Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 27, 2009

Samada Nik Abduh Benar atau Tok Guru Nik Aziz Dunggu

Penuduhan terhadap "penasihat-penasihat" Tok Guru dua tiga hari ni cukup hebat dimainkan oleh media terutamanya akhbar milik UMNO, Sinar Harian.

Bagi saya mudah sahaja jawapannya. Samada Nik Abduh bercakap benar ataupun Tok Guru Nik Aziz ni dunggu dan mudah diperkotak-katikan?


Tapi, takkan Tok Guru Nik Aziz ni dunggu kot? Boleh diperkotak katikan oleh penasihat2 beliau dengan mudah.

TGNA ni MB 4 penggal berturut2. Dah tiga Presiden UMNO berlalu namun dia masih MB. Dr Mahathir berhempas pulas nak jatuhkan TGNA sebagai MB namun yang jatuhnya Dr. Mahathir.

Waktu UMNO berada di tahap populariti maksimum (1995), semua parti kalah termasuk DAP tapi Kelantan kita masih menang dan Tok Guru tetap MB.

Waktu itu Anwar Ibrahim dalam UMNO dan ekonomi negara merekodkan pertumbuhan KDNK 8% ke atas. DAP sendiri tergolek menyembah bumi dengan memenangi hanya 8 kerusi parlimen. Mereka kalah semua kerusi DUN di Penang kecuali satu. PAS hilang wang pertaruhan di beberapa tempat di Selangor, Melaka dan Johor.

Kumpulan Islam pada masa itu semuanya menyokong UMNO/Anwar i.e. ABIM, JIM, Arqam etc. Dr. Mahathir sendiri berani melawan Raja2 sebab mereka menang besar sangat. UMNO2 Bahagian di Selangor giat menjemput Ustaz Ismail Kamus dalam program2 Forum Perdana anjuran mereka.

Tapi Tok Guru berjaya mempertahankan negeri Kelantan dari jatuh ke tangan UMNO/BN dalam keadaan mempertahankan majoriti 2/3.

Pada hari ini, populariti Tok Guru Nik Aziz ini lebih tinggi dari Dr. Mahathir, Najib Tun Razak dan sesiapa sahaja di kalangan pimpinan UMNO.

Ertinya Tok Guru ni bukan setakat alim tetapi bijak dan pintar serta mampu memimpin dengan baik. Tak mungkin Tok Guru ni seorang dunggu dan mudah diperkotak-katikan.

Saya terpaksa mengambil opsi yang lagi satu, yakni Nik Abduh yang salah di dalam menyalahkan penasihat-penasihat Tok Guru. Saya tak nak menyatakan Tok Guru ni dunggu.

Tok Guru tak pernah tinggal tahajud. Masa dia sakit pun dia tetap tahajjud. Ustaz Nik Radzi bagitau saya sendiri.

Takkan mudah sangat dia diperkotak-katikan oleh penasihat-penasihat beliau?

Isu ni bukan isu teknikal pun. Bukannaya mcm nak buat bangunan 30 tingkat, buat empanggan, buat jalan.

Ini isu strategi politik dan TGNA lebih berpengalaman dalam isu ini banding dengan ramai orang lain. Saya yakin penasihat Tok Guru itu yang dinasihatkan oleh Tok Guru.

Heran saya, waktu Dato' Asri nak bawak PAS masuk BN dulu pun, beliau tunggu sokongan TG Nik Aziz dahulu sebelum beliau teruskan dengan Mesyuarat Agung Khas.

Waktu itu, kalau TGNA kata tidak, maka PAS tidak akan masuk kerajaan campuran dgn UMNO (dan BN).

Skrg ni semua bypass Tok Guru dlm isu seperti ini. Kenapa?

Tulang Besi

ps Semua pemimpin ada penasihat. Tapi pemimpin yang hebat dia dapat membezakan nasihat mana yang benar dan nasihat mana yang kurang baik.

Tok Guru Nik Aziz mempunyai ciri kepimpinan yang hebat. Terbukti dengan jelas.

Kawan saya kawan Idris Jusoh. Derih pernah bagitau dia, dia pernah dimarahi oleh Ahli UMNO KElantan kerana berkata keras berkenaan Tok Guru Nik Aziz. Ahli-ahli UMNO Kelantan mempertahankan Tok Guru Nik Aziz.

