Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 5, 2009

Di Mana Akhlak PAS Permatang Pauh?

Saya tak nak komen usul meminta kerusi Penanti dari KeAdilan. Itu adalah keputusan akar umbi dan saya secara pribadi menyokong tindakan meminta kerusi tersebut dari KeAdilan. Malahan, tindakan meminta kerusi ni biasa dalam mana-mana koalisi dan pakatan partai-partai politik.

Itu pun saya dengar usul yang kononnya dikatakan dari ”akar umbi” ini adalah berasal dari usul yang dibawa oleh beberapa pimpinan Kawasan. Ada kemungkinan ianya diluluskan atas dasar malu dan segan kepada kepimpinan Kawasan.

Ini kerana apabila pimpinan PAS Kawasan yang membawa usul tersebut, mestilah ahli bawahan akan menyokong usul tersebut. Takkan mereka hendak berbeza pendapat dengan pimpinan Kawasan?.


Kerusi Penanti Diberikan Kepada KeAdilan oleh Ustaz Fadzil Nor (Almarhum)


Lupakah PAS Permatang Pauh bawah pemberian kerusi Penanti kepada KeAdilan dilakukan oleh AL Marhum Ustaz Fadzil Mohammad Nor? Dengan meluluskan usul sebegini, bererti PAS Peramtang Pauh keseluruhannya telah tidak menghormati keputusan yang dilakukan oleh

Apa hak PAS Permatang Pauh untuk memalukan Anwar Ibrahim sedangkan PKR tidak pernah melakukan perkara tersebut kepada Presiden kita? Kenapa tak boleh membincangkan perkara ini dengan pimpinan PAS Pusat dahulu?

Apa perasaan kita kalau Keadilan atau DAP meminta kerusi Alor Limbat atau Bukit Payong atau Pengkalan Berangan dari PAS? Bayangkan, dalam kawasan Presiden/Ketua Umum KeAdilan, PAS diberikan satu kerusi yang SELAMAT untuk dipertandingi.

Dalam kawasan Presiden PAS, TIADA kerusi yang diberikan kepada Keadilan atau DAP. Tiada langsung. 100% kerusi dalam Parlimen Marang pergi pada PAS.

Begitu juga di Pengkalan Chepa, kawasan Tok Guru Nik Aziz, tiada permintaan pun dari KeAdilan untuk bertanding di DUN Kijang, atau DUN Chempaka dan Panchor.

Kalau ikut contoh tauladan dari kawasan2 kepimpinan PAS, seharusnya PAS menyerahkan kembali kerusi Permatang Pasir kepada KeAdilan. Namun, KeAdilan dengan rela memberi kerusi tersebut kepada PAS sebagai tanda setia kawan dan persahabatan yang utuh.

Keputusan Membeku Jentera Pilihanraya Keputusan Dangkal

Keputusan PAS Permatang Pauh membekukan jentera pilihanraya tanpa merujuk kepada Perhubungan Negeri atau PAS Pusat adalah satu tindakan yang memalukan dan Presiden. Ia mencerminkan sikap PAS Kawasan yang mahu memalukan Anwar Ibrahim sedangkan pihak PKR TIDAK PERNAH MEMALUKAN Presiden PAS secara terbuka sebegini.

Dahulu Pemuda PAS Bukit Katil pernah meluluskan usul memarahi Khalid Jaafar atas kenyataan beliau yang menyakitkan hati petugas PAS di sana. Tapi itu adalah bahana atas sikap Khalid Jaafar yang tidak menghormati perasaan jentera tempatan. Tiada siapa yang marah dan malah orang melihat Pemuda PAS Bukit Katil ada hak meluahkan kemarahan mereka. Mereka lihat Pemuda PAS Bukit Katil ”fair” atau adil di dalam membuat kritikan sebegitu.

