Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, May 23, 2009

Bantuan UMNO Dalam Pemilihan PAS: Penyiasatan SPRM

Baru2 ini heboh diperkatakan bahwa berlakunya politik wang dalam pemilihan PAS. Ketua Dewan Ulama PAS sendiri menyebarkan cerita kononnya berlaku politik wang dalam pemilihan PAS baru-baru ini.

Cuma yang peliknya, pihak SPRM yang selama ini tidak mengendahkan berbakul-bakul laporan rasuah ke atas pimpinan UMNO, tiba-tiba mahu memanggil Ketua Dewan Ulama PAS untuk siasatan atas kenyataan beliau berkenaan dengan politik wang dalam PAS.
(Saya ada buat pendedahan berkenaan dengan masaalah pribadi yang dihadapi oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM ini)

Pengerusi SPRM itu dilaporkan berkata:

“BEAUFORT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi untuk memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah dalam pemilihan Pas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup Program Jati Diri Rakan Muda di Membakut, hari ini.
Sumber : Berita Harian Online”
()

Jadinya, kita lihat penyokong-penyokong tegar “kepimpinan ulama” sanggup menggunkan fitnah dan penipuan untuk memenangkan calon mereka? Adakah ini juga bermakna para ulama dalam PAS ini maksum sehingga mereka mempunyai hak untuk menghitamkan serta merosakkan imej PAS dengan fitnah?

Jangan lupa bahawa Ketua Dewan Ulama yang sama membuat kenyataan terbuka sebelum ini mahukan Presiden dan Timbalan Presiden PAS

Di Kelantan semua orang tahu bahwa Ketua Dewan Ulama PAS ini tidak suka malahan membenci salah seorang calon Timbalan Presiden PAS. Ketua Dewan Ulama ini juga yang beriye-iye sangat mahukan Presiden dan Timbalan Presiden mesti dari kalangan ulama.

Nampaknya kenyataan beliau memberikan ruang kepada UMNO untuk mengambil tindakan ke atas calon-calon yang dibenci oleh UMNO. Ini juga menandakan betapa UMNO sedang risau dan gundah gulana terhadap keputusan pemilihan PAS Jun ini. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, sekiranya PAS mampu membariskan kepimpinan yang dilihat sebagai ‘sederhana’ dan menarik hati, hayat UMNO telah sampai ke akhirnya.

Ini kerana orang-orang atas pagar Melayu akan menukar sokongan mereka dan meninggalkan bas UMNO menyebabkan UMNO hanya terhad kepada sokongan pengundi tegar mereka sahaja(UMNO pekat).

Tidak mustahil, selepas PAS membariskan kepimpinan yang boleh diterima oleh majoriti orang Melayu, parti-parti dalam Barisan Nasional akan menukar haluan satu demi satu, inshaalah.

Fraksi UMNO Menggunakan SPRM dan Instrumen UMNO Untuk Membantu Calon Mereka

Kita semua sudah maklum, calon yang dibenci Utusan Malaysia untuk jawatan Timbalan Presiden adalah Dato’ Husam Musa.

“Bagaimanapun sumber dalaman Pas memberitahu, cara Husam berpolitik persis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat membahayakan Pas. Justeru, Exco kanan kerajaan Kelantan itu perlu disekat daripada terus mara untuk menyandang jawatan nombor dua parti berkenaan.
Kata sumber itu, peranan itu mesti dimainkan oleh Mohd. Amar dan Takiyuddin bagi memastikan Husam dapat disekat sepenuhnya. “


Jadinya, pergerakan kumpulan Anti Husam/Fraksi UMNO selari dengan pergerakan instrumen2 UMNO seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ada kemungkinan calon mereka nanti dirasai akan kalah dan mereka terpaksa menggunakan khidmat SPRM seperti mana yang digunakan oleh UMNO sewaktu pemilihan UMNO baru2 ini. Taktik yang digunakan oleh UMNO tampaknya seperti hendak digunakan dalam PAS.

Yang peliknya, sewaktu berhadapan dengan Dewan Harian PAS Pusat, Ketua Dewan Ulama tidak pun membawa apa-apa bukti yang berasas untuk diambil tindakan. Malahan, beliau berlapik dengan berkata ianya cuma satu bentuk nasihat.

Imej PAS Hampir Hancur Berkecai


Tuduhan melulu politik wang ini hampir menghancurkan PAS. Selama ini PAS naik turun kampong bercerita pasal politik wang yang melanda UMNO. Tiba-tiba Ketua Dewan Ulama PAS sendiri menuduh (tanpa bukti) bahawa terdapat politik wang dalam PAS.

