Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, May 14, 2009

Adakah Pemuda PAS Perak Menyokong UMNO?

Saya amat terkejut membaca kenyataan Ketua Pemuda PAS Perak yang baru, Ustaz Mohamad Zawawi Abu Hassan.

Mstar Online melapurkan beliau berkata(http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/13/mstar_berita/20090513174651&sec=mstar_berita):

” Sementara itu di IPOH, Dewan Pemuda Pas Perak meminta penyokong parti itu dan rakyat di Perak bertenang dan bersabar dengan krisis yang berlaku di negeri itu serta menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Ketuanya Mohamad Zawawi Abu Hassan berkata beliau yakin baginda akan membuat keputusan yang berlandaskan undang-undang demi menegakkan demokrasi berperlembagaan.
Dalam satu kenyataan di sini, beliau berharap semua pihak menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi yang menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan rakyat selama ini.”


Saya tak tahu lah kalau kenyataan Ustaz Zawawi ini diputarbelit, tapi setahu saya, akhbar TheStar ini lain sedikit dari akhbar lain. Biasanya mereka akan siarkan kenyataan kita dengan penuh.
Tapi kenyataan ini sangat bahaya dan menampakkan ketidak matangan dalam politik yang begitu tinggi.

Semua orang tahu bahawa sekiranya Paduka Pemangku Sultan mahu menyelesaikan kemelut ini Baginda sudah mampu menyelesaikannya. Menukil dari blog Mat Saman Kati:

” Nak harap Sultan? Semalam Sultan ada peluang terbuka untuk membubarkan DUN. Surat permohonan untuk membubarkan DUN dihantar jam 9.25 pagi. Kalau Sultan atau Raja Muda memperkenankan pembubaran DUN semalam…selesai krisis Perak ni. Tapi.. pengurniaan pingat lebih penting dari menyelesaikan kemelut Perak.”

Raja Nazrin boleh menangguhkan pengurniaan pingat selama setengah jam untuk memperkenankan pembubaran dewan, sekiranya Baginda mahu. Tapi, pada hakikatnya, Istana Perak TIDAK BERMINAT UNTUK MEMBUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK.

Mengeluarkan kenyataan begini bererti Pemuda PAS Perak menyokong keputusan Istana tidak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri. Ia bererti Pemuda PAS Perak selari dengan kehendak dan kemahuan UMNO dan Barisan Nasional.

Sejak bila pula PAS ni boleh bekerja sama dengan UMNO sebegini?

Calon Ulama Memimpin Pemuda

Bukankah Ustaz Mohammad Zawawi ini menang pemilihan atas ombak (wave) menaikkan kepimpinan ulama dalam pemuda? Ini kerana lawan beliau adalah seorang lulusan UIA dan UK yang bukan ulama.

Ini cukup menakutkan saya kerana ia bermakna bahawa apabila Pemuda PAS diambil alih kepimpinan ulama selepas bulan Jun nanti, mereka akan membawa Pemuda PAS ke arah merapati dan menguatkan ukhuwah dengan UMNO(nauzubillah).

Kenyataan-kenyataan seperti ini adalah satu contoh bahawa langkah tersebut telah bermula.

Sebelum ini kita telah melihat aksi bekas Ketua Pemuda Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd Hafiz Mohd Nordin, yang telah memalukan PJ beliau dalam isu I-Dance dan beriye-iye sangat meminta kerusi Penanti sedangkan pemberian kerusi tersebut telah diputuskan di peringkat Pusat sejak zaman Ustaz Fadzil lagi. Semua ini langkah yang menguntungkan UMNO dan BN.

Apa lagi kerenah ”kepimpinan ulama” pemuda yang kita akan lihat selepas ini. Rata-rata kepimpinan ulama dalam pemuda yang saya tahu adalah pro-muqabalah dan pro-muzakrah. Saya tak tahu sekiranya Ketua Pemuda PAS dipimpin ”ulama”, apa akan berlaku kepada hala tuju Pemuda PAS Pusat?

Nampak sekali bahawa calon Ketua Pemuda PAS yang terkehadapan sekarang ini adalah dari mereka yang pro muqabalah dan pro muzakarah.

