Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, May 21, 2009

Adakah Semua Ulama Maksum?

Dalam salah satu blog kepunyaan seorang pimpinan yang pro-muqabalah/kerajaan perpaduan, saya telah ajukan satu soalan kepada beliau. Malangnya, soalan saya ini telah di "delete" oleh beliau dan langsung tidak kelihatan lagi skrg ini. Suka saya kongsi bersama dengan tuan-puan pembaca sekelian.

Soalan saya ialah: Adakah setiap ulama dalam PAS ini maksum (yakni dilindungi oleh Allah dari kesilapan dan kesalahan?".

Seterusnya, saya bertanya lagi, kalau Ulama dalam PAS tidak maksum, bermaksud mereka juga terdedah kepada kesilapan dan kesalahan?

Seterusnya saya menyambung, apa bezanya para ulama dalam PAS dengan ahli lain dalam hal yang tidak bersangkut-paut dengan ibadah yang khusus (Maudhah), i.e. pentadbiran, politik dsbnya.

Terutama di dalam bidang yang memerlukan "ijtihad" yang meluas seperti sistem politik, sistem pentadbiran, sistem kewangan, ekonomi, pertanian dsbnya.

Semua bidang-bidang di atas tidak mengandungi peruntukan dalam Al Quran dan Sunnah secara khusus kerana walaupun ianya ibadah, ia bukan ibadah yang khusus dan terbuka kepada ijtihad yang meluas.

Saya ingin menambah dalam tulisan saya ini, bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam PAS bukan jawatan yang memerlukan pengeluaran "ijtihad" speanjang masa. Ianya adalah jawatan pentadbiran dan perlaksanaan dasar. Presiden dalam PAS tidak diperlukan untuk mengeluarkan ijtihad fiqhi di dalam melaksanakan tugas2 mereka.

Ini kerana sekiranya diperlukan ijtihad fiqqhi maka PAS sudah ada Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS.

Jadi, saya ingin bertanya juga, apakah perlu Presiden dan Timbalan Presiden itu seorang berkelulusan agama ataupun seseorang yang mempunyai kepimpinan, ilmu pentadbiran, ilmu politik serta pengalaman yang luas?

Kita lupa bahawa Presiden dan Timbalan Presiden PAS yang terdahulu memegang jawatan mereka bukan semata-mata mereka mempunyai kelulusan dalam bidang agama. Mereka mempunyai kelayakan dan pengalaman di dalam mentadbir parti di samping kelulusan agama mereka.

Misalnya, Arwah Ustaz Yusuf Rawa adalah bekas Duta Besar Malaysia ke Iran dan fasih lebih dari 3 bahasa. Ustaz Fadzil Nor adalah Presiden PAS yang terunggul dalam sejarah PAS membuktikan beliau mempunyai kelyakan bukan sahaja memimpin PAS tapi memimpin Malaysia.

Dengan kata lain, polisi Presiden dan Timbalan Presiden mesti ulama bukan satu polisi yang kukuh. Ia tidak ada dalam Al Quran dan Sunnah. Tidak disebut dalam perlembagaan parti serta ianya tidak disebut dalam usul "Kepimpinan Ulama" yang dululuskan pada tahun 1982.

Kepimpinan Ulama adalah bermaksud Majlis Syura Ulama itu ditinggikan tarafnya di atas segala-gala dalam PAS dan boleh memastikan bahawa setiap tindak tanduk PAS selari dengan Fasl 5 Perlembagaan PAS.

DEngan kata lain, kiranya Presiden dan Timbalan Presiden bukan kelulusan agama pun, Kepimpinan Ulama tetap wujud dalam PAS.

Tulang Besi

32 comments:

Anonymous said...

Adakah Semua Ulama Maksum?yes

-thethinker- said...

sistem dlm PAS hampir menyamai sistem pentadbiran US . Dimana ada check and balance. Presiden mungkin boleh membuat sesuatu keputusan , tapi bila ada sesuatu yg samar samar , maka Majlis Syura Ulama dirujuk. ( spt dewan senate US )

Nizam Mahmud said...

