Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, April 21, 2009

Perpaduan Melayu Bukan Sebab PAS Ditubuhkan

Benar sama sekali. PAS harus dibersihkan sama sekali dari pengaruh UMNO. Itu adalah satu kewajipan kepada PAS sekiranya PAS mahu melindungi kemurnian serta kesucian perjuangan Islam yang PAS dokong selama ini.

UMNO bukan parti Islam. UMNO adalah musuh Islam. UMNO memusuhi Islam semenjak penubuhan UMNO 1946. Dan, yang menyedihkan adalah UMNO mengaku sebagai orang Islam tetapi tidak putus2 memusuhi Islam.

UMNO wujud untuk menjaga kepentingan elit Melayu yang digelar UMNOPUTRA. Pada mulanya UMNOPUTRA adalah terdiri dari golongan kerabat raja dan juga pegawai2 kerajaan British. Sekarang ini, UMNOPUTRA masih lagi terdiri dari golongan ini tetapi ditambah dengan kumpulan kepimpinan2 UMNO di berbagai peringkat.

Mereka inilah yang hendak dijaga kebajikan dan kekayaan mereka oleh UMNO. Dan majoriti golongan ini adalah mereka yang tidak menyukai pemerintahan serta perundangan Islam. Mustahil kiranya mereka ini akan menyokong perlaksanaan Syariat dan hukum Islam.

Saya nak tanya, sekiranya UMNO mengisytiharkan mereka menyokong perlaksanaan syariat Islam, siapakan di Malaysia ini yang bisa menghalangnya? DAP sendiri akan menarik balik bangkangan mereka terhadap hukum ini kerana di kala itu, MCA sendiri terpaksa menarik balik bangkangan mereka juga.

Tetapi kita soal, apakah yang menghalang UMNO menyokong perlaksaan hukum syariah Islam di MAlaysia?

Ketuanan Melayu Untuk Mengkayakan Kroni dan UMNOPUTRA

Sewaktu demam muzakarah melanda PAS sejurus selepas PRU 2008, alasan perpaduan dan ketuanan Melayu digunakan dengan meluas.

Hakikatnya, kempen ketuanan Melayu ini kita lihat begitu giat apabila Dr Mahathir mahu memulakan projek Penswastaan beliau. Ini kerana sewaktu proses penswastaan, segala harta dan kekayaan negara akan diberikan kepada kroni dan UMNOPUTRA.

Misal yang paling utama dan masih wujud sekarang ini adalah IPP atau "Independent Power Producer". Rakyat Malaysia terpaksa memnbayar bil elektrik yang semakin meninggi kerana kroni-kroni yang mendapat laba dari "penswastaan" ini mendapat wang mudah kerana TNB wajib membayar kepada IPP ini walaupun TNB tidak mempunyai sebab untuk membeli tenaga elektrik.

Apabila "penswastaan" sebegini dipersoalkan oleh mereka yang berhati perut dan tidak rela kekayaan negara diperlakukan sebegitu rupa, maka alasan "Perpaduan Melayu" mula dilayangkan. Ini bertujuan memberi gambaran buruk kepada orang-orang Melayu yang mempersoalkan pimpinan orang Melayu yang menyeleweng ini.

Kepada orang bukan Islam yang mempersoalkan tindakan seperti ini, maka alasan ketuanan melayu digunakan untuk menghalang mereka ini dari mempersoalkan penyelewengan ini.

Dengan kata lain, Ketuanan Melayu dan Perpaduan Melayu adalah alasan yang digunakan untuk menyorok tindakan UMNO merompak dan mencuri harta rakyat ke dalam kantung-kantung dan poket-poket mereka.

PAS Tidak Seharusnya Mengambil Idea Perpaduan Melayu Ini

Oleh sebab itu, PAS harus dibersihkan sama sekali dari idea ketuanan Melayu ini. Saya tahu, motivasi di belakang idea Kerajaan Perpaduan/Muzakarah dahulu adalah untuk mempertahankan ketuanan serta perpaduan Melayu.

Apakah hebatnya perpaduan Melayu sekiranya 60% dari keluarga MElayu hanya mampu mendapat pendapatan purata RM3500 sebulan. Itupun sekiranya suami isteri bekerja.