Tok Guru ni macam Saidina Umar Abdul Aziz. Ilmu tinggi dan pandai memimpin.




42 comments:

Anonymous said...

Mudah je penyelesaiannya. Husam tarik diri dari memimpin PAS dan Kelantan. Nik Abduh senyap. Abe jak penasihat Nik Abduh pun senyap.

Berenti je le Husam dari sakit2 kepala tak fasal2.

HaHs said...

Assalamu alaikum Tuan,

Aku setuju sgt tuan dedahkan perkara sebegini sbb ada org sekarang ni yg pertahankan pemimpin mereka sampai sanggup menghina nik aziz sedangkan ketika PAS tiada apa, beliau lah merupakan tunjang kita. Bila ahli lari masuk Umno, siapa yg pertahankan PAS dan bangunkan balik kekuatan PAS. Dia sanggup berkorban mcm2 demi PAS, sanggup tinggalkan mengajar agama di makkah semata2 utk perjuangkan PAS. Pemimpin sekarang yg baru2 ni diangkat dan dijaja kehebatan sampai tak hormat pada Tok guru. Sedih saya rasanya. Saya sayang pemimpin yg ada tp saya lebih hormat dan taat kpd tok guru. Andaikata ajal tiba, biar ajal membela tok guru serta jamaah islam. Moga dapat keberkatan di akhirat dari mati sia2.
Wallahu a'lam.

Abuzar said...

Maksud Hadist: "Perbezaan pendapat itu, rahmat". Para ustaz boleh maksud asal hadist ini.

Perbezaan itu Rahmat, jika ianya sebagai kaedah ingat-mengingati, nasihat menasihati, berpesan-pesanan supaya lebih baik, jaga-menjagai, ............

Tapi, kalau tuduh-menuduh, fitnah-menfitnah, mengadu-domba, ...rasanya dah menjadi sebaliknya, "perpecahan & kelemahan" ...........

Rupanya, pandangan Nik Abduh telah mengundang "gurisan baru" kepada banyak pihak. Terutama "pembantu2 TGNA" yang kian lama mempertahankan PAS Kelantan dari kecundang kepada AMNO sekular....

Walaupun tak sealim "Ustaz2 muktabar PAS", dengan sekelumit iman, mereka gigih membantu TGNA menyampaikan misi Islam secara berkesan. Bukan saja kepada "ahli agama" tetapi kepada segenap lapisan masyarakat.... rakyat biasa, pegawai kerajaan, bukan Melayu, delegasi asing, artis, dll...

Mereka ini telah menyumbang jasa yang besar kepada PAS Kelantan dan PAS Malaysia keseluruhannya.

TGNA telah berjaya mempamirkan PAS tidak "jumud" bahkan sentiasa "dinamik" dan "relevan" sepanjang zaman. TGNA tidak seorang yang lemah atau dungu.

Hentikanlah sikap "syak-wasangka dan hasad terhadap para mukmin" .... carilah kebaikan, kesolehan dan redha Allah!

Tulang Besi said...

Lepas tu Abe jak dapat balak dia.

Che'pirate said...

BAKPONYO HUSAM KO YANG DI MAKSUDKAN TU..?????

MEMANG YE LA GAMOK NYO...

pasbaru@yahoo.com said...
This comment has been removed by the author.
pasbaru@yahoo.com said...

Jawapannya... Nik Abduh benar dan Tok Guru Nik Aziz tidak dungu. Yang dungu hanyalah Tulang Besi...yg terlalu bebal untuk mengaku kebenaran.

Untuk pengetahuan semua saya dengar sendiri daripada Timbalan Mursyidul Am Ust Haron Din bahawa setelah dia dan Tok Guru Hj Hadi pegi bejumpa dgn Tok Guru Nik Aziz utk explain pasal unity government, barulah Tok Guru Nik Aziz faham dan dia minta maaf dgn Presiden kerana katanya beliau mendapat maklumat yang salah daripada seseorang!

Fikir-fikirkanlah...

http://muktamarpas.blogspot.com

Islam Untuk Semua said...

Nik Abduh ni, cerita kat dapur pun masuk dalam blog. Ini taraf pemikiran dia yang mengaku sebagai seorang ulamak. Kat dapur, orang nak cepat. Macam-macam benda boleh cakap.

