Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, May 22, 2009

Aliran "Selamatkan UMNO" lawan "Gantikan UMNO" Dalam PAS

Itulah sebenarnya yang menghambat pemikiran di kalangan pimpinan-pimpinan PAS. Kemunculan aliran-aliran ini diselimuti dengan topeng "ulama vs proffessional". Hakikatnya ianya berkait rapat dengan survival UMNO dalam persada politik Malaysia.

Ia tiada kena-mengena dengan kumpulan professional ataupun kumpulan ulama dalam PAS. Cumanya, tampak kelihatan seperti aliran yang mahu menyelamatkan UMNO disokong oleh golongan yang berpendidikan dan latar belakang agama manakala mereka yang mahu PAS mengganti UMNO adalah dari latar belakang pendidikan bukan agama.

Maklumat yang saya dapat, ramai dari golongan berpendidikan agama dalam PAS menyangka bahawa institusi ulama dalam PAS sedang dalam bahaya dan perlu dipertahankan kerana mahu dihancurkan oleh mereka yang bukan berpendidikan agama.

Ertinya, di kalangan berkependikan agama pun, bukan semuanya mahu menguatkan UMNO. Cumanya, mereka telah ditipu untuk mempercayai fitnah kononnya institusi ulama akan dihancurkan dalam PAS. Lantas, berlakukan perpecahan aliran dalam PAS dan isu sekarang ini sudah menjadi "ulama vs professional".

Mereka yang terlibat dalam usaha membawa PAS kepada UMNO terlepas dari apa-apa hukuman kerana mereka sanggup memecah-belahkan PAS demi menyelamatkan diri mereka dari ditolak ahli dan kemudian kehilangan pangkat dan kedudukan dalam PAS.

Slogan "kepimpinan ulama" dijaja merata ceruk kampung dan desa demi mempertahankan kedudukdan mereka dan melepaskan diri mereka dari dipersalahkan ahli dan penyokong di atas "pengkhianatan" mereka tempohari.

Nama Syura dijual merata tempat kononnya Syura memberikan mereka kebenaran untuk melakukan apa yang mereka telah lakukan padahal Pengerusi Syura sendiri menentang usaha mereka.

Saya sedih kerana saya melihat sendiri betapa alasan "ulama" dijadikan alat untuk menaikkan mereka yang telah menipu dan membohongi ahli. Tidak termasuk mereka yang tidak layak memegang jawatan dan terpalit dengan berbagai-bagai jenis skandal dan komplot.

Usrah-usrah digunakan untuk memburukan mereka yang tidak sealiran dengan tuduhan seperti "tidak wala'" dan "pro anwar" padahal ini semua adalah berita palsu. Saya mendapat laporan, ada usrah yang digunakan untuk mendoakan kematian Tok Guru Nik Aziz oleh mereka yg beraliran agama ini.

Dan yang saya lihat kempen fitnah ini terus dijalankan terutamanya dari mereka yang mahu mempertahankan kepimpinan yang beraliran dan berpendidikan agama ini.

Soalnya sekarang, apakah hala tujuan yang kita mahu untuk PAS? Adakah PAS hanya alat untuk menyelamatkan UMNO tiap kali UMNO berada dalam permasaalahan yang besar seperti sekarang.

Ataupun kita mahu PAS menjadi pengganti UMNO sebagai teras kepimpinan orang Melayu/Islam di Malaysia?


Setiap penyokong dan ahli wajib menjawab soalan ini.

Tulang Besi

17 comments:

Anonymous said...

Sekarang saya betul-betul faham, rupa-rupanya ada agen UMNO dalam PAS yang kalau perlu akan digunakan oleh UMNO untuk hidup kembali sekiranya terdesak.

Tugas Agen-agen ini adalah memundurkan penyokong-penyokong PAS supaya mudah ditipu propaganda UMNO. Dan kalau perlu, dibangkitkan isu Hidup Melayu mereka supaya UMNO takkan hilang di bumi. Seperti yang jadi sekarang. Soal-nya, adakah pengaruh mereka begitu kuat sehingga penyokong-penyokong PAS mampu dikaburkan??

donplayplay

anak said...

