Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, April 4, 2009

UMNO Guna Mimbar Masjid Untuk Kempen Pilihanraya

Terima kasih kepada Al Banjari kerana berani mendedahkan penipuan serta double standard UMNO/BN. Pada semua yang mahu melihat teks asal dalam bahasa jawi sila rujuk kepada link ini :"http://politikbanjar.blogspot.com/2009/04/88-abo-bukit-gantang-jerit-mimbar-di.html"

Teks Khutbah telah dirumikan dan boleh dibaca dibawah. Jelas kepada kita bahawa UMNO adalahj parti mengata dulang paku serpih, parti telunjuk lurus kelingking berkait, parti lidah bercabang dua belas, parti menanam tebu di bibir dsbnya. Khutbah ini adalah bukti yang paling jelas:

(Bermula)
Khutbah Jumaat.
Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Kesetiaan kepada raja dan negara.
7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan

Muka 1.
Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...

Muka 2.

Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.

Muka 3.

Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.

Muka 4.

Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......
(Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)

18 comments:

Anonymous said...

jangan lupa d selangor dulu masa d bawah Khir Toyo...semua AJK mesjid kena dapat consent dulu dr Adun BN .
koken

sheikh teluk intan said...

Salam ya Akhi,

Perhatikan hadis yang di bawa :-Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman..

Sesungguhnya hadis ini adalah bertaraf maudhu'(palsu).

Banyak hadis yang dikemukakan oleh zionis Melayu untuk menyokong hujah mereka tak boleh pakai.

Anonymous said...

Teks khutbah tu terlalu OBVIOUS lah.

Takkan lah tertulis terang-terang undi BN.

Siapa yang buat ni memang betul-betul bangang la kut. Yang percaya lagi la bangang.

Sekarang ni ramai orang mengaku pejuang Islam sudah mula biasa menghamburkan fitnah. Sejak berkawan dengan parti mata satu!!!

Malaysian

Anonymous said...

Janganlah jadi hippokrit...
Apa beza nya dengan PAS. DiSelangor, disebabkan ada sedikit sekatan untuk menyusup ke mesjid. Surau-surau serata selangor menjadi pusat aktiviti propaganda PAS. Kami penduduk-penduduk taman perumahan dah muak dengan mereka ini.
Kebanyakan penceramah yang dijemput oleh AJK surau adalah yang anti BN. Mesti diselit berkali-kali perkataan yang mengina kerajaan. Kami yang tidak cenderung pada politik pun naik kesian pada pihak kerajaan BN. Macamlah apa yang ada disekeliling kita ini tidak betul dan salah belaka.

Pada kami, dalam kontek politik, PAS dan UMNO sama saja.

nizamtoha said...

setiap yang UMNO kata ,kita kena baca secara 'terbalik'.

Klu UMNO kata pembangkang guna Masjid untuk tujuan politik..tu maksudnya dia la yg guna masjid..

klu UMNO kata pembangkang menghina Sultan..tu maksudnya dia la yng buat.

tak caya cuba guna teori ni untuk setiap yang UMNO kata..

Hamba said...

UMNO pembela Islam...tapi kenapa UMNO lulus lesen judi dan kasino kat Malaysia ye??? Tak nak buat khutbah yg terangkan hal ni ke Biro agama BN??? Tak nak jelaskan kenapa ramai juak2 UMNO jadi pengarah dalam Syarikat2 judi ni??? Takde ke khutbah nak terangkan haram makan hasil atau gaji dari Syarikat Judi??? Kalau setakat jadi ahli biro agama tapi makan hasil haram tak payah le nak jadi pendakwah!!! Seorang yg tengah bergelumang dalam najis nak berkhutbah tentang kebersihan dan kesucian... Rentikan je lah, OOiii Biro " semua orang salah, aku je yg alim" UMNO ni...

Anonymous said...

Setelah mendengar ucapan sulung najib ditv semalam, dan satelah mendapat berita yg drM telah masuk semula dalam UMNO, saya yakin BN akan menipu dlm prk dua bukit ini.Ucapan Najib akan dijadikan alasan untuk mereka mengatakan sebab kemenangan mengejut mereka. DrM pula adalah pencipta pengundi hantu pro.Kalau tak percaya wujudnya pengundi hantu pro ini, cuba kaji keputusan pilihanraya P Jerlun, Mukriz menang diparlimen manakala semua dun dimenangi pas.