Taraf blog Nik Abduh, sekadar cerita-cerita kat dapur.

Tulang Besi said...

Untuk pengetahuan semua saya dengar sendiri daripada Timbalan Mursyidul Am Ust Haron Din bahawa setelah dia dan Tok Guru Hj Hadi pegi bejumpa dgn Tok Guru Nik Aziz utk explain pasal unity government, barulah Tok Guru Nik Aziz faham dan dia minta maaf dgn Presiden kerana katanya beliau mendapat maklumat yang salah daripada seseorang!.

Iye ke? Ada bukti ke? Atau pun ini hanya rekaan imaginasi awak semata2?

Rasanya awak ni pun ada kena mengena dgn blog anti husam tu kan?

Tulang Besi said...

Bukan kah masa Ustaz Nasa berlawan dengan Ust Harun Taib dahulu, ust. nasa telah dikira sebagai seorang yang bukan ulama?

Tulang Besi said...

Jawapannya... Nik Abduh benar dan Tok Guru Nik Aziz tidak dungu. Yang dungu hanyalah Tulang Besi...yg terlalu bebal untuk mengaku kebenaran.Kebenaran apa? Kebenaran yang kerajaan perpaduan ni idea yang baik?

Itu bukan kebenaran, itu kebebalan dari pihak Fraksi UMNO.

izzac said...

ni semua pasal dengki dengan HUSAM aje..aku ingat para utz mi celop d keliling tok guru, bolih p ngaji semula...jadi utk sementara utz mi celop p ngaji...bolih lah utz yang benaran seperti UTZ NIK abduh and yang sewaktu dgn nye ambil alih tugas utz me celup...

pasbaru@yahoo.com said...

Alhamdulillah.
Nampak jelas bila Sdr Tulang Besi tak boleh menjawab, anda akan twist fakta @isu dan main serkap jarang.
Teruskan usaha anda.

Yang penting saya dah dapat kebenaran daripada pimpinan PAS dan ramai ahli PAS dah mula menyedari siapa sebenarnya yang cuba memcahbelahkan jamaah.
Semoga Allah membalas jasa anda.

Anonymous said...

semoga Allah selamatkan perjuangan Islam yg di bawa oleh PAS,semoga talam 2 muka dalam PAS dapat dibersihkan...semoga Allah melindungi kedua2 TOk GUru kita drpd anasir2 jahat untuk melaga2 kan mereka,...mari penyokong2 PAS bersatu dan nyahkan duri dalam daging drpd perjuangan kita,semoga Allah menyelamat perjuangan ini>>>TAKBBBBIIIRRRRRR

Anonymous said...

orang bercakap kita pun nak bercakap.

Pergi ke tanah arab sekejap balik pakai serban sikit buka blog dah kira ulamak?

Ni la problem budak-budak baru pandai sikit-sikit..jenis akal pendek..

Bertaubat laa.

Tulang Besi said...

Yang penting saya dah dapat kebenaran daripada pimpinan PAS dan ramai ahli PAS dah mula menyedari siapa sebenarnya yang cuba memcahbelahkan jamaah.
Semoga Allah membalas jasa anda.
.

Benar. ramai ahli PAS sudah nampak bahawa perpecahan dlm PAS adalah hasil kerjatangan puak2 yang pro kepada Muzarakah/Muqabalah.

Anonymous said...

Alhamdulillah.
Nampak jelas bila Sdr Tulang Besi tak boleh menjawab, anda akan twist fakta @isu dan main serkap jarang.
Teruskan usaha anda.

Yang penting saya dah dapat kebenaran daripada pimpinan PAS dan ramai ahli PAS dah mula menyedari siapa sebenarnya yang cuba memcahbelahkan jamaah.
Semoga Allah membalas jasa anda.



astagfirullah tb2...dia tuduh org cakap x der bukti dia serkap jarang jer..hhmm..

semoga allah selamatkan kiter semua

Anonymous said...

Begitu banyak masa dan tenaga telah dibazirkan menghujahkan isu "Kerajaan Perpaduan" ini.Kami ahli-ahli PAS dibawah ni naik keliru,sama ada nak sokong atau tidak walau pun Presiden dak kata isu Kerajaan Perpaduan ni dah "tutup".Kami cuma nak tahu benar,dalam Kerajaan Perpaduan yang disarankan tu SIAPA AGAKNYA AKAN JADI PERDANA MENTERI? Munkin Nik Abduh dapat membantu.

