Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 22, 2009

PAS Mesti Bersedia Menjadi Pengganti UMNO, Bukan Rakan UMNO

Saya nak bagitau apa sebenarnya sebab ahli2 PAS rata-rata menolak idea ”Muqabalah” dan ”Kerajaan Perpaduan”(Kerajaan Nasional). Ianya bukanlah sebab mereka benci pada Presiden PAS. Ahli2 PAS rata-rata masih sayang dan memberi ”baiaah” kepada Presiden PAS. Ramai yang sanggup mati untuk mempertahankan Presiden PAS.

Saya boleh simpulkan dua faktor utama yang membuat ahli PAS menolak terus idea kerajaan nasional atau perpaduan ini.

Faktor pertama adalah ”timing” kenyataan itu dibuat. Ianya dibuat beberapa minggu selepas kerajaan Perak dijatuhkan dengan cara yang amat hina sekali. Di kala itu perasaan benci pada UMNO berada di tahap maksima dan semua ahli PAS tidak mahu berada walau sedikit pun berdekatan dengan UMNO.

Tiba-tiba cadangan kerajaan perpaduan dibuat sewaktu kebencian ahli2 PAS kepada UMNO berada di kemuncak. Oleh sebab itulah Tok Guru Nik Aziz menentang idea ”kerajaan perpaduan” ini dengan membidas Tuan Guru Presiden secara terbuka. Ianya manifestasi kebencian serta kekecewaan ahli-ahli PAS kepada UMNO.

Juga, idea kerajaan perpaduan ini idea yang tidak berpijak di bumi nyata dan mustahil dapat dilaksanakan dalam konteks Malaysia kini. Jelas, Tuan Guru Presiden telah ditipu oleh penasihat-penasihat beliau. Kasihan Tuan Guru Presiden yang mempunyai penasihat yang separuh tiang.

Sebab yang mudah adalah kerajaan nasional ini hanya dilaksanakan dalam keadaan sesebuah negara berada dalam keadaan darurat atau gawat yang sangat besar. Masaalah ekonomi di Malaysia adalah lantaran dari hasil kerja tangan UMNO melalui amalan korupsi, kronisma dan nepotisma mereka. Apakah dengan membawa mereka dalam sebuah kerajaan perpaduan dalam menyelesaikan masalaah ini?

Semua Ahli-Ahli PAS Mahu PAS Mengganti UMNO Sebagai Pemimpin Orang Melayu/Islam


Inilah dia faktor yang kedua dan yang paling besar. Rata-rata ahli PAS meninggalkan UMNO atau menolak UMNO sejak dahulu sebab mereka sudah tidak percaya lagi dengan kepimpinan UMNO.

Mereka telah ditipu oleh UMNO terlalu banyak kali sehingga mereka hilang perkiraan berapa kali mereka telah ditipu. Penipuan terbesar UMNO adalah berkaitan dengan Islam dimana UMNO menjadi batu penghalang terbesar kepada perlaksanaan Islam di Malaysia.

Oleh sebab itu ahli-ahli PAS memilih PAS dan meninggalkan UMNO kerana mereka mahu kepimpinan yang baru dalam hidup mereka. Mereka tidak mahu lagi UMNO memimpin mereka tapi mereka mahu PAS memimpin mereka.

Naluri manusia memerlukan kepimpinan seperti naluri manusia memerlukan makanan dan minuman. Oleh sebab itu, mereka memilih untuk duduk di bawah kepimpinan PAS. Tidak hairan dalam setiap kitab-kitab akidah islamiyyah, soal akidah mesti diletakkan dalam kitab yang sama dengan permasalaahan kepimpinan.

Selepas 2008, tiba-tiba PAS melonjak naik. Tiba-tiba bukan sahaja PAS diberi peluang memimpin ahli-ahli PAS tetapi PAS juga diberi peluang memimpin rakyat Malaysia dari berbilang bangsa. Hati ahli-ahli PAS melonjak di dalam kegembiraan. Ini bermakna pemimpin yang mereka pilih sudah mampu menjadi pemimpin kepada rakyat Malaysia.

Dengan kata lain, tindakan2 yang sepatutnya diambil oleh kepimpinan PAS sepatutnya mengarah kepada menjadikan PAS parti yang selayaknya menggantikan UMNO.

Disangka Panas Sampai Ke Petang....

Namun, sayang seribu kali sayang. Sejurus selepas PRU 2008, sebahagian kepimpinan telah membuat keputusan untuk berselingkuh dengan UMNO. Dengan erti kata lain, mereka telah berbincang dan bertemu dengan pimpinan UMNO tanpa pengetahuan semua AJK PAS Pusat dan tanpa pengetahuan Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz.

Dan yang lebih menyedihkan, kepimpinan yang terlibat itu telah sanggup menipu kepada rakyat umum serta kepada semua ahli-ahli PAS. Apabila ditanya, mereka telah menafikan sama sekali berjumpa dengan UMNO.