Soalnya sekarang, beliau adalah ahli Dewan Harian PAS. Beliau ada hak untuk membuat laporan rasmi kepada JK Disiplin sekiranya beliau ada bukti. Mengapa perlu membuat tuduhan secara umum dan diambil oleh media pro umno sebegini?

Nampak macam politik kotor sedang berlaku dalam PAS. Semuanya ini dilakukan kerana hendak menghalang Husam Musa naik ke jawatan no 2 dalam PAS. Alasan yang digunakan adalah Husam bukan ulama dan hanya ulama mesti naik ke jawatan no.2.

Oleh sebab untuk “mempertahakan ulama”, maka fitnah “diizinkan”. Penipuan diizinkan. Nista diizinkan. Kata jahat diizinkan. Menggunakan khidmat musuh PAS juga diizinkan. Menggunkan khidmat media UMNO juga diizinkan.

Inilah dia saya labelkan sebagai mentaliti “maksum” yang melanda sebahagian dari ulama dalam PAS. Mereka merasakan mereka berada di atas syariat sehingga mereka boleh melakukan apa sahaja termasuk menghancurkan imej PAS dengan melayangkan fitnah.

Saya juga menasihati mereka yang bersengkongkol dengan UMNO supaya berhenti dari menjadi ahli PAS dan masuk UMNO. Hanya kerana untuk memastikan kontrak balak sampai kepada kamu, alas an seperti “Kepimpinan Ulama” digunakan sewenang-wenangnya.

Tulang Besi

40 comments:

Anonymous said...

Saya juga menasihati mereka yang bersengkongkol dengan UMNO supaya berhenti dari menjadi ahli PAS dan masuk UMNO. Hanya kerana untuk memastikan kontrak balak sampai kepada kamu, alas an seperti “Kepimpinan Ulama” digunakan sewenang-wenangnya.
------------------------
Mereka ni sebenaranya UMNO pariah..mereka masok utk sabotaj PAS..mereka tau,org melayu(macam orang india jugak) adalah "god fearing" people..u know,"takut" to go against priest,sami,ulama..but nowdays..haha,zaman moden,orang dah tak berapa peduli sami,or ulama(ulama,sami pun manusia jugak..ada yg masok lock up kerana rogol;-)..)UMNO punya "think tank" dah ketinggalan zaman..hehe..btw,Si Nash tu terlibat dlm konspirasi Liwatgate part2 kan?

Tulang Besi said...

Saya mengkritik ulama tapi saya masih mendokong kepimpinan ulama dalam PAS.

Cumanya, saya tidak mahu menjadikan ulama2 dalam PAS ini sebagai mereka yang bersifat maksum dan dilindungi Allah SWT dari dosa dan kesilapan.

Saya mahu ulama2 dalam PAS pun boleh dikritik supaya prestasi mereka naik meninggi dan tidak menjadi hanya perebut jawatan semata2.

Anonymous said...

hoi Tulang Besi, hang ni memang mangkak la.
mula2 hang kata isu ulama vs profesional ni retorik dan mainan jahat UMNO. Tapi hang sebenarnya yg tak habis2 dok hentam kepimpinan ulama apasal? memang samdol la hang ni.

pastu Mat Iraq dah bepuluh kali kata dia tak tuduh sapa2, cuma nasihat jgn buat. Mungkin media k'jaan yg pandai2 buat cerita. Yang hang pi pecaya media BN tu buat apa? Dan yang hang pandai2 dok kata dia nak tuduh Husam tu pasai apa??

memang sah munafik dan pemecahbelah!!!

cukupla rumahtangga hang yang pecahbelah dulu...tak payah dok gatai nak pecahbelah rumahtangga PAS pulak.

Tulang Besi said...

pastu Mat Iraq dah bepuluh kali kata dia tak tuduh sapa2, cuma nasihat jgn buat. Mungkin media k'jaan yg pandai2 buat cerita. Yang hang pi pecaya media BN tu buat apa? Dan yang hang pandai2 dok kata dia nak tuduh Husam tu pasai apa??.

Kalau dah tahu takda bukti, sebab apa sebut dalam majlis terbuka?

Kalau ada bukti pun, pergi la buat laporan kat JK Disiplin. Tka boleh ke?

Anonymous said...

hang dengaq ka apa yang mat daud cakap tu??
kalau hang tak dengaq tak payah dok meracau kat sini mcm org gila babi.