Masaalah nya terlalu banyak ahli ahli PAS yang berfikiran sempit - memandang semua ulamak sebagai maksum dan tidak rela mempercayai bahawa ada dalam "gulungan maksum" ini pengkhianat kepada perjuangan yang bersembunyi di belakang gelaran "ulama". Tetapi perlu juga di perhatikan bahawa ada juga pemimpin yang berjenis "professional" yang turut sama bergelumang dalam usaha-usaha sulit untuk berbaik dengan UMNO - lihat sahaja di Selangor misalnya.
Jadi, soal nya sekarang ialah mampukah ahli-ahli PAS membuat pilihan yang terbaik untuk Parti dalam Muktamar Jun ini atau maseh kah mereka ini di hayun dengan kepercayaan bahawa oleh kerana PAS mendokong konsep pimpinan ulama maka adalah wajib menentukan semua jawatan akan di pegang oleh ulama - tak kira jenis ulama apa mereka ini, tak kira apa yang ulama-ulama ini telah lakukan malah tak penting juga di ambil kira samaada ulama-ulama ini berkemampuan untuk kerja-kerja beranalisa, mentadbir, menyusun strategi dan mengurus. Ahli ahli PAS selalu nya hanya menilai kemampuan mereka berceramah; bukan semua yang pandai berceramah pandai mentadbir - lihat aje di Selangor dan Kedah !!!!
Dan yang menghairankan lagi terlalu ramai dalam kalangan ahli ahli PAS yang terlalu jumud dalam pemikiran mereka sehinggakan apa sahaja yang di sebut oleh gulungan Ulama ini mesti lah betul semua dan apa sahaja yang di utarakan oleh gulungan professional ini semestinya di ambil dengan penuh buruk sangka.
Malang, seribu kali malang. Apabila arus kepercayaan terhadap PAS main meningkat dari kalangan yang bukan Islam, PAS terikut ikut dengan bisikan syaitan dari kalangan UMNO untuk memperjuangkan ketuanan melayu - kononnya kuasa melayu sudah terhakis. Pemimpin PAS ini tak nampak langsung bahawa bisikan bisikan ini hanyalah untuk menguatkan kembali UMNO; itu sahaja. Maka jawatan jawatan di ajukan di hadapan muka-muka PAS ini dan akhir nya terjadi lah apa yang telah terjadi. Kemana agaknya laungan PAS yang telah meraih sokongan kuat dari gulungan bukan islam seperti "PAS FOR ALL" - di ketepikan sahaja seperti retorik-retorik pilihan raya ala UMNO. Sayang seribu kali sayang. Dan jika gulungan yang ingin berkerjasama dengan UMNO ini di beri laluan dalam muktamar PAS Jun ini saya yakin PAS akan hilang kerusi didalam Pilihanraya akan datang dan gulungan yang sudah bermula untuk berjinak-jinak dengan PAS akan lari - kemungkinannya kepada Parti Keadilan Rakyat - dan sekali gus ianya akan melemahkan PAS.
Cuba lihat isu kelab sokongan PAS yang telah lama di fikirkan oleh ulama2 tapi sampai kini tak mampu diselesaikan. Adakah PAS tak berkemampuan untuk membuat penyeselaian atau tidak berani ? atau tak reti membuat suatu rumusan strategik ? mungkin kerana terlalu dangkal untuk membuat perhitungan yang wajar dan hanya pandai membuat slogan slogan sepeti "PAS FOR ALL" tapi pada masa yang sama sedikit pun tak tahu maksud retorika ini ?
Bila agak nya PAS nak maju sebagai kuasa politik terkuat di Malaysia - mungkin banyak yang selesa dengan hanya mengikut di belakang Dato Seri Anwar Ibrahim. Sepatut nya dengan Kelab sokongan PAS, PAS sudah boleh menerajui Pakatan Rakyat dan Keadilan dan DAP akan terpaksa mengikut sahaja. Tapi apa nak buat - Pemimpin dan ahli ahli PAS tidak mempunyai visi sejauh ini. Yang sibuk sekarang ialah jawatan, jawatan, dan jawatan.

Hamba said...

