Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 25, 2009

Benar Kata Dr. Harun Din. Memang Ada Musuh Dalam Selimut Dalam PAS

Dr Harun Din dilaporkan berkata:

“Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti,” katanya di seminar sehari kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS di Gombak hari ini.”


Blog ini telah membuat pendedahan betapa akhbar, media dan instrumen kerajaan Pro UMNO (Utusan Malaysia, TV3, Berita Harian, SPRM) telah menjalankan kempen terbuka terhadap calon idaman kalbu mereka.

Misalnya:

a. Bantuan UMNO Dalam Pemilihan PAS: Penyiasatan SPRM...

PENERANGAN: Artikel ini menceritakan bagaimana Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia (SPRM) telah sanggup untuk menjalankan kerja menghukum calon pemilihan PAS yang tidak disukai UMNO

b. Utusan Malaysia Mula Berkempen Untuk Jawatan Timbalan Presiden

PENERANGAN: Jelas satu usaha dari Utusan Malaysia untuk menyokong calon idaman kalbu mereka untuk jawatan Timbalan Presiden PAS sehingga mereka tersalah mengira jumlah pencalonan (60%+20%+20%+5% = 105%).

c. Sokong Calon Yang DIbenci Utusan Malaysia dan TV 3

PENERANGAN: Utusan Malaysia mempunyai senarai calon yang disukai dan disayangi mereka. Pengarang Utusan Malaysia telah menamakan “kumpulan Erdogan” sebagai kumpulan yang mereka benci.

d. UMNO Sokong Kepimpinan Ulama PAS Untuk Menghalang Anwar Menguasai PAS?

PENERANGAN: UMNO menggunakan alasan menghalang pengaruh Anwar digunakan untuk menyokong kepimpinan ulama dalam PAS. Ertinya,UMNO mmengharap sangat-sangat "kepimpinan ulama" ini kekal.

e. Apabila Utusan Malaysia Menyokong Kepimpinan Ulama

PENERANGAN: Utusan Malaysia secara terbuka menyokong kepimpinan ulama dalam PAS
Dan, tidak menjadi rahsia lagi Utusan Malaysia dan media UMNO secara terbuka menyokong kumpulan yang pro kepada muqabalah dan muzakarah dalam PAS.

Jadi, memang benarlah pernyataan Dr. Harun Din bahawa terdapat musuh dalam selimut dalam PAS.

Musuh dalam selimut dalam PAS ini dipanggil sebagai “Fraksi UMNO”. Yakni mereka yang mahu membawa PAS masuk BN dan memanjangkan jangka hayat UMNO.

Tulang Besi

42 comments:

Orang Baru said...

Yang konpom salah sorang ROSLAN SMS.

Cane fraksi UMNO boleh jadi orang kuat TGHA.

Aish, malang sungguh.

Anonymous said...

salah sorang musuh dalam selimut Tulang Besi

lan said...

Roslan SMS? betul tu

Sebal said...

ha ha ha...sebenarnye..umno dah ada agent dlm dua dua group..eee..tak percaya..kena tanya..roslan SMS and geng and tanya juga ke TB..eeee...berjaya umno and agent nye menjalankan propaganda melagakan org pas and ahli nye...tengok apa kata pimpinan umno..dlm akhbar...dah menang asik politik aje,,,tak ada program utk rakyaat...asik sibuk pasal jawatan MB...buatlah kerja utk faedah rakyat..klo lihat dlm comment-comment dlm mana-mana blog pasti ada yang comment macamni...nilah dia propaganda halus,,dari umno..yang akan memburukan PR secara perlahan-lahan..macam barah...nanti slow and slow semua org ingat,,,PR ni tak buat kerja ,,,hanya sebuk politik and berbalah aje...tanpa bekerja utk rakyat..dgn akbar juga...depa berjaya melagakan org pas..hingga berbalah kepada 2 group..so, sapa yang tolong promote perbalahan ni..and perbezaan pendapat ni..blogger lah..yang menyumbang perbalahan..tuduh org semua tak betul and agent umno..sebenarnye..gue sebal and tabik pada perang saraf umno yang berjaya..bekerja melagakan and org pas dan pimpinan PAS..walaubagaimana pun..semoga lepas muktamarnye..akan selesai issue ulamak and professional ni...and rapatkan saf pimpinan utk kejayaan PR dlm PRU 13 nanti..