Tulang Besi said...

Hang pun dengak ka?

Anonymous said...

aku dengaq..sebab tu aku aku kata media BN tu penipu sama mcm hang!

Tulang Besi said...

Kalau hang dengak maksudnya semua pimpinan PAS tak dengak la pasai tu yang kena buat "hearing" tu?

Lepas tu takdak pun Ustaz MAt Daud nafi ckp benda dia cakap tu.

Ada ka?

Kalau Media tipu, apasal ustaz Mat Daud tak buat kenyataan penafian?

Anonymous said...

la..hang ni samdol la.
Mat Iraq dok buat penafian dah bepuloh kali dah..hang saja yg bengap tak faham2.

yg kununnya bawa hearing tu pasai Husam la...sama mcm hang..pecaya kat media BN, pastu terasa mcm makan cili...pedasss!!

Anonymous said...

Dpd MMBS
Membaca artikel seperti ini kena ada "mind investigation", penelitian logik dan mempunyai sifat rasional mengatasi emosional.

Kadangkala kita tak sedar samada kita membuat fitnah, memanjangkan fitnah atau termakan fitnah.

Abd Razak said...

Anonymous said...

la..hang ni samdol la.
Mat Iraq dok buat penafian dah bepuloh kali dah..hang saja yg bengap tak faham2.

yg kununnya bawa hearing tu pasai Husam la...sama mcm hang..pecaya kat media BN, pastu terasa mcm makan cili...pedasss!!


Elo pengecut yg gunakan anonymous...kenapa x berani nk dedahkan identiti kamu...ckp berapi tp PENGECUT...utk pengetahuan hang aku x pernah dgr pn ustaz daud bg penafian...even kt dlm harakah pn xde...yg nafikan adalah Ustaz Ahmad Awang,Tok Guru Nik Aziz,Ustaz Hadi,Mustafa Ali...sampai la ni xde pn ustaz daud bg statement penafian...hang tu yg perosak parti PAS...nk join umno silakan...toksah nk bawa PAS masuk sekali...dh le dasar PENGECUT seperti nizam toha,grand marquis,ibnu khaldun dan lain2 yg menjadi BALACI kpd umno...

Anak Tabung Uji said...

Politik wang di PAS: Nik Aziz alu-alukan SPRM siasat dakwaan


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengalu-alukan jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan wujudnya politik wang menjelang pemilihan parti itu bulan depan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau mengalu-alukan tindakan tersebut supaya ahli-ahli PAS "beringat dan berhati-hati."

"Sila, sila... saya buka pintu 24 jam. Dari segi keselamatan kalbu kita, perlu ada keterbukaan.

"Orang beringat, barulah orang ini berhati-hati. Kalau tutup sana sini, orang jadi muak dan tiada rasa penyesalan.

"Dalam parti sendiri saya sokong ada pertandingan," katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak di sini, hari ini.

Sebelum ini Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menegaskan parti itu bebas rasuah.

"SPRM bebas untuk masuk campur dalam hal ini dan kita sedia untuk disiasat, PAS tidak takut dan kita tidak menyembunyikan sesuatu," katanya.

Isu politik wang menjadi perhatian ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi sebelum ini yang mendakwa wujudnya budaya tersebut dalam parti itu menjelang muktamar tahunan.

Malah awal minggu ini, Daud dipanggil oleh Jawatankuasa Harian PAS pusat supaya memberi penjelasan berhubung kenyataannya.

Lagi Berita
Berita Headlines DUN Penanti: Hanya 4 layak tanding, satu pencalonan ditolak Kit Siang: DUN Selangor tidak wajar gantung elaun Khir Toyo Krisis politik: Pakatan Perak adakan mogok lapar tiga hari Politik wang di PAS: Nik Aziz alu-alukan SPRM siasat dakwaan DUN Penanti: 5 failkan borang, penamaan calon tak meriah PERKEMBANGAN PENAMAAN CALON PENANTI Isu Lo'lo: Menteri tidak perlu maklum wakil rakyat mengenai lawatan Hubungan Malaysia, Singapura boleh berkembang - Najib DUN Manek Urai: BN wajar tanding, kata Nik Aziz Bekas tentera bantah jika Chin Peng dibenar kembali Status MB: Nizar kemuka rayuan, krisis belum berakhir Keputusan mahkamah langkah pertama selesai kemelut Perak - Muhyiddin MP Titiwangsa dakwa kenyataan Menteri Wilayah "hina" wanita BN Perak bertindak ikut undang-undang - Najib Zambry MB Perak sah Go
« Kembali
Paling Popular Emel
DUN Penanti: 5 failkan borang, penamaan calon tak meriah