Yang terbaik adalah menilai seseorang melalui merit.

Kelulusan juga di kira sebagai merit, tetapi tidak lah menjadikan mereka ini maksum.

Menilai melalui merit juga kena tengok sumbangan pada parti, kecekapan dan ketangkasan menangani isu semasa dan juga masalah dan kebijaksanaan menangani perkara-perkara yang sulit.

Haruslah di ingat bahawa memegang jawatan itu tidak di kira sebagai sumbangan tetapi apa yang dilakukan sepanjang pegang jawatan itu yang mesti dikira.

Terus terang saya katakan, kalau di kira merit untuk pimpinan tertinggi, hanya Nik Aziz saja yang lulus.

Yang lain yang lulus adalah ahli-ahli PAS biasa yang menyumbang duit, masa. Yang lulus adalah tukang-tukang tampal poster dan yang bermandi dengan air suci FRU bila di minta untuk turun berdemonstrasi.

Ahli-ahli biasa dan penyokong biasa ini juga lulus, sesuai dengan jawatan mereka dan skop tugas mereka.

Pimpinan? Yang itu nilai lah sendiri.

Kesimpulannya, dua-dua tak maksum. Ulama atau professional.

Cuma dalam pemerhatian saya, hanya golongan profesional yang rata-rata mengakui mereka tidak maksum.

Manakala amat lah sedih melihat sikap dan sifat Ulama pada hari ini. Saudara-saudara semua nilai kan lah sendiri.

Anonymous said...

PANDAI2 AJE KO MERAPU. KALAU DAH TAK ALIM TU JGNLAH MENYERLAHKAN KEBODOHAN TU.

PUNYA LE BANYAK DALAM SUNNAH NABI PASAL POLITIK, EKONOMI DAN PENTADBIRAN. DAN KALAU NAK IJTIHDA TU, TAKAT ILMU HUSAM, BUAT GELAK DENGAN MALAIKAT AJE

HUHU

Anonymous said...

sudah laa ko tulang karat..kena banyak mengaji lagik laa..jangan duk sebar fitnah2 karut ni..mana ko tahu ust nasa muqabalah nak masuk BN?? jangan buat fitnah bro..

Wan Jai

dino_yp@yahoo.com said...

Mana ada manusia maksum. Nabi jer yang maksum.

Monkey Code said...

Salam,
Sebelum apa2...jangan lupa kita semuanya sekarang ini berada di dalam zaman yang amat kritikal "AKHIR ZAMAN".

Betul...SAW ada menyatakan yang ulama itu pewaris aku (pelindung agama)...tapi jangan lupa SAW juga memesankan kita tentang nasib ummat beliau di akhir zaman nanti. Seperti, 'antara ummat ku yang paling jahat (sejahat-jahat) adalah mereka2 (ulama) yang menjual ayat2 Allah dengan harga yang murah'..mereka ini akan berada bersama-sama dengan Namrud, Firaun dan pemerintah2 zalim di neraka jahanam.

Satu lagi jangan lupa TGNA sendiri pernah meluahkan yang bangsa Melayu ini mirip perangai nya dan cara mereka bertindak seperti bangsa dan kaum Yahudi.

Saya suspect puak2 PAS yang hendak sangat2 bergabung dengan UMNO ini atas dasar ultra nationalist Melayu (racist) adalah pengikut2 fahaman Syiah Iran (racist) yang bertapak di dalam PAS Terengganu, Kedah dan di beberapa negeri lain. Konsep 'Taqiyah'syiah di guna pakai oleh puak2 opportunist Pas untuk tujuan survival mereka di dunia ni. Jangan lupa...bangsa Iran/Parsi ini berketurunan dari pecahan salasilah Ishak,Yaacob..> Bani Israel.