Lebih menyedihkan, lawan di sebelah sana kepada Ketua Pemuda PAS kelak adalah Khairy Jamaluddin.

Adakah Ulama Maksum?

Saya juga nak tanya, adakah apabila seorang itu menjadi ulama, maka beliau telah maksum? Setau saya, semua ulama tidak maksum dan perkara ini diakui oleh kesemua
”Al Imam Al Arbaah” (Imam yang empat).

Di dalam Islam, yang menjabat jawatan ”Maksum” hanyalah Nabi Muhammad SAW. Malahan, para Sahabat Baginda sendiri tidak mendapat taraf maksum. Sebab itulah berlaku banyak ”khilaf” di kalangan para Sahabat.

Saya tak faham, kenapa di dalam Pemuda PAS Pusat, semua pemuda yang berkelulusan agama dianggap ”tidak berdosa” dan ”sentiasa benar”?

Sedangkan para Sahabat sendiri menegur sesama mereka di dalam perkara ”ijtihadiyyah”. Namun, di dalam Pemuda PAS, keseluruhan luluasan agama dalam Pemuda PAS diletakkan mereka di taraf maksum?

Saya berharap Ustaz Zawawi membetulkan kenyataan beliau supaya selari dengan kehendak Pimpinan PAS Pusat serta berhenti dari dimanipulasi lagi oleh musuh-musuh PAS. Terutamanya di negeri Perak yang semakin tidak stabil ini.

Tulang Besi

8 comments:

Nizam Mahmud said...

Satu lagi TB.

Kalau tidak pun KJ diletakkan ke depan, maksud nya Mukhriz yang akan berdepan dengan Pemuda PAS.

Aku nak kata Mukhriz impressive, tidak juga. Tapi beliau nampaknya sanggup belajar. Kekuatan beliau adalah mempunyai pembantu-pembantu yang baik yang rata-rata nya berkelulusan tinggi. Sesetengah pula memang mempunyai daya keintelektualan yang tinggi.

Diharap jangan tanya saya siapa orang-orang Mukhriz yang dimaksudkan. Saya cuma nak nasihatkan bahawa jangan pula nanti diakhir nya nampak Pemuda UMNO pandai dan Pemuda PAS pulak nampak bodoh. Jangan pula persepsi orang atas pagar ialah Pemuda UMNO layak memerintah negara dan Pemuda PAS pula layak berceramah di surau-surau dan masjid.

Kalau itu jadinya, maka baik lah kalau Pemuda PAS tak usah masuk politik. Jadi badan dakwah saja dah cukup.

Itu pendapat ikhlas saya. Kalau tak suka tak apa. Jangan akhir nanti kata tak ada orang bagi warning pula.

TayadihMaysia said...

menyedihkan...sikap double standard yang tidak sepatutnya terjadi..

www.duniacacamarba.blogspot.com

Anonymous said...

Kadang kadang geram juga tengok sesetengah orang PAS ni. Nak kata bodoh, tidak . Tetapi pendek akal.
Contoh, saya pernah dengar semasa usrah, seorang ustaz berkata, buat apa nak belajar bahasa Yahudi ini ( yang di maksudkan beliau ialah bahasa Inggeris)

Bukankah semua ilmu itu adalah kepunyaan Allah.

Saranan saya kepada ahli Pas, bila memilih ketua, pilihlah yang betul betul waras. Kalau yang punya sifat tamak kuasa, tak ada sifat tolak ansur, mementingkan diri, tolaklah dari awal awal lagi. Tak kira dia ulama atau professional. Tidak semestinya semua ustaz terhindar dari perasaan tamak dan pentingkan diri. Ramai ustaz di dalam UMNO berpelajaran tinggi dalam bab ugama. Tapi apa sudah jadi bila ada kuasa, sikap mementingkan diri itu terserlah bila sudah dapat kuasa.

Anonymous said...