DUN Penanti: Hanya 4 layak tanding, satu pencalonan ditolak

PERKEMBANGAN PENAMAAN CALON PENANTI

Status MB: Nizar kemuka rayuan, krisis belum berakhir

Krisis politik: Pakatan Perak adakan mogok lapar tiga hari

SPR enggan dedahkan sebab pencalonan Saberi ditolak
DUN Manek Urai: BN wajar tanding, kata Nik Aziz
Isteri Rexy, jurulatih badminton cedera diragut, suspek ditahan
Nur Aisyah catat rekod baru MSSM 3km jalan kaki
Kit Siang: DUN Selangor tidak wajar gantung elaun Khir Toyo



Site Map | FAQ | Privacy Statement | Terms Of Use | Write To Us | Advertise With Us
Hakcipta Terpelihara © 1995-2009 Star Publications (Malaysia) Bhd (Co No 10894-D).
»Bookmark & SharemStar OnlineXNo matching services.
AIMAskBackflipBallHypeBeboBlogmarksBuzzDeliciousDiggDiigoEmailFacebookFarkFavesFavoritesFriendFeedGoogleKaboodlekIRTSYLink-a-GogoLinkedInLiveMister WongMixxMultiplymyAOLMySpaceNetvibesNetvouzNewsvinePropellerPrintRedditSegnaloSimpySlashdotSpurlStumbleUponStylehiveTailrankTechnoratiThisNextTwitterY! BookmarksYardbarker
Done
Message sent! Share again.What's this?PrivacyAddThisBookmark & SharemStar OnlineTo:From:Note:

penawarrindu said...

Kalau tak faham-faham juga , Mat Tulang Besi boleh lah belajar dari Lembu ye..lembu. Mari belajar politik Lembu yang berlaga, cuba perhantikan lembu yang berlaga tu dia tak terus terus berlaga, sesekali dia tarik nafs, sesekali dia ambil lajak, sesekali dia guna strategi dan tektik berlaga. ni tidak, lawan semata-mata lawan tanpa henti-henti . sesekali ambil lah lajak untuk sungkurkan umno. Belajar tinggi tidak semesti cerdik, menulis banyak tidak semestinya bijak, banyak mengkritik tanpa terlibat dengan Jamaah adalah jahat, melaga-lagakan ahli Jamaah itu sejahat-jahat dan sezalim zalim ahli, (kalau ahli)Kita marahkan utusan Malaysia, kita marahkan TV3..apa kita lakukan sama macam mereka, lalu kita ciptkan alasan untuk menghalalkan tindakan kita yang tidak Syarie itu.BERDOSA, cukup lah, taubatlah...

Nizam Mahmud said...

Dari blog Bakaq, ucapan Harun Din:

"""Ini akan membuka peluang besar kepada Umno atau musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.""

Ahli dan penyokong sikit salah. Ahli dan penyokong ramai pun salah.

Bila ahli dan penyokong sikit dikatakan sebab salah musuh Islam yang bagi gambaran palsu utk PAS sampai takutkan orang ramai.

Tapi bila ahli dan penyokong ramai pun dikata kan salah juga. Tiba-tiba la pula di kata kan musuh Islam suruh orang beramai-ramai masuk PAS.

Baik PAS register jadi NGO jer la kalau pemimpin-pemimpin macam ini.

Nizam Mahmud said...
This comment has been removed by the author.
Yong said...

Kalau Yong menderma dalam bentuk RM kepada PAS kawasan Yong sendiri, adakah maknanya Yong telah mengamalkan politik wang? Katalah tetiba Yong terpilih jadi ketua Muslimat kawasan. Tolong sikit ye, PAS kawasan Yong amat dhaif. Namun ia aktif nak tolong orang miskin, sebab UMNO cuma bagi pada kroni je. Kat mana nak korek duit? Takkan nak minta kat Linggam & Co? Ulamak PAS sila beri takrif apa itu politik wang?

Tulang Besi said...

la..hang ni samdol la.
Mat Iraq dok buat penafian dah bepuloh kali dah..hang saja yg bengap tak faham2.

yg kununnya bawa hearing tu pasai Husam la...sama mcm hang..pecaya kat media BN, pastu terasa mcm makan cili...pedasss!!
.