Tulang Besi said...

..berjaya umno and agent nye menjalankan propaganda melagakan org pas and ahli nye...

Melagakan? jadi siapa yang salah?

Bukan mereka yang memulakan usaha untuk masukkan PAS ke BN yang memecah belahkan PAS kini?

SApa agen skrg ni?

aku benci budak sebal said...

hoi sebal..
kalu ko nak parti2 PR membela rakyat dengan sebenar2benarnya, ko kempen la kat org2 kampung ko, sedara mara ko, sahabat handal ko supaya bagi PR perintah malaya ni..
skrg BN perintah, ko dersak depa la yg bela rakyat...
kecoh la budak2 ameno bodoh ni!!!

Anonymous said...

puak2 hati yg dah rosak ni ada saje jalan nak burukkan ulama hehehe.mcm budak2 hingusan

Anonymous said...

Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Dato' Husin Awang berkata "Ulama harus memimpin masyarakat kerana golongan ini menjadi pengawal kepada agama, menegakkan yang hak dan mencegah kemungkaran,"

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Dato' Husin Awang berkata "Ulama harus memimpin masyarakat kerana golongan ini menjadi pengawal kepada agama, menegakkan yang hak dan mencegah kemungkaran,"
.

Abih tu golongan Islam lain tu apa? Penghancur agama?

Anonymous said...

Kenapa Roslam SMS begitu powerful? Bukan dia sorang.... Yang mengelilingi TGHA ialah trdiri drp Roslan dan geng-geng menara gading yg bukan dari kalangan akar umbi PAS. Ni semua yang ada Dr. Dr. semua. Contoh kerja dia orang ialah Kerajaan Perpaduan yang dilontar oleh TGHA yang tak pernah dibincang dalam mesy ajk PAS Pusat tp dah didedahkan pada media dan ahli. Geng-geng ni ada agenda sendiri yg kebanyakkannya tak ada kena mengena dgn kehendak ahli. Mereka ni sentiasa mesy dan merancang utk menjauhkan PAS drp Pakatan Rakyat. Ini bukan fitnah. Boleh dapatkan makklumat ni drp ibu pejabat PAS

Anoinimuz said...

mmg laa ulama kne lead PAS...bukannye org yg menyamar jdk ulama cam fraksi umno nie...ulama yg btul2 faham dgn pjuangan,akidah, bacaan politik...bukannye yg nak peluk ngan umno...pegilah jahanam ngan UMNO dan fraksi2nya....

Anonymous said...

Ala...sebenarnya dalam PAS ni dah ade fraksi UMNO dengan fraksi PKR/Anwar. Dua2 tak boleh pakai. Bila PAS kacau bilau, orang tolak PAS... yang untungnya UMNO atau PKR/Anwar. So....wahai ahli PAS, LU PIKIR LE SENDIRI!!!

-dah masak dah perangai puak2 ni-

Yong said...

Yong bimbang tentang politik wang dalam PAS jika benar2 ia wujud. Tapi Yong lebih bimbang dengan gejala membuat aktiviti dengan menggunakan sumber kewangan parti demi untuk mempromosi seseorang dan membelasah orang lain. Yong berpendapat ini adalah politik wang "of the highest order'. Apa bezanya PAS dengan UMNO kalau buat gini? UMNO guna duit rakyat untuk kempen. Individu PAS guna duit parti anjur aktiviti untuk promosi individu.

Yang Prof, yang dr, yang ulamak, yang profesional! Yong minta anda semua insaf. Kalau ada orang nak cabar, biar dia cabar. Sama ada ulamak nak cabar profesional atau sebaliknya. Tak perlu malukan orang begitu begini semata2 kerana berebut pangkat Timbalan Presiden. Jangan sampai PAS jadi macam PPP.

Orang Baru said...

Saya setuju. Roslan SMS dan orang sekeliling Presiden sentiasa cuba menjauhkan PAS dari Pakatan Rakyat dan cuba berdakap-dakap dengan UMNO. kasihan presiden menjadi mangsa.

Wahai Tulang Besi, teruskan membongkar rancangan jahat Fraksi UMNO Dalam PAS. Memang mereka akan membenci TB tapi kami tetap menyokong dari belakang.

