Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 6, 2009

Asalkan Ulama, Mesti Memimpin, Walaupun Tidak Mampu?

Lama dah saya berfikir berkenaan hal ini. Ilmu memimpin, mentadbir, ilmu politik beserta pengalaman adalah satu perkara yang harus diperlajari dan diusahakan untuk mendapatinya.

Saya juga pernah melihat ustaz/ulama yang pandai memimpin dan mentadbir dan saya pernah melihat Ustaz/Ulama yang tidak pandai memimpin dan mentadbir. Saya pernah melihat mereka yang bukan ustaz tapi pandai memimpin/mentadbir dan begitu juga yang bukan Ustaz tidak pandai memimpin/mentadbir.

Soalnya sekarang adakah kita hendak memberi amanah kepimpinan kepada seseorang hanya kerana beliau mempunyai gelaran "Ustaz" atau "Professional"? Apa ada pada gelaran.

Sebagai contoh seorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang aeronautical engineering, takkan kita hendak memberi amanah kepada beliau untuk menjadi penasihat dalam hal ehwal politik? Sedangkan itu adalah dalam bidang dan "expertise" mereka yg berpengetahuan serta berpengalaman dalam politik.

Atau kita beri amanah memimpin dan mentadbir parti kepada seorang yang hanya berkelayakan dalam bidang Syariah sedangkan ilmu syariah tidak mencakupi ilmu pentadbiran dan sains politik?

Mengikut Perlembagaan PAS, mereka yang mempunyai kelulusan 4 Thanawi sudah boleh menjadi ahli Dewan Ulama PAS. Adakah dengan kelulusan 4 thanawi sudah boleh seseorang itu digelar sebagai ulama? Sedangkan ulama-ulama besar dalam sejarah Islam, sehingga mereka meninggal dunia mereka tidak pernah merasa diri mereka sebagai ulama?

Amanah Terletak Pada Kebolehan, Keikhlasan dan Pengalaman, Bukan Kelayakan Akademik Semata-Mata

Dalam PAS, untuk menjadi "Ulama" hanyalah memerlukan kelulusan kertas dalam bidang agama sahaja. Tidak diperlukan kelayakan lain.

Dengan kata lain, di dalam PAS seseorang itu hanya memerlukan diploma dalam Pengajian Islam dari mana-mana institusi pengajian Islam di Malaysia.

Pada waktu yang sama, kalau mengikut Al Quran Al Karim, ulama adalah mereka yang mengenali Allah dan takut kepada Allah SWT. Merujuk kepada tulisan saudara Al Bakistani:

"Dalam pengajian tafsir pula, ulama disebut sebagai golongan yang bertaqwa; orang yang takut kepada Allah SWT.

Firman Allah;

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Maksudnya;
”hanya sesungguhnya orang yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya adalah ’Ulama”

(Surah Fatir : 28)

Menurut Imam Ibni Kathir, disebut ulama adalah manusia yang takut kepada Allah. Mereka mampu takut kepada Allah, kerana mereka kenal Allah[1].

Memahami maksud ulama dari tafsiran Imam Ibni Kathir ini, ulama ini sudah cukup jika mereka sudah takut kepada Allah."


Dengan kata lain, definasi Ulama di dalam PAS tidak semestinya ulama yang sebenarnya dimaksudkan dalam Al Quran.

Soalan kepada Ahli2 PAS, pilihan mana yang hendak dipilih. Adakah cukup hanya seseorang itu mempunyai kelayakan atas kertas, maka seluruh ahli harus memberi sokongan tanpa berbelah bagi kepada beliau?

Adakah Presiden dan Timbalan Wajib Ulama?

Bagi saya jawabannya adalah YAAA. Seharusnya dari Presiden sehinggalah ke ahli biasa PAS mestilah ulama, yakni mereka yang mengenal Allah dan takut kepadanya.

Tetapi adakah Presiden dan Timbalan mesti mempunyai kelayakan kertas dalam bidang agama, maka saya mengatakan tidak semestinya.