Di belakang mereka telah membuat konsipirasi untuk memastikan semua ahli PAS menyokong tindakan mereka hendak membawa PAS kepada UMNO. Antara konsipirasi itu adalah percubaan mereka mempengaruhi Pemuda2 PAS tanpa pengetahuan Ketua Pemuda sendiri di dalam menyokong usaha ”Muzakarah PAS-UMNO”.(Rujuk artikel saya ” Roslan SMS Harus Nafi Cerita Ini!!!!” - http://www.malaysiawaves.com/2008/10/roslan-sms-harus-nafi-cerita-ini.html)
Bayangkan sehingga ke tahap tidak ada langsung kata simpati kepada Anwar Ibrahim sewaktu beliau difitnah dalam isu liwat-Saiful. Apabila ditanya berkenaan isu Anwar Ibrahim ini, boleh dijawab:

Soalan:Dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?
Jawapan: Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah. ”

Langsung tiada kata simpati. Hanya Tok Guru Nik Aziz sahaja yang pergi melawat Anwar dan menyatakan simpati beliau bagi pihak PAS kepadanya.
Selepas itu,berlakulah rentetan peristiwa demi peristiwa yang telah melibatkan Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan beberapa kenyataan dan berakhir dengan kenyataan umum yang dibuat Tok Guru Nik Aziz mengkondem idea ”Kerajaan Perpaduan” ini.

Semua Ini Mengecewakan Ahli-Ahli PAS

Semua ahli PAS kecewa dengan perkembangan ini. Ahli-ahli PAS hendak melihat PAS maju dengan manjadikan PAS parti yang diterima semua masyarakat Malaysia tanpa mengorbaknkan prinsip Islam.

Lebih-lebih lagi PAS dilihat sebagai parti yang bersih berbanding dengan UMNO yang sangat kotor dan najis.

Jadi, tidak hairanlah dalam Muktamar2 Kawasan kekecewaan ini terserlah sehingga menantu Tuan Guru Presiden juga ditolak perwakilan.

Kepimpinan PAS Masa Depan


PAS mestilah dipimpin oleh merekayang mampu menjadikan PAS parti pengganti kepada UMNO.

Bukan pemimpin-pemimpin yang akan membawa PAS menjadi kawan dengan UMNO.

PAS mesti memimpin agenda ”Islam sederhana” di Malaysia yang mana kesederhanaan itu tidak mengorbankan prinsip Islam dan perkara yang ”Qat’ii” dalam Islam.

PAS pernah cuba untuk memimpin agenda ”nasionalisma Melayu”semasa PAS dipimpin Dr Burhanuddin Helmi dan berjaya mendapat sokongan yang mantap dari majoriti orang Melayu tanpa mengorbankan prinsip Islam. Mengapa tidak sekarang dengan agenda ”Islam sederhana”?

Para perwakilan mesti memilih pemimpin-pemimpin yang akan membawa PAS menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan mampu memimpin Malaysia itu sendiri.

Para perwakilan harus menolak semua pimpinan yang mahu membawa PAS hanya menjadi parti sampingan atau parti pembangkang. Status pembangkang hanya layak bagi UMNO dan bukannya PAS.

Kiranya salah pilih pemimpin, maka PAS akan kehilangan peluang keemasan ini buat selama-lamanya. Rakyat akan hilang kepercayaan kepada PAS dan payah untuk PAS mendapat balik kepercayaan rakyat kepadanya.

Dan yang paling penting, perwakilan mesti memilih barisan pemimpin yang akan menjadi pemimpin kepada UMNO, bukannya rakan.

Tulang Besi

41 comments:

Anonymous said...

PAS mesti bersedia menjadi pengganti UMNO tetapi tanpa mengadaikan prinsip2 Islam yang didukung selama ini.

Di Kelantan prinsip2 Islam tidak di lupakan tetapi di Selangor,Kedah dan Perak(semasa memerintah) semua telah di kompromikan.

Jika kumpulan Erdogen berjaya mentadbirkan PAS maka akan terkuburlah cita2 negara Islam.Kumpulan ini adalah berkiblatkan Anwar Ibrahim dan begitu taksub sekali.

Anwar cuba untuk kontrol UMNO tetapi gagal,kini dia mencuba untuk kontrol PAS pula.

PAS mesti bersedia menjadi pengganti UMNO tetapi jangan se sekali menjadi macam UMNO!

Ingat perjuangan saudara2 kita di Palestin?Apa terjadi bila Arafat mengadaikan perjuangan PLO?Mereka meninggalakn PLO dan menyambungkan perjuangan mereka dengan parti baru HAMAS.

Ini mungkin berlaku didalam PAS sekiranya Ulamak2 di pinggirkan dan diganti oleh kumpualn Erdogen Anwar ini.

Anonymous said...

Maaf tersalah taip perkataan meninggalkan

"Mereka meninggalkan PLO dan menyambungkan perjuangan mereka dengan parti baru HAMAS."

Tulang Besi said...

Di Kelantan prinsip2 Islam tidak di lupakan tetapi di Selangor,Kedah dan Perak(semasa memerintah) semua telah di kompromikan.

Jika kumpulan Erdogen berjaya mentadbirkan PAS maka akan terkuburlah cita2 negara Islam.Kumpulan ini adalah berkiblatkan Anwar Ibrahim dan begitu taksub sekali.
.

Erdogan ni yang maki Presiden Israel hari tu kan?

Stkt yang diketahui, lawan kumpulan "erdogan" ini adalah fraksi UMNO.