PAS Sentiasa Berakhlak Di Dalam Melaksanakan Tahaluf Siyasi

Saya masih teringat gambar Ustaz Hasan Shukri dalam TV apabila Ustaz Hasan menyerahkan jemputan ke Muktamar PAS kepada Tengku Razaleigh di akhir hayat S46 sebelum mereka meninggalkan Angkatan Perpaduan Ummah dan masuk UMNO.

Muka Tengku Razaleigh cukup menjadi begitu bengis dan mencuka lantaran sangat beliau teramat malu dengan sikap PAS yang begitu tinggi akhlak. Muka Ustaz Hasan Shukri begitu manis dan berseri pada masa itu selepas menyerahkan jemputan rasmi tersebut telah memenangkan PAS ke atas ramai pengundi Semangat 46.

Tidak lama selepas itu, berlaku Pilihanraya Kecil Pulai Chondong hasil dari kematian wakil S46 yang terkena serangan jantung kerana ditengking Sultan Kelantan. Kerusi Pulai Chondong tidak pernah dimenangi PAS semenjak merdeka dan merupakan kubu kuat UMNO dan S 46.

Saya berpendapat hasil dari senyuman manis Ustaz Hasan Shukri tersebut, PAS telah berjaya merampas kerusi Pulai Chondong dari S46 dan UMNO buat pertama kali dalam sejarah. Kerusi Pulai Chondong kekal dengan PAS sehingga hari ini.

Penyakit Tamak Telah Melanda PAS?


Sedih dan pilu saya melihat perangai setengah-setengah orang dalam PAS. Suka sangat menunjukkan sikap tamak mereka menyebabkan keindahan akhlak islami yang sepatutnya ditunjukkan oleh PAS hilang.

Bagaimana PAS hendak menyampaikan dakwah islamiyyah dengan baik sekiranya sifat ketamakan seperti ini ditunjukkan dengan jelas dan terbuka sebegini?

Adakah tindakan ini baik untuk Islam dan untuk dakwah islamiyyah? Ataupun PAS Permatang Pauh lebih rela berdakwah dengan UMNO?

Tulang Besi

27 comments:

TiangBesi said...

"Sedih dan pilu saya melihat perangai setengah-setengah orang dalam PAS. Suka sangat menunjukkan sikap tamak mereka menyebabkan keindahan akhlak islami yang sepatutnya ditunjukkan oleh PAS hilang."

hahahahahahah....Tulang Besi becakap pasal AKLAK ISLAMI...hahahahhah

Radius said...

Anggota PAS pun manusia juga. Jika mempunyai kedudukan didalam parti bukannya bermakna seseorang itu adalah seorang yang baik dan tinggi akhlaknya. So, once in a while, kita akan jumpa la manusia yang berangai seperti UMNO walaupun didalam PAS. Jikalau didalam PKR, memang ramai orang UMNO yang bertopengkan PKR. Tengok cara pun dah tahu. :)
Anyway, kalau dah berperangai macam UMNO, baik join UMNO saja. Lagi senang nak kaya daripada duduk sibuk duduk didalam PAS dan tak kaya kaya sampai ke tua.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sesetengah ahli Pas telah di jangkiti oleh flu Umno, yang salah satu dari tandanya ia lah berebut kuasa.

Memang betul, ahli Pas pun manusia juga, tetapi persoalan nya, bagaimanakah ahli Pas memilih orang yang di jadikan ketua? Ambil saja contoh bagaimana Islam menyarankan kita memilih Imam, pilih yang terbaik. Bukan begitu? Jadi bila memilih ketua cawangan atau kawasan atau ketua apa saja pilihlah yang yang berilmu, berakhlak dan berakal.

Tinta Hitam said...

Saya boleh membuat beberapa andaian.Pertama sebagai umpan utk menggalakkan UMNO bertanding kerana tertarik dgn "perpecahan dlm PR". Keduanya disiplin ahli PAS P PInang masih lagi belum mencapai tahap yg membanggakan kerana tidak menghormati arahan pucuk pimpinan.Ini cuma dpt dibukti jika mereka betul betul bertanding nanti..

Kita tgk perkembangan selanjutnya.Masih terlalu awal utk melemparkan tuduhan

Anonymous said...

