Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 5, 2009

Apabila TV3 dan Utusan Malaysia menyokong Kepimpinan Ulama


Saya tak tahu nak kata apa. TV3 meminta ahli-ahli PAS supaya tidak membuang kepimpinan ulama? Adakah ini TV3 yang serupa yang pada masa dahulu pernah memfitnah Ustaz Ibrahim Libya? yang tidak pernah berhenti memfitnah PAS dan menista ulama2 dalam PAS sejak awal penubuhan mereka?



Sejak bila Utusan Malaysia risau dan gundah gulana dengan golongan yang dikatakan sebagai Pro Anwar di dalam PAS? Utusan Malaysia yang sama juga yang telah memfitnah Anwar meliwat.

Adakah Utusan Malaysia takut dengan naiknya "kumpulan Anwar" di dalam PAS, maka ahli-ahli PAS akan lebih menyampah dan lebih tegal memboikot Utusan Malaysia?

Ataupun TV3 takut kalau kumpulan "pro anwar" naik, lagi berkurang rakyat Malaysia akan menonton TV3 yang penuh fitnah dan kekejian itu.

Bagi saya, media yang keji dan hina macam TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dsbnya WAJIB membenci kita. Kenapa saya cakap begitu?

Kerana tidak mungkin Syaitan akan menyokong kita sekiranya kita melakukan perkara yang diredhai Allah SWT.

Tidak mungkin berlaku satu perkara itu disukai oleh syaitan dan diredhai Allah SWT. Segalanya mesti berlawanan. Apa yang Allah SWT suka dan redha, syaitan akan benci danb begitulah sebaliknya.

Dalam hal ini, jelas media syaitan seperti TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dsbnya amat menyukai "kepimpinan Ulama" dan membenci golongan muda yang hendak naik dalam PAS yang mereka namakan "kumpulan pro Anwar".

Apa yang saya tahu seluruh PAS menyokong Anwar kerana kita dalam satu Pakatan dan sudah ada kesepekatan dalam hal ini.

Jadi mana ada geng Pro Anwar dlm PAS.

Hakikatnya, golongan muda dalam PAS ini DITAKUTI UMNO. Mereka telah memberikan nafas baru kepada PAS sehingga PAS berjaya dalam PRU 2008 lepas. Idea seperti Negara Berkebajikan, PAS for All, "Engagement of Hindraff" dsbnya semuanya menguntungkan PAS dan menrugikan UMNO.

Sekiranya PAS dapat membariskan kepimpinan yang popular dan mampu diterima oleh semua rakyat MAlaysia terutamanya golongan atas pagar Melayu, UMNO bolehlah memulakan proses pengkafanan mereka.

UMNO akan mati, akan ruyup, tutup kedai, bungkus, habis, lunyai, hancur, irrelevant dan banyak lagi.

Jadi sudah tentulah UMNO mahu PAS dipimpin oleh mereka yang tidak dapat diterima oleh rakyat umum kerana UMNO memerlukan talian hayat yang penting ini. UMNO dah nazak dan mereka akan buat apa sahaja untuk terus hidup.

Antaranya menyokong kepimpinan ulama.

Sedangkan, kepimpinan ulama itu termaktub dalam Perlembagaan PAS. Kalau pun Presiden dan Timbalan Presiden bukan dari golongan "ulama" pun, kepimpinan ulama akan terus wujud.

Dan, tiada siapa dalam PAS akan menolak sekiranya ulamak yang benar2 ulamak mahu memimpin PAS.

Yang dipersoalkan adalah "ulama" yang telah menipu seluruh AJK dan ahli2 PAS kononnya beliau tidak pernah berjumpa UMNO, tetapi hakikatnya beliau pernah berjumpa dengan Pak LAh 3 kali dalam gelap.

Orang menipu boleh jadi ulama ke?

Yang penting ahli PAS akan naikkan kepimpinan yang dibenci Utusan dan TV3





38 comments:

passsss said...