Fraksi UMNO mahu PAS duduk sebaris dgn UMNO yang menjadi hamba tokeh judi dan arak.

juga, ada bukti tak yang prinsip Islam telah tergadai di semua negeri PR?

Bukan Husam Musa ke yang kata PAS akan tetap perjuangkan hudud?

Tulang Besi said...

Ingat perjuangan saudara2 kita di Palestin?Apa terjadi bila Arafat mengadaikan perjuangan PLO?Mereka meninggalakn PLO dan menyambungkan perjuangan mereka dengan parti baru HAMAS.

Ini mungkin berlaku didalam PAS sekiranya Ulamak2 di pinggirkan dan diganti oleh kumpualn Erdogen Anwar ini.
.

Apadaaa kau ni, HAMAS wujud masa Arafat hidup lagi.

Dan mereka tubuh Hamas bila PLO dah terlampau lemah dan gagal dlm segala usaha mereka membebaskan Palestin.

Bukan sebab kumpulan Islam dipinggirkan.

PASModerat said...

Bilakah Anwar mengkontrol PAS ?. Ini tak benar. Anwar pun tak mampu kontrol DAP. Takkan boleh kontrol PAS, lagi susah.

PAS pun adalah parti siasah. PAS ada strategi sendiri. Anwar boleh berstrategi tetapi PAS yang akan berjaya sebab strategi PAS adalah Islam.

Tok Guru melihat kehadapan bukan macam sesetengah kita...

Grand Marquis said...

Anon (April 22, 2009 1:40 PM) memberikan satu pandangan yang wajar kita fikirkan. Kenapa PAS kelantan mampu memerintah negeri tanpa perlu menggadaikan prinsip-prinsip Islam, tetapi PAS di Perak, Selangor dan Kedah terpaksa menggadaikan prinsip-prinsip Islam (malah banyak berita-berita blog yang orang tempatan yang mengkhabarkan maksiat makin bercambah dalam pemerintahan PR)?

Jawapannya mudah, kerana kemenangan PAS dikelantan dicapai oleh umat Islam sendiri dan kemenengan pas di tempat lain dicapai secara short cut dengan bantuan puak-puak kafir dan liberal.

Pas seharusnya mempertimbangkan secara wajar, apakah mereka mahu kuasa mee segera ataupun kuasa yang dibentuk dengan asas yang kukuh (macam di kelantan). Tetapi nampaknya suara mereka yang mahu kuasa mee segera amat kuat dan didokongi pula oleh golongan erdogen.

Tulang Besi said...

Kenapa PAS kelantan mampu memerintah negeri tanpa perlu menggadaikan prinsip-prinsip Islam, tetapi PAS di Perak, Selangor dan Kedah terpaksa menggadaikan prinsip-prinsip Islam.

Iye ke? Grand Marquis boleh bagi satu bukti?

Grand Marquis ni mempunyai imaginasi yang tidak terbatas

Anonymous said...

Non-Malaysians are now 100$ behind Pakatan Rakyat and PAS and other PR parties must get ready to be pengganti UMNO in the future. I voted for PAS last GE because deep down in my heart, I know Islam is indeed a great religion, and a just, fair and compassionate religion. I believe what the Erdogan faction is doing is right and you can see it happening in Perak-never before have Malays and non-Malays love a PAS leader like Nizar so the future is bright for PAS, as long as it reaches out to other non Moslem Malaysians.

nasir said...

Sudahlah TB ,

Kalau kat Selangor cuba bagi tahu dah berapa Kedai Judi ditutup .. Nak had premis jualan arak pun PKR mengelabah sedangkan itu cadangan DAP.

Kita lupakan saja kilang arak . Kalau dulu berceramah berdegar2 hentam kilang arak . Sekarang mungkin dah segan nak sebut 2 kilang di selangor .

Rumah urut tetap macam dulu jugak tak nampak berkurang .....

cuma saya boleh katakan baik la dari UMNO memerintah dulu .

Anonymous said...

terima kasih kepada saudara nasir kerana menjawab soalan tulang besi.

saya nak tanya lagi(selangor/kedah/perak)

program islam apa yang baru(yang dulunya tak ada zaman BN)bagi contohnya

pelajar2 islam ada dapat pertolongan lebih dari dulu tak? bagi contohnya

masjid/surau ada lebih aktif dari dulu tak? di kawasan kota anggerik solat jumaat atas jalan batu

suara PAS didengar tak? bagi contohnya

Anonymous said...

PAS harus lupakan agenda dengan UMNO dan tumpukan strategi di semua kerusi Melayu yang bakal ditandingi oleh PAS supaya PAS menang dan seterusnya memimpin Pakatan Rakyat. Adapun 5 tahun sekarang ini adalah tempoh percubaan. Ada hikmahnya.

ISLAM PALING UTAMA said...

Syabas sdr Tulang Besi atas artikel yg sangat baik ini.

Artikel ni sangat wajar dijadikan renungan dan neraca buat ahli2 PAS memilih kepimpinan pada muktamar tidak lama lagi.

