Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, May 22, 2009

Barisan Kepimpinan PAS yang Baru Boleh Membunuh UMNO

UMNO sekarang ini cuma terhad kepada sokongan dari ultra nasionalis Melayu dan sebahagian besar pengundi atas pagar Melayu. MCA dan MIC lebih teruk lagi kerana pengundi tegar mereka pun terpaksa dikongsi dengan DAP. Kiranya PAS dapat menarik majoriti dari pengundi atas pagar Melayu, nescaya UMNO akan ruyup dan hanya menghitung hari-hari terakhir mereka.

Inilah kriteria yang perlu diambil kira oleh perwakilan seluruh Malaysia. Kita tidak boleh terkongkong dengan retorik. Isu seperti ulamak vs professional adalah retorik semata-mata. Retorik ini menguntungkan UMNO dan menguntungkan sekularisma.

Pemecahan tembok sekularisma adalah hasil dari penggabungan antara aliran agama dan aliran duniawi. Pemecahan di antara ulama dan professional adalah manifestasi sekularisma dalam PAS.

Dengan kata lain, sesiapa yang menaikkan isu "ulama lwn professional", dia itu adalah agen sekular dalam PAS.

Yang penting adalah PAS mampu membariskan kepimpinan yang mampu menarik golongan atas pagar Melayu untuk menyokong PAS. PAS mesti mampu mengganti UMNO dan bukannya bekerjasama dengan UMNO. PAS mesti menjadi tunjang orang2 melayu/Islam di Malaysia tanpa menghambat kaum-kaum lain.

Perlu diingat bahawa PAS adalah parti Islam dan bukan Parti Melayu. PAS harus mampu memperlihatkan keadilan dan kesaksamaan Islam di dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan islam di samping menjaga kebajikan serta kemakmuran bangsa2 lain di Malaysia.

PAS juga mesti mampu membawa gagasan ekonomi yang bukan neo-liberal dan bebas korupsi untuk memastikan ekonomi Malaysia senantiasa membangun dan mencapai ke puncak.

Bagi saya, PAS akan mampu mengharumkan imej Islam di MAlaysia sekiranya barisan kepimpinan PAS yang baru ini dapat menarik perhatian golongan Melayu atas Pagar selepas bulan Jun 2009 nanti.

Wallahualam

TUlang Besi

16 comments:

Anonymous said...

Well then TB, i hope PAS members knows how to choose the right candidates then.

And deeds ultimately are more important than words.

Walk the talk!

Anonymous said...

selamat mencuba !!!!!!!!!!

far-east said...

Sudah tentu, yg penting kita jangan tafsir dahulu selepas Jun nanti. Berikan tempoh masa. Bukti di Kelantan, kepimpinan ulamaklah yg paling berkat. Sekian.

Orang Baru said...

Kalau Nasha ngan Tantawi menang, jangan harap ler TB.

Memanjang duk mengikut kata jer la.

Boring-boring jumpa UMNO nak muqabalah. Malang btol nasib.

Pri Hatim said...

Baik juga cadangan tu tapi JANGAN lari dari tujuan asal perjuangan
sudahlah. Lagi satu yang perlu dititik beratkan ialah 'attitude' ahli-ahli. Masih ramai yang tidak menunjukkan contoh-contoh yang baik sebagaimana yang dibanggakan dalam Islam.

Anonymous said...

taik insaf2 org pas ni.
celik mata .. cakap nak bunoh UMNO saja.
dimana iman & taqwa?

Tok Pawi said...

Sungguh kelakar! Saya ketawa terguling-guling... :))

Anonymous said...

Yang Pasti silap pilih undur belakang 30 tahun balik........ dirgahayu PAS kami buka Parti baru, Parti Perjuangan Islam... Insyallah.

Tulang Besi said...

May 22, 2009 12:41 PM
Anonymous Anonymous said...

taik insaf2 org pas ni.
celik mata .. cakap nak bunoh UMNO saja.
dimana iman & taqwa?

May 22, 2009 12:55 PM
.

Nampak betapa takutnya UMNO dengan tulisan saya ini.

Memang mereka tak tidur malam. Mereka tahu PAS dapat menggantikan UMNO tanpa mengorbankan prinsip Islam di Malaysia.