Kelakar betul le...bangsa Parsi pula (melayu pun nak ikut sama) yang sibuk sangat pasal nak pelihara keluarga Rasulluallah SAW 'ahlul albait'. Ta payah le kaum Parsi atau Melayu nak sibuk2 jaga keluarga SAW. Kami bangsa Arab lebih mengenali darah dan keturunan kami. Mana ada salasilah keturunan bertulis dalam kaum Parsi dan Melayu.

So berjaga-jaga le dengan meMelayukan Islam...seperti mana meParsikan Islam.

lan said...

Saya sedih tengok politiking berlaku dalam PAS. Ulama dalam PAS asyik dok kepong dan buat tembok konkrik supaya pimpinan PAS no 1 dan 2 jangan ditembusi oleh profesional dan aktivis. Nampak sangat mereka ini takut kuasa mereka jatuh. Kononnya la.

Pada hal golongan pro dan aktivis bukan nak buang ulama. Jauh sekali bukan nak hina ulama.

lan said...

komentar2 dalam blog ini terutama sdr Nizam, TB ada kewarasan. tetapi ada komentar yang menghentam secara sembrono je

Anonymous said...

TB, kalau ko dah sedar ulama bukan maksum.. ko yg jelas bukan ulama lagi bukan maksum, mudah terhanyut dalam nafsu dan syaitan.

sedarlah diri sendiri. jangan nak mengangkat diri itu lebih hebat dari ulama

Rozana said...

" Siapa yang mengaku dia ulama, dia belum ulama lagi!"

bunga mawar said...

MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

Anjuran :
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
&
Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

OBJEKTIF :

* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

TEMA :
Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

TARIKH :
23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

TEMPAT :
Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


TENAGA PENGAJAR :

1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

SASARAN :
Seramai 150 orang yang terdiri dari:
* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Orang Awam
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

YURAN MURAH :
RM 15 [INDIVIDU]

MODUS OPERANDI :
Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah).

(Talaqqi kitab/Pembentangan/)

TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk web : http://pondokhabib.wordpress.com

Nizam Mahmud said...

OBJEKTIF :

* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

Tambah sikit

* Mendedahkan umat Islam mengenai bahaya Ulama mee celup
* Memberi kefahaman tentang konsep menuduh rasuah tanpa bukti yang digemari oleh malaikat dan agama
* Menimbulkan kesedaran akan penting nya kesatuan Melayu-Islam demi mempertahankan segala salah laku, rasuah dan penyelewengan kuasa.

Nota: Objektif tambahan di atas adalah rekaan semata-mata dan mugkin kena tempias dengan mereka yang masih hidup mahupun telah mati

Anonymous said...

Ulamak dah bahas panjang pasal kepimpinan ni. Jangan ada yang cuba nak bawak ajaran sesat. Islam itu mudah.Islam itu Luas. Apa yang diluaskan oleh ALLAH SWT, jangan kita sempit-sempitkan.

http://muqabalah2009.blogspot.com/2009/05/ciri-ciri-pemilihan-penyandang-jawatan.html

Anonymous said...

Apa punya soalan! Tak mengaji ke?

Hanya Nabi yang maksum!

Ulama bukan Nabi - manusia biasa

Anonymous said...

Esok 23.05.09 Ulamak-ulamak PAS akan mengadakan konvensyen.Ada baiknya "once for all"(dimuktamadkan) apa yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan "Kepimpinan Ulamak".Adakah ia bermaksud Pemimpin Parti PAS No.1 dan No.2 mesti(wajib)ulamak atau ianya bermaksud meletakan Majlis Syura Ulamak paling atas untuk memantau perjalanan,tindakan dan perancangan parti.Ini dua isu yang jadi tunggak dan asas yang perlu diselesaikan supaya tidak akan kedengaran lagi dihari muka memperkatakan soal ulamak dan profesional.Dua isu ini akan menentukan sama ada PAS akan menjadi sebuah harakah politik yang bertunjangkan dakwah Islamiah atau akan sekadar menjadi harakah tabliq sahaja.

saji said...

