Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 29, 2009

Terlondeh Seluar Fraksi2 UMNO dalam Malaysiawaves

Saya dapat ramai simpatisan fraksi UMNO yang memberi komen mereka dalam blog saya. Saya tak pernah tapis komen2 dalam blog saya. Saya ada ban seorang tetapi selepas pembaca saya membaca komen2 nya, dan mereka menyokong tindakan saya. Pengkomen UMNO ni tak reti nak bawak benda baru. Fitnah yang sama diulang-ulang tanpa henti. Bila dicabar memberi bukti tak pernah nak bagi.

Seorang pengkomen namanya Ibnu Qalil (Anak Kepada Sikit) selalu memberi komen bertentangan dengan hujjah saya dalam masalaah muzakarah/muqabalah/kerajaan perpadauan.

Tetapi semalam, segala rahsia beliau terbongkar. Segala akal beliau telah terserlah kepada pembaca sekelian. Beliau menunjukkan fahaman sebenar Fraksi UMNO dalam PAS.

Di dalam giat beliau melawan saya dan beberapa pengkomen yang lain, satu pengkomen bernama limp biscuit bertanya:


"Tapi kau akan sokong kalau PAS masuk BN. Dan menjadi rakan UMNO, kan?

Cuba jawab"


Lantas Ibnu Qalil (anak si sikit) menjawab:

" Anonymous IbnuQalil said...

Buat limp biscuit, Tuan jual, saya beli.

Saya akan sokong sebarang usaha yang menguntungkan Islam selagi tidak melanggar
syara'. Itu jwpn saya.

Sheikh, cukuplah. Kena ingat PAS ni parti dakwah bukan politik semata-mata.
Org mcm nta lah yang melarikan PAS dr poerjuangan asli.?"


Saya menyambut lagi cabaran camel ini dengan bertanya:

" Tulang Besi said...

Baik jawab soalan ini skali lagi wahai anak si sikit:

Adakah Anda Setuju PAS Masuk BN?

Tolong jawab dengan ikhlas dan benar."


Sampai sekarang soalan saya itu tinggal tidak dijawab.

Inilah dia tanda-tanda fraksi UMNO. Semua penyokong Fraksi UMNO yang saya jumpa dan hadapi semua akan mengelak untuk menjawab soalan cepumas ini:

"Adakah Awak Bersetuju PAS Masuk BN?"

Baik Songkok Putih, baik Ibnu Qalil, baik Polis Pencen etc semua mengelak dan lari bila ditanya soalan ini.

Anak si sikit pula bagi alasan dakwah. Jawapan saya itu ada di bawah dlm bahagian ps.
Cuma saya nak kata. Kalau dah merenyam sangat nak masuk UMNO, masuk aje. Jangan nak bawak PAS bersama.

Kami dalam PAS ni dah nekad takkan bersama dengan orang zalim dan engkar macam UMNO.

Tulang Besi

ps

Ibnu Qalil: Sheikh, cukuplah. Kena ingat PAS ni parti dakwah bukan politik
semata-mata.Org mcm nta lah yang melarikan PAS dr poerjuangan asli..
Dakwah kat sapa? Kat UMNO? Sapa yang ajar kao kita tak pernah dakwah kat UMNO?



Tulang Besi: Dah lima puluh tahun kita dakwah dan dah lima puluh tahun diorang
tolak. Ada faham tak? Kita bukan tak pernah dakwah tapi mereka tikam kita dari
belakang.

BAik dakwah dengan bukan Islam yang dah terbuka hati nak sokong Islam.

Bencinya dan meluatnya saya mereka yang gunakan alasan dakwah untuk duduk
sekelambu dengan UMNO. Kalau dah gian sangat masuk UMNO je la. Tak payah
libatkan PAS. Tak payah guna alasan dakwah. Org gila kat Petaling Street pun
tahu UMNO ni dah tak boleh dakwah dah.

52 comments:

Anonymous said...

kalau lawan atau berhujah terhadap statement pemimpin okla jugak.Komen pembaca pun nak kene highlight jugak ker??
dasar mentaliti budak form 4 je ko TB.

Hamba said...