Anonymous said...

ulang lagi kalau tak faham2:

Mudah je penyelesaian masalah ni. Husam mesti meletakkan semua jawatan di dalam parti dan kerajaan Kelantan.

Selepas itu Nik Abduh tidak akan sakit hati lagi dan akan diam. Sahabat Nik Abduh, Abe Jak pun akan diam.

Anonymous said...

sekiranya lalai dgn pangkat derajat,nafsu,harta benda dan puji pujian maka

jatuh lah org itu
jatuh lah institiusi kekeluargaanya
jatuh lah organisasinya
jatuh lah pemerintahanya
jatuh lah negaranya
jatuh lah kerajaan islam

kuatkan diri dgn sifat siddiq,amanah,tabligh dan fatonah dan hayati islam yg sebenar tampa melampaui batas.........sekian.

Parpu Kari said...

TUALNG BESI, KAMU WAJIB BACA KISAH BENAR INI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/04/perjumpaan-eksklusif-malaysiakini.html

Parpu Kari said...

KERANA ADA PENYOKONG MACAM KAMU LA SEMAKIN BERKUASA SI ERDOGAN YANG DAH TAK KENAL HALA HARAM, MAIN TIBAI JE!

Anonymous said...

Tak yah bohong le parpukari konon jumpa org Pas. Aku nampak kau org. A Voice pun ada. Tak ada pun org PAS. Nampak sangat blogger Umno pembohong.

Anonymous said...

Nak tuduh batu api pun takut dia marah. Tapi nak kata apa berita di bawah ni?

Yang tak berani nak dituduh batu api siap kata, "membayangkan maklumat itu diyakini tepat".

Berikut berita yang tak berani nak dituduh batu api:

Pas Selangor kesal jika kenyataan benar (muka surat N4 Sinar Harian edisi Selangor KL 27/4/09)

Pas Selangor melihat usaha untuk melaga-lagakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang didedahkan oleh anak Tok Guru itu, Nik Abduh adalah sesuatu yang amat dikesali, kata Roslan SMS.

"Kalau benda ini terbukti betul, kita tak boleh terimalah sebab usaha melaga-lagakan pemimpin tertinggi dalam mana-mana organisasi adalah sesuatu yang tidak baik lebih-lebih lagi Pas ini parti Islam".

Roslan SMS berkata, kedudukan Nik Abduh sebagai Exco Pemuda PAS Pusat lebih-lebih lagi selaku anak kepada Nik Aziz membayangkan maklumat itu diyakini tepat sehingga menjadi kebimbangan peribadi kepada Nik Abduh.

"Kita harap kawan-kawan (Pas) di Kelantan akan buat sesuatu kalau betul kenyataan Nik Abduh itu".

Anonymous said...

TB quoted ........"Heran saya, waktu Dato' Asri nak bawak PAS masuk BN dulu pun, beliau tunggu sokongan TG Nik Aziz dahulu sebelum beliau teruskan dengan Mesyuarat Agung Khas.

Waktu itu, kalau TGNA kata tidak, maka PAS tidak akan masuk kerajaan campuran dgn UMNO (dan BN).

Skrg ni semua bypass Tok Guru dlm isu seperti ini. Kenapa?"....

kat sini pun dah ada persoalannya.
apsal tak de org nak selesaikan teka-teki ni.

bukankah di zaman Dato' Asri dah ada ramai ulama'? apsal nak rujuk tgnaa lagi??
mungkin skrg no rg dah pandang tok guru dah tua, so, beralihlah kepada ulama' muda...????

Tulang Besi said...

kat sini pun dah ada persoalannya.
apsal tak de org nak selesaikan teka-teki ni.

bukankah di zaman Dato' Asri dah ada ramai ulama'? apsal nak rujuk tgnaa lagi??
mungkin skrg no rg dah pandang tok guru dah tua, so, beralihlah kepada ulama' muda...????
.

Masa tu Tok Guru Nik Aziz Ketua Dewan Ulama PAS

adijagat said...