Ada beberapa sebab yang saya berani nyatakan di sini:

a.Tiada dinyatakan dalam Perlembagaan PAS Pusat bahawa Presiden dan Timbalan Presiden wajib dari mereka yang mempunyai kelayakan atas kertas dalam bidang agama.

b. Sewaktu Usul Kepimpinan Ulama dibuat dalam tahun 1982 pun, tidak dinyatakan dengan spesifik bahawa Presiden dan Timbalan wajib dari mereka yang mempunyai kelayakan atas kertas dalam bidang agama.

c. PAS sudah pun mempunyai sebuah Majlis Syura yang akan memastikan PAS bergerak dengan tidak melanggar syariat Islam. Jadi, sesiapa pun yang menjadi Presiden dan TImbalan Presiden, maka beliau tidak akan melanggar syariat Islam kerana akan dipastikan begitu oleh Majlis Syura Ulama.

d. PAS ini sendiri ditubuhkan oleh Mesyuarat di kalangan ulama-ulama Muktabar di Malaysia. Namun, mereka tidak langsung menyatakan syarat bahawa wajib bagi PAS mempunyai Presiden dan Timbalan Presiden yang mesti dari mereka berkelulusan agama.

e. Presiden PAS yang pertama adalah seorang ulama, yakni Tuan Haji Ahmad Fuad. Beliau sendiri keluar dari PAS dan masuk Parti Negara. AJK Penaja PAS yang lainnya kesemuanya Ulama dan hampir kesemuanya meninggalkan PAS dan kembali kepada UMNO termasuk bapa Pak Lah. Yang kekal dengan PAS hanyalah Tuan Guru Mansur JP dan Tuan Guru Mat Nor Segambut.

f. Presiden PAS yang kedua adalah Dr Abbas Alias, seorang doktor perubatan. Di kala beliau dilantik sebagai Presiden, tiada seorang ulama dalam PAS yang menyuarakan bantahan mereka.

g. Begitu juga Presiden PAS yang ketiga dan keempat (Dr Burhanuddin Helmi dan Dato' Asri Haji Muda).

h. Walaupun sebelum wujudnya Kepimpinan Ulama dalam PAS, pendapat ulama tidak pernah diketepikan. Misalnya, Dato' Asri Haji Muda tidak akan meneruskan tindakan beliau mengadakan Mesyuarat Agung Khas untuk membawa PAS ke dalam BN sekiranya Ketua Dewan Ulama PAS pada masa itu, Ustaz Nik Aziz Nik Mat tidak memberi sokongan kepada usul ini.

i. Sewaktu sebelum kepimpinan Ulama, biasa bagi PAS mencalonkan ulama sebagai calon ADUN dan MP.

j. Walaupun seseorang itu mempunyai kelayakan dari segi ugama pun, tidak menjamin beliau tidak akan belot kepada PAS. Ustaz Nakhaie Ahmad, Mat Nor Idris, Mustafa Taib, Ustaz Ghazali dan sebagainya. Ada di antara mereka ini saya dengar sendiri mereka ini mengkafirkan orang dahulu. Sekarang ni mereka kuat mengutuk PAS dan bergiat dalam UMNO yang mereka kutuk dahulu.

k. MAlahan kita ada Mahfuz Omar, Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Subky Latif, Syed Ibrahim dsbnya yang cekal dan istiqamah dalam PAS walaupun terpaksa mengharungi badai seperti ISA dan sebagainya.

l. PAS ditubuhkan hasil dari liqa' atau perjumpaan ulama di Seberang Perai. Pertemuan ulama tersebut tidak langsung mencadangkan kepimpinan ulama. Malahan Presiden-Presiden PAS yang ramainya bukan dari mereka yang berkelulusan ugama.

m. Konsep kepimpinan ulama ini timbul dari Muktamar Pemuda PAS Pulau Pinang tahun 1982. Ertinya ianya bukanlah hasil tangan dari para ulama pun tapi hanyalah pendapat dari Pemuda PAS negeri sahaja.

Ertinya, ijtihad yang datang dari Ulama tidak membawa pun kepada kepimpinan ulama. Konsep kepimpinan ulama ini hanya datang dari ijtihad Pemuda Pulau Pinang sahaja.

Sebagai penutup, saya merasakan cukuplah dengan Majlis Syura Ulama untuk memastikan parti tidak terkeluar dari landasan Islam.

Bagi jawatan2 penting dalam parti, eloklah diutamakan kelayakan dan kebolehan serta pengalaman dan bukannya dilihat kelayakan atas kertas semata2.

Tulang Besi







21 comments:

Tinta Hitam said...

PAS perlu keluar dari kerangka pemikiran stereotypenya jika ingin menjadi lebih kedepan didalam medan negara ini..