Anon 3:34 ni tah2 si anak si sikit...dah tak dpt tegak benang basah nak tambah lagi dgn air liur basi pulak..Cukup le tu...Fraksi2 UMNO dah di tolak oleh ahli2 PAS. Malah rakyat pun dah taknak UMNO lagi...Biar lah sekolah sampai form 4 tp istiqamah dlm perjuangan, bermoral dan berperinsip..Daripada ada Phd tp hipokrit, takde moral pastu berkiblatkan wang nak buat apa?

Anonymous said...

TB Rahman Talib@Palil... Sebutkan sapa pimpinan yang pernah kata PAS masuk BN?

TGHH? buktikan... Nik Abduh? buktikan... Ustaz Tantawi? buktikan...

Tiada isu pun PAS nak masuk UMNO..terbukti memang tulang besi orang yang suka memusingkan fakta..

Malahan TGNA sendiri pernah kata kalu UMNO laksana Islam PAS akan bubar...kenapa Tulang Besi tak cakap TGNA nak masuk UMNO???

Terbukti Abd Rahman Talib = Abdullah bin Ubai.Ko suka kalu Jemaah PAS kacau bilau.

Tulang Besi said...

Anonymous said...

TB Rahman Talib@Palil... Sebutkan sapa pimpinan yang pernah kata PAS masuk BN?
.

Abih tu apasal susah sangat nak jawab bila ditanya.

Bukan susah pun.

Kalau orang tanya saya:

Penanya: Saudara Tulang Besi, setujukah PAS masuk BN?

Tulang Besi: Nauzubillahimizalik

Apa susahnya nak jawab.

Ni pegi log off la, pegi tutup chat, pegi tak jawab email, lepas tu yang terbaru anak si sikit kata kita kena pikir kita ni parti dakwah.

Apa la, susah ke nak jawab?

Ni yang cabar2 saya ni, cuba jawab soalan saya daulu sebelum saya jawab soalan hang:

Setuju atau tidak PAS masuk BN?

Mullahkane said...

I totally DISAGREE!!!!!

Anonymous said...

tu lah bila tanya tak berani jawab. itulah sifat sifat org org munafik dan berselindung di sebalik agama konon. iya kalau benar jawablah pertanyaan saudara tulang besi! ataupun terlalu bodoh untuk nak memahami soalan yang begitu mudah atau terlalu bodoh untuk menjawab soalan yang terlalu mudah untuk dijawab. Tahniah Tulang Besi , saya sentiasa menyokong tulisan saudara yang sentiasa mahu menegakkan kebenaran. may Allah Bless you! Amin.

Anonymous said...

Anon 29.4.09 jam 4.38pm,
Memang mereka tak sebut pun "nak masuk UMNO"atau "joint UMNO" mereka taklah sebebal itu.TETAPI bertemu cara senyap-senyap didalam dan luar negeri merundingkan "jawatan-jawatan" yang akan diperolihi,bertemu konon atas nama "dakwah" bersetuju memerintah bersama atas alasan kemerosotan ekonomi dunia serta untuk ketuanan Melayu - semua itu bermakna bersetuju dan bersedia "berkawan rapat" dan "berganding bahu"bersama UMNO.Nak kata apa lagi.Takkan bolih tubuh Kerajaan Perpaduan tanpa UMNO? Takkan UMNO bersetuju PM Kerajaan Perpaduan datang dari PAS? Mahu tak mahu PAS terpaksa bergelumang" juga dengan UMNO.

Anonymous said...

Asyikk ...tak habis..dari dulu samapi tok nadoqq..asyik2 PAS join UMNO..PAS nak dakwah kena dengan UMNO...awatla mangkuk hayun..kepala otak tak boleh pakai..boleh tak hangpa semua yg dok sokong muzakarah..ka muqabalah ka..muzakar..ka pikiaq bagi UMNO dibawak masuk PAS...kan baguih lagi camtu..awat ingat PAS ni parti cokiaa tara manaaa sangat laaa..asyik PAS nak join UMNO..asyik kena perpaduan gan UMNO..fikiaq la camana nak tarbiah ahli UMNO dan kalu boleh dengan presiden2 dia join PAS...awat ahli UMNO ada dak duk terhegeh nak bawak UMNO masuk PAS...yg heran ada lak pulak kaki nak bawak PAS masuk UMNO..apa ke mangkuk hayun tara tu..dah org cina dan india mula sokong PAS..hangpa wat keja terbalik pulak..awat sampai tara ngok samapi tu!!!

amni said...

apa kata kalo UMNO pulak masuk PAS? ok tak?? =)

Anonymous said...