Ini kerana, saya secara peribadi merasa kasihan terhadap TG Presiden yang telah diperalatkan oleh penasihat2 fraksi UMNO dikeliling beliau. Penasihat2 ini kebanyakannya baling batu sembunyi tangan, dan TG Presiden lah yang menjadi mangsa/objek kemarahan ahli2 akar umbi.

Akan tetapi, adakah untuk pemilihan kali ini, kita harus membuat pilihan berasaskan sentimen "KESIAN"?

Adakah kerana KESIANKan TG Presiden, menyebabkan kita harus mengekalkan beliau sbg Presiden?

Nauzubillah min zalik jika itu neraca kita. Seolah2 kita mendahulukan syakhsiah berbanding keberkesanan perjuangan Islam.

Oleh kerana zaman sudah berubah, dan cabaran2 yg wujud juga sudah banyak berubah, maka kepimpinan yang perlu kita pilih ialah mereka yang mampu menjawab segala cabaran dengan BERKESAN.

Neraca kita harus OBJEKTIF, bukan atas dasar sentimen KESIAN atau menolak kepimpinan ulama, kerana kepimpinan dalam PAS ialah kepimpinan secara syura dan jamaieyah.

Jika kita sayangkan parti kita dan lebih2 lagi sayangkan Islam, kita harus BERANI membuat perubahan, supaya kepimpinan kali ini mampu memacu PAS ke dalam mainstream nasional yang dahagakan kepimpinan Islam yang mampu memimpin semua rakyat Malaysia, termasuk non-Muslim.

Dan apabila melihat fenomena penolakan yang kuat oleh akar umbi terhadap team pro-muzakarah, saya gembira kerana ini tandanya Allah masih sayangkan PAS dan tidak membiarkan PAS dibawa ke lembah kehancuran..

Apa yang lebih menggembirakan saya ialah melihat bahawa demokrasi dalam PAS masih sangat subur, di mana seorang Presiden pun mampu ditolak sekiranya akar umbi merasakan beliau tidak berkesan atau tidak perform, atas neraca meletakkan perjuangan Islam lebih penting drp nak menjaga hati pemimpin..

Pertandingan jawatan2 pula adalah didasarkan kepada kemahuan masing2 untuk memberi sumbangan yang terbaik kepada PAS..bukan seperti UMNO yang kotor dengan najis politik wang...

Bukankah budaya demokrasi dalam PAS sangat baik ketika ini? Bukankah kita lebih mementingkan prestasi berbanding personaliti?

Akhir kata, saya menyeru semua perwakilan PAS untuk MEMBUAT PILIHAN ATAS NERACA YANG OBJEKTIF, BERHUJAHKAN PRESTASI/KEBERKESANAN, BUKANNYA SYAKHSIAH, dengan niat yang ikhlas semata2 kerana Allah..

Anonymous said...

I would like to respectfully disagree with the views of Grand Marquis. I do not agree that other PR states like Selangor, Penang are run in any way inferior to Kelantan. I am not a religious scholar but I know Islam is a just, tolerant and compassionate religion. About kedai judi and kedai arak, it does not change anything...try going to Bahrain and Dubai and you will get what I mean. If I follow your logic, then these 2 Moslem countries are not Islamic since there are so many vices there...I was shocked in a recent visit this year that in the biggest mall in Dubai, Dubai Mall, walking distance to the tallest building in the world, there even have a Pork Shop inside a British Waitrose supermarket..so the moral of the story is that we should be more tolerant of each other and respect everyone as a fellow human being...and do not judge others...

Tulang Besi said...

Nasir ckp:

Kalau kat Selangor cuba bagi tahu dah berapa Kedai Judi ditutup .. Nak had premis jualan arak pun PKR mengelabah sedangkan itu cadangan DAP.

Kita lupakan saja kilang arak . Kalau dulu berceramah berdegar2 hentam kilang arak . Sekarang mungkin dah segan nak sebut 2 kilang di selangor .
.

Setau saya semua kwsn Melayu di Selangor telah tidak diizinkan penjualan arak termasuk di 7-11.

Ini telah mula dilakukan di shah Alam dan Kelang.

Dan akan menular ke tempat2 lain selepas ini.

Saya nak tanya, brp premis judi baru yang wujud di Selangor setelah PR ambik alih kuasa?

Pigi dah Nasir, ckp mcm org takda otak.

banding dgn bawah UMNO dulu, Islam lebih terjamin dan lebih terlaksana bawah PR skrg ni.

Dan sekali lagi,saya cabar, apa dia perkara yang melanggar syariat yang telah dilakukan oleh PAS sepanjang duduk dalam kerajaan PR ni?

Tulang Besi said...

Rumah urut tetap macam dulu jugak tak nampak berkurang ..... .

Errr rumah urut ni salah ke dlm Islam?

Kalau u kata pelacuran, mmg skrg ni tgh ambik tindakan.

tapi nak buat mcmna kalau mcm di Selangor semua urusan agama diserah pada Sultan?

Tulang Besi said...

pelajar2 islam ada dapat pertolongan lebih dari dulu tak? bagi contohnya,.

Iye sebab peruntukan SAR disambung semula, hatta kerajaan DAP di PEnang

masjid/surau ada lebih aktif dari dulu tak? di kawasan kota anggerik solat jumaat atas jalan batu.