Sedangkan sewaktu Anwar Ibrahim dipecat, Daim Zainuddin telah menggunakan wang rakyat berjumlah berbillion2 ringgit untuk menyelamatkan kroni dan kepentingan perniagaan beliau.

Inikah jenis perpaduan Melayu yang sesetengah orang dalam PAS hendak terapkan dalam PAS? Atas sebab inikah PAS hendak dibawa masuk ke dalam BN?

Tulang Besi

ps Saya ada dapat maklumat dari seorang pembaca dari PAS Kawasan Subang:

"Dalam pertandingan di Kawasan Subang semalam, menantu kepada Tuan Guru Presiden bernama Ustaz Zaharuddin bin Mohd Said terpaksa menarik diri dari bertanding YDP Kawasan walaupun sudah 6 bulan memangku jawatan YDP Kawasan.

Perasmi kepada Mesyuarat Agung tersebut adalah Ustaz Harun Taib. Seolah seperti geng Terengganu dan geng Kerajaan Perpaduan hendak mengambil alih kepimpinan PAS Subang ini. Diharapkan perasmian oleh Ustaz Harun Taib dapat memberi "magik" yang diperlukan untuk menjayakan perancangan ini.

Tapi segala usaha tersebut mengarah kepada kegagalan. Oleh kerana terlihat betapa semaraknya kemarahan dan penolakan ahli PAS terhadap kerajaan perpaduan ini, menantu kepada Tuan Guru telah menarik diri dari bertanding.

Boleh dikatakan kawasan Subang bersih dari anasir-anasir yang pro kepada idea Muqabalah/kerajaan perpaduan ini sama sekali.
Inshaalah, mereka akan mencalonkan Husam Musa sebagai Timbalan Presiden dan Nizar sebagai Naib Presiden

Nak dijadikan cerita, punyalah benci ahli PAS kepada idea muqabalah/kerajaan perpaduan sehingga menantu Tuan Guru pun ditolak ahli.

(Pemberi maklumat dari Kawasan Subang)





27 comments:

Hasbullah Pit said...

"Kerajaan Perpaduan " dipanggil "Anasir" ?

Elok sangatkan sistem demokrasi British ?

Skuad Peninjau said...

Salam,

Tulang Besi,
Saya pun tak sokong jugak kerajaan perpaduan ni. Tapi tulisan awak ni macam nak menjatuhkan tok guru Hadi Awang. Seolah olah macam tu.
Adakah begitu?

Kalau jawatan Presiden Pas tu ditakdirkan untuk dipertandingkan, bertandinglah. Kita cari orang yang sesuai untuk lead Pas.

KATAKAN TAK NAK PADA KERAJAAN UNITY!

Hamba said...

JAUHI UMNO SEPERTI KITA MENJAUHI DOSA DAN SYAITAN!!!! PERPADUAN DGN DOSA DAN SYAITAN??? NAUZUBILLAH...

Anonymous said...

Ketuanan Melayu ini paling banyak digunakan oleh Mamak bila mereka nak kontrol orang Melayu. Jangan kita lupa sampai bila-bilapun apa yang dijajakan oleh Mamak Kutty:

1. Menswastakan syarikat kepada kroni bila keadaan menguntungkan
2. Kerajaan mengambil-alih bila keadaan merugikan

Implikasinya pekerja-pekerja yang kebanyakannya orang Melayu yang rugi sebab semua keuntungan dibolot oleh kroni.

Anonymous said...

TAK HABIS LAGI KE???
APA NK JADI NGAN PAS NI..
KO PUN TULANG BESI SAMPAI BILA NK CAMNI??/
PAS KAN PARTI ISLAM KENAPA TAK BALIK PADA ISLAM KALAU ADA MASALAH..
JANGAN SAMPAI MENANG KAMPUNG TERGADAI... AKU NAK CAKAP TERUS TERANG.. KALAU PERKARA2 NI BERTERUSAN DAN TAK NMPAK PENYELESAIAN AKU AKAN KELUAR DARI PAS.. DAN TAKKAN MENGUNDI LAGI.. BIAR LA KORANG AKU NAK JAGA KELUARGA AKU JE PASNI.,.. MENYESAL PUN ADA...

nur mohd nidzam said...

