Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, May 31, 2009

Adakah Semua Ustaz Dalam PAS ni Ulama ?

Memang dalam PAS terdapat ramai ustaz dan ustazah. Ini kerana di dalam UMNO, ustaz dan ustazah dilayan lebih teruk dari "cleaner" di PWTC. Dan PAS memang menerima kesemua ustaz dan ustazah untuk duduk dalam PAS terutamanya berpayung dibawah Dewan Ulama PAS.

Perbedaan Syarat KeAhlian Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS

Faktanya adalah seperti berikut:

Syarat Keahlian Dewan Ulama PAS Pusat, mengikut Perlembagaan PAS Pusat:



Perhatikan, bahwa syarat keahlian Dewan Ulama PAS adalah longgar dan tidak ada syarat-syarat berkaitan dengan akhlak, budi pekerti, penjauhan dari segi dosa, adil dsbnya.

MAlangnya, kesemua yang menjadi ahli dalam Dewan Ulama PAS Pusat ini akan dipanggil "Ustaz" atau "Ustazah".

Dan seperti yang kita lihat dalam pemilihan PEmuda Negeri baru2 ini, keseluruhan yang ada title Ustaz terus diberikan kepercayaan untuk memimpin pemuda negeri tanpa soal.

Sedangkan, title ustaz semata-mata tidak mencukupkan syarat seseorang itu untuk menjadi ulama. Kalau tidak mengapa syarat menjadi Ahli Majlis Syura Ulama berbeza dengan syarat menjadi ahli Dewan Ulama?

Syarat Keahlian Majlis Syura Ulama PAS Pusat, mengikut Perlembagaan PAS Pusat:



Dari perbezaan syarat2 di atas menunjukkan bahawa terdapat berbagai taraf ulama dalam PAS. Dan ia juga menunjukkan

a. semata-mata seseorang itu layak menjadi ahli Dewan Ulama, tidak menjadikannya otomatik layak untuk menduduki Majlis Syura Ulama PAS

b.Ahli Majlis Syura lebih ketat syaratnya dari segi akhlak dan keadilan.

Ini bererti semata-mata seseorang itu layak menjadi ahli Dewan Ulama PAS tidaklah melayakkan beliau itu secara otomatik menjadi ulama. Ini kerana sekiranya ahli Dewan Ulama itu adalah ulama, maka secara otomatik semua ahli DEwan Ulam boleh menjadi ahli Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

Dan ini juga bermakna bukan semua ustaz/ah dalam PAS ini adalah ulama.

Bagi saya, seorang ulama yang benar-benar ulama tidak perlu berkempen untuk menaikkan diri mereka. Tidak perlu berkempen untuk menaikkan hanya ulama seperti yang kita lihat dalam pemilihan pemuda2 negeri baru ini. Seperti juga kita lihat bagaimana tuntutan dibuat untuk menghadkan jawatan Timbalan Presiden dan Presiden kepada "ulama" semata-mata.

Perkara ini lebih terserlah dalam pemilihan pemuda2 PAS negeri dimana slogan "ulama" ini digunakan acap kali dan meluas. Dan para perwakilan pemuda2 negeri dengan mudah menerima setiap ustaz itu sebagai ulama.

Padahal tiada konfirmasi baik dari segi perlembagaan parti mahupun nas naqli bahawa setiap ustaz dalam PAS adalah ulama.

Ataupun ada sesiapa di luar sana yang berani mengkonfirmasi bahawa setiap ustaz/ah dalam PAS adalah ulama?

Tulang Besi






.

14 comments:

Hamba said...

Berapa ramai ulama'2 ni yg sebenar2nya wali Allah? Atau ada yg sebenarnya merupakan wali UMNO? Wali dunia? Wali harta? Wali pangkat?

Harman said...