Sbb masjid dah makin aktif dan khutbah dah makin menarik sbb takda kongkongan.

Jadi org makin ramai solat jumaat.

suara PAS didengar tak? bagi contohnya.

Sejak bila suara PAS tidak didengar?

boleh bagitau tak?

Islam Untuk Semua said...

Islam Paling Utama

Penghujahan yang sangat bernas. Bertepatan dengan semangat syura dan merit di dalam Islam

Grand Marquis said...

Dear Anon April 22, 2009 3:49 PM,

Thank you for a graceful response. What you said is indeed true. Islam definitely have certain level of tolerance when living in a multiculture, multireligion society.

What I want to highlight is not Islam, but is about the attitude of people. Some people under certain political label like to lambaste other groups of not implementing this or that, not forbidding this vice and that vice. But when they are given the opportunity, nothing changes, and yet they keep on going around harping on the same issues that the other groups not implementing this and that, not forbidding this vice and that vice.

When other people do it, they lambasted them of not implementing the hukum of Allah. But when they do it themselves, they said it is about compassion, tolerance and respect for the people of other faith.

This is the attitude that put me off. Nothing about Islam being authoritarian etc.

Abuzar said...

Syabas TB cuba merungkai kemelut PAS.

Idea "Kerajaan Perpaduan" - satu petunjuk Illahi atau umpan berkait UMNO?

Ketika UMNO rampas kuasa Kerajaan PAS Terengganu,
Ketika UMNO ranapkan Kerajaan PAS Kelantan,
Ketika UMNO bunuh pendokong PAS Memali,
Ketika UMNO sekat peluang subsidi/ ekonomi/ pendidikan kepada pendokong PAS yang miskin,
Ketika UMNO diskriminasikan Kerajaan & Pemimpin Kerajaan PAS Kelantan sekarang,

Ketika itu, tiadakah dihati mereka, UMNO, yang berlidah munafik ini merasakan sekurang2 jiwa ehsan "kesianilah orang Melayu PAS"?

Mengapa ada pemimpin PAS sangat dahagakan "perkongsian kuasa dengan UMNO" yang menyongsangkan politik orang Melayu dari Islam?

Apakah terlalu dangkal pimpinan PAS sedia menghulur leher kejerat kemunafikan UMNO sejak 60 tahun lampau itu?

Masyarakat Malaysia "lari" dan "takut" dengan konsep undang2 Islam (termasuk hudud) kerana dakyah jijik UMNO!

UMNO jika jujur dengan Islam & Melayu, laksanakan prinsip & syariat Islam walaupun tanpa PAS atau mana2 pihak. Islam bukan milik PAS saja. Rakyat akan sokong mereka.

Tetapi isu, UMNO dalam keadaan tersepit ini, menghulur tangan untuk selamatkan kuasa & pembolotan harta pemimpin2 mereka saja.

PAS sudah tentu matang berpolitik tidak membiarkan perjuangan Islam yang syumul ini dihanyutkan oleh segelintir pemimpin PAS yang termakan gula-gula UMNO.

PAS perlu pimpinan yang istiqamah, dinamik dan berkemampuan membawa Islam dan PAS kepersada arus perdana rakyat Malaysia dan global.

Anonymous said...

Bagi kaum bukan Islam kebanyakan kita sokong PAS selagi ada Tok Guru,Hadi,Nizar dan lain-lain ketua yg cintakan semua rakyat tak kira warna kulit.Perkara lain seperti arak,judi dll boleh dihapuskan sama sekali apabila diterangkan baik sebab ia bukan sesuatu yg penting.Yg penting PAS mesti bersih,adil dan ikhlas sebagai pemerintah-jangan macam parti bermaharaja sekarang.

Anonymous said...

Salam TB, the article ever from u. Saya tengok TG Hj Hadi jadi mcm ni pasai beliau duduk di Terengganu, banyak masa dgn tokoh2 aliran lama disana. Sebab tu, dlm tsunami Mac08 Terengganu tak terkena jugak, walaupun di Kelantan gelombangnya cukup besar. Nak salahkan SPR semate? Atau pemikiran politik tokoh2 disana masih dlm "keakuan PAS" yg totok dan tak boleh bergaul dgn org lain. Jadi kalau nak kekalkan Ust Hadi jadi pres, ajk pas pusat kena terus-terang dgn beliau supaya pindah segera keKL, pusat putaran politik nasional kita. Bila hari2 bergelumang dgn realiti, barulah layak jadi pemimpin nasional ganti umno.

Bengang said...

Kepada para pengkomen,

Tolong.... jika hendak memberi sokongan peribadi, jangan dihujahkan sebagai sokongan dari rakyat. Sokongan peribadi seseorang tidak boleh disalah tafsirkan sebagai sokongan mewakili semua orang. Kamu ada tanya semua orang ada setuju dengan mu ke?

Anonymous said...