Cuba hang tunjuk kat aku mana penafian dia? Aku dok follow jugak tapi aku tak jumpa penafian Ustaz Mat Daud Iraqi ni.

Tulang Besi said...

esekali ambil lah lajak untuk sungkurkan umno. Belajar tinggi tidak semesti cerdik, menulis banyak tidak semestinya bijak, banyak mengkritik tanpa terlibat dengan Jamaah adalah jahat, melaga-lagakan ahli Jamaah itu sejahat-jahat dan sezalim zalim ahli,.

sebenarnya inilah modal puak2 fraksi UMNO dalam PAS berkenaan saya. Mereka dah habis modal jadi mereka ulang benda sama yakni saya ni melagakan ahli jemaah dan tak terlibat dalam jemaah.

Tapi mereka ni lupa, saya dah terlibat dalam jemaah masa mereka ni dalam sekolah tadika lagi.

Saya dah mula ikut usrah PAS masa mereka ni belum masuk sekolah rendah.

Lepas tu baru masuk jemaah 2-3 tahun, nak tunjuk mereka hebat dgn saya.

MEreka lupa, penulisan saya ini membantu PAS membersihkan diri mereka dari mereka yang mementingkan pribadi dari atas parti.

Atas sebab itulah, tulisan saya ini tidak boleh digunakan oleh UMNO untuk menjatuhkan PAS.

Tidak seperti kenyataan Ustaz Mat Daud Iraqi baru2 ini.

munkarnakir said...

Wei Tulang Babi...ko jgn takbur sangat.
berapa ramai yg dulunya ISlam tapi mati kafir....berapa ramai yg dulunya pendokong gerakan Islam tapi mati menentang perjuangan Islam... nasib manusia ditentukan mcm mana akhirnya.
memang la dulu ko aktif tapi sekarang tidak...aku risau kalau ko mati sekarang..

Tulang Besi said...

Anonymous munkarnakir said...

Wei Tulang Babi...ko jgn takbur sangat.
berapa ramai yg dulunya ISlam tapi mati kafir....berapa ramai yg dulunya pendokong gerakan Islam tapi mati menentang perjuangan Islam... nasib manusia ditentukan mcm mana akhirnya.
memang la dulu ko aktif tapi sekarang tidak...aku risau kalau ko mati sekarang..

May 23, 2009 8:37 PM
.

Betullah, tu yang sampai nak gunakan PAS untuk panjangkan hayat UMNO.

Anonymous said...

Diam itu lebih baik dari berbicara. Berbicara yang kosong tidak memberi faedah. Sebelum berbicara buatkan mental appreciation atau nak lebih selamat tuliskan apakah kebaikan yang akan diperoleh dan keburukan yang bakal dihadapi. Pemilihan memulakan bicara bergantung kepada penilaian diatas, apatah lagi kalangan ulama yang berilmu Al quran dan Hadis tentulah lebih maklum. Jangan terus berbicara isu isu yang mencelakan, merugikan dan memberikan musuh peluang memusnahkan reputasi dan kewibawaan yang telah di bina. Meruntuhkan amat mudah tetapi membina nya PAS telah mengambil masa melebehi 45 tahun untuk ketahap ini. Jangan robohkan apa yang telah dibina hingga kini semata mata untuk jawatan dan kuasa sementara di alam yang sementara ini.

Tinta Hitam said...

Adalah lebih elok pada mana mana pimpinan PAS berhait hati bila mengeluarkan kenyataan umum.JIka tidka berhati hati ianya boleh menyusahkan organisasi yagn terpaksa bersifat defensif..

Pemilihan pucuk pimpinan adalahhak mutlak ahli ahli PAS.Bukan hak golongan tertentu didalam organisasi.Janganlah PAS menjadi UMNO dimana pimpinan atasan hanya ditentukan oleh beberpa kerat pimpinan UMNO.

Kalu PAS pun macam itu,jadi mana demokrasi nya saperti yang diwar warkan sebagai perjuangan melalui Islam?

Yang penting individu individu yang dipilih boleh membawa PAS ke tingkat yang lebih atas didalm perjuangannya.Jadi ulamak pun boleh,bukan ulamak pun boleh..Sebab tidak menetapkan pimpinan mesti ulamak.

Selain daripada itu saya nak tanya ulamak tu sapa,profesional tu sapa? yg pakai serban dan jubah meleret serta boleh baca kitab kuning serta jadi imam sembahyang dan berlatarbelakangkan sekolah pondok serta unversiti AlAzhar?Manakala adakah profesional tu yang pakai kot dan tali leher serta mempunya kelulusan profesional dan boleh cakap orang putih?