Ada 3 orang yang akan bertanding Timbalan Presiden PAS. Ust Nasharuddin, Husam Musa dan Mohd Sabu.

Kenapa hanya Ust Nasharuddin mendapat layanan istimewa oleh UMNO dan Utusan Malaysia, apabila UMNO dan Utusan Malaysia turut berkempen untuk Ust Nasha?

Kenapa Husam Musa dan Mohd Sabu tidak mendapat layanan yang sama daripada Utusan Malaysia.

Adakah ini menandakan bahawa jalur pemikiran Ust Nasha telah sama dengan jalur pemikiran UMNO?

Mungkin ini bermakna Ust Nasha merupakan agen UMNO di dalam PAS.

Mungkin ini bermakna UMNO menganggap Husam Musa adalah musuh nombor wahid mereka?

Mungkin UMNO menganggap bahawa kehadiran Husam Musa bakal menggugat UMNO secara major.

Mungkin UMNO menganggap bahawa Ust Nasha tidak berkuku di dalam berlawan dengan UMNO.

Atau Ust Nasha membayar Utusan Malaysia untuk menjadi jurukempen beliau?

Apa pandangan tuan-tuan sekiranya Amerika Syarikat menyokong satu fraksi di negara ini? Tentu tuan-tuan merasakan bahawa fraksi tersebut telah mengkhianati negara ini dan menjual maruah kepada Amerika Syarikat. Apa bezanya dengan Nasharuddin Mat Isa.

Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh perwakilan.

Anonymous said...

Yup, PAS should not rock the boat.

There has to be give and take.

Nobody made any noise in the Kuala Trengganu and Bukit Gantang parliament seats. In fact, it was automatically understood those seats were PAS punya.

And DAP and Keadilan fought hard for Abdul Wahid and Nizar leh!!!

Barisan Najis is the corrupt enemy!!! never lose our focus.

Anak Lenggong said...

Tidak salah PAS Permatang Pauh meminta kurusi tersebut disebabkan selama ini wakil yang mereka pilih tidak memainkan peranan nya sebagai wakil rakyat dan pembela nasib penduduk tempatan..Politik ...jangan lah pula disebabkan politik nasib penduduk setempat dibiarkan..penduduk mempunyai suata untuk menyuarakan pendapat mereka sekiranya wakil yang dilantik tidak memainkan peranan ..cuma sekadar menjadi wakil rakyat untuk membuncitkan perut sendiri...rakyat dikawasan itu maukan pembilaan daripada pemimpin yang mereka pilih....sekiranya untuk kepentingan politik tampa melakukan sebarang usaha..baik letak lembu sahaja.

Nak tergelak aku bila ko berbicara berkenaan dengan akhlak..apa ko ingat akhlak pemimpin PAS tu bagus sangat kee..!!!..sebenar nya sebagai manusia sikap tamak..haloba..bekerja untuk kepentingan sendiri tidak dapat lari daripada ujud dikalangan pemimpin PAS..cuma korang yang tidak mau mendedahkan nya dekat publik...kalau akhlak dikalangan pemimpin PAS tu baik sangat..tak timbul lah isu memfitnah dan membutukkan orang lain...Tukang Besi..baik ko renung kembali kiblat ko tu ..adakah perjuangan PAS tu betul...

Anak Perelih said...

Mungkin kita harus mengatahui sentimen mereka sebelum memberi komen... mungkin mereka sudah fed-up pergi mengundi 3 kali dalam masa 1 tahun setengah ini.... dan ditambah lagi dengan isu meletak jawatan... yang juga bermaksud.. PKR lain kali kena semak dulu siapa yang jadi calon... (LGE pun rasa fed-up dengan penamaan pengganti TKM tu) selain mungkin sebagai umpan kepada UMNO kerana UMNO masih lagi tidak membuat keputusan nak bertanding atau tidak.... banyak kemungkinan di sini.. tak boleh pakai blame diaorg saja...

Tulang Besi said...