Anonymous said...

AKU RASA GOLONGAN ULAMA YANG AKAN MENANG DLM PEMILIHAN NANTI.KORANG SEMUA JANGAN TAKUT.GOLONGAN YANG PRO ANUAR IBRAHIM AKAN DITOLAK OLEH PEWAKILAN.XYAHLAH TB NAK KEMPEN2 DISINI,DIORANG AKAN MEMBUAT PEMILIHAN YANG TEPAT DENGAN HALATUJU PAS DAN AKAN MENGAMBILKIRA KEPENTINGAN ISLAM.

-KAMIL

Anonymous said...

hehehe kononnya profesional vs ulama.sbnarnya perang peribadi antara makhluk.disebabkan puak2 hati rosak ni abis satu parti pas terpalit.hehehe kesian budak2 hingusan ni tak abis2 burukkan ulama.asyik2 menjaja cerita pas nak join umno.naik menyampah aku dgr.maklumla hati dh rosak.betul mcmna sekalipn fakta akan ttp dipandang salah.

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

AKU RASA GOLONGAN ULAMA YANG AKAN MENANG DLM PEMILIHAN NANTI.KORANG SEMUA JANGAN TAKUT.GOLONGAN YANG PRO ANUAR IBRAHIM AKAN DITOLAK OLEH PEWAKILAN.XYAHLAH TB NAK KEMPEN2 DISINI,DIORANG AKAN MEMBUAT PEMILIHAN YANG TEPAT DENGAN HALATUJU PAS DAN AKAN MENGAMBILKIRA KEPENTINGAN ISLAM.

-KAMIL
.

Tapi Golongan "ulama" ni dulu yang buat kita kalah 2004?

Takkan nak ambik diorang kerja lagi?

Anonymous said...

tb, pendapat kau tentang mogok lapar- setuju atau tidak?

yes said...

Amboi, bila nak berbisik bisik dengan UMNO buat dalam gelap. Tidak ambil pandangan ahli yang telah mendukung perjuangan PAS selama ini.Bila di tanya berbohong pula dengan menafikan nya. Tiba tiba Pak Lah dedahkan cerita sebenar. Adakah ini akhlak yang terpuji atau yang amat keji?

Bila nak kumpul dana heboh satu Malaysia. Pak cik dan mak cik di kampong inilah yang selalu menghulurkan seringgit dua selama berpuluh puluh tahun.Mak cik dan pak cik inilah yang memenuhkan surau dan padang bila ada ceramah

Sekarang Alhamdulillah dah ramai yang bergelar Dr dalam Pas, ada yang bijak dan fasih bahasa Arab, Inggris dan Melayu, ada juga yang fasih lain lain bahasa tetapi malangnya,setengah dari mereka tidak ada ketelusan, jadi apa maknanya, sama saja macam UMNO.

Siapa saja yang nak bersekongkol dengan UMNO kenapa tak keluar sahaja dari PAS dan masuk UMNO. Tak perlu jadi ular air.

Sama sama kita sokong dan hargai pandangan TGNA. Bukan kerana dia Tok guru, tetapi kerana pemikiran nya bernas dan dia telus dan ikhlas, bukan seperti mereka yang bepakat dalam gelap.

Wahai pemimpin pemimpin Pas, walau pun kami tak sebijak anda tetapi kami juga tak sebodoh yang anda sangkakan, Kami tahu yang mana berlian dan yang mana kaca.

japp said...

http://tempurunglutut.blogspot.com/2009/05/hangat-nik-aziz-bagi-11-hujjah-kenapa.html

Mari kita dengar ciri2 calon pilihan TG Nik Aziz sendiri

Anonymous said...

Sikit-sikit fraksi UMNO.

Yang jelas ialah fraksi Anwar (ie Husam ) yang cuba nak kontrol PAS.

Fraksi UMNO ni yang mana satu? siapa dia?

Yang kecoh pasal merasuah ni golongan mana kalau bukan fraksi Anwar?

Bukan kah Anwar lebih mempengaruhi PAS sebab tidur sekatil dalam PR.

TB, lama-lama orang akan nampak apa yang sebenarnya berlaku. Anwar yang akan menguasai PAS.