Siapakah yang labelkan golongan Erdogan. Apakah dalam jemaah Islam tidak boleh berbeza pandangan. Bila sahaja berbeza pandangan lalu diberikan berbagai gelaran. Nak kuatkan hujah terus serang perlaksanaan Islam dan bandingkan dengan Kelantan. Apakah tidak mahu ambil peduli siapa pengundi di kelantan dan siapa pula pengundi di lain negeri Pakatan. Orang dah bagi sokongan kepada Pakatan rakyat termasuk PAS didalam nya patut nya perlihatkan kebijaksanaan, ini tidak nak tunjukkan dia yang lebih islamik. Jangan terikut kalimah UMNO. Pemimpin PAS di negeri lain daripada Kelantan perlu tonjolkan keindahan kepimpinan islam, bukan cari jalan mudah memegang tampuk pemerintahan sahaja.

baru menang 6 kerusi, 5 kerusi dah rasa berhak. Pandang kiri kanan jugalah, orang lain pun menang lebih banyak kerusi. Bersabarlah kerana Islam pasti menang. DS Anwar juga perlu dihargai aura nya yang membawa perubahan tetapi bukan nya faktor yang menjadi penentu kepada PAS. Dalam PAS, Jemaah nya lebih berkuasa dari pemimpin, pemimpin hanya pelaksana kehendak jemaah. Pandangan pemimpin boleh sahaja di tolak oleh jemaah tetapi pandangan jemaah apatah lagi telah diputuskan dalam muktamar sesekali tidak boleh ditolak oleh pemimpin.

Kalau pemimpin mendapatkan pandangan jemaah terlebih dahulu, pasti tidak berlaku seperti apa yang melanda waktu ini. baliklah ke pangkal jalan untuk teruskan perjuangan bersama jemaah yang terusan berkhidmat penuh ikhlas sejak ujudnya PAS. Mana ada jemaah yang minta kebendaan dari pemimpin malahan jemaah lah yang korbankan wang ringgit, hartabenda dan tenaga tanpa mengira masa untuk kejayaan PAS. bagi opportunis yang mengililingi pemimpin, sila tinggalkan amalan untuk kepentingan diri dengan segera, kalau tidak akhirnya bersama pemimpin kamu itu akan jemaah tinggalkan.

Anonymous said...

Pandangan TB ni sepatutnya menjadi cabaran kepada seluruh ahli PAS.Memang benar,PAS wajar mengambil alih kepimpinan dari UMNO bukan bermimpi nak tidur sebantal dengan UMNO.Setuju juga dengan pandangan Anon 22/4/09 jam 11.25pm agar TGHA "berhijrah"keKuala Lumpur menjauhkan diri dari alam sekitar yang kurang sihat diTrengganu.Berkawanlah dengan "penjual minyak wangi" jangan berkawan dengan "tukang besi" apatah lagi besi-besi itu adalah besi yang dah berkarat.Dan sebaik-baiknya lagi,sekira tetap menjadi Presiden bulan Jun ini,carilah S/U Akhbar dan S/U Politik baru yang bolih membantu bukan yang jenis "haru-biru".Kami ahli-ahli PAS masih sayangkan Tuan Guru.

Anonymous said...

Telahlah kita ketahui bahwa di akhir zaman ada orang-orang yang menjual
agamanya demi keuntungan duniawi saja, dihadapan manusia mereka berkata
manis serta menggunakan baju agar terkesan sederhana padahal hati mereka
lebih cenderung kepada keuntungan dunia, merekalah ulama Su' atau ulama yang
buruk, sebagaimana sabda Rasulullah ShallAllohu 'alaihi wa Sallam yang
artinya: "Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan
agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi
kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati
mereka adalah hati serigala (sangat menyukai kedudukan). Allah
berfirman, "Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang Kuberikan) kalian
tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi Diriku, Aku bersumpah. Aku
akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang
santun menjadi kebingungan sehingga mereka tidak
mampu melepaskan diri darinya." (HR: Tirmidzi)


silap jalan masuk jahanam!!!!!!

Anonymous said...

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mengistilahkan mereka ulama su'
dengan sebutan "para dai yang berada di tepi pintu-pintu neraka". Beliau
peringatkan kita dari keberadaan mereka sebagaimana dalam sabdanya (yang
artinya),". Dan sesungguhnya yang aku takutkan atas umatku ialah para
ulama-ulama yang menyesatkan." (H.R. Abu Daud dari sahabat Tsauban
radhiyallahu 'anhu)


silap jalan masuk jahanam!!!!!!

Anoinimuz said...

pertembungan antara mukebaloh & the so call "erdogan" ni..adalah pertembungan fikrah...die takde konsep satu phak dpt 2 kbaikan...satu pihak dpt 1....sbb bila dianalisis, byk sgt tgn2 gelap dlm sbelah pihak...walaupun isu ini dilihat secara luaran shj...saya seru kelompok2 yg berselindung dblkang Presiden utk kembali review pggn saudara/i,jgn jdkkan dia perisai utk menerima kejian...semak betul2....jgn jadi bias mane2...nilai isu ini btul2...
the so call "erdogan" ini, harus bersihkan nama dari fitnah2 yg saja nak menggugat kepaduan PAS secara total...
penjelasan ttg dakwah PAS harus dibumikan...sehingga segala isi bumi ini sampai msg dakwah spt yg diwarisi oleh Nabi s.a.w. ...Usaha dakwah harus dilipat gandakan...usah terpedaya dgn sandiwara tangan2 "kecil" & "gelap" itu...boleh menyebabkan kerugian besar pd gerakan...yang PASti...UMNO MUSOH ISLAM...UMNO HARUS DIMUSNAHKAN SELURUHNYA...