"Yang dipersoalkan adalah "ulama" yang telah menipu seluruh AJK dan ahli2 PAS kononnya beliau tidak pernah berjumpa UMNO, tetapi hakikatnya beliau pernah berjumpa dengan Pak LAh 3 kali dalam gelap.
Orang menipu boleh jadi ulama ke?"
--------------

Fitnah kubra yang bakal dilaknati Allah.

Sudah berapa kali diterangkan dan dijelaskan bahawa beliau pergi dengan mandat Majlis Syura dan AJK Pusat yang bersidang sehari selepas PRU12 di KB...tetapi puak-puak ini sengaja buat2 tak dengar dan mengulang-ulang cerita yg sama untuk membentuk suatu persepsi (yg salah) dlm minda ahli2 PAS.

Tulang Besi said...

Fitnah kubra yang bakal dilaknati Allah.

Sudah berapa kali diterangkan dan dijelaskan bahawa beliau pergi dengan mandat Majlis Syura dan AJK Pusat yang bersidang sehari selepas PRU12 di KB..
.

Ohh keputusan Syura yang tak pernah ada bukti tu ye?

Keputusan Syura yang pengerusi Syura sendiri tak tahu

Keputusan Syura yang tiada minit mesyuarat untuk membuktikannya.

Hahahahaha

Nampaknya orang lain yang buat fitnah kubra ni.

Anonymous said...

TB....Kerana tidak mungkin Syaitan akan menyokong kita sekiranya kita melakukan perkara yang diredhai Allah SWT....

Syaitan mana ni? DAP ke? sebab dulu memang TGNA ada menyebut boleh berkerjasama dengan Syaitan ie DAP.

Kalau kamu kata UMNO tu Syaitan, bermakna kamu mengangap UMNO tu kufar?

Kalau macam ni, Keluarkan FATWA !!!!!!

Konon kamu ni lebih Islam dari orang UMNO, menulis tu biarlah kelihatan keimanan, kesabaran + wisdom

Ingat, Orang UMNO pun Islam, umat nabi Muhammad SAW, mengucap shahadah dsbg.

Siapa kamu nak menghukum orang lain sebagai syaitan.

Itu Hak Allah!!!

UMNO Memang Syaitan said...

Syaitan mana ni? DAP ke? sebab dulu memang TGNA ada menyebut boleh berkerjasama dengan Syaitan ie DAP.

Kalau kamu kata UMNO tu Syaitan, bermakna kamu mengangap UMNO tu kufar?
.

Aikk marah nampak. Orang guna Syaitan tu sebagai perumpamaan je.

Takkan terasa kot?

Dan memang UMNO ni syaitan kabir.

UMNO ni lahir dari godaan syaitan terhadap manusia.

Itulah dia UMNO.

Anonymous said...

BLOGGER NI ANTI-ULAMAK
BLOGGER NI PRO ANWAR

BLOGGER NI SUKA DAP
TAK SUKA PAS
MAKSUD BLOGGER ULAMA DALAM SEMAK.

Apa sudah jadi...
Selalu kondem orang sangat....
La ni sesama sendiri kondem diri sendiri..

kihh.. kihhh
Salah satu kapal akan karam atau semua karam....
(Lain kali cari kebaikan orang, mudah-mudahan oleh menutup kejahatan diri sendiri)

Anonymous said...

TB dah cuak la tu.. Geng ANWAR dalam PAS kena hentam kiri kanan...

pastu sesedap mulut dia kata puak Erdogan ni dilabelkan oleh UMNO sedangkan orang PAS sendiri yg lebalkan sejak diaorg perang sesama sendiri...

anyway puak2 yang menyebabkan kalut dan berbalah sesama PAS ni hasil fitnah, makian dari puak2 ANWAR dalam PAS yang hentam member diaorg dlm PAS sendiri.. memalukan sesama sendiri dlm blog (terutama Tb yg anggap diri tu bagus sgt... maklum lah org nya terlebih riak dan lebih maksum)

Abuzar said...