Kamu ni cuba nak putar belit. Mungkin benar UMNO tidak suka PAS dipimpin fraksi Anwar, tapi mungkin juga nak menyedarkan PAS tentang ancaman Anwar.

Jika PAS dikuasai Anwar, lebih baik PAS dan PKR dibubarkan dan dicantum menjadi satu.

Jika tidak PAS hanya akan menjadi parti yang ditunggang Anwar.

Inilah yang Harun Din nak nyatakan.

Ingat! dalam PAS tu ramai yang tak suka Anwar.

Abd Razak said...

Anonymous said...

Sikit-sikit fraksi UMNO.

Yang jelas ialah fraksi Anwar (ie Husam ) yang cuba nak kontrol PAS.

Fraksi UMNO ni yang mana satu? siapa dia?

Yang kecoh pasal merasuah ni golongan mana kalau bukan fraksi Anwar?

Bukan kah Anwar lebih mempengaruhi PAS sebab tidur sekatil dalam PR.

TB, lama-lama orang akan nampak apa yang sebenarnya berlaku. Anwar yang akan menguasai PAS.

Kamu ni cuba nak putar belit. Mungkin benar UMNO tidak suka PAS dipimpin fraksi Anwar, tapi mungkin juga nak menyedarkan PAS tentang ancaman Anwar.

Jika PAS dikuasai Anwar, lebih baik PAS dan PKR dibubarkan dan dicantum menjadi satu.

Jika tidak PAS hanya akan menjadi parti yang ditunggang Anwar.

Inilah yang Harun Din nak nyatakan.

Ingat! dalam PAS tu ramai yang tak suka Anwar.

Ini dia seorang lg PENGECUT yg x berani nk edahkan identit...berselindung di sebalik anonymous...golongan2 yg dimaksudkan x suka Anwar tu adalah geng2 fraksi umno...jgn lupa atas usaha Dato Husam Kelantan dpt mng besar pd PRU lepas setelah hampir tumbang pd 2004...lps tu golongan2 fraksi umno ni buat perbincangan dgn umno tanpa restu dan pebgetahuan pimpinan tertinggi PAS...lihat contoh seperti Dato Husam ketika berjumpa dgn Ku Li,Soi Lek dan pimpinan bn yg lain mengenai isu perak...beliau telah meminta restu pimpinan dahulu...setelah dipersetujui baru le beliau berjumpa dgn mereka...hasil pertemuan itu juga beliau dedahkan dlm blog beliau satu persatu...ada ustaz nasha,dr hassan ali dll geng farksi yakni geng muzakarah dedahkan hasil perbincangan mereka?sudahlah saudara...jgn le nk berlagak seperti anda nk jg PAS tp berusaha dgn puak2 fraksi ini utk membawa PAS masuk bn...

Abd Razak said...

Anonymous said...

Sikit-sikit fraksi UMNO.

Yang jelas ialah fraksi Anwar (ie Husam ) yang cuba nak kontrol PAS.

Fraksi UMNO ni yang mana satu? siapa dia?

Yang kecoh pasal merasuah ni golongan mana kalau bukan fraksi Anwar?

Bukan kah Anwar lebih mempengaruhi PAS sebab tidur sekatil dalam PR.

TB, lama-lama orang akan nampak apa yang sebenarnya berlaku. Anwar yang akan menguasai PAS.

Kamu ni cuba nak putar belit. Mungkin benar UMNO tidak suka PAS dipimpin fraksi Anwar, tapi mungkin juga nak menyedarkan PAS tentang ancaman Anwar.

Jika PAS dikuasai Anwar, lebih baik PAS dan PKR dibubarkan dan dicantum menjadi satu.

Jika tidak PAS hanya akan menjadi parti yang ditunggang Anwar.

Inilah yang Harun Din nak nyatakan.

Ingat! dalam PAS tu ramai yang tak suka Anwar.