Tidak salah PAS Permatang Pauh meminta kurusi tersebut disebabkan selama ini wakil yang mereka pilih tidak memainkan peranan nya sebagai wakil rakyat dan pembela nasib penduduk .

Ye ke, kawan tu baru jadi ADUN tak sampai setahun.

dan, kalau dia tak boleh harap, kan ke PKR nak tukar mamat tu?

So apa masalahnya?

Al_hadid said...

TB,

Bila pulak ko nak bertanding ?.

Kalau asyik cakap je Bro tak jadi ape-ape..

Aku syor kau cuba Naib dulu.

K tak. Sapa nak calun TB ?

Al_hadid

Tulang Besi said...

Anonymous Al_hadid said...

TB,

Bila pulak ko nak bertanding ?.

Kalau asyik cakap je Bro tak jadi ape-ape..

Aku syor kau cuba Naib dulu.

K tak. Sapa nak calun TB ?

Al_hadid

May 5, 2009 2:31 PM
.

Iye ke kalau menang macamana?

Anonymous said...

Test market le, tanding Pemeriksa kira-kira cawangan lah dulu, tapi you kena masuk ahli pas dulu lah beb.....

Afyan said...

TB,

bagaimana pula dengan wakil erdogan di PP; Mujadid Yusof Rawa?

Dia turut meminta perkara yang sama.

Kena tidak katakan yg dia tiada "akhlak"?

Tulang Besi said...

Afyan,

Gelaran Erdogan ni gelaran yang UMNO bagi.

kau orang UMNO ke?

Afyan said...

Baiklah, saya tukar ayat soalan saya.

TB,

bagaimana pula dengan Mujadid Yusof Rawa?

Dia turut meminta perkara yang sama.

Kenapa tidak katakan yg dia tiada "akhlak"?

Afyan said...

TB,

Saya masih menantikan jawapan daripada TB.

Begitu juga respon saya kepada artikel "Utusan malysia menyokong kepimpinan ulama".

Situasi yg sama berlaku apabila buletin Utama menyokong Khalid Samad suatu ketika dahulu.

maknanya Khalid Samad juga adalah fraksi UMNO sebagaimana yang diperkatakan oleh TB tentang Ust Nik Abduh.

Tulang Besi said...

TB,

bagaimana pula dengan Mujadid Yusof Rawa?

Dia turut meminta perkara yang sama.

Kenapa tidak katakan yg dia tiada "akhlak"?
.

Bukan Ustaz Mujahid kena quote out of context ke?

Tulang Besi said...

Begitu juga respon saya kepada artikel "Utusan malysia menyokong kepimpinan ulama".

Situasi yg sama berlaku apabila buletin Utama menyokong Khalid Samad suatu ketika dahulu.

maknanya Khalid Samad juga adalah fraksi UMNO sebagaimana yang diperkatakan oleh TB tentang Ust Nik Abduh.
.

Betul ke Buletin Utama menyokong kenyataan Khalid Samad?

Ataupun cuba memomokkan Khalid Samad sebab dia anti muzakarah?

Afyan said...

TB,

Jika begitu, kenapa kita tidak menganggap PAS Permatang Pauh dan Ketua Pemuda PP sbg "out of context" sebagaimana anggappan saudara kpd kes Ust Mujahid Yusof.

Begitu juga dengan kes Ust Nik Abduh, kenapa sdra tidak menganggap ia sbg momokan Utusan Malaysia sebagaimana yang sdra anggap kepada Khalid Samad.

Tulang Besi said...

Afyan said...

TB,

Jika begitu, kenapa kita tidak menganggap PAS Permatang Pauh dan Ketua Pemuda PP sbg "out of context" sebagaimana anggappan saudara kpd kes Ust Mujahid Yusof.
.

Bukan Ustaz Mujahid sendiri yang kata he is quoted out of context?

Afyan said...

TB,

Bukankah Ust Mujahid sendiri yang mengakuinya begitu?

Bagaimana pula tentang Khalid Samad dan TV3?