Saya bukan ahli Pas, tetapi saya tertarik dengan implikasi apa yang Tuan Haji paparkan, iaitu tiada dikenakan syarat dalam Perlembagaan Pas secara terang dan nyata bahawa ahli "Dewan Ulamak" atau "Majlis Syura Ulamak" hendaklah seorang yang "'alim". Perkataan 'ulamak' ialah bentuk jamak (ramai), kalau seorang disebut 'alim. Adakah semua lulusan dari universiti atau institusi pengajian Islam dikira "alim" belaka? Adakah terdapat senarai institusi-institusi seluruh dunia yang diiktiraf yang mana siswazahnya layak untuk menjadi ahli Dewan Ulamak? Adakah bidang pengajian Islam saja yang diambil kira? Bagaimana dengan seorang yang pakar dalam ilmu ekonomi atau pentadbiran awam atau kejuruteraan dan ilmu-ilmu ketenteraan? Apakah mereka ini tidak layak dipanggil "alim" sedangkan pengetahuan dan kepakaran mereka amat diperlukan bagi sebuah parti politik yang bercita-cita untuk memerintah negara? Adakah mereka ini tidak lebih layak dari seorang guru yang lulus dalam bidang, katalah, ilmu tajwid atau qiraah sebagai pemimpin politik?

Tinta Hitam said...

Ada segelintir pemimin pemimpin PAS yang agak rigid.Tetapi skg PAS sedang mengalami transformasi.Transformasi kearah lebih profesional dan kotemporari tanpa menggadaikan prinsip Islam.

Ini lah yang ditakuti oleh UMNO.Mereka lebih suka PAS spt dulu.Hanya bertakbir ketika ceramah.Tetapi tidak mendahului memimpin masyarakat kearah Islam.

Jika PAS dapat bergerak spt AKP Turki dan Hamas di Palestine,UMNO akan mengalami masalah yg besar.Itu sebab UMNO cuba sedaya upayanya bekempen secara tak langsung bagi pihak yg agak orthodox.Sambil menonjolkan kononny PAS skg sedang beramuk sesama sendiri saperti UMNO

Malang sekali usaha UMNO itu gagal.memang terdapat perbezaah pendapt tetapi tidak lah sampai saperti UMNO yg merasuah ahli dan baling kerusi..

Insyaallah PAS dengan package yg baru akan wujdu selepas ini..

Anonymous said...

Yang teruk sekali ialah mereka yang membayar Yuran untuk menjadi ahli Persatuan Ulama [they must be jokers of the highest order in Muslim society].

Ulama adalah mereka yang mempunyai 'ilm dalam bidang masing masing.

Jikalau ahli Persatuan Ulama mahu pun Majlis/Dewan Ulama PAS atau UMNO, mereka hendaklah mengakui perkara berikut:

1. menguasai Bahasa Arab Quran dengan sepenuh dan juga Bahasa Melayu [menjadi ahli nahw -grammarian of the 1st order]

2. bahkan kita perlu mereka mengetahui juga sekurang Basic Greek, Latin, French, Inggeris.

3. mendapat IJAZAH bertulis dalam sepucuk surat atau kertas dari pakar2 guru2 ulama2 yang bertauliah atau yang di akui oleh golongan ulama2 pakar2 guru2 yang lain bahawa senya kepakaran dalam bidang masing2.

4. mereka hendaklah telah faham dan boleh membuat syarahan keatas Kitab2 tulisan authentic Ulama ...nama yang mashur dalam tamaddun Islam misalnya bermula dari Hasan al basri ....

5. jangan terlalu fiqh-centric memadai dengan beberapa super-pakar sahaja.

6. bidang2 ilm tabii pun amat penting yang mengkaji kosmologi dan sebagainya

7. ilm muamalah juga amat penting ...
perhatikan setelah mendirikan masajid kemudian kita dapat lihat pembangunan "pasaran" [market place]... baru lah boleh jadi "madinah" iaitu "urbanism"

[NB jaga lupa bahawa sesuatu tamaddun amat sukar berlaku dari ... "kekampungan", "parochialism", "luar bandar" ia mestinya ada "bandar" dan jangan sekali adakan "priesthood" macam persatuan ulama ... ]

Rozana said...