Ulamak bukan sahaja tak maksum malah ilmunya mungkin sekular, dengan maksud tidak dinafikian mereka memiliki ilmu ukhrawi tetapi tidak memiliki ilmu duniawai, lantaran tidak berupaya melakukan ijthad melainkan dilakukan secara jemaah

Rozana said...

Tenaga dan buah fikiran golongan profesional diperah dalam parti, tapi bakat kepimpinan dan pengurusan tidak layak untuk parti. Inilah falsafah parti sekarang.Kononnya, profesional buat keputusan ikut nafsu kerana kurang ilmu agama.Kononnya, jangan pilih mereka yang berkehendakkan jawatan.Aduhai..

Yong said...

Setuju dengan Rozana. Profesional, sila celik mata. Pilih pemimpin yang 'walk the talk', bukan cuma pandai cakap je. Ulamak, sila celik hati. Matlamat tidak menghalalkan cara. Tak usahle nak perasan maksum.

Anonymous said...

Tahniah TB .. kamu berjaya mengembangkan semangat MEMBENCI ULAMA... serta membuah bibit-bibit sekular....

Laknat kepada kamu TB...

nasir said...

Mengapa perlu mengelabah . Saranan Dewan Ulamak itu hanyalah saranan dan cadangan bukannya perlembagaan yang dah dimuktamadkan . Kalau tak bersetuju berhujahlah dengan asbab dan musabab tak perlulah nak menghina dan mengkeji ulamak pulak . Bagi rasional dan nanti para perwakilan akan berfikir . Mereka ( perwakilan ) masing ada akal dan fikiran serta terpelajar . Mereka ada di kalangan profesional dan agamawan dan ada yang pro+ulamak dan ulamak+pro . Mereka nanti yang akan membuat keputusan dalam pemilihan .

Yang komentar dan artikel sedia ada hanya asyik menghentam ulamak sahaja . Ini hanya menambahkan kebencian mereka yang menyokong agamawan . Tidak menguntungkan golongan profesional langsung .

Pandai2 lah berfikir ...

lan said...

Tiada siapa bermaksud nak hina, nak keji dan nak hina ulama dalam PAS. Ulama bukan sempurna semua. Ramai juga ulama dalam PAS yang bagus. Yang tak bagus ulama sokong muqabalah dengan UMNO.

Setuju dengan Rozana. Golongan profesional dalam PAS sekarang ini ramai yang mempunyai ilmu agama yang setaraf ustaz2 yang ada dalam saf pimpinan PAS.

Mereka juga boleh dikemukakan untuk memimpin PAS sebagai mana pimpinan Ikhwan, Hamas dan Jamaat Islami yang mana pimpinan utamanya ramai juga di kalangan profesional dan aktivis

senangkira said...

salam,
udah la tu tulang besi, biarlah ulamat bagi jawatan no 1 dan no 2 dalam pas, skrg kita ade tgna, klau tgna xde sape yg harus di ganti? sape? Raja petra? sape?
kita perlu ade ulamak yg konservatif seperti tgha dan tg harun taib dan seangkatan dengannya kerana hukuk ni tulang besi kalau yg haram tetap haram, sebab tu sy dalam tulisan tb yg lalu mengatakan bahwa kepimpinan ulamak trg lebih kepada keterengganuan, eh, xde paham lg ka/? memang la hukum2 tu berdasarkan adat dan kawasan setempat.pulak tu tb ada selidiki tak? mana tgna belajar dan mana tgha belajar? ini juga adalah salah satu faktor yg jadi konservatif ataupun tidak

Tulang Besi said...

Kata Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah bahawa Allah SWT melarang memakan babi itu kerana tuhan lebih arif tentang wabak dan penyakit yang ada pada babi yang dicipta-NYa termasuk kemampuan manusia untuk menerima sesuatu makanan yang layak untuk tubuh badannya. .