TB, .... amat ganjil bin ajaib bila media dan juak2 UMNO terlalu mempertahankan "kepimpinan ulamak" PAS .... yang dok baca berita pun tak tutup aurat.

Lihatlah, Ulamak2 dalam UMNO pun macam melukut dan tikus bila berdepan dengan "katua2 fasik mereka" ....perhatilah Ustz Nakhei yang hebat tu.. Ustz Ghazali Terengganu, dll ..

Kalau benar UMNO beriya2 kepinginkan kepimpinan ulamak, Najib perlu serahkan PM kepada Ustaz Nakhie, Mohyiddin pun sama .. gabtikan dengan Othman Muhammady, ..Menteri TV tu serahkan kepada Mufti Harussani ke ..dll.

Berhati2lah sahabat, bila TV, surat khabar UMNO dan media yang berpuluh tahun hentam PAS, tiba2 begitu lunak dengan individu tertentu PAS.... mesti "Ada udang disebalik batu" ........

Mereka akan ketawa besar bila jerat mereka mengena kepada ahli2 PAS ......."pecah belah PR" dan "menjarak dan memisahkan PAS dari rakyat/pengundi .."

Slogan - "PAS for all". .. program "Kelab Penyokong PAS Bukan Islam" ....."Ulamak profesional dan Profesional ulamak" .. "Ulamak sebagai murabbi dan muraji'un kepada Umara' muttaqin.." mungkin menjadi retorik saja.

Masa tu PAS mampu gigit jati ...rakyat menyampah ... cari penyokong semula, cuba pulih semula, baru nak terbuka semula, tapi sudah terlewat .....bukan UMNO yang terkubur tapi sebaliknya!!!!???

Parpu Kari said...

AKU NAK CABAR KORANG WAHAI BLOGGERS FUCKATAN RIOT! APA KORANG BERANI NAK SAHUT CABARAN AKU?

KALAU BERANI DAN KAMU MEMANG ANAK JANTAN, THEN BACA NI DAN SAHUTLAH CABARAN PARPUKARI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/05/siapa-bomohkan-siapa.html

Anonymous said...

Aku tengok TB ni memang tak tahu menilai. Orang tengok kepimpinan ulama dari sudut syariat dan perspektive. tujuan media kerajaan siar supaya PAS bergaduh. Antara yang boleh menggaduhkan PAS ialah blogger bengong macam TB, Penarik Beca, Perak Express, Khalid Samad and the geng.

Anonymous said...

Apa passsss ni, tak tahu politik islam lansung. Mana khid'ah, mana tipu.
Nabi pesan sahabat pegi ke utara, padahal nak serang Mekah. Tak ada pun sahabat kata nabi tipu.
Ni pun satu hal. dahlah tak terlibat dalam jemaah, bila terlibat dalam jemaah dulu, asyik nak paksa orang ikut cakap dia pulak.
Takkan presiden dan pimpinan nak siar dalam blog benda2 perbincangan rahsia.
Pikir betul la sikit.

Anonymous said...

Woit, tulang besi, engkau tu sapa. takkan minit mesyuarat majlis syura nak bentang kat blog. pikir logik la sikit. jangan main tuduh majlis syura tak ada minit dll.

Engkau ni memang jenis tutup telinga dan tutup hati la...

Majlis syura buat ketetapan boleh bincang dengan sapa2 saja.

Tapi Anbakri munafik tu yang cakap kat TGNA bahawa pimpinan sekarang nak bergabung dengan UMNO. Masa tu Anwar bakri masih dipercayai TGNA. Tapi tak sangka jadi jahat lagu tu.

Sama jahat je dengan hang ni, yang duk tutup telinga, tutup hati, bengap payah paha.

Anonymous said...

Aku rasa, TB tuduh majlis syura tak ada minit ada asasnya. Asasnya ialah dia dengan berita daripada geng-geng ardogan yang duk tipu sana tipu tipu sini.

Sekang confirm TB kena tipu di geng-geng pengkhianat parti.