Kepemimpinan ulama tu perlu didefinasikan semula.Apa dia sebenarnya kepimpinan ulamak? Ulamak mestinay seorang Tok Guru atau ustaz shj? Mesti ada ijazah dalam pengajian Islam?

Yang kita perlukan adalah orang orang yang menerajui PAS itu mestilah seorang yg warak,berilmu,cekap didalm mengendalikan pentadbiran parti serta mampu memacu organisasi untuk lebih kehadapan serta melebarkan ruang lingkup organisasi.

Maknanya disini sesiapa shj yg mempunyai ciri ciri berkenaan layak disokong dan dilantik menerajui kepimpinan PAS

Kita perlu ingat PAS bukan Jabatan Agama Islam Negeri dimana ketuanya mesti seorang ustaz..

Nizam Mahmud said...

Saya cadangkan supaya ahli PAS cari klon Tok Guru Nik Aziz

Tapi bukan klon dari segi DNA seperti Nik Abduh tapi klon dari segi peribadi, kecekapan, kepintaran dan ketangkasan beliau.

Zaki said...

Saya berpendapat tradisi kepimpinan ulama dalam PAS boleh diteruskan. Namun, saya merasakan sudah tiba masanya PAS dan parti2 politik lain di Malaysia, memisahkan jawatan parti dan jawatan kerajaan. Maksud saya, seseorang yang memegang jawatan presiden parti tidak semestinya memegang jawatan perdana menteri sekiranya partinya menang dalam pilihanraya umum. Mengambil contoh PAS, TG Hadi sebagai presiden tidak semestinya menjadi PM sekiranya PAS menang pilihanraya. Tanggungjawab sebagai PM memerlukan kepakaran ilmu pentadbiran, ekonomi, undang2 dll. Maka, di kalangan pemimpin PAS, jawatan PM lebih sesuai disandang tokoh2 seperti Husam Musa, Dzulkifli Ahmad dan Khalid Samad. Presiden parti bertanggungjawab memantau keseluruhan penjalanan pentadbiran, tanpa perlu berada dalam lingkungan badan eksekutif kerajaan.

Allahu'alam.

ihavename said...

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". AL-HUJURAAT, 49:12.

"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, keaiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara". H/R al-Bukhari.

Anonymous said...

KOTA BHARU, 5 Mei (Hrkh) - Tidak sepatutnya berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional memandangkan dua kelompok tersebut menerajui gerakan Islam di mana sahaja sekarang.
Iklan




Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya penjajah barat sahaja yang sengaja mengasingkan kelompok-kelompok tertentu seperti memisahkan antara agama dan politik.

"Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik.

"Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Oleh itu beliau berkata, golongan ulama dan profesional merupakan orang yang sama dalam menerajui gerakan Islam dewasa ini.

"Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama wujud gabungan antara ulama dan profesional yang mempunyai asas agama.

"Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini," ujarnya.

Ditanya takrifan ulama hanya mereka yang mendapat pendidikan formal dalam bidang agama katanya, itu merupakan fahaman lama ketika agama Islam baru masuk ke Tanah Melayu.

(Ikuti penjelasan sepenuhnya dalam Harakah edisi cetak keluaran terdekat ini) - mj _

Anonymous said...

