Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, May 2, 2009

Apabila Utusan Malaysia Menyokong Kepimpinan Ulama



Akhbar Utusan Malaysia yang terbaru (seperti dalam gambar)memberi liputan muka depan kenyataan Ketua DEwan Ulama PAS berkenaan pentingnya ulama memegang jawatan Presiden dan Timblan Presiden.

Saya ingat-ingat lupa, bukankah akhbar yang sama pernah memanggil Ustaz Ibrahim Libya sebagai sesat dan pengkhianat? Bukankah Ibrahim Libya itu seorang ulama yang telah dibunuh dengan tragis?



Apa ertinya ini semua? Mengapa tiba-tiba Utusan Malaysia, lidah UMNO, begitu galak menyokong kepimpinan ulama dalam PAS?

Kita semua tahu jawatan Presiden tidak akan dicabar. Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi akan mengekalkan jawatan beliau secara tanpa bertanding.

Jawatan yang bakal dicabar adalah Timbalan Presiden. Bukankah Timbalan Presiden sekarang tidak pernah diiktiraf sebagai ulama?

Dalam tahun 2005 dan 2007, DEwan Ulama PAS Pusat dengan terbuka memberi sokongan kepada calon yang melawan beliau, Ustaz Hasan Shukri dan Ustaz Harun Taib. Sekiranya beliau tidak diiktiraf oleh Dewan Ulama, bagaimanakah beliau boleh dikatakan sebagai ulama?

Saya begitu hairan dengan perkembangan ini. Apa yang saya tahu, syaitan itu tidak akan suka dengan apa sahaja amalan baik kita.

Apabila amalan baik kita itu disukai syaitan, ertinya amalan tersebut bukan lagi amalan baik.

Nah, tiba-tiba Utusan Malaysia tiba-tiba menyukai kepimpinan ulama. Walaupun pada zahirnya kepimpinan ulama adalah satu amalan yang baik, namun mana mungkin ia disukai syaitan?

Kalau solat kita disukai Syaitan bererti solat kita itu bermasaalah dan bukan lagi amalan baik.

Ingat, Utusan Malaysia yang sama telah menyokong pembunuhan kejam seorang ulama tersohor Kedah bernama Ustaz Ibrahim Mahmud/Libya yang mana kubur beliau telah dilawat Sultan Kedah lebih dari sekali.

Akhbar ini juga sekarang menyokong kepimpinan Ulama dalam PAS.

Tulang Besi


31 comments:

Sultan Ahmad said...

hallamakk nak pura-pura la pulak..
Anwar Ibrahim dulu pun pernah bantai hentam PAS macam nak gila. Sekarang ni puak-puak Erdogan dalam PAS semua jilat Anwar. Dua kali lima brader. Zaman berubahhh.

http://www.youtube.com/watch?v=Vd8WHxKiDpo

Tulang Besi said...

hallamakk nak pura-pura la pulak..
Anwar Ibrahim dulu pun pernah bantai hentam PAS macam nak gila. Sekarang ni puak-puak Erdogan dalam PAS semua jilat Anwar. Dua kali lima brader. Zaman berubahhh.
.

Erdogan kan lawan Presiden Yahudi berdepan-depan.

Lagi pula, Anwar kan dah bertaubat dan menentang UMNO skrg ni?

UMNO je yang suspen sebab bila Anwar kerja dengan PAS, UMNO ruyup.

Hahahahahahaha

nasir said...

Nampaknya ada orang termakan hasutan Utusan Meloya ..

Kata dah tak percaya Utusan tapi boleh jadikan isu pulak . Baguslah memang macam nie tugas batu api ..tak henti2 menulis hanya untuk memecahbelahkan orang . Perwakilan2 nanti masing2 ada pendirian dan akal ..mereka dapat membuat keputusan yang terbaik dengan permohonan dan tahajjud terhadap Allah . Bkn dengan menerima hasutan dan dombaan sebegini. Nampaknya sekarang ada pihak2 yang enta sahaja yang galak melobi itu ini .... Sahlah budaya UMNO dibawa anwar ke dalam PAS . UMNO takkan dapat memecahkan PAS tetapi ada serpihan yang macam UMNO itu sebenarnya merbahaya ...

teruskan lagi adu domba dan batu api moga ALlah akan mengurniakan ganjaran yang selayaknya untuk enta pejuang Islam .