Ini dia seorang lg PENGECUT yg x berani nk edahkan identit...berselindung di sebalik anonymous...golongan2 yg dimaksudkan x suka Anwar tu adalah geng2 fraksi umno...jgn lupa atas usaha Dato Husam Kelantan dpt mng besar pd PRU lepas setelah hampir tumbang pd 2004...lps tu golongan2 fraksi umno ni buat perbincangan dgn umno tanpa restu dan pebgetahuan pimpinan tertinggi PAS...lihat contoh seperti Dato Husam ketika berjumpa dgn Ku Li,Soi Lek dan pimpinan bn yg lain mengenai isu perak...beliau telah meminta restu pimpinan dahulu...setelah dipersetujui baru le beliau berjumpa dgn mereka...hasil pertemuan itu juga beliau dedahkan dlm blog beliau satu persatu...ada ustaz nasha,dr hassan ali dll geng farksi yakni geng muzakarah dedahkan hasil perbincangan mereka?sudahlah saudara...jgn le nk berlagak seperti anda nk jg PAS tp berusaha dgn puak2 fraksi ini utk membawa PAS masuk bn...

Anonymous said...

Apa bila Dr.Harun Din berkata :"Dalam PAS ada musuh dalam selimut" - memang benar.Pencuri sahaja yang kenal pencuri dan musuh sahaja yang kenal musuh.Musuh dalam selimut ni mula buat angkara sebelum Muktamar PAS diIpoh dengan isu muzakarah dan muqabalah.Kali ni buka pula medan baru iaitu kerajaan perpaduan.Orang-orang yang sama dan kumpulan yang sama serta masa yang sama (sebelum Muktamar).Walau pun isunya nampak berlainan namun matlmatnya tetap sama iaitu nak berpeluk-peluk dengan UMNO.
Dr.Harun Din elok buat kajian dan selidikan: Siapakah sebenrnya yang disebut ":musuh: itu? Pihak yang membina,berjuang atas aspirasi parti,mendapat mandat pula dari Muktamar yang lalu atau pihak yang buat kerja senyap-senyap dalam gelap(tak tahu akan matlamat dan tujuan),tak pula diketahui olih PAS Pusat dan tidak pula direstui segulungan besar dari ahli.Dr.Harun Din seorang yang punya PHD dan bergelar ulamak pula sudah tentu dapat membuat pemilihan yang wajar asalkan niat dan tindakan itu ikhlas,jujur dan meletakkan kepentingan parti ditempat yang sepatutnya.

al-Balingi said...

arghhh...

boring...boring...tak habis2..

Anonymous said...

Aku pun boring. Pada aku,dalam pas ada yang nak berbaik dengan umno dan ade yang nak dengan pr. Apa masaalahnya ? Manusia kan ada berbagai pendapat,pandangan. Terima sajalah. Jika pemimpin yang pro pakatan menang,yang pro bn harus akur. Begitu juga sebaliknya.
-Lee

Rozana said...

Hello al-Balangi,

Itu Jepun cakap, kalau tiap-tiap pagi sebut "kami juara" 20 kali. Maka, lambut-laun kesannya nyata seperti air menitik ke atas batu.

kembara putih said...

Ahli PAS kena ambil jalan tengah. Tolak fraksi UMNO dan tolak juga fraksi Anwar. Tak kira la dia Presiden PAS, Timbalan Presiden @ Naib Presiden, kalau mereka tergolong dlm 2 kelompok ni, kita pakat tolak mereka. Jadikan PAS parti yang tak perlu ditarik lubang hidung.

Anonymous said...

'Mari kita dengar ciri2 calon pilihan TG Nik Aziz sendiri'

secara peribadi,saya x setuju TGNA berkempen untuk seseorang.kita sebagai pemimpin tertinggi ni,jangan kita terlampau nampak kita ni pro pada seseorang dan golongan tertentu.kita mursyidul am,bukan kerja kita untuk berkempen.kalau nak buat kenyataanpun dimusim pemilihan ni,biarlah menampakkan kesederhanaan dan neutral kita pada ahli jemaah.saya amat dukacita,seolah2 calon lain yang bertanding tidak layak jadi pemimpin.

-FRUST

Anonymous said...

Musuh dalam selimut tu sebenarnya musuh yang tidur sekatil, maknanya kongsi selimut.

Yang tidur sekatil dengan PAS bukannya UMNO, tetapi PKR (dan DAP).

Jadi cuba fahamkan BAHASA MALAYSIA lagi sekali.

UMNO tu MUSUH TRADISI POLITIK PAS.