Sebaiknya memanglah Ulama' yang memimpin PAS tapi sekiranya tiada, maka tidak menjadi satu halangan yang besar sepertimana Dr Alias Abas, Burhanudin Helmi, Dato' Asri dan sebagainya untuk menerajui PAS. Cumanya dalam PAS tiada yang bukan Ulama' yang setanding atau setara dengan pimpinan yang dinyatakan untuk melayakkanya memimpin PAS.
Antara ciri asas yang perlu ada dalam memimpin organisasi ialah mempunyai displin yang tinggi, rendah diri (tidak ego) pada tempatnya, dan cerdik@fatanah, amanah dan sebagainya.
Kalau orang mengatakan Husam mempunyai ciri yang terbaik untuk memimpin PAS maka dia perlu semak keperibadian Husam itu sendiri.Kalau Nizar mungkin boleh difikirkan ????
Husam Musa ? Dengan perangai EGO melangit dan tidak mesra rakyatnya langsung tidak melayakkan utuk beliau memimpin PAS. Tuan-tuan pergi tanyanya sesiapa yang pernah berurusan dengan Husam maka terserlah keperibadan buruk beliau yang terlalu ego dan hanya akan melayan orang-orang tertentu yang dirasakan boleh memberi manfaat kepada beliau. Ini fakta dan diakui sendiri oleh kebanyakan AJK PAS Pusat yang TIDAK melayakaan Husam untuk memimpin PAS.Mungkin disebabkan oleh amalan "tarikat" Husam maka dia merasakan semua orang adalah jelek dan berdosa maka tidak melayakkannya berkawan dan berdamping dengan ahli sufi seperti beliau ???? Contoh yang boleh dikongsi ialah dimana rakan sekerja saya yang merupakan bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan telah DIJEMPUT untuk memberikan taklimat kepada Husam dan SUnya. Apabila dia membuat pembentangan Husam dengan penuh EGONYA menunjukkan sikap BIADAP dan tidak BERAKHLAKNYA dengan terus membaca akhbar tanpa memberikan perhatian langsung sehinggalah habis sessi taklimat tersebut. Tidak menunjukan rasa hormat, ego membuatkan sahabat saya tu membuat kesimpulan katanya macam perangai UMNO jugak ??? Satu kes dimana Husam baru-baru ini buat kenduri kahwin anaknya dan yang menjelekkan tiada undangan dibuat kepada AJK PAS Pusat. Bila saya tanya kepada AJK PAS Pusat tersebut "Husam tak jemput enta ker ?" Biasalah sheikh, ana ni siapa. Tiada ukhwah dalam jemaah.
Inikah sikap seorang pemimpin yang cuba ditonjolkan hebat ???
Nak kata cerdik tak nampaklah kecerdikannya dan tak lebih dari memukul TONG KOSONG sepertimana berlaku di kelantan. Apa jadi dengan projek kambing, geharu dan lain-lain. Setakat nak mileage keluar kenyataan akhbar bolehlah.
Dengan disiplin yang terlalu rendah untuk memimpin jemaah Islam memang tidak layak. Cuba tuan-tuan tanya siapa dalam AJK PAS Pusat yang acap kali masuk meeting lambat keluar cepat. Mungkin saya berbohong tapi semaklah kenyataan saya ini. Ianya memang sinonim dengan Husam dengan beliau memberikan alasan sibuk. Ust Azizan lagi sibuk, tapi ok jer.
Kalau Husam ini hebat sangat, pernah tak kita terfikir apasal TGNA tidak mengangkat Husam menjadi orang no 2 dalam Kerajaan K'tan. TGNA pun tak konfiden nak lantik Husam TMB, tiba-tiba nak jadi Timbalan Presiden pulak ?? Sama-samalah kita fikirkan. Kalau setakat CERDIK, maka dalam PAS maupun UMNO memang ramai yang cerdik dan opportunist.

Haqqul Mubin

Syed said...

Kepada Saudara Haqqul Mubin

“Husam Musa ? Dengan perangai EGO melangit dan tidak mesra rakyatnya langsung tidak melayakkan utuk beliau memimpin PAS. Tuan-tuan pergi tanyanya sesiapa yang pernah berurusan dengan Husam maka terserlah keperibadan buruk beliau yang terlalu ego dan “

Aku jawab: Husam Musa ego dengan orang-orang yang dating membodek dia untuk mintak projek. Sdr Haqqul Mubin mungkin salah seorang yang minta projek dengan Husam. Maka, jangan susah hati, ramai lagi yang geng minta projek dilayan sama oleh Husam Musa. Adapun, untuk orang miskin dan rakyat Marhain, Husam sangat menyantuni mereka.

Lagi

“Contoh yang boleh dikongsi ialah dimana rakan sekerja saya yang merupakan bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan telah DIJEMPUT untuk memberikan taklimat kepada Husam dan SUnya. Apabila dia membuat pembentangan Husam dengan penuh EGONYA menunjukkan sikap BIADAP dan tidak BERAKHLAKNYA dengan terus membaca akhbar tanpa memberikan perhatian langsung sehinggalah habis sessi taklimat tersebut. Tidak menunjukan rasa hormat, ego membuatkan sahabat saya tu membuat kesimpulan katanya macam perangai UMNO jugak ??? “

Aku Jawab: Itulah aku cakap, geng yang lawan Husam, semuanya isu personal. Iaitu Husam TIDAK LAYAN MEREKA. Sheikh, isu personal, bawak masuk tong sampah lah. Orang malas nak layan. Jangan bawak parti masuk UMNO sebab isu personal korang. Ust Harun Taib, kebanyakan geng Terengganu, semuanya keras keng, sombong nak mampuh, marah orang tengah majlis ceramah. Tapi kita tak nak bising, sebab perangai masing-masing, ada kelemahan. Yang kita bincang dan bising adalah halatuju parti dan pemimpin yang kuat untuk bawak halatuju parti dan melawan musuh parti. Tolong jangan bawak sentiment peribadi kat sini ye. Jadilah ahli PAS yang berjiwa besar sket.