Tulang Besi said...

Blogger Afyan said...

TB,

Bukankah Ust Mujahid sendiri yang mengakuinya begitu?
.

Dia akui dia quoted out of context

Anyway, artikel saya rujuk pada PAS Permatang Pauh.

Ustaz Mujahid kawasan lain.

Tulang Besi said...

Blogger Afyan said...

TB,

Bukankah Ust Mujahid sendiri yang mengakuinya begitu?
.

Dia akui dia quoted out of context

Anyway, artikel saya rujuk pada PAS Permatang Pauh.

Ustaz Mujahid kawasan lain.

az said...

Hari ni dalam Malaysiakini seorang pemimpin PAS Penang bengang dengan Anwar pasal Anwar tak bincang dengan PAS & DAP pasal YB Fairus letak jawatan..

Dah lah... nasihat dulu pemimpin PAS yang pernah berunding dengan UMNO tuh.. ada depa bincang dengan PKR & DAP??

Inilah sikap segelintir orang PAS yang aku memang cukup kenal sejak dari dalam kampus lagi... bongkak & sombong.. Jangan harap lah PR nak memerintah Malaysia kalo macam ni

Abd Razak said...

Imam dipecat selepas seru kerajaan berlaku adil, telus
Jimadie Shah Othman | May 5, 09 4:24pm
kemaskini 5.49pm

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.

Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.

Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbah.

Shamsul juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang menghubungi seorang ahli jawatankuasa masjid itu semalam, yang tidak dinamakan, dan meninggalkan pesan kepadanya supaya bersabar.

Mengulas lanjut isi khutbah yang dipertikaikan itu, Shamsul berkata, beliau hanya "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.

Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu.

Beliau juga berkata tidak pernah aktif dalam politik pembangkang yang mungkin menyebabkan beliau dikenakan tindakan.

"Sokong-sokong itu biasalah," tambahnya, sambil mendakwa inilah kali pertama imam dipecat di masjid itu.

Ditanya sama ada beliau berhajat merayu atau mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya kerana "yakin berada di pihak yang benar", Shamsul berkata:

"Saya tidak hendak panjangkan lagi (perkara ini). Saya pun bercadang hendak buat kerja lain."

Bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Medan Damansara -milik masjid itu – yang didudukinya dalam tempoh tiga bulan. Beliau bagaimanapun bercadang berpindah Jun ini.

Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) seperti dua lagi imam di masjid itu.

Kepada org yg benar2 nk bawa PAS masuk bn cuba baca artikel di atas.Inikah yg dikatakan elok utk bekerjasama dgn ameno?Sedarlah diri wahai mereka2 yg masih x fhm atau buat2 x fhm yg umno ini tidak boleh berubah utk dulu,kini dan selamanya.Org bodoh pn tau ameno ni mmg xleh caya.Caqmna le kononnya ada org bijak pandai leh bg idea nk bekerjasama dgn najis sepereti ameno ni.Melainkan kalau mereka ini mmg betul2 berdarah ameno yg ingin hancurkan PAS dr dlm.Kpd yg lain jgnlah jd bodoh seperti puak2 fraksi ameno ini....

Parpu Kari said...

AKU NAK CABAR KORANG WAHAI BLOGGERS FUCKATAN RIOT! APA KORANG BERANI NAK SAHUT CABARAN AKU?

KALAU BERANI DAN KAMU MEMANG ANAK JANTAN, THEN BACA NI DAN SAHUTLAH CABARAN PARPUKARI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/05/siapa-bomohkan-siapa.html

Abuzar said...

Abd Razak said...
Imam dipecat selepas seru kerajaan berlaku adil, telus
Jimadie Shah Othman | May 5, 09 4:24pm
kemaskini 5.49pm

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.

Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

...............

Sebahagian dari beribu kes serupa tindakan kerajaan/pemimpin AMNO terhadap rakyat yang tidak "menyembah ideologi sekular mereka ....." .....ditindas, dinafi hak mereka .....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.