Tulang Besi said...

Kata dah tak percaya Utusan tapi boleh jadikan isu pulak . Baguslah memang macam nie tugas batu api ..tak henti2 menulis hanya untuk memecahbelahkan orang ..

Aikk takut ke, abang nasir?

Tetiba je Utusan Malaysia dah sokong kepimpinan Ulama?

Takut ke?

Anonymous said...

Betul kata Karpal Singh,

"Anwar Ibrahim has caused enough trouble to the country"

Anonymous said...

anon diatas, spammer.

tentang spammer

Anonymous said...

hoi tulang besi ka man panjang ka man talib ka..hang ni memang bodo mereput dan sah spesis abdullah ubai.

orang sokong kepimpinan ulama pun tak kena. yang bagus bila menentang kepimpinan ulama macam hang la kot.

sudahla tu... lebih baik hang pi jaga anak bini hang yang sekarang ni baik2. Nanti bini hang lari mcm dulu baru padan muka.

rumahtangga lintangpukang. lepas tu seronok nak tengok parti PAS pun lintang pukang mcm rumahtangga dia.

betobatla sebelum hang mati.

Tulang Besi said...

hoi tulang besi ka man panjang ka man talib ka..hang ni memang bodo mereput dan sah spesis abdullah ubai..

Spesis Abdullah Ubai mereka yang jumpa UMNO dalam gelap.

orang sokong kepimpinan ulama pun tak kena. yang bagus bila menentang kepimpinan ulama macam hang la kot..

Kau tak sokong kepimpinan ulama. Kao sokong kepimpinan ustaz.

ustaz tak semestinya ulama.

Sanggup ke kao bawak PAS masuk BN semata-mata kau nak sokong kepimpinan Ulama?

sudahla tu... lebih baik hang pi jaga anak bini hang yang sekarang ni baik2. Nanti bini hang lari mcm dulu baru padan muka.

rumahtangga lintangpukang. lepas tu seronok nak tengok parti PAS pun lintang pukang mcm rumahtangga dia.

betobatla sebelum hang mati
.

Kahkahkah punyalah takda modal, cerita pribadi aku kao nak main.

Poodah, sikit pun aku tak takut.

Hamba said...

Kalau macamtu, Utusan Meroyan menobatkan Najib tu taraf ulama' ke? kalau kepimpinan PAS mesti Ulama, kenapa tak berkempen agar kepimpinan UMNO juga mesti ulama'. Ataupun Utusan mngatakan bahawa PAS memang Parti Islam sebenar dan UMNO bukan? Kalau tidak begitu, maknanya Utusan mengandaikan bahawa semua pemimpin2nya adalah ulama'. Mahadey adalah Ulama', AAB pun ulama dan ( kah, kah, kah) Najib pun ulama', ulamak besor! Nak menghasut tapi kena balik kat muka sendiri Utusan Meroyan ooiii! UMNO bukan parti Islam!!!! PAS memang Parti Islam!!!! ( Utusan sendiri mengakui!). Najib mesti mengamuk kat Utusan meroyan ni!!!!! Islam lebih tinggi dari Melayu...jadi kenapa perlu ada UMNO lagi????

Anonymous said...