Sekarang ni dah 50% orang melayu/Islam tolak UMNO sebab diorang Islam tapi bukan Islam, ie Islam pada nama sahaja, tapi buat semua yang haram! Bukan Melayu/Islam pula 75% dah tolak BN. Kalau PAS masuk UMNO, tak de PAS la, sebab dah jadi UMNO!!

Jadi siapa-siapa yang nak sangat PAS masuk UMNO memang dah sewel, sebab sekarang yang Islam dan bukan Islam pun nakkan orang yang bermoral, beretika dan amanah untuk menerajui kerajaan. Ini masanya TGNA dan council-nya tunjukkan cara memerintah yang betul kepada UMNO. Jadi tak timbul persoalan masuk UMNO; persoalannya bagaimana nak memantapkan pimpinan baris pertama dan kedua. Itu saja, soalan yang mudah, jadi janganlah memecah-belahkan sokongan yang sedia ada, terutana sekali dari yang bukan Islam. Kata orang putih, opportunity don't knock twice, so strike while the iron is hot!

Betul, TB??

donplayplay

Tulang Besi said...

Betul donplayplay

Anonymous said...

TB berkata setuju ke PAS masuk BN??

Jawapan : Kalu Islam dan Keadilan terlaksana tidak ada salah PAS masuk BN....

Malah kalu dengan PKR dan DAP Islam tertindas..wajib PAS tinggalkan Pakatan..apa susah

Anonymous said...

Sekarang saya nak tanya tulang besi pulak..

kalu dengan PKR dan DAP, Islam disekat..masih nak teruskan bersama dengan Pakatan???

Kalu dengan UMNO Islam dan Keadilan terlaksana, masih nk bersama Pakatan??

Anoinimuz said...

TB, lu tak pyah layan dgn fraksi2 umno yg duk putaq2 tang tu jgak....lg lu layan, lg lu jdk sengal...haha...

Anoinimuz said...

fraksi umno ni ibarat kurap bak kate sape tuh....lagi digaru lagi manja dia mengada2...lagi digaru lagi sedap...haha...mmg fraksi umno nie kurap...kne taruk antiseptic dan krim pemusnah kulat yg pedih untuk treat kurap2 camni...

nur mohd nidzam said...

amni said, kalau umno masuk pas boleh tak?
Dah tentu boleh, tapi soal nya bolehkah umno tinggalkan rasuah, tingalkan segala kemungkaraan,ketidakadilan,sikap perkauaman, terima hukum islam sebagai penganti kepada undang undang sekular, boleh kah umno buang pemimpin yang ada tanda tanya terhadap integerti mereka? kalau dapat jawapan kepada soalan soalan maka akan dapat jawapan kepada soalan asal.

Anonymous said...

Kenapa sebok sebok tentang PAS nak masuk UMNO. Siapa saja dalam PAS yang rasa nak tinggalkan PAS dan setuju dengan perjuangan UMNO silakan keluar. Tak kira orang no satu, dua atau tiga atau ahli biasa.

Pas bukan kepunyaan individu. Pas kepunyaan ahli Pas yang menderma seringgit dua ringgit atau beribu ringgit untuk memastikan Pas terus hidup. Memang masuk Pas kena berkorban wang ringgit dan masa. Tapi itulah yang dinamakan perjuangan, kenapa bila UMNO dah nazak dan Pas di ambang kejayaan timbul desas desus nak bergabung, nak masuk UMNO dan sebagainya.

Kepada ahli Pas tulin, jika ada di kiri kanan anda mereka yang berdolak dalik untuk meneruskan perjuangan Pas, tunjukan pintu dan ucapkanlah selamat jalan.

nur mohd nidzam said...