Anonymous said...

Saya rasa perlu ulama memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam hal parti supaya kita mendukung erti ISLAM yang sebenar. Islam tidak izinkan rasuah, perkauman, kezaliman sesama manusia dan berbagai lagi. Kalau kita faham semua ini, tak adalah masalah tentang hanya ulama saja yang boleh jadi pemimpim dalam PAS.
Haron Din cuma ada niat yang baik bila memberi amaran yang bahaya akan musuh dalam selimut, akan tetapi mungkin Harun Din tak beberapa faham kenapa ada pula wujud keadaan sekarang. Keadaan sekarang wujud sebab majoriti rakyat sudah putus asa dengan UMNO. Walaupun orang UMNO majoritinya Islam, akan tetapi tindak tanduk mereka lebih jahat dari orang kafir.Rakyat sudah nampak UMNO tak dapat di baik pulih atau bertaubat lagi. Kalau kita faham akan ini mesti tak wujud isu akan nak berbaik dengan UMNO, kecuali ada nak sangat jadi menteri(gila kuasa). Selagi kita faham akan hasrat majoriti rakyat, maka "no problem".

Anonymous said...

tipy jb

Ekoran kenyataan Harun Din
O..MASA NAK UNDI ORANG,PAS UNTUK SEMUA,
BILA NAK KUASA,MESTI ORANG INI,MESTI ORANG ITU.
BUKAN ISLAM SENYUM MELIHAT GELAGAT..
KELAB PENYOKONG PAS ,NYAH ENGKAU ,tapi nanti nak undi kami baiklah dengan kamu dan cakaplah kemunngkinan boleh jadi ahli pas.

MACAM NI KAH PERJUANGAN UNTUK MENEGAK KEADILAN BERLANDASKAN ISLAM???

Anoinimuz said...

Fraksi UMNO dan UMNO boleh pergi jahanam. Jangan sampai korang sume disepak keluar dari medan politik...

Fraksi UMNO...jgn nak bawak budaya Dolah Ubay dalam parti...kembali lah kepangkal jalan...

urat dawai said...

o ya Tulang Besi, kalau ko dan org2 yg satu kepala dgn ko nak tahu, waktu Tok Guru nik Aziz di tanya wartawan selepas perasmian Seminar Kepimpinan Ulama tentang maksud Kepimpinan Ulama - Tok Guru jawab "rujuk kertas kerja Ust Haron Din".

So, kalau Tok Guru pun suruh rujuk kertas kerja Ust Haron Din, hangpa nak rujuk kertas kerja sapa?? Tulang Besi?? hehehe...

Anonymous said...

Aku meyakini sebenarnya Tulang Babi memang Fraksi yang ditaja oleh UMNO. Dulu dia fitnah seminar kepimpinan Ulama' tidak menjemput Nik Aziz dengan membelakangkan Mursyidul Am. Tapi semalam MA yang rasmikan. Inilah PENFITNAH akhir zaman rakan DAJJAL laknatullahialaih.

Saya rasa sesiapa yang tak pergi seminar Kepimpinan Ulama semalam janganlah nak memandai-mandai buat komen.

Dr Harun Din adalah insan biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan sama seperti kita. Apa yang beliau cakap ialah kebimbangannya bberkiatan trend pemilihan yang membuka ruang kepada golongan munafik untuk memilih pemimpin ISLAM seprti Tulang Babi seekor ini dengan meramaikan golongan munafik ini dalam jemaah Islam. Itu kebimbangan beliau. Mungkin ada kebenaran dan mungkin sebaliknya. Dia sebagai TMA berhak untuk menyatakan pendapatnya.

Saya lihat FITNAH yang cuba dibawa oleh Tulang Babi ialah menyakan Ulama' dalam PAS nak bawa PAS masuk UMNO. Aku rasa potensi Tulang Babi untuk menjadi DAJJAL akhir zaman adalah besar seperti yang ditunggu oleh golongan zionis.


Haqqul Mubin

Orang Baru said...

Tulang Besi,

Depa guna usrahlah nak kempen untuk kepimpinan ulama@nasa. Saya dah kena semalam.Teruk kumpulan yang dilabel Erdogan kena kutuk.

Tak aci betul la puak-puak ni. Dah la buat seminar kepimpinan ulama. PAstu serang pulak ml usrah-usrah.

penawarrindu said...

