan Barisan Nasional.”Saya nak tau pulak tentang latar belakang pemimpin-pemimpin PAS dan PKR dan DAP

Fakta-faktanya;

1. DAP adalah jelmaan Parti Tindakan Rakyat (People’s Action Party) Singapura. Ia mengambil alih peranan PAP di Malaysia apabila Singapura keluar Malaysia pada tahun 1965;

2. DAP diasaskan pada tahun 1967 dan sejak itu Lim Kit Siang menjadi supremo -- orang kuatnya -- dengan memegang pelbagai jawatan, menjadikannya ketua parti yang paling lama memegang jawatan;

3. Dialah juga ideologue yang menentukan ideologi, dasar dan kepemimpinan parti itu;

4. Dia adalah kata pemutus. Ambil contoh gesaan Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini supaya Anwar Ibrahim berhenti menjadi ketua de facto gabungan tidak rasmi Pakatan Rakyat. Kit Siang menyangkalnya dan berkata itu hanya pendapat peribadi Karpal;

5. Ramai aktivis DAP yang tidak sebulu dengan beliau atau yang lebih karismatik seperti Lee Lam Thye, Kirk Kim Hock dan Wee Choo Keong disingkirkan;

7. Akhirnya, anak beliau, Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agong iaitu jawatan nombor satu DAP dengan Karpal Singh sebagai ketua pada nama “figurehead” sahaja;

8. Kamaruddin Jaafar adalah orang kanan Anwar dalam Abim dan Yayasan Ada. Dia ikut Anwar masuk Umno pada awal tahun 1980an dan melalui Umno membina landasan politik arus perdananya. Seorang yang baik, waras dan intelek;

9. Apabila Anwar disingkir daripada Umno dan Kerajaan pada tahun 1998, dia keluar Umno. Dia tidak menyertai reformasi sebaliknya masuk Pas dan menjadi Ahli Parlimen sejak 1999;

10. Dr Hassan Ali mencipta nama sebagai pakar motivasi keluarga yang berjaya di segi populariti dan kewangan. Dia mencipta nama hasil promosi media massa arus perdana, khasnya radio dan TV.;

11. Mohamed Azmin Ali adalah petugas peribadi Anwar yang paling rapat dan akrab dengan Ketua Pembangkang itu. Pada 1 Okt. 1987, ketika berusia 23 tahun dia dilantik Pegawai Khas Anwar dan seterusnya sebagai Setiausaha Sulit. Azmin amat akrab dengan bosnya sehingga keluarganya dianggap sebagai sebahagian daripada isi rumah Anwar;

12. Abdul Khalid Ibrahim adalah eksekutif korporat yang amat rapat dengan bekas Pengerusi PNB, Allahyarham Tun Ismail Ali. Dia menjadi kaya raya apabila dianugerahkan “golden handshake” berbentuk lima peratus saham Kumpulan Guthrie dan hak menguruskan firma perladangan raksasa itu;

13. Dia didakwa tidak menguruskan Guthrie dengan baik dan pada tahun 2004 dipecat sebagai ahli lembaga pengarah dan ketua eksekutif. Guthrie adalah syarikat kawalan PNB;

14. Tidak lama selepas itu dia menyertai PKR dan bertanding pilihan raya kecil DUN Ijok, Selangor bagi pihak Parti Keadilan Rakyat tetapi tidak menang;

15. Abdul Khalid pernah bergiat cergas dalam Umno tetapi gagal mendapat jawatan di peringkat bahagian lagi. Dia adalah antara pemikir ekonomi bagi Umno dan Kerajaan; dan

16. Sepanjang mengenai sepupu DAP Perak, Ngeh dan Nga, mereka, bersama-sama dengan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar adalah kuasa sebenar di belakang Kerajaan PR walaupun bekas Menteri Besarnya daripada Pas.

Itulah sedikit sebanyak mengenai watak-watak yang penting dalam DAP PAS dan PKR

Perkahwinan ini memang yang terbaik dan memang wajarlah untuk kita meyokong mereka-mereka ini dengan membuta tuli

Hidup PAS hidup DAP

Anonymous said...

TB - Ir Izham Hashim bukannya Izham Ismail, orang yang dah terlalu lama dalam perjuangan pelajar dan pejuangan PAS.

Dia juga adalah Councillor MBSA bersama lagi 3 wakil PAS.

Dia juga adalah team utama PASKAD PAS Selangor, team penggerak pentadbiran kerajaan Selangor untuk mengawal selia seluruh prestasi KPI ADUN dan JPD, dan seluruh jentera parti yang terlibat dik dalam kerajaan.

Selepas Khalid Samad di tukarkan... eventaully semua yg menjadi tunjang utama tersebut ditukarkan juga oleh satu kuasa dalaman Dewan Harian.