So, korang jangan tertipu dengan orang yang kena tipu oleh penipu.
Aku sokong kepimpinan ulama. Aku sokong majlis syura. Teruskan perjuangan.

Anonymous said...

Bukankah elok kepimpinan ulama ? Sudahlah dlm umno ulama diketepikan. Takkan pas pun sama. Yang pelik kenapa banyak ulama dlm pas yang menyokong kerajaan perpaduan ?
Zzz

Anonymous said...

Yang kuat sangat menyuarakan bahawa "pertemuan-pertemuan "mereka" tu diluluskan olih Majlis Syura Ulamak" eloklah buka dan teliti Buku Kecil Perlembagaan PAS dan lihat sendiri "Fungsi dan tanggung-jawab" Majlis Syura Ulamak.Kemudian lihat semula ucapan Presiden diMuktamar Ipoh yang turut menerangkan "Fungsi dan tanggung-jawab" MSU. Kalau Utusan Meloya,Berita Hairan dan TV 3Suku menyokong kepimpinan ulamak itu tandanya "orang mereka" tercabar,ada udang galah disebalik batu.

Benci bohong said...

"Sudah berapa kali diterangkan dan dijelaskan bahawa beliau pergi dengan mandat Majlis Syura dan AJK Pusat"

Syura? Baca di bawah ni:

Pertemuan pertama majlis syura tak tahu...Pertemuan pertama pemimpin PAS dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Jalan Bellamy di ibunegara, tidak sempat dimaklumkan kepada majlis syura ulama, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Katanya, ini kerana ada mesyuarat di Jalan Raja Laut pada sekitar tengahari dan pertemuan itu pula diadakan pada jam 5 petang.

"Jadi tidak sempatlah (memberitahu majlis syura ulama). Hanya pertemuan yang kedua dan ketiga baru diberitahu kepada mereka," katanya ketika ditemui selepas muktamar ke 54 PAS di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.

Selain Nasharuddin, dua lagi wakil PAS dalam pertemuan tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS pusat, Abdul Khalid Samad.

Beliau mengesahkan perdana menteri membuat tawaran untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dan Selangor.

'Hari pertama (kami berjumpa dengan perdana menteri), sudahpun ada tawaran tersebut, bagaimanapun kami menolaknya," katanya.

"Beliau juga menawarkan jawatan menteri besar di Perak, kita tolak," tambahnya.

Menurut Nasharuddin, pada hari menteri besar Selangor dilantik, beliau telah dipanggil ke istana untuk mengesahkan perlantikan tersebut.

"Pada hakikatnya, kita membawa surat daripada presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang kita sudah bersetuju untuk melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar," katanya lagi.

Nasharuddin berkata, dalam pertemuan ketiga beliau dengan perdana menteri di bangunan Parlimen, tiada perbincangan yang dibuat.

"Saya cuma dipanggil oleh pegawai beliau semasa saya sedang berehat di lobi Parlimen. Saya pun pergilah," katanya.

Anonymous said...

TB, kamu jangan layan sangat budak2 trooper UMNO tu..mereka tak berapa sihat.

Jiwa pun kosong.

benci pemfitnah said...

kpd "benci bohong",
berapa kali nak kena cerita?? org yg berkenaan dah berapa kali dok ulang explain tapi kalau dah jenis bangang tu bangangla juga.
pertemuan pertama memangla Majlis Syura tak tahu sebab belum bersidang.
TAPI beliau sudah ditugaskan dan diberi mandat oleh AJK PAS Pusat pada mesy pertama sehari selepas PRU12 diKB.
Nak tengok minit pegi minta dgn Dato KJ.
Tak payah nak sebar fitnah kat sini.

Anonymous said...

Pakatan Rakyat lebih Islamik daripada Barisan Nasional

1. Nilai-nilai kebebasan dan ketelusan yang dibuat oleh pakatan rakyat memang semangat Islam
2. Nilai keadilan yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat memang semangat Islam
3. Anwar Ibrahim pernah menyatakan di Kuala Terengganu untuk buat hudud selepas memerintah
4. Husam Musa konsisten menyatakan untuk buat hudud selepas memerintah
5. Kulasegaran dari DAP menyatakan DAP tidak ada masalah dengan hudud.