Bagi kawe rakyat marhaen yg bukan ulamak ni....tak perlu berbangkit langsung pasal kerajaan campuran atau kerajaan perpaduan dengan UMNO BN KERANA banyak keburukan & kebusukan yg telah dilakukan oleh kerAjaan BN selama 50 tahun yg lepas...takkanlah kita tambah2 parti Islam nak pergi bersekongkol dalam tong najis bersama mereka...FIKIR2KANLAH WAHAI TEMAN tindakan TGNA sebelum ini betul! .....hargailah kepercayaan & harapan rakyat yg mahu melihat Pakatan sebagai pemerintah baru Malaysia bukannnya bergabung dengan mereka!

Anonymous said...

"Nik Abduh ni, cerita kat dapur pun masuk dalam blog".

Ini macam kalu,suruh Abduh register dgn twitter..kahkahkah..ini sy punya teori wokeh..ini muzakarh,muqabelah misti ada kaitan dgn royalti..ok..kumpulan elit mau mengekalkan status mereka,jadi mereka gunakan isu "ketuanana melayu","royalti" utk spin,propoganda..royalti pun elit jugak..mereka dah berkurun kurun hidup cinang,tak bayar cukai,tak punch card,dan mereka bersama umno dan BN/UMNO's arse lickin bizmen mau teruskan monopoli mereka..negara hancur,rakyat derita,itu semua belang kira..janji merek hidup senang lenang..sy pikiaq fraksi umno dapat silent support dari royalti..objektif, puak reformis,puak pakatan tak berkuasa..elitpuak elit takut nasib mereka akan jadi macam..macam siapa eh?:-)

Anonymous said...

Dahla tu TB. Adu domba untuk memecahbelahkan Parti Islam adalah makanan harian TB. Selagi parti ni x lingkup TB xkan berpuashati.

Terima Kasih TB..

Abuzar said...

Isu disini adalah bila Nik Abduh menyatakan "pembantu2 TGNA nak melaga-lagakan ayahnya dengan Presiden PAS" dan "dari sumber2 yang diyakininya".

Pertuduhan terhadap para pembantu TGNA amat berat jika tanpa bukti nyata. ...mereka ini sebagai pengkhianat PAS pada mata Nik Abduh. Puak2 Nik Abduh & sefikrah dengannya sajakah yang berjuang untuk Islam /PAS??

Satu lagi Nik Abduh hanyanya mendapat maklumat keburukan pembantu2 TGNA dari sumber2 yang diyakini ... siapakah gerangan pemberi maklumat yang siddiqin lagi thiqah ini pada telinga Nik Abduh ini??

Jujukan persekitaran dan bi'ah perjuangan politik Islam Malaysia, pada saya TGNA lebih arif dan mendalam, berbanding anaknya Nik Abduh.

Nik Abduh walaupun berjawatan dalam parti, tetapi kurang pasti beliau terhidu mereka yang sekelilingnya dan masak (mature) dalam permainan sepak terajang politik AMNO/BN. Dibimbangi dia dibawah pengaruh luar arus perjuangannya seperti pernah berlaku kepada salah seorang anak lelaki arwah Ustaz Bunyamin Bachok suatu ketika dulu? Diperalatkan oleh mereka2 yang berkepentingan.

Pepatah Melayu: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Anonymous said...

...TGNA ni MB 4 penggal berturut2. Dah tiga Presiden UMNO berlalu namun dia masih MB. Dr Mahathir berhempas pulas nak jatuhkan TGNA sebagai MB namun yang jatuhnya Dr. Mahathir...

TDM tidak jatuh, dia bersara, mungkin kamu lupa.
Yang jatuh cuma Pak Lah, yang TDM usaha menjatuhkannya.

...Pada hari ini, populariti Tok Guru Nik Aziz ini lebih tinggi dari Dr. Mahathir, Najib Tun Razak dan sesiapa sahaja di kalangan pimpinan UMNO....

Mana kamu tau? kamu kira. Kalau TGNA lebih popular, kenapa dia masih tak jadi perdana menteri lagi?

...Tok Guru ni macam Saidina Umar Abdul Aziz. Ilmu tinggi dan pandai memimpin....

Mungkin TGNA ada kelebihan atau keistimewaan tersendiri, tapi jangan samakan beliau dengan para Khalifah Islam terdahulu. Tidak boleh dibandingkan sama sekali...

Tulang Besi said...