Untuk menghalang pengundi hantu pro ini, saya cadangkan supaya PK dapat menempatkan seorang juru kemera disemua pintu musuk tempat mengundi.Semua pengundi yang tidak dikenal akan siarkan di internet. Keputusan ini hendaklah diumumkan. Saya yakin pengundi2 ni tak akan berani keluar mengundi.

Harap cadangan saya diberi perhatian yang sewajarnya.

Tinta Hitam said...

Memang amat desperate.Yg paling best imam imam tak berani baca.Takut jadi cam Ramlang Porigi.Tak mau terperangkap dlm kemeleut politik UMNO.UMNO pandai menggunakan orang .Bila orang berkenaan "in hot soup" mereka lepas tangan.Selain Ramlang adalah dua orang ahli UMNO cawangan BUkti Aman iaitu Azilah dan Sirul yg skg ni menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan.

Takda pun Presiden,Timbalan Presiden,Ketua Bahagian,ketua cawangan UMNO yg melawat atau membela nama baik mereka yg berkorban membunuh Altantuya demi pemimpin pemimpin UMNO

Anonymous said...

APA YANG DITULIS KALI NI, PAS DAH LAMA BUAT.MALAH MEREKA GUNAKAN MASJID UNTUK MEMAKI HAMUN,MENGAIBKAN DAN MENABUR FITNAH.
SATU DUNIA DAH TAU PAS ADALAH PARTI HARAM JADAH YANG MENGGUNAKAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN DIRI

DULU AKU SAYANG PAS TAPI SEJAK DAH GENG DENGAN PKR DAN DAP,AKU DAH ILANG HORMAT..

MINTAK MAAFLAH

Anonymous said...

Tulang Besi,

Nampaknya article anda kali ini telah menyebabkan terpantul najis ke muka parti PAS anda sendiri.

Bila difikir-fikirkan balik, memang dah lama orang PAS buat kerja menyusup ke surau-surau dan kemudian merebut kuasa AJK dan dengan licik menjalankan propaganda fitnah dan kerja maki hamun dengan bertopengkan agama.

Tak usah lah kamu nak burukkan orang lain, orsang seperti kamu sama saja.

Kemenangan PAS di Selangor penuh dengan taktik kotor, janji palsu, tidak menghormati undang-undang, samseng dan sebagainya...

Anonymous said...

Janganlah yang ingat asal pakai kopiah aje otomatik penyokong PAS

Artikel ni seperti meludah ke muka sendiri.Aku pun pernah ada pengalaman apabila syarahan agama yang ku sangkakan rupa-rupanya sessi memaki,mengutuk dan mencaci kerajaan.SEMUANYA BERLAKU DI DALAM MASJID..

Apa punya parti ni..Langsung tak mencerminkan parti Islam

Anonymous said...

Bos,

Elok you hapuskan topik ini. Memalukan parti sahaja. Orang ada mata, telinga dan akal, jadi jangan lah nak tuduh orang lain bila ahli PAS sendiri dah beratus-ratus kali menyalah gunakan mesjid/surau untuk tujuan sebaran fitnah, maki hamun dan boikot-memboikot orang.

Saya tak faham kenapa DS Nizar harus datang ke majlis tahlil/bacaan yasin yang dianjurkan oleh orang DS Muhiddin dan tak malu-malu nak jadi imam dan bertaskirah. Kalau majlis anjuran PAS, dan orang umno datang nak jadi imam, rasanya terbalik dunia masa itu.. skru kat kepala dah tertanggal kot!

Serious Shepherd said...

PAS 'menggunakan masjid untuk kepentingan politik parti'.

UMNO 'menggunakan masjid untuk kepentingan politik parti'.

Bezanya PAS tidak bertindak menyekat penceramah pro-UMNO, memastikan teks khutbah Jumaat diselaraskan atau keluar dalam Harakah suruh UMNO tidak menggunakan masjid untuk kepentingan politik.

PAS tak larang orang lain buat dan buat.

UMNO larang orang lain buat tapi buat.

Perkara yg sama juga terbukti benar dalam hal seperti 'kakitangan kerajaan dilarang terlibat dalam politik' atau 'mahasiswa dilarang terlibat dalam politik'.

Anonymous said...