Lagi

Satu kes dimana Husam baru-baru ini buat kenduri kahwin anaknya dan yang menjelekkan tiada undangan dibuat kepada AJK PAS Pusat. Bila saya tanya kepada AJK PAS Pusat tersebut "Husam tak jemput enta ker ?" Biasalah sheikh, ana ni siapa. Tiada ukhwah dalam jemaah.

Aku Jawab: Siapa kata tidak ada undangan pada AJK Pas Pusat??? Ramai AJK PAS pusat yang dating dan ada yang tidak datang. Yang tidak datang, bersangka baiklah mungkin mereka ada kerja lain.


Lagi

”Nak kata cerdik tak nampaklah kecerdikannya dan tak lebih dari memukul TONG KOSONG sepertimana berlaku di kelantan. Apa jadi dengan projek kambing, geharu dan lain-lain. “

Aku Jawab: Dalam PAS, orang yang paling selamat adalah orang yang tidak membuat apa-apa inisiatif dan program. Dia paling selamat. Sebab apabila tiada program baru, takkan adalah istilah berjaya dan istilah gagal. Memang betul ada projek Husam yang kurang berjaya tetapi banyak juga projek beliau yang berjaya. Ini kerana beliau seorang yang berani, membuat inisiatif baru bagi kepentinga rakyat Kelantan. Ini pemimpin yang kita hendak. Berani membuat keputusan yang sukar. Jangan jadi masa PAS terengganu memerintah terengganu dulu, satu projek pembangunan pun tak ada. Alasan, tak ada duit. Tak ada duit, pergilah cari duit.


Dengan disiplin yang terlalu rendah untuk memimpin jemaah Islam memang tidak layak. Cuba tuan-tuan tanya siapa dalam AJK PAS Pusat yang acap kali masuk meeting lambat keluar cepat. Mungkin saya berbohong tapi semaklah kenyataan saya ini. Ianya memang sinonim dengan Husam dengan beliau memberikan alasan sibuk. Ust Azizan lagi sibuk, tapi ok jer.

Aku Jawab: Inilah dia fitnah nombor Wahid. Datang sekali sekala lambat, itu benda biasa. Selalu datang lambat itu fitnah namanya.

Kalau Husam ini hebat sangat, pernah tak kita terfikir apasal TGNA tidak mengangkat Husam menjadi orang no 2 dalam Kerajaan K'tan. TGNA pun tak konfiden nak lantik Husam TMB, tiba-tiba nak jadi Timbalan Presiden pulak ?? Sama-samalah kita fikirkan. Kalau setakat CERDIK, maka dalam PAS maupun UMNO memang ramai yang cerdik dan opportunist.

Aku Jawab: Apa benda yang TGNA fikir, itu kita Tanya TGNA sendiri. Tetapi Husam Musa antara professional yang selalu ditugaskan menggantikan TGNA untuk kuliah Jumaat dan kuliah di Masjid Pulau Melaka. Menunjukkan bahawa TGNA mempunyai keyakinan kepada ilmu agama beliau.

Sudahlah Haqqul Mubin, bawak cerita fitnah. Cari modal lain la.

Tulang Besi said...

Tuan-tuan pergi tanyanya sesiapa yang pernah berurusan dengan Husam maka terserlah keperibadan buruk beliau yang terlalu ego dan hanya akan melayan orang-orang tertentu yang dirasakan boleh memberi manfaat kepada beliau..

Saya pernah berurusan dengan Husam. Ok je.

Siap saya tegur dia dua tiga benda.

Apala hang ni. Jgn la dtg sini buat fitnah.

Tulang Besi said...

Haqqul Mubin ni sebenarnya Mukkazib mubeen.


Tukar la nama awak tu. Nama awak tu sendiri tak benar.

Tulang Besi said...