Ajenda utama utusan utk pecahkan Pakatan dan rakyat dengan bangkitkan perkara2
budak2 seperti perkauman,kelirukan melayu dengan tiba2 sokongan kpd PAS, wabak sebar kerana sesuatu kaum ,isu derhaka dlll...pengarangnya ingat kita semua budak bodoh yg tak tahu beza apa yg betul dan akan telan apa sja dituliskan.Untuk pengetahuan si pengarang yg kurang cerdik ni, ramai antara kita bersekolahan universiti dan mampu berfikir jelas...jadi tolong jangan insult our intelligence sebab kita tahu apa yg kamu nak buat

Anonymous said...

oooo....ada masalah rumahtangga...patutla macam gila meroyan

Abd Razak said...

s cam abdullah ubai ni mmg xbleh pakai..dh jelas perangai org umno..sampai nk serang peribadi org..dh le x berani letak nama..kalau berani letak nama le brader..xyah berselindung di sebalik anonymous..hanya manusia pengecut cam saudara je yg berkelakuan begitu...

Nasir said...

HARI NIE UTUSAN DAH SIARKAN TAK SEMESTINYA ULAMAK MEMIMPIN .. '

JADI APA PULA HUJAH ENTA TB ....

UTUSAN PUN HARI NIE NAMPAK MACAM TAK SOKONG KEPIMPINAN ULAMAK ...

Abuzar said...

Kalau melihat kepada Model Kerajaan Hamas di Pelastin, Pemimpin Spiritual, Syura selalunya Ulamak tapi ketua biro politik Khalid Mishal bukanlah ulamak begitu juga PMnya Ismail. Sama juga dengan Iran, semua pemimpin spiritual, Syura Tertingginya adalah dari kalangan ayatullah & mullah. Manakala Presidennya adakalanya ulamak adakalanya tidak ulamak. Yag penting berkemampuan dan berkesan seperti Ahmadenejad.

Kalu pilih ulamak yang tak berkemampuan dan tak berkesan, apakah negara Islam berjaya?

Yang penting pilih pemimpin bertaqwa dan berkemampuan. Walaupun tidak ulamak fiqah. Mentadbir negara perlu kelayakan dan kemahiran, perlu kemampuan dan kelincahan, perlu seni politik yang tinggi ( seperti TGNA), dll. Pemimpin bukan hanya cakap berdegar2 tapi tindakan yang lemah dan amalan sebaliknya.

Kalau tidak, pempimpin Islam yang lemah akan dipermainkan oleh musuh, disumpah oleh rakyat, dimurka oleh Allah.

Kita berjuang untuk memertabatkan Islam bukan untuk memertabatkan seseorang individu tertentu.

Pilihlah pemimpin dari kalangan para mukmin yang bertaqwa dan berkesan untuk misi Islam. Tidak terlalu dogmatik dan taksub dengan satu satu kaedah sedang pilihan kaedah feqah amat luas tidak sempit.

Contoh sejarah amat jelas, pernah ada kejayaan Islam ditangan2 bukan tokoh2 ulamak hebat, seperti Khalid Ibnu Walid, Tariq ibnu Ziyad, Musa ibnu Nusair, Muhammad AlFatih, Salahuddin AlAyubi, Muhammad alGhazni, dll.

iswarahijau said...

erdogan lawan yahudi depan2?
hehehe itu lakonan je bro..politik...utk dptkan sokongan pengundi..
cuba hang selidik betul2... siapa rakan import eksport Turki yg utama? bukan ke Israel dan US? Siapa yg menjual senjata pada Turki? hehhe study dulu bro...zaman sekarang ni ramai yg jadi sesumpah

anaklangkawi said...

Saudara..
Pada hemat saya.. org melayu sedar jika UMNO tidak kuat maka benteng terakhir org melayu/ islam dlm PR adalah PAS.
Maka jika PAS dikuasai oleh proksi DSAI.. maka hancurlah harapan org Islam & Melayu..

mungkin atas dasar inilah Utusan yg merupakan akhbar tertua dimalaysia bertindak sedemikian..

p/s: Maklumlah.. HARAKAH skrg tak keluaq punya cerita2 macam ni.. (Harakah pun dikuasai oleh sapa?)

Anonymous said...

Anonymous said...
oooo....ada masalah rumahtangga...patutla macam gila meroyan

hmmm..jgn dilayan sangat...rosak binasa...org lain sebab dok layan org yang 'rosak' ni

Tulang Besi said...