Iman dan taqwa adalah apabila kita membunuh sekularisma anutan UMNO

Anonymous said...

kenapa tak bunuh sekularisme anutan PKR dan DAP sama?

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

kenapa tak bunuh sekularisme anutan PKR dan DAP sama?
.

Kerana sekularisma anutan DAP tidak berjangkit pada orang Melayu/Islam di Malaysia.

Org bukan islam, lantak lah diorang nak berakidah apa pun. Itu hak diorang.

KeAdilan bukan parti sekular.

Anonymous said...

hahahahahaha....kelako la ko Tulang Babi.
ari tu bukan main lagi ko hentam kepimpinan ulama.
sekarang bila takleh makan baru nak kata jgn main retorik plak!!
piiirah...ko yg start main isu ni...skr nak tunjuk baik plak.
memang dasar munafik!

Anonymous said...

WOW! hebatnya ko Tulang Babi.
Sekarang ko kata KeAdilan bukan parti sekular???
habis parti apa???
parti ISLAM!???
hahahahahaha...

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

WOW! hebatnya ko Tulang Babi.
Sekarang ko kata KeAdilan bukan parti sekular???
habis parti apa???
parti ISLAM!???
hahahahahaha...

May 22, 2009 4:29 PM
.

Parti tengah2

lan said...

PR hanya perlu tarik kira2 5% sahaja lagi daripada pengundi2 melayu untuk memerintah malaysia.

Inilah peranan kepimpinan PAS untuk menumpukan dimana kawasan2 yang PAS telah tandingi terutama di kawasan melayu. Manakala di kawasan2 yang PKR dan DAP tanding, biar parti2 tersebut tumpu. Jangan ganggu kacau daun nak letak calun. PAS hanya membantu menyumbang tenaga dan menggerakkan jentera PAS bagi memenangkan PKR dan DAP di sana.

Abuzar said...

Barisan kepimpinan PAS baru perlu yang mantap, berkredibiliti dan diyakini ummah.

Kalau tidak, secara adatnya/urufnya, PAS tak mampu nak berdepan dengan UMNO/ BN dan penyokong2nya. Kecuali apa-apapun dengan kehendak Allah jua.

Kita saksikan sejarah runtuhnya "Institusi Khalifah Islam", ... Ummayyah, Abasiyyah, Fatimiyyah, ....Andalus (Spain), Seljuk, Moghul India, Othmaniyyah kerana terlantik kepimpinan yang lemah, tiada keahlian mentadbir dan dibenci rakyat.

Mereka jadikan Institusi Khalifah terlalu eksklusif (exclusive) untuk satu-satu dinasti/ kelumpuk / bangsa / keturunan tertentu saja! Walaupun tiada daya dan ciri2 pimpinan muttaqin yang berkeliber, tetapi mereka dilantik atas sifat assobiyyah keturunan atau kelumpuk. Akhirnya Institusi Khalifah yang mulia itu ranap dan lenyap kerana ketamakan dan kesombongan dari mereka ingin berkuasa. Tangan-tangan mereka yang berwatak seperti inilah yang meruntuhkan Aqidah, Intitusi Islam dan Kesatuan Ummah! Sehingga hari ini umat Islam merempat dan tertindas.

Umat Islam dan ahli2 PAS perlu menghayati sejarah, bukan sekadar baca sejarah. Menghayati ilmu, bukan sekadar hafal ilmu.

Ramai juga yang hafal ilmu tapi
tak kaji ilmu,
tak fahami ilmu,
tak hayati ilmu dan
tak amal ilmu.
Sekadar bangga dengan gelaran ilmuan @ ustazzzzz......saja!!

Pimpinan baru PAS perlu "kepimpinan muttaqin yang berkeliber" mengikut syarie yang mampu menegakkan agama Allah dan mentadbir bumi.

Soalan:
1) Apakah kepimpinan muttaqin yang berkeliber hanya berada didalam kelumpuk tertentu saja?

2) Apakah syarat iman, ilmu, amal dan taqwa seseorang mukmin bergantung kepada SIJIL atau IJAZAH saja?

AAYYUHAI MUSLIMIN ........ MARILAH KITA MENILAI & MEMILIH PEMIMPIN UMMAH BERDASARKAN IMAN & GERAK HATI YANG KUDUS KEPADA ILLAHI...

Wallahu alam. Istaghfirullaha azim..jika hamba terkhilaf bicara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.