Kalau nak cerita perangai Ustaz HArun taib, 100x lagi teruk dari Husam Musa.

Teruknya Harun Taib sampai pengikut2 setia dia pun perangai buruk.

Tapi kita tak bising pun.

Si Mukazzib Mubeen ni tak sebut pun pasal perangai harun Taib ye

Anonymous said...

Kesimpulannya husam,harun dua-dua buruk perangai. Carilah yang lain. Kalau tak ada,maksudnya pas sebiji macam umno,pkr.

Anonymous said...

"Saya pernah berurusan dengan Husam. Ok je.

Siap saya tegur dia dua tiga benda.

Apala hang ni. Jgn la dtg sini buat fitnah"

Memanglah dia ok dengan kau Tulang Babi sebab kau pencacai DIA. Tolong kempen untuk dia. Dengan AJK PAS Pusat buat peranagi.
Kau tolong jawab kenapa TGNA tak sanggup lantik Husam jadi TNB atau ajdi orang no 2 kat K'tan kalau benar dia hebat.

Haqqul Mubin

Syed said...

Haqqul Mubin Said

"Memanglah dia ok dengan kau Tulang Babi sebab kau pencacai DIA. Tolong kempen untuk dia. Dengan AJK PAS Pusat buat peranagi.
Kau tolong jawab kenapa TGNA tak sanggup lantik Husam jadi TNB atau ajdi orang no 2 kat K'tan kalau benar dia hebat."

Sabar wahai Haqqul Mubin. Jangan mencarut di sini. Kerana di dalam silibus usrah kita tidak diajar teknik mencarut dalam blog. TGNA nak lantik orang no 2, no 3, no 10, itu TGNA punya pertimbangan. Apa yang tersembunyi, siapa pun tidak tahu. Dan ia boleh berubah sebenarnya. Lagipun, bukannya Ust Mohd Yaakob yang bertanding TImb Pres. Tapi fitnah kamu terhadap Husam, sangat melampaui batas Islam.

Tulang Besi said...

Dengan AJK PAS Pusat buat peranagi.
Kau tolong jawab kenapa TGNA tak sanggup lantik Husam jadi TNB atau ajdi orang no 2 kat K'tan kalau benar dia hebat.
.

Rasanya sampai bila pun tok guru tak lantik Husam sbg Timbalan.

Sebab seniriority. Dan Ustaz Ahmad Yaakob sendiri tak bermusuh dengan Husam Musa.

Dan Husam Musa tak lapar nak jadi MB dgn TMB

Yang beliau lapar hari tu nak pertahan Kelate dari jatuh tgn BN.

Tulang Besi said...

mukazzeb Mubeeen ni jenis otak keras.

Maklumlah org 'Ganu

Anonymous said...

Aku pun pelik sebab apa Tulang Babi babitkan harun Taib sedangkan aku tak pernah bela harun Taib. Cuma yang aku tak suka bila pencacai kempen berlebihan kat Husam tanpa tahu reliti sebenarrnya.

Bagi Tuan Syed, sebenarnya kawan saya tu bukan nak projek kat Husam sebaliknya dia yang minta tolong. Itu sebab saya kata DIJEMPUT dan bila DIJEMPUT macam tu pulak jadinya. Seperti yang saya katakan dia hanya melayan orang yang boleh memberi manfaat kepadanya. Ini bukan soal peribadi sahaja tapi dalam erti kata lain untuk memilih pemimpin yang mesti bersikap lunak kepada rakyat.
Aku tak nampak pun ada AJK PAS Pusat yang sokong Husam melalui kenyataan yang dikeluarkan. Cuma balaci-balaci dan blogger yang berkepentingan sahaja yang beriya-iya menyokong Husam. Cubalah semak-semak dengan AJK PAS Pusat pasal perangai Husam tu.
Aku tak nampak hebatnya Husam kecuali ; Pandai Berforum (sampai takut nak mengatakan PAS akan melaksanakan HUDUD apabila diasak oleh Khairi); pandai beri kenyataan akhbar untuk political mileage dan lunak berceramah. Yang lain hancur.

Memang Husam mempunya disiplin yang rendah ; tak tepati janji, datang mesyuarat lambat keluar cepat (sebab nak jumpa Anwar kot), rasa diri hebat maklumlah orang tarikat. Apa yang saya nampak ada Two Stooges ; Dr Zul, Khalid Samad yang nampak cuba mempertahankan Husam.