Nak tanya sikit...Mufti Perak tu ulama' ke? Layak ke dia di terima sebagai pimpinan PAS? Taqwa tu ada kat gelaran Ulama dan bukan hanya dlm pengetahuan Allah? Berapa ramai yg mengaku ulama'tapi siapa yg sebenar2nya wali Allah?

Anonymous said...

Salam Sejahtera,

Secara umumnya pertanyaan, persoalan, kemusykilan dsbnya mematangkan fikiran dan memartabatkan lagi kewarasan seseorang. Tapi jangan lupa pertanyaan, persoalan dan kemusykilan yang bersifat melampau, mengada-ngada, geram, bengang, benci adalah sama sifat dan sikapnya seperti Yahudi dengan Nabi Musa seperti kisah didalam Surah Al-Baqarah.

zairil said...

itu la kamu ,hingga nak persalahkan ulama,analisis dangkal kamu memalukan pas sendiri,terpengaruh dengan puak nak hapuskan ulamak

Anonymous said...

Saya setuju dengan Tuan Guru Nik Aziz,tak guna menolong UMNO bila PAS boleh jadi UMNO(terbaru).

Sekarang berkerjasama dengan Parti Cina dah OK(macam UMNO dengan MCA+MIC).Rasuah politik dah bermula kecil kecilan.Mengutuk Ulama dalam parti sendiri dah OK.Skandal sek pun tak pa dah.Derhaka kat Raja pun boleh sebab UMNO pun buat juga dulu.

Jelasnya kalau nak memerintah Malaysia mesti jadi macam UMNO.

si mata 4 said...

ulama vs. professional.....
penyakit lama di dalam PAS, yang diberi nafas baru, khususnya apa bila menjelangnya suasana muktamar menjelang tiba.
PAS - Parti Islam Se Malaysia
ahli: orang2 ISLAM, bersekolah ke? kaya ke? miskin ke? ada kerja ke? Ustaz ke? pemandu teksi ke? asalkan patuh kepada undang2 tubuh PAS. selesai.... selepas tu, pimpinan dan orang agama di dalam PAS kena mendidik mereka.
Majlis Syura Ulama- MEMASTIKAN PERJALANAN PAS BERADA DI ATAS LANDASAN ISLAM YANG SEBENAR
ahli: di kalangan ulama2 di dalam PAS, yang diakui keilmuannya serta keperibadian mereka, termasuk presiden dan timbalannya, walaupun sekiranya mereka ini dipilih bukan dari golongan ulama.
Kesimpulannya- PAS, secara undang2 tubuh dan perjalanannya, sudah terpelihara, andai kata Jawatankuasa Pusat dianggotai oleh bukan golongan ulama.
jadi, sesiapa yang takut berada di dalam PAS, kononya nanti PAS akan terpesong dari perjuangan asal kalau di pimpin oleh presiden dan timbalan presiden yang bukan di kalangan ulama... itu mengarut je.. baik cuci hati tu bersih2. takut perjuangan ini tersasar ke? atau takut tak dapat jawatan ke?

Anonymous said...

Tajuk "Aliran Selamatkan UMNO lawan Gantikan UMNO " ni tepat sekali.Pihak yang nak selamatkan UMNO ini telah terpedaya dengan umpan-umpan UMNO kononnya nak selamatkan Melayu.Mereka dijanjikan dengan jawatan-jawatan Tim.Perdana Menteri,Menteri dan Duta dengan harapa "pembabitan" mereka akan dapat menyelamatkan Melayu dan Islam. Mereka telah termakan racun UMNO yang selama lebih dari 50 tahun telah mengabaikan dan mengabdikan Melayu
Ikut iklim politik dewasa ini.PAS wajar menggantikan UMNO bukan cuba nak selamatkan UMNO.Kelantan hampir 20 tahun dah diperintah olih Melayu tetapi UMNO tak pernah nak rehat untuk mengambil Kelantan dari tangan pemerintahan orang Melayu.Trengganu yang pernah diperintah olih Melayu telah diambil olih UMNO dan sekarang Perak yang MBnya Melayu telah dirampas cara yang begitu jijik olih UMNO. Inikah parti yang kononnya berjuang untuk Melayu?Jika ada pemimpin-pemimpin PAS yang percaya UMNO itu membela Melayu dan Islam,gulungan ini sepatutnya dimasukkan keHospital Bahagia,Tanjung Rambutan.Inilah keputusan yang sepatutnya diambil kira olih perwakilan keMuktamar PAS bulan depan- nak melihat PAS gagah,disegani,digeruni dan istiqomah dengan dasar perjuangan atau hendak melihat PAS jadi hamba UMNO dan kembali "uzur", ketinggalan zaman dan berpecah-belah.Terserah kepada perwakilan Muktamar.