Pada masa ini beliau hanya membangtu tanpa diberi satu amanah etc dalam PASKAD.

PASKAD? Terbang bersama SU BPPNS, Ket Penerangan BPPNS, dan sesikapa yag lain yang dilantik tetapi tak memahami sistem kerajaan.

"Binasalah jamaah disebabkan orang dalam jamaah itu sendiri..."

PESANAN: kepada sesiapa pun yang nek memberi komen serta maklumat; banyak maklumat yg korang tulis tu salah dan tak betul. Sila verify! Jangan hina ulamak! PAS berpaksikan ulamak kerana ulamak pewaris nanbi dan rasul. Kita hendaklah m,enegur ulamak jika berlakuk apa2 jua yang silap dalam tindakan.

Bagi semua yg menulis, letakkan iman dihadapan agar tidak melampau!

Jzklh.

Tulang Besi said...



16. Sepanjang mengenai sepupu DAP Perak, Ngeh dan Nga, mereka, bersama-sama dengan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar adalah kuasa sebenar di belakang Kerajaan PR walaupun bekas Menteri Besarnya daripada Pas.


Apada engko ni MUTU, kata nak bawa fakta.

Ni kat atas ni bukan Fakta, tapi FITNAHHHHHHHH

Kalau dah UMNO ni memang tak sah kalau tak menipu

Anonymous said...

Syabas. Saya harap tuan akan terus memerangi kumpulan dalam PAS yang terhegeh-hegeh nak bersama dengan UMNO - unity gomen kunun. Sebenar nya mereka ini dahagakan kuasa dan sanggup duduk satu meja dengan perasuah asalkan ego mereka dipuaskan dengan pangkat dan kedudukan. Mereka bukan perjuang PAS bahkan opportunist yang menggunakan agama sebagai pelindung. Mereka juga adalah racist seperti UMNO yang melaungkan "ketuanan melayu". Haprak punya muslim. Jadi orang-orang seperti Hasan Ali, Mustafa Ali, Harun Taib, Nasharuddin Mat Isa patut dibuang dari memegangi apa-apa jawatan dalam PAS - suruh mereka masuk UMNO lagi baik. Begitu juga dengan ulama2 yang dah lapuk dan berkarat - dah berzaman zaman masih belum dapat menunjukkan prestasi sebagai pemimpin; masih berpolitik seperti orang ulu yang dah ketinggalan zaman dan tak pula mengetahui dan memahami apa yang diperlukan oleh rakyat dan negara. Bandingkan lah mereka ini dengan DS Nizar. Kalau nak menang dalam pilihan raya depan PJ2 Negeri mesti di tukarkan kepada yang lebih dinamik - buangkan tunggul2 yang sedia ada.

nizamtoha said...

Kenapa Allahyarham Ustaz Fadhil Pilih Ust Nasa?

so think about it!

Anonymous said...

nzam wrote

"Kenapa Allahyarham Ustaz Fadhil Pilih Ust Nasa? "

Sebab masa tu, Ust Nasa elok perangainya. Tapi selepas itu, dia telah dirosakkan fikrahnya terutama selepas berkawan dengan Geng Kayu.

Anonymous said...

Dr Kayu, Profesor Tidak Bermutu

http://diskopi.wordpress.com/2009/03/11/pensyarah-ukm-tidak-bermutu/


Dr Kayu, seorang yang bertubuh kecil, tetapi berjiwa besar. Mahu mencatur politik Malaysia dengan menunggang seorang Ulama’ yang Soleh bernama Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Di Selangor, beliau bertanggungjawab melaga-lagakan Dewan Harian PAS Selangor untuk memecat Khalid Samad dan Saari Sungip bersama Ust Zain.

Beliau bertanggungjawab mencantas Dr Syed Azman daripada SU Politik TGHH dan menggantikan Dr Suri yang sememangnya anak didik beliau yang sangat patuh.

Beliau seorang yang licik politik.

Sangat anti kepada bekas ahli JIM di dalam PAS.Bekas ahli JIM di dalam PAS dilayan lebih teruk daripada UMNO. Tidak hairan kalau surat layang di dalam pemilihan muktamar PAS pada tahun ini bertaburan dengan isu JIM cuba menguasai PAS.

Dikatakan penggerak utama blog antihusam.blogspot.com

Melalui NGO yang diketuai beliau ILMUWAN, beliau cuba menguasai kesemua sumber-sumber di dalam negeri Selangor melalui exco-exco PAS yang ada di dalamnya.

Apabila perancangan beliau kurang berjalan lancar, beliau berkempen untuk melaga-lagakan PAS dengan PKR dan DAP dengan mengwujudkan idea Muzakarah dan Kerajaan Perpaduan.Agar PAS lebih cenderung untuk bergabung dengan UMNO.