Anonymous iswarahijau said...

erdogan lawan yahudi depan2?
hehehe itu lakonan je bro..politik...utk dptkan sokongan pengundi..
cuba hang selidik betul2... siapa rakan import eksport Turki yg utama? bukan ke Israel dan US? Siapa yg menjual senjata pada Turki? hehhe study dulu bro...zaman sekarang ni ramai yg jadi sesumpah
.

Dah selidik dah, rakan impot dan expot terbesar Turki adalah negara2 EU.

Tulang Besi said...

Blogger anaklangkawi said...

Saudara..
Pada hemat saya.. org melayu sedar jika UMNO tidak kuat maka benteng terakhir org melayu/ islam dlm PR adalah PAS.
Maka jika PAS dikuasai oleh proksi DSAI.. maka hancurlah harapan org Islam & Melayu..
.

Soalnya kumpulan "proksi Anwar" ini, adakah ianya benar2 wujud atau dongengan UMNO semata-mata?

Tulang Besi said...

Anonymous said...

Anonymous said...
oooo....ada masalah rumahtangga...patutla macam gila meroyan

hmmm..jgn dilayan sangat...rosak binasa...org lain sebab dok layan org yang 'rosak' ni
.

Bang, benda dah 10 tahun lepas punya cerita pun nak naik lagi.

Benda dah tak jadi masaalah lagi lah.

Desperate nye korang ni nak cari salah orang

hahahahahhahahahha

Anonymous said...

Maaf~ MENCELAH PERCAKAPAN**8

UTUSAN MALAYSIA berasal dari UTUSAN MELAYU. Melayunya sudah ditinggalkan di tepi jalan. Sebab jalan itu banyak cabang dan sering berlaku berbagai jenis kemalangan.
Sengaja dan tidak.
Apa yang dirisaukan bahawa puluhan tahun dahulu Utusan pernah dibuat
selidikan kecil tentang sikap dan dasar penulisan "lidah pengarang". Pengambilan bahannya untuk selama lima puluh dua minggu.

Berdasarkan 52 penulisan yang difikirkan berunsurkan semangat Melayu-Islam. Malangnya, mahasiswa tidak mendapat satu pun penulisan yang mencerminkan "semangat" Melayu/Islam yang boleh diketengahkan.

Sayang sekali laporan itu tidak tahu dimana tersimpan oleh mereka.

Di samping itu lihat kembali seman yang dikenakan kepada UTUSAN dari zaman DAP masuk Parlimen Malaysia, konfrontasi dan sampai zaman Mahafuz PAS dapat wang ganti-rugi...
Wartawan berukar, ketua atau editor berganti 'gigi', tetapi malangnya "dasar sekular liberal" masih dikulum dan manisnya sahaja yang dirasakan. Untung Bahasa Melayu mnasih ada orang hendak baca lagi tetapi tunggulah PPSMI akan membuat UTusan dan semua media Melayu tutup pintu...
Manis itu penyakit. Pahit itu obat. PILIHAN PERJUANGAN, bukan ? Kawan Aq~ 03 05 09.

Anonymous said...

TB said,
Kau tak sokong kepimpinan ulama. Kao sokong kepimpinan ustaz.

ustaz tak semestinya ulama.

oo TB marah orang sokong ulamak.
Ust Hadi Awang tu bukan ulamak ker?
Sila jawab.

-kasturi-

Tulang Besi said...

oo TB marah orang sokong ulamak.
Ust Hadi Awang tu bukan ulamak ker?
Sila jawab.

-kasturi-
.

TGNA tu bukan ulama ke?

rahman,ahchong,muniandy said...