Karisma59 said...

Memang tepatlah jika sekiranya semua pimpinan dan ahli PAS, tak kira dari golongan ULAMA dan UMARA dapat membuat 'paradigm shift' dari segi mentaliti dan membuat strategi dan matlamat jangka panjang untuk menggantikan UMNO dari mengambil langkah untuk bekerjasama dan 'tidur sebantal' dengan UMNO/BN. Tujuan dan matlamat UMNO sudah amat jelas, mereka hanya lebih bertujuan "mengeksplotasi dan memperalatkan" PAS, atas retorik menjaga kepentingan melayu (baca UMNO) untuk sementara waktu sahaja. Percayalah bahwa selepas madu dan hasil kerjasama itu dinikmati dan kedudukan mereka dpt dimantapkan, PAS sudah pasti akan disingkirkan, dianaktiri atau didiskriminasikan, bahkan mungkin juga dimalukan.

Ingatlah...bahwa cara UMNO berpolitik sejak merdeka memang takkan mahu menyerah kuasa yg ada dengan begitu mudah, dan mereka akan sentiasa mencari pelbagai strategi utk kekal berkuasa.

Adalah jauh lebih baik, untuk PAS melihat kehadapan dengan optimis dan yakinlah, rakyat tak kira Islam atau bukan Islam akan lebih menghurmati PAS, jika mereka menolak utk bekerjasama dgn UMNO dari memilih untuk bekerjasama dgn UMNO.

PAS mestilah "berfikir besar (think BIG)", bukan hanya sekadar ingin menjadi penyokong kpd UMNO tapi bersedialah untuk memikul tanggungjawab untuk menjadi pemimpin kepada sekelian rakyat yang amat dahagakan perubahan pada mase depan.

Masa depan PAS akan jauh lebih cerah , baik, dihurmati rakyat jika bersama PR dari untuk bersama UMNO/BN !!

Maruah, kewibawaan dan integriti PAS akan merudum / jatuh dengan teruk sekali jika memilih untuk bersama UMNO/BN.

Allahkhuakbar !!

Abd Razak said...

mmg pihak yg nk selamatkan umno dlm PAS ni adalah org yg bangang..sepatutnya PAS mampu utk menggantikan umno tp diorang nk selamatkan umno lak..org2nya adalah seperti nizam toha,grand marquis,ibnu qaldun dan juga anonymous2 iaitu PENGECUT yg tidak berani nk mendedahkan identiti tp berani bg hujah yg layak dibuang dlm bakul sampah...mereka ini telah terpengaruh dgn tawaran duniawi yg ditawarkan oleh umno demi utk kesenangan dunia mereka...toksahlah jd munafik nk bercakap soal agama...kalau berani meh debat dgn aku tajuk SETUJUKAH ANDA KALAU PAS MASUK BN?...xyah debat ngan tulang besi kerana ilmu korang dan tahap ke'PAS'an anda umpama langit dan bumi...aku walaupun adalah sekadar ahli biasa tp xdele sebodoh korang yg mudah dianjingkan oleh umno dgn fakta yg bodoh dan dangkal je...

bukan PAS xpernah masuk bn...dh masuk tp ditendang dan dihina setelah umno kuat kembali...dh tu skrg ni umno lemah balik puak2 korang lak terhegeh2 nk join umno...org kata kalau ditipu sekali oleh org yg sama tu mmg biasa...yg nk kene tipu 2 kali ni hanya manusia BANGANG je yg kene...tu psl Tok Guru x setuju muzakarah ni...Tk Guru ada dlm PAS ketika PAS join bn dulu...korang ni tiba2 lak nk berlagak pandai konon cam korang pernah rs dulu...ntah2 time tu mmg korang org umno pn...dihantar dlm PAS utk jd BALACI umno...

harap2 dgn berkat dr Allah SWT muktamar ini biar org2 cam korang dibuang terus dr PAS...sama2 le kita berdoa...