Apa masalah lagi dengan Pakatan Rakyat sampai nak pergi kat UMNO. UMNO dah nak karam. Jangan bagi nyawa kat UMNO. Pakatan rakyat maybe not totally islamic but more islamic than UMNO.

Anonymous said...

Majlis Syura tentukan perkara dasar la, bukannya tentukan perkara strategi.Perkara strategi dan pengurusan parti mesti melalui JK PAS Pusat. Macamana JK Pas Pusat tidak tahu pertemuan dalam gelap tu. Jangan nak bersilat lagi la. Memang ada agenda untuk bawak masuk PAS dan BN. Orang berak tepi jalan, takkan nak mengaku.

Orang menipu ni, orang yang tidak jujur aje. Orang menipu ni orang yang ada agenda sulit.

Syed said...

Anonymous Said

"Woit, tulang besi, engkau tu sapa. takkan minit mesyuarat majlis syura nak bentang kat blog. pikir logik la sikit. jangan main tuduh majlis syura tak ada minit dll."

TB tidak tuduh Majlis Syura tidak ada minit, tetapi TB tahu bahawa keputusan untuk berbincang dengan UMNO tidak ada dalam mesyuarat Majlis Syura. Kalau ada keputusan tersebut, mesti ada minitnya. Cuma geng muzakarah yang suka membohong dan menipu aje menyandarkan pembohongan mereka dengan majlis syura. Buktikan ada keputusan tersebut dengan menunjukkan minit. Sebenarnya memang tidak ada pun.

Dalam sanad Hadith, rawi yang suka menyandarkan ucapan palsu mereka mereka kepada orang yang tsiqah disebut dajjal. Puak pembohong ni boleh jugak la disebut dajjal.

Syed said...

Pass Said

"Sudah berapa kali diterangkan dan dijelaskan bahawa beliau pergi dengan mandat Majlis Syura dan AJK Pusat yang bersidang sehari selepas PRU12 di KB."

AJK PAs Pusat tidak tahu la. Takkan Mahfuz Omar nafikan kalau dia tahu. Mahfiz Omar bukan sahaja AJK PAs Pusat tapi ahli Dewan Harian lagi. Jangan suka membohong. Cuma ulang skrip geng muzakarah aje.

Anonymous said...

Ada pulak yang tuduh ANwar Bakri Munafik. Tuduh orang munafik sama macam mengkafirkan dia. Kalau Anwar Bakri tak kafir, maka kafir tu akan berbalik kepada orang yang menuduh.

People said...

Sekarang ramai kawan-kawan melayu saya tidak lagi menonton/membaca berita politik di Buletin Utama TV3,Utusan Melayau, Berita Hairan dan media arus perdana!
Bagi dia orang, ini semua memyampah!
Dia orang akan mendapat berita politik dari Internet seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Harakah, Suara Keadilan & Rocket Press.

sokong Benci bohong said...

"Sudah berapa kali diterangkan dan dijelaskan bahawa beliau pergi dengan mandat Majlis Syura dan AJK Pusat yang bersidang sehari selepas PRU12 di KB".

Dlm mesyuarat di KB itu lah diriwayatkan bahawa Nasharudin ada bercerita dia selalu berhubong menerusi talipon dgn Najib yang kini Pi Em.

Maknanya hubongan dah lama dimesrakan. Lama sebelum berlansungnya akan pilihanraya ke12. Mandat dari mesyuarat yang mana kah hubongan itu? Majlis Syura? AJK Pusat?

Lepas pilihanraya tau2 nak gi juga2 jumpa Tun Lah. Lalu pergilah Nasharudin, Dato' Mustaffa Ali dan Khalid Samad.

Tak kan tau2 nak pergi gitu-gitu je? Ada kah dengan tanpa ada arangement yang mesra dan intim sebelum itu?