Tulang Besi said...

vBut when they are given the opportunity, nothing changes, and yet they keep on going around harping on the same issues that the other groups not implementing this and that, not forbidding this vice and that vice..

Good, and for 1000th time, please furnish me some proof for your wild accusations. Any proof.

Al we see from you GM is nothing but baseless and empty rantings and rhetorics.

You lack any sort of substance probably stemmin from the fact that u have no substance to start off with.

U should think twice next time before opening your mouth. It makes u look very foolish, indeed.

Anonymous said...

Dear Grand Marquis

For awhile after reading your first comment, I thought you are one racist person. But after reading your comment to Anon April 22, 2009 3.49 pm, I realised that you are not actually.

Infact, it give me a good impression of you. I think you are a good Moslem.

I have always encourage people I know, regardless whatever their religion is, to practise their religion diligently and be a good moslem, hindu, buddhist etc.

To me, we can never force religion onto people. Let them see for themselves and choose whichever religion that feel right to them and go on be a good human.

Sound too idealistic ha... or naive probably? I don't know...but I do know all human are the same i.e. the human race.


Mei

rizalvtec said...

salam encik TB.
ini kali pertama saya post komen di blog tuan. pada saya pengisian blog ni cukup bagus. tuan berjaya beri pandangan yg buat saya berfikir dgn rasional. malangnya saya dapati ada yg hantar post yg tak ada asas langsung, idea yg diberi mcm cakap2 kedai kopi org umno mcm si nasir dgn grand marquis tu.
encik TB, sekarang ni idea supaya pas umno bersatu amat popular di kalangan penjawat awam khususnya mereka yg masih cintakan Islam. mereka ni telah berpuluh tahun berjuang utk agama Allah ini melalui pelbagai saluran dlm kerajaan.kalau tak ada depa ni, Islam lagi teruk dibuat dek umno.
yg depa menyokong supaya pas bergabung dgn umno ialah kerana bimbangkan trend kaum2 anti Islam yg mula menyerang Islam dari pelbagai sudut. tak kiralah dari parti mana atau NGO mana, soal nak hentam Islam mereka seolah2 boleh bersatu. jadi penjawat2 awam ni amat risau kalau melayu tak bersatu, kuasa umat Islam akan terjejas. tapi saya masih ragu dgn fakta itu. bolehkah umno diharap membela Islam? bela melayu (yg pangkah umno) bolehla. Islam tidak berada di tempat yg sepatutnya sekarang adalah hasil kerja umno. kalau umno betul2 nak bela Islam, mahkamah syariah sekarang patut lebih tinggi dari mahkamah sivil. tu satu contoh.
apa pun, saya ucap tahniah pada TB sebab bertindak berani dan bernas dlm mematahkan hujah2 dangkal pengunjung/perosak blog ni. kalau sungguh bagai dikata, golongan yg mahu membawa PAS ke tahap yg lebih maju dan progresif wajarlah dipilih. bukan nak menyinggung ahli pas, tapi dlm sesetengah keadaan saya lihat suara org2 pas sama je mcm umno. contohnya mudah, soal muamalah dgn bukan Islam. masih saya dgr suara org2 berkopiah putih ini membeza2kan warna kulit dan agama. amat sedikit yg boleh berlapang dada menerima & mendengar pendapat mereka mcm yb nizar sekarang.

saya doakan PAS akan dipimpin oleh saf jemaah yg lebih idealistik & realistik & futuristik. jgn terikut2 rentak umno, mereka sedang melangkah setapak demi setapak ke belakang...

Tulang Besi said...

yg depa menyokong supaya pas bergabung dgn umno ialah kerana bimbangkan trend kaum2 anti Islam yg mula menyerang Islam dari pelbagai sudut..

Marina MAhathir dah stat serang Islam masa Mahathir PM lagi.

Apa bezanya dgn sekarang?

Anonymous said...

Oleh Amin Iskandar

Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)

Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

1. Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
2. Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
3. Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
4. Dimanakah Prowaris?

Apa lagi yang Najib tak lakukan?

Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

——–

The Malaysian Insider | April 22, 2009

Najib drops Bumiputera quota for services sector

KUALA LUMPUR, April 22 - Datuk Seri Najib Razak today freed the country’s services sector by ending the 30 per cent Bumiputera equity rule in an attempt to improve Malaysia’s competitiveness in the
softening global economy.

The Prime Minister, who is also the finance minister, promised further liberalisation, saying that he would announce details of the liberalisation of the financial sector next week.

Reading from a prepared statement the Prime Minister said he expected a greater flow of foreign investments in the services sector which currently forms 11 per cent of total investment.

“Recognising the growth potential in the services sector, the government has decided to immediately liberalise 27 services sub-sectors, with no equity condition imposed. These sub-sectors are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services,” said Najib.

The government, he added, would also allow foreign legal firms to practice in the country but to only offer services in Islamic finance.

“As part of the measures to develop Malaysia as an international Islamic financial hub, the legal profession will be liberalised to allow up to five top international law firms with expertise in international Islamic finance to practice in Malaysia,” said Najib.