Usrah awal ke usrah lama ke , masuk pas awal ke dah jadi awal ke tidak menjamin anda boleh kekal.
Masa Asri pimpin PAS TB dalam janini( Bukan dalam Tabung) Masa Nakhaie jadi naib YDP PAS TB masa tu dah jadi Su kawasan ke? dah ikut usrah ke? dah masuk ahli ke?

Lama ke awal ke, kalau tak jujur dengan Jamaah atau berjuang hanya untuk seseOrang, tunggulah kehancuran diri sendiri....Anak sihat Ke?

Nizam Mahmud said...

Statement kurang upaya berfikir dari ulama setakat ini;

1. Nik Abduh - ramai mee celup dalam PAS dan pembantu ayah nya buat kerja sesat

2. Daud Iraqi - calon dalam pemilihan PAS amalkan rasuah sama ja dengan UMNO. Lepas tu mengaku kabar angin.

3. Harun Din - orang masuk PAS mesti dipertikaikan keikhlasan dia. Malah kemasukan dia dalam PAS atas sebab disokong oleh musuh Islam macam Amerika Syarikat

Betul ka ulama ini boleh memimpin? Kepercayaan saya dah turun dengan banyak nya.

Minta maaf lah banyak-banyak. Saya dah kata kalau Nik Aziz sendiri pun buat kenyataan saya akan analisa dulu sebelum terima.

Yang lain-lain itu tak usah cakap lah. Zaman orang duduk bersila sambil tunduk menadah kitab dan dengar saja sudah berlalu.

Zaman ini pembelajaran adalah dua hala. Ulama dipersilakan untuk ajar tapi jangan lah terlalu mengharap semua yang cuba dipropagandakan akan diterima bulat-bulat.

Saya berpendapat bahawa pemimpin PAS mesti berterus terang dan jujur. Betul ker nak orang luar macam saya sokong? Kalau sokong PAS bermaksud atas suruhan Amerika, baik saya sokong parti lain. Masih ada alternatif lain.

penawarrindu said...

3. Harun Din - orang masuk PAS mesti dipertikaikan keikhlasan dia. Malah kemasukan dia dalam PAS atas sebab disokong oleh musuh Islam macam Amerika SyarikatNampaknya tuan tak berapa faham .

Sila amati ucapan beliau, jangan ceduk dari mana-mana akhabar, amati ucapan beliau secara live, secara terus, barulah menilai, bersabarlah dalam perjuangan ini,Matlamat mesti jelas, niat mesti ikhlas.Perbanyakkan menuntut ilmu dan perbanykan bermunajat kepada Allah, insyaAllah selamat. Selamat dari musuh, musuh luar dan musuh dalam.

Anonymous said...

Sampai kiamat pun mana mungkin sama antara PAS dengan Melayu Islam UMNO?

Satu nak mendukong/menjiwai Islam yang satu lagi mendukong bangsa melayu (yang konon semuanya Islam).

Mereka-mereka ini macam Ustaz Nasa, Ustaz Haron Din (masih belum Ulamak walaupun berkelulusan PhD macam Dr Yusof Nor), kalau hati dah mendokong UMNO patut benar meninggalkan PAS segera supaya jiwa mereka tenang.

Biarlah kami terus berjuang atas dasar Islam. Kita tak perlu UMNO.

Tulang Besi said...

May 24, 2009 10:45 AM
Blogger penawarrindu said...

Usrah awal ke usrah lama ke , masuk pas awal ke dah jadi awal ke tidak menjamin anda boleh kekal.
Masa Asri pimpin PAS TB dalam janini( Bukan dalam Tabung) Masa Nakhaie jadi naib YDP PAS TB masa tu dah jadi Su kawasan ke? dah ikut usrah ke? dah masuk ahli ke?
.

Betulah tu. Kalau tengok sekarang ni, yang kemaruk nak bawak PAS masuk BN ni pun sebahagiannya orang lama dalam PAS.

Betul tak?

Tulang Besi said...

o ya Tulang Besi, kalau ko dan org2 yg satu kepala dgn ko nak tahu, waktu Tok Guru nik Aziz di tanya wartawan selepas perasmian Seminar Kepimpinan Ulama tentang maksud Kepimpinan Ulama - Tok Guru jawab "rujuk kertas kerja Ust Haron Din"..

Mungkin juga sebab kertas kerja tu Ustaz Nik Aziz dah check siap2?

Anonymous said...

Penawar rindu,

Aku tak terkejut la hang geng fraksi UMNO pasai hang kan org kuala Berang, satu kawasan dengan Harun Taib

Anonymous said...