Ketua Penerangan Pemuda Umno,Rezal Merican dah ada facebook tapi Dia pun geram dengan pengunjung facebook dan bidas mereka dalam utusan sebab berpolitik dalam facebook.
Sepatutnya Rezal Merican tegurlah TV3 tu jangan lagi memaparkan berita2 yang tiga suku.Ni dok geram
dekat facebook la,tak demokrasi langsung la Rezal ni.Kalau ruang di media massa tidak disempitkan dgn berita2 dari sebelah pihak je(tak perlu sebut pun Rezal paham),takkan laa rakyat akan meluahkan isi hati
nya di facebook.Kalau berani sangat Rezal nak menyahut cabaran,tak payah laa masuk facebook debat di
alam maya,Dia boleh mencabar mana2 pemimpin Pemuda Pas untuk debat secara langsung di kaca tv.

Anonymous said...

ini yang susahnya dengan Ustaz2 dalam PAS ni; dok sibuk merebut jawatan tapi mentadbir tak tahu dan berpolitik pun tak tahu. Kalau dalam hal membuat perancangan strategic lagi lah mereka ini terkial-kial dan tak faham langsung. Tapi yang mereka tumpukan perhatian ialah jawatan, jawatan dan jawatan; berkempen sini sana kerana jawatan; memburukkan gulongan lain kerana jawatan. Nasib baik tak semua Ustaz2 dalam PAS macam tu. Naik muak dengar cerita Ustaz dalam PAS.

Eric Payne said...

Pernah dan biasa bergaul dengan mereka-mereka bergelar ustaz (ulama) dan condong PAS semasa di KIK. Cakap bedegar-degar tapi bila perkara-perkara pengurusan, keterbukaan dan celik teknologi - hampas. Cakap tak serupa bikin (ada yang suruh student buat kerja mereka lagi!).

Jadi, perlu ada mereka yang bukan ulama dalam PAS, gabungan kedua-duanya baru boleh membawa PAS ke depan.

tamban tegeliat said...

1. aku tak nampak di mana salahnya komen ketua pemuda pas perak tu... kecuali kalau hang pa baca mmg untuk 'membelasah' dia.

2. mana ada kumpulan dlm pas. benda ni hanya diwar-warkan oleh media BN saja. so, jgn hanyut dgn mainan musuh.

3. pemuda pas berfikiran terbuka. ketua pemuda pas pusat adalah salehudin ayub yg bukan kelulusan agama. tak dak masalah pon.

4. adakah hang pa nak menafikan kewarasan org yg memilih pemimpin? pemimpin pas dipilih dlm mesyuarat agung. sapa yg menang undi majoriti, kira menang...

5. sebenaqnya hangpa yg kena berfikiran terbuka. jgn jadi jumud. sekarang zaman org dah cerdik pandai...jgn jadikan sorang yg buat salah, semua kena palit.

sekian

6.

Anonymous said...

tamban tegeliat May 6th, 2009 09:40 :

saya ada pilihan sekarang..
1. sama ada nak meneruskan berhujah
2. mengalah

saya rasa tak kan sudah..bila saya teruskan dan saudara pon akan teruskan, byk benda yg tak berapa elok akan terbit. menilai drp keadaan yg bakal berlaku, saya sedia berundur…
saya ulangi, saya hormati pendapat dan pendirian saudara. saya agak kecewa kerana tidak mampu mengubah pendirian saudara.

tetapi saya yakin apabila kita berhujah, tujuannya tetap sama, untuk kebaikan jemaah.
saya cuba mempertahankan kepimpinan yg ada dengan segala tindakan mereka, manakala saudara cuba mempertahankan hujah yg menjurus ke arah ’salah laku’ mereka.

iskkk tapi kena jawab gak ni sikit…
1. saya mana ada hak nak halau saudara dr jamaah. wal ‘iyazubillah, takkan lah saya tak faham lansung ‘uslub dakwah’ hingga tergamak ‘menghalau’.

2. saya ni jenis ahli yg tak layan SMS2 / khabar angin / maklumat yg turun seperti yg saudara kemukakan di atas. saya hairan jugak saudara masih ada masa melayan perkara remeh-temeh macam tu.
yg lain tu saya tak nak jawab, saya menginsafi perkataan Rasulullah bahawa org yg gagah bukanlah dgn kekuatan, tapi dia mampu menahan diri apabila marah.(saya tak marah pd saudara)

kalau saudara rasa perlu menjawab lagi, silakan. Insya Allah saya akan bagi masa utk baca dan ulas. utk menambah maklumat. bagus juga kdg2

wallahu a’lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.