Anonymous said...

tak pa hari ini hari hang. Esok lusa hang tak tau lagi macam mana.

Dalam pertandingan memang dah adat ada menang ada kalah. tapi ana lihat kalah roslan sms bukan sebarang kalah. kalah beliau sebab ada ular dalam selimut di kawasan sendiri yang ada terselit sedikit perasaan ingin berkuasa. Memang pada dasarnya ada nampak rasa inginkan perubahan tapi bila dikaji sedalam-dalamnya ......oooooiii rupanya ada udang disebalik mee. pandai sungguh geng-geng hang ni rupanya.

ana dengar cerita kekalahan roslan bukan banyak mana sangat dengan si izam MBSA tu. kalu betul orang-orang dia memang menolak dia awat dia kalah tak teruk sangat. cubalah hang pikiak sikit tulang besi oooi. tapi sapa yang tak kenal hang masa kini, manusia yang pakar mengutuk orang. hang tungguhlah ye, masa hang akan sampai juga di satu masa nanti, bersabaq okay.

izam MBSA pun bukan tak buat silap. ada....tapi ana bukan jenis suka sebar keburukan dia. biar tuhan saja yang menentukan. tapi soal hang, memang ana berdoa semuga Allah laknatkan diri hang yang memang jahat dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. hang paham sendiri sudah lah.

hang tunggu no!!!

Tulang Besi said...

Sebenarnya Roslan kalah teruk. Cumanya jumlah undi tak dinyatakan secra umum.

So, jgn la nak auta yang kau tau berapa undi Roslan SMS kalah.

Sebenarnya ahli2 PAS benci dengan opportunis mcm Roslan SMS dan Ustaz Mat Zain etc.

MEreka2 ni beroperasi untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk kepentingan Jemaah.

Samalah mcm geng2 pemuda tu semua yang beroperasi untuk kepentingan diri sendiri

Muslimat dan Pemuda Negeri buat memo untuk mintak PJ ditukar semata-mata kerana tak dapat jawatan dalam kerajaan negeri.

bukan bertujuan untuk kepentingan jemaah,

Tulang Besi said...

tapi soal hang, memang ana berdoa semuga Allah laknatkan diri hang yang memang jahat dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. hang paham sendiri sudah lah.Takpa doa la terus menerus. Ana sendiri pun tak takut doa enta sebab ana tak buat apa2 kesalahan.

Kalau mendedahkan korupsi dan salah guna kuasa orang lain tu salah, tak tau la nak cakap apa.

Hahahahaha bunyi pun dah macam UMNO enta ni.

Jangan doa tu makan diri sudah lah.

Anonymous said...

TB nak kata sesiapa yang tak ikut dia semuanya salah... APA DIA INGAT DIA NABI KA????

Tulang Besi said...

TB nak kata sesiapa yang tak ikut dia semuanya salah... APA DIA INGAT DIA NABI KA????Bagi hujjah la bro. Ckp kosong mcm ni sapa nak dengar?>

Anonymous said...

memang jahat betul la TB ni... seorang ulama Taib Azamudden Md Taib kalah sebagai timbalan yang dipertua dia happy... ust Azamudden, sape tak kenal... tapi TB suka... walao.. mmg TB perosak...

Anonymous said...

"Tulang Besi said...

Sebenarnya Roslan kalah teruk. Cumanya jumlah undi tak dinyatakan secra umum.

So, jgn la nak auta yang kau tau berapa undi Roslan SMS kalah.
Woi TB, Roslan kalah 10 undi dari 102... jgn lah buat senonong aje buat fitnah.. kitaorg tau ko punya 'fakta' sebenarnya bukan fakta.... ko banyak memfitnah..

Tulang Besi said...

10 dari 102 tu dah dekat 10%. 10% tu kira very teruk untuk seorang YDP yang dah pegang lebih beberapa penggal+pegawai Presiden PAS.

Lepas tu Tn Guru Haji Hadi dtg rasmi mesyuarat agung pulak tu.

Sepatutnya dia menang majoriti 50 undi la.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

memang jahat betul la TB ni... seorang ulama Taib Azamudden Md Taib kalah sebagai timbalan yang dipertua dia happy... ust Azamudden, sape tak kenal... tapi TB suka... walao.. mmg TB perosak...

April 14, 2009 6:10 PM
.

Kau ni ngigau ke? Ada ke artikel aku ni sebut pasal ustaz taib azamuddin?

Kes ustaz taib ni ada ceritanya dan saya amat bersimpati dengan beliau.

nasir said...

Roslan kalah tapi masih bersama dengan perjuangan itukan elok . Orang2 yang asyik mengadu domba untuk megeruhkan suasana .. menambah bibit kebencian diantara pejuang2 Islam .. Entah apa yang difikiran .