Ada seorang geng mamak yang bernama parpu kari,dia ni pura pura jadi melayu padahal dia sebenarnya ahli geng mamak yang selalu suka merompak hak dan harta rakyat, benar macam anonymouskata mereka ni sengaja memperbodohkan melayu dengan ketuanan mereka padahal mereka ni sebenarnya nak merompak melayu. Jadi waspada dengan golongan mamak celaka ini

Anonymous said...

Dr Kayu, Profesor Tidak Bermutu

http://diskopi.wordpress.com/2009/03/11/pensyarah-ukm-tidak-bermutu/


1. Dr Kayu, seorang yang bertubuh kecil, tetapi berjiwa besar. Mahu mencatur politik Malaysia dengan menunggang seorang Ulama’ yang Soleh bernama Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

2. Di Selangor, beliau bertanggungjawab melaga-lagakan Dewan Harian PAS Selangor untuk memecat Khalid Samad dan Saari Sungip bersama Ust Zain.

3. Beliau bertanggungjawab mencantas Dr Syed Azman daripada SU Politik TGHH dan menggantikan Dr Suri yang sememangnya anak didik beliau yang sangat patuh.

4. Beliau seorang yang licik politik.

5. Sangat anti kepada bekas ahli JIM di dalam PAS.Bekas ahli JIM di dalam PAS dilayan lebih teruk daripada UMNO. Tidak hairan kalau surat layang di dalam pemilihan muktamar PAS pada tahun ini bertaburan dengan isu JIM cuba menguasai PAS.

6. Dikatakan penggerak utama blog antihusam.blogspot.com

7. Melalui NGO yang diketuai beliau ILMUWAN, beliau cuba menguasai kesemua sumber-sumber di dalam negeri Selangor melalui exco-exco PAS yang ada di dalamnya.

8. Apabila perancangan beliau kurang berjalan lancar, beliau berkempen untuk melaga-lagakan PAS dengan PKR dan DAP dengan mengwujudkan idea Muzakarah dan Kerajaan Perpaduan.Agar PAS lebih cenderung untuk bergabung dengan UMNO.

Grand Marquis said...

Ideologi serta kewujudan tulang besi dibina atas satu prinsip yang asas, jahanamkan umno dengan apa harga sekalipun.

Idea kerajaan perpaduan ini akan melenyapkan kewujudan tulang besi dan segala propaganda beliau. Kekuatan tulang besi adalah bila umat berpecah kepada pas dan umno dan selagi pas/umno (baca umat Islam) terus berpecah, selagi tu tulang besi ada modal untuk tulis dalam blog beliau.

Saya sampai sekarang ni masih tertanya-tanya, apa persepsi tulang besi terhadap orang-orang umno. Adakah pada persepsi beliau, orang umno ni Kafir?

Ini kerana beliau tidak menentang perpaduang PAS dengan kafir (DAP) dan liberal (PKR), tetapi menentang bermati-matian perpaduang dengan UMNO yang jelas Islam yang bermanhaj ASWJ.

Jadi adakah UMNO ni lebih teruk dari kafir (DAP) dan liberal (PKR).

Saya perlu tahu perkara ini supaya saya tidak membuang masa di blog ini.

Tulang Besi said...

Grand Marquis said...

Ideologi serta kewujudan tulang besi dibina atas satu prinsip yang asas, jahanamkan umno dengan apa harga sekalipun
.

Tak, ideologi saya hapuskan kemungkaran dan korupsi.

UMNO adalah kedua-duanya sekali

Idea kerajaan perpaduan ini akan melenyapkan kewujudan tulang besi dan segala propaganda beliau. Kekuatan tulang besi adalah bila umat berpecah kepada pas dan umno dan selagi pas/umno (baca umat Islam) terus berpecah, selagi tu tulang besi ada modal untuk tulis dalam blog beliau..

Nampaknya idea kerajaan perpaduan ini DITOLAK AHLI2 PAS kesemuanya.

Oleh kerana ayahanda marah, maka ayahanda akan dijual seluruhnya.

Tulang Besi said...

Ini kerana beliau tidak menentang perpaduang PAS dengan kafir (DAP) dan liberal (PKR), tetapi menentang bermati-matian perpaduang dengan UMNO yang jelas Islam yang bermanhaj ASWJ.UMNO sejak tertubuhnya bermazhab sekularisma, bukan ASWJ

Ahlul Sunnah tidak akan membenarkan judi dan arak menjadi sumber ekonomi negara mcm UMNO.