Haqqul Mubin

Tulang Besi said...

Seperti yang saya katakan dia hanya melayan orang yang boleh memberi manfaat kepadanya. Ini bukan soal peribadi sahaja tapi dalam erti kata lain untuk memilih pemimpin yang mesti bersikap lunak kepada rakyat..

Ustaz Fadzil dulu pun bila orang datang dia baca paper.

Kau nak kata Ustaz Fadzil kurang ajar ke?

Tulang Besi said...

Aku tak nampak hebatnya Husam kecuali ; Pandai Berforum (sampai takut nak mengatakan PAS akan melaksanakan HUDUD apabila diasak oleh Khairi); pandai beri kenyataan akhbar untuk political mileage dan lunak berceramah. Yang lain hancur..

LAgi kau fitnah. Husam sebut dgn jelas PAS tetap berpegang dengan hukum Syariah.

Dan, kalao kau kata dia tak buat kerja, memang kao silap besar.

Idea "Takaful" tu bukan idea dia ke, sampai orang2 tua saluran satu banyak undi PAS baru2 ni di Kelantan.

Sebab tu UMNO Kelantan dah surrender.

Kao memang mukazzeeb wahai mukazzeeb mubeen.

Kao memang dah benci dgn Husam dan pimpinan2 muda yang jelas lebih produktif dari pimpinan yang kao suka.

PAdahal pimpinan mcm husam ni la yang banyak menguntungkan PAS.

BIla menang, nak bawak PAS masuk BN pulak padahal menang ni bukan sebab usaha puak2 ni.

Tapi bila menang, diorang nak ambik saham pulak.,


Pooooraaaahhhhh

Syed said...

Haqqul Mubin Said:

“Aku tak nampak pun ada AJK PAS Pusat yang sokong Husam melalui kenyataan yang dikeluarkan. Cuma balaci-balaci dan blogger yang berkepentingan sahaja yang beriya-iya menyokong Husam. Cubalah semak-semak dengan AJK PAS Pusat pasal perangai Husam tu. “

Aku Jawab: AJK PAS Pusat yang bagi hint menyokong selain Nasharuddin Mat Isa adalah Ust Ahmad Awang. Mana ada AJK PAS pusat yang bagi sokongan terbuka pada mana-mana tokoh. Orang PAS tak buat macam tu. Yang sokong Ust Nasha, bagi hint, sokong kepimpinan “ulama”, yang sokong Mohd Sabu dan Husam bagi hint sokong professional jadi Timb Pres. Ramai aje AJK PAS Pusat yang sokong professional jadi TImb Pres. Tak de masalah pun. Itu bukan isunya di sini.

Lagi:

”Aku tak nampak hebatnya Husam kecuali ; Pandai Berforum (sampai takut nak mengatakan PAS akan melaksanakan HUDUD apabila diasak oleh Khairi); pandai beri kenyataan akhbar untuk political mileage dan lunak berceramah. Yang lain hancur.”

Husam pernah diiktiraf sebagai ahli parlimen terbaik di Malaysia. Dia antara pendebat terhandal PAS di parlimen dan luar parlimen. Beliau sangat mahir dalam pengurusan, dan pandai cari duit. Pandai menarik pelaburan luar. Sebab itu, urusan mencari markaz baru PAS yang melibatkan pencarian belanja 10 juta diserahkan kepada Husam. Tapi ilmu pengurusan strategic dan mahir dalam strategi politik. Kelantan selepas 2004, elok membangun dengan pelbagai projek selepas Husam jadi Exco. Nak bukti apa lagi? Cuba bandingkan dengan orang lain la. Terutama ust Nasharuddin yang orang Bachok sendiri benci kerana kedekut dan sifat elitis beliau.

Lagi

”Memang Husam mempunya disiplin yang rendah ; tak tepati janji, datang mesyuarat lambat keluar cepat (sebab nak jumpa Anwar kot), rasa diri hebat maklumlah orang tarikat. Apa yang saya nampak ada Two Stooges ; Dr Zul, Khalid Samad yang nampak cuba mempertahankan Husam.”