UMNO TAK PERNAH TIDUR SATU SELIMUT DGN PAS SEPERTI PKR

BILA DUNIA NAK KIAMAT NI MAKA MAKIN RAMAI LAH ORANG YANG SUKA PUTAR BELIT PERKARA YANG JELAS.

Tulang Besi said...

'Mari kita dengar ciri2 calon pilihan TG Nik Aziz sendiri'

secara peribadi,saya x setuju TGNA berkempen untuk seseorang.kita sebagai pemimpin tertinggi ni,jangan kita terlampau nampak kita ni pro pada seseorang dan golongan tertentu.kita mursyidul am,bukan kerja kita untuk berkempen.kalau nak buat kenyataanpun dimusim pemilihan ni,biarlah menampakkan kesederhanaan dan neutral kita pada ahli jemaah.saya amat dukacita,seolah2 calon lain yang bertanding tidak layak jadi pemimpin.

-FRUST

May 26, 2009 5:06 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

Musuh dalam selimut tu sebenarnya musuh yang tidur sekatil, maknanya kongsi selimut.

Yang tidur sekatil dengan PAS bukannya UMNO, tetapi PKR (dan DAP).

Jadi cuba fahamkan BAHASA MALAYSIA lagi sekali.
.

Hang ni ngaji tak bahasa Melayu? Musuh dalam Selimut maknanya lebih kurang sama dengan talam dua muka.

Mereka ni satu barisan dgn kita tapi bekerja untuk musuh menikam kita dari belakang.

Lain kali masa kelas BM jangan tidur bang

Anonymous said...

Saya rasa betulla apa yang ust harun din kata ada musuh dalam selimut dalam pas.duduk dalam pas tapi hati macam xsuka dengan matlamat dan perjuangan asal pas.salah satu matlamat pas ialah memastikan kepentingan islam di malaysia ni tidak terjejas malah perlu di upragekan lagi.tapi ada golongan yang ingin membuang islam dalam pas dalam masa yang sama mahu merubah pas supaya bersesuaian dengan iklim politik dalam negara ini.seolah2 islam kene ikut arus.padahal islam tidak begitu.apa yang quran dan hadis nak,arus mana sekalipun mesti ikut acuan islam.itulah perjuangan asal pas.

-Frust-

Rozana said...

Frust,

okay..kita ikut kaedah you. Manifesto PAS GE13 nanti kita state terus apabila PAS menang dan memerintah negara kita, esok hari kita hapuskan semua babi yang ada dan kita tangkap yang tidak menutup aurat sebab semua ini jelas haram. PAS boleh menang ke ? Hakikatnya kita dalam sistem politik berpilihanRAYA (mass), kita kena tengok mass yang ada hari ini. Matlamat tetap sama, kaedah je kena pragmatik, tapi bukan liberal.

Anonymous said...

rozana,saya xkata kita kene tangkap orang xpakai tudung dan kene bunuh babi yang ada kat malaysia ni.itu adalah cara jawab orang yang xpuahati dengan tuntutan islam seperti mana larangan buka aurat.tugas tutup aurat seme orang tahu benda tu wajib.pastu babi?kenapa kita nak bunuh babi plak?makhluk tuhankan tu,ada gunanya untuk ekosistem alam ni.kene cari langkah2 lainlah supaya usaha untuk memperkembangkan penggunaannya terbantut.tugas pas bukan untuk menang jelah.kalau menangpun tapi dicontrol oleh pemikir yang menyeleweng buat apa?ditunggangi oleh pemimpin yang tidak mahu mendaulatkan islam,buat apa?sama jugak macam umno.setakat pas dan rakan2 menang besar dalam sejarah,apa yang pas dan rakan2 buat?mana satu keje yang pas buat untuk jaga kepentingan islam. beri kebebasan pada agama lain supaya boleh guna nama Allah untuk beribadat ker? fikirlah rozana.quran ada ditangan kita.kita buat perlaksanaan kearah tu.gembelingkanlah tenaga dan idea/fikiran supaya kepentingan umat islam lebih baik dan kalau boleh diupgradekan,lakukanlah.disamping membongkar penyelewengan yang dilakukan oleh umno darisegi pentadbiran supaya pas boleh menggantikan umno.terangkanlah kepada rakan2 yang islam ni baik dan sentiasa relevan sepanjang hayat dunia.ni tidak,nak ikut arus (mass).nak biarkan arus tenggelamkan islam.mana boleh.nabi x ajar macam tu.kaedah tidak pernah menghalalkan cara.melawan musuh mesti ada kaedah dan fikahnya.itulah keindahan islam.