Tulang Besi said...

Jadi adakah UMNO ni lebih teruk dari kafir (DAP) dan liberal (PKR).

Saya perlu tahu perkara ini supaya saya tidak membuang masa di blog ini.
.

Tak, dari segi ideologi UMNO banyak persamaan dengan DAP berbanding PAS.

DAP sekular UMNO pun sekular.

Anonymous said...

kalo nak jadi baik kawan le ngan org baik bagi yg terlanjur tu nasihatlah,islam kan ke ugama nasihat, bukan ke ini saranan dalam islam....kalo pas tu dianggap baik dan kuat pegangan islam nye kenapa tak nak baik ngan umno(yg rata2 nye islam)bukan ke berbaik dgn umno tu dapat membetulkan apa yg x betul.....org pas kan ke ahli dlm ugama dan (tabligh) tu bukan ke sifat rasul,inilah masa dan peluang pas utk membetul mana yg x betul dan berdakwah kearah kebenaran(bila dah berbaik kan ke senang)........dimana fatonah(bijaksana)org pas bukan ke pas itu parti islam kenapa dibiarkan umat islam berpecah belah sedangkan pas mampu utk melaksanakan (amanah) Allah ini sekiranya dapat berpakat bersama umat islam dlm umno ...........kenapa tidak mahu bersatu,kenapa sanggup melihat perpecahan........kenapa umat islam yg lain sanggup menghina,mengumpat,memfitnah sesama islam bukan ke islam itu bersaudara..........sanggup kah anda menanggung azab Allah yg maha keras.....kuat kah anda?sudah pasti nya anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan anda.........berlaku (siddiq)benarlah anda dalam setiap urusan didunia ini semata2 kerana Allah dan bukan kerana pangkat,puji-pujian,harta dunia dan nafsu syaitan kerana ini lah puncanya empayar2 islam gugur ditelan zaman......jgnlah sejarah berulang lagi kerana persepakatan itu membawa berkat supaya kita x jadi umat yg rugi.....bersatu lah wahai umat islam supaya kita tidak lemah,dipermainkan dan ditindas dan ingat lah syaitan suka kpd perpecahan..........berdoalah utk perpaduan ummah dan jgn berdoa utk perpecahan ummah kerana anda akan dipertanggungjawabkan segala perbuatan anda........akhir kata INGAT!!!!! rahmat ALLAH mendahului kemurkaannya..............ya kaum ku berubahlah kearah perpaduan ummah.

nur mohd nidzam said...

selain persamaan dap dan umno masing masing sekular ada perbezaan umno korupt, menyalah guna kuasa, tiada ketelusan dalam pentadbiran,menghalalkan perjudian dan penjualan arak bebas. Dap sekurang kurangnya sejak kebalakangan ini setelah berkawan dengan Pas cuba mendekati islam walaupun ditentang hebat oleh umno.Satu lagi persamaan dengan Pas yalah berjuang menentang rasuah, menegakan keadilan dan ketelusan, ciri ciri yang sukar ditemui dalam umno

Grand Marquis said...

Didalam PAS sendiri ada beberapa kumpulan.

1. Kumpulan yang menyertai PAS untuk perjuangan Islam sejati dan mereka ini pula tahu apa erti perjuangan Islam yang sejati dan apa yang perlu diutamakan dalam perjuangan Islam.

2. Kumpulan yang menyertai PAS untuk perjuangan Islam sejati, tetapi mereka ini tidak tahu apakah keutamaan perjuangan Islam, apa yang perlu di dahulukan dan apa yang perlu di kemudiankan. Jadilah perjuangan mereka atas dasar kebencian sesama umat.

3. Kumpulan yang menyertai PAS atas dasar benci pada UMNO.

4. Kumpulan fraksi Anwar yang menyelinap untuk menguasai politik pas.

Dakwaan TB yang ahli-ahli PAS KESEMUANNYA menolak idea perpaduan adalah palsu. Mana mungkin semua ahli pas tolak idea tersebut. Sekurang-kurangnya Tn Haji Hadi menyokongnya (apakah Tn Haji Hadi bukan penyokong pas?).