Aku Jawab: Cerita dalam meeting pun nak bawak sini. Nampak sangat dah tak ada modal. Sapa boleh sahkan cerita kamu. Saya ada Tanya Hanifa Maidin, dia nafikan. Dia kata, memang biasa ada ahli yang datang lewat keluar awal dan Husam bukan kalangan mereka. Dr Zul dan Khalid Samad memang terbukti ahli parlimen terhandal PAS. Tulisan mereka sangat baik. Dan research mereka baik. Hubungan dengan orang tempatan elok dan idea mereka dahsyat. Apabila mereka sokong Husam, bermakna Husam mempunyai kualiti yang sangat baik yang mereka sendiri memeriksanya dan mengesahkannya.

Saya cadang kepada Haqqul Mubin, tolong pergi kat Parlimen dan tengok dengan mata kepala sendiri, mana satu ahli Parlimen PAS yang buat homework sebelum bercakap dalam parlimen, berbahas dengan handal dan mempunyai pengetahuan yang luas serta mana pulak yang pemalas, ponteng, tidak bangun langsung. Jangan hafal cerita orang sahaja. Tengok sendiri. Saya sentiasa ada di parlimen semasa Husam menjadi ahli parlimen dahulu. Beliau merupakan ahli parlimen yang sangat digeruni oleh BN. Sangat hebat berhujah.

Lagi

“Aku pun pelik sebab apa Tulang Babi babitkan harun Taib sedangkan aku tak pernah bela harun Taib.”

Aku Jawab: Kamu cuba lepaskan tangan dari membela Ust Harun Taib sebab kamu sendiri mengakui perangai kasar dan buruk Ust Harun Taib kan? Sebab itu kamu tak mahu lanjutkan perbincangan pasal Ust Harun Taib. Bersikap adillah. Jangan tengok Husam aje. Tengo jugak perangai pimpinan lain. Azman Shafawi yang tidak mahu bergaul dengan orang, Nasaruddin Tantawi yang panas baran, Nasaruddin Mat Isa yang elitis dan suka bermewah-mewahan, dan lain-lain lagi. Yang saya sebut di atas semua geng yang beriya-iya menyokong Ust Nasharuddin sebagai Tim Pres PAS. Tapi kita tidak mahu dedahkan keburukan peribadi di sini. Itu bukan akhlak kita. Alngkah baiknya isu keburukan peribadi, yang remeh-temeh kitak tidak bincang. Sebaliknya lebih tumpukan kepada performance kerja, ketakwaan, dan strategis seseorang tokoh. Ramai jugak tokoh yang kaki kedai kopi, tetapi hancur pembangunan di kawasan setempat. Tak reti nak cari duit sendiri. Kita tidak mahu yang macam tu. Orang yang berjiwa besar, tidak bincang hal yang remeh-temeh.

achoksabah said...

husam bijak didalam parlimen..dia stdy bila nak buat soalan,bukanya membabi buta mencari glamour utk menyoal..

sebagai contoh disini

http://www.youtube.com/watch?v=hujoJk_55mg

Anonymous said...

Ha! Ha! Ha!. Bila pulak aku jadi orang Trengganu. Inilah kerja PENFITNAH Tulang Babi dan Syed (Macam samaran@Klon Tulang Babi aje). Menuduh secara melulu tanpa sebarang fakta. Inilah kerja beliau dari dulu, kini dan selamanya. PENFITNAH akhir zaman, Rakan kepada Dajjal !
Untuk makluman Tulang Babi, Allahyarham Ayah aku orang Perak merupakan Pejuang PAS Tulin dizaman Kegelapan PAS semenjak awal tahun 60an iaitu sebelum TGNA masuk PAS lagi. Bonda Aku keturunan Dato' Bahaman. Aku tak ada sedara pun kat Trengganu dan aku tak pernah mengenali Harun Taib. Tapi kalau Ust Nasa dan Husam aku kenal sangat dan kami biasa berbicara. Aku bukan orang Nasa, Bukan orang Husam maupun orang Harun Taib. Aku diajar supaya taat pada pimpinan selagi mereka tidak melanggar hukum ALLAH. Bukan KURANG AJAR macam kau Tulang Babi. Fraksi UMNO Tulin. Aku tahu kau sebab aku pun pernah kerja dengan syarikat kau bekerja. Kau ini habuk pun tarak !!! Janganlah bawak budaya kempen dalam Parti. Kalau kau nak kempen jugak pergi masuk PKR ker dan mungkin UMNO lebih sesuai untuk kau hai Tulang Babi. Bertaubatlah, semoga anda selamat dunia dan akhirat.

Haqqul Mubin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.