Pemimpin PAS sanggup melihat Islam dan Melayu berpecah kerana mereka sangat yakin bahawa PAS boleh menjadi parti alternatif kepada orang-orang Melayu. Pemimpin PAS semakin yakin bahawa kaum Cina dan India mulai menyokong calon PAS. Mengapa mereka perlu bersatu dengan UMNO? Mereka beranggapan UMNO mulai menuju kehancuran atau lubang kubur.
Pandangan yang terlalu awal. Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ada masa naik dan ada masa turun. Ada masa air pasang dan ada masa air surut. Bergantunglah kepada keadaan dan masanya. UMNO mulai membuat beberapa perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Pemimpin-pemimpin MT UMNO yang dipilih melalui Persidangan Agung UMNO kebanyakan pemimpin yang berani bercakap, berpendirian tegas, berwibawa dan bersih. PM, DS Najib telah melantik Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan pemimpin UMNO yang bersih dan berkemampuan memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Beberapa dasar telah mengalami perubahan dan pembaharuan. Majlis perasmian yang bakal dihadiri oleh pemimpin kerajaan diringkaskan kerana lebih masa ditumpukan kepada perkhidmatan kepada rakyat. Sesuai dengan cogan kata di bawah pentadbiran DS Najib iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan". Jika UMNO dan BN mendapat restu rakyat pada masa akan datang bermakna Melayu terus berpecah.
Oleh itu pemimpin PAS mahu pun UMNO tidak perlu mendabik dada mengatakan parti masing-masing kuat. Sebenarnya NGOs dan orang Melayu tidak rela melihat bangsa Melayu semakin menuju kehancuran. Apakah Islam boleh terus berkembang maju jika bangsa Melayu hancur? Perjuangan Islam PAS sebenarnya samalah jua dengan perjuangan UMNO. Cuma pendekatan PAS dan UMNO mungkin sedikit berbeda dan apakah perbedaan itu tidak memungkinkan UMNO dan PAS bersatu kerana Allah. Jika PAS boleh menerima DAP sebagai rakan dalam pakatan, mengapa PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai pakatan dalam perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan Islam?

AyahDi said...

Salam dulu,

Kepada semua bro. yang digelar kump erdogan khususnya aktivis JIM, antum tinggalkan sahajalah PAS. Biarkan mereka mentadbir dan bergerak cara mereka. Antum telah disibukkan dengan begitu banyak masa untuk berpolitik. Tidak sia-sia, tetap ada ganjarannya di sisi ALlah. Tapi cukuplah.

Medan dakwah ini amat luas. Dan politik ini bukan medan kita. Kita tidak arif sepak terajangnya. Kita tidak pandai menepis dan berpencak kerana tarbiah kita tidak mengajar itu.

Adik2 ikhwah masih memerlukan antum semua di dalam melancarkan gerak kerja dakwah. Yakinlah, PAS hanya memerlukan tidak lebih dari undi kita setiap p/raya. Itu telah kita laksanakan sejak sekian lama. Cukuplah.

Hal tarbiah, strategi dan menggerakkan PAS, serahkan kepada mereka yang bergelar ulama sejati. Antum ulama mee celup. Kembali ke gelanggang sendiri.

Sekembali antum dari UK dahulu, antum cuba bersama PAS. Tidak diterima kerana antum memakai topi IRC. Kita membawa diri dan akhirnya kerana mencari wadah untuk masyarakat, JIM ditubuhkan. Ingat tak lagi, bersama mereka kita dipulau. Setelah wujud JIM, kita dicerca juga.

Memang ini cerita lama. Tapi ulama2 ini menayangnya semula. Dulu antum dikatakan ingin mewujudkan "tanzim di dalam tanzim". Kini lagu itu juga yang didendangkan. Bagi mereka, antum tetap memakai topi IRC biarpun topi itu telah lama disimpan.

Antum ingin mewujudkan budaya baru dalam suasana politik PAS. Bukan masanya. PAS akan terima idea antum 20 tahun akan datang.

Hujjah: Kita telah membawa konsep "mengulama'kan intelektual dan mengintelektualkan ulama" lebih 20 tahun yang lalu. Apa sambutannya; kita dicap sebagai Mat Jenin. Tapi apa hasilnya; lahirlah orang2 seperti antum.
Dan kini, pimpinan PAS menerima dan menyebut konsep tersebut. Bila??? Selepas lebih 20 tahun!!!

Anonymous said...