TDM tidak jatuh, dia bersara, mungkin kamu lupa.
Yang jatuh cuma Pak Lah, yang TDM usaha menjatuhkannya.
.

Dia jatuh sebab kalau dia tidak berundur, UMNO tetap akan kalah dari segi undi Melayu. Jadi kiranya dia jatuh

Mana kamu tau? kamu kira. Kalau TGNA lebih popular, kenapa dia masih tak jadi perdana menteri lagi? .

MErdeka Center punya kajian daaa dan Najib tahu perkara ni.

Sebab tu UMNO semua tgh doa Tok Guru mati cepat.

Mungkin TGNA ada kelebihan atau keistimewaan tersendiri, tapi jangan samakan beliau dengan para Khalifah Islam terdahulu. Tidak boleh dibandingkan sama sekali....

BOleh la. Tok Guru bukan orang sembarangan.

Tulang Besi said...

Wahai Anak Si sikit (Ibnu Qalil),

Mana jawapan ni. Adakah anda setuju PAS masuk BN?

yes said...

Assalamualaikum,

Saya hairan betul dg ramainya Anonymous di blog ni. Kata sya dengar sendirilah, saya berada disitulah, tetapi tak berani menyatakan siapa anda.

Politic adalah satu perjuangan, jadi tak kanlah semua orang nak anggok saja atas pandangan orang lain. Apa salahnya kita berbeza pendapat.

Kepada tulang besi, go on dedahkan lah apa yang anda tahu agar rakyat dapat membuat pertimbangan mereka.

PadaHusam, teruskan perjuangan anda. Ramai yang mulai dengki denan anda, tetapi ini makna nya anda telah sampai ka tingkat kejayaan, kerana orang hanya dengki dengan orang yang lebih dari dia.

Anonymous said...

ish2... cam sama ja... saya dgr ada bunyi2 wang pertaruhan... pasal politik nie xtau sgt... cam main judi ek wang pertaruhan nie, klu menang dapat, klu kalah burn, halal ke haram, cam main bantai je, janji ble jadi adun... huhuhu, kesian la korang nie, bergaduh pas sama umno, dua2 jahil, pemimpin jahil, pengikut lagi la jahil, xde sport toto kat kelate, ble bli kat ganu, x der pusat pelacuran dekat kelate, ble gi thai, dokat ja tu.... aku bukan nak kata, tapi cam xder improvement pon, lain la klu TGNA buat rakyat kelate cam malaikat, sama ja, sama cam negeri lain, maksiat byk, jenayah pon banyak, teori pas x menjadi, konon2 nak jadi umar abdul aziz, angan ble la kawan, masa zaman umar abdul aziz kambing ngan serigala ble makan sekali, masa nik aziz, umno ngan pas nak sembahyang skali pon susah, apa crita kwn?

Anonymous said...

1) Blogger Che'pirate said...

"BAKPONYO HUSAM KO YANG DI MAKSUDKAN TU..?????
MEMANG YE LA GAMOK NYO..."

mu tanyalah sendiri dengan nik abduh, hak moleknya mu suruh dia tulis dalam blog dia bahawa orang yang dia maksudkan tu husam, boleh?

2) pasbaru@yahoo.com said...

i. "...saya dengar sendiri daripada Timbalan Mursyidul Am Ust Haron Din bahawa setelah dia dan Tok Guru Hj Hadi pegi bejumpa dgn Tok Guru Nik Aziz utk explain pasal unity government, barulah Tok Guru Nik Aziz faham dan dia minta maaf dgn Presiden kerana katanya beliau mendapat maklumat yang salah daripada seseorang!"

molek kalau sdra dapat verify dengan timb mursyidul, siapa yang dimaksudkan dengan "seseorang".

comel lagi kalau pengakuan ini datang dari tg nik aziz sendiri.

bukan saya tak percaya dengan timb mursyidul, cuma ungkapan anda "saya dengar sendiri" ni agak subjektif. mungkin ia hanya untuk menguatkan hujah anda? bagaimana penerimaan anda jika saya katakan "saya dengar sendiri" dari pihak yang mengatur pertemuan antara X dengan Y, timb mursyidul juga turut hadir...?

ii. "Yang penting saya dah dapat kebenaran daripada pimpinan PAS dan ramai ahli PAS dah mula menyedari siapa sebenarnya yang cuba memcahbelahkan jamaah."