PAS ada sejarah ustaz-ustaz yang keluar parti dan jadi hulu-balang UMNO. UMNO juga berbangga dengan ustaz-ustazahnya seperti ex-imam, ex-pensyarah UIA dan juga prof-prof di IPTA. Habis, apa yang keramatnya perkataan ustaz/ustazah itu berbanding seorang engineer yg bertaqwa dan berfikrah haraki yg jelas disamping selok-belok kehidupan kontemporari.

Abuzar said...

TB & sahabat sekalian.

Ulamak merupakan insan yang istimewa yang disebut didalam alquran. Ulamak adalah orang yang dianugerahkan kelebihan ilmu & kefahaman yang tinggi mengenai bidangnya. Ulamak orang yamg miliki iman yang sahih & teguh, amalan yang lurus & solehin, akhlak yang mahmudah & muttaqin, fikiran yang ulul albab-fatanah-bijaksana, creative, innovative, strategist, visionary, futuristic, long term & high impacts, ... focusing to ALLah, Rasul, Islam & Ummah (ARIU) Mission. Ulamak ukhrawi.

Ulamk bukan mereka yang memperdagangkan ilmu dan hubbul dunia. Bukan juga ulamak su' @ ulamk dunia. Bukan juga ulamak yahudi (rahib yahudi)-"bersekongkol & bermesra dengan para ahli maksiat untuk dapatkan sedikit faedah duniawi". Ulamak bukan mereka yang pengecut/dayyus lari medan dakwah & jihad. Ulamak bukan mereka yang dijadikan orang suruhan @ pak turut orang jahil. ... dan lain2 yang tidak wajar baginya.

Watak2 impian "ulamak politik Islam yang kontemporari" dalam konteks Malaysia pada era 70han-sekarang adalah almarhun Ustaz Fadzil Nor dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ...

Yang lain tu masih lagi berada didalam kotak masing2 ... ada yang :
hebat dari segi ilmu, tapi lemah dari segi siasah.
@ hebat Ilmu, tapi lemah syarahan/ bayan/ dakwah.
@ hebat ilmu & syarahan, tapi lemah ilmu tadbir siasah, organisasi & strategi.
@ hebat ilmu, tapi lemah muamalah & mu'asyarah-pergaulan sosial.
@ yang parah ... hebat ILMU, tapi lemah IMAN-lemah AKHLAK-lemah SIASAH!!!

Maka fikirlah yang terbaik untuk PAS! Gandingan mana yang perlu dimantapkan dalam organisasi PAS supaya lebih berkesan dan diredhai Allah? Ulamak sebagai murabbi ummah. Tetapi ulamak juga perlu mukmin2 yang taqwa dan yang ahli (mahir/profesional) dalam bidang2 yang berkaitan demi ARIU. Ulamak2 juga perlu para korporat, hartawan dan pengusaha2 yang jujur dan dermawan. Ulamak perlu pejuang2 setia, strategis dan gigih untuk Islam.

Ulamak tak perlu mereka yang gemar sebagai pembodek, pengampu, pendendam, penghasut, penfitnah, pengacau, opportunist, hypocrite dan lain2 yang menjurus kepada nafsu ammarah dan habuan duniawi ...... mereka jenis ini akan merosakkan jemaah PAS dan misi Islam!

Kualiti barisan Kepimpanan PAS sedang dinilai oleh seluruh rakyat seta Allah SWT.

Bagi mereka yang kurang berkualiti berlumba2 untuk memegang kuasa / jawatan dengan membelakangkan mereka yang lebih baik, apakah itu tindakan yang wajar untuk jemaah & Islam?

Fikir2kanlah, ... wallahu alam.

saji said...