Ramai tu mungkin sebab PAS banyak dipenuhi oleh golongan 2, 3, dan 4. Golongan 4 lah yang paling tak mau sekali idea perpaduan. Ini kerana sekiranya idea perpaduan ini berjaya, maka lenyaplah peluang mereka untuk memperalatkan PAS bagi menyokong cita-cita pemimpin besar mereka dari jadi PM.

Sebagaimana pemimpin besar mereka bermati-matian cuba menafikan Najib dari jadi PM sampai sanggup hantar surat kat agong, begitu jugalah usaha mereka untuk menghalang apa-apa yang boleh menjejaskan kepentingan politik mereka, walaupun mereka terpaksa mengorbankan kepentingan ummah.

Tulang Besi said...

Grand Marquis,

Sapa yang bagitau dlm PAS ada 4 kumpulan ni?

Mana kau dapat benda2 mengarut ni?

Ni mesti kau cedok dari blog2 UMNO, kan?

Anonymous said...

Perpaduan Melayu ni adalah "kata-kata hikmat UMNO".Jangan sekali-kali terpedaya dengan daayah ni.Sejak berkuasa lebih dari 50 tahun,UMNO telah berjaya melahirkan 3 kasta Melayu:
(1) UMNOputra - terbahagi pula kepada 2 kasta kecil (i) Peringkat atasan yang elit dengan peringkat pertengahan,dan (ii) orang kampong yang hanya membaca Utusan Meloya dan Berita Heiran - membabi-buta menyokong parti haprak mereka.
(2) Melayu yang berada dalam parti-parti pembangkang,yang amat meluat dan bencikan UMNO .Gulungan ini sadar dan insaf bahawa UMNOlah yang telah menghancurkan Melayu - kuasanya,tanah rezabnya,bahasanya malah agamanya.Gulungan ini memang tak ada peluang untuk berniaga dinegara ini apatah lagi nak dapat kontrak kerajaan.hingga biasiswa anak-anak mereka ditarik dan ada yang tak merasa langsung.
(3) Melayu Lalang - tak berparti,yang berdiri atas pagar.Melayu ini tengok angin yang menang mereka sokong,yang kalah mereka pijak.Melayu jenis ini tak ada komitmen langsung nak membela negara,bangsa mahu pun agama.Pagi-pagi asalkan dapat sebungkus nasi lemak atau sekeping roti canai dan secawan kopi dah cukup.Apa nak jadi kepada bangsa,negara dan agamanya bukan hal dia.
Kasta UMNOputra yang atasan dan elit inilah yang telah "menjarah","melanun" dan ":merompak" khazanah negara.Lihatlah istana-istana,kereta-kereta dan gayahidup mereka.Tak payahlah cerita panjang.Yang dikampong menunggu pilihan raya 5 tahun sekali untuk mendapat kain batik,sarong pelikat,basikal,mesin jahit dan yang terkini talipon bimbit(yang mereka tak tahu pun gunakan).Sokongan tetap padu "dahulu,sekarang dan selama-lamantya".
PAS ditubuhkan bukan untuk Melayu tetapi untuk menegakkan Islam dibumi Malaysia ini. Dasar PAS dengan UMNO adalah laksana bumi dengan langit dan PAS is for All.

Anonymous said...

Saya harap semua ahli PAS yang akan menghadiri Muktamar PAS akan datang akan mengambil ketetapan untuk menyingkir secara total semua pemimpin yang telah menunjukkan kesudian untuk duduk satu meja dengan UMNO yang zalim dan korup itu - biarpun ke tahap Presiden sekali pun. Ini bukan bermakna kita tidak menghormati Presiden akan tetapi sebagai ahli kita perlu menyatakan bahawa yang salah tetap salah dan Perjuangan Parti Islam adalah mengatasi individu dan tidak boleh di kompromikan dengan cadangan2 dangkal seperti menyertai UMNO dalam Kerajaan Perpaduan (konon nya untuk perpaduan Melayu- tetapi ia nya hanya helah untuk Melayu2 UMNO untuk terus berkuasa untuk merompak Negara). Kita kena kikis sehabis-habisnya semua pemimpin2 PAS yang sayang sangat dengan puak UMNO ini walau pun individu tersebut berjawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden sekali pun. Ahli PAS perlu kembali kepada jalan yang telah di tunjukkan oleh Mursyidul Am.
Allahu Akhbar!