Islam bukan tertegak dengan tokoh dan bukan dengan individu tetapi Islam itu tertegak dengan syura dan muafakat . PAS sekarang telah meletakkan Keputusan Syura yang tertinggi dalam menentukan sesuatu perkara .. Itu istimewannya kepimpinan Ulamak . Apa2 keputusan akan dibawa kemajlis syura dahulu .
Semua tak terlepas dari silap dalam melakukan perhitungan dan keputusan sudah disebabkan akal manusia ini memang cetek .

Sudahlah TB . Cara serangan anda seperti serangan dendam kesumat ..kritikan anda kritikan untuk menjatuhkan bukan untuk membangunkan.

Janganlah terlalu meletakkan harapan kepada tokoh nescaya kelak akan kecewa . Tokoh itu boleh berubah dan pergi .. tapi harapan kepada perjuangan Islam akan kekal biar siapapun yang menerajui ..selagimana ianya bertakwa dan berahklak ...

Tulang Besi said...

Islam bukan tertegak dengan tokoh dan bukan dengan individu tetapi Islam itu tertegak dengan syura dan muafakat . PAS sekarang telah meletakkan Keputusan Syura yang tertinggi dalam menentukan sesuatu perkara .. Itu istimewannya kepimpinan Ulamak . Apa2 keputusan akan dibawa kemajlis syura dahulu .
Semua tak terlepas dari silap dalam melakukan perhitungan dan keputusan sudah disebabkan akal manusia ini memang cetek .
Adakah itu bermakna kita boleh meletakkan pendapat dan keputusan Tok Guru Nik Aziz disebelah?

Ataupun meletakkan Tok Guru Nik Aziz dibelakang?

Anonymous said...

Roslan sms dinyahkan?

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! WALILLAHILHAMD!!

Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunlah dosa umatmu yang satu ni. Pandai kelentong rupanya dianya.

Menyebarkan maklumat yang tak betul. Sudah terang lagi bersuluh masih mahu menegakkan benang yang dah terkena minyak. Mmg patut org cakap pasal hang, pasal blog hang, jadi barua seseorg rupanya.

Blog ini sekadar boleh dibaca sbg lawak jenaka saje. tapi nak dpt maklumat sahih kena pikiak 1000 kali. Roslan sms tidak kalah teruk dlm pemilihan ari tu.Batang hidung hang pun tak nampak ari tu.

lagi satu jgn hang takut jika dipanjatkan doa buat hang. Bukankah hang juga suka berdoa utk org lain. Awat risau ka!!!!!

Kalu kena btg hidung sendiri tak suka kan!!!!
Apalah anta ni......

Anonymous said...

"""Izham memberitahu Malaysiakini, Roslan tewas akibat dua faktor utama – pertama, kecenderungan ahli-ahli menolak isu kontroversi tersebut, termasuk cadangan Abdul Hadi menganjurkan kerajaan campuran, dan juga beliau dikatakan tidak rapat dengan pemimpin-pemimpin cawangan"""

Apa crite ni bro, kawan hang ni. ada 11 cawangan dlm kawasan dikatanya tak rapat dgn pemimpin cwg. Sapa sbenarnya tak rapat. Kawan hang ni mai mesy pun 6/9 kali je.nak kata ape lagi.

dia pun tak pernah nampak btg hidung di kaw sebelah roslan. dok sibuk ngan MBSA dia je.

Duta kasih Sayang said...

Aku, kau dan dia adalah satu
Selama ini, aku banyak membisu, membatu
Mengimpikan yang indah-indah dan juga berlagu
Berlagu dan membiarkan masa terus berlalu...

Dewasa ini,
pergolakan jiwa dan minda
memisahkan kau dan dia
tetapi tidak aku

Kau dan dia, menghidupkan aku
Aku berperanan untuk menyatu!
Kerana aku, kau dan dia,
'kita' adalah SATU!

p/s:Ulamak serta Profesional
Merka adalah Amilin.

Anonymous said...

Duta Kasih Sayang

Lain macam aje. Ada unsur wahdatul wujud ke? :-)

Azha

Duta kasih Sayang said...

Wahdatulfiqh :)

Anonymous said...

Nizar for Timbalan Presiden Pas

Anonymous said...

Saya mencalonkan Dato'Seri Nizar as
Timb Presiden Pas.Bukan suatu yang
pelik lagi,populariti Dato Seri dh
menjangkau ke peringkat kebangsaan.
Dato Seri dilihat sebagai faktor penyatu proksi2 dalam Pas malah dpt
juga menjadi faktor penyatu kepada komponen2 Pakatan Rakyat.Kalau nak dilihat dari segi kematangan,umur52tahun memang sesuai untuk diangkat menjadi timbalan berbanding 2 lagi calon yang lbih muda dri Dato Seri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.