Anon 7.26,
kalau umno nak laksanakan islam sudah tentu tidak wujud parti pas,oleh kerana sebab islam tidak mampu dilaksanakan umno lah parti pas ini sebenarnya wujud. ingat komen TGNA kalau umno laksana dasar2 islam maka tiada sebab mengapa pas nak wujud, so kalau umno betul betul serious nak tegakkan islam jangan setakat rhetorik sahaja, kena benar2 ikhlas. setakat cakap buih mulut siapa pun,boleh kena buat sungguh2, kata negara islam tapi nombor ekor dijual merata2 tanpa pemantauan, islam pun boleh beli,cabutan paling banyak, 10 kali seminggu, negara kafir pun tak banyak macam tu, arak dijual secara bebas cukai di negeri kuat umnoJB,lesen arak,judi pelacuran diberi sesuka hati asal ada masuk $, casino paling besar di asia tenggera.

nur mohd nidzam said...

Anon 5.47 I TOTALLY AGREE WITH YOU, YOU ARE THE MAN.

Anonymous said...

ko layan jugak ker blog mangkuk ayun TB ni.dah lahh brother..buang karan je.ko nasihatla macamana pun,xdapat nyer..dia ni spesis yahudi ni.xboleh dibuat kawan.makan kawan lagi ada.

teruskan usaha mu wahai TB.

Anonymous said...

Wei Tulang Besi aku dah jawab

"TB berkata setuju ke PAS masuk BN??

Jawapan : Kalu Islam dan Keadilan terlaksana tidak ada salah PAS masuk BN....

Malah kalu dengan PKR dan DAP Islam tertindas..wajib PAS tinggalkan Pakatan..apa susah"

Ko la pulak Jawab :

"kalu dengan PKR dan DAP, Islam disekat..masih nak teruskan bersama dengan Pakatan???

Kalu dengan UMNO Islam dan Keadilan terlaksana, masih nk bersama Pakatan??"

Kenapa tak jawab...takuttt..tembelang ko pecah ke.

Aku tau kalu PKR dan DAP tindas Islam ko akan jadi munafik kafirun kannnnnnnnnnnnnnn

Anonymous said...

Wei Tulang Besi Munafik...kenapa tak jawab
dasar Tulang Besi Munafikkkkk

Anonymous said...

Nampaknya Abd Rahman Talib Si Tulang Besi yang terlondeh seluar sebab tak mampu nk jawab...

Nape takut dengan Anwar ke?? takut tak dapat projek???

Anonymous said...

Tulang Besi Munafik...Tulang besi Munafik...Tulang Besi Munafik....

nur mohd nidzam said...

Anon 10.07 saya sudah pun menjawap diatas, tapi saudara kalau nak TB jawap pun bersabarlah, barang kala saudara TB sibuk dengan keluarga ke, ke surau ke, bersabarlah.

Tulang Besi said...

"Jawapan : Kalu Islam dan Keadilan terlaksana tidak ada salah PAS masuk BN....".

Ohhhhhhhh masudnya confirm la korang nak masuk BN.

Orang lain yang normal takkan bagi jawapan mcm ni langsung.

Sebab? MUSTAHIL UMNO akan mengizinkan perlaksaaan ISlam.

Habih kalau Islam terlaksana, tak boleh la nak buat duit dengan tokeh judi dengan arak lagi.

Betul tak?

Dari jawapan korang pun dah terdedah pekung korang.

Bangkai gajah tak boleh tutup pakai daun nyiru.

Malah kalu dengan PKR dan DAP Islam tertindas..wajib PAS tinggalkan Pakatan..apa susah"Selama 11 bulan kita memerintah, ada ka Islam tertindas di negeri2 Pakatan Rakyat?

Guan Eng siap bagi bantuan kat SAR lagi.

Sudah la wahai Fraksi UMNO. Yang sebenarnya korang memang nak bawak PAS masuk BN.

Korang guna alasan kepimpinan ulama untuk bawa PAS masuk BN.

Bukan kita tak tahu.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

ko layan jugak ker blog mangkuk ayun TB ni.dah lahh brother..buang karan je.ko nasihatla macamana pun,xdapat nyer..dia ni spesis yahudi ni.xboleh dibuat kawan.makan kawan lagi ada.

teruskan usaha mu wahai TB.
.

Silap tu, spesis yahudi dalam PAS ni dipanggil Fraksi UMNO

Tulang Besi said...

TB berkata setuju ke PAS masuk BN??

Jawapan : Kalu Islam dan Keadilan terlaksana tidak ada salah PAS masuk BN....