Anonymous said...

shbt2 sekalian,
jg2 kalo ade komen yg semacam ckit tu kemungkinan besar duhantar oleh cybertroopers umno

oooo mase ni baru nak perpaduan, mcm2 la. pda mase sme sekat ulama, sekt dakwah islam, sekt ekonomi kelantan, kedah dll.

perpaduan melayu?BOHONG!!!

mane ust pasal isu nabil???!!!

-anti sekular, anti jahiliyyah-

Anonymous said...

shbt2 sekalian,
jg2 kalo ade komen yg semacam ckit tu kemungkinan besar duhantar oleh cybertroopers umno

oooo mase ni baru nak perpaduan, mcm2 la. pda mase sme sekat ulama, sekt dakwah islam, sekt ekonomi kelantan, kedah dll.

perpaduan melayu?BOHONG!!!

mane ust umno pasal isu nabil???!!!

-anti sekular, anti jahiliyyah-

Anonymous said...

ak rse kite bolh stju bkan kita tghh, tpi kite ANTI DGN ORG YG DI BLKG BELIAU. ak rse tghh ckup jujur dlm mane2 hal (spelh kite nk nfikan beliau).

yg kite mrh adlh geng2 yg berselindung di sebalik nama beliau yg mencri pengaruh dan pgkt berasaskan jahiliyyah. x stju, cnts sane, cnts sni, brukan sne, brukan sni. ini yg kita x setuju.

bukan sume pas tganu cmtu.ad sebilngn je. mcm kayu and the gang. uruskn ngeri kamu dulu. sebok smpai slngor.

spe lak kata kita terhegeh2 nak sgt ngn anwar? pas boleh pg jauh tnpa anwar la.

moga Allah sentiasa muliakan tgna dgn tghh.

Anonymous said...

TAK HABIS LAGI KE???
APA NK JADI NGAN PAS NI..
KO PUN TULANG BESI SAMPAI BILA NK CAMNI??/
PAS KAN PARTI ISLAM KENAPA TAK BALIK PADA ISLAM KALAU ADA MASALAH..
JANGAN SAMPAI MENANG KAMPUNG TERGADAI... AKU NAK CAKAP TERUS TERANG.. KALAU PERKARA2 NI BERTERUSAN DAN TAK NMPAK PENYELESAIAN AKU AKAN KELUAR DARI PAS.. DAN TAKKAN MENGUNDI LAGI.. BIAR LA KORANG AKU NAK JAGA KELUARGA AKU JE PASNI.,.. MENYESAL PUN ADA...

pasai apa la hang ni benak perut sangat oii tu lah dah banyak makan nasi kangkang mamak atau nasi kangkang bn jadi camni lah! ni lah contoh orang yang kampungnya tergadai tapi dok tak sedaq lagi , tak sedaq tak pa lah boleh tepuk tangan lagi atas kebodohan sendiri!!!!! hai melayu umno melayu umno! mmg bodoh piang!

Anonymous said...

TAK HABIS LAGI KE???
APA NK JADI NGAN PAS NI..
KO PUN TULANG BESI SAMPAI BILA NK CAMNI??/
PAS KAN PARTI ISLAM KENAPA TAK BALIK PADA ISLAM KALAU ADA MASALAH..
JANGAN SAMPAI MENANG KAMPUNG TERGADAI... AKU NAK CAKAP TERUS TERANG.. KALAU PERKARA2 NI BERTERUSAN DAN TAK NMPAK PENYELESAIAN AKU AKAN KELUAR DARI PAS.. DAN TAKKAN MENGUNDI LAGI.. BIAR LA KORANG AKU NAK JAGA KELUARGA AKU JE PASNI.,.. MENYESAL PUN ADA...


cnth komen atau sabotaj dripada cybertroopers umno.

ahli gerakan Islam said...

sedihnye la aku tgk, knp diungkitkn lg psl bende2 ni..pastu dikaitkan dengan pemilihan pulak, konon2 geng TGHD telah ditolak..ape lg yg hgpa nk sbnrnye ni..

dlm bersahabat, ade adab2nya, dlm berjemaah pun ade adab2nya..