Ada 3 orang yang akan bertanding Timbalan Presiden PAS. Ust Nasharuddin, Husam Musa dan Mohd Sabu.

Kenapa hanya Ust Nasharuddin mendapat layanan istimewa oleh UMNO dan Utusan Malaysia, apabila UMNO dan Utusan Malaysia turut berkempen untuk Ust Nasha?

Kenapa Husam Musa dan Mohd Sabu tidak mendapat layanan yang sama daripada Utusan Malaysia.

Adakah ini menandakan bahawa jalur pemikiran Ust Nasha telah sama dengan jalur pemikiran UMNO?

Mungkin ini bermakna Ust Nasha merupakan agen UMNO di dalam PAS.

Mungkin ini bermakna UMNO menganggap Husam Musa adalah musuh nombor wahid mereka?

Mungkin UMNO menganggap bahawa kehadiran Husam Musa bakal menggugat UMNO secara major.

Mungkin UMNO menganggap bahawa Ust Nasha tidak berkuku di dalam berlawan dengan UMNO.

Atau Ust Nasha membayar Utusan Malaysia untuk menjadi jurukempen beliau?

Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh perwakilan.

Tulang Besi said...

Pemimpin PAS sanggup melihat Islam dan Melayu berpecah kerana mereka sangat yakin bahawa PAS boleh menjadi parti alternatif kepada orang-orang Melayu. Pemimpin PAS semakin yakin bahawa kaum Cina dan India mulai menyokong calon PAS. Mengapa mereka perlu bersatu dengan UMNO? Mereka beranggapan UMNO mulai menuju kehancuran atau lubang kubur.
Pandangan yang terlalu awal. Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ada masa naik dan ada masa turun. Ada masa air pasang dan ada masa air surut. Bergantunglah kepada keadaan dan masanya. UMNO mulai membuat beberapa perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Pemimpin-pemimpin MT UMNO yang dipilih melalui Persidangan Agung UMNO kebanyakan pemimpin yang berani bercakap, berpendirian tegas, berwibawa dan bersih. PM, DS Najib telah melantik Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan pemimpin UMNO yang bersih dan berkemampuan memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Beberapa dasar telah mengalami perubahan dan pembaharuan. Majlis perasmian yang bakal dihadiri oleh pemimpin kerajaan diringkaskan kerana lebih masa ditumpukan kepada perkhidmatan kepada rakyat. Sesuai dengan cogan kata di bawah pentadbiran DS Najib iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan". Jika UMNO dan BN mendapat restu rakyat pada masa akan datang bermakna Melayu terus berpecah.
Oleh itu pemimpin PAS mahu pun UMNO tidak perlu mendabik dada mengatakan parti masing-masing kuat. Sebenarnya NGOs dan orang Melayu tidak rela melihat bangsa Melayu semakin menuju kehancuran. Apakah Islam boleh terus berkembang maju jika bangsa Melayu hancur? Perjuangan Islam PAS sebenarnya samalah jua dengan perjuangan UMNO. Cuma pendekatan PAS dan UMNO mungkin sedikit berbeda dan apakah perbedaan itu tidak memungkinkan UMNO dan PAS bersatu kerana Allah. Jika PAS boleh menerima DAP sebagai rakan dalam pakatan, mengapa PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai pakatan dalam perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan Islam?

May 3, 2009 3:40 PM
Delete
Blogger AyahDi said...

Salam dulu,

Kepada semua bro. yang digelar kump erdogan khususnya aktivis JIM, antum tinggalkan sahajalah PAS. Biarkan mereka mentadbir dan bergerak cara mereka. Antum telah disibukkan dengan begitu banyak masa untuk berpolitik. Tidak sia-sia, tetap ada ganjarannya di sisi ALlah. Tapi cukuplah.
.

Saudara ayah Di,

Ini bukan projek IRC atau JIM. Ini projek mereka yang sayangkan PAS dan mahukan PAS berubah kepada bentuk yang boleh diterima oleh masyarakat Malaysia tanpa mengorbankan prinsip Islami.