Kalau hanya mereka yang berkelulusan agama sahaja dibenarkan pegang jawatan, itu bukan sekular ke?????

cucu jebat said...

akum, udah lah tu, samada ulama atau tidak yang penting pemimpin itu bertaqwa,bijak mengatur langkah untuk memenangkan parti dan perjuangan Islam,kalu nak semua ulama susah lah,kita dah berjaya dengan selogan PAS 4 ALL,dan menarik semua lapisan masyarakat untuk menyokong kita,tiba2 untuk menjadi pemimpin kita kena syarat mesti ulama pula,susah lah macam ni.Kenapa sampai pemimpin2 dari kalangan yang menggelarkan diri mereka ulama sampai mengeluarkan kenyataan sampai bertentangan dengan perlembagaan parti,mana ada dalam perlembagaan yang menetapkan bahawa untuk menjadi presiden dan timbalan mesti ulama.Majlis syura tu semestinyalah ulama.Kenapa waktu mustafa ali lawan ust hasan syukri tak timbul soal lawan ulama.jangan sampai kita dok asyik dengan ulama/pro,masyarakat lain akan menjauhkan diri dari kita kerana kebodohan kita sendiri, dan tak mustahil akan jadi nasib Partai Persatuan Pembangunan(PPP)di indonesia,sebuah partai Islam yang berlambangkan Kaabah telah menjunam jatuh selepas Partai Keadilan Sejahtera di tubuhkan.Jangan sampai masyarakat menanti nanti tertubuh nya partai baru yang lebih dinamik untuk memperjuangkan Islam.

Anonymous said...

RASULLULLAH XDE MASUK MANA2 PARTI BILA BERJIHAD. ALLAH YG MENGANGKAT NABI DAN PARA RASUL KE DARJAT YG PALING TINGGI DAN DI KALANGAN NABI ITU YG DI ANGKAT KE PALING TINGGI IALAH NABI MUHAMMAD S.A.W!..SAPE ANWAR?..SAPE NIK AZIZ? MEREKA BERTARAF APE?..MEREKA HANYA HAMBA KPD KUASA..

Anonymous said...

tidak siapa yg nak hina ulamak. Cakap siapa yg hina ulamak?. Yg jadi kisahnya, bila ulamak sendiri seperti takut takut pada bayang2 sendiri. Ulamak juga yg buat usul, no 1 dan no 2 khas utk ulamak.

Kalau mcm tu, apa hak ahli utk memilih?. Dan apa fungsi majlis ulamak dan sebagainya yg sememangnya di khaskan kepada ulamak?. Ni dah masuk kategori tamak kuasa.

Sudahnya takde beza dgn UMNO, jawatan no 1 dan no 2 tidak boleh di pertandingka takut terjadi perpecahan. Kalau mcm tu, nampaknya PAS telah gagal dlm tarbiyah kepada ahli2nya.

Anonymous said...

Adakah Professional Maksum?
Ulama dan Professional;Yang mana lebih dekat dengan Allah S.W.T?

Nizam Mahmud said...

Adakah Professional Maksum?
Ulama dan Professional;Yang mana lebih dekat dengan Allah S.W.T?
--------

Jawapan no 1 : Profesional tidak maksum, sama juga dengan ulama.

Jawapan no 2: Profesional yang bertakwa dan ikhlas lebih dekat dengan Allah dari Ulama yang bermuslihat jahat dan bersekongkol dengan tokei balak.

Sekian terima kasih.

Anonymous said...

apa yg ko melalut ni Nizam mahmud oii.. ko tahu ke sape yg dekat Allah... ko tahu ke isi hati org... yg pandai2 macam penjaga syurga neraka sbb apa

Nizam Mahmud said...

Memang orang ikhlas dan bertakwa itu dekat dengan Allah.

Hang melalut apa ni? Kalau nak bantah statement aku tolong bg hujah boleh?

Anonymous said...

Ian said: " Ramai juga ulama dalam PAS yang bagus. Yang tak bagus ulama sokong muqabalah dengan UMNO."

Kononnya Ulama PAS - Maksum, Kalau sokong perpaduan umat, tak Maksum

Inilah padahnya bila terlampau mempolitikkan agama!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.