Abd Razak Junior said...

anwar berahi dok tipu PAS dah berpuluh kali. yang itu lagi BANGANG!

siapa pulak kata yg PAS nak masuk BN ni???
dah berbuih-buih mulut pimpinan kita menafikannya masih juga korang pecaya cakap org2 mcm Tulang Babi ni....memang sah BANGANG tahap GABAN!!

Rozana said...

1. PAS tetap dibawah pimpinan ulama jika majlis syura kuasa tertinggi dan pemutus dasar parti, pimpinan harian hanya badan eksekutif (strategis & propaganda).
2. "Profesional vs. Ulama " dimainkan oleh media sana bukan untuk sokong ulama, tapi nak pecah-belahkan parti.
3. Media sana mahu 'pak lebai' perintah PAS untuk mandulkan "PAS for all".
4. Saya sokong ulama dalam erti kata sebenar, bukannya ular dalam semak atau jenis lembu kenyang.

Jangan marah..

Abd Razak said...

Abd Razak Junior said...

anwar berahi dok tipu PAS dah berpuluh kali. yang itu lagi BANGANG!

siapa pulak kata yg PAS nak masuk BN ni???
dah berbuih-buih mulut pimpinan kita menafikannya masih juga korang pecaya cakap org2 mcm Tulang Babi ni....memang sah BANGANG tahap GABAN!!


Hang tu lg BANGANG...dh le xberani nk guna nama sendiri...utk pengetahuan hang kalau geng2 fraksi hang x buat hal dh tentu pemerintahan malaysia dh bertukar...org umno cam hang ni dh xde modal...x abis2 guna isu yg sama...Anwar le...Erdogan le...hang ni dh confirm buta sejarah or mmg xtau apa2 psl politik...

Dh le buat muzakarah tanpa restu...bila pak lah ckp ada terus gelabah...so buat apa nk buat senyap2...bak kata org yg wat senyap2 ni mesti bende x baik...sudahler budak hingusan...hang peri le join umno ngan geng2 hang cam nizam toha,grand marquis,ibnu khaldun dan lain2 yg sudi melacurkan diri utk umno...PAS xkan rugi kalau org cam hang xde...PENGECUT!!!!

Anonymous said...

Abdul Razak Jr.
Jangan tertipu dengan kata-kata pemimpin yang menyebut "bukan nak masuk BN". Walau perkataan atau istillah apa pun yang digunakan,sama ada "kerjasama","berkongsi","kongsi kuasa",atau "melibatkan diri" - semuanya bermakna berkawan,berkongsi dan melibatkan diri dengan UMNO. There is no two ways about it.Cubalah tanya "pemimpin berkenaan" dalam Kerajaan Perpaduan tu siapa jadi Perdana Menteri? Jangan tersilap kira bahawa komponen BN lebih banyak dari komponen PR.Kalau gagasan ni jadi PAS akan dapat tulang saja orang lain dapat daging.PAS telah pernah ditipu dan sejarah akan berulang sekiranya orang macam saudara lupakan sejarah.

Anonymous said...

Biasanay orang yang ada wisdom,yg ada pemikran luas,dan hati yg terbuka tak kira siorang tu ulama,politician,or whatever maybe akan dihoramti oleh sesiapapun.Okeh.UMNO sedang tenggelam.UMNO tau dua isu saja boleh menyelamatkan mereka,iaitu "melayu islam" dan ulama,jadi para desperados dri UMNO sedang bermati matian utk brain wash golongan ulama utk menyelamatkan parti karam UMNO.Ingat!!Tujuaan utama UMNO adalah utk depa punya survival,dan mereka sedang guna taktik pecah belah,propoganda utk menyosangkan PAS.Janagan lupa Dr.Josef Mengele aka MalayaliChunni Madey Kutty yg telah menggelar para ulama dan PAS sebagai "kambing" dan Mat Monggol yg telah lama dirasukki jin,setan betui betui nak terajangkan PAS.