penting bagi anda, tidak penting bagi orang lain. penting bagi saya tak penting bagi anda. pimpinan pas yang mana yang memberi maklumat kepada anda, yang sealiran dengan anda? anda mendekati mereka kerana sudah jelas pada anda mereka boleh memberi penerangan sebagaimana anda kehendaki, tidak gitu? sudah tentu ini berlaku dalam siri siri penerangan oleh mereka yang anda ikuti (entah berapa kali). siri siri penerangan yang sama tidak dilakukan oleh pihak yang kena tuduh, kenapa agaknya?


3) Anonymous said...

"semoga Allah selamatkan perjuangan Islam yg di bawa oleh PAS,semoga talam 2 muka dalam PAS dapat dibersihkan...semoga Allah melindungi kedua2 TOk GUru kita drpd anasir2 jahat untuk melaga2 kan mereka,...mari penyokong2 PAS bersatu dan nyahkan duri dalam daging drpd perjuangan kita,semoga Allah menyelamat perjuangan ini"

saya turut mengaminkan doa anda, dengan menzahirkan kedua dua pihak di hadapan saya, semoga Allah mendedahkan siapakah "talam dua muka dalam pas." dari kalangan mereka.

4) Anonymous said...

"Berikut berita yang tak berani nak dituduh batu api:

Pas Selangor kesal jika kenyataan benar (muka surat N4 Sinar Harian edisi Selangor KL 27/4/09)

Pas Selangor melihat usaha untuk melaga-lagakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang didedahkan oleh anak Tok Guru itu, Nik Abduh adalah sesuatu yang amat dikesali, kata Roslan SMS.

"Kalau benda ini terbukti betul, kita tak boleh terimalah sebab usaha melaga-lagakan pemimpin tertinggi dalam mana-mana organisasi adalah sesuatu yang tidak baik lebih-lebih lagi Pas ini parti Islam".

Roslan SMS berkata, kedudukan Nik Abduh sebagai Exco Pemuda PAS Pusat lebih-lebih lagi selaku anak kepada Nik Aziz membayangkan maklumat itu diyakini tepat sehingga menjadi kebimbangan peribadi kepada Nik Abduh.

"Kita harap kawan-kawan (Pas) di Kelantan akan buat sesuatu kalau betul kenyataan Nik Abduh itu"."

anda takkan tak kenal dengan roslan sms ni (atau dia sumber maklumat anda?). cara penulisannya jelas mendedahkan dia berpihak (memangpun dia berpihak), rata rata orang tahu. dia suka jaja spekulasi:

1) "Kalau benda ini terbukti betul, kita tak boleh terimalah.."

'kekitaan' yang digunakan adalah usaha halus roslan bagi mengajak pembaca seperti anda "to join the band wagon".

2a) "...kedudukan Nik Abduh sebagai Exco Pemuda PAS Pusat... membayangkan maklumat itu diyakini tepat...""

roslan menggunakan kedudukan nik abduh sebagai exco pemuda pas pusat bagi menyokong hujahnya "membayangkan maklumat itu diyakini tepat".

tak cukup dengan kedudukan nik abduh sebagai exco, roslan perkemaskan lagi hujahnya

2b) "...selaku anak kepada Nik Aziz... membayangkan maklumat itu diyakini tepat..."

bagi memperkukuhkan lagi hujah beliau, "nik abduh sebagai exco", roslan perkuatkan lagi hujahnya dengan "selaku anak kepada Nik Aziz".

2c) "...sehingga menjadi kebimbangan peribadi kepada Nik Abduh."

roslan sedar serta akui bahawa apa yang disuarakan nik abduh adalah "kebimbangan peribadi" nik abduh. agak pelik "kebimbangan peribadi nik abduh" dijadikan pengisian blognya.

saya kurang jelas kenapa roslan membesar besarkan "kebimbangan nik abduh" sedangkan dia sendiri mengaku "Pas ini parti Islam". kemungkinan besarnya ialah "kebimbangan nik abduh" ini juga merupakan kebimbangan roslan. oleh kerana dia dikenali berpihak, maka pememilihan "kebimbangan nik abduh" ini bolehlah dirumuskan sebagai menyuarakan pendapat pihak yang disokongnya.