Yang dikatakan ulamak di zaman moden in ialah ilmuan Islam yang memiliki ilmu ukhrawi dan duniawi yang diperolehinya secara formal dan memenuhi syarat penyelesai masalah atau seorang mujtahid dan sanggup melakukan ijtihad.

Maknanya, jika ilmuan Islam itu hanya memiliki ilmu ukhrawi mereka hanya boleh digelar ulamak sekular

pakcik said...

aku tidak pentingkan dia tu ulamak ke apa ke..yang aku nak tahu adalah,,jika sudah menjadi pemimpin..hatinya adalah bersih..

semuanya daripada niat dihati.

jika pakai serbang tu dikatakan orang yg beriman..pak arab yang beragama selain islam juga pakai serbang lagi besar.

orang2 singh juga pakai serbang yg besar.

tidak kira siapa..janji hatinya adalah bersih dan ikhlas..tp bila sebut bab politik sekarang..susah nak jumpa.

Anonymous said...

hahahahaha..kan aku dah cakap. si Tulang babi ni memang bodo dan bangang aka bebal tahap gaban.

Kalau Dewan Ulama dengan Majlis Syura Ulama pun takleh nak beza...memang sah pesakit mental.
Pegi masuk balik sekolah PASTI...belaja mengeja..

Anonymous said...

Ini mungkin bukti (SMS) penyelewengan yang dilakukan seorang peminpin pas yang akan bertanding timbalan presiden.sila tuan2 check,siapa pemimpin yang buat program ni.jika sekiranya benar dan betul pemimpin ni yang anjurkan program ini,saya menasihatkan semua perwakilan pas yang mengundi pada 5 jun ini supaya menolak pemimpin sebegini.ini kerana unsur2 membeli undi dan menyogok macam umno sudah mula berlaku dalam pas.

Bunyi SMS itu ialah; Assamualaikum, tuan-tuan YDP, TYDP, NYDP, SETIAUSAHA, DAN PERWAKILAN KE MUKTAMAR, adalah dijemput untuk menghadiri majlis dialog dengan calon Timbalan Presiden (nama). Pada 30 Mei Jam 9:00 malam. Bertempat di Markas PAS Batu Gajah, No 21 Bandar Baru Batu Gajah Gopeng sebelah FT Supermerket. Jalan Batu Gajah. Berdepan simpang masuk Taman Tasik SM Noor. Turut menjemput dan hadir sama (nama). Seberang pertanyaan tempat hubungan YDP Batu Gajah. (Nama dan telefon) atau (nama dan telefon) dan (nama dan telefon). 8:48 am 30/05/09.
-penentang maksiat dalam PAS-

Anoinimuz said...

murahan....taktik murahan...

PakTeh said...

Nampaknya semua dah setuju dengan puak Erdogan, ok, kita teruskan...

Anonymous said...

Anon May 31 3:41pm?

Apa masalahnya? Tak bolehke calon nak bertemu ahli. Jangan sengek sangat leh.

Pergi cari Jamnapari dengan MSO lagi baik.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pandangan Harman.Ahli-ahli PAS khususnya yang akan menjadi perwakilan,wajar punya fikiran terbuka(open minded)memilih pemimpin yang "mampu menguntungkan parti".Adalah harapan kita untuk memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU ke13.InsyaAllah.Yang dimaksudkan "Alim" itu bukanlah sekadar ilmu agama sahaja,seperti yang disebut olih Harman,ilmu-ilmu keduniaan juga penting bagi sebuah harakah Islamiah untuk "memerintah".Pokoknya yang empunya ilmu-ilmu keduniaan ini tediri dari "muslimin dan muslimat" yang bertaqwa.Sesuailah dengan apa yang disebut olih Rasulullah SAW:"Sesuatu kerja itu jika diberikan kepada yang bukan ahlinya,tunggulah kebinasaannya".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.