Dengan mandat mesyuarat yang mana segala mesra yg intim dengan Tun Lah? Sehingga akhirnya nak pergi jugak2 jumpa Tun Lah!

Marah sungoh bunyi cakapnya bila orang tak nak bagi pergi menemui Tun Lah.

Siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong padahal dah lama jumpa curi-curi!!

Lalu, muktamar di Ipoh tahun 2008 yg lepas menjadilah ia suatu FESTIVAL BOHONG!

Hatu burhanakum in kuntum sodiqin!!!

Anonymous said...

kalau Husam ada hubungan intim dgn Ku Li tak pa.
kalau Husam ada buat banyak kali pertemuan dgn Ku Li tak pa.
kalau Husam tipu presiden berkenaan Ku Li pun tak pa

kalau mahfuz Omar ada hubungan intim dgn Tun Mahathir pun takpa.
kalau Mahfuz omar jilat punkok mahathir lagi tak pa.

Anonymous said...

Husam pernah beberapa kali cuba nak buat arrangment jumpa Najib through Istana Kelantan.
Siapa pula yg beri dia mandat?????

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

kalau Husam ada hubungan intim dgn Ku Li tak pa.
kalau Husam ada buat banyak kali pertemuan dgn Ku Li tak pa.
kalau Husam tipu presiden berkenaan Ku Li pun tak pa

kalau mahfuz Omar ada hubungan intim dgn Tun Mahathir pun takpa.
kalau Mahfuz omar jilat punkok mahathir lagi tak pa.
.

Mana korang dapat maklumat mengarut ni?

Kedekah Kedekah aku gelak. Punya lah desperate korang ni

Tulang Besi said...

TAPI beliau sudah ditugaskan dan diberi mandat oleh AJK PAS Pusat pada mesy pertama sehari selepas PRU12 diKB.
Nak tengok minit pegi minta dgn Dato KJ.
Tak payah nak sebar fitnah kat sini.
.

Mana ada AJK PAS Pusat bermesyuarat lepas PRU2008.

Kau ni mamun ke?

Anonymous said...

kau tu yang mamun kena tinggal bini

Tulang Besi said...

Bini aku ada kat rumah tadi masa aku keluar pergi kerja.

Kau ni mamun lagi ke?

Anonymous said...

hahahahah...tu la kau...rumahtangga porak peranda...bini sendiri pun tak tahan dgn perangai kau...jgn nnti bini yg sekarang pun akan tinggalkan kau kalau kau tak berubah...kahkahkahkah

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

hahahahah...tu la kau...rumahtangga porak peranda...bini sendiri pun tak tahan dgn perangai kau...jgn nnti bini yg sekarang pun akan tinggalkan kau kalau kau tak berubah...kahkahkahkah
.

Kahkahkahkah, punya la desperate korang ni.

orang punya personal life pun kao nak bukak.

Macam la kao ni bagus sangat

Hahahahaha

Anak Perelih said...

Utusan/TV3 menulis kononnya 'menyokong Ulama" b ukan kerana mereka menyokong ulama dalam PAs.. tapi nak memecahbelahkan PAS... dan Utusan/TV3 dibantu oleh peluru peluru yang di berikan oleh bloggers yang berfikrah UMNO seperti Tulang Besi... Menyerang pemimpin dalam parti menerusi blog ni adalah fikrah puak puak UMNO... orang PAS tak akan berbuat begini kerana saluran menyuarakan pendapat didalam PAS tidak tertutup seperti didalam UMNO...

BTW.. yang Khalid Samat pi jugak dalam perjumpaan tu buat apa kalau dah tahu nak jumpak dengan UMNO... ini maknanya, dasar PAS adalah terbuka untuk mendengar apa orang lain nak kata... keputusan lain kira.. sebab tu tawaran UMNO untuk membentuk kerajaan campuran ditolah dalam pertemuan itu... At least it was rejected in UMNO's face...

Tulang Besi said...

Blogger Anak Perelih said...