Sila amati ucapan beliau, jangan ceduk dari mana-mana akhabar, amati ucapan beliau secara live, secara terus, barulah menilai, bersabarlah dalam perjuangan ini,Matlamat mesti jelas, niat mesti ikhlas..

Setakat ni ada tak Ustaz Harun Din nafi kenyataan yang beliau buat itu?

Nizam Mahmud said...

penawarindu
"""Nampaknya tuan tak berapa faham .

Sila amati ucapan beliau, jangan ceduk dari mana-mana akhabar, amati ucapan beliau secara live, """


Seperti biasa, golongan marhaen seperti saya jugak la yang tak faham.

Pemimpin PAS yang buat statement demi menyokong Nasarudin Mat Isa juga yang faham segala-gala nya.

Baik lah, kalau begitu bagi la penerangan apa yang saya tak faham itu.

Dari kenyataan di atas, amat celaka lah Ikhwanul Muslimin, HAMAS dan FIS kerana mendapat penyokong dan undi yang banyak dalam pilihanraya. Ini adalah kerana semua pengundi mereka adalah dipengaruhi oleh musuh Islam seperti Amerika Syarikat.

Pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin, HAMAS dan FIS yang rata-rata nya adalah ulama mee celup sebenarnya tidak pernah berusaha meraih sokongan pada perjuangan Islam. Mereka hanya duduk di rumah atau pejabat yang berhawa dingin.

Semua yang sokong mereka itu adalah kerana terpengaruh oleh musuh Islam.

Terima kasih banyak-banyak pada ulamak yang bagi penerangan yang begitu jelas itu.

Susah betul macam ini.

Skuad Peninjau said...

Kepada Nizam Mahmud,

Ustaz Harun Din tak kata dia kesal ramai orang masuk pas. Dia tak larang. Dia tak kata susahlah orang masuk pas ramai sangat. Dia tak kata orang yang masuk pas ramai ramai ni tak guna. Cuma dia bagi peringatan. Perkara penetration ni terjadi kat mana mana, bukan stakat parti dan pergerakan Islam sahaja, mana mana tempat kat dunia pun terjadi benda ni.

Soal penetration ni:
Ianya terjadi kepada Parti Komunis Malaya.
Ianya terjadi kepada Kesultanan Islam di Aceh.
Ianya terjadi kepada kerajaan Hafez Al Assad di Syria.

Tak mustahil akan terjadi kepada pas, jika tiada langkah yang diambil. Jadi Ustaz Harun Din berikan nasihat. Kan peringatan itu berguna bagi orang mu'min?

Cuma, Juak Juak yang nak sangat kepada Be End(baca Umno), pergila sorang sorang, jangan bawak satu parti. Tak perlu la kerana kelapaq sgt nak jadi menteri, terus cium tgn al_hantu_ya tu. Even, kalu DSAI sendiri yg buat, saya akan tentang habis habisan.
PAS dah biasa kalah. Tak pa kalau kalah seribu tahun lagi, tapi atas nama nak baik ngan UMNO, bye.

Salam Pak Tulang Hadeed.

Anonymous said...

Mungkin musuh daripada luar yg Haron Din maksudkan adalah Fraksi UMNO selalu bertemu dalam gelap?

Sekarang segala nya mungkin... Kerana di Malaya, umno adalah fraksi US! Hancur lah pas kalu main lagu nin...

tokden

Anonymous said...

"Mat Iraqi was caught flat-footed.When asked to show proof of his accusation against Husam,he admitted he did not have a shred of evidence nor did he know of anybody who had received gifts or meals in exchange for support.
At one point,Mat Iraqi held up both hands as though in surrender and his bushy beard quivered as he told the council repeatedly:"Saya minta maaf(I beg for forgiveness)"
Petikan dari penulisan Joceline Tan "Insight" dalam akhbar Star hari ini 24.05.09.
Sama ada gambaran yang dipaparkan olih Joceline Tan ini benar atau tidak dan dari mana pula dia mendapat gambaran ini - sudah jadi satu perkara yang akedemik.Namun inilah gambaran yang dibaca olih pelanggan "Star" mengenai Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Selagi pihak pro-UMNO ni tidak insaf,tak faham dan suka dijadikan bidak atas papan catur UMNO - ulamak sudah jatuh ketahap yang rendah yang bolih dijadikan bahan mainan dan ejekan.Berniaga buluh kasap,dapat hujung,pangkal lesap,dapat pangkal,hujung lesap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.