Kalau saya jadi parti pemerintah, sudah tentu saya larang pembangkang mengunakan mesjid dan surau untuk menabur fitnah dan memaki hamun.
Yang kami tahu dan lihat, bila sultan selangor kata jangan berpolitik di mesjid dan surau, orang umno tak berani tapi orang PAS tak peduli. Maklum lah, dia orang takut kan tuhan saja, apa lah sultan dan polis. Rule of law pada mereka, mana ada..
BN buat semua tak boleh, tapi PAS semua boleh dan betul belaka. Tak percaya masuk neraka, kata mereka.
Terpaksa percaya lebih-lebih lagi dengan bacaan sepotong dua ayat quran. Tapi la ni, DAP pun dah ikut. Mereka baca ayat quran dan seperti biasa orang islam mesti kena percaya cakap mereka, kalau tidak masuk neraka. APA NAK JADI DAAAAA.....TENGOK CERITA P.
RAMLEE LAGI BAGUS.

Anonymous said...

Apa yang di sebut dalam Al-Quran semua betul. maaflah, sultan dan polis pun manusia biasa juga. semuanya hamba Allah SWT. janganlah ketakutan kepada manusia melebihi ketakutan kepada Allah. Apa yang sultan cakap betul. tak salah pun. tapi, makna disebalik kata2 sultan itu yang orang tak faham. jadi, bila di masjid ada ceramah agama misalnya itu bukan menghina kerajaan. apa yang disebut semuanya dalam Islam. dah kalau ada dalam Islam takkan tak boleh sebut.. benda yang tak baik kena sebutlah sesuai dengan ayat al-Quran mahupun hadis. janganlah jumud sangat pemikiran kita. janganlah sempit sangat pemikiran kita. bila sebut benda yang tak elok apa yang kerajaan buat terus cakap mempolitikkan masjid. kalau orang yang dijemput ada ilmu, ada kelayakan, apa masalahnya ? saya pun tingal di selangor juga, tak ada pun ceramah yang sebut, undilah PAS, Undilah PAS. dalam khutbah, ceramah yang selalu disebutkan ialah kewajiban memperjuangkan Islam. jadi betullah itu. apa masalahnya kat situ ?cuma yang berfikiran sempit je melihat semua benda dipolitikkan. Islam kata Pemerintah wajib patuh pada agama, kerajaan wajib laksana hudud, takkan itu pun tak boleh sebut. dah kerajaan sekarang pun, isteri PM tak jaga aurat, undang2 masih dijajah, kena sebutlah. benda salah. politik le namanya tu ? jangnlah disempitkan ISLAM tu ikut pemikiran sempit kita.

Janganlah Samakan UMNO dengan PAS. Seperti langit dengan BUMI. jauh sangat bezanya.. UMNO dengan 'Kaum"nya. tu yang jelas. PAS dengan identitinya sendiri.

Anak Sabah

Anonymous said...

Anak Sabah,

Tempat anda mungkin tiada tapi ditempat saya jelas sekali. Terutama bila pemilihan ahli jawatan kuasa surau. Orang PAS akan pastikan orang mereka sahaja yang akan dilantik. Yang bagusnya, pihak surau tersebut telah tubuhkan badan amal untuk membantu kenduri kendara dan percaya tak, t- shirt yang dibekalkan berlambangkan PAS (bulan hijau). Jadi mana yang tidak sebulu dengan PAS terpaksalah upah 'catering' untuk kenduri anak mereka.

Satu lagi, memanglah ustaz-ustaz yang dijemput tak sebut 'undi lah PAS' tapi dari sindiran dan cemuhan didalam syarahan mereka, maksud mereka jelas dan kariah tak perlu berpendidikan tinggi untuk memahami nya.

Anonymous said...

Jangan ingat yang diam tu tanda menyokong PAS.Guna masjid sbg medan mencaci dan memaki org lain.Mana rasa hormat kpd rumah Allah

PAS yang kukenali dan pernah ku sanjungi dahulu sudah menjadi parti yang hampas hanya kerana nak jaga hati org2 Cina

PAS PAS....

weber said...

bab guna masjid ni sama je.. PAS guna.. UMNO pun guna..

hari ni UMNO kata jangan guna masjid untuk tujuan politik sebab UMNO berkuasa..

esok bila PAS berkuasa .. mungkin akan jadi benda yang sama jugak.. Nauzubillah...nak confirm kena bagi PAS memerintah Malaysia dulu la kot...

nak senang cerita.. bagi je sesape pun nak berpolitik dalam masjid.. legi bagus kalau buat perjumpaan DUN dalam masjid... elok orang azan terus pegi solat...

ke haram hukumnya berpolitik di dalam masjid..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.