Malah kalu dengan PKR dan DAP Islam tertindas..wajib PAS tinggalkan Pakatan..apa susah

April 29, 2009 7:24 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

Sekarang saya nak tanya tulang besi pulak..

kalu dengan PKR dan DAP, Islam disekat..masih nak teruskan bersama dengan Pakatan???
.

Ada ka bukti Pakatan Rakyat tindas Islam.

Orang gila kat Petaling Street boleh bagi senarai berjela penindasan Islam kat Malaysia.

Sudahlah, kao tak payah nak berdalih.

Kao tak payah nak bagi soalan hypothetical mcm ni.

REalitinya kao nak bawak PAS masuk UMNO pakai alasan kononnya ini kehendak ulama.

Sebenarnya ia adalah kehendak ustaz2 kat Terengganu yang dah kemaruk nak memerintah dan buat kerajaan campuran di Terengganu

Anonymous said...

Kalau DAP tolak Islam, itu tak menghairankan.Tapi yang aku heran UMNO yang mengaku Islam ni terang-terang tolak Islam.Mereka inilah Abdullah bin Ubai abad 20 an...dan mereka kekal di neraka paling bawah..dulu...kini...dan selama-lamanya..nauzubillah min zalik

Tulang Besi said...

Kepada ibnu Qalil (anak si sikit) dengan kaumnya,

Lain kali kalau UMNO izinkan pembukan kedai judi baru atau night club mcm zouk yang baru, korang pegilah baca doa selamat.....

Korang kan nak join dgn UMNO dan jadikan UMNO sebgai kiblat korang

Anonymous said...

Poorah UMNO nak laksana ISLAM..kalu camtu korang bagitgau kat pak Mufti kita kat Perak tu..awat JOM HEBOH boleh wat lak..dulu setengah nak mapus kata HARAM..tu la UMNO hangpa sat boleh sat tak boleh..baguih sngat la kalu kaki2 puja umno masuk umno..boleh laksana ISLAM terang2 dengan start wat JOM HEBOH dulu!!!

pandaktukan said...

Sunggoh aneh dan menghairankan ada golongan dalam PAS yang melayan secara serius Unity Govt (UG)yg diura-urakan oleh Ameno. Buta dan bodoh sangat ke? Bukankah jelas idea UG itu semata-mata untuk menyelamatkan Ameno yang kian tenat? Sejak bila yg Ameno sayang dan hormat sangat dengan PAS yang dia hendak berganding bahu dgn perjuangan PAS? Demi menyelamatkan Melayu? Sejak bila Ameno berjuang untuk Melayu? Hakikatnya, Ameno menindas Melayu yang tak sebulu dgnnya jauh lebih teruk dari dia menindas kaum lain. Demi Islam? Sejak bila Ameno berjuang untuk Islam?
Sedarlah wahai ahli-ahli PAS, sebanyak-banyak orang Islam yg mengundi PAS kerana ideologi, jauh lebih banyak orang Islam yg mengundi PAS semata-mata kerana ia bukan Ameno, yg benci dan muak dgn kezaliman Ameno. Satu cara yang akan membunuh PAS semasa pilihanraya nanti adalah dgn membawa PAS masuk BN. Apabila itu terjadi PAS akan menerima nasib yang sama dgn PPP dlm p/raya 1974. PPP yg sebelum itu parti pembangkang telah menyertai BN. Dlm p/raya 1974, pengundi-pengundi di kubu kuat PPP di Perak telah beramai-ramai meninggalkannya dan memberi sokongan kpd DAP. Kekalahan teruk PPP tahun itu dan kehilangan kubu kuatnya telah membuat Seenivasagan, orang kuat parti itu, akhirnya menjadi sewel.Kalau nak membinasakan PAS, ya, bawalah ia masuk BN.
Memang wajar Sdr Tulang Besi dengan lantang mengkritik dan mengutuk puak-puak 'sesat' yg melihat UG sebagai satu opsyen bagi PAS.Tidak ada gunanya berdiam diri semata-mata untuk memberi gambaran 'perpaduan' parti dan membenarkan puak-puak tersebut menjalankan usaha tersebut tanpa tentangan terbuka. Adalah pemikiran kolot dan kekampungan yg berpendirian lebih baik duduk diam demi perpaduan parti daripada menegur keras usaha yg boleh merosakkan parti. Semasa Ustaz Hadi menentang Dato' Asri dahulu, bukankah penentangan dibuat secara terbuka? Berpecahbelahkah PAS selepas itu? Tidak. PAS menjadi lebih kuat sebaliknya.
Percayalah, saudara-saudaraku semua. Demi kesejahteraan kita bersama dan anak cucu kita, jauhilah Ameno tu sama sekali. Kezaliman dan kebusukannya selepas 50 tahun jelas dan tak boleh disembunyikan lagi. Kata-kata manis dan pujukan yg terbit dari bibirnya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memanjangkan hegemoninya supaya dia terus dapat merompak dan menyamun kekayaan negara yg tercinta.