knp msh tmbul isu pro Muqabalah ni? klu anda semua benar2 berada dlm jamaah jaga adab2 berjemaah, hormati keputusan muktamar..

jgn ulas sesuatu yg merentasi adab2 berjemaah, ini bukan cara kite sbg ahli parti terutama bg memahami gerakan Islam..

jgn jd sesetengah dr kite yg duk pi samekan gerakan Islam PAS dgn organisasi len yg sekular tuh..

mgkin ada antara kita yg msh xcukup tarbiyah kot, yela time ade usrah xnk pg, time ade progrm tarbiyah pun xnak pegi, tp time Pilihan raya mulala sibuk nk jd jeneral, mslh besar ni..nk jadi cm UMNO klu berterusan cmni, tp ahli2 jela yg nk jd cm UMNO tu, pimpinan ok je..sbb yg duk heboh2 ni ahli2 bawah..

pencinta gerakan Islam PAS kene tau,ade dua perkara besar yg telah diputuskan dlm muktamar baru2 ni, satu bersetuju supaya muzakarah/muqabalah diteruskan dgn mane2 pihak sekali pun dan yang kedua memperkukuhkan Pakatan Rakyat..

so ape yg nk dipanjangkan lagi ni..
kne pahamla cmne sistem organisasi dlm gerakan Islam PAS ni..jgn duk main hentam je, bile suh terang pasal susur galur jamaah utk ptuskan sesuatu kptusan,hgpa xtau..
pastu sibuk duk hentam TGHD, dn timbalannya sbb kononnya kate diorang cadang nk bergabung ngn UMNO..bile masenye diorg nk PAS bergabung UMNO..aku bkn nk prthnkan, tp bende tu xbtul, aku kne kate xbtulla, klu btul dr mane hgpa tau, hgpa duk skali dlm mesyuarat PAS pusat ke?

hgpa ni kne baca bku "Kemuncup dalam perjuangan" karangan TGNA dulu nih,bru hngpa paham citer2 ni semua..ini duk ulas sndiri..
abih baca baru mai sini kite sembang..baca dlu buku tuh..tgk jelas2 ape yg TGNA ckp psl perjumpaan Timb. presiden dgn geng UMNO..

Grand Marquis said...

Komen kepada tulisan Ahli Gerakan Islam,

Saya dah tulis kat sini, dalam pas ada 4 golongan utama. Yang benar-benar faham erti perjuangan Islam hanya 1 aje. Yang 3 kumpulan itu berada dalam pas hanya semata-mata atas nama politik dan nafsu politik.

Apa-apa tindakan yang akan mematikan "kepanasan" politik mereka sekalipun ia mengguntungkan umat Islam akan dilawan habis-habisan.

Tinta Hitam said...

Saya rasa PAS perlu dibersihkan dari fikrah pemikiran UMNO.Kdg kdg tidak dinafikan ahli ahli PAS masih lagi melihat Malaysia dari kacamata UMNO.

nasir said...

PAS sememangnya ditubuhkah bukan untuk memperjuangkan Bangsa , Kaum , Tokoh2 Tertentu . PAS memperjuangkan keadilan ISLAM untuk semua.

PAS bukan memperjuangkan MELAYU
PAS bukan memperjuangkan ANWAR

PAS memperjuankan nilai2 Islam . Selagimana ada mereka yang ingin berbincang atau berbicara tentang ISLAM maka selagi itulah PAS akan bersemuka .

RASULULLAH S.A.W sendiri berbicara berkali3 dgn penduduk kuffar dan munafiqin di Mekah dan Madinah biarpun Baginda tahu tingkah laku mereka dan bahkan mendapat wahyu dari Allah .

Perjuangkanlah Islam nescaya Allah akan kurniakan kemenangan .. hentilah menggunakan anuar .. Islam bukan tertegak dengan tokoh2 tertentu

Anonymous said...

TB,

Orang yang tak fhm adab berjamaah shj yang teruskan usaha memburukan pimpinan dlm jamaah..

PAS bkn sekadar parti politik, pas lebih dari itu.. Nielah kalau tarbiyah dulu tak qatham.. so kerjanya asyik menghemtam.. semua org dah tak betul..

Aku rasa yang tinggal betul je skrg hanya TULANG BESI berkarat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.