Other services liberalised are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services.

Najib also announced an allocation of RM100 million to be managed by the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) to strengthen the local services industry in facing the liberalisation.

“The liberalisation initiatives will not adversely affect the domestic services industry. The government will continue to support the industry in capacity building and in the opening up of export markets,” said Najib.

When asked on the sub-sectors selected to be liberalised, Najib said it was part of Malaysia’s commitment to Asean on liberalisation.

“It’s in line with what Asean countries are doing. Some (of our measures) are better,” he told reporters.

Najib however refused to give out details on the liberalisation of the financial sector.

“I want it to be full of surprises,” he said.

Anonymous said...

Saya sebagai penyokong umno sangat tidak berpuas hati dengan keputusan najib dan membantah sekeras-kerasnya Nampaknya ekuti 30% mustahil dapat dicapai. Tapi,bagaimana pula dengan pas,pkr ? Adakah mereka bantah atau sokong. ? Yang pasti member mereka dap menyokong.

mantoya03 said...

Orang DAP pun boleh baca ayat Quran tidak bermakna dia Islam.Cuba fikirkan!

Anonymous said...

Halo Amin Black,hang punya blog tak laku ke? Orang dok bahas hal lain dia nak cerita hal lain!

Anonymous said...

aku lg tunggu org2 yg kecoh dgn Ketuanan Melayu dan Bangkitlah Melayu utk bantah pasal ekuiti 30% bumi dihapuskan.berani tak bersuara? kenapa bila pembangkang yg buat suma kecoh,tp bila Najib buat,suma mcm takde mulut? hai! takkan takut kot.takde telor ah??

mut said...

>>Saya sebagai penyokong umno sangat tidak berpuas hati dengan keputusan najib dan membantah sekeras-kerasnya Nampaknya ekuti 30% mustahil dapat dicapai. Tapi,bagaimana pula dengan pas,pkr ? Adakah mereka bantah atau sokong. ? Yang pasti member mereka dap menyokong.<<

Ni bantah taik kucing!
Bila nak berdepan dengan FRU? Takut air kimia masuk nasik bungkus UMNO? Bila nak demo depan PWTC ker... depan Putrajaya ker? Ada berani atau takat tu aje (standard UMNO)...

Ada siapa dari MT atau MP UMNO yang bersuara? Letak jawatan ker kalau lagi berani? Nampaknya Utusan dan TV3 yang berdegar-degar hentam pembangkang tu pun menikus daaaaa..... semua jadi pak turut Najib - takut miss syoru. Patut la tetiba nak suruh PR pulak bersuara?

Teringat hal suqiu 1999.... sebelum pilihanraya terima bulat-bulat tuntutan suqiu, lepas pilihanraya panggil depa ekstremis Cina (UMNO masa Mahathir). Pemuda UMNO seru Pemuda PAS dan PKR untuk sama-sama mengecam tuntutan Suqiu pulak. Hai, masa terima tuntutan tu bulat-bulat tak pernah bincang apa-apa pun dengan Pemuda PAS dan PKR? Sibuk-sibuk apa pulak nak ajak orang?

Ni berulang kembali nampaknya. Pelakonnya lain tapi temanya sama. Jangan lupakan sejarah, UMNO dah lama hilang kelayakan cakap pasal perlembagaan dia sendiri - hal-hal orang Melayu. Cerita pasal tembolok okla. Orang Melayu pun dah tak harap apa dekat UMNO!

KL said...

Saya masih boleh menerima jika ditakdirkan PAS berjaya mengganti UMNO, tapi disebabkan DAP adalah rakan kongsi PAS dalam PR, maka sokongan itu terus terbatal.

Sampai bila-bila pun saya takkan boleh hendak bersetuju dengan falsafah politik DAP yang extreme dan racist.

Tulang Besi said...

Saya masih boleh menerima jika ditakdirkan PAS berjaya mengganti UMNO, tapi disebabkan DAP adalah rakan kongsi PAS dalam PR, maka sokongan itu terus terbatal.Fahaman MCA lebih extreme dari DAP. Dalam MCA, ideologi kecinaan itu LEBIH TERSERLAH.

Dalam DAP, perkataan "Cina" itu tidak tersebut langsung di dalam perlembagaan. Tapi MCA ada.

SAya rasa MCA lagi extreme dari DAP dan saya yakin lebih mudah bekerjasama dengan DAP berbanding MCA.

Anonymous said...

umno tealh berjaya mempengaruhi sesetengah melayu tapi bukan semua melayu yang bodoh! Grand marquis is one of the contoh melayu bodoh!

Prachai said...

Beza MCA dengan DAP:

1. Perlembagaan MCA mengharuskan seseorang ahli itu berketurunan Cina, manakala keahlian DAP terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Melayu boleh masuk DAP tetapi akan ditendang dari memasuki MCA.

2. MCA ditubuhkan dengan tujuan menjaga kepentingan tauke kapitalis pada zaman pasca merdeka. DAP ialah gerakan sosialis yang mengutamakan kelas pekerja.

Maka dari asasnya sudah terang dan nyata bahawa MCA satu parti yang lebih ekstrem ideologinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.