Anonymous said...

dalam malaysiawave terlondehlah..tp kat luar sana,kerja-kerja jahat TB dah ditelanjangkan. Dengan nukilan oleh Nik Abduh yang menyatakan bahawa ada kerja2 jahat yang dilakukan oleh penghasut n pemecahbelahkan PAS, saya rasa TB adalah salah satu yang di maksudkan tu.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

dalam malaysiawave terlondehlah..tp kat luar sana,kerja-kerja jahat TB dah ditelanjangkan. Dengan nukilan oleh Nik Abduh yang menyatakan bahawa ada kerja2 jahat yang dilakukan oleh penghasut n pemecahbelahkan PAS, saya rasa TB adalah salah satu yang di maksudkan tu.
.

Geng pemecahbelah PAS ni geng Fraksi UMNO la.

Sebelum ada muqabalah ni mana ada PAS pecah belah mcm skrg?

Tinta Hitam said...

Saya menolak sebarang usaha utk membawa PAS kedalam BN.Cukup lah apa yg sudah sudah kezaliman yg dilakukan oleh UMNO pd PAS..

Tetapi tidak pula kita meninggalkan terus orang orang UMNO utk didakwahkan agar menerima Islam..

Kita kena membezakan UMNO dan ahli ahli UMNO..UMNO mmg susah utk dibetulkan lagi tetapi ahli ahli UMNO masih lagi ada harapan.Majoriti dari mereka sebenarnya ahli pd nama shj.Perlembagaan UMNO pun mereka tak tau..

Tulang Besi said...

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Tinta Hitam itu.

Itu sebabya the way forward is to destroy UMNO.

And build a new future on it's ashes

Orang Baru said...

Kesimpulan daripada artikel dan komen-komen pada blog nik abduh adalah adalah;

1. Yang tak terlibat dengan jemaah/organisasi dan tidak faham adab-adab berjemaah akan menyokong Nik Abduh.

2.Muslimat / perempuan akan menyokong Nik Abduh atas faktor emosi dan terpesona dengan lenggok bahasa ayat-ayat Nik Abduh yang memang indah tapi tiada bermakna. Lagipun muslimat bukan reti sangat berpolitik. Emosi je lebih.

3.Golongan Ustaz jumud yang tak habis-habis memperkatakan kepimpinan ulama sedangkan tidak faham pun susur galur organisasi dalam pas akan menyokong Nik Abduh.

4.Golongan Ustaz Mee Sanggul akan mempertahankan pernyataan Nik Abduh yang berbelit-belit ini.

5.Orang yang faham akhlak berjemaah dan siyasah syarieyyah tidak akan menyetujui artikel-artikel Nik Abduh.

Orang Baru said...

Aku kadang-kadang banyak tak setuju dengan artikel ko. Cuma aku puji ko tak tapis komen dan ko berinteraksi dengan pengkomen blog ko.

Tak macam Roslan SMS. dari pagi tadi aku komen sampai skang tak masuk-masuk.

Tulang Besi said...

Anonymous Orang Baru said...

Aku kadang-kadang banyak tak setuju dengan artikel ko. Cuma aku puji ko tak tapis komen dan ko berinteraksi dengan pengkomen blog ko.

Tak macam Roslan SMS. dari pagi tadi aku komen sampai skang tak masuk-masuk.
.

Sebab saya yakin dengan kebenaran tulisan saya.

Tak macam Roslan SMS semua tu

Orng salah mestilah takut

fraksi umno dalam pas said...