MEreka yang menjana perubahan ini adalah minoriti dari kalangan bekas IRC/JIM.

Orang2 seperti saya tidak pernah bersama JIM dan menentang JIM habis2an masa di kampus lepas.

Malahan kalau di kampus skrg ni, saya akan tetap bersaing dengan JIM/IRC.

Jadi, saya mintak ayah di jangan tersilap anggap. Kalau bekas2 JIM/IRC meninggalkan PAS pun skrg ni, kami tetap akan meneruskan agenda perubahan PAS untuk mengambil uslub dakwah yang baru ini.

Wallahualam

One Pip said...

Umno + Pas = Hudud + Musa Hassan + Gani Patail

Kompromi antara Pas dan Umno di dalam kerajaan gabungan -- Pas dapat melaksanakan hukum hudud dan Umno pula dapat mengawal pejabat peguam negara dan polis.

Anwar akan didakwa dan dihukum kerana ghibbah. Ulama Pas kata ia bertepatan dengan hukum syarak kerana bentuk hukumannya ialah potong kaki dan tangan.

Afyan said...

Maknanya Khalid Samad pun menerima perkara yang sama ketika Buletin utama temuramah dia baru2 ini?

kenapa tulang besi tidak mengulas perkara yg sama?

nampak sangat berat sebelah!

Afyan said...

nampak sangat berat sebelah

AyahDi said...

Ini bukan projek IRC atau JIM.[ITU YG SAYA MINTA JIMMERS SEMUA KELUAR BUAT KERJA KAT RUMAH SENDIRI SEBAB SAUDARA & THE GANG DAH ADA].

Ini projek mereka yang sayangkan PAS dan mahukan PAS berubah kepada bentuk yang boleh diterima oleh masyarakat Malaysia tanpa mengorbankan prinsip Islami. [SAYA SAYANG PAS JUGA. SEBAB ITU SETIAP P/RAYA KAMI SENTIASA UNDI PAS DARI DULU LAGI]
MEreka yang menjana perubahan ini adalah minoriti dari kalangan bekas IRC/JIM.[YANG MIN NI YANG SAYA AJAK BALIK RUMAH NI. MEMANG TAK RAMAI PUN TAPI SEMUA ORANG KUAT TU].
Orang2 seperti saya tidak pernah bersama JIM dan menentang JIM habis2an masa di kampus lepas. [ATAS DASAR APA TB TENTANG JIM HABIS2AN. NAK JUGA TAHU. MASA SAYA DULU, DALAM TAMRIN ANJURAN PAS, DIUMUMKAN AGAR JANGAN SOLAT BERIMAMKAN ZAIDI SEBAB KALAU DIA JADI IMAM, SOLAT TAK SAH. DIA TU YAHUDI. SEDIH GAK HATI SAYA TB]
Malahan kalau di kampus skrg ni, saya akan tetap bersaing dengan JIM/IRC. [KALAU MACAM TU, BAGI TAHU JELA KAT MINORITI JIMMERS DALAM PAS SEKARANG NI BAHAWA "DEY, TAMBI YOU KELUAR JE LA DARI PAS. YOU SEMUA TAK DIPERLUKAN. TOLONG LA CAKAP TB. SAYA AJAK DIA ORANG KATA TENGOK DULU. AYOOO, BERAPA LAMA MAHU TENGOK.]
Jadi, saya mintak ayah di jangan tersilap anggap. Kalau bekas2 JIM/IRC meninggalkan PAS pun skrg ni, kami tetap akan meneruskan agenda perubahan PAS untuk mengambil uslub dakwah yang baru ini. [MAAF JIKA SALAH ANGGAP. USLUB DAKWAH NI BUKAN BARU TB, DAH LAMA DAH. TURKI, SUDAN, ALGERIA, MESIR, INDONESIA DAH LAMA. TAPI MEREKA TAK GADUH SAMA SENDIRI. SAMA PAKAI JUBAH/ SERBAN PUN NAK GADUH. NI YANG TENSION NI]
Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.