-frust-

Anonymous said...

aku heran betul la geng2 erdogan ni, masih menuduh Presiden nak bawak PAS masuk umno. Rasa nak muntah pun ada, bkn ke dah jelas pertemuan dalam gelap ke, atau yg diwarwarkan dalam akhbar ke (mcm husam)itu kerana pihak satu lagi hendak bertemu.

Imagine kalau presiden umno telifon nak bertemu dgn presiden pas. Logic ke nak jawab, saya kena minta izin ajk pusat dan akar umbi dulu, baru boleh buat keputusan boleh jumpa ke tak. Kalau akar umbi kata x boleh, x boleh jumpa lah.

Dah pilih presiden, biarlah dia buat keputusan utk parti, nak jumpa umno ke, bukannya nak masuk umno, mcm yg diwarawrkan oleh puak erdogan, walaupun dah jelas fitnah. Kalau x puashati dgn prestasi Presiden, buang lah. Ini pilih balik. Apa punya bengong punya akar umbi. Atau puak Erdogan yg bengong, x sedar yang akar umbi sebenarnya x kisah pun kalau Presiden nak bertemu dgn sesiapa secara rahsia?

fidarulmiah said...

TB bukan main lagi kutuk Haron Din dalam forum MISNA. Sedap je ko kutuk ye, kalau berani sgt kutuk la kat sini.

Anonymous said...

KALAU IKUTKAN PEMIKIRAN GENG ERDOGEN NI,ALAMATNYA PAS AKAN TERJUN GAUNG LEPAS NI..BUKAN MAKIN BAIK.TAPI MAKIN CABUK JADINYA

Rozana said...

frust,
Kaedah kita ialah to attract the mass, not to follow and dance with the mass. To attract we should be colorful likes parrot, not single tone likes crow.Colorful not liberal! Mass is not the flow, it is the subject.

Anonymous said...

'To attract we should be colorful likes parrot, not single tone likes crow'

Rozana,

Colorful,colorful la.takut kita yang terikut2 rentak pejuang yang tidak menjadikan islam matlamat kita sudahla.biasanya yang colorful2 ni,datangnya dari barat.mula-mula kita sama2 menentang musuh didepan,bila hampir memenangi peperangan kawan2 yang bersama2 kita tadi jadikan kita kuda tunggangan.itulah sejarah islam dari dulu sampai sekarang dicatatkan.islam yang dibawa junjungan besar nabi ni kurang colorful dan dibenci oleh orang kebanyakan.orang islam sendiripun membenci islam dan mengamalkan separuh-separuh tentang islam tapi ketahuilah yang islam ni walau perit dan hodoh bentuknya di akhir zaman yang penuh fitnah ni,pada hakikatnya adalah petunjuk serta penyuluh setiap zaman.

-frust-

Rozana said...

okay lah you're quite right, we need more than this medium to explain in clear crystal. We have majlis syura of eligible and genuine ulamas to guide us. Today, we should give our wala' to collective people, not single person kerana tiada yang maksum sekarang.
period.

Ahli Misna said...

May 27, 2009 12:47 PM
Delete
Anonymous fidarulmiah said...

TB bukan main lagi kutuk Haron Din dalam forum MISNA. Sedap je ko kutuk ye, kalau berani sgt kutuk la kat sini.
.

Kalau berani kao jawablah hujjah aku dalam forum MISNA tu.

Aku cadang kao ikut Dato Harun Din masuk UMNO lepas ni.

Boleh tak?

Tulang Besi said...

.tapi ada golongan yang ingin membuang islam dalam pas dalam masa yang sama mahu merubah pas supaya bersesuaian dengan iklim politik dalam negara ini.seolah2 islam kene ikut arus..

Ada tak melanggar syariat? Perubahan dalam PAS skrg ni, ada tak yang melanggar syariat Islam?

Wahai kuda2 UMNO. Tak payahlah korang nak berkokok kat sini sebab korag tu tidur sebantal dengan tokeh judi dan arak.

Tak payah la nak nasihat PAS pasal prinsip dan Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.