Lagu baru PASUMNO

Bersatulah Wahai PAS & UMNO
dgn semangat dan roh kebenaran
berjihadlah wahai PAS & UMNO
walau susah melawan erdogan

Bersatu kita bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

fraksi umno dlm pas said...

kerajaan perpaduan malaysia melawan kegawatan ekonomi


pm= najib (tuduhan mengenai altantuya,kapal selam)
tpm =muhyidin (jual tanah sama singapore)
menteri agama =(NIK ABDUH)
Menteri pendidikan =(roslan sms)
menteri kewangan =(dr samsuri)
menteri sukan =(khairi)skandal skomi dll
menteri mentor = maha**r (memali,nak makan sup tangan ke klantan,Ops lalang, zmn nabi xde pisu cukur, hina janggut nabi,ISA,halang hudud,tindas pas kelantan terengganu,tarik royaliti dan banyak lagi)
menteri pgangkutan = chua soi lek (skandal seks)
menteri kesihatan = samy vellu (kuku besi india)
menteri dalam negeri = muhammad taib (skandal bawa lari duit juta dan anak raja)

Anonymous said...

JELAS PENGIKUT-PENGIKUT PAS KITA INI DAH HILANG ARAH DAN PEDOMAN. FIKIRAN MEREKA SEMPIT SESEMPIT PAIP SATU INCHI.

MANA ADA ORANG MELAYU YANG HENDAK TOLAK ISLAM. UMNO KALAU MEREKA KUAT DALAM BN DAN TAK PERLU JAGA HATI MCA,GERAKAN DAN MIC, TENTU ISLAM AKAN DAPAT DIMERTABATKAN DAN DIMASYURKAN LAGI KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI.

HAKIKATNYA MELAYU SEKARANG TERBAHAGI 3. UMNO/PAS DAN PKR. UMNO ATAU PAS TAK KAN BOLEH BERSENDIRI MENEGAKKAN ISLAM. JAWAPANNYA, KENA BERGABUNGLAH. APA BODOH SANGAT NAK FAHAM....

Anonymous said...

JELAS PENGIKUT-PENGIKUT PAS KITA INI DAH HILANG ARAH DAN PEDOMAN. FIKIRAN MEREKA SEMPIT SESEMPIT PAIP SATU INCHI.

MANA ADA ORANG MELAYU YANG HENDAK TOLAK ISLAM. UMNO KALAU MEREKA KUAT DALAM BN DAN TAK PERLU JAGA HATI MCA,GERAKAN DAN MIC, TENTU ISLAM AKAN DAPAT DIMERTABATKAN DAN DIMASYURKAN LAGI KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI.

======================

hahahahahahahahahahahaha!!!!! amnu dulu dah kuat tapi tetap je tolak ISLAM!!! tak payah beralasan! dah pegang kuasa penuh, takut hapa lagi??? ngan makhluk takut... ngan tuhan... langsung tidak ada takut...

Anonymous said...

Brother, Mana ada UMNO tolak Islam. YOU INGAT, CARA ISLAM YANG YOU HENDAK CAPAI ITU AKAN DIPERSETUJUI OLEH DAP. POOOOOOORAH.....HIDUP LAH DIBUMI NYATA. DIDALAM PAKATAN PAS, HANYA LAH RAKAN YANG KE TIGA BESAR BUKAN NYA NUMBOR SATU. MANA NAK TARUK MUKA BILA NAK LEBIH-LEBIH.
ISLAM BOLEH DIKEMBANGKAN KE-DIMENSI BARU JIKA PAS BERSAMA UMNO, BUKAN NYA DENGAN DAP.

BILA CINA/INDIA BERSATU, MELAYU DAH JADI MINORITI. TAK NAMPAK KE REALITI NYA. FIKIRLAH, 40% (CINA & INDIA) VS MELAYU UMNO 30%, MELAYU PAS 20% DAN MELAYU PKR 10%.

ITULAH BILA ASYIK TAKSUB, KIRA PUN DAH TAK TAHU....SAYA PERCAYA DI HATI TUAN GURU HADI DAN RAKAN-RAKAN, FAKTOR INI DIAMBIL KIRA. TAPI MASAALAHNYA DALAM PAS RAMAI YANG DAH LUPA DARAT, ASYIK NAK KE BULAN DENGAN ROKET SAJA....

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Brother, Mana ada UMNO tolak Islam. YOU INGAT, CARA ISLAM YANG YOU HENDAK CAPAI ITU AKAN DIPERSETUJUI OLEH DAP.
.