Anonymous said...

Tulang Besi said"

"Saya mendapat laporan, ada usrah yang digunakan untuk mendoakan kematian Tok Guru Nik Aziz oleh mereka yg beraliran agama ini."

jangan buat sewenang-wenang tuduhan dengan berselindung di sebalik "Saya mendapat laporan", nyatakan sahaja dengan bukti, usrah mana?, bila? siapa yang mendoakan?

ini adalah perkara serius. para perwakilan perlu didedahkan kepada perkara ini supaya mereka dapat 'melihat' dengan jelas dan memilih tanpa dipengaruhi kempen-kempen jahat sebegini!

usahlah melapor secara putarbelit "Saya mendapat laporan", nyatakan sahaja. ini taktik lama yang sangat digemari oleh penulis-penulis upahan bagi mengelirukan pembaca. apakah anda termasuk di dalam kategori ini?

artikel anda ini mungkin ada kaitan dengan interview tg presiden di dalam harakah yang saya ambil (harap diizinkan) dari blog penawarinduku, seperti di bawah:

Soalan : Menyentuh muktamar, tuan guru diumumkan sekali lagi menang tanpa bertanding jawatan Presiden, mungkin ada ucapan kjepad ahli dan perwakilan?

Tuan Guru : Saya mengucapkan teriam kasih kepada semua ahli dan penyokong PAS seleuruh negara yang terus memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin, dan saya anggap itu sebagai satu amanah yang sangat berat...(sambil menitiskan airmata) walaupun saya dalam keuzuran..."

"walaupun saya dalam keuzuran" inilah kebarangkalian yang membimbangkan sesetengah kalangan ulama dalam pas sehingga “Konsep kepimpinan ulama bermakna Presiden, Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa pusat parti akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama” menjadi kabur kepada mereka. sehingga berekempen "dulu saya lawan dia sebab dia lemah, tetapi hari ini kita mesti sokong dia sebab dia ulama."

cuma yang menjadi tanda tanya kenapa perlu ada kempen menggunakan anak terengganu di perantauan supya mempastikan majoriti ajk pas pusat mesti dianggotai oleh mereka yang pro-muzakarah?

nik abduh dengan tulisannya yang begitu panas pula menuduh ayahandanya dikhianati oleh penasihatnya sendiri! saya bertanya di blognya sendiri dan juga di blog dppwp. soalan saya berdasarkan satu komen yang saya baca yang menyebut bahawa dia "dengar sendiri" dari timbalan mursyidul bahawa ketika timbalan mursyidul bersama tg presiden berjumpa tgna untuk menerangkan kepada beliau berkenaan unity government, tgna dikatakan memohon maaf kerana "mendapat maklumat salah dari seseorang." soalan saya, jika timbalan mursyidul tahu apa itu unity government, sebelumnya ia "dilemparkan" kepada umum, tidak bolehkan mursyidul am diberitahu terlebih dahulu? lalu siapakah yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan mursyidul am "mendapat maklumat salah dari seseorang"?

ia tidak berhenti setakat ini tetapi peluang untuk "menyerang" pas melalui putar belit sekali lagi dibuka seluas-luasnya oleh ketua dewan ulama pas dengan "pendedahan" rasuah dalam pas!

"Saya cuma dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa perkara ini timbul."

jadi ungkapan yang anda gunakan "Saya mendapat laporan" sama tarafnya dengan ungkapan mohamed iraq "Saya cuma dimaklumkan oleh rakan-rakan."

harap Tulang Besi dapat jelaskan supaya dapat para perwakilan memasuki dewan muktamar dengan berlapang dada dan bukan membuat pemilihan dengan berbekal maklumat yang diselewengkan.

wallahu'alam

hussin abdaziz

Anonymous said...

aku sokong 200% tulisan hang rahman...la nin perwakilan muktamar kena tentukan sama ada mereka mau pilih pemimpin yg fraksi umno atau pemimpin yg mau talkin kan umno...bukan lagi soal kepimpinan ulama yg dah settle sejak 1982 atau soal ulama vs professional spt yg digembar gemburkan sekarang....

tokden

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.