Utusan/TV3 menulis kononnya 'menyokong Ulama" b ukan kerana mereka menyokong ulama dalam PAs.. tapi nak memecahbelahkan PAS... dan Utusan/TV3 dibantu oleh peluru peluru yang di berikan oleh bloggers yang berfikrah UMNO seperti Tulang Besi... Menyerang pemimpin dalam parti menerusi blog ni adalah fikrah puak puak UMNO..
.

Dengan kata lain, sekiranya kita menyokong saranan Utusan Malaysia dan menaikkan kepimpinan yang Utusan Malaysia kehendaki, maka PAS akan bersatu?

Itukah logiknya?

Setahu saya blog UMNO keseluruhannya membodek pemimpin2 mereka.

Bukannya mereka menegur kepimpinan mereka untuk membetulkan salah guna kuasa dan rasuah.

Ertinya, bagi Anak Perelih, kalau pimpinan PAS buat salah, kita mesti senyap dan jangan bersuara.

Kalau nak bersuara pun kena ikut "saluran".

Khalid Samad ikut saluran parti sampai kena pecat.

Anak Perelih ni belum matang dan masih mentah.

Zainun said...

Pastinya ada durjana di sebalik ini semua.

TV3 dan Utusan pastinya (kepada rakan-rakan yang menyedarinya) tidak akan sama sekali menyokong gagasan Pakatan Rakyat. Nah, apatah lagi menyokong kepimpinan ulama'? (Rasanya, lebih ramai lagi artis-artis daripada para ulama' yang sering muncul di agenda mereka selama ini)

Saya yakin dan percaya. Rakyat secara umumnya, lebih bijak menilai sesuatu yang diperbentang.

TV3 dan Utusan lebih tampakkan kurang kredibilitinya...

Wallahu'alam.

Tulang Besi said...

BTW.. yang Khalid Samat pi jugak dalam perjumpaan tu buat apa kalau dah tahu nak jumpak dengan UMNO... ini maknanya, dasar PAS adalah terbuka untuk mendengar apa orang lain nak kata....

Khalid Samad pergi sebab dia diberitahu dah ada keputusan dari AJK PAS Pusat yang mengizinkan perjumpaan tersebut.

Rupa2nya takda. DAn dia pun dah tulis artikel menjelaskan keadaan sebenar.

Dan pada masa tu, keputusan untuk menubuhkan kerajaan Selangor telah pun dibuat.

Jadi pergi mendengar apa salahnya.

Tapi dah tubuh kerajaan Selangor pun masih jumpa Pak Lah jugak.

Kemudian jual nama Syura pulak tu.

Dan terus nafi bila ditanya.

Semua orang tertipu dan semua orang merasa tertipu berkenaan perjumpaan2 ini.

Kenapa menipu.

Kenapa tak bagitau AJK PAS Pusat kalau benda tu bukan ke arah kerjasama?

Kenapa rahsiakan kalau takda benda yang salah diperbincangkan?

KEnapa lantik Mustafa Ali sedangkan dia bukan ahli Majlis Syura?

Kenapa kenapa kenapa.

Gunalah akal sikit Anak PErelih woooi.

Janganlah mudah sangat kena tipu.

Anonymous said...

memang sah Tulang Besi ni sasau dan gila meroyan..makin dilayan makin menjadi gila...makin bertambah-tambah teori gila dia...seronok nampaknya menempah tempat di neraka...berapa lot dapat???

Sheeer said...

Anonymous Said

"memang sah Tulang Besi ni sasau dan gila meroyan..makin dilayan makin menjadi gila...makin bertambah-tambah teori gila dia...seronok nampaknya menempah tempat di neraka...berapa lot dapat???"

Setahu aku TUlang Besi lah orang yang paling jujur sekali. Tak ada orang yang berani untuk menegur pimpinan sebagiamana tulang besi. Harapkan Nik Abduh, memfitnah orang aje kerjanya. Tulang besi, jangan lemah semangat dengan komen sampah dalam blog ini. Teruskan perjuangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.