Dap tolak hudud, UMNO tolak hudud.
Hmmmmm saksikanlah persamaannya.

Tulang Besi said...

BILA CINA/INDIA BERSATU, MELAYU DAH JADI MINORITI. TAK NAMPAK KE REALITI NYA. FIKIRLAH, 40% (CINA & INDIA) VS MELAYU UMNO 30%, MELAYU PAS 20% DAN MELAYU PKR 10%..

Woii apala kao ni.

Cina pun pecah jugak kpd MCA, GErakan lwn DAP sorang.

Mana ada DAP dapat 100% undi.

Kao sedar ke tidak?

Tulang Besi said...

Orang CIna terpaksa cari duit banyak2 sebab diorang terpaksa hantar anak2 diorang belajar oversea.

Kat Malaysia, diorang tak boleh masuk Universiti sebab kuota bumiputra.

SO, last sekali lepas anak2 diorang habis belajar, diorang jadi miskin balik.

penawarrindu said...

Lawan jangan tak lawan.
Kalau semua boleh setuju, ayuh kita calonkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Calon Presiden PAS untuk menentang Hj Hadi Yang Jumud itu, kita menangkan husam Musa, kita menangkan Nizar jamaluddin, biar mereka pula menerajui PAS yang semakin hanyut dan lasu.....

banyak lagi di :-
http://penawarrinduku.blogspot.com

Anonymous said...

BROTHER!
MANA ADA MCA ATAU GERAKAN LAGI DAH, MEREKA SEMUA DAH SOKONG DAP SEBAB MEREKA DAH MERASA 'KUASA' DAN MEREKA JUGA TAK SANGKA, SENANG MEMPEROLEHI NYA SEBAB ADA RAMAI MELAYU JENIS YANG MUDAH UNTUK DIPERBODOHKAN DAN TERHEGEH-HEGEH PERLUKAN SOKONGAN MEREKA. BUKAN NYA UNTUK APA, TAPI UNTUK KERETA CAMRY DAN RUMAH BESAR.

APA ORANG CINA NAK, SEMUA DIPENUHI. BETUL BODOH PUNYA ORANG. MEREKA INI PANDAI, DI TEMPAT YANG MEREKA TAHU, UMNO KUAT DAN TIADA PELUANG BERKUASA, MEREKA AKAN SOKONG BN.

NASIB BAIK ADA UMNO, KALO HARAP KAN PAS, HABIS NASIB ORANG MELAYU.

SAYA RASA TULANG BESI KITA INI SAMADA KAWIN LAMBAT ATAU MASIH MUDA LAGI. SEKARANG INI PELUANG BELAJAR DI MALAYSIA BANYAK. SIAPA NAK BELAJAR DI IPTA, IPTS YANG TERNAMA BANYAK DAN SENANG DAPAT KERJA PULAK TU. JADI JANGAN SEBUT LAH, CINA KENA HANTAR ANAK KE LUAR NEGERI....YANG NAK HANTAR ITU PASAL DUIT TERLALU BANYAK ATAU UNTUK PRESTIJ KELUARGA SAHAJA.

Anonymous said...

APAPUN, TULANG BESI MEMILIKI SIFAT TULANG BABI

anaklangkawi said...

Saudara Tulang Besi..
Didlm alquran ada berkata rapat2 kanlah saudara seIslam kamu yg bergaduh bukan mengusutkan..
jadi Pro-Muzakarah @ Pro-Ulama adalah bergerak berdasarkan Al-Quran & Sunnah..

Pada hemat saya penyatuan ummah perlu disegerakan kerana ianya dituntut..
Wallahwaqlam..

Tulang Besi said...

Blogger anaklangkawi said...

Saudara Tulang Besi..
Didlm alquran ada berkata rapat2 kanlah saudara seIslam kamu yg bergaduh bukan mengusutkan..
jadi Pro-Muzakarah @ Pro-Ulama adalah bergerak berdasarkan Al-Quran & Sunnah..
.


Tok Guru Nik Aziz bukan ulama ke?

Tok Guru menentang muzakrah/muqabalah/kerajaan perpaduan ni kan?

Jadi, menyamakan kumpulan pro-muzakarah = pro ulama adalah satu penipuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.