3) "Kita harap kawan-kawan (Pas) di Kelantan akan buat sesuatu kalau betul kenyataan Nik Abduh itu"

sekali lagi "kekitaan" digunakan bagi meyakinkan pengunjung blognya supaya "join the band wagon".

roslan mengharapkan "kawan-kawan (Pas) di Kelantan" berbuat sesuatu "kalau betul kenyataan Nik Abduh itu". "kawan-kawan" menyerlahkan di antara mereka ada kesefahaman (kem yang sama). kalau tidak, takkanlah "kebimbangan nik abduh" boleh bertukar menjadi kebimbangan pas pula?

wallahu'alam

hussin abdaziz

Anonymous said...

pasbaru@yahoo.com said...

"...saya dengar sendiri daripada Timbalan Mursyidul Am Ust Haron Din bahawa setelah dia dan Tok Guru Hj Hadi pegi bejumpa dgn Tok Guru Nik Aziz utk explain pasal unity government, barulah Tok Guru Nik Aziz faham dan dia minta maaf dgn Presiden kerana katanya beliau mendapat maklumat yang salah daripada seseorang!"

sdra pasbaru, katakan saya boleh terima "saya dengar sendiri" sebagai benar, tidaklah tidak benar kecuali benar adanya.

walau bagaimanapun, saya dapati ada sesuatu yang tidak kena dari pandangan sdra di atas "setelah dia dan Tok Guru Hj Hadi pegi bejumpa dgn Tok Guru Nik Aziz utk explain pasal unity government".

i. timb mursyidul "tahu" pasal unity govt.
ii. maknanya perbincangan unity govt turut dihadiri oleh timb mursyidul.
iii. besar kemungkinan semasa perbincangan, mursyidul tidak dapat hadir.
iv. mursyidul tidak tahu menahu berkenaan unity govt.
v. unity govt diuar-uarkan walaupun mursyidul tak tahu apa-apa mengenainya.
vi. jk mana yang bertanggungjawab membincang mengenai unity govt - dewan harian? ajk pas pusat? majlis syura?
vii. mustahil unity govt dibancang oleh mana-mana jk kerana mursyidul tak tahu, ada ajk pas pusat tak tahu? ada ahli dewan harian tak tahu, ada ahli dewan ulama tak tahu.

ramai orang tidak mahu ambil kesah tentang ini.

lambang pas bulan penuh mengambang, apabila bulan penuh mengambang, cahayanya memberi manfaat kepada makhluk di bumi. cuma yang anihnya, ada di kalangan pemimpin pas sangat suka bergerak dalam gelap seolah-olah tidak yakin lagi kepada cahaya bulan mengambang...

hussin abdaziz

Anonymous said...

dan tak bolehkah, sebelum dihebahkan, terlebih dahulu bertemu mursyidul untuk memberitahu kepadanya apa benda unity govt ni.

statement mursyidul menolak muzakarah dahulu mungkin dijadikan alasan supaya unity govt ni tak payahlah dibawa ke pengetahuan mursyidul, 'padan setakat kita je bincang'?

pasbaru boleh terima?

hussin abdaziz

Anonymous said...

siapakah yang boleh dipertanggungjawabkan sehingga menyebabkan tg nik aziz menerima "maklumat salah daripada seseorang"?

"i. timb mursyidul "tahu" pasal unity govt.
ii. maknanya perbincangan unity govt turut dihadiri oleh timb mursyidul.
iii. besar kemungkinan semasa perbincangan, mursyidul tidak dapat hadir.
iv. mursyidul tidak tahu menahu berkenaan unity govt.
v. unity govt diuar-uarkan walaupun mursyidul tak tahu apa-apa mengenainya.
vi. jk mana yang bertanggungjawab membincang mengenai unity govt - dewan harian? ajk pas pusat? majlis syura?
vii. mustahil unity govt dibancang oleh mana-mana jk kerana mursyidul tak tahu, ada ajk pas pusat tak tahu? ada ahli dewan harian tak tahu, ada ahli dewan ulama tak tahu."

tolong jelaskan...

Cool Breeze said...

kau yang dunggu lagi bahlol

Anonymous said...

kau yang dunggu lagi bahlol

Anonymous said...

Helpful blog, bookmarked the website with hopes to read more!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.